Jump to ratings and reviews
Rate this book

Wanita Terindah

Rate this book
“You rasa, marah yang selalu you bawa tu marah terkeji atau marah terpuji?” – Nuryn Nafeesa.

Yang suka marah itu ialah Fahim Aiman. Yang sangat beku itu juga Fahim Aiman. Dan yang mulut tidak ada insurans itu juga Fahim Aiman.

Nuryn yang sederhana, tapi sangat istimewa di mata semua. Cuma Fahim yang tidak pernah mahu mengakuinya. Cuma Fahim yang cuba menidakkannya.

Namun, bila tiba detik di mana dia perlukan pertolongan, Nuryn lah orangnya yang dicari dan Nuryn lah orangnya yang hulurkan tangan.

“Kita nikah. Let’s do it for Fikri.” – Nuryn

Mengahwini Nuryn demi orang lain? Kalau ditanya hati, dia tidak sanggup. Tapi demi menyambung rantaian kasih yang ibu tinggalkan, Fahim akur.

“Esok I uruskan borang. Kita nikah.” - Fahim

Tiada cinta di hati Fahim buat Nuryn tapi kenapa bila Nuryn rapat dengan Ricky, hati dia jadi cemburu? Dan siapa sebenarnya Reena di hati Fahim?

“Fahim itu bekunya seperti ais, kena caranya pasti akan mencair.” – Nuryn
Berjayakah Nuryn Nafeesa mencairkan hati beku seorang Fahim Aiman?

Paperback

First published April 1, 2017

Loading...
Loading...

About the author

Ezza Mysara

25 books275 followers
Menulis itu umpama meneroka kemungkinan dalam dunia yang berbeza. Yang boleh menarik orang lain ke dalam emosi. Berenang dalam dunia yang penuh kemungkinan. Dunia yang mungkin orang akan suka atau mungkin dunia yang langsung orang tak nak masuk.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
43 (31%)
4 stars
44 (32%)
3 stars
37 (27%)
2 stars
5 (3%)
1 star
6 (4%)
Displaying 1 - 26 of 26 reviews
Profile Image for Yuni.
257 reviews82 followers
September 21, 2017
1. Dilema untuk pilih cover ini or cover lagi satu. Yuni tak berapa suka cover letak muka orang sebenar. Kalau lukisan, yuni still boleh terima. Okay, 50-50 but better dari fail bawah 40 kan? Tapi Yuni juga tak suka pilihan tajuk "Wanita Terakhir". It just...not feel right. So yuni dilema kena pilih cover or tajuk. And, you got the answer.

2. Alamak...kenapa Yuni tak ikut instinct pertama Yuni untuk ambil cover lagi satu? Wanita Terakhir just tajuk je. Yang Wanita Terindah pula, setiap mula chapter baru, gambar orang ada terpapar. I'm not against Fattah Amin. Tapi secara general, Yuni memang tak suka gambar orang sebenar dalam buku. Album gambar is different. Mungkin Yuni masih terikut2 cakap orang tua dulu2, ada gambar dalam rumah so malaikat taknak datang masuk. Apa kena mengena, Yuni?

3. Untuk tempoh 2-3 bulan, telah memonopoli hampir 98% dari seluruh cerita. Untuk tempoh 2 tahun selepas itu, tak sampai 10 muka surat. That's just great.

4. Dah sampai tengah2 tu, Yuni kena belek2 semula beberapa kali. Yuni taklah kenal penulis. Yuni juga tak habis khatam semua buku2 beliau. Tapi macam feeling baca novel Ezza Mysara itu hampir tiada. Where is it? Or more to where are YOU?

5. Apa tujuan penulis tulis buku ini? Memang dari awal, dah niat tipis dan simple macam ni ke? Or nak kejar deadline PBAKL? Maybe it just me, tapi Yuni rasa macam buku ini ditulis dalam keadaan tergesa-gesa. I don't know. You tell me, Cik/Puan penulis.

