Jump to ratings and reviews
Rate this book

Bingit

Rate this book
Pemenang pertandingan novel Singapura anjuran Buku Fixi.

Gua, Jedi. Ini kisah gua. Berperang sama diri sendiri, menjadikan hidup gua huru-hara. Sedikit masa gua berkenalan sama perempuan gua, nama dia Faiza. Bertambah huru-hara bila gua dapat tahu dia mengandungkan anak haram gua.
Penjara, fitnah, dadah, zina, pondan liar, itu semua perkara bikin gua paiseh.
Gua mahu lari dan mahu jadi Jedi yang baru. Tetapi, kisah baru pula yang timbul bila Tony datang kasi bingit sama gua lagi.

226 pages, Paperback

First published July 26, 2017

2 people are currently reading
63 people want to read

About the author

Jeehan

18 books3 followers
@ Jeehan Mehnaz

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
32 (32%)
4 stars
49 (50%)
3 stars
13 (13%)
2 stars
4 (4%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 30 of 32 reviews
Profile Image for Ririn Aziz.
789 reviews106 followers
January 10, 2018
4.5 bintang

Life is not a bed of roses...

Kata-kata ini amat sesuai sekali untuk menggambarkan kisah Zaidi (Jedi) ini. Berulang kali dia bangkit berubah untuk menjadi lebih baik, atau seperti katanya menjadi normal, tetapi berulang kali juga dia diuji. Kesilapan dari zaman mudanya terus menerus memburu dirinya biarpun berkali-kali dia telah membayarnya.

Saya kagum dengan watak Jedi ni. Walaupun dipenjarakan, tetapi dia menemui ketenangan ketika berada di dalam. Mungkin kerana jiwanya halus, dia mudah tersentuh. Dan berusaha untuk mendekati diri dengan Sang Pencipta. Dia belajar apa yang dia tak tahu (atau tak endah) semasa berada di luar. Dia juga tegas mengajar isterinya, dan kemudian anaknya untuk mengikut perintah Allah setelah dia keluar penjara. Walaupun luaran nampak jahat, tapi urusan akhirat tetap dilakukan.

Mula-mula baca, rimas jugalah dengan penggunaan bahasa slanga Singapura tu. Lagi-lagi ganti nama diri lu-gua. Bingit telinga, sakit mata baca. Tapi lama-kelamaan bahasa tu macam serasi dan karakter Jedi memang tak pernah lari walau sedikitpun.

Kisah ini menjadi lebih indah kerana bahasa slanga yang digunakan itu. Ya, tak pernah saya jangkakan akan merasa begitu. Harus difahami, bahasanya masih tersusun, hanya menggunakan gaya slanga.

Dan buku ini penuh dengan pengajaran. Jangan menilai hanya kerana buku ini diterbitkan oleh penerbit 'indie', maka kandungannya juga tiada yang bagus. Berlian tidak akan hilang kilauannya biarpun dikelilingi kaca.

“Bilamana kita sudah melakukan kebaikan, usah kita memandang keji pada pihak yang lemah dengan membanding-bandingkan kebaikan kita dengan kelemahan mereka, ingatlah! Bahawasanya kita telah berlaku ujub! Sesungguhnya amalan si ujub itu tidak diterima Allah SWT!”

Setinggi-tinggi tahniah buat penulis dan penerbit!

Ayat Kak Long yang selalu gua dengar, hidup ni senang je, ikut jalan yang lurus. Jangan buat kerja bukan-bukan, selamatlah kau.


Profile Image for Hilmi Loma.
32 reviews9 followers
August 3, 2017
4.8 sebenarnya tak nak cukupkan 5 sebab geram kah kah kah!!



Bila membaca bait-bait ayat di dalam, tidak boleh tidak satu ayat keramat bermain dalam kepala otak.

"Abang long sudah keluar, gua ingat lu sudah mampos!"

Thank you Syamsul Yusoff atas watak KL Gangster anda yang kayu tapi awesome. Berbalik kepada BINGIT, memang itulah yang saya bayangkan. Lu, gua eh siallah! Bingit! Rasa nak terjun masuk dalam gua betul bawah tanah, bikin panas sama itu kerak bumi!

Kejanggalan dan tidak sedap hati itu mula berubah perlahan-lahan, nikmat jalan cerita mula menampakkan taring, gua lu setan semua tak jadi masalah bila hidangan yang dihidangkan menyelerakan, eh siallah!

Dilakarkan dengan se-palat mungkin watak-watak yang celaka tapi punya gelora tersendiri, tidak ada satu pun yang pentingkan diri tanpa munasabah dalam hati (kecuali beberapa watak yang hanjeng hina eh, siallah!)

