Jump to ratings and reviews
Rate this book

Biar Betul! Nama Dia Bougainvillea

Rate this book
“Nama penuh dia… Bougainvillea.” – Raja Khalida
“What?! Seriously! Biar betul? Nama dia Bougainvillea!” – Raja Awwadi
“Bunga kertas! Nama dia bunga kertas. Kelakarnya. Bapak dia tak reti nak letak nama lain ke? Mesti bapak dia mat bunga. Bougainvillea!” – Raja Awwadi

Nama dia Bougainvillea. Biarpun digelar bunga kertas oleh Raja Awwadi, namun dia langsung tak kisah. Pertemuan pertama tidak seindah mana bila Villa memperlekehkan dia dengan beberapa keping wang RM50. Dia bukan taraf murahan! Dia CEO GB Group yang tersohor. Dia punya duit berjuta!
Bagi Villa, siapa pun Raja Awwadi, dia anggap sama sahaja dengan orang biasa. Dia tak takut atau gentar dengan lelaki itu. Setiap kata lelaki itu hanya menjadi angin lalu bagi Villa. Akhirnya bermulalah amarah Raja Awwadi.

“Aaa… Apa yang encik nak dari saya?” – Bougainvillea
“Okey! Kalau you dah lupa, biar I ingatkan sekali lagi. Listen, I nak you dengar baik-baik. Buka telinga you luas-luas. I takkan ulang banyak kali. I tak suka you kerja di sini. Sejak awal I dah warning you. Tapi you degil. You tetap kerja di sini juga.” – Raja Awwadi

Saat hilangnya Villa dari mata, raja Awwadi gembira. Hidupnya kembali kepada rutin biasa. Begitu juga Villa. Hidupnya kembali berbunga. Sehinggalah satu peristiwa yang mematikan segala keindahan hidup mereka.

Berkahwin!

“I peduli apa you nak percaya atau tak? Hakikatnya I akan kahwin dengan Villa. I love her. Dia seorang wanita yang baik. Dia wanita yang sesuai untuk menjadi permaisuri hidup I. Don’t worry! I akan hantar kad jemputan kat you. You boleh jumpa Villa di sana,” – Raja Awwadi

Betul ke dia akan kahwin dengan Villa? Mati segala saraf dia bila itu yang diungkapkan.

Dan Villa, boleh pula bersetuju dengan lamaran dia hanya kerana satu perkara. Segalanya huru hara tetapi ia menjadi nyata.
Dia mampu menutup segala hinaan orang hanya dengan rahsianya namun dia memilih untuk kekal berahsia. Dia mampu menawan hati lelaki tetapi dia memilih untuk menjadi dirinya sendiri. Dan dia adalah Bougainvillea.

“She’s not an ordinary woman,” – Raja Awwadi

Paperback

First published January 1, 2017

4 people are currently reading
28 people want to read

About the author

Azimah Lily

16 books40 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
17 (40%)
4 stars
16 (38%)
3 stars
7 (16%)
2 stars
1 (2%)
1 star
1 (2%)
Displaying 1 - 10 of 10 reviews
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
January 3, 2018
Jika suka novel Isteri Acah2 dari Murni Aqila, kemungkinan akan suka juga dgn novel ni. Watak hero sikit lebih kuranglah. Sombong, angkuh dan ego. Judgemental and opinionated. Pandang luaran. Perbezaannya pada latar belakang keluarga dan cinta bertepuk sebelah tangan dgn 'kekasih'. Dua2 suka kanak2. Watak heroin pula quite similar. Baik hati, rendah hati, bijak, berwawasan, dermawan dan berwang.

Sayangnya Villa. Tinggal setahun sahaja lagi untuk tamatkan pengajian tapi terpaksa berkorban bila dugaan menimpa keluarganya. Furthermore, hanya dia sahaja harapan anak saudaranya. Kekasih hati pula beri ultimatum pilih antara dia dan anak saudara. Sesiapa saja with a heart definitely pilih anak saudara.

