Dahlia tidak pernah gagal menyambut harijadi setiap pelajar di asrama itu. Bukankah Dahlia dan harijadi memang sinonim?
Kehadiran Lily membuka lembaran baharu di asrama tempat mereka bertapak. Lily istimewa kerana dia satu-satunya mangsa yang terselamat bahana penculikan 'Pembunuh Tangan Hilang' suatu ketika dulu.
Namun, misteri menyelubungi asrama sekali lagi apabila histeria berantai melanda dan menyebabkan pelajar dalam ketakutan! Adakah ini semua berkaitan dengan Lily yang seolah cuba dilindungi 'sesuatu'?
Dan dapatkah Dahlia dan kawan-kawannya menyelamatkan asrama yang mereka huni?
Sekuel kepada novel Asrama, bergenre seram tahyul. Seperti buku pertama, novel kedua ni penuh dengan elemen2 misteri dan plot twist yg tidak terjangka. Dari sudut elemen seram pula, bagi saya langsung tak seram. Patutnya, nak bagi rating 3-4 bintang jugak, tapi terpaksa potong sebab:- 1) Endingnya ntahapape. Siapa hantu, siapa manusia sebenarnya? Lily tu dah jadi hantu ke? Mati sebab apa? Serius, rosak terus cerita yg menarik sebab ending yg kononnya nak ditambah plot twist, tapi melebih-lebih sangat... 2) Dalam buku 1, guna dialog bahasa pasar standard. Dalam buku 2, tiba-tiba guna dialek Sabah pulak.
Plot novel ni mengambil waktu beberapa tahun selepas peristiwa dalam novel pertama. Mengisahkan tentang Lily, seorang pelajar yg baru berpindah ke SMK Sri Bayu. Dia didampingi oleh hantu berbentuk tangan misteri yg akan mencederakan sesiapa sahaja yg mengganggu Lily.
Dalam masa yg sama, asrama sekolah itu turut didiami oleh Dahlia, Maria, dan Ira; tiga hantu yg menjadi penunggu di asrama itu selepas mereka terkorban dalam kebakaran di asrama itu beberapa tahun sebelumnya. Mereka bertiga cuba menghalang hantu tangan misteri itu yg telah mengganggu keamanan di asrama itu.
Sejujurnya Asrama 1 agak mengelirukan buat saya. Tetapi Asrama 2 berjaya menghuraikan kekeliruan itu. Plot Asrama 2 sama saja dengan Asrama 1 tetapi jalan cerita lebik kemas, lenggok bahasa lebih menarik dan terdapat 'comic-relief' melalui watak Nazmi. Terdapat beberapa soalan yang tergantung dalam Asrama 2, menjanjikan kemungkinan akan ada Asrama 3. Unsur seram untuk Asrama 2 lebih terkesan. Meremang bulu roma bila baca beberapa bahagian.
Awal penceritaan saya akui agak membosankan. Dua kali saya berhenti buat kerja lain dulu sebelum kali ketiga apabila bacaan sudah masuk separuh buku, momentum penceritaan menjadi lebih menarik.
Syabas kepada penulis. Semoga buku seterusnya akan lebih baik lagi.
Mengambil tempat 5 tahun selepas kejadian di asrama #1, kali ini Lily seorang pelajar baru berpindah ke asrama itu. Dahlia pula yang sudah menyedari hakikat dirinya, menjadi penjaga asrama bersama Maria dan Ira. Kali ini, kes histeria semakin berleluasa sejak kedatangan Lily. Ada entiti lain yang mengganggu keharmonian asrama kesayangan mereka!
Seperti biasa, diperkenalkan dengan pelbagai watak, sebelum dimatikan satu demi satu dan membuka jalan cerita sebenar. Diselitkan juga dengan pelbagai kisah seram di asrama, terasa plot bergerak perlahan sebelum mencapai puncak konflik.
Secara peribadi, saya merasakan cerita ini agak lost, apabila banyak diselitkan dengan subplot yang seakan tidak membantu. Seeloknya, penulis menumpukan konflik Lily dan punca sebenarnya, berbanding bermain dengan pelbagai watak dan sub plot yang tidak penting. Contohnya, kes kecurian itu dan nostalgia Miss Anna.
