Jump to ratings and reviews
Rate this book

Ranggau

Rate this book
Satu pembunuhan bersiri gadis-gadis sedang berlaku di Sabah. Mayat-mayat yang ditemui oleh polis didapati telah hilang mata dan buah pinggang. Ursula Gimbang, anak seorang tokoh korporat begitu risau adiknya, Janet yang tiba-tiba hilang menerima nasib yang sama. Apakah ia perbuatan manusia atau makhluk halus yang dikenali sebagai Ranggau? Oleh kerana Tuan Gimbang seorang tokoh yang terkenal, dia tidak mahu perkara itu dilaporkan kepada pihak polis. Sebaliknya dia menyarankan agar Ursula mengupah penyiasat persendirian. Dan, Ursula menemui Rusdi Salleh, seorang penulis novel misteri kerana merasakan bahawa penulis itu mempunyai kebolehan menyiasat.

560 pages, Paperback

First published January 1, 2008

23 people are currently reading
315 people want to read

About the author

Ramlee Awang Murshid

51 books1,379 followers
Ramlee Awang Murshid (lahir 4 November 1967) ialah seorang novelis dan juga penulis Malaysia untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak 1986. RAMLEE Awang Murshid dilahirkan di Papar, Sabah, pada 4 November 1967 dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bertugas sebagai wartawan penyiaran di RTM Angkasapuri Kuala Lumpur.

Dalam dunia penulisan, Ramlee terkenal sebagai novelis thriller dan sudah empat kali memenangi sayembara penulisan yang antaranya melalui kejayaan novel Pei Pan yang diiktiraf pemenang kedua Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002.

Pelajar Terbaik Komunikasi Massa 2000 UKM ini menyifatkan kejayaan Pei Pan meninggalkan kenangan paling manis kepada Ramlee kerana beliau penulis pertama dari Sabah yang meraih kemenangan bagi hadiah terbabit.

Beliau yang menerima Watikah Penghargaan Khas daripada UKM pada 2001 dan Pelajar Terbaik Keseluruhan Pusat Pengajian Media dan Komunikasi (2002) sudah menghasilkan 13 novel dan antaranya ialah Tombiruo, Ranggau, Mandatori, Satu Janji, A.D.A.M, Semangat Hutan dan Rahsia Perindu.

Novel terbarunya, Bagaikan Puteri, dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Sastera Negeri Sabah dan sambutan daripada peminat menyebabkan dia teruja menyambung novel terbabit sehingga lahir trilogi Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta.

Dilahirkan di daerah Papar, Sabah, genre novel beliau pada umumnya berbentuk "thriller" dan seram.

Ramlee juga telah memegang tugas sebagai Penerbit Filem. Filem pertama beliau ialah TOMBIRUO: Penunggu Rimba yang diadaptasi dari novel beliau dengan judul yang sama. Tombiruo adalah Filem Kedua Terlaris pada tahun 2017.

Setelah lebih 20 tahun menjadi penulis, beliau akhirnya memberanikan diri menerbitkan novel beliau sendiri di beri tajuk KASYAF AIN. Di bawah syarikat RAM Typewriter, beliau akan hadir dengan Novel ke-3 beliau tidak lama lagi.

Latar belakang pendidikan
Sekolah Rendah Kapayan Kota Kinabalu (1974-1979)
Sekolah Menengah Maktab Sabah (Dikenali juga dengan nama Sabah College) (1980-1984)
Sijil Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (1999-2000)
Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian dalam Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia
Anugerah
Pemenang tempat kedua untuk novel Igauan Maut (1995) dalam Pertandingan Menulis Novel Dewasa, anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka, cawangan Kota Kinabalu.
Pemenang tempat kedua untuk novel Pei Pan, anjuran Hadiah Sako Novel Nasional 2002.
Pemenang Novelis Thriller Terbaik dari Anugerah Buku Negara 2019.