Jangan expect kau baca keharmonian hidup, jangan nak morally correct dalam dunia hitam dan celaka BINGIT. Eh kau masa ni nak bagi hujah kau pergi main facebook sana kumpul like dengan share, apa jadah naskah raw nak letak bunga kemboja bagai kau gila ke setan? Bikin gua paiseh! Sebijik kat muka lu nanti!

BINGIT saya simpulkan sebuah naskah gelap dan celaka tetapi punya roh yang mencengkam. Dekat dengan masyarakat kita, dekat dengan realiti sebenar tanpa bertopengkan kegembiraan yang bermuka-talam hipokrasi. Semua ditelanjang sempurna oleh penulis yang melakarkan semuanya dengan effortlessly. Usai muka surat terakhir, (dan juga beberapa helaian sebelum terakhir) saya menitiskan air mata, satu perasaan yang mahal untuk saya tafsirkan, tapi BINGIT adalah karya terbaik (mungkin, sebab ada beberapa bulan lagi untuk ke 2018) FIXI untuk tahun 2017 (so far lu jangan bash gua, setepek gua bagi celah bawah nanti)


Tahniah buat penulis, Jeehan. Tahniah juga kerana menjadi pemenang buat pertandingan Singapura! Karya yang selayaknya juara! Terima kasih juga FIXI yang tanpa jemu menggali penulis-penulis berkaliber! Muah ciked! Come to me sayang, sayang, sayang! Awan awan awanchuuu!



P/s : ya, penulis BINGIT adalah seorang perempuan yang sopan santun. Tahniah, anda semua yang dah baca tertipu!
Profile Image for Bil Halim.
82 reviews10 followers
August 28, 2017
Aku mulakan bacaan pukul 12 malam dan habis tepat pukul 0507 waktu jepun. Masa tido aku terkorban ni sape nak jawab!

betul2 roller coaster ni. Laju dan memenatkan!
memang ramai di luar sana yg perangai macam setan tapi nak berubah cuma keadaan sekeliling terus terus menghukum. Kesian.
dan kisah Jedy ni buat aku terpikir, hidup aku memag banyak masalah, mmg sesekali celaka tapi lagi banyak nikmat Allah yang aku terlepas pandang.
Aku taktahu siapa penulis ni. first time kot nama Jeehan ni aku dgr tp dr cara tulis aku rasa dia ni lelaki sebab apa? sebab perempuan biasa kalau dia menulis dia takboleh jujur macam ni. cerita ni aku boleh rasa mcm Jedy ni mmg bukan fiksyen, tapi penulis sendiri.Aku suka betapa direct nya crrita ni, senang kerja kau gulung kisah dalam satu perenggan tapi aku suka.
dan bila last last tu masa Jedy start buru Tony, aku teringat salah satu ayat hasrul rizwan " Dendam akan membunuh kau lebih pantas daripada sebutir peluru "

selebihnya , sakit dada aku baca.
Profile Image for Qayiem Razali.
886 reviews84 followers
December 30, 2020
[155-2020]

#Bingit #Jeehan

Memilih novel Bingit sebagai novel penutup bagi tahun 2020, saya kira satu pilihan yang berbaloi. Berkisar mengenai Jedi yang sering saja masuk penjara dek kerana kesalahan yang dia lakukan dan ada juga kerana bukan kesalahan dia, tapi dimasukkan juga. Ceritanya bagus. Penulis seperti terus 'memberi' membuatkan saya tidak rasa bosan membaca perjalanan hidup Jedi.

Seperti Jedi mengatakan hidupnya ibarat menaiki roller coaster, membaca novel ini juga seperti menaiki roller coaster. Terkadang benci dengan perangai Jedi, ada satu masa sebak melihat Jedi yang lelah dengan hidupnya. Tahniah buat penulis kerana menghasilkan karya yang sarat dengan pengajaran seperti ini.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 11 books107 followers
August 1, 2017
meletakkan kaki, badan dan minda dalam sesebuah karya penulis yang konon kita kenal tapi bila dah hayati karya sehabisnya, rasa seperti ini the other side of you that i never know. nipis jer novel ni tapi bila baca rasa macam hadam 2k mukasurat. terasa nak menyumpah, kenapa ku dicelakakan sebegini? jauh rupanya kehidupan yang kita perlu kembara... betul-betul dia bawak kita berdiri, duduk, merangkak pastu sendu sorang-sorang!