Rasanya, masih banyak yang tidak disempurnakan, disebabkan gangguan yang terlalu banyak dan menyebabkan pembaca hilang fokus. Namun, masih menarik dan plot twist tetap menjadi, walaupun seakan boleh diagak.
Olahan penulis juga terlihat lebih matang dan penggunaan dialog dalam dialek Sabah menjadikan novel ini berlainan. Mungkin banyak perlu diperbaiki dan dirujuk, namun ia memadai.
Mission accomplished. One day sitting over finishing Asrama 2 e-book.
I finished reading Asrama (or Asrama 1) few days ago just to get the big picture of what is Asrama 2 is all about. Although in Asrama 1, there are some plot hole, lack of local vibe (sabahan dialect - not even a hint of it, even-tough the location of the school/asrama in Sabah) I accepted it. Not a big thing for me. This young writer, maybe this is his first book, we should give him a chance. TBH, I kinda like Asrama. The vibe living in a haunted school. Relatable to the youngsters.
Then there is Asrama 2. It’s a SEQUEL from its predecessor. So I am bringing the same vibe when I read Asrama. Exciting, joy, feeling to get scared and AT LEAST as the same amount of Asrama cause I believed a good writer can enhance and enrich his/her writing skills years after years.
Sadly, it didn’t happen to Asrama 2.
1. There is no correlation between lead characters from Asrama 1 to Asrama 2. No doubt with the background detailing. Cause it is the same school / asrama from the previous book. It is well described (good job writer) but why the leading characters spoke in Sabahan? In Asrama 1, Dahlia, Ira and Maria spoke in KL dialect (even-tho their school located in Sabah). Why on the second book, all of them speak differently? If the first book they speaks Sabahan, I can accept it.
Why all of the sudden they changed? They are ghost/ spirit don’t they? And as far as I know, ghosts don’t grow up. They can’t go to class learning new languages just like a normal human being. They are just the piece of memory left. This is so weird for me. Imagine you read Harry Potter and the Sorcerer’s Stone speaking in British accent but when you read Chamber of Secret, Harry, Ron & Hermione suddenly changed into American accent.
2. Repetitive plot twist (come on writer. Please write something new and fresh ending), overusing onomatopoeia. This onomatopoeia supposedly act as a 'flavor' to your story not the 'main ingredients'. Be more specific when describing emotions of fear. I don't know but for me this sounds-effect- thingy- might kill the mood and show how lazy the writer are. They also too many characters and some of them did not developed well till the end. Do justice to your characters please.
The alteration acts between ghost (Dahlia) and Lily is so awkward. Dahlia is too humanizing for me. She can run to make a call? Ghost can run meh? I thought they are flying? Humanizing the ghosts in Asrama 2 make it less horror & sound funny too.
As a fan of Asrama, I do hope that this book at least makes me frightened or more than that. Turn out to be a big disappointment. Sorry fatrim.
4.3 stars. Not a let down as I felt like it might be. InsyaAllah akan ada video review. Video review untuk Asrama (buku pertama) akan keluar malam ni pukul 10 di YouTube channel @HusnaReads :)
Aku suka asrama 1, sedap ceritanya. Yang ke-2 ni pun sedap, tapi itulah, banyak sangat plot twist. Banyak sangat. Beragak la. Dah macam filem the Others dah. Pening wo haha.
akak ni kadang-kadang cerewet. kalau novel selagi boleh takmau ada no 2. sebab bila baca akan mula keluar macam-macam comparison dalam kepala. suka satu-satu novel tu stand alone walaupun open ending, walaupun kisahnya seperti tergantung. tapi ada masa kena terima bila novelis bertindak mahu buat sambungan. contahnya macam karya budak tecik nih. terhasil dah ASRAMA 2 yang dapat sambutan cukup hebat.