6. One part Yuni rasa pelik. Katanya Dato Irman ada mencari bekas isteri - ibu Fahim beberapa kali before this. Tapi Ibu Fahim dah berpatah arang. Fahim juga tahu tentang kewujudan Dato Irman melalu diari arwah ibunya. Meaning, arwah ibu Fahim telah menukilkan segala apa yang dia rasa before this dalam diari tersebut. Kenapa tidak sebut tentang Dato Irman pernah berjumpa dengan beliau? Kenapa Fahim tak tahu tentang itu? For me, it's important tapi kenapa arwah skip part tu? Adakah kerana kecewa so dia taknak cerita part tu? That's weird. Kalau arwah boleh cerita tentang Fikri dan ibunya, kenapa tidak tentang perjumpaan beliau dengan Dato Irman?
Profile Image for Izzati Aisyah.
265 reviews41 followers
July 22, 2020
Entah kenapa lepas saya tutup je buku ni saya senyum. Suka dengan jalan ceritanya. Memang berbeza betul jalan cerita novel dan telemovie WT yang saya tengok. Kalau ikutkan saya lagi suka versi novel.

Suka watak Nuryn yang sangat menyejukkan hati. Yang mampu menenteramkan hati orang disekelilingnya. Suka juga bonding antara Nuryn dan Fikri dan juga ibu Zahra. Kasih sayang itu hadir dengan begitu sederhana tapi melengkapi setiap jiwa yang kosong.

Suka juga dengan cara Nuryn mengawal dan mengubah tingkah Fahim yang baran. Bukan dia nak pun jadi macam tu tapi Fahim tu sebenarnya cemburu dengan kasih sayang yang dicurahkan ibunya dekat Fikri. Sebab dari kecil lagi dia dapat kasih sayang ibunya saja bila ayah dia tekad tinggalkan dia. Nuryn ni ibarat air yang mampu memadam api yang marak dlm hati Fahim. Dan perlahan-lahan Fahim mula berubah dan menerima takdir yang tertulis untuknya.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 14 books109 followers
November 18, 2018
pernah dengar lagu yang fattah amin nyanyi tu. sedap juga di halwa telinga. tapi, sorry. memang tak ingat langsung rentak melodi dan lirik. ada kaitan tak dengan novel ini, dari segi jalan kisahnya?

tapi, tak kisah pun macam mana. sebab novel ni bukannya kisah cinta sweet bergula ayat manis tahap lori gula terbalik. ia manis dalam rentak ritmanya yang tersendiri. walaupun ada sedikit kecelaruan, kot akak sendiri yang salah faham tapi keseluruhan berkisar tentang kasih sayang. sama ada antara kekasih, antara suami isteri, antara adik beradik dan juga antara ibu bapa dan anak. konteks kasih sayang yang besar berjaya puan penulis Ezza Mysara dan penyelenggara puan Hani Fazuha satukan dalam satu kisah.

fahim, panas baran, mulut nak kena cabai... suka buat tindakan ikut kepalanya sendiri. pergghh... kalau tak tahan, memang boleh rosak pankreas hadap lelaki macam ni. nuryn pula, wanita yang tenang, tak serabut dan suka senyum. walaupun sayang buat lintas hormat dalam hatinya bila berhadapan dengan fahim tapi dia sangat tenang. fahim pula, nuryn bagaikan cahaya yang selalu menyilaukan mata sehingga mulutnya kadang-kadang kelu untuk membentes kata.

kihkih... akak pulak yang sibuk nak keluarkan kata-kata puitis walaupun tak menjadi. puan penulis lebih cekap menganyam kata-kata hingga buat pembaca seronok membaca. bila ibu fahim meninggal dan ada amanat buat nuryn, nuryn tak ambil masa lama untuk melamar fahim. konon sebab nak jaga fikri tapi dalam masa yang sebenar nak merealisasi rasa hati.

watak faizal, ada kaitan dengan fahim dan fikri. mula-mula memang sangat geram dengan watak ini tapi rupanya faizal juga menyimpan duka. demi datin najihah, dia sanggup dipandang jelik dan jahat. apa sahaja untuk ibunya. untuk dato irman, dia lebih pada tersepit atas kesalahan dirinya.

