Jump to ratings and reviews
Rate this book

Masih Aku Terasa

Rate this book
Tersedar dari koma, Jasnita tertanya-tanya tentang status dirinya sebagai isteri Ezzat. Lelaki itu pula, sukar berterus-terang bila ditanya berkaitan masa lampau.

“Saya kenal lagilah macam mana rupa tangga, tingkap, pintu, katil.” – Jasnita

“Tapi masih tak kenal Ez lagi, kan?” - Ezzat

“Sekurang-kurangnya awak kena bersyukur sebab saya masih hidup.”- Jasnita.

Segalanya makin mengelirukan dengan kemunculan Amzar sebagai Along Ezzat. Setiap apa yang diluahkan lelaki itu menambahkan rasa curiga di hati Jasnita. Apatah lagi dia merasakan kewujudan dirinya seperti tidak direstui. Demi meneruskan kehidupan, dia cuba menerima diri Ezzat dengan sepenuh jiwa walaupun persoalan demi persoalan timbul tanpa jawapan.

“Jadi, Jas masih rasa Ez ni lelaki asing ke?” Lelaki asing? Awal-awal dulu aku rasa macam itu tapi bila dah kenal Ezzat, bercakap dengan dia, aku dah tak rasa asing. Dia memang mudah bertolak ansur dengan aku walaupun kadang-kadang aku banyak buat dia naik angin.

“Awak suami saya, kenapa nak rasa awak lelaki asing pula?” Aku balas soalan Ezzat.

“Kalau Jas anggap Ez sebagai suami, Jas tidurlah dengan Ez.” Terkelip-kelip aku pandang Ezzat. Tidur dengan dia tu maksudnya apa? Berjayakah Ezzat meyakinkan Jasnita yang mereka memang saling mencintai? Dan mampukah Ezzat menghalang Amzar daripada meracuni fikiran Jasnita?

Paperback

First published January 1, 2017

7 people want to read

About the author

Dhila Asyfa

7 books9 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
4 (23%)
4 stars
5 (29%)
3 stars
4 (23%)
2 stars
2 (11%)
1 star
2 (11%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
Profile Image for Jessy.
152 reviews37 followers
February 10, 2018
Membaca buku ini buat saya bagai teraba-raba dalam terang. Kadangkala buat fikiran jauh melayang. Ada kalanya terpaksa buat iklan sekejap kerana kebosanan melanda. Tapi yang paling merimaskan saya, boleh pula kepala ni asyik teringat lagu Jesnita nyanyian Ezad (Exists) itu. Haishhh

Basically, cerita ini berkisar tentang Jasnita yang baru tersedar dari koma yang panjang tetapi malangnya dia hilang ingatan. Dia mengenali bonda dan teman baiknya, Amalin tetapi langsung tidak mengenali Ezzat, lelaki yang sudah menjadi suaminya. So, kalau ikut timeline cerita, cerita ini boleh di bahagikan kepada dua bahagian. Sebelum dan selepas Jasnita hilang ingatan. Dalam erti kata yang lain, apa yang berlaku sebelum dan selepas Jasnita hilang ingatan, lebih-lebih lagi perkara yang melibatkan Ezzat dan Amsar.

Cerita ini ditulis melalui first person POV. Jadi, apa yang Jasnita nampak itulah yang saya nampak. Apa yang Jasnita tahu, itulah saja yang saya tahu. Mula-mula tu, macam best. Teruja jugalah nak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Macamana Jasnita berkahwin dengan Ezzat? Apa kisah di sebalik gambar perkahwinan mereka? Kenapa dalam gambar tu Ezzat tersenyum manis tapi dia pula sebaliknya? Kenapa Ezzat marah-marah sampai lempar bingkai gambar segala? Apa hubungan Amsar dengan dia? Apa pula rahsia yang tersimpan dalam pita video dan rakaman CCTV tu? Kenapa Ezzat cuba sembunyikan?

Ini adalah antara persoalan Jasnita dan secara automatiknya jadi persoalan saya juga. Malangnya tahap curiosity antara saya dan Jasnita tidak sama.

Penulis sudah melontarkan konflik dan persoalan dengan cantiknya. Tapi, eh jawaban mana? Ada soalan, kenalah ada skema jawaban sekali. Tapi belek punya belek, sampai muka surat terakhir pun masih tak jumpa jawapan yang dikehendaki. Sampai sekarang tak jelas lagi bagaimana Jasnita dan Ezzat berkahwin.

Masalah saya yang seterusnya ialah Amsar. Mula-mula tu, bukan main lagi watak Amsar ini dijadikan misteri. Macam ada satu rahsia besar yang berlaku sebelum Jasnita hilang ingatan. Tapi cara penulis menghuraikan kemisterian Amsar itu agak tersasar jauh dari apa yang saya jangkakan. Tidak merangkumi kejadian sebelum Jasnita hilang ingatan. Macam tiada kaitan pun, ya juga. Atau 'gangguan' tu sebenarnya adalah konflik baru?

Ah, tak kisahlah. Pendek kata, plot cerita tidak jelas.