walaupun momentum kepuasan sepanjang pembacaan tidak seperti ASRAMA, tapi ianya berdiri kuat dalam kelasnya yang tersendiri. akak seronok sepanjang pembacaan novel nih. patutnya dah boleh habis cepat tapi, akak letak diri akak di dalam karya Muhammad Fatrim ini. mendalami cara hidup, pertuturan dan keadaan persekitaran masyarakat sabah. habis semua geng sabahan akak dalam grup wassap kena kacau dengan akak semalam. dah ada yang siap nyanyikan lagu jambatan tamparuli yang cukup terkenal. jarang nak jumpa novel yang banyak selitkan dialek sabahan. dok membayang cara diorang bertutur, ada masa akak yang dok sebut kuat-kuat sorang-sorang... haaa... tak sasau dok membaca sorang dibuatnya.. tahniah penulis kerana mendekatkan masyarakat MALAYSIA secara tidak langsung. terima kasih juga buat geng wassap yang dok melayan merapu akak semalam.. this is the book that i read yesterday!..
idea dan jalan cerita? yang ini boleh buat modal untuk akak adakan sesi tarik telinga kali kedua dengan penulis! dia putarnya akak betul-betul dekat hujung pembacaan. giler kau tak sakit jiwa dibuatnya. lily, lapor diri di sekolah baru. di situ dia bertemu dengan bella, nazmi dan arfiey yang sudi berkawan dengannya. di asrama sekolah tersebut memang ada berlaku kejadian histeria tapi makin teruk bila siapa buat onar dengan lily.
dahlia dan gengnya tidak menyenangi kejadian yang berlaku. bukan sekadar gangguan dah malah ada nyawa yang melayang. mereka mahu keadaan asrama sentiasa aman dan tenteram. bagi mereka jika gangguan terus melarat, bijak pandai agama mesti akan dipanggil untuk 'membersihkan' kawasan asrama tersebut dan boleh menyebabkan mereka turut sama 'dibersihkan'! nampak tak, penulis memanipulasi fikiran pembaca dalam dua dunia, DUNIA NYATA dan DUNIA HANTU!
akak takmo ceritakan banyak sebab nanti korang yang belum baca tak senang duduk. tapi sebuah kisah yang amat menarik dan jangan risau, budak pun boleh baca walaupun labelnya untuk pembaca matang. ini kerana punya kisah entiti lain yang mungkin boleh buat pembaca muda keliru ataupun ada rasa perlu takut pada hantu. yelah, jelmaan hantu sebenar boleh kata tak ada sekadar jelmaan entiti dalam bentuk manusia dan tangan berjalan tanpa bentuk jasad lain.
mampukah lily menidakkan makhluk yang konon mahu menjaganya itu? mampukah dahlia dan gengnya menyekat kemaraan tangan tak berjasad tersebut? mampukah arfiey membantu dan menyelamatkan lily dari terus lemah dan lupa pada siapa sebenarnya harus bergantung kehidupan? Allah tempat sebenar-benar manusia bergantung hidup dan memohon serta mengharap bantuan. yang lain itu cuma godaan syaitan yang menyesatkan. dalam diri punya iman yang perlu sentiasa digilapkan bukan digelapkan. tahniah penulis untuk kisah ini. sedikit kesilapan seperti yang akak beritahu tentang ganti nama diri dan satu dua typo yang ada. grafik yang menarik. dan.. err... bila akak boleh buat sesi tarik telinga tu lagi ya? ... hehe...
Sebenarnya dah lupa apa jadi dalam ASRAMA, yang ingat watak Dahlia and the gang tu mati tebakar.
Kali ni, cerita tentang Lily, pelajar baru SMK Sri Bayu. Ada tangan yang 'melindungi' Lily, yang tolong balas dendam setiap kali ada orang mengacau Lily. Jalan cerita okey lah, tapi tak faham ending. Siapa manusia, siapa hantu? Okay, selain Dahlia and the gang, Bella and the gang pun hantu ke? Tangan tu siapa punya? Lepas last case histeria tu, siapa sebenarnya Bella and the gang? Ke Lily pun sama hantu? Ke tidak? Confuse!