nak jadi baik, memang payah. nak jadi bagus, memang sukar. nak jadi sabar, semua tenaga dari dalam diri perlu ada. nak jadi manusia yang bersyukur, kadang-kadang pun alpa. kehidupan dan takdir, memang bergerak bersama. kasih sayang dan cinta, adalah emosi yang sebenarnya mampu menggerakkan semuanya menjadi sebaiknya walaupun tak sempurna. moga yang baik-baik buat semua emak ayah di dunia dan al-Fatihah disedekahkan buat yang telah tiada...
Profile Image for Maslina Omar.
154 reviews19 followers
November 4, 2017
3.5*

Ezza Mysara seorang penulis yg byk menulis ayat2/kata2 indah yg memotivasikan. Penceritaan WT tersusun dan flow juga cantik. Tentang Nuryn Nafeesa & Fahim Aiman,
pasangan yg saling melengkapi kekurangan masing2.

Sebanyak saya sukakan tiada arah jodoh kita, saya juga suka gaya tulisannya dalam WT ini cuma ada part2 yg saya rasa Ezza tak menjadi dirinya (mungkin sbb cerita adaptasi).

Saya juga agak terganggu dgn penggunaan perkataan "ampuh" dlm WT ini - agak tak tepat. Beberapa typo errors juga mencacatkan keindahan ayat2.
Profile Image for Nir.
3 reviews
July 11, 2017
Nak bagi 4* sebab ceritanya ada kala sentap perasaan. tapi setiap kali tutup buku, nampak cover... terus bintang2 bertaburan. Walaupun tahu buku ni bakal di adaptasi dan pelakonnya adalah lelaki yang ada di kulit buku ini, tapi serius cakap, this cover is a major turn off for me.
Profile Image for Wan Nurnajiha.
1 review
September 12, 2017
Kak ngah dah lama tak baca novel sampai habis. Tapi Novel ni Kak ngah dapat baca sampai habis sebab tulisan dia besar. Hihihi. Ok, serius review. Bila baca novel ni, kak ngah tak rasa terlalu meleret untuk habiskan satu scene. Penulis cepat bawak kepada scene yang seterusnya. Walaupun fokus cerita hanya merangkumi satu latar. Masa Kak ngah beli novel ni, kak ngah just nak tahu, siapa Fikri ni. Kenapa Ibu sanggup buat baik dengan dia. Walaupun masa baca sinopsis, kak ngah dah dapat agak, tapi still beli and baca jugak sampai habis.
Untuk style penyampaian penulis pulak, ada kadang-kadang kak ngah rasa macam nak skip. Sebab banyak pengulangan ayat yang sama cuma disampaikan dalam perkataan yang berbeza. Itu je yang kurang kak ngah berkenanan. Secara keseluruhannya, Kak ngah suka dengan isi tersirat dan mesej yang cuba disampaikan oleh penulis. Kak ngah hampir menagis bila watak ibu meninggal. Turning point yang buatkan kak ngah risau apa yang akan jadi pada Fahim yang panas baran dan Fikri yang mungkin akan hilang tempat untuk bergantung setelah berhadapan dengan kematian demi kematian yang berlaku depan matanya. Apa pun, kak ngah tabik dengan usaha penulis. Sebab bukan senang nak habiskan menulis satu novel ni, lengkap dari awal hingga tamat. Sekian.
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,613 reviews38 followers
June 5, 2020
Saya suka pulak la cerita ni. Jujurnya saya fikir cover depan dan belakang dia menarik namun tak letak expectation yang tinggi. Namun, selepas selesai, saya fikir novel ini best, bahasa indah, tebal buku dia pun just nice, kisah keluarga yang realistik, perkongsian kasih sesama insan yang meruntun jiwa juga. Apa yang dilakukan oleh Faizal untuk mamamya menggamit pilu. Cara Nuryn mencairkan hati Fahmi yang beku begitu bersahaja namun konsisten. Cerita yang tidak meleret buatkan Wanita Terakhir perkongsian yang menyenangkan. Beberapa ayat-ayat cinta terluah dari mulut Fahmi terhadap Nuryn, sebelum hati beliau tergolek dan selepas, manis sekali...
Profile Image for Ella.
794 reviews93 followers
May 17, 2017
LENGTHY REVIEW
Ok..lately mmg saya murah hati dgn bintang2..jadi novel ini saya beri 4* walaupun ada part tu saya rasa boleh di kembangkan lagi dan pengakhiran yg terlalu pendek. Progressing slowly at the beginning only to pick up bila Fahim bawa Nuryn ke hospital. Banyak typo error and ter'mix' the identity.