8 yrs later
Villa kerja di kedai bunga sambil buat part time ID but I think dia buat landscape sebab she was hired by Datin untuk design landscape kat taman banglo. 🤔 Kebetulan pula terserempak dgn Adi sekali lagi. Dari sini bermula kisah mereka. Tom and Jerry but at last in love. Suka dgn nama samaran yg Adi beri buat Villa. Tak menggelikan.

Watak antagonist pula dtg dari mak ex BF dan ex BF. Villa tak kacau org pun. Tapi di kutuk mcm2. Sampai habis pun maknya ex BF dia tak repent. 😠 Apalah yg ada pada keturunan dan harta jika hati hitam. Alhamdulillah, walaupun begitu, Im glad that pilihan isteri buat anaknya tu bagus. Baik hati, sabar dan senang di ajak berunding. Nasib baik bila yg di kejar tak dapat yg di kendong tak keciciran.

Overall best. I like the flow. Watak sampingan pun bagus. Antagonist mmg kena siap2. Adi tegas. Takde hiccups, typo ada a few. BI maaf ya tak perasan. Dah engrossed sangat. 😁😁
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
September 29, 2018
Bougainvillea aka Villa, gadis yatim piatu yang terpaksa berhenti belajar demi menjaga 4 orang anak saudaranya selepas kakaknya dan suaminya terlibat dalam kemalangan. Pertemuan dengan Raja Awwadi aka Adi yang kerek dan berlagak, menambahkan rencah dalam hidupnya. Sejak itu, Villa tidak pernaha aman. Ada saja salahnya yang di cari Adi. Sehinggakan sampai satu tahap, Villa berhenti daripada kerja mengubah suai taman Raja Khalida, nenek Adi. Namun, kerana satu hal, mereka disatukan. Bahagiakah mereka ke akhirnya?

Seperti biasa, sebuah karya santai daripada penulis. Saya mula mengenali penulis melalui novel Siapa Orang Gajiku? yang mengangkat tema lebih kurang sama; hero kerek yang memandang rendah heroin, yang sebenarnya bukan calang-calang orang. Tapi memang padan muka Adi sebab berlagak sangat.

Mostly watak dalam ni memang sempoi, nenek Adi, kawan-kawan Villa. Tapi, paling menonjol adalah watak Fairuz, PA Adi yang selamba memerli Adi, memang kelakar! Memang setepek kena dengan Adi, tapi tetap setia. Dari geram dengan Adi, terus ketawa sebab kena perli dengan Fairus.

Watak antagonis pun sikit je, ex Adi dan ex Villa ni yang tak habis-habis memburu. Annoying juga dan klise la sikit, nasib baik tak banyak part diorang ni. Mula-mula ingat mak tiri Adi antagonis, sekali bukan.. mak cik tu baik jugak sebenarnya.

Tema kekeluargaan yang diangkat penulis saya kira berkesan, memang terasa keakraban Villa dengan anak-anak buahnya. Begitu juga perlian Villa yang banyak makna tersirat untuk Adi yang leka dan sombong tu.

Overall, sebuah karya santai dan tak banyak konflik. Sesuai di baca jika anda sedang stress!
Profile Image for Sera.
92 reviews14 followers
October 25, 2017
Bez... sekejap aje baca.. Azimah lily so far mmg tak menghampakan. I noticed that all her stories mengisahkan watak heroin yg kuat, tak cepat mengalah and independant.
Mengisahkan mengenai Villa.. nama mmg unik, bunga kertas. Kerjaya sebagai florist.. Dia ni tabah, sanggup berhenti skolah juz to raise her nephews & niece after the death of her sister & bro in law. Terjumpe plak ngan watak hero si Adi. Adi ni mmg menjengkelkan. Mula2 baca mmg geram sgt ngan dia. Tapi bila dah tangkap cintan, adoiii.. sueettt sgt si Adi ni... Mula2 dia suke menghina & reali look down on villa bcos she drives a small car, pakaian slalu ngan jeans, tshirt & converse aje. Tapi in actual fact, si villa sebenarnye.... Nak kena baca baru akan tau sape villa ni
Mcm biase ade watak antagonis, ex si villa & ex si adi ni.
Tapi nasib baik si villa ni tak cepat melatah wif the incidents involving them.
Another similiarity in her works is the love of family. Kali ni watak2 family adi & villa pon banyak memainkan peranan in this story. Suke sgt!!! Watak niece si villa, Zarina yg garang.. Sampai villa & Adi pon takot ngan dia.. watak kedua2 nenek adik & his stepmom pon ditulis dgn baik.
Jln cerita disusun dgn baik. Tak meleret..
looking forward to her future works.

