Jump to ratings and reviews
Rate this book

Split

Rate this book
MARYAM, gadis yang umurnya kian lanjut usia dan belum terbuka pintu hatinya buat sang arjuna setelah pernah dikecewakan…Sehinggalah dirinya mula didatangi seseorang yang baik bicaranya, murah dengan senyumannya. Tanpa diduga, mereka berdua menetap di bawah satu kondo yang sama!

“Kenapa saya tak pernah nampak awak?” – MIKAEL

“Resident kat sini mungkin beribu. Probability awak nak terserempak dengan saya macam satu nisbah tujuh ribu. So, memanglah kita tak pernah terserempak.” – MARYAM

Hari demi hari pun berganti sehinggalah karakter yang berbeza dalam tubuh yang sama buat pertama kali muncul di hadapan Maryam! Jejaka penuh misteri itu kadang-kadang boleh berubah menjadi seorang pemarah, kasar, jahat dan semua sikap mazmumahlah senang cakap!

“Hoi? Kau hoikan aku? Aku ada nama okey. Nama aku bukan hoi. Hafez. H-A-F-E-Z. Hafez.” – HAFEZ

“Mikael, tak payah nak main-mainlah! Siang tadi awak tak buat perangai macam ni pun.” – MARYAM

Persoalan mula bermain di minda Maryam. Siapa MIKAEL? Dan siapa pula HAFEZ? Belum lagi reda hal Mikael dan Hafez, muncul pula karakter kanak-kanak bernama Adam yang mencari ibunya! Bertambah kalut Maryam jadinya! Siapa pula ADAM? Perhubungan Mikael dan Maryam semakin rapat dan hampir beralih ke gerbang perkahwinan setelah desakan daripada ayah Maryam yang tak habis-habis meminta supaya Maryam segera berkahwin. Pada waktu itu, Maryam merasakan Mikael calon yang paling layak. Setelah berkahwin, ada lagi kejutan yang dialami Maryam. Kejutan apakah itu? Ada tiga sahajakah personaliti Mikael? Akan tersingkapkah lagi personaliti Mikael yang belum diketahui Maryam? Mampukah Maryam terus hidup dengan karakter-karakter lain Mikael? Semuanya akan terjawab dalam Split.

528 pages, Paperback

First published January 1, 2017

22 people are currently reading
386 people want to read

About the author

Nurul Ain Syuhada

14 books262 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
127 (48%)
4 stars
81 (30%)
3 stars
32 (12%)
2 stars
16 (6%)
1 star
8 (3%)
Displaying 1 - 30 of 59 reviews
Profile Image for Jessy.
152 reviews37 followers
January 14, 2018
Cerita dia boleh tahan. Kalaulah saya belum tengok drama Kill me, Heal me, mungkin saya akan enjoy dengan cerita ni dan takkan expect lebih. Masalahnya, saya dah tengok dan bayangan drama tu tak mahu hilang dari kepala. Bukan saja terbayang muka Jisung, tapi secara automatik, kepala mula mencari persamaan di antara kedua2 cerita ni. Jalan cerita memanglah tak sama, tapi kenapa mesti 7 personaliti juga?

Setahu saya, kemunculan personaliti lain dalam diri seseorang pesakit DID ni mesti bersebab dan berkait rapat kepada situasi yang dia lalui. Dalam kes Mikael, saya boleh nampak dan penulis sendiri ada beritahu kenapa personaliti Hafez itu tercipta. Personaliti Adam pula saya boleh teka. Tapi apa cerita di sebalik personaliti Dhia, Suffian, Kids dan Jeff tu? Kenapa mereka tercipta? Saya ada terlepas pandang or apa ni?

Kadang2 saya musykil juga dengan Mikael dan penyakit dia ni. Memang dia pernah dipukul oleh oleh abang tirinya masa umur dia 12 or 14 mungkin. Tapi dia tak nampak macam trauma, murung atau ada gangguan jiwa pun? Tiada sakit kepala atau any other simptom yang perlu psikologi kaunseling atau terapi?

Paling saya tak suka, penulis macam ambil remeh pasal penyakit ni. Tiada inisiatif untuk berubat. Tak pernah Mikael berusaha untuk sembuh dan bebas dari DID ni. Malah Maryam sendiri suka kalau Mikael terus kekal begitu. Buktinya Maryam tak nak personaliti Hafez hilang!

Ending dia paling pelik. Cikgu sekolah anak Mikael dan Maryam memanggil mereka ke sekolah kerana ingin berbincang tentang isi kandungan buku latihan A’an. Cikgu meminta anak tu untuk menulis nama ayah dan ibu. Guess what, anak itu menyenaraikan ketujuh2 nama personaliti yang ada pada Mikael dan reaksi ibu bapa dia pula adalah tergelak besar? Saya pula yang risau dengan anak tu!
Profile Image for Haq Raihah.
300 reviews55 followers
August 25, 2017
1- best. best giler! my cup of tea♡

2- lawak. personaliti2 Mikael tu lawak laa. lebih2 lg Encik Sufian tu. adoiii... sakit perut aku gelak oii...

