Ryu-Watanabe berasa tidak dirahmati; dilahirkan di penjara dan membesar di rumah kebajikan. Sepanjang hidupnya tidak pernah tenteram lalu membawa diri ke Jepun. Dia menyertai satu kumpulan yakuza dan menjadi samurai yang mahir bermain pedang. Jenaya adalah gelanggang permainannya dan penamat permainan itu adalah maut.
Dalam kumpulan itu, dia jatuh cinta dengan Noriko. Kisah mereka dan kumpulan yakuza menjadi tarikan kepada Sabrina untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Dia bersama Murni melancong ke Tokyo untuk mencari Ryu-Watanabe.
Adakah mereka dapat menemui Ryu-Watanabe? Siapa sebenarnya Ryu-Watanabe itu? Adakah dia menyesal menganggotai kumpulan yakuza dan menjadi samurai?
Ramlee Awang Murshid (lahir 4 November 1967) ialah seorang novelis dan juga penulis Malaysia untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak 1986. RAMLEE Awang Murshid dilahirkan di Papar, Sabah, pada 4 November 1967 dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bertugas sebagai wartawan penyiaran di RTM Angkasapuri Kuala Lumpur.
Dalam dunia penulisan, Ramlee terkenal sebagai novelis thriller dan sudah empat kali memenangi sayembara penulisan yang antaranya melalui kejayaan novel Pei Pan yang diiktiraf pemenang kedua Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002.
Pelajar Terbaik Komunikasi Massa 2000 UKM ini menyifatkan kejayaan Pei Pan meninggalkan kenangan paling manis kepada Ramlee kerana beliau penulis pertama dari Sabah yang meraih kemenangan bagi hadiah terbabit.
Beliau yang menerima Watikah Penghargaan Khas daripada UKM pada 2001 dan Pelajar Terbaik Keseluruhan Pusat Pengajian Media dan Komunikasi (2002) sudah menghasilkan 13 novel dan antaranya ialah Tombiruo, Ranggau, Mandatori, Satu Janji, A.D.A.M, Semangat Hutan dan Rahsia Perindu.
Novel terbarunya, Bagaikan Puteri, dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Sastera Negeri Sabah dan sambutan daripada peminat menyebabkan dia teruja menyambung novel terbabit sehingga lahir trilogi Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta.
Dilahirkan di daerah Papar, Sabah, genre novel beliau pada umumnya berbentuk "thriller" dan seram.
Ramlee juga telah memegang tugas sebagai Penerbit Filem. Filem pertama beliau ialah TOMBIRUO: Penunggu Rimba yang diadaptasi dari novel beliau dengan judul yang sama. Tombiruo adalah Filem Kedua Terlaris pada tahun 2017.
Setelah lebih 20 tahun menjadi penulis, beliau akhirnya memberanikan diri menerbitkan novel beliau sendiri di beri tajuk KASYAF AIN. Di bawah syarikat RAM Typewriter, beliau akan hadir dengan Novel ke-3 beliau tidak lama lagi.
Latar belakang pendidikan Sekolah Rendah Kapayan Kota Kinabalu (1974-1979) Sekolah Menengah Maktab Sabah (Dikenali juga dengan nama Sabah College) (1980-1984) Sijil Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (1999-2000) Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian dalam Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia Anugerah Pemenang tempat kedua untuk novel Igauan Maut (1995) dalam Pertandingan Menulis Novel Dewasa, anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka, cawangan Kota Kinabalu. Pemenang tempat kedua untuk novel Pei Pan, anjuran Hadiah Sako Novel Nasional 2002. Pemenang Novelis Thriller Terbaik dari Anugerah Buku Negara 2019.
Untuk mendapat info terbaru Ramlee Awang Murshid, ikuti beliau di:
First time aku nampak novel ni masa aku kat perpustakaan sekolah menengah aku dulu2. First impression aku tanpa belek, novel ini adalah novel jiwang (memang betul pun haha). Namun sejak itu, title "Hatiku Di Harajuku" selalu bermain2 dalam fikiran aku (sebab tajuknya sedap dan catchy), sampailah ke tahun 2019 akhirnya aku beli jugak novel ni.