Above all this, still deserved a 4* kerana walaupun tulisannya rasa biasa sahaja ada kematangan di sana..& banyak kata2 motivasi yg di sampaikan yg sepatutnya di aplikasikan dalam kehidupan kita.

Apa yg buat saya tambah suka ialah watak utama bagi saya tidak begitu ego, 90% jaga batas dan saling hormat menghormati walaupun ada sikit salah faham antara mereka. Cara teguran Nuryn juga penuh kelembutan dalam senyuman walaupun hati sakit dgn sindiran yg pedas dari Fahim. Tapi kerana cara itulah yg buat hati Fahim secara perlahan berubah dan hati mula terpaut pada Nuryn. Watak antagonist only 2% participation.

________*****________

TAMBAHAN SIKIT DARI SIPNOSIS.
Fahim seorang yg amat garang dan mulut laser. Nak nampak dia senyum pun susah apatah lagi ketawa. Kenapa dia begini? Kerana di besarkan tanpa ayah atau sedih melihat cara ibunya menjalankan hidupnya sambil membesarkannya atau kerana Fikri? Datang pula Nurissa yg murah dgn senyuman, sangat tenang dan terlebih kasih sayang. Dan bab Reena macam kelakar bila dia berlagak sebagai kekasih walhal hubungannya dgn Fahim tak pernah bermula pun.

Tragis juga kehidupan Nuryn dan later on Fahim..Part Fahim ada kena mengena dengan Datuk Irman. Apa punya manusia lah Datuk ni. Kerana inginkan kekayaan sanggup berkahwin lain dan ditinggalkan 2 lagi isterinya. Saya macam 50/50 masa nak tebak siapakah watak antagonist yg sebenar.

Jangan pandang pada luaran sahaja kerana air yg tenang mungkin ada buaya.

________*****________

Sharing sedikit kata2 dari petikan novel ini.

1. Bila seorang anak kecil penghidap cancer leukaemia merindukan kehadiran papa dan mama yg meninggalkannya. Kata Fikri pada Nuryn :
"Tapi walau papa dan mama dah buang Fik pun, Fik tak pernah benci mama dan papa. Fik doa kami sama2 akan jumpa di syurga....Ibu cakap kalau benci orang, kita akan penat. Jadi kalau tak nak penat, tak boleh benci orang."

Yes..so true..Buang tenaga je benci dan marah2.

2. Bila Fahim Aiman enggan berkongsi kasih sayang ibunya dengan Fikri Naufal lalu selalu di buli dan di jerkahnya budak tu. Nuryn kata :
"Setiap perkara yg kita lakukan sama ada baik atau buruk, semua itu ada bayarannya Fahim. Lagipun kita buat baik sebab manfaatnya nanti akan berbalik pada diri sendiri."

Life is a cycle. Whatever u did, Allah akan balikkan ia pada kita..cuma cepat atau lambat sahaja.

3. Selesai membaca surah yaasin buat arwah Amirah, pesakit cancer, Nuryn berkata :
"Mereka adalah bukti kekuatan. Kita tak tahu sejauh mana kita boleh jadi kuat, sehingga kita harus memilih untuk menjadi kuat."

Ya benar..jangan berserah sebelum berperang.

________*****________

Saya tertanya2 kenapa title novel Wanita Terakhir.
Referring to whom actually? Banyak yg cross my mind tapi jawapannya hanya satu ayat sahaja.

"Ya. Seorang isteri. Peneman di dunia. Penyeri di syurga." Statement paling indah, pendek dan mantap.