3- aduhhh... kenapa aku rasa personaliti Hafez lebih menarik dari diri Mikael yg sebenar? serius ah, aku pun mcm Maryam jgk. hrp sgt Hafez x hilang.

4- part Maryam tampar dan ludah Encik Sufian sbb nk kasi personaliti Hafez tu keluar sumpah lawak! HAHAHA.

* personaliti Hafez akn keluar bila Mikael marah, sbb Maryam nk sgt jumpa Hafez, jd dia kena buat Encik Sufian a.k.a Mikael tu marah.

5- sebenarnya, storyline novel SPLIT ni agak gila. x semua org suka kisah mcm ni(kisahnya psiko jugak laa), tp aku memang suka gila ah. sekali baca tu memang x boleh nk letak dah.

6- split. Mikael tu ada split personality yg thp kronik bg aku. dan setahu aku split personality tu slh satu mental disorder jgk, so rasanya x patut org2 sekeliling Mikael terima mcm tu jer dgn kehadiran personaliti2 Mikael. I think Mikael patut diadakan sesi terapi/kaunseling oleh doktornya tp doktor pun sama naik jer layan personaliti2 gila yg ada dlm diri Mikael tu. kesian aku kat Mikael sbb dia mcm takde life.

7- dlm byk2 personaliti yg Mikael ada, personaliti Hafez plg best dan menonjol sekali. Hafez ni kerap keluar dan Maryam pun lebih sukakan Hafez (ehem! me too :p). Hafez ni dia lain sikit. sikap dia tu... aduhhh, memang kasi hati ni cair laa. haha...

* Hafez ni sikap dia kasar tp dlm masa yg sama dia protect org yg dia syg, especially Maryam laa. plg pantang org usik Maryam dia.

8- membunuh. x kira lah siapa pun org tu, tp kalau dah buat silap sampai thp membunuh, dia layak dihukum. dan aku sgt x setuju dgn tindakan Mikael sbb x serahkan rakaman tu kat polis atas dasar si pembunuh tu sudah insaf. fikir sikit laa, bro. kalau si pembunuh tu terlepas hukumannya di dunia, akhirat nanti tetap kena juga, bro. dahlah bunuh suami sendiri. kau rasa? huh.

9- watak Muaz tu boleh tahan psiko jugak. sekejap nampak mcm baik, sekejap nampak mcm syaiton.

10- yeah... kisah SPLIT ni memang lain dr yg lain. x klise mcm novel cinta yg lain2 tu. bg aku, kisahnya unik! walaupun watak utama ada mental disorder, penulis pandai olah jd ia satu kisah yg santai. light conflict.

* dlm novel boleh laa buat watak yg bermasalah mental ada personaliti2 menghiburkan gitu. dlm realiti, org yg ada split personality ni personalitinya x semestinya akn baik2 belaka. hakikatnya ada personaliti yg jht sampai boleh mengancam nyawa org lain mahupun diri sendiri.


and last... congrats to author sbb berjaya hasilkan satu karya yg sangatlahhh aku suka! ♡
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,013 reviews376 followers
September 17, 2017
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM14. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

One of the best books I have read so far in 2017, and certainly the best work by NAS to date!


Jika anda mahukan novel yang mempunyai jalan cerita yang unik dan exciting, sila baca novel ini.


Jika anda mahukan novel yang mempunyai watak hero yang dingin, mental tapi romantik, sila baca novel ini.


Jika anda mahukan novel yang boleh membuat anda rasa geram, kemudian sedih, kemudian gelak ketawa, lepas tu geram balik, sila baca novel ini.


Pendek kata...

Just f$#@&%* read this already!


Highly recommended!
Profile Image for heril azwan.
524 reviews63 followers
September 11, 2018
SPLIT
by Nurul Ain Syuhada

Pertemuan Mikael dan Maryam dalam lift membawa kepada perkenalan berikutnya sehingga merapatkan mereka. Dan, perlahan2 identiti lain Mikael mula terserlah dan membingungkan Maryam. Di Jogjakarta mereka bertemu lagi dan merapatkan hubungan mereka. Kemunculan semula Aryan, bekas kekasih Maryam yang disangka sudah mati dan Muazz yang asyik mengganggu, menjadi titik tolak untuk mereka berkahwin. Namun, sedikit demi sedikit kisah lalu Mikael terungkai dan luka yang sekian lama berparut kembali berdarah. Hanya Mikael mampu merawatnya.