Aku ni peminat filem2 yakuza dan misteri thriller, oleh sebab itu aku dapat imagine dengan baik aksi2 yakuza dalam novel ni sambil aku boleh berlakon lagi lagak2 suara yakuza dari dialog2 jepun novel ni. Memang best haha.
Tapi, bagi aku novel ini agak meleret-leret. Watak2 macam Iskandar dan Imam Daud tu aku rasakan sangatlah tidak perlu diberi spotlight berlebih-lebihan. Kalau novel ni settle masa perang yakuza kat jepun aku dah bagi 5 star dah, bila ditambah lagi macam2 konflik dan plot twist. Its too much dan buat aku rasa letih membacanya. Dengan Sabrina yang annoying haha
p/s: sila layan filem2 yakuza arahan Takashi Miike dan Takeshi Kitano untuk lebih memahami yakuza. Best!
Terlalu banyak plot conveniences and the book was just way too long. Tiada problem untuk baca buku tebal tapi bosan bila plot dipanjangkan tanpa keperluan.
Sudah lama tidak membaca karya tuan RAM. Buku ini pun dipinjam daripada seorang kawan. Karya lama RAM, tapi jalan penceritaan yang mempunyai elemen kejutan di akhir cerita masih menjadi identiti tuan penulis.
Risham atau Ryu-Watanabe, lelaki yang lahirnya dalam penjara, membesar tanpa ibu bapa, menagih cinta pada perempuan Negeri Matahari Terbit, tangannya basah dengan darah manusia, berpura-pura menjadi manusia lurus kerana ingin meninggalkan masa silam, namun diheret semula kerana musuhnya yang berdendam.
Terlalu banyak dugaan dan cabaran yang dihadapi Risham dalam usahanya membebaskan diri dari dosa lampau. Namun, andai hati manusia itu sudah benar-benar bertaubat, insyaAllah dirinya akan sentiasa berada dalam lindungan Allah.
Geram dengan watak Sabrina. Begitulah perempuan. Begitu mudah menyatakan rasa cinta, dan begitu mudah juga menghakimi manusia kerana dosa silamnya. Seharusnya peluang kedua diberikan kepada semua manusia. Wallahualam.
Manusia yang sudah mangli menghadapi kekejaman dunia tidak akan mudah melatah. Setiap ujian yang menimpanya dirasakan hanya satu siri tribulasi yang akan berlalu pergi. Begitulah sifatnya ujian. Menjadikan diri kita lali dengannya, dan melahirkan satu kekuatan baru.
I never expected this, i never ever thought in my life that i will hate a masterpiece from my favourite author ever. i really want to love and expecting myself to be in love with this book as much as i do pd Siri Sunan. But no..?
90% of the book, boring.. cerita mendatar, kejadian di Harajuku hanya pencarian mereka utk membunuh Ryu, dan Ryu nak balas something dkt depa (nanti spoiler 🤫) lari sana sini tanpa tindakan tu banyak 😂👍🏻
adalah diselitkan sedikit action dan pergaduhan antara Yakuza, a lot of information about Yakuza, Japan, Japanese culture and delicacies, so hanya penuh dengan itu 😌
- POV Sabrina dan org2 lain dlm buku ni selain Ryu dan Yakuza2 tu, langsung tak ada kaitan, tak ada function pada cerita dan bosan
- I never hate a woman in my life like i hate Sabrina, kejap.. hate is a strong word ke? pape jelah 😂 hear my reason, dia di antara watak utama yg ada segala perangai sy tak suka, which is :-
