Jump to ratings and reviews
Rate this book

J

Rate this book
"Dia menafikan sebarang petanda atau mesej. Mimpi hanya mimpi seperti melompat masa. Jika ada soalan tentang bagaimana, serahkannya kepada ahli sains. Apa yang perlu saya risaukan, dia beritahu lagi, adalah kenapa."

J sebuah kisah yang bermula ketika remaja belajar untuk berpaling dari kebosanan menanti dewasa - tentang Ali dan jiran rumahnya Juria, yang menjadikan muzik sebagai suaka kepada kehadiran masing-masing.

Dari selesa bilik tidur yang kelam, ke Kopi & Mimpi dengan tiang berbaju pokok, ke majlis tari perpisahan pelajar sekolah, rumah pokok sebalik hutan, rumah puaka dengan deko melebih, labirin puisi berpendingin hawa, terus ke rinci bandar dalam julat usia 10 tahun. Di semua tempat dan pengalaman ini hanya ada memori sebagai bahasa yang terapung kerana waktu tidak meletakkan mereka di dunia yang sama.

Dilahirkan sebaya, Juria menantikan kejutan hidup bagai sebuah pesta. Ali pula menolak kemeriahannya. Kemudian muncul 27, perca lirik lagu tulisan tangan, dan rakaman dialog rambang dari lampau supaya impian yang tidak bertuan boleh bernafas kembali.

348 pages, Paperback

First published August 7, 2017

1 person is currently reading
16 people want to read

About the author

Syahmi Fadzil

12 books18 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
7 (20%)
4 stars
17 (48%)
3 stars
7 (20%)
2 stars
4 (11%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 15 of 15 reviews
Profile Image for Asmar Shah.
Author 20 books136 followers
August 26, 2017
2.5* untuk J!

Macam kengkawan pembaca aku cakap, aku tak cukup elitist untuk baca buku ni. Ya mungkin juga. Aku kerap lost dan hilang fokus. Aku tak tahu ke mana Ali nak bawa aku menggembara. Aku tak dapat rasa emosi yang dipersembahkan. Aku tak rasa kehilangan Juria. Aku kosong.

Sebenarnya aku suka tema buku mengenai kematian, kesepian tapi bukan musik. Aku kurang gemar kisah berkaitan musik. Tapi dengar lagu aku suka.

Pengaturan plotnya sengaja dirumitkan. Andai disusun dengan betul, sebenarnya buku J ini tiada apa pun. Jalan ceritanya mendatar dan emosinya tak menangkap. Watak-watak Ali dan siapa pun dalam buku ni, tak menginspirasikan. Tapi mungkin dengan apa yang ada di dalam buku ini sekarang, itulah kelebihannya. Aku saja yang tidak dapat tangkap apa yang ingin disampaikan oleh Syahmi. Syahmi memang suka baca buku-buku dari Jepun dan katanya sewaktu pelancaran buku ini, kemungkinan tulisannya juga ada dipengaruhi cara-cara penulis hebat Jepun. Mungkin katanya. Aku takdelah layan buku penulis Jepun. Ada pun, buku HM saja. Itu pun berapa buku saja. Jadi aku tak tahu sangat hal itu.

Banyak hal yang aku abaikan di dalam J ini.

Aku sangat suka Insta berbanding J.

Maaf SF, mungkin buku ini bukan untuk aku. Atau pun aku baca tak kena dengan masa dan emosi sekarang.

Tapi aku puji dengan bahasa SF yang baik dan kulit buku naskah ini. Sangat awesome.

Kalian tak nak baca ke? Cubalah. Manatahu kalian akan menyukainya.

Peace!
Profile Image for Steff.
108 reviews17 followers
October 20, 2017
J direkomen oleh seorang rakan kerana ia beri mood melankolika yang kami sering cari dalam novel literatur kontemporari Jepun.