Nak baca balik ah buku2 dia yg dulu2..
Profile Image for Mslvoe.
2,045 reviews199 followers
March 20, 2025
F kurang gemar dengan sikap hero yang suka tuduh melulu dan panas baran. Sikit pun taknak dengar penjelasan.. bila kena batang hidung dia tahu pulak nak Villa bertenang.
Profile Image for シティ.
264 reviews
March 31, 2025
Bacaan santai eBook Perpustakaan Sultan Ismail

ulasan buku ini

Nukilan menarik:
“Encik nak sembahyang ke? Maaflah, saya tak tahu,” ucap Villa. Selepas selesai sembahyang, dia berehat sekejap. Waktu rehat masih ada. Lagipun jam baru pukul 1.45 petang. Ada peluang nak rehat sebentar. Tak sangka pula mamat ni nak sembahyang kat sini. Tapi bilik dia ada, kenapa nak sembahyang di surau kecil yang dikhaskan untuk tetamu? Villa hairan.

Villa merenung lelaki itu. Lelaki ni memang sah ada masalah mental. Entah skru mana yang tercabut, aku tak tahulah.
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
August 30, 2022
[BOOK 179]

Biar Betul! Nama Dia Bougainvillea by Azimah Lily.
.

Disebabkan aku baca buku ni back to back with Pilihan Hati Mr Millionaire, I can't help myself comparing these 2 books. Especially watak male lead.
.

Raja Awwadi ni dari keluarga bangsawan, kaya raya, pemilik syarikat dan semua yang hebat tu la. Tapi dia ni kerek dan suka memandang rendah kepada orang yang lebih rendah darjatnya la. Salah seorangnya ialah Villa. Villa ni ada florist sendiri, dan juga buat design landscape some sort macam tu la. Villa kerja kat rumah Awwadi tu. Tapi Awwadi suka cari pasal dengan Villa.
.

Tapi sebenarnya Awwadi tu tak tahu yang Villa tu pun jutawan. hahaha
.

Dan satu kejadian memaksa mereka berkahwin. Bukan solely disebabkan kejadian itu pun, lebih kepada untuk mengelakkan Villa dikacau oleh Syed Malik, bekas kekasihnya.
.

Yang aku suka dalam buku ni ialah watak Villa yang berpendirian dan berpendidikan. Watak Awwadi pulak memang kerek dan garang. Bila dia naik angin je, habis naik tangan. hurm. Tapi tak seteruk watak Tengku Dennis dalam PHMM tu.
.

Cumanya, ada 2 langau dalam buku ni yang buat aku annoyed. Syed Malik dan Zaharah. Rasa macam, apa la bimbo sangat dorang ni? Plan yang dorang buat untuk pisahkan Awwadi dan Villa, tak berjaya pun. Hurm, penat je aku tunggu dorang jadi pandai sikit.
Profile Image for Ungu Karmila.
73 reviews3 followers
June 12, 2022
hello january 3

10/1/18

biar betul nama dia bougainvillea
azimah lily
anaasa publication

kisah biasa yg diolah menjadi luar biasa wlpn klise. villa @ bougainvillea,si bunga kertas bkn smbrgn gadis wlpn nmpk biasa & selekeh. tp itulah yg memikat raja khalida utk mnjdikn nya cucu menantu.
raja awwadi,syed malik antara yg memandang rendah dgn kemampuan gadis ini. yg kaya raya memandang darjat tnpa sedar siapa sbnr nya si bunga kertas itu.

she's not an ordinary woman.

4*
Profile Image for Sha Mohamed.
2,522 reviews1 follower
September 24, 2021
Cerita yang sempoi walaupun geram je dengan watak hero yang baran dan melulu..
Displaying 1 - 10 of 10 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.