1- Pick me girl
2- Tak ada sebab solid langsung utk jatuh cinta pd Ryu, tiba2 mendesak cinta Ryu. Betul2 tak ada pun moment yg menyebabkan cinta pd Ryu tu spark, tiba2 nak ketagih cinta org and EXPECTING Ryu WAJIB terima cinta dia kalau tak dia kecewa 🙄👊
3- Menyusahkan Ryu sehingga ke Jepun, kena tangkap and kind of heroine yg "Omg Ryu, aku dtg Tokyo tanpa diundang sebab cinta aku yg tak berapa kukuh and now aku kena tangkap dgn Yakuza , and you have to come to my rescue" 🙄👊
4- Irrational, panas baran, terburu2 dalam emosi dan keputusan, tak matang, sorry to say even sepupu dia sendiri called her this : Stupid 😂 and i agreed 👍🏻 sgt2
5- Kerja dia susahkan Ryu dan mensyaki Ryu dan jatuh cinta lg sekali tanpa asal usul
Layak ke dia jd watak utama ni? sy tak pernah rasa perasaan sekuat ini utk memisahkan antara dua org protagonist 🤣 sepanjang pembacaan "please jgn bercinta, jgn bersama. Just dont be together i beg you". haha
Another reason sy rate 2 star sebab 10% dekat hujung nya je best, bikin suspen weh 👍🏻 tapi tema Harajuku nya entah kemana, tak kena tajuk bah. 🤣
also perbualan depa semua singkat and unnatural sgt, Ryu dan org2 rapat nya aje mcm sy boleh hadam sikit. 𝐁𝐮𝐭 𝐤𝐚𝐥𝐚𝐮 𝐧𝐚𝐤 𝐭𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐫𝐨𝐦𝐚𝐧𝐭𝐢𝐤 𝐤𝐞 𝐭𝐚𝐤 𝐑𝐲𝐮 𝐧𝐢, 𝐲𝐞𝐬 𝐨𝐟𝐜 𝐥𝐚𝐡 𝐑𝐀𝐌 𝐧𝐞𝐯𝐞𝐫 𝐜𝐞𝐚𝐬𝐞 𝐭𝐨 𝐦𝐚𝐤𝐞 𝐦𝐞 𝐟𝐚𝐥𝐥 𝐢𝐧 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐰𝐢𝐭𝐡 𝐡𝐢𝐬 𝐫𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞.
Cuma tulah, syg nya jalan cerita ni FLAT dok oh, i tell you.. hanya watak Ryu dan family dia je sy syg dlm ni. Semua tu sy nk tampar, naik darah sgt lah baca. Lagi2 dgn Sab tu, haih sampai ke hujung dia buat diriku sakit hati 😂
Sekian lama aku peram novel ni, akhirnya aku berjaya tamatkan .
Hatiku di Harajuku berkisarkan kehidupan Yakuza di Jepun .
Ryu- Watanabe, warganegara Malaysia yg menetap di Jepun dan mempelajari Samurai drpd salah seorang Samurai di sana. Oleh kerana jatuh hati pd anak ketua Yakuza Amikie, maka Ryu Watanabe sanggup berhempas pulas utk menjadi ahli yakuza. Dan dia berjaya. Nama Ryu Watanabe mampu menggerunkan kumpulan2 yakuza yg lain. Namun sesuatu yg berlaku, Yakuza Amikie terkubur. Ryu pulang ke Malaysia setelah kecewa .
Risham, lelaki berperwatakkan bodoh dan lemah. Bekerja disebuah restoran makanan jepun milik Sabrina. Sering dibuli oleh rakan sekerja, Iskandar. Namun ada sesuatu yg terselindung. Dan hanya Sabrina mengetahui .
Setelah bertahun, yakuza Amikie terkubur dek kerana perbuatan Yakuza Jiro, seorang demi seorang ahli Yakuza Jiro dibunuh. Pembalasan dendam bermula. Namun siapa disebalik topeng pembunuh itu? .
Bagi aku jalan cerita utk novel ni agak menarik. Tapi ada sesetengah part meleret2. Hingga buat aku sedikit lelah. Ditambah perangai Sabrina yg tdk menggunakan akal dlm mencari Ryu Watanabe di Jepun telah mengundang padah hinggakan dia ditangkap oleh Yakuza Jiro .
Pengakhiran cerita agk tidak disangka2. Kalau takde plot twist bukan RAM la namanya .
