Jump to ratings and reviews
Rate this book

4 Bulan di Amerika #1

4 Bulan Di Amerika Jilid 1

Rate this book
Hanya 4 bulan Hamka di negeri Dollar ini. Tidaklah seimbang kesempatan yang diberikan kepadanya dengan banyaknya hal-hal yang harus ditinjaunya. Hampir semua kota-kota besar yang kenamaan sudah dijalaninya. Berbagai universiti, gereja dan taman yang indah diziarahnya. Diperhatikannya perkembangan agama satu demi satu di Dunia Baru itu. Sehingga tiba saatnya beliau berjumpa sendiri dengan orang yang memdakwakan dirinya memjadi TUHAN.

Dilihatnya dari dekat betapa orang memprodusir film di Hollywood dan bagaimana hakekat hidup bintang-bintang film itu pada umumnya. Dan sebagai salah seorang guru dari Corps Pendidikan Rohani dalam Angkatan Perang Republik Indonesia (RI), hati Hamka pun tertarik berkunjung ke West Point, tempat pendidikan cadet-cadet militer U.S.A.

Di Museum Nasional di Chicago tampaknya Hamka agak lama tertegun di sana, di ruang yang mempamerkan hasil budaya dan seni "alam Minangkabau"

Soal Negro yang sampai sekarang belum lagi beroleh penyelesaiannya di Amerika Serikat itu, tidak luput dari pandangan Hamka yang dinukilkannya dalam satu bab khusus.

Dan bila Hamka sejenak dapat bertemu pada satu keluarga dari Dunia Baru yang moden itu, maka berkatalah ia: "Bila saya menjadi tetamu di dalam keluarga Echols, bertemulah saya bukti, bahawasanya kemanusiaan di dunia ini adalahsatu dan budi baik pun satu."

192 pages, Paperback

Published August 1, 2017

13 people are currently reading
165 people want to read

About the author

Hamka

111 books1,087 followers
Haji Abdul Malik Karim Amrullah, known as Hamka (born in Maninjau, West Sumatra February 17, 1908 - July 24, 1981) was a prominent Indonesian author, ulema and politician. His father, syekh Abdul Karim Amrullah, known as Haji Rasul, led and inspired the reform movement in Sumatra. In 1970's, Hamka was the leader of Majelis Ulama Indonesia, the biggest Muslim organizations in Indonesia beside Nahdlatul Ulama and Muhammadiyah. In the Dutch colonial era, Hamka was the chief editor of Indonesian magazines, such as Pedoman Masyarakat, Panji Masyarakat, and Gema Islam.

(source : wikipedia)

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
57 (36%)
4 stars
74 (47%)
3 stars
20 (12%)
2 stars
3 (1%)
1 star
2 (1%)
Displaying 1 - 30 of 34 reviews
Profile Image for Nur Fatin Atiqah.
Author 1 book42 followers
January 17, 2020
5 ⭐ untuk 4 Bulan Di Amerika Jilid 1 kerana pengalaman keseluruhan pembacaan!
______________________________

Tamat jua pembacaan setelah mengalami reading slump selama dua hari.

Saat review ini ditaip, hati dan minda masih mencongak-congak nak berikan berapa butir bintang bagi penulisan Buya Hamka ini. 5 bintang kah? 4 bintang kah? 3 bintang - ah sudah semestinya sangat tidak wajar kalau cuma diberi 3 bintang! Bahkan, 1 bintang lagilah tak sepatutnya diberikan kepada buku ini.

Buku ini santai, mudah dan ringkas. Lenggok bahasanya seperti Buya Hamka sendiri sedang bertutur dengan kita. Seperti saya sedang duduk berhadapan Buya Hamka, sambil mencicip kopi panas dan mendengar cerita-cerita dan pengalaman sepanjang beliau mengembara di bumi Amerika.

4 bulan! Kalau ikut jangka waktu zaman kini, terasa ia singkat dan sekejap cuma. Tetapi kalau nak disesuaikan dengan zaman dulu-dulu, zaman 60 tahun lampau, pasti terasa sangat lama. Ditambah lagi dengan perjalanan kembara yang memakan masa serta berjauhan dengan keluarga, pasti bertambah-tambah perasaan jauh dan lama itu!

Sejujurnya, buku ini sangat-sangat mengusik jiwa. Membaca pengalaman kembara Buya Hamka menyebabkan saya seakan tak sabar-sabar untuk sama-sama menjejaki bumi Amerika dan menjejak tanahnya yang luas. Nak ke Salt Lake, Utah dan melihat sendiri gereja kepercayaan Mormon. Nak ke Tennesse Valley untuk melihat kebesaran empangan agung. Nak juga ke Hollywood, dan melihat perbezaan dunia khayalan dan dunia realiti. Semuanya, semuanyalah ingin saya jejaki dan melihat sendiri serta merasai pengalaman berada di bumi Amerika itu.

Selain itu, hati ini juga terusik melihat cara Buya Hamka melontarkan persoalan agama dan kehidupan. Halus, namun pantas meresap ke dalam nurani yang membacanya. Kata-kata Buya Hamka boleh dikatakan sangat selamba, bersahaja namun indah yang menyentuh. Kalau diamati bait-bait penulisan ini, terasa seronoknya menjadi orang beragama dan mempunyai kepercayaan. Sungguh, manusia dan agama tidak dapat dipisahkan. Percayalah kepada apapun ikut kemahuan kamu, tetapi beragamalah. Kerana agama itulah benteng moral manusia. Tanpanya, pastilah musnah moraliti masyarakat. Begitulah.

Selain itu, nurani ini juga jadi kacau membaca pengalaman orang Negro di tanah Amerika. Bagaimana buruknya layanan orang kulit putih, khususnya mereka yang tinggal di bahagian Selatan kepada bekas hamba mereka. Walaupun dah merdeka, tetap ada pengasingan antara orang kulit putih dan berkulit hitam. Yang nyata mereka hanya membenci orang berkulit hitam sahaja, tetapi untuk kita-kita yang berkulit sawo matang pasti boleh mendapat layanan istimewa setimpal yang diterima orang kulit putih.

Pengalaman Buya Hamka ini membuatkan saya teringat kepada thread Twitter yang hangat berdebat berkenaan slavery baru-baru ini. Di mana, saya tertarik dengan kenyataan The X Guy yang menulis, Islam datang dengan memansuhkan perhambaan sedikit demi sedikit, kerana yang utama adalah membuang mentaliti “hamba”dan “tuan”terlebih dahulu. Namun, apa yang berlaku di Amerika Syarikat ternyata sebaliknya. Di mana, mentaliti “hamba”serta “ketuanan”tetap wujud walaupun hamba dah merdeka. Di sini, semakin saya jelas dan faham keindahan agama Islam dalam menangani masalah perhambaan.

