Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia mengucapkan kata yang baik dan kalau tidak, harus diam." [HR Bukhari dan Muslim]
Jadi, hidup ini hendaklah diisi dengan kebaikan dan sumbangan kepada orang lain. Jauhi fitnah dan jangan kata apa yang orang tak kata.
Buku ini adalah reaksi pelbagai isu menarik disekeliling kita yang diulas oleh Dr. Rozaimi Ramle.
Antara isi menarik dalam buku ini seperti; - Talfiq bukan mazhab rekaan saya! - Fitnah terhadap Ibnu Taimiyyah. - Berkata ‘Tidak Tahu’ Tidaklah Hina - Ustaz Cuak Bila Diminta Dalil - Agama kamu Melayu atau Islam? dan banyak lagi...
MILIKILAH buku ini untuk mengetahui idea-idea bernas Dr. Rozaimi Ramle pada setiap persoalan yang berlegar masakini.
Profesor Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle bersekolah di Sekolah Kebangsaan Tasek, Ipoh dan Sekolah Menengah di Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh. Berangkat ke Jordan pada tahun 2001 untuk menyambung Ijazah Sarjana Muda Syariah di Universiti Mu'tah, Jordan. Bekerja sebagai guru sandaran di Sekolah Raja Perempuan Taayah Ipoh pada tahun 2006. Berkhidmat di Majlis Agama Islam Perak sebagai pegawai zakat pada tahun 2007. Pada tahun 2008, dilantik menjadi tutor di Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan UPSI. Telah menyambung pengajian Sarjana Hadith di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) pada tahun 2008 seterusnya menyambung pengajian peringkat PhD di University of Jordan pada tahun 2011 di bawah tajaan UPS dan tamat pengajian pada 1 Disember 2014. Dilantik menjadi pensyarah kanan di UPSI pada tahun 2015 dan tahun 2019 telah dilantik menjadi Profesor Madya di universiti yang sama. Beliau sekarang ditugaskan menjadi Ketua Jabatan Pengajian Islam di Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Beliau juga adalah Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis.