Jump to ratings and reviews
Rate this book

Projek Seram: Tanah

Rate this book
GEGAR TANAH – SYAIDA ILMUNA
~Jangan biar kau terperangkap!~

Daniel dan Natasya ditimpa kemalangan teruk ketika melalui lebuh raya untuk ke Sungai Petani. Dalam keadaan nyawa-nyawa ikan, pasangan suami isteri ini didatangi makhluk berlidah panjang yang sedia untuk meragut nyawa. Tanpa diduga, datang seorang lelaki misteri yang membantu dan kemudian membawa mereka ke sebuah kampung yang terselindung dari pandangan orang biasa. Siapa Bidan Sufiah dan Khalif? Apa sengketa mereka dengan Dukun Jamilah? Dan sebenarnya... di mana mereka berada sekarang?

PETAKA – AKMA SAIDON
~Janji ditabur menuntut galang ganti!~

Athira salah seorang ahli kumpulan pementasan teater Persatuan Belia Laksamana Bayu Sutera mencadangkan kumpulannya untuk menggunakan tanah lapang bersebelahan balai raya kampung mereka sebagai tempat latihan pementasan mereka. Uwaish selaku ketua pementasan teater itu bersetuju tanpa berfikir panjang akibat tindakannya itu walaupun ditegah oleh Wirda. Persetujuan daripada ahli yang lain juga melegakan kembali hati Uwaish yang walang. Kata putus dibuat dan sejak itulah tapak tanah itu dijadikan tempat latihan buat mereka. Tanpa mereka sedar, ada mata yang memandang. Tanpa mereka tahu, ada semangat yang telah mereka hidupkan kembali!

AYUNAN RESORT – SAIDEE NOR AZAM
~Kami akan berada di tanah ini untuk selama-lamanya.~

Tahun berganti tahun, akhirnya sebuah tanah yang dahulunya menjadi tempat pemujaan dan menyembahan telah dibeli oleh seorang hartawan yang terkenal. Tanah yang dahulunya tiada sesiapa di kalangan penduduk Kampung Seberang berani hadir, kini sudah terbina sebuah resort yang tersergam indah dan menarik untuk para pelancong menginap dan bersantai. Akan tetapi satu demi satu peristiwa hitam dan berdarah berlaku di resort berkenaan. Sehinggalah datang seorang novelis seram terkenal ke resort itu. Apakah pengakhiran kisah di tanah resort itu? Adakah tanah itu akan terus bermandi dengan darah?

416 pages, Paperback

First published September 1, 2017

3 people are currently reading
59 people want to read

About the author

Syaida Ilmuna

7 books9 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
18 (43%)
4 stars
14 (34%)
3 stars
6 (14%)
2 stars
3 (7%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 13 of 13 reviews
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
September 29, 2018
Actually cerita dalam ni ok, cuma tak relate sangat dengan tema tanah tu. Rasanya, dah sampai masa buku prima lebih menitikberatkan kisah yang lebih berkaitan dengan tema, dan mengkaji sedikit urban legend yang ada di Malasyia dan negara lain, banyak je kisah seram yang berlaku berkaitan sesuatu tempat, bukan hanya penumggu atau semua tu. Sebab, saya rasa kebanyakan cerita hampir sama.

Sebab, bila da bertema, sebagai pembaca saya mengharapkan suatu cerita yang laib daripada yang lain. Apa pun, tahniah untuk semua penulis.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,547 reviews1 follower
October 6, 2017
Tema kali ini tanah.. Memang menarik.. Dua wanita dan satu lelaki.. Untuk pertama kalinya baca cerita seram dari sis @shydailmuna memang best.. Ketiga-tiga cerita digarap dengan baik oleh penis.. Memberikan perasaan seram yang tersendiri.. Dari satu dimensi, kemudian ke tanah lapang yang disumpah dan berakhir di tanah resort yang berpuaka.. Memang membuatkan bulu roma merinding membaca ceritanya.. Tahniah buat ketiga-tiga penulis.. #projekseramtanah #syaidailmuna #akmasaidon #saideenorazam #bukuprima #seram #melayu #novelseram #horrornovel #novelmelayu #bookreview #booklover #bookworm #bookstagram #bacaanoktober2017 #bloggerbuku #blogger #bloggerperak #blogkasihkuamani #membacajambatanilmu
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
503 reviews43 followers
October 21, 2025
Gegar Tanah

Daniel dan Natasya terlibat dalam sebuah kemalangan semasa dalam perjalanan pulang ke kampung. Setelah hampir menjadi mangsa makhluk misteri mereka diselamatkan oleh seorang lelaki dan dibawa ke sebuah perkampungan.

Puncalah Daniel ni. Tahulah nak cepat tapi tindakannya membahayakan orang lain. Inilah orang tua kata jangan ikutkan sangat rasa hati nanti mati. Kalau sudah tahu penat, mengantuk jangan digagahkan juga. Bawalah berehat.

Tapi SH geram kenapa begitu pengakhirannya. Seperti dalam filem seram yang seolah-olah sudah berakhir dengan aman namun pengakhirannya menunjukkan sesuatu. Adakah cerita ini punya versi yang lebih panjang dalam bentuk novel?

Petaka

Sekumpulan pemuda-pemudi kumpulan teater membuat keputusan untuk berlatih di sebuah tanah kosong yang terbiar. Ini kerana semua lokasi lain telah digunakan terlebih dahulu oleh kumpulan lain yang turut membuat latihan. Namun tanpa disangka keputusan mereka bakal mendatangkan bahaya buat mereka semua.

Membuat perjanjian dengan jin/syaitan/iblis dan sekutunya, itu sama sahaja seolah-olah menjemput masalah. Walaupun nampak semudah dan sesenang abc perjanjiannya namun dengan kelicikan mereka, sudah tentu tidak bakal semudah itu.

Dan sudah sifatnya syaitan/jin sememangnya licik dalam bermuslihat. Begitulah juga dengan Lang Penguasa. Ada sahaja akal dan helahnya untuk mendapatkan nyawa manusia.

SH suka dengan 2 lenggok bahasa yang berbeza berdasarkan masa kejadian berlaku. Barulah berasa berada di dua latar masa yang berbeza.

Ayunan Resort

Ramdee yang sedang dalam rangka menulis cerita seram, memilih untuk menginap di Ayunan Resort yang sememangnya sudah menjadi buah mulut orang ramai akan keseramannya.

Disebabkan tamakkan duit segala syaitan dan jin sanggup dipuja dan disembah. Malahan sanggup pula menculik orang luar untuk dijadikan korban. Namun apabila yang dikasihi menjadi mangsa tahu pula betapa harta itu tidak mampu memberikan ketenangan dalam hidup. Barulah tahu erti sebuah penyesalan.
Profile Image for Amir Taufiq.
1 review2 followers
December 5, 2017
1.Gegar tanah 3/5
Skala seram : 2/4
Percubaan pertama yang agak baik daripada Cik Penulis tapi pada i still agak kurang pada permulaan cerita . Tapi perlahan- lahan penulis berjaya bagi i nampak arah perjalanan cerita ini .. Not bad , kalau nak tahu ending kena lah baca sendiri ye tak ..

2.Petaka 3/5
Skala seram 2/4
Agak bagus cuma plot cerita awal agak terlalu ringkas . Dan bila masuk pertengahan cerita baru nampak flow , itupun agak berselirat sikit but still boleh dihadam .. Not bad , kalau nak tahu ending kena lah baca sendiri ye tak ..

3.Ayunan Resort 3/5
Skala seram 2/4
Ayunan , cerita resort berpuaka ni dah terlalu biasa .. Kes-kes penulis @ pelancong sengaja masuk / hilang / termasuk dalam resort puaka .. And then akan ada satu watak misteri yg either bagi hint @ kacau watak utama .. Olahan cerita ni untuk i biasa , ringkas dan senang dihadam .. Not bad , kalau nak tahu ending kena lah baca sendiri ye tak ..

Kesimpulannya ? Anda membaca , i juga membaca .. Pendapat awak mungkin tak sama dengan i so keep calm and reading #seramlicious .. Thanks and happy reading :D

Yang Benar
Atynaz
Profile Image for Sallyza.
7 reviews
November 15, 2017
Gegar Tanah by Syaida Ilmuna - 3 bintang

- Jln cerita menarik tetapi penyampaian penceritaan masih byk perlu diperbaiki. Penyudah cerita nmpk agak mudah sedangkan byk persoalan belum terjawab. sama ada penulis sengaja membiarkan persoalan itu timbul atau sebaliknya

Petaka by Akma Saidon - 2.5 bintang
- Maaf kepada penulis, tetapi bagi saya penyampaian cerita gagal menarik minat saya.