Saya juga rasa “terhibur”saat membaca kisah Father Divine. Dan tidak mahu menulis panjang, tetapi saya seperti mengiyakan kenyataan Buya Hamka yang mengatakan kerana rasa rendah dirilah yang mengakibatkan Father Divine mengakui dirinya Tuhan! Begitulah.

Apapun, 4 Bulan Di Amerika sememangnya buku yang sangat menarik dan mudah untuk dibaca. Walaupun ada sedikit kesalahan editorial seperti tanda noktah di tengah-tengah ayat, tetapi masih lagi saya bersabar membacanya. Tapikan, boleh tak agaknya kalau team Jejak Tarbiah buat penambahbaikan di keluaran baru seterusnya? Seeloknya setakat tanda noktah dan sebagainya boleh diperkemaskan, instead of copy bulat-bulat dari teks asal.

Okay, next to read 4 Bulan Di Amerika Jilid 2!
Profile Image for Syed Shahrom Wafa.
273 reviews16 followers
June 19, 2019
Secara ringkasnya perjalanan HAMKA & rakan pengiringnya saudara Yunus selama 4 bulan di sana. Diakhiri dengan kesimpulan pemerhatian beliau berkenaan isu agama di sana, beserta isu sensitif isu orang kulit hitam disana.

Ulasan penuh selepas saya selesai membaca 4 Bulan Di Amerika Jilid 2 nanti.
Profile Image for Nur Izzati.
60 reviews1 follower
January 15, 2022
1) Ini kali pertama kot saya membaca travelog sebegini. Kalau ada pun baca travelog ialah buku Di Hamparan Shamrock, tapi tulisan Ust Hasrizal banyak tentang refleksi nya tersendiri tentang manusia. Berbeza dengan buku ini, kita kena menjadi "active reader" untuk dapat manfaat yg banyak. HAMKA kata tempat itu cantik - kita google. Katanya pemandangan indah - google. Jambatan yg menghubungkan pulau sepanjang 7miles - Google! Takjub gue!

2)Dalam bab 6, bab Hollywood, saya tertarik dengan perspektif beliau tentang pelakon. Bahawasanya, untuk menghasilkan filem yg terbaik, untuk pelakon2 itu "menjiwai" lakonan mereka - mereka perlukan ilmu pengetahuan. Terus terfikir kualiti cerita² di Malaysia yg barangkali hanya seputar Megah Holdings dan mak mentua tak suka menantu dan kisah cinta budak jaman now. Tapi tak fikir sangat pun. Bukan ahlinya. Haha. Tapi dalam pada awalnya saya tak terfikir tentang "pelakon juga harus pandai", perspektif saya agak berubah kali ini 😁

3) Catatan HAMKA yg menarik di hujung pengembaraannya iaitu di Key West yg ada jambatan sepanjang 7miles ;

"Tua mesti datang, tetapi usahlah didahulukan dari waktunya. Jiwa yg senantiasa dikembangkan menghadapi zaman, dan pengharapan yg tiada pernah putus kepada rahmat Tuhan, dan semangat yg dapat menyimpulkan hidup dalam nilai jasa, menyebabkan orang tidak pernah disinggung tua, walaupun usianya 100 tahun.

4) Saya boleh katakan bab Agama di Amerika merupakan "bahagian kedua" dari buku ini. Baru saya tahu yg kebanyakan universiti² terkemuka di sana sebenarnya di dirikan atas dasar agama pd awalnya. Dan betapa banyaknya mazhab dalam agama Kristian itu (Protestan/Katolik), mereka lebih "terbuka" untuk menerima perbezaan pendapat (ini apa yg saya faham lah). Asalkan ia membawa kepada kebaikan dan mendidik dan menyemai nilai yg baik, maka ia perlu diterima.

Cuma betapa banyak mazhab dan "agama", selain ada yg mengaku jelmaan Tuhan dsb, ada yg terus mengaku menjadi Tuhan. Dan HAMKA ada membincangkan dengan agak terperinci apa keberangkalian yg mendorong individu "Father of Divine" tersebut mengaku sebagai seorang Tuhan.

Salah satunya ialah kerana dasar apartheid yg agak dahsyat ya yg menjadikan mereka merasa rendah diri. Dahsyat jugak tengok tu - hotel, tempat rehat, kedudukan di dalam bas - semuanya dibezakan tempatnya utk kulit putih dan hitam. Dan mengaku menjadi Tuhan tu seolah membuatkan beliau "besar" dari segala²nya.

Dan dari buku ini juga kita tahu, yg ekstrimis itu ada di mana-mana. Ku Klux Klan merupakan contoh satu gerakan yg berjuang mendiskrimanasikan "orang hitam" pada waktu itu (dan mungkin masih ada waktu sekarang?).

Serius, membaca buku ini buat saya lupa sekejap catatan² ini ditulis pada 1952! Segala bayangan yg datang dalam minda saya tentang suasana, kemajuan dsb ketika itu (1952), adalah dari kaca mata warna warni dan kemajuan yg lebih maju dari dahulu.

Buku yang sangat best dan membuka mata! Nanti kita sambung baca jilid 2!
Profile Image for Iman Danial Hakim.
Author 9 books384 followers
December 2, 2017
Catatan kembara seorang ulama dari bahagian Timur yang kuat budi dan teguh iman terhadap masyarakat Barat yang maju fikiran dan ilmu.

Buya Hamka ini kelakar juga orangnya. Banyak humor yang diselitkan dalam refleksi beliau terhadap kemodenan Amerika pada tahun 50-an.

Saya mahu meneruskan kembara ke Amerika dengan membaca jilid ke 2 pula.
Profile Image for Sooraya Evans.
939 reviews64 followers
May 1, 2019
Travelog ini harus dinilai mengambil kira zaman ia ditulis. Era 50-an, bukannya murah dan mudah bagi orang rantau kita berkelana ke Barat. Apatah lagi atas dasar jemputan penuh hormat seperti yang dialami penulis.

Insan-insan yang ditemui bukan calang-calang. Pengalaman yang ditempuhi sungguh berharga. Setakat empat bulan pada masa kini barangkali tiada apa hendak dibanggakan. Tetapi ini empat bulan pada zaman putaran masa bergerak perlahan. Boleh jadi perasaan sebenarnya seakan 4 tahun (saya teka sahaja).