Cerita ni memang dramatik and tragik. Suspense pun ader. Kalau lemah jantung, memang boleh KO baca buku ni. Every few chapters N fikir, hidup ke mati hero ni nanti? Hidup ke mati?
Sesiapa yang meminati culture Jepun, N rasa akan meminati cerita ni. Ia memang kaya dengan keindahan budaya Jepun, dan kekejaman amalan dan budaya yakuza.
Hatiku Di Harajuku... sebuah novel tentang seorang samurai dan yakuza berbangsa Melayu. Beralih ke buku ni sebab nak berehat dulu baca siri Laksamana Sunan (lagipun buku 7 & 8 prekuel jer). Enjoy jugak baca buku ni... kuat betul unsur thriller, aksi dan suspen-nya. Unsur2 dakwah dan pengajaran juga tetap terselit, sama seperti karya2 RAM yang lain.
Buku ni mengisahkan tentang Ryu-Watanabe (Risham) yang berasa hidupnya tidak dirahmati kerana dilahirkan di penjara dan membesar di rumah kebajikan. Dia akhirnya membawa diri ke Jepun untuk berkerja di sana. Di Tokyo, dia telah jatuh cinta dengan Noriko, anak ketua kumpulan Yakuza Amikie. Dia telah mempelajari ilmu samurai, dan akhirnya diterima sebagai ahli kumpulan Yakuza Amikie. Dia menjadi salah seorang ahli yakuza yang digeruni, dan menjadi kekasih Noriko. Tetapi semuanya berubah apabila Noriko ditunangkan dengan orang lain. Dia yang berduka akhirnya menghilangkan diri dan kembali ke Malaysia. Kumpulan Yakuza Amikie pula akhirnya telah dimusnahkan oleh kumpulan Yakuza Jiro, dan semua anggotanya terbunuh.
Beberapa bulan kemudian, muncul seorang pembunuh misteri yang telah membunuh ahli kumpulan Yakuza Jiro seorang demi seorang. Individu yang disyaki melakukan perkara tersebut adalah Ryu-Watanabe. Sementara itu, di Malaysia, Ryu-Watanabe yang sebenar telah insaf dan menggunakan nama sebenarnya, Risham. Dia yang mendengar berita tersebut bergegas ke Jepun kerana merasakan Noriko masih hidup dan ingin menyelamatkannya. Sabrina yang telah jatuh cinta pada Risham turut bertolak ke Jepun untuk memjejaki lelaki tersebut. Maka bermulalah scene2 aksi, pembunuhan, dan cinta tiga segi (antara Ryu-Watanabe (Risham), Noriko, dan Sabrina).
Kisah seorang lelaki Melayu, Ryu-Watanabe yang menjadi samurai seterusnya melibatkan diri dengan kumpulan yakuza malah menjalin hubungan percintaan dengan Noriko, anak kepada ketua kumpulan Yakuza Amikie. Pertempuran berlaku antara Yakuza Amikie dan Yakuza Jiro yang membuatkan Yakuza Amikie tumpas dan luput dari dunia yakuza.
Ryu-Watanabe kembali ke Malaysia sebagai seorang Melayu yang ingin pulang ke jalan kebaikan. Ditinggalkan masa silam yang penuh dosa dengan pertumpahan darah. Ingin menjadi manusia baru dan membasuh dosa lama. Namun begitu, Ryu terpaksa kembali ke Jepun untuk menyelamatkan Noriko dan memujuk Noriko melupakan dendam terhadap Yakuza Jiro yang akan memudaratkan dirinya.
