Jilid kali ni mengisahkan kembara Ten dan Lianne ke KL mencari kakak Ten. Di pertengahan jalan, diorang bertemu kawan baru yang terselamat dari serangan pembunuh. Apa cerita diorang dan ke mana arah tujuan masing-masing? Jom dapatkan jilid terbaru ni untuk ketahui jawapannya.
Berjumpa pula dengan watak lain. Kalini seorang doktor lelaki (Sean). Saya was was dengan doktor ni. Nampak innocent tapi betul ke dia memang innocent?.Sudahlah jumpa dalam keadaan yang meragukan. Nampak macam blur pun ya.
Suka dengan spirit Ten & Lianne. Lianne juga turut menyatakan hasrat untuk menemani Ten mencari kakaknya di KL. So manis ❤️ Nasib baik la Ten bagi ikut kalau tak kasi memang saya emo haha. Tambah sorang lagi akan ikut mereka iaitu doktor tersebut. Phew. Jom sambung baca.
By the way, natang apa yang depa dok usung wei. Pistol api ka haha
Ok, ketegangan dikendurkan seketika, masa utk memperkenalkan watak2 baru, ada watak seorg doktor sekarang. Watak yg agak misteri, aku pun risau jugak dgn watak ni, tak tau apa nak expect daripada dia, nampak mcm sedikit psycho? & ada news utk KL skrg. News yg kurang baik. Enjoy!
Jilid ni banyak Zint ketengahkan isu tentang realiti kehidupan. Walaupun pengembaraan dorang berdua tak jauh bergerak pun, tapi sebab isu yang dibawa tu buatkan jilid ni jadi menarik.