Jump to ratings and reviews
Rate this book

Bidadari Bermata Jeli

Rate this book
Di The Stanley’s Suite Hotel, Tamara merupakan gadis kelahiran Bosnia yang dipelihara oleh orang Malaysia dan dijadikan anak angkat. Penampilannya ayu mengalahkan gadis Melayu, berbaju kurung, bertudung persis ustazah. Tapi pabila terlanggar eksekutif housekeeper yang garang dan cerewet itu, terkeluar habis loghat Negeri Sembilannya.

“Oh, mak kau kopalo jendol!”

“Hey, you! Stop right there!” Pertemuan dengan Daniel Haidar berlaku pabila secara tak sengaja dia terlanggar jejaka itu. Kerana terlalu takut, Tamara terus melarikan diri tanpa menoleh pun. Punyalah selama ini dia berhati-hati dan mengelak daripada terserempak dengan salah seorang anak CEO The Stanley’s Suite Hotel itu.

“Does dejavu really happen?”

“Well, according to research, about two thirds of us experience at least one dejavu in our lifetime.” Pertemuan dengan Tamara bagaikan dejavu bagi Daniel Haidar. Terasa Tamara begitu dekat di hati. Sudahlah langgar sampai berterabur fail, stafnya itu melarikan diri pula. Kanta lekap berwarna kelabu yang melekat pada fail, menjadi permulaan episod antara Daniel dan pemilik kanta lekap itu.

“Kalau you nak selamat, you ikut apa I cakap.” Penyelianya, Cik Eka Kamila memberi arahan agar Tamara tampil dalam rupa baru di hadapan Daniel. Dia perlu jadi seorang perempuan tembam, tapi hanya di depan Daniel. Apa motif Cik Eka? Namun berjaya juga Daniel menemukan si pekerja yang misteri itu. Tapi entah kenapa Daniel bagai tidak peduli dengan rupa Tamara. Siap pelawa makan malam bersama lagi. Sesuatu yang sangat mengejutkan bagi seorang Daniel Haidar yang menetapkan kualiti yang tinggi untuk pasangan hidupnya.

“Have dinner with me tonight...”

“Hah?” Apakah Tamara pun sudah jatuh hati? Tapi hatinya sudah lama dihuni oleh Helmi. Helmi yang selalu ada tika dia larut dalam derita yang melemaskan.

KARL – Doktor pelatih yang berwajah Inggeris itu sebenarnya telah lama jatuh hati terhadap Tamara. Meskipun dia tahu rahsia dan aib yang disembunyikan, tapi itu bukan penghalang baginya hendak memiliki si bidadari bermata jeli. Namun kehadiran Daniel menyukarkan keadaan. Di antara Helmi dengan Daniel, abangnya itu lebih memberikan ancaman. Beberapa siri kejadian aneh yang berlaku dalam hidupnya, membuatkan Daniel tertanya-tanya. Dejavu yang Daniel rasakan selama ini apakah benar-benar dejavu? Dan apakah realiti sebenar di sebalik sisi gelap hidup Tamara yang mampu mengubah ramah menjadi marah?

Paperback

Published September 1, 2017

10 people are currently reading
104 people want to read

About the author

Hana Ilhami

10 books79 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
45 (42%)
4 stars
43 (40%)
3 stars
18 (16%)
2 stars
1 (<1%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 30 of 33 reviews
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
April 10, 2018
Anything coming from her thus far, saya suka. Kali ni ceritanya quite interesting unlike all her other books. Ada element of suprise and thriller. Itupun towards the ending baru tahu.

Masih ada unsur2 agama tapi ia diterapkan dengan unsur medical juga dari segi emosional. One with sleeping disorder and the other with mental disorder. Juga hynosis jarak jauh hingga 'membangkitkan' personality disorder. Trauma yg menyebabkan mereka jadi begini. Cuma satu kuat kerana pegangan agamanya lagi satu tumpas.

Overall a good book to read.
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,023 reviews377 followers
October 8, 2018
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM15. Pada sesiapa yang berminat, boleh PM.

This is really unexpected. Tapi slowly, semuanya start to make sense. Jadi pada sesiapa yang plan to read this, my advise is bersabarlah!