Plot cerita berkembang baik dan teratur cuma agak perlahan di pertengahan cerita dan agak meleret menuju ke ending. Aku tiada masalah dengan gaya penulisan RAM sebab memang best! Ending sangat tidak dijangka! 👍🏻
Aku suka dengan penerangan mengenai samurai dan yakuza (baru tahu bahawa golongan samurai adalah golongan yang berkedudukan tinggi dan dihormati di Jepun) dan beberapa adat/istilah yang digunakan dalam yakuza seperti hara-kiri, junshi dan yubi-tsume (memotong jari kelengkeng sendiri sebagai permohonan maaf jika gagal melaksanakan sesuatu tugas yang diberikan). Fuh! 😱
◾️Ketakutan menerima hukuman Allah adalah petanda baik untuk merubah diri dari bergelumang dengan dosa, beransur kembali kepada keredhaan Allah. ◾️ Selagi nyawa tak berada di rengkungan,, selagi itulah pintu taubat masih terbuka luas. Keampunan Allah mendahului kemurkaanNya.
Sangat-sangat kecewa kerana karya ini tidak sehebat karya yang lain malah terasa idea samurai Melayu adalah fantasi yang 'wishful thinking'. Barangkali kerana Ramlee Awang Murshid tidak menetap di Jepun, maka penceritaannya saya rasakan hanya fantasi berdasarkan apa yang dibaca dan dilihat di media massa tentang negara itu. Tiada 'feel'! Saya banyak membaca tentang kebudayaan Jepun maka karya ini sangat sukar untuk saya terima.
Sekurang-kurangnya penamat menyaksikan sang hero tidak bersama dengan heroin sebaliknya kembali kepada cinta lamanya. Tidak tipikal. Itu sahaja yang saya benar-benar suka tentang novel ini.
Kadang-kadang terfikir karya RAM ini "beyond" budaya kita. Tapi satu cubaan yang memarik. Ceritanya pun baik. Kisah seorang ayah. Adakalanya orang kita ini (baca : Melayi) jarang mempamerkam kasih sayang antara seorang ayah dengan anak tidak seperti orang putih. Oh, sudah pasti kita perlu mesra dan menyayangi anak seperti mana yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.
Ryu-Watanabe dan Noriko merupakan sepasang samurai moden yang bernaung di bawah kumpulan Yakuza Amikie. Reputasi pasangan ini menjadi lagenda di Jepun kerana kehebatan mereka,terutamanya Ryu-Watanabe,melalui kemahiran bertempur menggunakan pedang samurai mereka. Mereka juga merupakan sepasang kekasih walaupun berbeza bangsa dan agama (Ryu-Watanabe sebenarnya seorang lelaki Melayu). Malangnya,mereka tidak mempunyai jodoh. Akibat salah faham antara mereka,mereka akhirnya berpisah. Ryu-Watanabe pulang ke Malaysia sebagai Risham. Dia berazam untuk tidak lagi terjebak di dalam dunia jenayah Yakuza dan ingin menjadi manusia yang baik dan beriman kepada Allah s.w.t. Dia juga ingin melupakan kenangan silam yang buruk ketika di Jepun dahulu. Namun begitu,apabila saudara kepada Sabrina (majikan Risham di sebuah restoran makanan Jepun) iaitu Murni mengkhabarkan peristiwa pembunuhan beberapa anggota Yakuza Jiro,Risham terpanggil untuk kembali ke Jepun kerana merasakan Noriko masih hidup dan ingin menyelamatkannya. Pada masa yang sama,Sabrina yang mencintai Risham dalam diam-diam,turut ke negara matahari terbit itu untuk menyatakan perasaan cintanya kepada Risham dan ingin mengetahui rahsia latar belakang lelaki Yakuza Melayu itu. Berada di Jepun,nyawa Risham,Noriko dan Sabrina berada dalam bahaya. Bukan sahaja Yakuza Jiro memburu mereka bertiga. Malahan,cinta tiga segi akan menjerat mereka ke dalam kancah bahaya. Pedang kembar Tou Aii akan sekali lagi dilumuri darah! Yakuza/Samurai Melayu! Idea Yakuza/Samurai Melayu yang dijelmakan melalui watak Ryu-Watanabe/Risham merupakan sebuah idea yang menarik dari Ramlee Awang Murshid (RAM). Pada pendapat saya,beliau sekali lagi