Kebosanan yang melanda memburukkan lagi pembacaan. Combo yang agak lama saya tak jumpa. Sebelum ni saya memang tak suka heroin yang annoying. Tapi sekarang kena tambah satu lagi. Heroin yang flat dan hambar. Sebagai seseorang yang hilang ingatan, Jasnita sepatutnya ada sifat ingin tahu yang tinggi. Bukan sahaja perkara melibatkan Ezzat dan Amsar, tetapi tentang dirinya sendiri. Ini, dia macam tak kisah sangat. Kalau orang tak nak cakap, dia okey saja. Dia tak hairan pun apa rutin harian dia dulu. Apa yang dia suka dan tidak suka. At this point, saya terus teringat karektor Paige yang sungguh-sungguh mencari dirinya semula dalam cerita The Vow.

Jasnita ni duduk goyang kaki di rumah saja. Tidak bekerja atau buat something yang mendatangkan faedah. Kenapa watak heroin yang pasif begini diangkat penulis?

Cara olahan juga membuatkan saya rasa mengantuk. Sebenarnya gaya bahasa buku ni sangat bagus dan teratur. Tapi masalahnya, setiap scene itu diceritakan dengan jelas. Contoh dalam muka surat 32;

Teringat Amalin di ruang belakang, segera aku tuju ke sana. Bolehlah aku berbual dengan dia sebelum dia pulang nanti. Beranda di ruang belakang aku dekati. Pintu gelangsar terbuka separuh itu menandakan Amalin masih di situ. Aku jenguk di luar, lihat dia duduk di kerusi buaian sambil membelek telefonnya. Aku berdeham perlahan. Dia dongak kepala. Menyedari aku sudah ada di situ, dia segera mengesot ke tepi. Beri ruang secukupnya untuk aku duduk di sebelah.

Betapa detailnya kan? Kalau part genting dan penting, itu memang perlu. Saya sebagai pembaca memang mahu tahu. Tapi kalau part di mana watak itu hanya ingin menghilangkan rasa bosan, buat apalah nak cerita beria-ia. Tak penting pun. Mungkin scene itu nampak indah pada penulis, tapi bahaya kalau rasa indah itu tidak sampai kepada pembaca.

Scene yang tidak penting atau tidak membantu perkembangan plot pun banyak. Salah satunya ialah scene blackout. Selalu kalau jumpa scene ni dalam cerita lain, penulis dia mesti ada reason tersendiri kenapa scene tu wujud. Mungkin nak bagitahu yang watak itu takut gelap. Mungkin nak merapatkan hubungan dengan mewujudkan suasana romantis. Mungkin terpeluk atau apa saja lah. Janji ada something. Tapi dalam cerita ni, saya tak nampak apa-apa input pun dari kejadian tu. Cuma sekadar rutin harian Jasnita dan Ezzat saja.

Ini buku kedua atau ketiga penulis, dan seorang penulis tentunya lebih tahu. Cuma, sebagai pembaca, saya hanya melontarkan sesuatu yang saya rasa dan maaf kalau ada yang keterlaluan.

Kalau tanya saya, not recommended.
82 reviews36 followers
September 1, 2017
MASIH AKU TERASA
Kerana hatiku ada padamu

#EzzatJasnita

Mengisahkan Jasnita yang tersedar dari koma tanpa mengetahui status dirinya yang telah menjadi isteri Ezzat. Sekembali dari hospital dia memerlukan masa untuk menerima status dirinya. Hadirnya Along Amzar mengelirukan dirinya seolah olah dia adalah seseorg di dalam hidup lelaki itu. Jasnita semakin menerima Ezzat sebagai suaminya lantaran layanan Ezzat yang begitu prihatin kepadanya. Persoalan-persoalan yang bermain di fikiran dilupakan untuk menghargai kehidupan masa kini dan yang akan datang. Namun Amzar masih mengacau kehidupan Ezzat dan Jasnita walaupun sudah beristeri.

Apakah sebenarnya hubungan mereka dan dapatkah Jasnita mengingati kisah silam yang dia sudah lupa. Apa pulak kaitan Mak Cik Betty di dalam kemelut keluarga ini

Suatu kisah mengenai kasih sayang antara suami isteri , keluarga dan sahabat. Ezzat dan Jasnita yang kehilangan kedua ibubapa semasa kecil tiada masalah kekurangan kasih sayang kerana adanya bonda yang sentiasa mengasihi mereka.
Penyakit hati adalah punca kepada segala masalah dalam hidup seharian. Dengan adanya dengki, buruk sangka , manusia bertindak mengikut hawa nafsu.

Saya suka cara penulis yang membuat kita turut merasai perasaan Jas yang penuh persoalan mengenai dirinya serta hubungan dia dengan Ezzat dan di saat dia merasakan dia memerlukan kehadiran Ezzat sebagai suaminya. Ada rasa gerun juga pada waktu Amzar melakukan yg tk disangka. Terhibur dengan kenakalan Ezzat dlm melayani Jasnita dan kehadiran Stokin yang menambah perisa. Di samping itu, ia memberi pengajaran pasal kehidupan manusia di dunia. Setiap dugaan pasti ada hikmahnya dan bersabarlah sebab nikmatnya adalah berbaloi. Ia bukan hanya kisah Ezzat dan Jasnita tapi jugak kisah keluarga dan sahabat terdekat mereka
Profile Image for Aira Aulia.
7 reviews
June 4, 2023
3.5

Btw, saya nak jual novel ni dengan harga RM 16. Harga sudah termasuk kos postage. Kalau nak tengok condition boleh wasap di nombor 01136550140
Displaying 1 - 3 of 3 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.