pov 1 yang berkesan. bukan aku tapi gua. puan penulis yang memenangi karya ini di pertandingan novel singapura membawa kita mengembara dalam sebuah kehidupan insan yang bernama zaidi atau nama panggilannya JEDI. bermula dengan kisah waktu permulaan kehidupan jedi yang huru hara, ambil upah hantar 'barang'. barang apa ya puan penulis? tak spesifikkan barang apa tapi yang pasti upahnya mahal dan kerjanya kategori haram. rasanya boleh diagak apa dia kan?. punya seorang teman wanita, faiza. mereka berkahwin setelah dapat tahu faiza mengandung. jedi mahu merubah nasib. dari sekadar lakukan kerja haram dia mencari kerja yang halal. tapi dia terperangkap dengan tony dan nasib malang, dia masuk lokap.

kali pertama 10 bulan, kali kedua setahun dan seterusnya 15 tahun! atas kesalahan yang berbeza. tapi pencetusnya tetap sama, kerana tony. dekat sini dah rasa nak sumpah seranah jer jedi ni. penulis memang bawa kita hayati secara mendalam watak lelaki ini. watak lelaki yang digarap dengan baik oleh seorang penulis wanita!. kisah kehidupan sekeliling di olah cantik tanpa meleret cuma pada permulaan kisah jer akak agak penat baca satu-satu penerangan pakai baju apa, seluar apa, beg apa.. spender apa takde pulak ya.

walaupun bahasa dan ayat dalam novel ini agak lantang dan sedikit kasar tapi... korang jangan ingat novel sebegini takde nilai moral. banyak diselitkan pengajaran, suruh manusia berubah jadi baik, suruh solat, jaga hubungan dengan mak ayah, jaga hubungan dengan isteri anak-anak. banyak kali jedi solat, ikut mak ke masjid, ajak isteri solat, ajar anaknya bani solat. di sini dah tekankan yang bila jedi jaga solat, kerja dengan amanah, hidupnya tenang. cuma, manusia sentiasa ada ujian.

satu persatu ujian melanda. adakah jedi kuat mahu menghadapinya? dia sudah merancang dengan begitu baik tentang kehidupannya walaupun dia hanya hidup kerana ibunya. bila faiza buat aduan yang dia tak jelaskan nafkah, ke dalam lokap lagi duduknya jedi cuma kali ini dia di bantu dan mendapat kad menunjukkan dia tidak waras. ujian seterusnya dan seterusnya mula datang satu persatu. adakah kifarah dosanya yang lalu? mampukah jedi bertahan bila satu persatu anaknya tumbang?

baik garapan puan penulis Jay Adams. walaupun permulaan agak mendatar tapi bila belek helaian demi helaian puan penulis heret pembaca jauh dan makin jauh tenggelam bersama watak utama dan dunia sekelilingnya. makin tenggelam pembaca dengan emosi dan weeiihhh!!! kesudahannya boleh buat kita tersentak dan terkujat terperanjat. sebak, sayu, pilu amat terasa. jagalah hubungan kita dengan Allah kerana dengan itu kita dapat jaga hubungan kita dengan insan sekeliling, dengan keluarga dan rakan-rakan. dialek singapura yang ringkas dan mudah difahami.. tahniah puan penulis untuk kisah yang penuh duri ini.
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
January 12, 2018
BINGIT
by Jeehan

~pemenang novel Singapura anjuran #fixi, tempat berlatarkan Singapura~

Ini kisah hidup Jedi/Zaidi, seorang melayu Singapura yang terjebak dengan kancah dadah, hidup terpesong jauh dan bebas, namun masih punya keinginan untuk kembali hidup seperti manusia biasa. Jedi berkahwin dengan Faiza, teman wanitanya apabila didapati mengandung. Tanpa disangka, Jedi kantoi dan ditangkap. Bermula saat itu, pelbagai tragedi berlaku dalam hidup Jedi, sehingga memisahkan hubungannya dengan keluarganya dan keluar masuk penjara.

kisah ni menarik, sebab Jedi ni try nak berubah tapi ade je halangan.. keluar masuk penjara macam tu je... cam senang sangat pulak kan... ada gak la memang salah dia, part dia kena masuk penjara sebab pukul anak dia, Bani tu. Tapi bila tau pe yang jadi, memamg tak sangka n sedih gila.. kesian dekat Jedi n keluarga dia.

permulaan cerita agak slow, n pengulangan ganti diri 'gua' tu annoying gak, kadang2 sampai konpius.

part yang Jedi, abang dia, n Fadhil jadi pondan sebab nak cari Bani tu siyes memang kelaka gile! part paling diingati kot.. hahha

overall, banyak mesej dalam cite ni, yang tak disangka2. Saya tak letak harapan tinggi tuk buku ni, tapi end up saya suke. sedih gak ending hidup Jedi dan anak2 sampai camtu.. tapi, takdir kan..