berjaya 'menghidangkan' kepada kita sebuah novel yang mempunyai latar belakang jalan cerita yang amat menarik untuk dibaca. Umpama menonton sebuah filem! Seperti kebiasaan,RAM turut menyelitkan nilai-nilai murni yang patut kita contohi. Setiap manusia berhak menerima peluang kedua untuk menjadikan diri seseorang individu itu lebih baik daripada yang sebelumnya. Tambah menarik,di dalam novel ini,penggunaan dialog di dalam bahasa Jepun (yang diromankan,Romaji) turut digunakan. Penggunaan bahasa tersebut sedikit sebanyak menghidupkan latar belakang cerita yang banyak mengambil tempat di Jepun. Dari segi kelemahan pula,saya mendapati terdapat beberapa perkara yang ditinggalkan oleh RAM,sama ada disengajakan atau tidak. Saya berpendapat bahawa wujud lompang-lompang yang boleh diisikan untuk menambahkan daya tarikan dan tambah melengkapkan jalan cerita novel tersebut. Sebagai contoh,RAM tidak memasukkan kisah-kisah pengalaman Risham ketika di rumah anak yatim dan ketika menuntut ilmu samurai dan berlawan pedang dengan Yamazaki,datuk kepada Noriko. Malahan,kisah cinta antara Ryu-Watanabe dan Noriko ketika di dalam Yakuza juga patut diperdalamkan dan dikembangkan. Dengan ini,perasaan empati pembaca kepada kedua-dua watak utama ini akan bertambah. Tentunya menarik jika para pembaca dapat mengetahui kisah-kisah di atas terutamanya kepada peminat watak Ryu-Watanabe/Risham dan Noriko. Namun begitu,di sebalik kelemahan ini,saya tetap beranggapan bahawa novel Hatiku di Harajuku ini merupakan salah satu novel dan karya terbaik yang pernah dihasilkan oleh RAM. Ianya berbaloi untuk dibaca terutamanya kepada mereka yang meminati sesuatu yang berkaitan dengan Jepun.
Apabila merasa dirinya tidak dirahmati, Ryu-Watanabe membawa dirinya jauh ke negara matahari terbit. Dia jatuh hati kepada Noriko, anak ketua Yakuza Amikie dan untuk mendekati gadis itu maka Ryu-Watanabe belajar untuk menjadi seorang samurai. Seterusnya dia menjadi salah seorang Yakuza Amikie yang digeruni.
Setelah mendengar cerita mengenai Ryu-Watanabe dari Murni membuatkan Sabrina bersetuju untuk menjejaki lelaki tersebut dengan mengikut sepupunya itu ke Tokyo. Berdasarkan cerita Murni dan juga pemerhatiannya sendiri, hati Sabrina berat mengatakan bahawa Risham adalah Ryu-Watanabe dan dia telah jatuh hati kepada lelaki tersebut tanpa menyedari bahawa dia akan berhadapan dengan pelbagai rintangan jika ingin memenangi hati lelaki itu terutamanya dari Noriko.
Tou Aii @ pedang cinta seolah-oleh kehausan darah... Satu demi satu pertumpahan darah berlaku dalam cinta tiga segi ini. Siapa yang melakukannya? Akhirnya Ryu-Watanabe memilih siapa di antara Noriko dan Sabrina?
Seperti selalu, RAM pasti akan menampilkan kelainan dalam setiap novel yang dihasilkannya. Hatiku di Harajuku juga tidak ketinggalan dan aku amat berpuas hati dengan novel ini. Tahniah Ramlee kerana berjaya menghasilkan sebuah karya yang bermutu tinggi dan semoga ianya akan menjadi pendorong kepada penulis-penulis muda masa kini dalam mempertingkatkan martabat novel Bahasa Melayu di persada penulisan di negara kita.
At times, it was fun...At times, it was nerve-breaking...It was supposed to be a story of honourable samurai, yakuza...The real fight was against the evil in you...Awesome..but although being pasted with such plot and setting, I can`t help to feel tad bored during my read...Was it because of the author`s writing style? I have no idea.. And the lovelines were a bit ridiculous here..i`m a bit sceptical towards Sabrina-Risham pair..More love towards Noriko-Ryuwatanabe...