Sape pernah tengok #kill me, heal me korean drama tu mesti tau persamaan dengan novel ni. watak2 dalam diri Mikael tu sama he dengn drama KMHM tu, konflik pun lebih kurang. Pada saya, boleh je nak buat konflik lain dan watak lain dalam diri Mikael tu, x perlu nak tiru semua kan. pastu same lak, Hafez lebih dominan di pertengahan cerita.. kalau saya tak tengok mungkin saya kagum kot dengan buku ni.

To be fair, olahan penulis matang dah compare dengan kontrak cinta yang sangat annoying tu. Ade improvement la.. ade sikit2 la part yang meleret tapi lain2 ok je.

i wish bole erase semua memory pasal KMHM dan jumpa kekuatan novel ni, tapi tak boleh... maaf penulis
Profile Image for Tiara Sapphire.
160 reviews6 followers
September 11, 2018
mula baca Split rasa sangat menarik lepas tu aku rasa ceritanya lebih kurang novel lain cuma kelainan yg dibawa dalam novel ni hero dia, Mikael ada split personality.

bagi aku cerita pasal split personality ni sangat menarik tapi penulis tak tekankan sangat pasal isu ni sebab aku tak nampak pun effort Mikael untuk rawat diri dia atau nak sembuhkan diri daripada DID. benda ni sebenarnya agak menganngu aku bila penulis macam pandang remeh mengenai dissociative identity disorder.
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,301 reviews68 followers
November 13, 2017
#103#2017

Done reading Split by Nurul Ain Syuhada.

Best! Superb! Amazing!

Dah lama rasanya tak baca karya NAS, last dulu baca Cinta Kontrak, lepas tu dah tak terbaca. And i would say, she has written a very good masterpiece.

Split ni cerita pasal Mikael yang ada Dissociative Identity Disorder aka Multiple Personality Disorder. So, dalam diri Mikael, ada Hafez, Adam, Encik Sufian, Dhia, Jef & Kid. Disebabkan penyakit ni, Mikael takde kawan, family terdekat pon buang dia. Tapi, dengan kehadiran Maryam, hidup Mikael mulai berwarna-warni. Tambahan pulak, hanya Maryam yang boleh kawal kesemua identiti Mikael.

Ku suka Mikael. Mikael yang terlalu baik. Mikael yang decent.
Dan ku juga suka Hafez. Hafez yang protective. Hafez yang sentiasa dapat apa yang dia nak. He's a typical bad boy yang tipikal perempuan akan suka. Dan patutlah Maryam lebih suka Hafez daripada Mikael, walaupun Maryam tak pernah cakap.

Jujur, ku sangat suka tulisan NAS kali ini. NAS meletakkanku di tempat Maryam. Ku suka bila Mikael jealous dengan Hafez. Mikael pon tahu yang Maryam lebih sayang Hafez, walaupun dengan menerima Mikael, bermakna menerima kesemua identiti Mikael. Dan kusuka Maryam yang sangat menjaga hati Mikael. Obviously, she loves Hafez more, tapi dia tak pernah tonjolkan depan Mikael. Bila di akhir cerita, di saat ku ingat yang semua identiti akan hilang, tiba-tiba ku rasa sedih. Sepertimana Maryam, ku sedih bila fikirkan yang lepas ni, dah takde Hafez yang bad boy, Encik Suffian si orang tua dan banyak lagi.

Tahniah NAS! Ku suka SPLIT. HIGHLY RECOMMENDED!

p/s: lepas baca novel ni, tetiba rasa nak tengok drama Kill Me Heal Me, yang sekian lamanya, adik asyik suruh tengok, tapi tak tertengok lagi.
Profile Image for rara.
84 reviews6 followers
September 4, 2017
best sangat-sangat!!
suka watak maryam & mikael.
ada banyak watak tapi kita tak pening lalat.
siap menghayati watak lagi tu. ayat dia pun tak skema.
cerita ni memang lain dari yang lain.

ada dhia,encik pian,hafez,adam,kid & jeff.
memang jodoh kuat betul. pergi jogja pun jumpa mikael @ adam.
comel je adam tu.

encik pian ni macam ayah-ayah sikit. part best encik pian:
1. bila maryam ludah encik pian sebab nak suruh hafez keluar
2. pukul 2 pagi kejut si maryam nak suruh buatkan akaun facebook sebab nak nyawa candy crush.
3. maryam kononnya nak romantik dengan mikael, buat-buat peluk mikael dari belakang. sekali encik pian yang tengah control badan mikael. comel betul. terkejut org tua tu.

kid & jeff pun best. konon umur 18 ke 19 gitu. ala-ala kembar.
dhia si lemah lembut.boleh jadi geng maryam.

watak syira pun bagus,tak cepat dengar cakap muaz.
suka sangat la cerita split ni.