Pertama yang saya perasan, dalam Asrama part 2, watak-wataknya banyak cakap dialek Sabah. Dalam buku Asrama first part rasanya tak. Bukan lah ia mengurangkan tahap keseraman, cuma rasa tak berapa ada kesinambungan. Style lebih kurang sama dengan buku pertama, cuma saya rasa tak best la Dahlia dah join the other side.
3- aku pun enjoy layan loghat sabah yg dituturkan oleh setiap watak walaupun masa mula2 baca tu rasa x selesa.
4- aku boleh terima dgn watak2nya yg sgt ramai, dan syukurlah aku x pening kepala utk ingat semua nama watak.
5- aku juga tiada masalah dgn kewujudan ramai watak hantu dlm buku ni.
6- paling penting... aku boleh terima endingnya.
so, ada 6 point di atas, di mana kesemuanya point yg positif.
tp hanya 2 point yg aku nk cerita panjang sikit, point no 5 dan 6.
ok. bila aku ckp aku tiada masalah dgn watak2 hantu tu semua, x bermakna aku boleh terima dgn cara mereka bergaul atau berinteraksi.
eh lawak laa bila bygkan hantu bergaduh sesama sendiri, hantu cuba jd penyelamat, hantu lebih baik drp manusia, hantu berpegang pd janji, hantu x menipu, hantu cuba tindaskan hantu yg lain, hantu cuba halang hantu yg lain dr berbuat jht dan mcm2 lg lah.
kalau ni buku genre seram-komedi takde laa aku nk kisah penulis nk tulis scene2 mcm tu, tp ni... hmm.
x tahu nk kata laa aku. disbbkan perangai hantu2 dlm buku ni pelik2(x serupa hantu pun sebenarnya), takde langsung keseraman masa baca. aku baca sekadar baca, tp feel seram tu takde beb. 1% pun takde.
tp di sini aku nk buat sedikit perbandingan yer...
walaupun buku GANTUNG & GANTUNG:2 karya Nadia Khan ada jugak watak hantu, dan hantu2 dlm buku tu cara mereka berinteraksi pun krg logik, tp feel dia lain tau. sbb buku tu penulis lebih tekankan tema persahabatan, bknnya horror sgt. jd aku yg baca ni memang lebih tumpukan pd kisah friendship diorang, dan memang feeling giler laa masa baca, siap nangis2 lg :'(
so that's why GANTUNG & GANTUNG:2 aku boleh bg 5*, tetapi ASRAMA:2 sebaliknya.
ok, aku sambung utk point seterusnya...
utk ending... aku tak kisahlah encik penulis nk bg semua watak yg dia cipta tu mati ke apa, tp boleh x sertakan SEBAB kenapa watak tu boleh mati? utk watak2 lain penulis ada laa kemukakan kenapa diorang mati, eksiden laa apa laa...
tp yg aku kecewa dan geramnya, kenapa WATAK UTAMA penulis x kemukakan punca kematiannya? x kan laa tiba2 mati mcm tu aje kan? x logik laa weh... ini bkn cerita fantasi ni, ini cerita seram, jd kena ada kelogikannya laa.
ikutkan hati rasa nk bg 3* bintang jer, tp rasa mcm x adil pulak sbb buku ni x membosankan pun(cuma x logik dek akal).
yg aku gelak kat atas tu sbb perangai hantu2 tu laa. adoiii... apa jenis hantu si Dahlia, Maria dan Ira tu??? hantu terlebih sifat baik ke??? ceh.