Mula-mula N pun macam konfius and tak paham kenapa banyak sangat watak dalam cerita ni, tapi semuanya bersangkut-paut.

If you expect things to be cute and pretty, you'd be disappointed kerana in a way, cerita ni ada unsur thriller. Yang disangka baik, rupanya mental. Yang disangka jahat, rupanya taklah sejahat mana.

In terms of chemistry, I was a little bit taken aback dengan chemistry antara Daniel dan Tamara. Kalau ikutkan dorang berdua ni tak adalah banyak scene bersama. Tapi N suka gandingan mereka berdua and when they started to hit it off, N rasa mereka mempunyai tarikan yang kuat.

The ending was a bit iffy to me, but in a way I like it sebab tak rasa tergesa-gesa.

Highly recommended for those yang tak berapa gemar cerita sweet meluat and mahukan sedikit kelainan.

Profile Image for Ogy Yusof.
Author 11 books107 followers
January 27, 2018
satu masalah yang sama dibawa oleh dua watak dan dua perwatakan yang beebeza. satunya yang taat perintah Allah dan satu lagi yang Islam hanya pada nama. sangat cantik olahan dan garapan puan penulis Hana Ilhami.

tamara a.k.a. huurun ain, dididik oleh neneknya dengan asuhan agama yang baik, apatah lagi sebenarnya dia anak tak sah taraf. ibunya, mak cik saerah merana kerana majikannya yang bersifat binatang yang menyebab lahirnya ain. kakaknya huda pula dalam misi membalas dendam dan menggunakan ain untuk melaksanakan misinya.

karl pula, saksi pada kebinatangan ayahnya. bila jiwa kontang agama, dendam bermaharajalela. paling tak disangka, kelemahan dan kekurangan insan lain dipergunakan. mana sangka, ada tujuan sebaliknya bila dia selalu rapat dan pantau. ingatkan kerana dia doktor dan mahu pantau pesakit. rupanya lagi dahsyat dari itu..

dua watak ini tunjang utama novel ini. yang lain membantu menguatkan jalan cerita. ya, ada kelemahan contohnya rasa tak perlu nak guna dialek negeri pun sebenarnya. bahasa inggeris akak ni takla pandai tapi macam ada sedikit sana sini salah kot.. idea yang sangat baik dan banyak pengajaran yang ada. sejauh mana pun salah kita, seteruk mana pun kelemahan kita dalam kehidupan, baliklah.. kembalilah.. kemaafan adalah satu kesakitan yang indah. sakit tapi amat melegakan.. paling utama, mohon keampunan pada Allah...
Profile Image for Aezra.
108 reviews16 followers
September 12, 2018
Agak berkerut jugak dahi semasa membaca cerita ini. Penulis bijak menganyam bab demi bab sebab dan akibat yang terjadi pada watak-watak utama. Saya sendiri keliru dan akhirnya faham setelah semakin hampir ke penamat cerita. Watak tiga beradik lelaki sehingga saya tertanya-tanya siapa hero cerita ini?

Seterusnya, penulis bercerita lagi tentang split personality dan beberapa lagi elemen yang mewarnai perwatakan watak utama dalam novel ini. Itu saya beri markah penuh kerana penulis bijak merancang plotnya dengan begitu baik. Cuma... Saya rasa agak semak bila heroin cerita ini berdialog minang. Rasanya tak ada pun tak apa. Dan disebabkan ini kurang satu bintang daripada 5 bintang penuh daripada saya untuk novel lain daripada yang lain ini. Tahniah Hana Ilhami!
Profile Image for Najwa in her debut era.
166 reviews17 followers
dnf
June 20, 2022
This book seriously has so much potential.



Tapi saya terpaksa dnf 😕.

ps: Review saya ada spoiler dekat bahagian bawah ulasan saya ni. Saya dah warning awal-awal sebelum ke perenggan yang ada spoiler

Sebab pertama saya dnf perjalanan terlalu slow, I stop reading it at page 200+ and terus jump untuk tahu perkara-perkara penting.