242 reviews12 followers
November 12, 2017
best. tak klise. split personality. jrg baca buku mcm ni. maryam yg berkenalan dgn seorang lelaki yg memiliki 7 personalities yg berlainan. nak ketawa masa knl dgn semua wtk-wtk ni. pening maryam tapi maryam blh handle. ni karya terbaik penulis setakat ni. sapa nak berkenalan dgn 7 wtk bolehlah baca buku ni.
Profile Image for Azwa Azli.
17 reviews3 followers
August 28, 2017
Besttt👍🏻👍🏻👍🏻walopon mcm ada pesamaan sikit dgn cte korea kill me,heal me tp utk terjemahkn dlm buku rsnya bukan mudah dan tahniah kpd cik penulis utk itu!byk part2 lawak yg ak gelak sorg2 tgh2 mlm time bc buku ni😂😂😂 esp part ludah muka pck pian sbb nk kuarkan hafez. Aku mcm,wadde??😂😂😂 pastu time yam nk acah2 romantik peluk dr blkang skaliii rupanyaa pck pian.adoii sakit perut aku gelak. Overall best. Ada kelainan sket.saya bg 4🌟🌟🌟🌟
Profile Image for Aezra.
108 reviews16 followers
September 6, 2017
Punya sedikit persamaan dengan tajuk sebuah filem Hollywood, saya berpandangan Split sebuah karya yang memberi sedikit kelainan dari segi jalan cerita namun untuk karakter yang ada dalam novel ini boleh kita lihat di luar sana. Realiti kehidupan masyarakat.

Profile Image for Lea Azleeya.
39 reviews2 followers
January 1, 2019
Sesuatu yang tak dijangkakan.. SPLIT memang best!! Jalan cerita superb ohsem!! Tak tipu, novel ni memang best gile.. Mula-mula, ingatkan novel ni ada unsur-unsur seram ke apa.. Rupanya novel ni sweet-sweet gitu disamping dihiasi dengan sedikit aksi, kecewa, sedih, dan kekeliruan.. Eh, ada jugak babak romantik tau.. Haha..

Serius, mula-mula baca novel ni aku sendiri jadi keliru dengan personaliti dalam novel ni.. Nama lagik split kan.. Maka muncullah pelbagai personaliti.. Semakin lama aku baca semakin aku mengenali dan serasi dengan setiap personaliti yang wujud.. Eh, kadang rasa cam aku yang berada di tempat Maryam.. Ahakz.. Memang agak memeningkan kepala untuk menghadam setiap personaliti yang ada.. Sekejap jadi baik, pastu jadi jahat, ada ketika jadi kanak-kanak, then jadi pakcik-pakcik lepas tu jadi pulak remaja kembar dengan dua personaliti berbeza.. Lagi mengharukan bertukar menjadi wanita bernama Dhia.. Haha.. Punah jadinya.. Memang huru-hara hidup weh kalau jumpa orang yang SPLIT personality ni..

Yang aku paling suka dan boleh tabik spring la, ketabahan Maryam menangani dan menghadapi dengan tenang setiap pesonaliti yang berbeza ini.. Dapat menerima setiap yang muncul.. Cuma, paling dia tak tahan dengan personaliti pakcik-pakcik tu, Encik Pian yang suka membebal macam ayah-ayah sangat.. Hehe.. Dia jadi rimas..

Personaliti yang bernama Hafez, seorang yang agak kasar, pemarah dan agak ganas.. Tetapi yang sweetnya dia menjaga dan melindungi Maryam dengan baik walaupun kadangkala Maryam tidak tahan dengan perangai Hafez itu sendiri.. Setelah kemunculan Hafez, nampaknya Maryam lebih mencintai dan menyayangi Hafez berbanding Mikael walaupun ianya orang yang sama cuma sikap mereka sangat berbeza..

Setelah ditipu hidup-hidup oleh kekasihnya Aryan selama 7 tahun, Maryam bangkit setelah mengetahui perkara sebenar.. Kebangkitannya semula adalah disebabkan Mikael.. Mikael dan Hafez banyak menyedarkannya dari terus berada dalam kekecewaan.. Dia menjadi wanita yang berjaya.. Plot sedih bermula apabila ayahnya meninggal dunia akibat kanser.. Maryam tidak diberitahu sehinggalah diakhir hayat ayahnya baru dia mendapat tahu.. Alhamdulillah, dia bersyukur kerana dia sempat menunaikan hasrat ayahnya yang ingin melihatnya berkahwin..

Dengan siapa dia kahwin? Ya, dia berkahwin dengan seorang lelaki yang mempunyai split identiti.. Mempunyai banyak personaliti iaitu Mikael..

"Siapapun aku, sayang itu tetap untukmu"


Oh ya, dalam novel Split ini juga terselit kisah aksi dimana berlakunya konflik dalam keluarga Mikael.. Kisah ibu tiri dan abang tirinya yang tamakkan harta sehingga sanggup membunuh ayah kandung Mikael.. Muaz sentiasa memburu Mikael kerana risau akan hartanya dirampas semula oleh Mikael, pemilik yang sah.. Terjadinya beberapa aksi pergaduhan antara mereka dan akhirnya muaz di tembak mati oleh polis..