Ayunan Resort by Saidee Nor Azam- 5 bintang
- Tahniah kepada penulis kerana berjaya membuatkan saya meneruskan pembacaan dari bab awal hingga akhir . Penyampaian cerita yang sgt menarik,penulis berjaya membangkitkan mood pembaca utk mengetahui apa yang akan terjadi seterusnya hingga lah ke akhir cerita, elemen seram yang ada membuatkan bulu roma meriding dan kekejaman yg berlaku seolah tergambar depan mata. Syabas sekali lagi buat penulis. Thumbs up.
Profile Image for Mommy Farah.
364 reviews14 followers
March 29, 2020
1. Gegar Tanah : Kisah Daniel dan Natasya yang terlibat dalam kemalangan di lebuhraya utara selatan sewaktu pulang ke kampung. Daniel dan Natasya diselamatkan oleh seorang lelaki misteri dari serangan makhluk aneh. Saya sukakan plot twist dan babak-babak saspen yang diketengahkan penulis walaupun penulis baru kali pertama menulis kisah seram. Moga syaida ilmuna diberi ilham untuk menulis kisah seram lain.
2. Petaka : Dari kisah zaman tentera jepun, buku projek seram tanah membawa pembaca menelusuri kisah tanah serelung bersebelahan balai raya yang dibiarkan lapang tidak berusik sekian lama. Ada cerita di sebalik kisah tanah tersebut. Rupanya ada janji yang telah dilafaz antara keturunan mereka dengan ‘penjaga’ tanah. Saya suka kisah Petaka karya Akma Saidon. Banyak pengajaran dari kisah Petaka ni. Syaitan tetap musuh manusia dan tugas mereka adalah untuk menyesatkan manusia.
3. Ayunan Resort : kisah sebuah resort di Terengganu yang dikatakan berpenunggu dan kerap mengakibatkan kematian sejak dalam pembinaan. Rupa-rupanya ada kisah di sebalik kejadian-kejadian mistik dan misteri yang berlaku di resort tersebut. Asal usul tanah tempat resort itu dibina dahulunya adalah tempat berlakunya pemujaan. Ramdee seorang penulis novel seram berjaya mendapatkan cerita sebenar dari Bunga dan membukukan kisah resort tersebut dalam novel terbaru beliau.
Profile Image for Hamidah Effendi.
482 reviews4 followers
June 9, 2025
Ulasan Buku: Projek Seram – Tanah
Tiga penulis, tiga cerita, satu tema: tanah. Tapi tanah kali ni bukan sekadar lumpur dan debu. Ia simpan kisah... dendam, sumpahan, dan rahsia yang cuba dikambus hidup-hidup.

📍 Cerita Pertama:
Sepasang suami isteri terlibat dalam kemalangan. Selepas itu, hidup mereka mula diganggu. Tapi apa yang mengganggu sebenarnya? Suaminya... atau isterinya sendiri?
Penghujung cerita dibiar terbuka. Dan itu yang buat kita tertanya-tanya — siapa sebenarnya yang ‘tak selamat’ dalam kisah ni? Plot twist yang halus, tapi cukup buat kita rasa tak selesa bila fikir balik.

📍 Cerita Kedua:
Tujuh sahabat diganggu selepas jejak kaki, permulaan kisah tanda tanya- satu kampung yang ‘menghalau’ puteh dari awal. Agak pening sikit jalan cerita... sampai bila kita dapat tahu sejarah nenek moyang mereka, baru semuanya masuk akal. Tapi still tanda tanya ada perjanjian atau tak sebenarnya??
Cerita ni banyak main dengan flashback, penuh tanda tanya. Tapi paling tension — perangai degil anak muda. Dah warning, masih nak cabar!

📍 Cerita Ketiga:
Sebuah resort yang menyimpan sejarah lama. Banyak elemen suspens dan mistik. Tapi yang paling geram, kenapa penduduk setempat tak nak cerita je terus apa yang pernah terjadi? Asyik2 "jangan pergi!", tapi tak pernah jelaskan kenapa. Bila dah jadi, barulah semua ternganga.

✨ Kesimpulan:
Setiap cerita ada tarikan tersendiri. Cuma... satu elemen yang berulang — WATAK DEGIL dan KEBENARAN YANG DISOROK. Semua orang macam suka sangat diam-diam rahsia. Dah tahu tempat tu ‘berisi’, tapi masih nak simpan sejarah gelap. Akhirnya, yang baru datang jadi mangsa.