Untuk mendapat info terbaru Ramlee Awang Murshid, ikuti beliau di:

www.facebook.com/ramfc
www.instagram.com/ramfc2020
www.twitter.com/ramfc2020

Karya beliau boleh dapatkan melalui:

www.facebook.com/ramfcstore

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
199 (38%)
4 stars
176 (33%)
3 stars
121 (23%)
2 stars
21 (4%)
1 star
4 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 37 reviews
Profile Image for Mahfuzah Abdul.
50 reviews1 follower
August 14, 2012


alhamdulillah saya berjaya juga menghbiskan novel ini.
why i give 3 stars to this book?
pertama,kerana saya mersakan watak rusdi tidak berapa menyerlah di dalam buku ini.apa yang saya nampak,rusdi sebenarnya x buat apa2 pun utk menyelesaikan kes bunuh ini.dia boleh dikatakan hanya membantu pihak polis menyelesaikan kes tersebut.
mungkin lebih seronok cerita ini sekiranya rusdi itu adalah polis pencen yang mula berjinak dalam bidang penulisan.dan dia menggunakan kepakaran sebagai bekas anggota polis utk sama2 menjejaki pembunuh bersiri tersebut.

kedua,saya merasakan watak2 sampingan di dalam cerita ini tidak dihuraikan dgn mendalam.cthnya benjamin.dia adalah seorang yahudi.dan apa yang menariknya RAM pandai menyelitkan konspirasi yahudi dalam cerita ini.mungkin RAM boleh menghuraikan lagi pakatan yahudi dalam membinasakan generasi dgn taktik kotor mereka dan menyatakan benjamin juga sebenarnya bekerja dia bawah seseorang kerana mustahil benjamin itu boleh berjaya sekiranya tidak ada pihak atasan yang menyokong nya dari belakang.

terakhir sekali adalah penutup kepada cerita ini.
hmm,saya agak sedih kerana cerita ini seakan2 menyimpang dgn kematian benjamin sahaja.mungkin seronok sedikit jika diselitkan dgn kejayaan novel rusdi dgn menulis ttg cerita2 berunsur jenayah walaupun pembaca mengagumi kekreatifan rusdi padahal sebenarnya mereka tidak tahu itu adalah dari sebuah pengalaman sebenar rusdi.


walauapaapapun,saya seronok membaca novel ini kerana kelainan itu tetap ada berbanding novel2 lain.

:))))))
Profile Image for Qayiem Razali.
886 reviews84 followers
February 17, 2019
16 - 2019

NOVEL : Ranggau
PENULIS : Ramlee Awang Murshid

Membaca semula naskhah Ranggau dengan 'wajah' baharu, mood itu masih sama. Ini naskhah pertama tulisan RAM yang saya beli sekitar tahun 2011-2012 begitu. Dapat dilihat kebanyakan novel RAM, kini berwajah baharu dan CANTIK. Dan itu juga membuatkan diri ini rambang mata sehingga terlupa duit dalam dompet semakin menipis. Hahaha..