Bagi aku setiap plot yang disusun penulis sangat menarik dan tidak berbelit walaupun novel ini menceritakan tentang split personaliti.. Selepas habis sahaja baca novel ni aku rasa puas dengan jalan cerita yang disampaikan oleh penulis dan pengakhiran ceritanya juga adalah happy ending.. Itu yang kita mahukan.. Haha..
Profile Image for Erin95.
143 reviews5 followers
July 26, 2021
Hahaha Aku tak sangka yang at last aku boleh tergelak habiskan buku ni. Sebab mula² pembacaan aku hampir give up dengan buku ni. Sebab penceritaan awal² terasa kosong. Tak juga buat aku tercari-cari, tapi tak juga memberi jawapan. Kerana apa. Kerana aku put high expectation juga untuk buku ni, sebab aku terbaca review dulu di goodreads sebelum baca split.

Kenapa ayah dia macam ni. Kenapa watak utama macam ni. Kenapa ni macam ni. Asal Muaz ni dendam sangat. Satu part yang sampai sekarang aku tak faham. Apa istimewa sangat Aryan tu. Sebab dalam novel ni, aku tak nampak Aryan special pun melainkan kata² manis dia tu. Tapi love is love right. Tapi langsung macam tiada hint yang plot akan berubah di bahagian tengah² penceritaan.

Pertengahan cerita, which waktu ni dah start rancak dah, waktu ni aku dah start tak boleh nak letak dah buku ni. Raca nak baca dan baca je. Penulis ni antara yang bijak la bagi aku. Sebab aku tak tertanya-tanya. Tapi every pages aku discover benda baru macam tu.

Benda ni kalau betul jadi dekat dunia realiti, kelam kabut weh. Terutama bila Suffian dengan Jeff & Kid muncul. Fuhhh. Aku enjoy baca buku ni start dari tengah sampai la habis, siap boleh tergelak lagi, sebab banyak juga part² funny. Terutama bila Jeff & Kid keluar. Oh penulis berjaya juga create watak Hafez tu warm sangat. Penulis berjaya create setiap yang muncul tu berbeza-beza. Cuma tak leh bayang la, bila bertukar jadi Dhia dengan Adam tu. Adui, pecah jugak nak bayang tu. 😆
Profile Image for Squall.
43 reviews16 followers
October 21, 2017
menarik.. best cite ni.. bila bc mm akan bias dgn hafez.. suke sumer personaliti dlm diri mikael.. in love with them!
yg xberapa best pd novel ni.. banyak part yg typo dan ayat yg tergantung serta tunggang langgang (bm & bi)..tp disebabkan cite ni best..so kita maafkan je la masalah tuh..hahaha
1 review
September 27, 2017
Jalan cerita yang menarik. Tapi dari segi bahasa, lagi bagus rasanya dikurangkan penggunaan bahasa English, walaupun sekarang ni kita memang terbiasa dengan 'conversation' harian ada penggunaan bahasa English, tapi pada saya kalau dalam penulisan lagi bagus dikurangan (atau tidak menggunakan bahasa english terus - kecuali untuk istilah-istilah bahasa english). Apatah lagi bila banyak kesalahan grammar (saya bukan grammar nazi, yang suka 'bash' orang yang (cuba) menggunakan bahasa english). Tapi penulisan terlihat kurang cantik dengan kesalahan sebegitu. Sebaiknya kalau memang ingin menggunakan bahasa english, perlu dilihat juga kesalahan grammar supaya dapat diperbetulkan. Jadi pembaca bukan sahaja membaca untuk suka-suka, tapi dalam masa yang sama dapat menimba ilmu melalui pembacaan.

Okay, itu sahaja.

#peacenowar #goodluck in future dear writer, NAS.
#thatsmeandmyskemareview
Profile Image for Iris Ymra.
212 reviews35 followers
January 29, 2021
Awal pembacaan saya merasakan jalan cerita ini unik -- tentang watak yang memiliki Split Personality diketengahkan -- sungguh adalah jalan cerita yang berbeza daripada kebanyakan novel melayu yang pernah saya baca.

Kisah cinta berlaku di antara watak, Maryam dan Mikael dan Hafez; membongkar kisah kehidupan mereka masing-masing dengan lebih dalam.

Satu hal yang seperti tidak memuaskan hati saya ialah watak Aryan yang seperti terlalu mengambil tempat dan memberikan impak dalam hidup Maryam tetapi pada akhirnya tidak meninggalkan sebarang kesan dalam jalan cerita; watak Aryan seperti terlalu penting dalam pergerakkan jalan cerita namun hanya berakhir dengan watak itu muncul semula dan Maryam tidak lagi terkesan dengam wujud ataupun mati lelaki itu.