*rating : 4.0*
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,332 reviews67 followers
April 10, 2019
[BOOK 28]

Bingit by Jeehan.
.

Aku nangis baca novel ni. 😭 Bukannya tak pernah nangis baca novel Fixi, tapi sangat jarang. Dan baca novel ni, buatku rasa insaf. Dan harapnya keinsafan ni berpanjangan la.
.

Ni kisah tentang Jedi. Dia buat kerja haram, lepas tu kena tangkap dan masuk lokap. Dan di dalam penjara, banyak benda yang dia belajar. Dan dia slowly berubah ke arah yang lebih baik. Tapi, percayalah, proses hijrah ni takkan pernah mudah.
.

Bila dia dibebaskan, dia bertekad untuk jadi lebih baik. Tapi, ada je halangannya. Sampaikan dia rasa lali dah. Masuk penjara pun takpe. Tapi yang lebih parah sebenarnya ialah, kesan daripada dosa lampaunya. Yang menerima akibat ialah isteri dan anak-anaknya. Kesian weh. Kesian Faiza. Dan lebih kesian si Bani. Bila Jedi nak ajar anaknya cara mandi wajib, masa tu, dia perasan yang Bani dah takde 'alatnya'. Jedi nangis. Aku pun nangis. Ni semua sebab si Tony, bos Jedi, yang buat. Aku tak sanggup nak tulis apa yang dia buat. Bencinya ngan si Tony ni.
.

Dan disebabkan tu la, Bani putus tunang dan mula terjebak dalam aktiviti mak nyah. Ada satu part yang Jedi ngan kawannya, Fadhil menyamar sebagai pondan untuk mencari Bani. Giler kelakar part ni. Tapi somehow, rasa sebak, bila fikirkan yang Jedi dah banyak berubah. Tapi, prosesnya sangat sukar.
.

Mula-mula baca, ku rasa annoyed sangat dengan penggunaan Gua, Lu. Tapi, lama-kelamaan dah terbiasa.
Profile Image for Amalia Masrom.
151 reviews7 followers
April 11, 2018
Mula-mula baca meluat dengan dok gu-lu tak sudah. Tapi bila hidup dia asyik keluar masuk penjara, kesian sungguh.

Nak berubah jadi baik pun susah.
Dari sejahat manusia, dia cuba berubah jadi baik. Tapi godaan tu datang dari pelbagainarahkan.

Dan pengakhiran cerita ni, bergenang jugalah. Sedih tak tau nak kata.

Tahniah penulis untuk naskah sebagus ini.
Profile Image for Regina Ibrahim.
Author 22 books111 followers
August 5, 2017
3.5 BINTANG BESAR saya hulurkan pada pemenang pertandingan novel Singapura Jeehan yang memakai kasut lelaki sewaktu merangka kisah gelap berlokasi di Pulau Singa.

Penceritaan yang bermomentum lancar ini enak sekali dibaca. Pembaca akan terpanggil panggil untuk terus menerus mahu tahu apa langkah Zaidi (Jedi) seterusnya. Masing masing akan terus merasa was was tidak percaya padanya.

Gabungan thriller dan kekeluarga yang dihamburkan dengan dialek Melayu singapura Lu, Gua, Bingit, Jialat, Paiseh, Sepeng, Sehhh! digabungkan dengan kata kata dialog yang kasual bersahaja. Naratif peribadi Jedi jadi lebih telus dan menarik untuk dibaca.

Watak watak yang diwujudkan sangat menawan dan membantu jalan cerita: ibu mertua yang dingin, Faiza yang biasa biasa, Adik beradik dari dunia gelap dan pencengkam asas kisah Tony. Cemas yang diwujudkan pada Bani anak sulung sebenarnya sangat memikat. Saya kurang berkenan dengan langkah menjuruskan Bani hidup sebagai pondan. Ianya tidak realistik, sebaiknya penulis mereka cipta tekanan pada resah kelakiannya. Namun mengenangkan sifat Jedi tentang pondan dalam tiga situasi, penulis yang sudah menghidangkan 3 situasi tentang pondan mungkin terpanggil untuk hal hal karma.