Berbalik kisah Ranggau. Bagi saya mungkin ini antara karya awal RAM. Sentuhan thriller itu tidak terasa sangat. Tapi... pergerakan cerita itu tetap ada luar kotaknya.
Profile Image for Hilmi Isa.
378 reviews29 followers
February 18, 2011
Novel Ranggau ini merupakan novel kedua yang dihasilkan oleh Ramlee Awang Murshid (RAM),yang diterbitkan oleh Alaf 21.
Ia sebuah novel yang mengisahkan Rusdi Salleh,seorang novelis sambilan yang telah diupah oleh Ursula,anak kepada seorang ahli perniagaan terkenal Sabah bernama Tuan Gimbang,untuk mencari adiknya yang hilang iaitu Janet. Kehilangan Janet dikaitkan dengan kejadian-kejadian jenayah kejam di mana buah pinggang dan mata mangsa hilang. Tambah menggerunkan,kejadian ini turut dikaitkan dengan perbuatan Ranggau (Iblis/Syaitan).
Novel ini unik pada saya. Hal ini kerana,di dalam novel Ranggau,ini adalah kali pertama saya dapati RAM menggunakan dua bentuk perspektif penceritaan iaitu pandangan orang pertama dan pandangan orang ketiga. Pandangan orang pertama dapat diperhatikan di dalam bab pertama novel ini,contohnya. Selain itu,RAM turut memuatkan dialog-dialog yang ditulis di dalam bahasa sukuan Sabah dan Brunei dan bahasa Mandarin.
Dari sudut jalan cerita,secara amnya RAM menyampaikannya dengan baik. Seperti di dalam kebanyakan karya-karyanya,RAM turut memasukkan unsur-unsur penceritaan selain thriller di dalam novel ini. Keislaman,cinta,kekeluargaan dan humor turut menjadi rempah ratus yang menjadikan novel ini amat menarik sekali untuk dibaca. Malah,plot-plot novel Ranggau ini tidak begitu kompleks dan mudah untuk diikuti melalui 51 bab yang terdapat di dalamnya.
Namun,secara peribadi terdapat beberapa kelemahan di dalam novel ini. Antaranya,yang pertama adalah dari aspek ejaan yang salah. Hal ini mungkin sekali berlaku atas faktor kesilapan proses cetakan. Namun begitu,apa yang menghairankan saya adalah walaupun novel yang saya beli ini adalah cetakan ke-9 (2010),ia tetap tidak terlepas dari masalah ejaan. Hal ini tidak sepatutnya berlaku. Pihak Alaf 21 patut mengambil berat masalah ini. Hal ini kerana untuk memastikan karya-karya terbitannya berkualiti untuk tatapan para pembaca. Ejaan yang salah sedikit sebanyak menganggu konsentrasi bacaan.
Kedua,pengakhiran (ending) cerita yang agak lemah turut menjadi kelemahan novel ini. Pada pendapat saya,pengakhiran jalan ceritanya bersifat anti-klimaks dan tidak memuaskan hati saya.
Namun begitu,secara keseluruhannya,saya berpuas hati dengan novel Ranggau ini. Novel ini amat sesuai sekali dibaca oleh mereka yang dahagakan novel thriller bahasa Melayu.
Profile Image for Su Zainudi.
144 reviews
July 30, 2024
Bila seseorang yang rapat dengan kita ialah seorang pembunuh. Dan sadisnya, orang itu lah yang membunuh dan bakal membunuh keluarga kita. Tak tau level kekesalan tu nak macam mana. Itulah yang Ursula lalui bilamana Doktor Zahid, kekasihnya ialah orang yang bertanggungjawab atas kehilangan adiknya, Janet.

RAM kali ini berjaya buat pembaca ragu-ragu dengan telahan awal kerana olahan pada satu part ini. Master thriller mmg itu kepakarannya. Tapi macam bagaimana setiap pembunuhan dilakukan dan bagaimana Janet terlibat dalam kes ini tak diperincikan sebaiknya.

Isu yang diketengahkan kali ini tentang penjualan organ manusia dan salah laku golongan profesional yang menjadi kepercayaan orang ramai.

Tahniah buat penulis!!!
This entire review has been hidden because of spoilers.
4 reviews
January 8, 2022
The very first book in 2022.
Alhamdulillah.

Ranggau,
Ramlee Awang Murshid,
Buku Prima Karangkraf,
550 halaman,
2018.

Jadi bagi aku, buku ini agak "slow".
Dari awal pembacaan sudah dapat mengagak siapakah watak antagonis itu dan apakah yang dimaksudkan dengan ranggau itu.

Mulanya agak teruja, setelah itu sedikit kebosanan, dan apabila sampai ke kemuncak cerita mengharapkan sesuatu yang mengasyikkan, namun ia tetaplah begitu sampailah ke penamatnya.