Split Personality (DID) adalah suatu keadaan kesihatan mental yang sangat perlu diambil peduli, dan saya rasakan penulis tidak begitu berjaya untuk menangkap isu itu dalam memberikan satu pengajaran yang dapat diambil oleh pembaca.
Profile Image for Nisya.
60 reviews2 followers
October 31, 2021
Baca dah lama and ingatan samar-samar je tentang jalan cerita buku ni, TAPI….

Yang aku ingat memang best sangat buku ni..Enjoyable dan bacaan santai..Suka sangat bila diketengahkan isu DID sebab aku yakin penyakit ni memang tak boleh dibuat main dalam realiti. Masyarakat memang perlu maklum serba sedikit tentang isu-isu sebegini.

Memang tertunggu-tunggu setiap kali watak baru muncul sebab masing-masing ada keletah mereka sendiri yang mencuit hati. Lepas habis baca buku ni dulu, baru tahu dah dibuat drama rupanya cerita ni.

p/s: ataupun boleh tengok kdrama Kill me heal me. Isu yang diketengahkan pun sama iaitu tentang DID

Tahniah dan terima kasih penulis atas penghasilan karya yang bagus ini😊
Profile Image for Kinayasnain.
5 reviews
January 4, 2018
Two thumbs up! Saya sangat suka genre macam ni. Mikael, Hafez, En. Suffian, Jeff and Kid, Dhia. Semuanya watak yang menarik perhatian. Part watak En. Suffian paling tak boleh nak lupa, asyik gelak je. Memang kalau dah start baca, tak boleh berhenti. Nak jugak habiskan time tu jugak. Cara Maryam berkomunikasi dengan setiap watak juga sangat menarik. It's worth every second of my time~ :) Terbaiklah penulis (tambah lagi satu peminat baru...hehe).
Profile Image for Sha Mohamed.
2,501 reviews1 follower
April 26, 2018
Kisah pelbagai personaliti pada watak hero berjaya mewarnakan lagi novel ini.. Walaupun nampak sedikit persamaan dengan drama Korea, pada Sha novel ini masih lagi menarik untuk dibaca.. Percubaan yang berani oleh penulis dan sangat memuaskan.. Sha suka cara penulis dalam mengolah watak hero dan juga heroin..
Profile Image for Mommy Farah.
357 reviews13 followers
March 21, 2018
Suka isu SPLIT PERSONALITY yang penulis ketengahkan. Suka how Maryam handle semua personality Mikael. Tahniah penulis.
Profile Image for Azra Yukiko.
20 reviews
July 25, 2018
Best + kelakar.
Paling suka karakter Hafez. Dhia pn ok jugak walaupun jalan kaki bersilang..haha
Profile Image for Gadis.
179 reviews3 followers
December 5, 2019
Tertariknya sbb yg diketengahkan adalah penyakit Dissociative identity disorder (DID) or Split Personality. Hal psikologi mmg minat aku pun😂
Ada 7 personaliti dlm 1 tubuh. Mmg kacau siapa yg berkawan dgn Mikael.
Tapi my bias pada watak Hafez😍 walau dia watak tumpangan dlm watak utama😥 Adakah perempuan mudah terpikat dgn bad boy.Omg😂 Lagipun Hafez hampir conquer tubuh Mikael je nmpk😅
👨‍💼Mikael-Macam hero2 novel biasa.. kaya,ada rupa,caring,soft spoken,sweet.
👦Hafez-Very protective tmbh2 dgn org dia syg Maryam,kasar tp bila mai sweet dia mmg xblh bawak bincang thp gula lagi tinggi dr Mikael,annoying tp entah falling love walau bad boy😃
👶Adam- budak kecil yg selalu menangis n memberontak bila keluar tercari2 ibu dia.(buruk kan bila laki dewasa tukar jd perangai bdk)
👧Dhia- Keluar ini huru-hara jugak terus tukar gender Mikael🤣 selamat x gi Korea buat plastic Sugery. lawak,sporting jd geng Maryam.Gosip semua watak2 yg bakal Maryam jumpa dr dia laa kepoh je😅
👨En.Suffian- Watak ayah2 sgt. Rimas giler asyik membebel je walau kdg bebelan tu berguna.part dia sumpah kelakar. Pelengkap cerita ini walau bebelannya annoying. Lucunya bila Maryam tampar n ludah dia sbb nk personaliti Hafez kuar serius tergelak.🤣 Kejutkan Maryam suruh buat akaun FB nk mintak nyawa game Candy Crush🤣
👫Jeff&Kid - Bdk remaja yg lain2 perangai.Nakal n mcm anjing kucing..Pening bygkan camne 'Mikael' bercakap 2 dialog sekaligus. Yg ni mmg nmpk x warasnya its real😅

Novel ni kalau aku x tgk Kill Me Heal Me confirm aku x terikat dgn bygn drama tu😉 tapi still jln citer x sama mamou hiburkan diri😍
Profile Image for akusipeminatbuku.
264 reviews33 followers
May 18, 2018
SPLIT - berbaloi baca buku ini. Kisah yang lain dari yang lain. Garapan yang menarik dan mudah untuk difahami. Hero yang ada pelbagai perangai dan heroin yang determine.