1. kali pertama di tahan lokap, naratif Jedi tentang pondan agak jengkel (maklumlah orang kasar)
2. Bani sewaktu hilang kelamin (ini plot yang mengkagumkan - boleh didramatikkan)
3. Penyiasatan dua ayah yang berpakaian perempuan. (Mungkin untuk kesan lucu pembaca)

Namun begitu hubungan kekeluargaan yang digambarkan dalam Bingit boleh dikatakan realistik dan menawan. Pembaca akan mula merasa penekanan pada nilai nilai kasih sayang dalam hubungan sesama adik beradik. Ianya dipaparkan dengan lancar sekali. Hal hal remeh yang digambarkan juga mampu membuatkan pembaca terbayang bayang tentang watak watak tambahan yang diselit. Lokasi lokasi dan gerak langkah perasaan Jedi di Singapura juga berjaya dipaparkan dengan jayanya.

Saya puji naratif dan dialog Jedi dan orang orang disekelilingnya.

IKUT SALURAN BETUL, HIDUP AKAN SELAMAT merupakan motto Bingit digarap secara peribadi. Zaidi sepanjang penceritaan berada dalam ruang lingkup mencari kehidupan yang lebih bermakna, kamu akan suka pada watak utama (mungkin imaginasi jejaka cool 80an dan awal 90an). Penambahan watak watak sepanjang cerita tidak mengelirukan.
BUKU INI MENGHIBURKAN tidak rugi untuk dibaca, kamu pasti akan senyum, tertawa dan mungkin menangis apabila membacanya. Nilai nilai murni yang cuba disampaikan tidaklah berbunyi seperti tarbiah yang membosankan, penulis bijak melapisinya dalam rungutan khilaf watak Zaidi. Kamu akan terpikat!

Tahniah untuk JEEHAN.
Profile Image for Hazrin Zainal .
10 reviews
August 10, 2017
Tahniah Jeehan. Memula aku annoyed nak mampus dengan gua-lu dalam buku ni tapi lama kelamaan i found beauty inside. Tahniah.
Profile Image for Ezzan Haqis.
64 reviews4 followers
November 28, 2021
Kalau nak baca buku kehidupan orang biasa-biasa, rakyat marhaen yang terdesak untuk teruskan kehidupan, berdepan dengan pilihan antara hidup atau mati, memang buku ni patut dibaca.

Best baca buku ni sebab di dalam bayangan hidup penuh kegelapan diselit sedikit ruang cahaya. Sama ada ingin terus mengejar atau sekadar membiarkan biasan cahaya itu menghilang dengan sendirinya.

Sedikit sebanyak pembaca dapat belajar dialek-dialek Kota Singa, tempat-tempat di sekitar kota itu. Juga disampaikan Istilah-istilah yang digunapakai tokan dadah.

Ada banyak nilai-nilai murni terutama dari segi kekeluargaan & punca rezeki. Halal? Atau haram? Apa akibat bila rezeki haram mengalir dalam tubuh badan. Menarik untuk dihayati. Yang baik diambil tauladan, yang buruk dijadikan sempadan.

Tak rugi baca buku ni. Tahniah penulis atas kisah yang penuh pengajaran ni. Tahniah juga atas kemenangan Pertandingan Novel Singapura.
Profile Image for Mr. Joey24.
18 reviews10 followers
December 21, 2019
Ok. Starting aku baca buku ni, aku annoyed gile penggunaan bahasa Gua, Lu. Sampai page 6 aku rsa mcm nk lempar buku ni sbb trlalu annoyed ayatnya sambil dalam hati berkata poyo gile penulis ni. Tp aku gagahkan juga baca smpi habes. Lama2 tu jadi terbiasa dh. Haha.

Sepanjang cerita ni sgt menginsafkan dan menyedihkan. Banyak pengajaran yang korang boleh ambil dlm cerita ni. Ade jugak part2 lucu macam Jedi & Fadhil cari Bani. Apa pnya bodoh la 2 ekor ni. Dh 40 an kot. Hahahaha. Takleh byg aku. Geli.

Suk, suk, suk tubek masuk. Masuk lagi. Teringat sebuah lagu. Haha. Tu la cerita Si Jedi ni. Penjara tu dh macam rumah ketiga baginya. Kesalahan bodoh2 dia kena. Tapi fadhil ni siot gak. Batu api Jedi & Tony. Tak pasal2 Bani dibelasah Jedi. Tak patut dia buat Bani mcm tu. Patutnya Jedi belasah Toni.

Cerita ni banyak mengisahkan tentang kehidupan berkeluarga. Aku suka watak Jedi sebenarnya. Tapi dia ni jenis terburu2 buat sesuatu tanpa siasat dan guna otak. Walaupun Jedi hidup merapu, tnggungjawab sbg suami, ayah, anak mmg dia tunai sgguh. Dan aku keliru dgn watak Faiza sebenarnya, nak kata dia sorok baik atau masih sayang Jedi kenapa dia sanggup failkan saman nafkah pulak dekat si Jedi. Kesian. Aku tak tau macam mana prosedur mahkamah syariah Singapore so aku tanak komen banyak. Aku respect brader Jedi ni.