Bertahan untuk membaca kerana ingin tahu apakah balasan yang bakal menimpa watak-watak "penjahat" itu.
Namun, lagi dan lagi, kejahatan selalu menang.
Walau pada akhirnya mereka mendapat balasan, namun bagi aku tidaklah setimpal mana dengan apa yang telah dilakukan.

Pengajaran yang aku dapat adalah,

"Kau rasa kau jahat, ada yang lagi jahat dari kau".

"Dan berwaspadalah dalam melakukan kejahatan kerana kejahatan itu akan mencari kau kembali. Jika tidak di dunia, ingatlah bahawa kita masih ada akhirat, tempat sebaik-baik dan seadil-adil pembalasan".

Akhir kata,

"Hidup ini sebenarnya terlalu meletihkan.
Letih sementara menantikan saat kematian.
Bila?
Tunggu sahajalah.
Ia pasti datang!
Kehadirannya akan turut membunuh segala nikmat dunia ini". (RAM)

#bellabaca#bukupertama2022#ranggau#ramleeawangmurshid#karangkraf
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,546 reviews41 followers
August 22, 2018
Novel RAM memang ada kelas tersendiri dan membacanya tidak pernah mendatangkan jemu namun untuk Ranggau, saya temui bebola-bebola kehampaan. Pada awal pembacaan, saya jangkakan Ranggau adalah suatu makhluk yang ada fizikal dan ada aktiviti seperti orang minyak atau serigala jadian atau sekurang-kurangnya seperti tombiruo. Saya juga mengharapkan ada kupasan atau penerangan berhubung apa yang menyebabkan kematian Tua Hussin dan emak Rusdi. Dan Rusdi, rasanya expectation saya terhadap beliau terlalu tinggi. Tak nampak yang beliau banyak membantu dan secara direct menyelesaikan misteri kehilangan Janet. Janet yang ditemui hasil Rusdi teringat semula puisi karya ayahnya, nampak macam kebetulan saja. Sungguh saya harapkan Rusdi betul-betul jadi hero, jadi lebih berani dan punyai naluri lebih tajam untuk sekurang-kurangnya menghalang kecelakaan berlaku terhadap Tuan Gimbang. Saya harapkan Tuan Gimbang dapat dibawa oleh Rusdi keluar menemui nur Islam. Kejadian menimpa Dr Zahid juga sebuah kebetulan, Rusdi tiada peranan langsung. Jururawat yang menyuntik racun pada Kim, yang menyebabkan salah seorang anggota polis khayal... "anak matanya tidak lepas menikmati wajah jururawat itu (saya andaikan kerana kejelitaan wajah jururawat tersebut), adakah Dr Zahid?
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
466 reviews42 followers
September 26, 2022
Mengisahkan pembunuhan yang berleluasa. Kejam dan tidak berhati perut hingga dirasakan bukan kerja manusia.

Rusdi Salleh seorang penulis namun diberi tugas menyiasat kehilangan seorang anak hartawan. Cekap dan bijak.

Ursula anak gadis Tuan Gimbang. Sering dijadikan sasaran kemarahan bapanya apatah lagi setelah kehilangan Janet.

Permulaan bagi cerita ni agak perlahan bagi SH hingga ada beberapa ketika berasa mengantuk semasa membaca namun rentak penceritaan semakin laju di tengah cerita.

Penuh dengan aksi aksi yang mendebarkan rasa. Turut sama berasa cemas seolah mengalaminya sendiri. Aksi pergaduhan dan pembunuhan terasa sangat nyata. Yang best lagi turut menyelitkan seni mempertahankan diri orang Melayu iaitu silat.

RAM dapat memaparkan kekejaman watak antagonis dengan sangat baik. Memang terasa kebencian pada watak antagonis berjaya ditimbulkan.