Dalam wawancaranya, saudara penulis merumuskan bahawa Haruki Murakami dan Ridhwan Saidi menjadi inspirasinya dalam penulisan, jadi tidak hairanlah bahawa novel ini punya protagonis yang selari dengan gaya Murakami dan penceritaan baku seperti Ridhwan Saidi. Saya kira, dua-dua penulis ini saya minat benar penulisannya, jadi mungkin saya boleh masuk penulisan Syahmi Fadzil.

Malangnya, memetik nama Murakami dan RS adalah sesuatu yang silap. Apa yang berlaku dalam kepala saya adalah melakukan perbandingan penulisan antara penulis ini dengan penulis Jepun bestseller dan penulis yang sudah punya pengikut kult sendiri. Maka saya perlu ingat dalam kepala—drop the other names, drop the other names.

Bagi saya J punya potensi untuk lagi berkembang, tetapi saya faham bagaimana sesebuah cerita itu terjadi. Cerita hidup secara sendiri dan penulis cuma ada kuasa untuk menyampaikannya dan mendoukmenkannya. Jadi saya tidak mahu sentuh di situ. Mungkin J belum cukup waktu perap dan masak sebelum dihidangkan, begitu. Sebagai seorang peminat sains (secara minimal), saya suka konsep parallel universes. Malah ini mengingatkan saya kepada stail filem dan anime Jepun yang selalu memasukkan elemen fantasi dalam karya yang berfokuskan tema yang lebih grande iaitu persahabatan atau cinta.

Malangnya, cerita ini sedikit draggy, ataupun barangkali saya kurang menghargai apa yang diceritakan. Feel kurang masuk terutamanya di hujung cerita, persembahan di Kopi & Mimpi. Ia satu cabaran yang besar. Bagaimana kita boleh bercerita tentang muzik tanpa runut? Saya salut cubaan penulis walaupun kurang sampai. Saya kira penulis punya scene yang sinematik dalam kepala, tetapi emosinya mungkin tidak sampai kerana terlalu literal. Saya bandingkan ini dengan bagaimana sayu suasana Naoko, Reiko dan Toru ketika Reiko memainkan lagu 'Norwegian Wood' dalam Norwegian Wood dan bagaimana Hoshino menggemari 'Archduke Trio' Beethoven ketika duduk bersantai di sebuah kedai kopi dalam Kafka on The Shore.

Apa-apapun, terima kasih Buku Roman untuk buku J dan sebab siarkan artikel saya, maka saya dapat buku free.
Profile Image for Lokman Hakim.
Author 63 books123 followers
August 31, 2017
Sebab aku juga pernah buat gig 'intim' macam apa yang J dan Ali buat, jadi aku tahu perasaannya.

Yang aku suka:
1. Idea Juria, Ali dan dunia alternatif tersebut. Bagaimana watak-wataknya bersilih ganti dimensi dan menghanyutkan diri dalam kesepian masing-masing.
2. Seperti yang aku cakap awal tadi, kalau kau pernah main gig di Malaysia ini, pernah bikin lagu dan lirik sendiri, cerita ini akan sangat akrab buat kau.
3. Cerita ini buatkan aku hargai pengalaman aku selaku pemuzik, sebelum ini, penglibatan aku dalam dunia muzik selalu jadi perkara yang aku sesalkan atas sebab kegagalannya.

Yang aku tak gemar:
1. Suara Juria dan Ali ditenggelamkan oleh suara penulis. SF selaku penulis terlalu "merasuki" watak-wataknya dalam ini hingga dapat rasa setiap watak telah dikaburi SF itu sendiri. Ini satu cabaran untuk menghasilkan novel sebegini. Tak apa, novel lain nanti tulis sedap lagi. Lepas ini tulis novel literature dewasa kan? Aku tunggu.
2. Ada rasa macam ada tempelan monolog persepsi SF untuk memanjangkan cerita. Terutama bahagian belakang sebelum pengakhiran.