Apa2 pon, penulis banyak menyampaikan pengajaran dan ilmu agama. Jaga adab dengan ibu bapa inshaallah rezeki mudah dapat. Kena usaha la cari. Bukan duduk saja. Abg Musa, kenapa la penulis tak cerita pasal dia. Nak tau juga asbab dia jadi mcm tu.

Plot bermodalkan benda yang sama tapi punca yang berbeza. Aku yakin cerita ni akan menyebabkan korang geram, sakit hati dan sedih sepanjang masa. Nak sengih tu kejap je. Baca buku ni ibaratkan diri kau duduk dalam sebuah dunia realiti bukan fantasi. Korang rasa dunia ni tak adil. Tapi takpe, selagi korang ikut jalan yang betul inshallah hidup korang tenang. Hiduplah beragama. Cewah selit tazkirah sikit. Buku ni tidak sama sekali seperti drama2 Melayu sekarang yang berkisarkan kehidupan berkaitan syarikat, anak orang kaya. Aduh serabut ahh, plot yang sama. Angan2 semua tu.

Endingnya, memang aku puas hati. Dari mula lagi aku pikir, klu aku jadi Jedi memang buku ni page dia jadi 130m/s je. Sbb endingnya awal sangat aku buat. Hahaha.

Lastly, aku recommend kat korang untuk baca buku ni. Memang dari awal sampai habis beri keinsafan. Tapi korang kena tahan la ayat dia tu awal2 (mgkin aku je kot). Dan tahniah aku ucapkan kepada penulis. Biarpun aku kata kau poyo tapi aku akui novel ni selayaknya mendapat anugerah. Terima kasih kerana membawa suatu kelainan.
Profile Image for Fee.
211 reviews1 follower
Read
March 30, 2021
Bacaan yang agak sedih. Menceritakan bagaimana pilihan hidup ada kesannya kepada diri dan orang yang tersayang. Kadangkala sukar untuk memahami isi hati sebenar protagonis kerana sering berubah-ubah pendirian, tapi ini sebuah bacaan bagus untuk kenal perspektif seseorang yang kelihatannya seperti sukar untuk membuat pilihan tepat dalam pelbagai episod hidupnya.
Profile Image for Natsume Faiz.
26 reviews
September 19, 2018
Sejujurnya aku berasa sedih juga dengan kehidupan Jedi yang terlalu tinggi pasang surutnya. Terjebak dengan Tony merupakan salah satu punca Jedi kehilangan orang yang disayanginya. Btw good job writer. Memang best roller coaster cerita ni 👍
Profile Image for Mrs. Norfy.
169 reviews12 followers
July 5, 2021
Kenapa penulis cipta hidup Jedi macam ni????? Dia tak layak langsung untuk rasa bahagia ke???? I'm crying gila baby masa baca buku ni. Lagi2 part ending. Sebak betul. Ya Allah, kesian nya kat mak Jedi. Kat Faiza pun aku kesian sangat. 😭😭😭
Profile Image for Afifah.
97 reviews
January 6, 2021
Walaupun, bahasa lu gua digunakan dan jalan cerita yang sangat jujur untuk watak, aku boleh serap keinsafan. Memang tak semua ada kisah atau persekitaran yang sama macam Jedi. aku suka tengok ego Jedi yang semakin surut dek kematangan. Apapun, banyak pengajaran yang boleh dikutip dalam cerita ini. aku tak sangka benda ni boleh jadi realiti sebab persekitaran aku lain. tapi aku cuba faham dari perspektif masing-masing.

Aku suka jugak tengok Jedi pelan2 kayuh jadi muslim yang terbaik, anak yang soleh dan bapak yang tebus dosa dia. Balasan yang dia dapat memang direct dari dosa dia yang lalu buatkan aku insaf. dan aku perasan, bila cycle kita buruk, semua jadi buruk dan celaka. bila kita jumpa keystone yang boleh ubah hidup kita, auto hidup berkualiti. macam orang yang jaga solat insya-Allah hidup terpelihara. Kuddos Jedi for always thinking ahead whenever flashbacks occur. kadang2 aku lupa untuk berfikir ke hadapan, selalu stuck dekat pemikiran dan memori lama.

nice work!
Profile Image for Kamalia Kamalia.
Author 17 books77 followers
January 27, 2018
Ceritanya bergerak pantas, jadi kau tak boleh buang masa dengan kisah Jedi ini. Nak tak nak, kau kena 'lari' laju ikut belakang dia kalau kau tak nak ketinggalan untuk tahu kisah hidupnya.