Isu kekeluargaan juga dikupas dengan baik dalam novel ni. Rasa iri hati antara adik beradik memang perkara biasa. Terasa hati dengan sikap pilih kasih ibu bapa sering kita dengar dan dipaparkan dengan baik melalui watak Ursula.
Profile Image for Tey Marzuki.
Author 13 books101 followers
January 22, 2019
Meskipun naskah ini keluaran lama, namun kisahnya masih sangat relevan untuk bacaan tahun ini. Tahniah Tuan Penulis untuk karya yang cukup versatile dan timeless. Saya suka pada naratif Rusdi dan membaca kisah kehilangan adiknya itu sangat meruntun jiwa.

Dari segi jalan ceritanya, memang terbukti menarik. Cuma saya kurang berpuas hati apabila (**spoiler alert**) tertangkapnya Ranggau dengan mudah oleh pihak berkuasa. Saya menjangkakan Ranggau itu mempunyai kekuatan luar biasa yang lain, namun nyata Ranggau juga sebenarnya adalah makhluk biasa dan kekuasaan itu mutlaknya milik Yang Maha Esa. Saya juga berharap jika tuan penulis menyuntik lebih banyak konflik keluarga di antara Ursula, Janet dan juga Tuan Gimbang. Lebih-lebih lagi antara Janet dan Ursula.

Tahniah Tuan, naskah yang sangat menarik! Saya menanti thriller seumpamanya di masa akan datang.
Profile Image for faryna syaza.
75 reviews13 followers
June 24, 2021

"Cinta..." Rusdi menoleh,memandang wajah Ursula.Seulas senyuman melirik di bibirnya. "Cinta mempunyai satu kuasa yang terlalu sukar untuk dihuraikan. Dalam cinta tersimpan seribu satu macam perasaan.Sayang,benci seakan sudah sebati dalam diri manusia. Sayang,kita tetap mencintai.Malah benci juga kita masih menyimpan perasaan itu. Bukankah itu sesuatu yang aneh,pelik dan luar biasa?"


"Biarpun kita bertuan,kita tetap berTuhan."

Overall okay lah. The ending and the jalan cerita is actually not my type sangat. I put a really high expectations towards this one but kinda ..... . I think jalan cerita dia boleh buat best lagi. And sebenarnya kalau takde character Rusdi pun takpe hahahaha. But i enjoyed reading this so yeaa .
Profile Image for Hanis Afifah.
99 reviews6 followers
July 19, 2022
Pembinaan plot yang agak perlahan, tetapi pembacaan tidak terasa hambar. Setiap satu babak pada hemah saya dicantum dengan baik. Walaupun pintal alur dalam novel ini mampu diramal, ia tidak menjengkelkan.

Ada beberapa dialog yang sedikit canggung bunyinya. Juga pada beberapa tempat, ada gambaran babak kejam dan pembunuhan yang terasa sedikit melucukan. Lagi satu, saya kurang enak dengan pengitlakan kaum Yahudi di dalam novel ni.

Bocoral awal:
Cuma sampai sekarang saya pelik. Kenapa Farhana nak ikut? Bila masa dan ada ke Rusdi bagitahu dia pasal hubungan dia dan Ursula kepada Farhana? Saya ada terlepas baca apa-apa ke? 🤔

Kesimpulannya, novel ni memberi pengalaman yang tak tergambar dengan kata-kata pada saya. Sebuah pembacaan yang menarik.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Shahrul AhLami.
188 reviews13 followers
May 7, 2017
Ranggau !

Apa itu ranggau ?
Makhluk Allah yang ghaib yang merangsang hati manusia untuk melakukan kejahatan. Kejahatan yang berterusan. Kejahatan dari dunia kegelapan.

Iblis ? Syaitan ? Jin-jin kafir ?

Di antaranya. Makhluk yang terus-terusan menderhaka kepada Allah Taala. Dan manusia yang melanggar perintah Allah, melakukan kejahatan tanpa mahu bertaubat nasuha, mereka adalah Ranggau.