Overall, aku suka cerita ini. Terinspirasi nak tulis novel realisme mengenai pengalaman band aku yang tak kurang 'sepi' nya dengan watak Ali dan Juria dalam ini.
Profile Image for hans.
1,165 reviews152 followers
September 11, 2017
Satu adventur coming-of-age dalam fragmen memori dan seorang sahabat baik. Ali ingatkan saya kepada diri sendiri yang pernah hilang sahabat rapat (juga kerana kemalangan) pada umur yang sama.

"Rasa tidak senang tentang rindu pada orang yang sudah mati."

Menjalani hidup seorang Ali-- ingatan tentang J, Duri dan gitar-- sepi dan muzik. Ia lebih kepada Ali yang harus tunaikan impian seorang J (secara tak rela). 27, karakter yang sangat misterius. Dalam bercanggah dimensi, 27 datang cari Ali untuk J. It was super bizarre, but magical. Blur, pelik dan ralat tapi anehkan saya suka dengan idea penulis. Segar, untuk sebuah buku berbahasa Melayu.

Jalan cerita slow-mo, mendung. Tak ada riang atau istimewa. Kalau jenis pembaca yang cari fun dan humor, memang tak akan jumpa. Satu pujian untuk laras bahasanya-- kemas dan beritma, cuma mungkin kurang emosi bila terlalu kemas (atau terlalu bersahaja) begitu. Ada sisi yang bosan, sama bosan macam waktu 27 masuk ke Rumah Puaka-- antara suka dan tidak. Mungkin saya tunggu lama untuk satu pentas impian di Kopi & Mimpi. Di buku ini kesepian milik Ali dan 27. Keduanya alami satu kematian. Membaca Ali seperti membaca 27.

Perbualan A dan J di tengah buku antara kegemaran saya. Cerita-cerita J dalam aksara italic juga. Melankoli dan sunyi. Waktu Ali dan 27 di rumah pokok, dan Ali sebut-- Saya ambil masa untuk perasan bau wangi dari rambutnya. Syampu yang dipakainya, saya percaya, terkandung haruman masa lampau-- buat saya percaya bila 27 kata dia dari 10 tahun akan datang.

Ini buku pertama dari penulis yang saya baca. Lebih kepada curious sebenarnya-- kulit hadapan sudah sedia cetak ia tentang kesepian dan kematian dan penulis juga sebut dia mahu karakter yang sederhana, jadi saya pun tak mengharap apa-apa.

But one thing, Ali is so memorable. Sampai sekarang pun saya masih ingat perangai Ali yang tiada perasaan itu. Simpan dalam, so in denial. Dalam tak mahu 'beban' untuk impian J, dia tulis juga satu lagu untuk J. Semoga jumpa an 'Alia' one day, dear Ali.
Profile Image for Iman Danial Hakim.
Author 9 books384 followers
May 13, 2018
Rating buku ini di dalam Goodreads agak rendah. Mungkin tak ramai yang menggemari karya sebegini; sepi, syahdu, sunyi dan sayu. Peminat Murakami bolehlah terima gaya penulisan sebegini (penulis sendiri mengaku banyak membaca Murakami dalam wawancara). Sebagai tim #MembacaTanpaPrejudis, aku tak kisah dengan sebarang gaya, asalkan sesebuah cerita itu sedap dibaca.

Blurb pada sampul buku telah merumuskan - Sebuah novel tentang kematian, kesepian & muzik. Bacaan buku ke 42 untuk tahun 2018.

#J #romanbuku #muzik #buku #sepi #read4malaysia #ali #juria
Profile Image for Fahmi Kashfi.
12 reviews2 followers
December 9, 2017
Cerita hal-hal kesepian tak selalu menambat hati aku. Muram sahaja sepanjang pembacaan.
Profile Image for Mardia Awang.
41 reviews2 followers
August 26, 2017
Novel ini tawar tema kematian, kesepian dan muzik tetapi semua tema rasa saya kurang kukuh. Permulaan cerita agak lambat, macam beli barang di Tesco selama 2 jam sebelum jumpa. Ia hanya menarik bila 27 hadir dan ia adalah J di masa depan. Ali telah mati di dunia 27 dan di dunia Ali, J pula sudah tiada - saya suka idea kita hidup selari tapi dalam dimensi berbeza.