Banyak informasi serta trivia yang diselit secara bersahaja. Namun, trivia-trivia tersebut tiada satu pun yang remeh. Antara yang masih melekat di kepala saya ialah bagaimana Manhattan dibeli daripada Belanda pada harga 300 Dollar!

Tak dapat dinafi, mukadimah buku agak hambar. Fokus bersifat scratching the surface. Secara peribadi, momentum bertambah padu bermula dari bab Hollywood. And the pace gets better and better.

Sesetengah perenggan sukar difahami ekoran lenggok bahasa klasik Indonesia. Alang-alang sudah dapat hak penerbitan, saya sangsi juga mengapa pihak Jejak Tarbiah tidak ambil inisiatif buat mengolah gaya bahasa agar bersesuaian dengan pembaca Malaysia. Hmm…
Profile Image for Muhammad Zulhilmi.
41 reviews5 followers
October 17, 2017
Buku travelog yang ditulis oleh HAMKA apabila ada orang meminta dia menceritakan bagaimana keadaan di Amerika. Banyak kemajuan yang dikecapi oleh Amerika pada tahun 50an - perfileman, pendidikan. Tapi di Malaysia dan Indonesia tika itu pula sedang membangun.

Perspektif HAMKA terhadap Amerika beza sekali dengan orang lain. Nak tau kenapa?

Angpa kena bacalah! Hehe
Profile Image for Maisarah Mohd.
Author 1 book42 followers
Read
October 15, 2017
Mengkhatamkan jilid pertama pengembaraan HAMKA di Amerika ini, rasa semakin luas pandangan terhadap tokoh ini.

Pengalaman beliau di Hollywood paling menarik hatiku. Jarang kita dpt membaca pandangan seorang agamawan dlm bidang filem. Tapi, secara peribadi, saya membaca tulisan HAMKA ini dengan menganggap beliau seperti orang biasa, yang merantau ke negeri lain.

Terlalu banyak sisi lain yg boleh kita baca melalui tulisannya, kerana HAMKA bukan sekadar seorang ulama!

Bahagian akhir jilid ini agak mengujakan apabila HAMKA menziarahi seorang tokoh yg mengaku sebagai tuhan. Walaupun tak dinafikan dalam hatinya juga sedikit skeptik, tapi di akhir jilid ini, beliau memberi pandangan tentang mengapa, tokoh tersebut boleh sampai ke tahap mengaku sbg Tuhan. Menarik!
Profile Image for Nor.
Author 9 books105 followers
April 1, 2018
Buku berisi sebahagian catatan hasil lawatan penulis ke Amerika selama 4 bulan pada tahun 1952.
Banyak sekali catatannya yang bertujuan menyampaikan apa yang dilihat dan apa yang difikirkan sepanjang lawatannya ke pelbagai tempat di Amerika.
Ternyata lawatannya bukan jalan-jalan makan angin. Tapi ia adalah perjalanan seorang Pegawai Tinggi dari Kementerian Agama dalam Republik Indonesia.
Jilid 1 ini diisikan dengan lawatannya ke beberapa lokasi di Amerika, antaranya yang banyak disentuh adalah di Hollywood dan di Chicago.
Dikhususkan juga tulisannya berkisar tentang agama di Amerika, Negro di Amerika dan Father Divine (seorang yang mengaku dirinya Tuhan).
Profile Image for Syahiran Ramli.
221 reviews14 followers
January 14, 2018
Sebelum ini saya biasa mendengar tentang Hamka yang pergi ke Mekah bagi untuk menuntut ilmu, apatah lagi di Malaysia yang boleh dianggap sebagai rumah kedua baginya. Apabila mendengar khabar tentang Hamka yang pernah melawat Amerika satu ketika dahulu, tentulah ia menjadi sesuatu yang ingin diketahui. Semua itu telah diceritakan olehnya di dalam buku 4 Bulan di Amerika (terdapat dua jilid) yang mana naskah ini sukar ditemui di Indonesia sendiri apatah lagi di Malaysia. Atas usaha dari penerbit Jejak Tarbiah, maka naskah ini diterbitkan kembali buat pembaca yang ingin mengenali sisi-sisi lain figura ini.

Untuk jilid satu ini, Hamka menulis tentang perjalanannya ke Amerika Syarikat selama empat bulan dari 25 Ogos sehingga 25 Disember tahun 1952 yang merentasi pelbagai negeri termasuklah New York, Washington, Philadelphia, Chicago, California, Texas dan lain-lain lagi. Walaupun tempoh lawatan ke sana sangatlah singkat, diakui oleh Hamka sendiri, tetapi pengalaman dan buah fikiran yang timbul ketika lawatannya di sana sangat-sangatlah berharga. Serba maklum bahawa dahulu untuk seseorang ke negara luar sangatlah sukar memandangkan kos penerbangan tidaklah mampu buat orang biasa. Medium yang ada bagi melihat pemandangan negara luar bergantung kepada panggung wayang yang menayangkan filem-filem seperti Hollywood (walaupun menggunakan set penggambaran), selain daripada akhbar dan gambar-gambar rakan taulan.

Oleh sebab itulah sebelum Hamka berangkat lagi orang-orang terdekat memintanya untuk ke Hollywood bagi menyaksikan sendiri wajah-wajah pelakon yang dikatakan sangat cantik dan kacak itu, disamping melihat di sebalik tabir pembikinan filem. Yang tambah mengharukan, ada pula kolumnis majalah Islamik di Indonesia yang menyindir dan menyangka Hamka ke Amerika semata-mata untuk ke Hollywood, padahal bukan tujuan utamanya. Begitulah kuatnya pengaruh Hollywood di kalangan masyarakat ketika itu.

Walaupun pemergian Hamka ke Amerika memegang jawatan Ketua Agama Indonesia, secara tidak langsung, Hamka juga sebenarnya mewakili kaum-kaum Melayu di Malaysia. Ketika Hamka diberi peluang untuk menyampaikan kuliahnya di Amerika, ternyata Hamka tidak segan untuk menyatakan bahawa bahasa Melayu lamalah yang menyatukan antara Malaya dan Indonesia. Sepertimana di Amerika yang punya perbezaan dalam lenggok bahasa Inggerisnya, tetapi mereka tetap kembali dan bersatu dengan meletakkan titik pertemuannya dengan tokoh seperti Shakespeare, Milton, Moliere dan sebagainya.