Bahasa apa tu?
Bahasa sukuan orang-orang Sabah.
8 reviews
July 21, 2024
Cerita tentang siri kes pembunuhan di Sabah melibatkan perempuan-perempuan muda dan persamaannya mata dan buah pinggang mereka hilang. Ursula Gimbang menyiasat kehilangan adiknya Janet kerana takut adiknya menerima nasib yang sama seperti mangsa mangsa lain. Pencarian Ursula menemukannya dengan Rusdi Salleh, seorang novelis misteri yang kemudiannya bersama-sama merungkai misteri kehilangan Janet.

Overall jalan cerita best, elemen saspens yang padu, plot twist tak dijangka sebab tak sangka watak tu rupanya yang jahat. Cuma yang kurangnya awal cerita agak slow, banyak benda tak penting yang dimasukkan, contohnya macam sejarah hidup Rusdi tu rasanya tak perlu nak diceritakan dengan panjang sebab tak bagi impak dekat cerita asal.Macam jadi filler je. Dah masuk second half baru nampak cerita lagi laju dan menjurus ke cerita Ranggau ni.
16 reviews
February 27, 2025
Buku kedua by RAM utk tahun ni. Rate rendah sb rasa watak Rusdi mcm tak ngam. Apa yg Rusdi buat just tolong Polis tp tak la tolong sngt pun. Kisah Ursula dan Dr Zahid pun mcm tak natural. Curious dgn perkataan Ranggau, ingatkn terms ni ada sesuatu yg fizikal mcm Serigala Jadian tp tak pun hanya sekadar panggilan.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Faiz • فائز.
358 reviews3 followers
June 14, 2022
Sudah sebati dengan karya tuan penulis. Cuma mungkin jalan cerita kali ini bersifat lurus. Tidak banyak konflik yang betul-betul berbekas, setiap watak juga kelihatan seimbang dan penyudah kisah tidak berapa memuaskan.
Profile Image for Shi Mediorilize.
21 reviews
December 10, 2020
Buku paling lama ambil masa untuk habis baca.
Pada saya, jalan cerita sangat perlahan. Bila hampir penghujung baru rasa excite dia.

Tapi plot dan susunan cerita tidak pernah mengecewakan dari RAM.
6 reviews
August 25, 2021
Its an interesting novel, a great plot with a little plot twist. berdebar jugak la baca. as expected Novel from RAM
2 reviews
July 7, 2024
Loveee sgt dengan penulisan RAM, mmg suspen and plot twist tak jangkaaaaa , walau buku dah lama, stilll sesuaiiii bacaaaa dalam waktu bila bila pon
Profile Image for Arishah ainol.
16 reviews
April 20, 2018
Pada pendapat Saya,Ramlee Awang Mursyid adapah salah seorang penulis yang patut dikenali seperti mana ramai penulis atau ahli sasterawan yang lain. Ini kerana cerita yang dihasilkan Oleh beliau Amat menakjubkan dan luar jangkaan Jill dibandingkan dengan penulis-penulis yang terkini. Ramlee dikenali kerana novelnya yang bertajuk Tombiruo Dan pads Saya,peminat Ramlee patut melihat hasil tulisannya yang lain seperti novel Ranggau ini.

Novel Ranggau ini berkisarkan seorang penulis yang diarahkan untuk menjadi penyiasat bagi seorang anak tokoh yang kaya. Saya tidal mahu menulis tentang sinopsis cerita ini kerana Saya mahu semua pembeli membacanya. Tambahan pula,kulit Bucky yang dihasilkan Amat kreatif dan menarik perhatian saya. Bahasa dan ayat yang digunakan juga sangat memuaskan dan ia memberi manfaat kepada semua pembaca terutama pembaca Muda yang seringkali menggunakan perkataan yang tidak sesuai untuk menulis sesuatu
Profile Image for cacinta.
54 reviews8 followers
November 22, 2008
I've always loved RAM's psycho-thrillers, and Ranggau is one of the first I've read. Introduced to the book by a friend, I was pretty skeptical about reading it. Her copy's cover was torn, so she taped a piece of card on the front of the book and wrote 'RANGGAU' in huge black letters on it. And so, I was like, "Ranggau? Is that even a word?!", and began reading it during recess (was still in school that time) and continued reading through all the other classes. It was just so engaging I couldn't put it down!