Saya suka buku ni, sebab lain dari yang lain cuma jalan ceritanya perlahan dan untuk menuju dan merungkai setiap satu cerita tu saya rasa terlalu lambat. Saya harapkan buku ini merupakan satu cerita yang fast pace. Biar penulis bawa saya mengembara ke setiap peristiwa dengan kelajuan yang pantas tetapi tidak terlalu gopoh. Mungkin sebab saya tak biasa dengan cerita thriller, mungkin cerita thriller seharusnya ditulis begini?

And I cannot stand this book because it is really disturbing (ni masalah diri saya sendiri), serius tak boleh go dengan penderaan mental and physical yang Tamara aka Ain lalui. Kesian sangat rasanya, maknya Saerah pun sehingga mental jadinya. Saya yang tersiksa membacanya.

Isu mental health dalam cerita ni sangat ditekankan, diselangi juga dengan pentingnya agama dalam masalah-masalah mental. Tidak lupa dengan kaedah sains untuk melawan penyakit mental yang dihidapi setiap individu.

Balasan hidup pada keluarga kaya tu memang pada saya patut mereka dapat (gelak jahat) walau sedikit kejam, tetapi kekejaman yang mereka buat itu merosakkan sebuah keluarga yang berhak bahagia.


MAJOR SPOILER



Dan saya suka ending buku ini (saya jump terus), keputusan penulis untuk buat ending yang bittersweet bagi saya bijak. Eloklah tidak menimbulkan kekeliruan kepada pembaca, kerana secara biologi mereka adik beradik walau dalam syarak mereka boleh berkahwin. Saya rasa Ain dan Daniel tak patut bersama walau chemistry tu ada, mereka berdua seharusnya mulakan hidup baharu tanpa perlu menoleh ke belakang. Saya harap hubungan mereka lebih kepada kasih sayang adik beradik. Biar saling sokong-menyokong untuk merawat diri.

Tahniah penulis, buku awak best cuma saya tak boleh nak masuk. Teruskan berkarya!
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
August 8, 2022
"Oh mak kau kopalo jendol". Trademark ayat melatah Tamara. Muka kacuk, sekali keluar pekat loghat negeri sembilan
.

Tamara. Gadis bosnia. Dibesarkan oleh keluarga melayu. Sungguh pun begitu, emaknya, Saerah tidak boleh menerima kehadiran Tamara aka Ain. Baginya, kehadiran Tamara membawa luka lama yang menyebabkan dia hilang kewarasan. Mujur ada Nek Milah yang sentiasa disisi Tamara
.

The Stanley's Suite Hotel. Tempat Tamara mencari rezeki sebagai room attendent atas bantuan kakaknya, Huda
.

Pada awal naskah ini bagaikan tiada apa2 yang menarik. Pembaca cuma dihidangkan dengan kisah seorang room attendent yang mempunyai masalah peribadi dan juga masalah dengan anak pemilik hotel, Daniel. Cumanya, korang akan tersengih sendiri dengan perangai Tamara dan Daniel
. Dan ada kisah lain antara Ain dan Karl
.

Tapi rupanya, kisah Tamara ni bukan biasa2. Korang tau kan pasal split personality? Yes. Novel ini mengaitkan dengan kisah seorang yang menghidap dissiocative identity disorder. Muncul watak Matahari, muncul watak kanak2,muncul watak si hoodie man. Kenapa wujudnya watak2 sedemikian? Apakah cerita disebalik watak ciptaan tu?
.

Tekanan, dendam. Menjadi satu sebab seseorang tu, berada dalam dunia dia. Oh ya,lupa nak bagitau dalam ni pon ada part psikopat tau. Korang rasa menarik tak novel ni untuk dibaca? Aku tak ingat siapa yg rekomenkan novel ni. Sebab tu aku beli dan baca..Thanks tau sebab rekomen. Kalau tak aku tak tau yg novel ni bukan yashe2
Profile Image for Nad.
100 reviews11 followers
August 29, 2017
Ending yang tak dijangka...Kasihan bila anak2 yang tak berdosa jadi mangsa kesilapan lampau ibu bapa..
Profile Image for Izz.
420 reviews8 followers
August 31, 2022
Best!