Begitulah juga dengan kaum Melayu walaupun terdapat dua persimpangan jalan di antara dua bahasa, tetapi kita masih mempunyai titik pertemuan dan kembali kepada tokoh-tokoh seperti Hamzah Fansuri dan Abdul Kadir Munsyi yang juga bapa kepada kepada sasterawan Melayu.

Ketika di Chicago, Hamka berpeluang melawat ke Muzium Negara yang mana memelihara warisan-warisan lama dari pelbagai negara sehinggakan Hamka sendiri tercengang melihat kepada warisan Minangkabau yang jarang dilihat di tempatnya iaitu Muzium Bukittinggi, Minangkabau. Perkara itu tidaklah menghairankan yang mana jika kita melihat pada waktu ini, masih banyak lagi warisan-warisan negara (Malaysia) yang masih berada di negara orang sehinggakan jika ada keperluan untuk merujuk, kita terpaksa ke luar negara bagi melihat warisan tersebut. Bertambah malang, usaha-usaha pengumpulan warisan negara tidaklah mendapat sokongan sepenuhnya dari pihak yang bertanggungjawab apatah lagi warisan yang terdapat di tanah air sendiri pun tidak ambil peduli.

Di sebalik kebaikan yang ada pada Amerika, mereka juga tidak terlepas daripada sisi-sisi gelap yang menyelubungi negara mereka ketika itu. Ketika Hamka menziarahi ke bahagian selatan Amerika iaitu di Texas, Hamka mendapati bahawa kawasan tersebut merupakan kawasan anti kepada kaum yang berkulit hitam (negro) sehinggakan terdapat ruang pengasingan seperti bilik menunggu, tempat duduk kapal terbang, tempat makan dan sebagainya. Begitulah keadaannya di sebalik kemajuan yang sedang melanda Amerika, isu perkauman/etnik masih berleluasa ketika itu. Jika Islam datang ke semenanjung Arab bagi menghapuskan isu perkauman, di Amerika, tokoh Abraham Lincoln yang menjadi pelopor kepada pemansuhan budaya perkauman yang mana hamba/budak suruhan di kalangan yang berkulit gelap dihapuskan.

Hamka juga sempat bertemu dengan Father Divine di Philadelphia yang mana ‘Father’ tersebut mendakwa dirinya sebagai Tuhan, melawat ke Miami untuk melihat pemandangan pantai, dan pelbagai lagi tempat yang saya kira cukup mengujakan seolah-olah saya turut bersamanya dalam mengeluarkan buah fikiran dan mengambil pengajaran terhadap apa yang sedang terpampang di pandangan mata. Selanjutnya ke jilid yang kedua.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Sweet♡ساكورا.
189 reviews14 followers
May 28, 2018
Membaca buku 4 Bulan di Amerika (Jilid 1) seolah² saya sdg mengembara di Tanah Air Saya sendiri (Malaysia) & Buya Hamka pula sdg mencerita pengembaraan ye ke negara Uncle Sam.

Kenapa saya kata begitu??? seperti yg kita maklum selain dasar pandang ke timur yg pernah Tun Mahathir tekankan kpd kita Rakyat Malaysia, juga hendaklah pandang ke Barat krn di sana terlahirnya negara² maju spt Amerika Syarikat. Negara yg mempunyai kuasa besar dari dulu sehingga skg.

Perjln Buya Hamka di negara Uncle Sam bermula ke Washington tempat pentadbiran Amerika Syarikat Rumah putih atau lebih senonim di panggil white house meningatkan saya pentadbiran Malaysia yg terletak di Putrajaya, kerana suasana di Washington yg begitu tenang & mendamaikan sama spt ketika kita sekeluarga bersiar² di hadapan bangunan pentadbiran putrajaya di susuri air tasik yg mengalir dgn tenang di berhadapan masjid putrajaya.

Perjalanan Buya Hamka di teruskan ke New York tempat ekonomi negara di mana manusia berlumba² dgn masa, hanya sempat berselisih bahu & hanya mampu menyebut "maaf" @ "excuse me" shj. spt Malaysia Kuala Lumpur adalah pusat ekonominya tetapi masyarakatnya masih lagi sempat tersenyum walaupun masa seakan² cemburu. Di New York bangunan semuanya bercakar langit, berlumba² ketinggiannya antara yg popular Empire State Building memiliki ketinggian 103 tinggi. Tetapi Malaysia juga mempunyai bangunan hebat wpon tidak setinggi yg berada di New York iaitu KLCC iaitu 88 tinggi jika bagi kita itu pun sudah di kira tinggi suatu masa dahulu bersama Menara Kuala Lumpur.

Perjalanan Buya Hamka di teruskan ke California dgn pengangkutan keretapi menyusuri perjalanan yg panjang melihat gunung ganang, sawah, penanaman jagung & saya terus terbayangkan perjalanan ke Utara Malaysia menyusuri banjaran titiwangsa, sawah padi di negeri jelapang padi. Kesegaran pagi yg nyaman di mana Buya Hamka juga merasai begitu. Hebat bukan??

Paling menarik bila kisah nabi yesaya a.s di cerita kan sedikit dalam buku ini. nabi yg tidak di ceritakan dalam al-quran tetapi dalam kitab injil di ceritakan kisahnya. Menarik bukan??

Ada yg menyedihkan bila bab "Negro Amerika" sayu bila membaca ye bila perbezaan kulit menjadi jurang dalam kehidupan di sana. sedangkan Islam tidak menilai dari warna kulit. Pahit utk di telan.
Profile Image for Hanis Khaleeda.
90 reviews10 followers
March 19, 2018
4 Bulan Di Amerika by Buya Hamka.

- Buku ini berkisarkan tentang pengalaman Hamka di Amerika selama 4 bulan lamanya.

- Beliau ke Amerika sebab nak tengok budaya orang Amerika, nak tengok gaya hidup, aktiviti keagamaan dekat sana, dan apa yang baik beliau bawa balik ke negara beliau.

- Ada 7 bab iaitu : Berangkat, Empat Bulan di Amerika, 'MINANGKABAU' di Chicago, Hollywood, Agama di Amerika, Father Devine dan Negro di Amerika.

- Di antara bab-bab tu, aku suka tajuk Agama di Amerika dengan Negro di Amerika tu.

- Baru aku tahu yang universiti-universiti dekat sana dulu adalah sekolah agama. Then, baru la dinaik taraf dan dipecahkan kepada dua iaitu agama dan pendidikan. Dan aku baru tahu juga yang setiap universiti tu ajar agama yang dianuti dekat tempat tu.