Terima kasih, Jedi sebab secara tak sedar mengingatkan aku semula untuk tak putus asa dengan hidup walau kehidupan itu sendiri tak melayan kau dengan adil. Bahkan, ada ketikanya sangat kejam. Bukan senang nak jadi baik. Seksa, kan? Tapi berbaloi...

Aku menangis banyak kali juga masa baca novel ni. Tahniah penulis.
Profile Image for Tsuki Shiro.
93 reviews34 followers
April 4, 2021
Skeptikal betul bila baca sinopsis. Dengan watak guna bahasa gua lu, aku rasa macam hek eleh. Poyo.
Bila dah start baca aku tak boleh stop. Aku habiskan buku ni dalam beberapa jam je. Aku nak tahu apa jadi next dan next.
Jialat betul hidup kau Zaidi.
💔
Profile Image for Danish Azrin.
5 reviews1 follower
March 24, 2021
Bak kata Jedi, "hidup aku umpama roller coaster." Penceritaan dalam novel ini mengisahkan tentang kehidupan Jedi yang adakalanya suka dan adakalanya duka. Plot suka dalam kehidupan itu boleh datang dalam keadaan yang boleh merosakkan diri kita. Suka yang membawa kebahagiaan rohani itu ialah sebenarnya yang ditagih oleh setiap manusia. Walau diuji, namun ikhlas menerima ujian tersebut kerana yakin itu adalah rencana Tuhan yang Maha Agung. Begitulah kehidupan, akan merasa kehilangan dan juga dikhianati oleh insan yang kita percayai. Teruskanlah kehidupan walau sesukar manapun ujian yang diberi kerana ada juga insan yang sentiasa setia bersama kita walaupun hina dina diri kita ini, itulah kasih sayang Tuhan kepada setiap hambaNya
Profile Image for Syuhada Zulkaple.
4 reviews
February 13, 2021
Satu cerita yang terasa penat dan kesian betul hidup watak utamanya. Betul-betul roller coaster. Nak kata kesian dekat Jedi memang kesian tapi dia sendiri yang menjebakkan diri untuk hidup sedemikian rupa tapi sebenarnya dia terpaksa. On the other side, cerita ini juga menginsafkan kita. Worth to read!!!
Profile Image for Rona Irama.
61 reviews
February 4, 2021
“Bilamana kita sudah melakukan kebaikan, usah kita memandang keji pada pihak yang lemah dengan membanding-bandingkan kebaikan kita dengan kelemahan mereka, ingatlah! Bahawasanya kita telah berlaku ujub! Sesungguhnya amalan si ujub itu tidak diterima Allah SWT!”

--

Suprisingly aku suka buku ni. Sure it's not great tapi ada something dalam buku ni yang buat aku jatuh suka despite pengguna Gua-Lu yang agak berlebihan. Haha.

1. Aku suka how the writer terapkan nilai kekeluargaan yang kuat dalam naskah ini. Ia membuatkan kita sedar macam mana palat pun hidup kita, keluarga sentiasa ada di belakang kita untuk memberi sokongan. Family always come first.

2. Suka watak Jedi yang tetap berusaha untuk berubah jadi seorang yang lebih baik dan menyesali perbuatan lampau dia. Suka cara dia titik beratkan hal akhirat kepada anak bini dia. Walaupun dia macam senget sikit kadang-kadang, tetap dia mahukan yang terbaik untuk family kecil dia.

3. Bingit juga mengingatkan kita apa saja yang kita buat harini, akan patah balik pada kita. Cepat atau lambat sahaja. Kalau buat baik dibals baik. Kalau buat jahat, sendiri mahu ingat lah. Kalau tak kena pada diri sendiri, mungkin orang di sekeliling kita yang menerima padah. Baik, kawan-kawan, anak-beranak, isteri atau mahupun adik beradik yang lain.

4. Pace penceritaan juga agak laju. Sama macam roller coster yang Jedi kata pada bab pertama. Laju. Tak membosankan. Ada scene-scene yang kelakar, ada scene yang menyedihkan dan ada scene yang wtf! buat aku geram. (Terutama dengan watak Tony).

5. Overall, it was a good read. Tahniah kepada penulis kerana memenangi Sayembara Singpura ini. Memang layak menang. Hehe :) Teruskan menulis semoga ada lagi karya-karya baru yang akan datang.

3.75 bintang.