Aku memang suka baca cerita yang heroinnya cekal, berdikari dan berusaha untuk menyelesaikan masalah sendiri. Begitulah Maryam, seorang yang sangat berdikari. Kisah 7 tahun lalu mengubah dirinya. Apa yang penting, dia jadi lebih baik.

Mikael, seorang manusia yang rare dan jarang ditemui. Masa awal tu, Maryam macam pelik dengan perangai Mikael ini, kejap gentlemen habis, kejap marah, ganas dan tak kisah dengan dia. Sampai satu hari, baru Maryam tahu akan kebenarannya.

Maryam perlu berdepan dengan semua personaliti Mikael pada masa yang tak kena. Bila dia nak jumpa Hafez, sekali yang keluar Dhia. Aduiii, pening kepala macam ni. Buku ini seronok untuk dibaca dan memang sesuai buat semua lapisan umur.

Cuma, aku rasa Mikael macam tak nak sembuh je dari penyakit dia. Tak ada pula diceritakan usaha yang dia lakukan untuk menjadi sihat. Lepas diorang kahwin dan ada anak pun, dia masih begitu. Anak-anak dia tahu dan kenal semua personaliti yang ada. Takkan lah budak ni tak takut dengan bapa diorang yang ada macam-macam gaya ni. Hehehe.

Satu saja aku nak pesan, jangan ambil mudah tentang mental illness. Kalau korang jumpa, make sure support them and advice them to see the doctor.
Profile Image for chazsy.ctone.
2 reviews
August 19, 2018
i really like this book!!jarang sangat ada buku tentang psychology disorder..

dalam novel ini dia cerita pasal penyakit Dissociative identity disorder (DID) or nikcname is split. penyakit ni macam seorang tu ada banyak personalati yang berbeza dalam badan dia .kebanyakan penyakit ni terjadi sebab trauma yang dialami oleh orang yang mengalami gangguan itu.
bila first baca penyakit dlm novel ni...terus search dkt google...memang tak percaya mula2 tetapi semua benda boleh terjadi atas kekuasannya yang satu

heronya ialah mikael and dia alami split..dia ada banyak personaliti like hafez,adam,dhia,encik suffian and jeff kid
-hafez ni first2 dia jahat sikit,annoying and sweet...tahap sweet memang tak boleh tapis gulanya..betul2 falling in love
-adam ni budak kecil like a baby..he so cute
-dhia pula is a girl and i really like her..dia supporting and baik..saya harap ada kawan macam dia ..barulah satu geng
-encik suffian ni orang tua yg suka membebel..tpi bebelan dia membawa kebaikan and ad jgk lucu..he like my father.and saya rasa tanpa dia tak lengkap cerita nii
-and last is jeff kid..ni dua orang bukan satu..perangai dia macam budak remaja yang baru nk up..lucu sangat bila kena bebel dgn maryam..diaorang nakal sangat tpi diaorang tak pernah kurang ajar dengan maryam

thats all from me..i saya harap ad banyak lagi penulis buat novel tentang psychology disorder...
Profile Image for Sera.
92 reviews14 followers
December 13, 2017
Sgt2 tak klise. Mengisahkan Maryam yg berkenalan ngan hero yg bernama Mikael. Mika ni sebenarnye mengidap split personality. Not just one but a few of them. Yg paling dominant is Hafez. Hafez yg tegas, bengis, pelindung. Tapi dlm sifat dia yg negative tu, dia sebenarnye seorang yg protective. Watak2 ni sume terjadi after Mika went thru a horiffying childhood.
Mika mmg originally nye seorang yg pelembut & sgt menenangkan. Hafez yg baran but protective. Dhia, watak bapok yg make a good fren to Maryam. Pakcik Sufyan yg annoying & kolot tapi veri fatherly. Jeff & Kid yg huru hara, Adam yg comel. Maryam manage to love all of this personalities as to her, each of them has their own quirks and r very special to her. Part last tu bile ditanye nama bapak tu mmg klakar.
Syabas penulis for coming up wif sumthng out of the box. Hanye part yg tak bez tu tentang penggunaan BI. Hopefully she can get a better editor in correcting all the BI. Kebanyakan berterabur jugak. Tapi tak mencacat kan the whole storyline.
6 reviews1 follower
June 20, 2021
Sejujurnya...saya boleh bagi 3 bintang je untuk buku ni....well kalau nak baca as popcorn novel je, buku ni santai je..cuma tulah saya tak nmpak sangat trauma yg di alami oleh mikael sampai tahap yang sangat teruk. Mungkin sampai ada kes pembunuhan tu nmpak mcm tragis, tapi kisah lampau yg menunjukkan mikael trauma tu tak sampai.. pada pandangan medikal pula, saya mengharapkan watak Dr.Isaac dapat jadi more firm dan banyak sikit..tapi itulah ini novel yang santai..