- Agama Kristian pun ada banyak mazhab rupanya. Contoh golongan Protestan, golongan tu sendiri pun bercabang sampai 200 lebih ! Lepas itu ada lagi golongan Mormon ni, siapa tu ? Ha bacalah kalau nak tahu.

- Pasal Negro tu Hamka cerita la sebab apa dekat Amerika ni orang kulit hitam ditindas. Semua ada dalam buku ni.

- Who is Father Devine ? Dia adalah orang kulit hitam dan mengaku diri dia adalah Tuhan. Hm boleh baca lebih lanjut dalam bab ini.

- Actually, Jilid 1 ni pasal pandangan perjalanan Hamka ke tempat yang beliau lawat dan Jilid 2 baru diceritakan kesan-kesan, perbandingan, tinjauan dan banyak lagi di antara negara Indonesia dan Amerika.

- Nak travel free? Bacalah buku. Hehe.

- Selamat membaca.

#2018readingchallenge
#duniaBOOKku📚
#bukuduabelas
Profile Image for Nuruddin Azri.
385 reviews170 followers
July 28, 2019
Travelog ini merupakan salah satu karangan langka oleh Buya Hamka kerana dalam kalangan umat Islam sendiri, tidak ramai yang menulis mengenai pengalaman mereka di Amerika Syarikat ditambah pula dengan refleksi tajam dan rumusan tuntas mengenai sejarah, budaya dan agama di negara tersebut.

Secara kasarnya, Hamka memulakan lawatannya ini sewaktu beliau sudah tiba di puncak ranumnya dan beliau ketika itu sudah menempa nama di persada dunia penulisan. Dari Washington D.C. ke Niagara Falls, New York dan Michigan sehinggalah ke Barat Amerika iaitu Grand Canyon, Utah dan Los Angeles, Hamka mampu menyimpulkan ekspedisinya sebagai Pegawai Tinggi Agama Indonesia dengan refleksi padat dan tajam tanpa mengabaikan aspek-aspek historikal.

Perkara inilah yang meninggikan kualiti penulisannya di samping keupayaan beliau untuk menyelitkan nama-nama kitab seperti al-Aghānī, Alf Laylah wa Laylah dan al-‘Iqd al-Farīd serta nama-nama tokoh pemikir dunia. Menurut Hamka, intelektualiti Barat dengan tokoh-tokoh semisal Socrates, Plato, Aristotle sehinggalah Sartre perlu diimbangi dengan spiritualiti Timur dengan tokoh-tokoh semisal Iqbal, Rumi dan Confucius. Begitu juga Timur, perlu mengimbangi spiritualiti mereka dengan kekayaan akali Barat supaya masing-masing tidak mengalami krisis peradaban yang tersendiri.
Profile Image for monamreads.
25 reviews1 follower
August 11, 2025
Hanyut dalam kembara Hamka selama 4 bulan di Amerika. Kadang-kadang bila baca tak rasa yang buku ni ditulis berdasarkan situasi pada tahun 1952. Begitu terasa kemajuan dan kemodenan yang diceritakan oleh Hamka berkenaan Amerika. Bahkan, Malaysia masih lagi belum mencapai kemerdekaan pada saat itu.

Jilid 1 ini lebih kepada tempat-tempat yang Buya Hamka lawati. Jilid 2 barulah fokus kepada implikasi dan tinjauan yang lebih mendalam berkenaan Amerika yang mungkin mampu diaplikasikan juga di Indonesia. Namun, di akhir buku ini ada juga renungan dan buah fikir Hamka berkenaan keadaan agama di Amerika dan pengaruh agama terhadap pembangunan masyarakat dan negara Amerika itu sendiri.

Profile Image for Nur.
631 reviews17 followers
December 29, 2024
Buku ini adalah catatan perjalanan Buya Hamka pada tahun 1952 semasa memenuhi undangan dari pemerintah Amerika Syarikat. Ia merupakan jawapan kepada banyak pertanyaan mengenai pengalaman beliau di negara tersebut. Hamka mencatatkan pelbagai observasion penting, termasuk lawatan ke Muzium National di Chicago, di mana beliau menyedari adanya sudut tentang orang Indonesia yang masih menggunakan nama Netherlands Indie.

Beliau juga menyaksikan pemilihan presiden yang membawa kepada kemenangan Eisenhower, sambil mencatatkan budaya politik di AS yang cenderung kepada pemimpin bermazhab Protestan. Hollywood turut menjadi topik perbincangan, di mana Hamka kagum dengan teknologi perfileman, tetapi berpendapat bahawa pengalaman menonton di pawagam lebih menarik.

Dalam perjalanan ini, Buya Hamka juga berkesempatan bertemu dengan Father Divine, yang mengaku sebagai Tuhan. Beliau mengulas mengenai perkembangan agama Kristian dan diskriminasi yang dialami oleh orang kulit hitam di Amerika, termasuk pengalaman beliau berhadapan dengan rasisme yang teruk dalam pengangkutan awam.

Secara keseluruhan, tulisan Buya Hamka memberikan pandangan yang terbuka dan lucu, sambil tetap menekankan nilai-nilai Islam. Ulasan dari sudut pandang seorang ahli agama menjadikan buku ini menarik dan mudah dibaca, terutama bagi mereka yang mencari bacaan santai tetapi penuh dengan pemikiran mendalam.
Profile Image for Ahnaf Yunus.
52 reviews
April 21, 2020
Buku ini merupakan coretan Hamka dalam pelayarannya di Amerika. Sedikit sebayak menarik kerana kelihatan Hamka seorang 'observant'. Setiap kali beliau melihat sesuatu gambar, beliau teringat akan sesuatu yang seakan-akan sama seperti di tanah airnya(Indonesia). Saya juga berpandangan beliau seorang manusia yang cenderung ke arah kesenian. Penulisan beliau menyifatkan seorang seniman yang bicaranya itu penuh dengan perasaan dan perincian-perincian keterangan yang jelas. Cara beliau menerangkan sesuatu perkara dan keadaan itu amatlah terperinci dan terpesona. Detik di hati, rasa minat untuk baca penulisannya lagi kerana ada persamaanya yang saya dapat lihat setelah selesai membaca kedua-dua jilid buku ini. Hamka menunjukkan wataknya sebagai manusia yang sememangnya menghayati perjalanannya walau di mana beliau berada. Saya yakin, penulisan-penulisan lain beliau akan lebih kurang sebegini. Buku ini adalah penulisan Hamka yang pertama saya baca. Jadi, mungkin pandangan saya masih kabur. Apapun, pembacaan yang ringan ini saya boleh syorkan untuk orang awam membacanya. Seorang tokoh yang penulisannya menampilkan seperti seorang manusia biasa seperti kita semua. Amat santai dan terasa beliau seorang yang amat merendah diri.
Profile Image for Nuraina Akmal.
57 reviews
April 22, 2021
Selesai! Satu lagi buku yang dibaca untuk April. Buya Hakma yang mewakili Kementerian Agama Indonesia, memenuhi undangan lawatan daripada pemerintah Amerika Syarikat. Tulisan ini sebenarnya jawapan beliau kepada ramai individu yang bertanya pengalaman berada di negara Uncle Sam itu. Segala yang diperhatikan dari mula hingga akhir tercatat dalam buku ini.