2.5 bintang besar untuk Penulis Mohd Fatrim Setelah membaca Asrama 1. Saya menetapkan diri sebagai gadis remaja untuk mendapatkan feel naskah Asrama2. Dahlia, Maria dan Ira dari buku pertama masih bergentayangan di Asrama yang sudah dibaik pulih selepas kebakaran 10 tahun lalu. Lily yang mempunyai sejarah hitam berpindah masuk dan memulakan kehidupan/adventure/penemuan di Asrama Puteri. Pembaca remaja akan dibawa melewati saat saat cemas buli, balas dendam, bicara bicara antara entititi yang menumpang dan entititi yang sedia ada. Kekal dalam paten yang sama, penulis membawa pembaca mengenali Sabah melalui paparan lokasi yang disentuh serba sedikit dan pujian kerana berani memperkenalkan dialek umum sabah gabungan pelbagai kumpulan etnik di sama. auw ba... karit, mulih, ambuyat, uduk ngadau, rogon dan lain lain. Membaca Asrama 2 harus hati hati seperti Asrama 1, kerana ada banyak nama nama yang digunakan. Namanya juga asrama. Setelah tamat membaca dua naskah Asrama saya kategorikan sebagai SERAM REMAJA. Nostalgia untuk dibaca oleh pelajar pelajar di Sabah dan bagus untuk pelajar di Semenanjung berkenalan dengan budaya di Sabah. SUMANDAK SUMANDAK MASTI BALI BUKU ANI! INDA BULIH MULIH MULIH BALI CAPAT BAH!
Aku lebih suka Asrama pertama berbanding yang kedua ni. Aku rasa cerita kalini kurang emosi, dan juga resolusi konflik tak seberapa sangat.
Tapi bukanlah aku tak suka secara total, buku ni baik untuk bacaan ringan.
Dan mungkin juga aku kurang suka dengan buku ni sebab umur aku dah mencecah 20. Waktu aku baca Asrama 1 dulu aku baca waktu aku masih lagi budak sekolah menengah. Mungkin taste aku dah berubah kot. Mungkin.
Merupakan kesinambungan novel Asrama, yang sudah terlalu lama untuk saya ingat plot ceritanya. Saya terpaksa melihat semula review di Asrama 1 untuk mengimbas kembali memori yang memang tidak mungkin akan teringat. Haha. Berkisar mengenai Lily yang berpindah ke sekolah baharu. Di situ Lily berkenalan dengan sahabat baru. Namun, fikir Lily persekitaran baru menjadikan dia lebih baik namun, ada saja dugaan yang mendatang. Kehadiran dia menjadikan asrama itu kembali berpuaka. Kes histeria yang berlarutan membuatkan Lily menjadi suspek utama.
Ceritanya bagi saya okay okay sahaja. Masih boleh dihadam walaupun alur cerita agak seperti tiada arah pada bab bab akhir. Terlalu banyak cerita yang ingin dimasukkan penulis menjadikan mood pembacaan sedikit terganggu.
3.677789 bintang untuk buku ini. Secara keseluruhannya masih menghiburkan. Tidaklah terlalu seram tetapi perkembangan cerita berjalan baik. Aku suka je dialog Sabah dan pengenalan makanan2 serta pesta rumbia yang dimuatkan. Cuma aku kurang gemar kerana terlalu banyak dialog. Ending dia aku suka.
Buku terakhir untuk Januari 2018.. Seronok dapat jumpa Dahlia and the geng.. Kisah kali ini, watak utamanya Lily.. Memang mengimbau zaman bersekolah.. Cuma penamatnya agak menyedihkan.. Huhuhu.. #asrama2 #muhammadfatrim #fixi #novelmelayu #novelseram #horrornovel #seram #bookstagram #hobisaya #bookworm #bookreview #booklover #reviewbukuolehsha #bookreviewbysha #bacaanjanuari2018 #bloggerbuku #blogger #bloggerperak #blogkasihkuamani #membacajambatanilmu
Selepas membaca ASRAMA aku terpanggil untuk membeli sinambungan kisah ini, ASRAMA2. Aku eksited untuk memulakan pembacaan. Aku suka bagaimana penulis membawa aku untuk hidup dalam watak Lily. Tapi sayang, apa yang ada pada muka surat akhir ASRAMA, ada juga dimukasurat terakhir ASRAMA2. Aku yakin, ASRAMA3 juga bakal wujud nanti. Ini berikutan, watak kawan - kawan Lily dimatikan sama seperti bagaimana watak Dahlia dimatikan. Aku yakin, Lily akan jadi watak penting dalam ASRAMA3, mungkin. Aku agak je. Sebab penulis mengulangi peristiwa dan kejadian yang menimpa Dahlia seolah - olah Lily juga akan menjadi seperti DAhlia nanti.