I love stories with lots of adventure and mystery and a dash of the mystic, so Ranggau was tailored for me. Highly recommended.
Profile Image for Eimad.
174 reviews24 followers
September 4, 2011
maaf cakap,kurang menarik.plotnya juga biasa.mudah diramal.ceritanya terlalu realistik.tidak salah untuk realistik,asalkan jangan membosankan.jikalau dilihat boleh dikatakan Rusdi tidak memainkan apa-apa peranan penyiasatan langsung,cuma dibantu oleh dua orang rakan dan sedikit nasib.

Enggan terlalu mengkritik kerana novel ini kalau tak silap novel kedua Ramlee Awang Murshid,jadi mungkin banyak benda telah diperbaiki,tetapi yang peliknya kenapa diulang cetak sehingga hampir 10 kali?walaubagaimanapun Ahadiat Akashah>Ramlee Awang Murshid .juga buku bersiri laksamana Sunan>Ranggau
Profile Image for مستور١ مكنن.
90 reviews8 followers
November 15, 2013
cerita ni tertangguh lama sangat. masa baca novel ni sampai termasuk-masuk mimpi. seram sgt ke.? haha..akhirnya berjaya jugak habiskan. cerita berkenaan pencarian seorang adik kepada ursila yang juga anak kepada jutawan di sabah. mereka mengupah rusdi seorang penulis novel untuk menjadi penyiasat persendirian. dan dalam misi pencarian tu banyak sangat insan yang tidak bersalah telah terkorban. sangat tragedi la. lebih kurang cerita psiko jugak la. nebes baca sampai terbawa-bawa ke alam realiti gitu.
6 reviews
July 22, 2011
Pada pendapat saya novel ini akan lebih menarik jika dibaca sebelum novel Mandatori. Novel Mandatori merupakan novel terbaik RAM yang saya pernah baca. Disebabkan kedua-duanya mempunyai unsur thriller yang hampir sama dan saya pula membaca Mandatori terlebih dahulu, maka penilaian terhadap Ranggau telah dipengaruhi oleh pembacaan saya terhadap Mandatori. Mungkin keseronokan membaca Ranggau akan lebih lagi jika saya membacanya terlebih dahulu sebelum Mandatori.
Profile Image for Pie Mesnan.
220 reviews5 followers
June 25, 2012
ranggau..karya RAM yg awal baru aku baca ni..karya ni lain dr yg lain krana ada perspektif monolog watak utama..karya thriller die yg ni bese je jika dbandingkn karya fiksyen 302...cos misteri kematian wanita2 diceritakan dgn direct tanpa twist dan boleh dijangka pd pndapat saya...
however..dlm ranggau ni byk elemen agama dan tarbiyah diselitkan..itu menarik bg saya..

so..one of the good books from RAM..
Profile Image for Aneeza Akma.
13 reviews
September 28, 2016
I love the story line which obviously different from the others. Unfortunately, Inconsistent and too much plot twist ( its not a problem tho ) but it caused the story to be a bit of mess. Spelling mistakes and so forth. And the highlight of the ending shouldnt it be focusing on either rusdi/ursula instead of Benjamin ?

Somehow i still recommended this book and wish you are not fussy as me.
Profile Image for Miss Rose.
28 reviews4 followers
July 21, 2016
RAM never turn me down with his beautiful writing. i love the knowledge 'bout pyramid. but, i think the main character is not eligible enough to be a detective. if there're no supporting characters existed, perhaps the story is quite boring.
18 reviews
Read
February 20, 2011
sgt menarik....yg paling best leh blaja bahasa sabah.....
Displaying 1 - 30 of 37 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.