Watak2 mikael saya rasa kak ain dapat memberi gambaran yang baik dan jelas. Saya harap ada kisah mikael yg lagi banyak berbanding personaliti hafez sbb dia main host. Tapi DID patient memang kadang2 akan hilang dan personaliti yang kuat akan take over, sampaikan macam yg ramai kata nak hafez gitu...in real life, memang adapersonaliti yang dianggap lagi rapat dgn ahli keluarga berbanding pemilik sebenar punya badan.

Satu benda yang saya rasa patut difahamkan anak kecil macam A'an ialah..bapanya hanyalah mikael dan bukan yang lain.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Theplain.
98 reviews25 followers
August 28, 2022
Baca buku ni ms kerja kedai buku dlm thn 2017, 2018 mcm tu. Thn ni baru lyn versi drama sbb i am binge watching all shukri yahya drama.

So bila bc buku, idk the first early part mcm best. Tp sampai ke tgh aku masih tak tahu maryam & mikhael ni keje apa sbb dua2 mcm free je blh jumpa bebila ms.

Bhgian tgh pun best sbb we are running through all the different character in mikhael. But the ending mcm..haih. mcm semua yg review kat sini, i hope we got the explaination of why each character develop. Mungkin sbb semua dah tgk KMHM so expect the same thing from this book. Tp in reality, bila tgk video org yg ada lebih byk personaliti kat youtube, i dont think they have the explaination of why they have many character develop in themselves.

So aku rs legit juga la pendekatan penulis utk tak ceritakan secara details why and how the character develop in mikhael.
Profile Image for muffinbubble.
36 reviews
April 15, 2025
Satu je nak cakap. Menarik gila cerita ni🤣!

❀ꗥ~ꗥ❀

Awal saya baca, agak slow sikit waktu perjumpan tu sampailah karakter Hafez keluar. And flow cerita makin naik bila satu persatu karakter keluar. Paling tak expect, Encik Suffian tu 😂😂😂😂

Dhia pun sama. Cannot brain camna Maryam boleh sabar. Tapi saya serius tak sangka Mikael ada banyak personaliti. Banyak plot twist juga cerita ni.

Tapi satu scene saya pelik. Part Muaz datang hospital nak kill diorang. Takda sorang staf ke yang datang tolong? Hmm, tapi overall cerita ni sangat menghiburkan. Kelakar 🤣

Mak lorve watak Hafez even dia dingin, kasar. Dia sweet lah juga. Tapi watak Jeff dengan Kid tu saya annoy sikit. Maybe budak-budak kot. I dont really like them.

And ada banyak scene yang macam “𝐰𝐚𝐡, 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐫𝐢𝐤. 𝐀𝐩𝐚 𝐥𝐚𝐠𝐢 𝐧𝐚𝐤 𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐥𝐞𝐩𝐚𝐬𝐧𝐢” dalam novel ni. Sebab banyak unexpected! 🫶🏻

5 over 5 for this! ⭐️
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Raihana.
11 reviews
January 3, 2021
BEST! thats the first thing yg keluar kt fikiran after baca this book. Personaliti Mikael yang cute and funny sangat melengkapkan cerita. Idk how to explain how great this story. Just know that I like it so much! Its not like other story yang cinta 3 segi or whatever. Its good to read bila tengah bosan. Baca santai-santai.

Spoiler!
Bila dia Dhia tanya kalau semua personaliti Mikael hilang yang tinggal hanya Mikael tu, I takleh gambarkan betapa sedihnya perasaan I waktu tu. I hope sangat personaliti dia tu semua ada. I taknak nangis kat ending buku ni. But you know, I like it kalau penulis buat 2 ending. Another one semua personaliti Mikael hilang. I nak tahu what happen next lah jugak..

Tu je! Its worth your time!
1 review
December 6, 2018
Sebelum saya beli novel SPLIT ni, saya ingatkan cerita dia agak berat tapi akhirnya ceritanya menarik dan terbaik! Setiap personaliti mempunyai kelebihan masing-masing, sehinggakan Maryam pening untuk faham dan kenalpasti setiap personaliti. Akhirnya hanya Maryam sahaja yang mampu faham setiap personaliti. Yang paling best part En. Suffian kena ludah dan tampar untuk bercakap dengan Hafez. Tahniah kepada penulis dan karya sangat bagus!! saya suka novel ni dan terbaik ceritanya.
Displaying 1 - 30 of 59 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.