Saya suka dengan penggunaan dialek sabahan dalam novel ini tapi mungkin ia agak over bagi pembaca terutama yang berasal dari semenanjung.Walaubagaimanapun penulis masih cuba memberi makna/maksud bagi sesetengah perkataan yang 'complicated'. Pengakhiran cerita pula, saya rasa agak tergesa-gesa.Penulis mungkin boleh menceritakan sikit apa yg telah terjadi kepada Arfiey dan Nazmi.Bagi saya,Asrama 1 lebih menonjol dari segi penceritaan misteri dan unsur saspens. 👍 semoga terus sukses buat penulis 👍
Saya kalau boleh nak kasi satu ⭐️ tetapi melihatkan kesungguhan author untuk membuat sequel kepada "Asrama", saya terikut untuk beri ⭐️⭐️.
Pro : 1) Author pandai olah cerita 2) Author dapat memberikan gambaran tentang kehidupan di asrama.
Cons: 1) em... boleh ke hantu bercakap sesama sendiri? Kenapa roh roh tu masih di sekolah tu? Tak ke alam kubur? 2) penggunaan dialek sabah yang over dan saya dari semenanjung ni terkial kial nak faham maksud maksud sesetengah perkataan. 3) ending dia tak logik ! Imho hantu bertemu hantu? Lol. Author boleh cari ending lebih bagus rasanya. 4) jalan cerita sama dengan asrama 1. Ending dia sama pasal orang mati jadi hantu boleh bercakap dengan hantu.
1. Unsur seram aku salute kat buku ni. yang satu punya tak seram aku rasa (ke tak ingat? hmm). tapi ada sikit benda tergantung. akan ada yang ketiga atau dia nak suruh kita pikir sendiri? *aku rasa aku sorang je yang rasa buku ni seram*
2. Perlu ke letak gambar2 tu? PERLU KER???? *menangis tepi bucu katil*
Setiap kali selak muka surat setiap kali tu la terkejut. nasib tak gugur je. gigih letak kertas lain tutup. 😭
3. Buku ni mengingatkan aku pada satu english movie seram lama (tak ingat title movie tu) yang tangan dia bergerak2 sendiri walaupun dah kena potong! trauma habis aku tengok movie tu. masa tu umur dalam 5-6 tahun. ni kau la ni punca aku teringat balik. tak boleh tido weyh!
****** lepas buat review ni terus baca review orang lain. kenapa ea semua macam tak berapa wow dengan buku ni? ke aku sorang je yang macam excited? ok pendapat masing2. penerimaan pun masing2. mungkin ada yang suka ada yang tak. dari segi bahasa dialog, ending story dia aku setuju la dengan komen2 ni. mula2 rasa tak selesa lama2 seronok sampai habis baca pun kau dah cakap macam sabahan lol. jalan cerita. hmm satu je nak cakap. buku fixi mana ada yang logik. 😊
Asrama 2 sambungan asrama..mv baca no.2 terus hahaha itu pun pinjam kawan..
Mengisahkan Dahlia,maria dan ira..roh yang terperangkap di sekolah berasrama ..kebakaran asrama 10 tahun lps dan janji Dahlia yang dia takkan mati sebab esok adalah hari lahirnya membuatkan mereka terperangkap di situ...
Dalily si gadis yang di dampingi sesuatu..kerap bertukar sekolah kerana pendampingnya akan membalas dendam jika lily di timpa mala petaka..
Lily yang pernah terlibat dalam satu kes "Pembunuh tangan hilang" hairan kenapa dia nampak tangan itu dan terus diganggu...
Gangguan berlaku..Miss Anna sahabat dahlia yang terselamat dalam kebakaran itu memberanikan diri menyeru mereka dan menggugut akan menghalau mereka dari situ...