Ada beberapa butiran catatan yang saya rasakan penting dalam buku ini. Pertama, lawatan ke Muzium Nasional di Chicago. Ada satu sudut mengenai orang Indonesia dalam muzium itu, malah nama sudut itu masih belum ditukar kepada Indonesia daripada Netherlands Indie. Ada banyak alat tradisional yang sudah lama tidak digunakan orang Minangkabau, bahkan lebih lengkap daripada muzium di Minangkabau sendiri dan ramai pemuda dan pemudi ketika itu tidak mengenali barang yang dipamerkan. “Zaman telah berubah, dan tidaklah segala yang lama dapat dipertahankan lagi. Sudah banyak yang harus disimpan dalam muzium, untuk tengok-tengok dan tidak untuk diulang kembali.”

Kedua, Buya Hamka berpeluang menyaksikan sendiri pemilihan presiden ketika itu yang menyaksikan kemenangan Eisenhower. Tulis beliau, seperti ada undang-undang tidak bertulis bahawa seorang Presiden AS mestilah bermazhab Protestan.

Tempat yang paling banyak ditanya dan disuruh melawat, Hollywood. Dapat dirasakan bagaimana kagumnya penulis kepada teknologi perfileman, penulisan skrip yang dimiliki Hollywood, namun bak kata beliau sendiri, ia lebih indah untuk dipertontonkan di bioskop (pawagam) sahaja, tidak perlulah pergi sendiri untuk melihat Hollywood kerana mungkin khayalan indah kita akan hilang begitu sahaja. “Banyaklah filem-filem yang bermutu tinggi yang perlu kita lihat untuk dijadikan cermin dalam perjuangan kehidupan”.

Buya juga dapat berjumpa sendiri dengan Father Divine, orang yang mengaku dirinya Tuhan. Turut ditulis bagaimana perkembangan dan fungsi agama Kristian yang menjadi penyumbang besar kepada perkembangan ilmu dan terciptanya university besar di AS.

Terakhir sekali, yang diceritakan adalah pandangan beliau terhadap rasisme teruk di Amerika ketika itu. Beliau sempat berada dalam keadaan menaiki pengangkutan awam yang disediakan dua jenis tandas, satu untuk White People dan satu lagi untuk Coloured People, pergi ke restoran yang hanya membenarkan orang putih masuk ke dalamnya dan banyak lagi penindasan kepada orang berkulit hitam ketika itu.

Secara keseluruhan, tulisan sebagai orang yang ahli dalam agama ini pastinya sedap dibaca kerana ulasan dari sudut pandang Buya Hamka tidak terlalu jumud dan sangat terbuka, namun kelihatan masih mementingkan nilai Islam dan paling penting, pada saya tulisan beliau dalam ini kelakar. Seronok dibaca jika sedang mencari bacaan santai.
Profile Image for Sya.
11 reviews
August 14, 2021
Membaca travellog hamka memang kegemaran saya , kerana Hamka berjaya membawa saya mengembara bersamanya melalui buku buku beliau. Seperti karyanya Di Tepi sungai dajlah yang mengasyikkan , saya teruja membeli 4 bulan di amerika jilid 1 kerana percaya pengembaraan kali ini tidak akan mengecewakan.

4 bulan di negara uncle sam, membuka mata dan pandangan saya terhadap Amerika , tidak hanya sebuah negara yang menyokong Israel , tidak hanya sebuah negara penjajah yang telah merompak tanah asal dan membunuh penduduk asal benua Amerika iaitu Indian, Amerika juga ada banyak kebaikan dan kelebihan yang kita belum contohi…

Hamka melawat Amerika pada tahun 1952, iaitu 69 tahun yang lalu, pada tahun itu cerita hamka berkenaan amerika dari segi kemajuan teknologi, pendidikan, politik serta agama amat jauh kehadapan berbanding kita hari ini. Contohnya, ketika Hamka melawat Michigan, di sana terkenal dengan industri automobil dan michigan adalah negara penegluar kereta ford. DIkhabarkan pada waktu itu setiap 3 minit, kilang FORD berupaya mengeluarkan 5 buah kereta , cerita pada waktu itu. Ianya memberi maksud kemajuan yang di capai oleh Amerika pada waktu itu belum ada di capai oleh negara negara ketiga waktu ini. Saya tertanya negara kita sudah sampai tahap itu kah?...


Ketokohan Hamka tidak hanya di pandang tinggi di Indonesia, walhal beliau juga mendapat tempat di Amerika, lawatan hamka ke Hollywood dan sesi ceramah beliau bersama orang penting hollywood mengambarkan kehebatab beliau. Kata Hamka, apa yang terlihat cantik dan indah di kacamata tv berkenaan hollywood adalah berbeza dengan dunia reality. Kecanggihan dan kepandaian make up menjadikan pelakon2 hollywood nampak begitu sempurna dan menjadi pujaan setiap manusia di dunia…Pada waktu itu , kos perfileman sudah mencecah USD500k, no wonder sekarang kalau buat cerita habis juta juta perkara biasa...

berkenaan agama pula, di amerika politik dan agama tidak di gaul bersama. Urusan pentadbiran negara tidak mengambil kira nilai2 agama, dan penduduk bebas memganuti kepercayaan masing2.
2 reviews
January 24, 2021
"I love you than a million dolar!"

4 Bulan di Amerika mengisahkan pengembaraan Hamka di bumi Amerika pada tahun 1952. Perjalanan Hamka meliputi pelbagai daerah seperti Washington D.C., New York City, Texas, Chicago, Los Angeles, San Fransisco dan banyak lagi!

Jilid pertama buku ini Hamka lebih kepada menceritakan mengenai pengalaman2 yang beliau rasai di daerah2 yang berbeza di Amerika. Contohnya seperti New York bandar sejuta umat, Texas bandar cowboy dan Washington bandar pentadbiran.