Imam daud, sleepwalking, Sabrina-Risham coming in the plot were a bit like rushed ideas.. it seemed out of place and so sudden..
But still, the japanese references and customs, and samurai spirits were among the best explained!
sukar nak ungkapkan perasaan ini. mungkin sebab saya suka Jepang jd minat membaca buku ini y terkadang di selit beberapa ayat Jepang. luv it. cuma kurangnya, tak mampu relate latar masa. sukar kali....
Hatiku Di Harajuku. Selalu salah sebut, sebut Hajraku. Tudung Hajra. Haha. Wowo untuk abang RAM. Tak terduga cerita Yakuza boleh dijadikan novel. Yakuza bergaduh dengan Yakuza untuk mendapatkan kawasan. Macam abang long kawasan.
Risham @ Ryu Watanabe seorang ahli Yakuza. Minatnya terhadap Yakuza disebabkan oleh Norito. Pun hali Yakuza juga. Ryu & Norito pasangan yang digeruni oleh Yakuza lain disana. Namun selepas Yakuza Amikie kalah. Norito hidup berseorangan, manakala Ryu kembali ke Malaysia menjadi rakyat biasa, bekerja dengan Sabrina.
Dendam tidak pernah berakhir, Ryu kembali ke Jepun untuk menyelamatkan Norito. Pembunuhan demi pembunuhan dari Jepun sampai ke Malaysia berlaku. Siapakah yang melakukannya. Kena baca. Beberapa bab penghujung, kebahagian mengecapi Risham.
Permulaan yang perlahan menyebabkan hampir menutup buku ini. Namun, ku gagahkan juga untuk meneruskan. Sekali menarik. Cerita & konflik menarik. Ada Bahasa Jepun dalam buku ini. ADa sedih, sedih bila Risham bertemu keluarganya kembali. Sedih Sabrina masih solo. Haha. Dan boleh baca Magis pulak.
Idea cerita yakuza melayu ni menarik. Cuma gaya penceritaan yang sengaja dipanjangkan itu agak membosankan. Kalau tak meleret leret bukan Ramlee Awang Mushid lah kan.
Risham seorang rakyat Malaysia yang memilih menjadi seorang samurai dan yakuza apabila hatinya tertaut pada Noriko juga merupakan seorang samurai dan yakuza, ketika berhijrah ke Jepun dek kerana merasakan kehidupannya adalah sebuah kehiduapan yang tanpa berkah. Bergelumang di dalam dunia yakuza yang penuh dengan bahaya dan pembunuhan tidak diendahkan oleh Risham yang menggunakan gelaran Ryu-Watanabe sewaktu berada di negara matahari terbit itu. Dia kemudian membawa duka hatinya kembali semula ke tanah air setelah Norika memilih untuk berkahwin dengan Yoshitaka kerana perbezaan fahaman dan kepercayaan mereka, namun siapa yang menyangka konflik kehidupan akhirnya membawa semula Risham ke Jepun yang akhirnya turut membawa bersama konflik itu ke Malaysia setelah dia kembali semula ke tanah air sendiri ini. Pergolakkan cinta juga turut berlaku berlaku -- Sabrina dan Noriko -- menyimpan rasa buat Risham. Setiap mereka mengharapkan peluang, meski realitinya tidak semua akan memiliki peluang yang sama.
______
Hatiku Di Harajuku, membawa kita bersama-sama seperti turut berada di tanah matahari terbit. Jalan penceritaan sekali-kali menyelitkan fakta-fakta sejarah yang pada saya tidaklah menjadi satu masalah. Plot berjalan dan berkembang dengan cukup kemas dan mudah untuk difahami. Beberapa unsur saspen turut dapat saya tangkap tapi tidaklah spoiled unsur itu sama sekali. Konflik yang panjang tetapi tidak sama menjadikan cerita tidak terasa meleret. Dan perkembangan watak sentiasa mengikut kepentingan watak itu sendiri di dalam novel ini, tidak menjadikan ada watak yang hanya terasa sia-sia untuk berada di dalam jalan cerita.