Tapi bukan mereka yang menimbulkan kekacauan..tapi tangan itu!!!!budak perempuan itu!!!!
bila sudah baca ni terus terfikir..novel ni akan ada sambungan lagi kah?kenapa lily boleh tembus arfiey dan nazmi??
Penggunaan ayat : ⭐⭐ Jalan Cerita : ⭐⭐ Tahap Seram : ⭐⭐⭐
Bila kita baca buku yang ada sambungan, kita akan keep compare those books. Yelah, dah namanya bersambung kan? So this book bagi saya, dah mematikan keinginan saya untuk membaca start from the first page. Sebab? Buku 1 guna bahasa melayu. Buku 2 guna loghat Sabah. Saya dah tak dapat menghayati dengan baik. Saya 'mengenali' Dahlia, Maria dan Ira dalam loghat melayu. Tiba2 mereka bercakap dalam loghat Sabah which is bagi saya itu bukan lagi mereka tetapi orang lain.
Dari segi ayat2 yang digunakan, kali ini sangat tidak menarik minat. Ayat2 yang digunakan tidak memukau seperti buku 1. Terlalu banyak dialog2 yang mengarut. Lagi2 diselitkan sampai 4-5 buah lagu.
Penulis juga kerap menerangkan makna sesuatu perkataan dalam dialog. Contoh : "Tarik nafasmu mandak, macam baru marathon ni." Mandak atau sumandak adalah panggilan kepada gadis remaja Sabah.
Hampir setiap perkataan baru, penulis akan menerangkan ayat2 tersebut. Mengapa tidak guna glossary? Ataupun membuat kurungan ditepi perkataan tersebut?
Contoh: "Tarik nafasmu mandak (gadis), macam baru marathon ni."
Untuk 1 atau 2 perkataan, penulis boleh buat macam yang penulis buat tetapi apabila setiap perkataan baru penulis perlu explain, benda tu jadi annoying!
Sepanjang membaca buku ni, benda yang terlintas di fikiran saya ialah buku ini seperti level group cerita seram sabah yang popular di FB. Sekadar bacaan utk mengisi masa lapang tetapi bukan untuk dijadikan koleksi
Dalam buku ni, banyak memperkenalkan loghat sabah, dan activities yang selalu dilakukan especially pesta Rumbia. Saya tiada masalah untuk memahami loghat2 tersebut kerana saya adalah seorang bumiputera. It's a good idea untuk memperkenalkan Sabah di mata Malaysia especially penulis ada menyebut Labuan which is my place now.
Tetapi....
Cerita pun masih gantung. Masih banyak misteri yang belum terjawap. Betul atau tidak Miss Anna yang bakar asrama tersebut? Cerita Miss Anna tidak diolah dengan begitu baik sedangkan itulah punca bagaimana Dahlia, Maria dan Ira menjadi hantu.
Bagaimana pula dengan Bella and the geng? Lily pula macam mana ending tu boleh jadi macam tu?
Saya harap dengan cerita yang tergantung tu, ada lah sambungan Asrama 3.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Selepas Dahlia berakhir dgn menjerit di siri Asrama lepas sekarang dh faham siapa Dahlia sebenar. Kesian ternyata diri x sdr dia adalah Rogon(Hantu) Sangat menarik sambungan ni. Untuk siri 2 ni bagi aku seram dia kurang sikit jd aku boleh layan sampai malam😅
Dan aku suka nk banding siri1 lain sbb dlm siri2 dialog Sabah yg digunakan jd terikut2 nada org Sabah ckp🤭 penulis memperkenalkan suku kaum di sana, makanan2 buatkan aku nk rasa, tradisi disana dll.
Ternyata Dahlia Roh mangsa kebakaran di asrama. Roh yg tak aman bersama 2 lagi Maria dan Ira. Roh yg berkeliaran di asrama kerna janji Dahlia sblm berlaku kebakaran tu bahawasanya dia takkan mati sbb esok hari jadi dia. Tp tak kesampaian sbb tu dia orang tak aman maka jadi penjaga disitu terutama didorm tempat mereka huni dorm 206 yg kali ni dibaik pulih jd dorm 404. Tp roh Dahlia n the geng baik tak buat kacau hanya berlegar2 je. Tp ada satu Roh Tangan yg konon jd pelindung Lily watak baru dlm asrama siri 2 ni. Yg ternyata roh jahat yg menyesatkan manusia.
