Jump to ratings and reviews
Rate this book

Umat Islam Menghadapi Tentangan Kritianisasi & Sekularisasi

Rate this book
Di tanah air kita, sudah jelas ada perebutan pengaruh agama sejak zaman penjajahan sampai zaman merdeka. Dengan berakhirnya penjajahan, timbullah semangat baru umat Islam kerana merdeka. Lantaran itu tdak hairan kalau kristian merasa terancam. Kedudukan mereka pada zaman jajahan sebagai "Anak Emas" pemerintah kolonial sekarang telah sama rata dengan umat Islam. Dan kian hari jumlah anak-anak Islam yang patut disebut sarjana intelektual makin bertambah dengan pesatnya. Sebab itu yang lebih cemas melihat ini, bukanlah orang kristian anak negeri, teman sebangsa kita melainkan negara-negara Barat. Mereka cemas kalau-kalau yang mereka tanamkan selama ini akan layu dengan kebangkitan Islam. Maka tidak hairanlah jika sekarang negara-negara Barat dengan cara Legal atau Illegal memberikan bantuan kepada kristian di sini. Yang membantu sekarang berlipat-ganda daripada masa jajahan.

83 pages, Paperback

First published January 1, 2003

1 person is currently reading
11 people want to read

About the author

Hamka

105 books1,088 followers
Haji Abdul Malik Karim Amrullah, known as Hamka (born in Maninjau, West Sumatra February 17, 1908 - July 24, 1981) was a prominent Indonesian author, ulema and politician. His father, syekh Abdul Karim Amrullah, known as Haji Rasul, led and inspired the reform movement in Sumatra. In 1970's, Hamka was the leader of Majelis Ulama Indonesia, the biggest Muslim organizations in Indonesia beside Nahdlatul Ulama and Muhammadiyah. In the Dutch colonial era, Hamka was the chief editor of Indonesian magazines, such as Pedoman Masyarakat, Panji Masyarakat, and Gema Islam.

(source : wikipedia)

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
1 (10%)
4 stars
6 (60%)
3 stars
3 (30%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
Profile Image for Zulkifli Khair.
Author 21 books30 followers
October 23, 2024
Dalam buku ini anda akan temui kritikan eksplisit Buya Hamka buat Presiden Sukarno. Barangkali ini antara petunjuk konflik Hamka-Sukarno, sehingga Hamka dipenjara. Kristianisasi bagai diizinkan sebaliknya dakwah disekat.

Buku ini bukan sekadar menyentuh soal sekularisasi dan kristianisasi sebagaimana disebut dalam judul, namun turut menyentuh amalan khurafat dalam kalangan umat Islam. Amalan khurafat ini dirujuk kepada amalan kebatinan Jawa.

Sungguhpun latarnya Indonesia, namun tentangan-tentangan tersebut masih berterusan. Ini selari dengan kalam Allah dalam al-Quran yang menyifatkan bahawa golongan Kristian (termasuk Yahudi) yang takkan senang dengan umat Islam sehingga umat mengikuti jejak langkah mereka. Lihat al-Quran di al-Baqarah, ayat 120.

Kalau tidak tukar agama, sekurang-kurangnya umat dijauhkan daripada ajaran Islam serta dirosakkan mental dan akhlak. Barangkali boleh dibahaskan lagi dengan wahana muzik, filem, sukan, dan media sosial seperti yang wujud pada masa sekarang.

Dalam konteks Indonesia, serangan pemikiran oleh orientalis termasuklah mendakwa Islam galakkan poligami, Islam berkembang dengan pedang, Islam hanya untuk orang Arab, orang Islam Acheh itu fanatik seperti dimasukkan dalam buku teks sekolah-sekolah Katolik dan banyak lagi.

Ternyata komunis juga tidak senang dengan Islam (Barat juga tidak senang dengan Islam) sebagaimana perkongsian kata-kata M Natsir dalam buku ini "...kalau ditanya pada dunia komunis manakah lebih berbahaya, kapitalis atau Islam, mereka spontan menjawab Ilam lah yang lebih berbahaya." Apakah termasuk komunis abad 21 juga?

Sumbangan dan peranan Menteri Agama, Alamsyah dalam mengekang gerakan kristianisasi di Indonesia menarik untuk disoroti. Ditambah dengan cabaran ke atas Alamsyah yang dikatakan tidak mematuhi semangat dan doktrin hak asasi manusia.

Naskhah buku ditangan saya adalah terbitan Gema Insani di Indonesia. Kalimat zending diulang berkali-kali. Zending bermaksud organisasi yang melakukan penyebaran Kristian. Ia kata serapan Belanda dalam bahasa Indonesia dengan makna asal membuat perkhabaran Bible.

Di bahagian awal terdapat elemen 'defending Islam' dengan hujah wahyu dan akal, berkenaan persoalan haram makan babi dan kepelbagaian mazhab.

Buku ini hakikatnya kompilasi khutbah dan tulisan Buya Hamka; khutbah di Masjid Agung al-Azhar, manakala tulisan artikel dalam majalah Panji Masyarakat. Usaha kompilasi dan penyusunanya dilakukan oleh anak beliau, Rusdi Hamka.
Profile Image for Muhammad Zaid.
5 reviews6 followers
June 12, 2025
Sebagai umat islam yang bergagasan baharu (islah/tajdid). Hamka menyarankan kita mengenal pasti lawan kita yang sebenar. Lawan kita bukan sesama Muslim dari segi khilafiah - yang dianggapnya hal tetek bengek (remeh) -. Lawan kita adalah pendakwah Kristian yang bukan sahaja mempunyai kekuatan yang lebih kerana bantuan kewangan dari pihak luar tetapi mereka juga sangat licik dalam memperdaya para Muslimin di desa yang kekurangan makanan. Tabiat mereka yang degil tidak mendengar saranan Presiden Suharto bagi mengendurkan ketegangan antara agama adalah sikap yang sangat menjengkelkan umat islam di negara Indonesia. Mereka kerap berdakwah kepada warga yang telah siap beragama islam. Sehinggalah tiba giliran Menteri Agama yang tegas (Tentera), pandai berbincang dan bertoleransi (diplomat) dan licik dalam perlaksanaan (politik). Telah diwartakan 3 perkara penting yang akhirnya memberikan kebaikan kepada umat islam Indonesia serta semua warga beragama di Indonesia. Hamka turut membahaskan beberapa argumen yang didatangkan oleh pendakwah Kristian.
Profile Image for Hariz S. H..
78 reviews18 followers
March 18, 2021
Satu usaha Pustaka Panjimas mengumpul makalah Almarhum Buya Hamka pada Konferensi Majlis Tanwir, dan difokuskan akan Ihwal Kristianisasi.

Bukanlah satu tulisan yang menarik, namun sarat dengan peristiwa dan isu-isu penting seputar ihwal kristianisasi ketika period Almarhum Buya. Apa yang dapat diperhatikan, apa yang telah berlaku suatu ketika dahulu, masih terjadi ketika ini di Malaysia. Maka boleh dikata buku ini masih releven hingga kini dan disaran dibaca, terutama pemimpin ngo dan pembuat polisi berkaitan Islam dalam agensi agama dengan kerajaan.
Displaying 1 - 3 of 3 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.