Cerita ini macam cerita angan2 aku masa kecil bila tengok cerita ninja kat tv. Masa tu siapa tak merasakan ninja tu hebat? Dan siapa yang tak berangan nak menjadi ninja? Haha.. jadi novel ini seperti catatan angan-angan zaman kecil, yang diperhebatkan lagi dengan cerita cinta dan diselitkan kisah tragis si hero.
Aku suka, bila ada diselitkan bab-bab agama dalam cerita ini. Dan penamat cerita juga adalah lain daripada lain, tidak tipikal novel melayu!
Cuma bila aku merujuk kepada senarai rujukan pengarang, aku terfikir adakah cerita-cerita tentang samurai, ninja dan jepun adalah maklumat yang betul dan tepat, kerana kebanyakan rujukannya adalah berpandukan internet, tv, dan artikel di surat khabar. malah aku terfikir adakah bahasa jepun yg digunakan itu betul?
Hatiku di Harajuku, sebenarnya saya tertarik ingin membaca buku ini kerana terpandang perkataan 'Harajuku' itu yang merupakan sebuah tempat ataupun daerah di Tokyo, Jepun. Lagipun, ini kali pertama saya jumpa buku hasil karya Ramlee Awang Murshid.
Dan hasilnya tidak menghampakan... Saya memang suka hasil-hasil karya sebegini! Penuh dengan aksi thriller dan plot-twist, namun saya masih dapat rasakan unsur atau elemen fantasi di situ. Tambahan pula, saya memang minat betul dengan negara Jepun, jadi memang rasa teruja sangat bila baca fakta-fakta dan informasi berkaitan negara Jepun itu.
Setiap watak yang ditampilkan pula mempunyai kisah dan latar belakang masing-masing yang menambahkan lagi rencah ke dalam kisah ini. Apapun, saya masih dapat nilai dan pengajaran itu dalam pada keseronokan membaca kisah ini.
Ketelitian penulis dalam menggambarkan lokasi-lokasi yang digunakan dalam penceritaan novel ini mampu membawa pembaca menghayati kisah yang diketengahkan.
Cinta 3 segi berdarah antara watak utama Risyam (Ryu Watanabe), Noriko dan Sabrina membawa kepada plot-plot penceritaan yang selanjutnya sehinggakan saya merasakan watak Sabrina sebagai pengganggu utama dalam novel ini. Pengakhiran yang saya jangkakan berlaku juga (walaupun masih dengan sedikit gangguan daripada watak Sabrina).
**Peluang itu selalu ada jika kita benar-benar mahu menebusnya dan menyerahkan urusan selebihnya kepada Yang Maha Berkuasa.
Saya suka karya RAM cuma hatiku di harajuku ni kurang sikit mungkin sebab ada plot macam tertangguh-tangguh dan meleret sikit. Tetapi saya enjoy je baca sebab awal tu buat macam saya tertanya-tanya apa jadi lepas tu walaupun ada juga perkara yang kita dah boleh agak. Penulis juga berjaya buat saya benci dekat watak Iskandar yang poyo tu dan banyak juga info pasal Jepun yang saya dapat bila baca novel ni. The ending is quiet good juga sebab finally kapal saya berlayar hahaha. Okay lah untuk dibaca pada waktu lapang.
cover novel ni memang tak menarik langsung pada mata aku. tapi memang ni la style cerita thriller kan? tapi best sgt la. mengisahkan kisah cinta sepasang yakuza berlainan negara dan agama. kisah cinta yang penuh tragis, cinta berdarah dan dendam. memang kene baca la. x seronok plak kalo dah cerita.. hoho
Sebenarnya novel cinta jarang menjadi pilihan saya. 'Hatiku di Harajuku ' dipilih pun sebab atas penulisnya. Jalan cerita mungkin agak ke arah fantasi. Ada juga diselitkan unsur Islamik. Sedikit terganggu dengan penyalahgunaan perkataan 'save'.. "you're save now". (Bukan sekali tetapi 2x kalau tak silap) 3.5 star.