Dan sebagai pembaca... aku yang panas! 😤 Mungkin aku kena rehat baca buku-buku macam ni sebab macam asyik2 ternampak pekara 'klishe' yang berlaku...🤨🤔🫣 tapi 4 lagi buku library nak hantar...
Profile Image for sansuriya82.
95 reviews1 follower
June 11, 2025
Personal Rating : ⭐️⭐️⭐️⭐️☆ (4/5 bintang)

“Seramnya bukan hanya pada hantu tapi pada tanah yang menyimpan rahsia.”

Projek Seram: TANAH adalah sebuah antologi yang menyajikan tiga cerpen seram bertemakan tanah, masing-masing membawa elemen misteri dan gangguan yang berakar dari tempat-tempat yang kelihatan biasa tetapi menyimpan dendam lama.

“Gegar Tanah” (Syaida Ilmuna) membuka tirai dengan ketegangan seawal bab pertama. Walaupun ceritanya bergerak agak pantas dan ada plot twist yang mengejutkan, saya rasa kaitan dengan elemen “tanah” agak longgar. Namun, gaya penulisan yang matang dan puitis menjadikan ia tetap menarik untuk diikuti.

“Petaka” (Akma Saidon) pula mengangkat kisah remaja dan akibat daripada mencabar sempadan ghaib. Saya suka bagaimana elemen tempatan dan budaya dikekalkan, terutama dalam menggambarkan tanah yang pernah digunakan untuk tujuan mistik. Jalan ceritanya sedikit perlahan, tapi mesejnya kuat bahawa setiap tanah ada penjaganya.

Akhir sekali, “Ayunan Resort” (Saidee Nor Azam) benar-benar mengakhiri antologi ini dengan gaya yang menyeramkan. Suasananya hidup, gangguannya terasa ‘real’, dan babak klimaksnya sangat mendebarkan. Cerita ini menjadi kegemaran saya dalam koleksi ini.

Secara keseluruhan, antologi ini berjaya menggabungkan elemen seram, budaya, dan mistik dengan baik. Ia bukan hanya sekadar cerita hantu, tetapi peringatan tentang sejarah dan keangkuhan manusia terhadap alam yang kelihatan sunyi tetapi penuh rahsia.

Rekomen untuk peminat seram tempatan yang rindukan cerita berjiwa tanah air.
Profile Image for NANIEYYY BIBLIOPHILE.
18 reviews2 followers
January 16, 2025
Projek Seram Tanah mengetengahkan tentang kepercayaan nenek moyang masyarakat Melayu pada zaman dahulu yang terlalu taksub dengan bantuan makhluk halus sehingga membuat perjanjian dengan syaitan dan jin. Akibatnya ditanggung oleh cucu cicit di zaman kini sehingga menyebabkan kematian. Karya ini juga menyatakan tentang kewujudan alam bunian (jin) di mana golongan jin ini berpotensi melakukan tipu helah dan memperdaya manusia. Pembaca pasti akan lebih mendalami tentang sikap dan kisah kehidupan jin yang dipanggil bunian ini. Selain itu terdapat pelbagai lagi isu yang boleh dijadikan pengajaran oleh pembaca.
Profile Image for Nur.
45 reviews4 followers
February 26, 2019
Salah satu buku projek seram yang saya puas hati. Ketiga-tiga cerita diolah dengan baik dan jalan cerita tidak bercelaru atau dipercepatkan. Tahniah buat ketiga2 penulis.
9 reviews
May 29, 2023
Tiga cerita dalam satu buku, yang memberikan perasaan seram yang tersendiri. Daripada satu dimensi, kemudian ke tanah lapang yang disumpah dan berakhir di tanah resort yang berpuaka.

Profile Image for SyaMimi.
153 reviews12 followers
August 12, 2018
Bertemakan 'Tanah', 3 cerita daripada penulis yang berbeza.

Umumnya, ketiga-tiga cerita mempunyai plot yang menarik sehingga saya ingin cepat habiskan bacaan kerana rasa ingin tahu. Namun, bagi Petaka, jalan cerita agak meleret, menjadikan saya cepat bosan dengan gangguan-gangguan Lang Panguasa terhadap tujuh sahabat tersebut, juga perbalahan tentang tempat latihan mereka, tidak rasa elemen seram tersebut.

Bagi saya, Ayunan Resort yang lebih menonjol daripada dua yang lain kerana garapannya yang baik. Babak yang saya rasa agak menyeramkan semasa Ramdee baru sehari menginap di resort. Babak yang lain hanya biasa namun masih menakutkan.

3.7/5.0
Displaying 1 - 13 of 13 reviews