Plot cerita ni twisted sikit, tapi I like. Penulis buat bagi kita tak sabar² nak habiskan buku ni sebab nak tau apa jadi lepas ni, apa ending nya? Lepas tu penulis buka skit² misteri tu untuk kita cantumkan sendiri. Setiap watak tu ada misteri sendiri. Berselirat juga lar misteri setiap watak ni. Buku ni memang tak bosan la. Cumanya, kdg² pening sikit nak faham sebab ada penggunaan loghat nogori, tapi boleh hadam lagi. Lepas tu, kenapa ending macam tu? Tak puas la...nak lagi...ending tu kena panjangkan lagi. Hahaha..saya tak puas.

Cerita ni mengenai Ain, anak tak sah taraf, yang kena mental torture sejak kecil. Kesian sangat dengan Ain ni. Tapi, dia ada Abang Helmi yang motivate dia dan bagi dia kuat semangat untuk hidup. Doktor Karl pun suka kat Ain ni dan selalu tolong dia. Ain ni nak sambung belajar kat Mesir, tapi dia hidup susah, so kena lar bekerja dulu kumpul duit. So dia bekerja kat hotel The Stanley bahagian housekeeping. Sejak dari tu lar macam² yang jadi.
Profile Image for Sera.
92 reviews14 followers
October 6, 2017
Wow! Tu yg dpt saya ckp after ending the book. Lain kali ni karya penulis. Masih ade berunsur ugama tapi ade jugak mystery & thriller.

Mengisah kan Tamara yg bermata jeli ni. Susah nak tulis review bcos saya taknak ade spoiler. Tapi mmg dari 1st chapter, dah mula bertanye2.. sape hoodieman? Sape Ain? Sape Henry? Sape Eka? This is really a good read tapi ade few things yg spoil sikit lah.. BI tunggang langgang sikit, dari segi spelling & grammar.. Also, crite ni banyak watak.. kalao anda tak suke crite banyak watak, mungkin akan confuse tapi percaya lah yg sume watak mmg penting in evry step of the story..
kesimpulannye, dosa mak bapak, anak2 yg kena tanggung.. Dari segi psychology & emotion
Profile Image for Yaya H. Amir.
147 reviews6 followers
March 12, 2022
4.9🌟🌟🌟🌟

1. Mula² tu agak pening sikit pasal flashback dia banyak. Lepastu bila dh terbiasa, pembacaan lancar je.

2. Walaupun aku tahu ending Tamara tak bersama dengan Daniel (sebab baca posting penulis), aku still harap diorang kahwin. Macamlah ending tu boleh berubah😂

Penulis pernah mention, sebenarnya beliau memang nak kahwinkan Tamara dan Daniel. Tapi disebabkan nasihat kawan kawannya (tak silap aku, katanya jijik adik beradik biologi kahwin), so penulis tukar ending jodoh mereka tergantung gitu.

Kalau tanya aku, aku TETAP nak Tamara dan Daniel kahwin. Kalau nak dibandingkan cerita kahwin dengan perogol sendiri, atau cerita yang heronya konon bad boy tukar² perempuan sampai bawa ke ranjang, siapa yang lebih² lagi menjijikkan?😌

Aku tak genapkan full star sebab aku agak kecewa la. Lepastu ending dia agak rushing (aku syak sebab penulis terpaksa tukar ending jadi ending tersebut macam..... hilang sesuatu). Hati aku yang hilang separuh sebenarnya!😂

Buat penulis, tq hasilkan karya yang diselit ilmu ini. Apa²pun, saya terima dan hormatkan pilihan anda untuk ending BBJ🌷
Profile Image for Hazzy.
78 reviews4 followers
August 30, 2023
Aku tertarik dengan novel ni sebab terhasut dengan tiktok. Aku suka. Cerita ni sangat berbelit-belit dengan watak, flashback.

Untuk kekal misteri, penulis guna nama berbeza & ada beberapa jenis kecelaruan (disorder) dan penyakit mental. Penulis berjaya buat aku berteka teki sampai ke penghujung cerita and the plot twist!!

description

Huurun Ain - yang dilahirkan dengan status anak sah taraf penuh didikan agama oleh neneknya. Ada yang cuba mengambil kesempatan dengan kelemahannya.
Huda - pendendam. Mahu mereka yang telah memperok perandakan keluarganya untuk menerima nasib yang sama.
Karl - menjadi saksi kerakusan bapa sejak kecil. Ada rahsia yang Karl simpan.

