Zaman remaja sememangnya zaman yang penuh gemilang, santai ‘enjoy’ dan tidak lupa juga penuh pancaroba kerana ketika inilah remaja akan mengalami kekeliruan identiti dan tingkah laku yang ketara. Zaman ini juga merupakan fasa berisiko bagi remaja, jika tersilap langkah kesannya amat membimbangkan. Bertepatan dengan inilah penulis mengambil inisiatif menghasilkan buku Bangkitlah Remaja Islam (kompilasi artikel yang pernah ditulis oleh penulis) bagi memberi kesedaran dan pedoman buat belia dan remaja yang merupakan aset emas negara tercinta.
Saya mengharapkan buku ini mengulas details bagaimana seorang remaja atau seorang pemuda untuk bangkit, namun harapan dan jangkaan saya meleset.
Tidak saya nafikan manfaat daripada buku ini. Namun tulisan dalam buku ini bagi saya agak mencapah dan tidak berfokus kepada remaja. Inilah yang agak menyedihkan saya.