Masih juga selit tema persahabatan, persahabatan Miss Anna warden asrama tu yg sebenarnya geng Dahlia sewaktu hidupnya kerna dlm kebakaran tu hanya dia satu2 pelajar terselamat,sedih saat dia berinteraksi dengan roh arwah shbtnya kerna dia tahu shbt2nya tu msh terperangkap di asrama tu. Serta wujudnya watak Bella, Nazmi dan Arfiey selaku sahabat baik Lily. Yg mengejutkan aku siapa mereka sbnr2 pd akhir2 cerita. Ternyata sekali lagi Lily selama ini berkawan dgn entiti bkn manusia.
Bg aku ending masih tergantung tp mungkin tu kehendak penulis nk bg kita berfikir. Jd aku sambung sendiri bahawa Roh yg berkeliaran di asrama tu bkn hanya Dahlia,Ira dan Maria tetapi Bella,Nazmi dan Arfiey sebahagian dr mereka. Maybe mereka juga antara mangsa kebakaran memandangkan ada mengatakan 200 org pljr yg meninggal akibat tragedi tu. 👍
Reading the ending of this Asrama:2, it is guaranteed that Asrama:3 will eventually be published; Lily turning into a ghost is indeed a massive question mark. How? Why? What actually happened to Lily?
Anyway, the sequel was OK, not too terrible, but not that good either. While I love the overflowing use of Sabahan slang in this book, some readers may get annoyed because of it. The transition of the plots seems to be hastily done and the lack of emotions applied in the characters made it bland. The writer took pages after pages to write scenes in the dorm, class, etc but forgotten / took only few pages to explain certain apparent mysteries (which is now still mysteries unsolved) eg: Why did there are two separate entities appeared in the dorm; the hands and the black figure? Why there are still hysteria after Lily & the gang 'got rid' of the entity? Is Miss Anna actually the criminal of the arson? Who is the guy who gave Miss Anna a lift back to school before the arson happened - is he the same guy who cuts Laila's hand too?
Those are some of the questions that I hope will be answered in Asrama:3, and in which I'm anticipating the writer will eliminate unnecessary scenes and putting more effort in describing WHY things happened instead of leaving huge loopholes everywhere.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Buku kedua ini lebih kepada misteri, at the same point penulis memperkenalkan kepelbagaian suku kaum, keunikan makanan, tempat dan tradisi di Sabah dengan mudah dan senang untuk difahamkan. Kali ini dialog dan ayat banyak menggunakan bahasa Sabah, rasa mcm dikelilingi kawan² Sabah pula, vibe tu ada.
Dari segi plot, tak banyak berubah kerana lebih kurang sama saja dgn buku yg pertama, kecuali watak utama dan karakter tambahan bertambah. Tp, dalam buku kedua ini lebih byk aksi dan adengan seramnya agk menjadi. Tak selalu, tp better than before.
Buku kedua mengangkat misteri 'Tangan Hilang' yg mana watak utama iaitu Lily mempunyai rahsia dan kisah lampau yang agak traumatik sehinggakan dia mengalami gejala 'Claustrophobia', iaitu takut dengan ruangan sempit.
Kalau dalam review buku yg pertama saya berharap persoalan sy akan berjawab dalam buku kedua ini, some of them terjawab dan ada sesetengahnya tergantung sepi, which I come out with the idea; pengakhiran cerita yg dituliskan adalah bersifat open ending. And yes, ia terjadi lagi untuk buku kedua ini. Many questions left unanswered yg membuatkan saya sdikit kecewa sebab saya lebih prefer sesuatu yg pasti.
Tapi, kalau nak tahu pengalaman berkawan dengan ruh seperti yg Lily dan Dahlia alami, cubalah baca buku ini. 🤗