Tentang muzik, ini agak sukar untuk komen sebab muzik berkait rapat dengan citarasa individu, bagi saya yang tak reti muzik (maksud saya main atau nyanyi) saya rasa terpinggir macam segala yang dibincang dalam novel semata untuk J dan Ali.

Sepi. jujur saya kata Insta lebih sepi dan gelap.

Dalam wawancara, ada disebut tentang pengaruh RS. Bila baca, saya rasa suara itu dah kurang. Baca insta dapat rasa semangat jepun kata Azriq, saya rasa begitu juga tapi buku kali ni, tiada. Saya tak tahu ia baik atau tidak.. sebab saya sukakan semangat tu sebenanrnya. Sepi dan gelapnya buat saya lebih tertarik.

Satu hal saya suka tentang J, teksnya yang padat. Walau ia agak meleret tapi penulis bijak pilih ayat yang saya boleh quote. Keseluruhan, not bad. Saya baca buku ini agak pantas, mungkin sebab tergesa jadi kurang curah emosi (kot). Tiga poin lima untuk J.
Profile Image for Hasif Rayyan.
Author 13 books120 followers
September 18, 2018
Gaya bahasa agak unik sebab boleh nampak ada pengaruh struktur suara Bahasa Jepun yang kuat, walaupun tak dinafikan terkadang rasa janggal sedikit membacanya.

Cerita agak meleret dengan naratif yang bersimpang dek campur tangan suara penulis, tetapi "kesepian" yang cuba disampaikan melalui naratif masih terasa, walaupun kurang mengesan dek faktor yang saya nyatakan tadi.

Ending macam sedikit kabur, ataupun mungkin saya yang kurang jelas apa yang sebenarnya mahu ditamatkan.

Tapi sebab ini juga buku pertama terbitan Roman yang saya baca, akhirnya ada suatu rasa "refreshing" dapat membaca karya sebegini dalam Bahasa Melayu, yang selalunya lebih norma dalam karya litera kontemporari Jepun.

Tsugi no hon wa otanoshimi ni shiteimasu, shouetsusha no Syahmi Fadzil-sensei.
Profile Image for Kafka Firdaus.
56 reviews5 followers
December 25, 2018
Saya akhiri tabir 2018 saya dengan buku yang bagus. Terima kasih Juria dan Ali.
Profile Image for Zulzafry Zulkifly.
333 reviews
August 10, 2018
terlalu sebok untuk membaca skrg, atau mungkin aku yang tak cari masa utk membaca.

aku suka buku ni dengan kesepiannya. aku tak tau. aku sangat suka dengan tema tema kesepian seperti ni dan tak kepada cerita yang lebih warna warni seperti yang berlambak di luar.

pengakhiran pembacaan aku mungkin menambah penghayatan. remang senja, kelam kamar dan sunyi tanpa suara. aku rasa aku dapat menghayatinya.
Profile Image for An Nasaie.
31 reviews27 followers
March 6, 2018
Sebetulnya 2 setengah bintang.