Kekurangan dalam cerita ni adalah dialek negeri yang terlalu banyak dan kurang faham.
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,334 reviews67 followers
January 31, 2024
[BOOK 1]

Bidadari Bermata Jeli by Hana Ilhami.
.

Terbitan: Sept 2017
Beli: Oct 2022
Baca: Jan 2024
.

Tamara aka Huurun Ain, seorang gadis yang tak sah taraf. Semuanya gara-gara ibunya diperkosa oleh majikannya, Henry.
.

Dan sejak kecil, Ain sering dimarahi dan dipukul ibunya dan juga kakaknya Huda. Oh ya, Ain ni ada masalah berjalan waktu tidur, especially bila dia stress.
.

Bila dah dewasa, Ain kerja di Stanley Hotel, atas recommendation kakaknya, Huda. Tapi dekat hotel tu, Ain guna nama Tamara.
.

Kat hotel, semua orang paling takutkan Tuan Daniel yang garang dan perfectionist. Tapi entah kenapa, akhirnya Daniel boleh sukakan Tamara.
.

Pada masa yang sama, munculnya watak Matahari yang bermata jeli. Dan watak Karl yang merupakan bestfriend Ain. Dan watak lelaki berhoodie yang akan mencederakan semua orang yang mengganggu Ain. Oh ya, watak Abang Helmi yang anonymous jugak.
.

Mula mula baca, akan rasa confused sebab ramai sangat watak. Tapi lama kelamaan kita dah boleh agak dah hubungkait semuanya.
.

Mula-mula ingatkan kisah cinta biasa. Tapi bukan. Ada part mental health jugak. Tapi sebenarnya ada part yang lebih 'dark', related to childhood history Ain. Watak Ain ni sedih la untuk aku. Dia dimanipulasi oleh orang lain. Dan aku tak puas hati yang ending Henry camtu je. He deserved worst.
.

Dan aku percaya, di hujung cerita, ada 2 golongan akan muncul. Yang sukakan watak Ain bersama Daniel. Dan satu lagi, yang tak suka atas sebab hubungan darah mereka.
.

And I'm glad sebab penulis buat open ending. hahaha. Sebab aku antara yang against hubungan Ain dan Daniel.
Profile Image for Sufi.
2 reviews
September 9, 2017
Baca tajuk ingatkan kisah spt Ya Maulana tp jauh meleset. Ia sebenarnya kisah pergolakan jiwa dlm diri seorang remaja yg hidupnya sengsara sejak dilahirkan. Kecomelan/kecantikannya bukan mengundang pujian tetapi sebaliknya kejian.

Spt mana yg tertulis pd Blog Bidadari Bermata Jeli.... Aku hanyalah pendosa yg mengimpikan syurga
begitulah Ain... Luaran persis bidadari tp hakikatnya dia hanyalah pendosa.

Pendosa yg bagaimana? Menipu? Melacur? Bunuh orang? Bagaimana kalau semua itu dia buat dlm keadaan tak sedar? Masih berdosakah dia?

Apa yg harus dilakukan bila terjatuh cinta pd adik sendiri? Kalau adik kandung sumbang mahram namanya tapi kalau cuma adik biologi? Nak teruskan atau tidak?

Profile Image for Sarah.
51 reviews
June 25, 2023
Ni first time la tersalah agak genre novel ni. Daripada cover dengan tajuk tu, rasa cam genre romance/melodrama. Tapi jauh menyimpang sebab genre dia, mystery/ thriller/ medical. Action tak banyak. But still, ada jugak romance tipis tipis 🤭. Sebagai pembaca yang baru pernah baca novel daripada hana ilhami, impressed gila sebab banyak plot twist. Setiap watak tu, ada plot twist dan rahsia dia. Bila dah tau, jadi macam ni, "lahh dia ke???" "sumpah lah". Terkejut tu memang sungguh la. Storyline pun tersusun, tak ada pun mengelirukan pembaca sebab flashback yang muncul tu sedikit sebanyak beri sebab, punca, kaitan kenapa semua tu berlaku. Overall best giloo!!
Profile Image for Qai.
25 reviews2 followers
April 7, 2019
Setiap helaian tidak membosankan. Tidak boleh langkau, nanti korang tidak faham jalan ceritanya. Penulis pandai mengembangkan watak dan jalan ceritanya. Semua watak pelengkap cerita ni.