Menyusuri tahun 1952, kita dapat melihat pelbagai peristiwa yang berlaku di Amerika pada saat itu seperti penindasan terhadap warga kulit hitam sehingga Hamka menulis satu bab khas mengenai perkara ini. Dahsyat sekali penindasan ini sehingga tandas pun diasingkan mengikut warna kulit! Seterusnya Hamka juga bertemu dengan orang yang mengaku dirinya sebagai Tuhan!

Jilid kedua bermulalah pembaca akan dapat melihat bagaimana Hamka lebih melalukan refleksi terhadap permusafirannya di Amerika. Antaranya beliau memuji bangsa Amerika yang selalu tersenyum, pandai membuat lawak (sehingga saya pun tersenyum sekali membaca bagaimana Hamka menyantuni warga Amerika dengan sedikit humor) dan tidak terlepas juga beliau menyentuh juga peranan agama dalam hidup materialistik warga Amerika.

Namun, saya berasa cukup kagum dengan sifat patriotisme yang dimiliki oleh Hamka, walaupun beliau memuji Amerika namun bagi beliau tanah air sendiri lah yang lagi beliau sukai, tanah air sendirilah yang wajib kita kembangkan sehingga kita tidak perlu lagi bergantung kepada bahan ciptaan Amerika!

Bagi saya buku ini, tidak akan rugi bagi yang membacanya, dengan sentuhan sejarah dan penulisan Hamka yang sangat bijak mengolah penceritaannya sehingga kita merasa kita juga berada di sana pada tahun 1952!
Profile Image for Affan Yunus.
104 reviews3 followers
December 23, 2022
Buku ini mengisahkan perjalanan travelog Buya Hamka di negara Uncle Sam selama 4 bulan pada tahun 1952. Penceritaannya mudah dan ringkas. Di samping penulisan berkenaan dengan lawatannya ke merata tempat di sana, beliau juga melakukan pemerhatian yang sangat mendalam tentang cara kehidupan masyarakat di sana. Hamka memberikan kita gambaran dan sudut pandang yang terbuka tentang dunia Amerika baik dari segi sosial, politik, ekonomi dan sebagainya. Kita boleh belajar banyak perkara samada baik atau buruk dalam penulisan beliau ini.

Bagi saya sendiri, saya sangat suka apabila Hamka menuliskan tentang topik agama di Amerika. Saya belajar bahawasanya orang di sana juga bersungguh-sungguh dalam beragama sehingga mereka menitikberatkan ilmu & pengaruh agama kepada generasi baru seawal usia yang sangat muda. Lihatlah terdapatnya sekolah dan universiti yang berteraskan aliran agama mereka. Dengan kata yang lebih mudah, bukan semua rakyat Amerika ni 'lagho' dan kuat berhibur sahaja, mereka juga ada yang benar-benar taat beragama.

Selain itu, saya juga dapati bahawa Hamka mempunyai ramai kenalan Indonesia yang menetap & bekerja di Amerika. Mereka ini membantu melancarkan perjalanan dan lawatan Hamka di sana. Mereka juga mempunyai pengaruh di sana. Ini membawa erti yang positif kepada kita sebagai orang Asia. Kita boleh jadikan 'mereka' tadi sebagai contoh dan batu loncatan kepada diri kita. Perlulah kita yakin bahawa kita sebagai orang-orang Asia juga mampu menjadi insan yang memberikan sumbangan kepada negara dengan apa-apa cara sekali walaupun negara kita ini jauh kecilnya keluasannya dan kemajuannya berbanding negara-negara hebat seperti Barat apatah lagi Amerika. Kita layak untuk berjaya sepertimana rakyat negara yang maju. Yakinlah.
Profile Image for Syuhadah Ainin.
20 reviews9 followers
May 18, 2020
4 Bulan Di Amerika ini bukan sekadar sebuah travelog kosong, yang berceritakan tempat yang telah dikunjungi oleh seseorang.

Buku ini membawa perspektif baru kepada pembaca mengenai peri pentingnya konsep tadabbur alam ketika kaki menjejak langkah ke negeri orang.

.

Pada pendapat saya, Hamka telah berjaya menggarap konsep “social comparison” dalam karyanya. Terutamanya mengenai budaya masyarakat Minangkabau dan Amerika.

.

Cinta terhadap seni memang jelas ditunjukkan oleh seorang ulama’ agung ini, sekaligus menjadi bukti bahawa setiap orang berhak untuk mencintai apa sahaja, asal kena pada tempatnya.

.

Hamka juga amat tersentuh apabila isu perbezaan warna kulit masih lagi dimainkan di Amerika.

.

Yang paling penting, walaupun diberi peluang menjelajah ke negara maju ini, cinta Hamka pada negara tidak pernah terpadam. Malah, beliau berazam bahawa tanah air sendiri akan tetap maju suatu hari nanti.

Tegarnya hati seorang nasionalis yang juga seorang ulama’ terkemuka nusantara ini.

.

Moga semangatnya mampu meresap ke jiwa generasi kini untuk terus berbakti kepada negara pertiwi.

In shaa Allah
Profile Image for Izzat Isa.
415 reviews50 followers
March 9, 2018
Sebelum ini, saya berkesempatan hanya membaca karya-karya Hamka dalam bentuk novel mahupun buku agama. Ini kali pertama saya membaca karya travelog oleh pengarang dan ulama tersohor dari daerah Minang ini. Apa kesimpulannya? Amat menarik dan saya akui ia adalah yang terbaik! Walaupun sebenarnya ia ditulis pada tahun 1952 - usai period Indonesia mencapai kemerdekaan. Travelog ini merakam pengalaman pengarang ke negara yang dikatakan sebagai pusat kemajuan akal di muka bumi ini. Pengarang bermula dari timur Amerika seterusnya menjelajah ke barat Amaerika sebelum bergerak ke selatan. Pelbagai perkara dilihat dan disentuh, dari hal politik hingga kepada kritikan sosial. Dari hal etika hingga kepada hal keagamaan. Malahan hal-hal kemajuan kejuruteraan, perubahan cuaca dan kulinari pun menjadi renungan Hamka. Perjalanan ini membuka dimensi baru kepada Hamka dalam memahami masyarakat dunia secara global. Saya mencadangkan karya ini dibaca oleh semua orang.
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,546 reviews41 followers
January 1, 2025
Lawatan penulis ke Amarika pada tahun 1952. Saya juga jadi teruja menyambut keterujaan penulis tentang orang-orangan, budaya, kemajuan, yang hebat dan yang amat hebat di beberapa lokasi lawatan. Orang America ramai yang intelek, ramai yang rajin bekerja, bersemangat meningkatkan diri dan masyarakat, suka hidup dalam gembira, tak suka bergaduh, menang kalah selepas pengundian Presiden, mereka tenang tenang saja. Yang jelek juga ada tapi dikisahkan secara santai dan lucu-lucuan. Tapi kan, itu America tahun 1950an. Kalau sekarang, mungkin kah masih sama?