Ia sebuah karya yang sederhana saya kira. Ringan. Bahasanya sedap dibaca. Mungkin pengarang terlalu menjaga setiap tutur aksara sehingga saya rasakan ia adalah sebuah karya terjemahan. Agak mendatar naratifnya seolah-olah tokoh utama Ali seperti seorang yang tiada perasaan-sebetulnya ada cuma emosi penceritaan kurang sampai. Watak yang cuba digambarkan sebagai anti-hero akhirnya jadi seperti anti-karekter (aku main bedal je ni haha. maksud aku karekter yang monotenues). Saya tahu ada hawa jepun seperti saya membaca Wind-up Bird Chronicle cuma cerita yang dibawa terlalu ringkas dan tidak mendalam seperti saya merasai kesepian Toru Okada. Lagipun saya rasa Ali terlalu cool untuk berusia 17 tahun, ya mungkin saya tak patut persoalkan karekter Ali tapi saya rasakan seolah-olah Ali telah melalui hidup penuh pancaroba sebelum usia 17 sehingga dia bersikap mendatar sebgitu -watak Juria lebih realistik dengan usianya.

Ada perbualan intim yang saya suka antara Ali dan Juria (iaitu pada rakaman A - Q). Ia sangat intim. Cuma justifikasi akhir untuk Ali bikin lagu demi Juria dan perform di kafe Kopi dan Mimpi itu agak senang. Lagi saya tidak dapat rasa ambien yang cuba pengarang gambarkan semasa pementasan itu. Mungkin saya perlu dengar lagu ciptaan Ali itu dulu kut.

Pemilihan musik lagu dalam novel ini tidaklah bermasalah -mungkin itu kesukaan Ali cuma ia agak spotify. Maknanya lagunya agak trendy seperti Bon Iver, Daughter, The paper kites, etc. Untuk menulis novel sebegini, saya rasa elok difokuskan pada satu band yang betul-betul diminati Ali atau Juria. saya maklum yang telah dinyatakan diawal satu genre iaitu singer-songwriter cuma bila pemilihan lagu yang rawak dan hanya mahu kena dengan suasana dan scene ia boleh bawa masalah kepada pembaca (mungkin hanya saya) untuk memahami emosi karekter. Seperti Murakami mengunakan album Kid A dalam Kafka on the Shore. Ia buat saya perlu mendalami album itu untuk memahami labirin yang dilalui naratif.

Jangan salah sangka. Ia bukanlah novel yang teruk. Saya membacanya dengan senang hati (sambil membayangkan bekas kekasih) dan penamatnya buat saya rasa lega seolah baru lepas memerut dari sakit perut yang nightmare.
Profile Image for Ariza.
98 reviews27 followers
August 30, 2021
Membaca J rasanya seperti meluncur dalam abjad abjad kata. Aku masuk ke kawasan Ko, Mim dan hujungnya ada Pi.

Spoiler**
Aku tak pernah ada pengalaman kehilangan sahabat rapat di depan mata aku dalam keadaan yang tiba-tiba dan dahsyat cara kematiannya. Mungkin ini gambarannya.

Cara J nak dunia dia runtuh/musnah buat aku teringat ending movie Fight Club. Bangunan-bangunan tinggi musnah terbakar. Runtuh ke bumi. Beza dengan J, dia nak semuanya musnah runtuh ke langit. Melawan graviti. Efek dia sama bagi aku. Tentang tragedi dan keindahan yang berdiri sebelah-menyebelah.

Mungkin apabila seorang itu mati, dia akan bunuh beberapa orang di sekelilingnya juga.

"Dia pergi dan kemudian datang balik, dari semesta yang lain." - Ali

Teringin dengar lagu J.
Profile Image for RJ Eszura RJ Ibrahim.
46 reviews13 followers
September 29, 2019
Mula baca novel J dapat rasakan tentang kematian dan kehilangan. Walaupun tak berapa arif tentang music , masih dapat kaintkan dengan keintiman Juria dengan Ali.

Ada sesetengah ayat yang Syahmi tulis saya rasa amat deep sekali. Siap snapshot kerana memang boleh relate dalam kehidupan masakini.

Overall 3.5/5

wishing it had a better ending though
Profile Image for Siti Fatimah Tomas.
7 reviews29 followers
December 5, 2018
Terima kasih untuk Karya ini! :') I think I lost in thought after reading this book for the idk how many times I had read it. Thank you.
Displaying 1 - 15 of 15 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.