Kalau baca blurb novel ni, korang pasti kata novel cintakan? Memang ada cinta tapi itu hanya untuk menyedapkan cerita, penulis tak nak korang bosan. Isu yang penulis nak terapkan dalam novel ke 5 ini ialah heroin yang berpenyakit DID. Cerita ni lain daripada yang korang sangkakan,cuba la baca. Mesti korang tidak rugi beli.

PEMINAT SETIA HANA ILHAMI
-AIRA-
65 reviews13 followers
September 18, 2018
Topic kali ni mmg BEST hal yg berlaku di sekeliling kita anak tidak sah taraf dah berlambak kat Malaysia ni....

Cuma yg musykil nya Tamara tu tak perasaan dia jd Matahari & karl tu dia pun tak sedar bila dia jd hoodie man ek puan author?

Ending nya cian Tamara aka Ain g jauh Helmi aka Daniel
11 reviews2 followers
September 23, 2017
Karya Hana Ilhami yang terbaru ini tidak seperti karya beliau sebelum ini. Menarik bagaimana kisah seorang anak tak sah taraf yang begitu tabah dalam kehidupannya dan anak kecil yang mengalami trauma sehingga membawa ke alam dewasa. Penghujung yang tidak dijangka.
Profile Image for Sha889.
141 reviews22 followers
October 18, 2017
Sangat best and recommended.lain dari yang lain.memang tak dijangka kemana penulis nak bawa kita menyelusuri kisah hidup ain.sepanjang pembacaan tu memang tertanya-tanya apa yang telah terjadi,akan terjadi dan membuatkan kita xsabar nak habiskan pembacaan.
242 reviews11 followers
December 8, 2017
done. Best baca. kisah yg lain daripada karya Hana ilhami yg dulu. kali ni ada misteri. mcm jigsaw puzzle. masa baca sambil teka. rupanya meleset. tak klise. ending yg agk tragik skit. how comes? 5*.. plg Best antara semua buku.
Profile Image for Nur Ainn.
68 reviews1 follower
February 1, 2018
x pernah mengecewakn,pnulisan pnulis sntiasa penuh dgn isi dan pngetahuan,setiap novel yg ditulis mmpunyai isu yg berbeza,diakhir crite pasti meninggalkn kesan dihati...besttttt,salah satu penulis peberet,👍👍👍
38 reviews1 follower
July 26, 2021
🌟3.8🌟
Jalan cerita yg luar biasa.. sy tk sngka jln cerita begitu.. tpi sygnya,, cerita ni sy tk mint.. so sy bnyk skip.. bgi sy bab mula² tu slow.. sorry cik penulis,, bukan karya awk tk best dan tk hebat.. ia sngt hebat.. cuma sy jer yg pelik.. mungkin mood sy tk kena kott..
Profile Image for Azlinda.
7 reviews
November 4, 2018
Highly recommended! It's a page turner. Penuh misteri. Lain dari novel melayu yg lain. So looking forward to her next novel. Karyanya semua tidak menghampakan
Profile Image for Ctriko.
280 reviews6 followers
April 30, 2019
Akhiran cerita ni buat aku terkelu sebab Ain atau Tamara dan Daniel adalah anak kepada Stanley adoi ... siapalah kita untuk menolak dan mempertikaikan takdir ALLAH... T.E.R.B.A.I.K.
99 reviews2 followers
September 12, 2022
Note untuk aku

Cerita mmg best.tp biasalah xde yg sempurna.. ada juga part² yg kureng.. salah satu part yg aku musykil..si ain cakap helmi dia tu sawo matang..tp mmg dah agak dah si dia tu helmi
Profile Image for Noor Maizan.
85 reviews9 followers
November 20, 2022
Jika nak baca buku ni, tolong jangan baca review atau dengar spoiler terlebih dulu. Baca tanpa expectation apa-apa. Hihi
Displaying 1 - 30 of 33 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.