Saya paling suka paragraph ni,

"Jiwa yang senantiasa dikembangkan menghadapi zaman dan pengharapan yang tiada pernah putus kepada Rahmat Tuhan dan semangat yang dapat menyimpulkan hidup dalam nilai jasa, menyebabkan orang tidak pernah disinggung tua walaupun umurnya telah 100 tahun. Itulah kesan saya di Key West, Miami ".
Profile Image for Fakhri Fadzli.
4 reviews6 followers
July 22, 2019
Meskipun buku ini ditulis oleh HAMKA pada 65 tahun yang lepas tetapi buku ini bukan sekadar travelog biasa tetapi ianya adalah catatan yang bernilai sejarah. Membaca buku ini memberikan kepada kita gambaran umum sosio budaya masyarakat Amerika suatu masa dahulu yang telah mewujudkan negara bangsa mereka pada mereka ini. Hamka juga melakukan perbandingan kritis nilai nilai yang beliau dapati dalam budaya Amerika dan membandingkan dengan negara beliau Indonesia dengan mengiktiraf kebaikan yang beliau dapati dan dalam masa yang sama berlaku insaf dan adil pada kekurangan yang dilihat. Semoga Allah merahmati beliau.
12 reviews
April 12, 2020
Hamka telah melawat Amerika selama 4 Bulan (25 Ogos - 25 Disember 1952)

Hamka bercerita tentang tentang Amerika Dari segi masyarakatnya, binaannya dan persekitaran setelah melawat ke negeri-negeri yang berada di Amerika.

Hamka juga melawat ke universiti-universiti yang berada di negeri-negeri itu serta bertemu dengan ahli-ahli akademik.

Pada akhir bab Hamka menulis tentang agama di amerika dan layanan orang kulit putih kepada negro di Amerika.

Disamping menulis perkara-perkara di atas. Hamka memberi pandangan serta nasihat beliau kepada pembaca. Serta memberi maklumat tentang sejarah Amerika dan fahaman agama yang muncul.
Profile Image for Hasliza Rajab.
172 reviews8 followers
August 26, 2023
Membaca catatan kembara tidak pernah menjemukan saya. Ianya seolah-olah turut membawa kita bersama ke tempat-tempat tersebut. Jilid 1 ini merupakan catatan kembara Hamka ke negara asing iaitu Amerika, yang telah mencapai kemajuan saat itu, di saat-saat negara lain masih bertatih untuk membangun dan maju. 4 bulan berada di sana, memberi pengalaman yang sangat berguna buat seorang ulama dari Indonesia.

Jika dulu, jika kita ingin mengenali keadaan dan budaya sesuatu tempat, maka kita sendiri yang harus berusaha ke tempat tersebut dan menyakiskannya dengan mata zahir sendiri. Namun kini, jika ingin ke Amerika sekalipun, taip sahaja di Google, Youtube dan sebagainya. Maka, akan bersusunlah segala maklumat yang ingin kita ketahui. Walaupun maklumat hanya di hujung jari, tetap tidak akan sama dengan apa yang kita alami sendiri.

Di dalam Jilid 1 ini, Hamka menceritakan dari saat awal beliau berada di sana pada bulan pertama sehingga lah ke bulan seterusnya selama 4 bulan. Banyak tempat-tempat yang beliau lawati dan individu yang beliau jumpa. Tempat-tempat yang beliau sebut dalam kembaranya ini tidaklah asing bagi saya tetapi keadaan dan suasana pada waktu ini amat menarik perhatian. Bagaimana suasana perfileman pada waktu itu, bagaimana penerimaan masyarakat Amerika bergaul dengan bangsa asing, ianya adalah cerita baru untuk saya. Dan beliau juga mengulas tentang keberagamaan bangsa Amerika. Tertarik dengan apa yang beliau katakan :

"Agama sebenarnya tidaklah bertentangan, yang bertentangan ialah hawa nafsu daripada pemeluk agama itu sendiri".

Baik bangsa Amerika yang tidak 'sekufu' antara mazhab Katholik dan Protestan, tidak berkecuali juga apa yang dialami oleh kita Muslim di Timur, hal sekecil doa qunut boleh menimbulkan perdebatan yang besar, apatah lagi hal-hal besar yang lain. Dan apabila Hamka menceritakan tentang Father Divine, saya beranggapan bahawa bangsa Amerika juga tidak terlepas daripada menganuti ajaran sesat.

Apapun, 4 Bulan di Amerika Jilid 1 ini sangat menarik dan boleh dibaca di waktu santai. Bukunya sarat dengan fakta-fakta seperti tempat, individu, masyarakat dan komuniti yang hidup pada zaman itu.
Profile Image for Hafizi.
75 reviews
January 18, 2021
Jilid pertama catatan pengembaraan buya hamka di Amerika Syarikat. menarik untuk kita soroti keadaan masyarakat di sana pada tahun 50-an yang kebanyakan perkara yang ditempuhi oleh Buya Hamka telah berubah. Hamka juga menyertakan pengajaran-pengajaran dan pedoman penting yang beliau perolehi untuk kita jadikan panduan.
Profile Image for Husna Bokhari.
12 reviews5 followers
January 24, 2024
Sebuah travelog oleh HAMKA yang mengembara dari sebuah kota ke kota yang lain di Amerika sambil digambarkan perbezaan budaya dan agama menurut padangan mata beliau. Saya sendiri pula lebih khusyu menikmati tiga bab terakhir di mana HAMKA menceritakan dengan terperinci ttg sejarah agama dan penindasan bangsa berkulit hitam yang disaksikan sendiri oleh beliau sepanjang mengembara di sana.
Profile Image for Halimah reads.
4 reviews
December 25, 2023
Pembacaan yang menarik. Saya amat tertarik dengan pengalaman Buya Hamka berjumpa dengan penganut Kristian yang berlainan 'mazhab' dan gerakan agama dan ekonomi secara umum di Amerika. Buya Hamka memberi gambaran padu dalam safar beliau sekaligus menyatakan falsafah yang sarat makna.
Displaying 1 - 30 of 34 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.