--

Ayat Kak Long yang selalu gua dengar, hidup ni senang je, ikut jalan yang lurus. Jangan buat kerja bukan-bukan, selamatlah kau.
Profile Image for ⠀.
119 reviews35 followers
April 2, 2019
Penggunaan kata ganti nama gua-lu agak menarik. Bersebab, sesuai dan kena dengan watak dan jalan cerita. Pada mulanya, rasa sedih juga baca pasal watak utama, Jedi yang mahu berubah menjadi baik tetapi ada saja halangan yang akan menarik dia semula ke jalan yang salah. Sebak juga la baca setiap kali Jedi rasa kesal dengan kesilapan-kesilapan dia dan mula teringat tentang mak dia. Tapi semakin lama cerita mula rasa mendatar. Terlalu memberi fokus kepada perkara yang sama berulang-ulang kali. Masalah Jedi ni lebih banyak disebabkan oleh dadah dan zina. Rasa bosan dan memenatkan juga la bila asyik baca perkara yang sama je. Rasa sayang sikit sebab penulis tidak memilih untuk menceritakan kesukaran mencari kerja Jedi yang dah jadi bekas banduan. Sebab dalam cerita ni setiap kali Jedi nak cari kerja atau ada masalah kewangan, perkara tu setel dalam satu bab yang sama juga. Jadi, kesukaran hidup Jedi ni mula terasa meh je. Sebab hidup dia macam privileged juga la. Cuma pengaruh orang yang salah je punca dia keluar masuk penjara.

Lagi satu pasal anak Jedi, Bani. Dari Bani memanggil Tony Papa ke pendedahan apa yang telah dilakukan oleh Tony terhadap Bani dan seterusnya perubahan orientasi seksual Bani rasa macam disconnected sikit. Macam tak kena cerita dia kat situ. Seolah-olah penulis cuba nak tebalkan lagi buku – sebab buku ni nipis je – jadi dia pun masukkan la masalah-masalah baru last minute.

Tapi apapun buku ni boleh tahan juga la. Bergerak agak laju juga, tak draggy sangat walaupun kadang-kala ada beberapa scene flashback diselitkan macam tu je, tak berapa kemas sangat.
Profile Image for Zully Azizan.
330 reviews8 followers
October 15, 2018
Simple je ceritanya sebenarnya. Tapi aku rasa TERKESAN.

Sebagai manusia biasa. Buat salah, taubat pastu buat balik. Taubat balik. Lepas tu buat jahat balik. Tu lah namanya manusia biasa.

Hidup neh tak susah mana pun, ikut je jalan lurus jalan betul. Senang la hidup tu.

Kisah keluarga, persahabatan, dendam, kasih sayang, percintaan, dosa silam. Semua ada dalam satu buku yang nipis neh. Sebenarnya aku tak suka ending dia. Jedi.

Tahniah Kak Jeehan untuk buah tangan ni... 🌟🌟🌟🌟🌟 untuk BINGIT..!!
Profile Image for Sha Mohamed.
2,519 reviews1 follower
January 15, 2018
Memang novel yang sangat menginsafkan.. Betapa perjalanan hidup Jedi memberi pengajaran kepada pembaca.. Penulis berjaya menyampaikan sesuatu yang wow.. Nice..
#bingit #jeehan #fixi #novelmelayu #bookreview #booklover #bookworm #bookstagram #hobisaya #reviewbukuolehsha #bookreviewbysha #bacaanjanuari2018 #bloggerbuku #blogger #bloggerperak #blogkasihkuamani #membacajambatanilmu
Profile Image for naa.dee.o.
135 reviews4 followers
June 11, 2019
Not bad at all lah. Nangis gak baca novel ni walaupun panggilan gua wa luu. "Manusia diberi pilihan dalam hidup. Dan bila kita terpilih utk jadi yg baik, mulalah setan menghasut kita utk berlakunya riak, ujub memandang manusia lain tak sempurna mcm kita, hina bagai taik..."
Profile Image for Mohamad Fais.
18 reviews2 followers
May 11, 2018
Jeehan seorang pencerita yang bagus. Tidak meleweh.
Profile Image for Azril Noor.
313 reviews5 followers
April 4, 2019
Gua rasa boleh gila dengan ini cerita. Gua syukur hidup gua tak macam Jedi. Gila punya bingit. Lepas satu, satu. Turun naik sama macam roller coaster. Terbitan

@BukuFixi
Profile Image for Daisy.
156 reviews21 followers
May 19, 2020
Kisah penyesalan dan penghijarahan seorang hamba Allah yang meruntun hati. Sesungguhnya, sesuatu proses penghijrahan bukanlah mudah.
Displaying 1 - 30 of 32 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.