PARAGRAPH BAWAH NI SAYA TAK FAHAM - pg 106.
(Bukan marah, cuma guna phone tak boleh bold ayat ni, jadi guna capslock)

"Perangai Fahim tu saling tak tumpah seperti perangai ayah dia sendiri. Panas baran. Ibu sangka ibu akan jadi wanita yg akan melenyapkan semua emosi amarahnya itu. Wanita yg memberi kekuatan pada kala kelemahan itu datang menyapa. Wanita yg kuat daripada dugaan. Tapi rupanya, itu hanya angan2 ibu sahaja. Tak ada yg mampu menjirus kemarahan suami ibu. Sebagaimana kuat ibu cuba bertahan, tapi dahan pegangan ibu ampuh. Lalu perkahwinan kami bertahan sekerat jalan."

1. 'Daripada dugaan' tu maksudnya Kuat menempuh dugaan ke atau Dugaan itu lebih besar dari kekuatan wanita yg menempuhnya ke atau apa?

2. Ayat terakhir..jika dahan ampuh kenapa terlerai perkahwinan? Maksudnya, dahan ampuh tapi tangan tak cukup kuat untuk terus berpaut ke? (I know its referring to her failed marriage dan ayat itu hanya kiasan.)

Sesiapa faham tolong beri pencerahan..macam sekolah pulak. 😂😂😂 Bila baca saya lebih suka faham dan hayati jalan cerita. Bila tak faham akan frust sikit.
Profile Image for Ezzan Haqis.
64 reviews4 followers
February 20, 2021
Walaupun tidaklah tebal mana dan berjaya ditamatkan bacaan dalam masa beberapa jam sahaja, tapi cerita ini tetap ada keistimewaannya yang tersendiri. Eleman sweet yang matang. Suka garapan setiap watak yang wujud. Tahniah penulis... 😊
Profile Image for Mohd Ashmunir.
204 reviews3 followers
April 7, 2020
Yup... Just done with Wanita Terakhir by Ezza Mysara... And my rating utk naskah nie adalah 5***** sbb keseluruhan kisah dia was nice... Cuma tuelah.. Tergnggu ckit dgn cover dia Abam Fattah Amin... Hahha... Apa yg sya suka dlm bku nie... Of coz watak Nuryn Nafeesa... Dia ibarat air kpd Fahim Aiman yg berelemenkan api... Tp at last... Api tue bleh dijinakkan... Kekekke... And i just love the twist.... When we are served by the facts that Faizal mengaku dia yg lggar Mak Fahim.. Tp last2... Datin Najihah yg lggar n bnuh Mak Fahim sbnrnya... Overall... I love this story... Lain org.. Lain citarasa.... And i don't find any mess like others say.. Peace!!!
Profile Image for Annakarenina.
142 reviews15 followers
May 11, 2017
PBAKL2017 #12

3.8*

Wanita Terakhir.. novel ini ditulis oleh Ezza Mysara yg diinspirasikan dari lagu Fattah Amin dengan tajuk yg sama.

Fahim Aiman yg panas baran serta ego bergandingan dengan Nuryn Nafeesa yg murah senyuman. Kisah cinta yg sweet-sweet gitu. Tak dinafikan Ezza Mysara pandai mengolah ayat bagi pembaca terbuai. Jalan cerita juga lain dr yg lain. Tahniah buat penulis.
Profile Image for Fara Farhan.
63 reviews1 follower
May 9, 2017
Fahim abg ke atau faizal abg..kalau ikut cerita fahim abg..tp awat faizal yg lahir dulu..alahai konpius
Profile Image for AL Sihite.
194 reviews6 followers
October 25, 2017
walaupun saya tak berapa nak berkenan dengan lelaki di kulit buku ni .. haha
tapi itu tidak mempengaruhi bacaan saya.

best. banyak nasihat dan kasih sayang dalam naskah ni.
bagaimana seorang wanita yang sederhana tetapi istimewa dengan caranya tersendiri mampu mengubah seorang lelaki yang baran menjadi lelaki yang sangat baik.

Tahniah Cik/Puan Penulis. :)
250 reviews12 followers
September 28, 2017
bila baca novel ni dok terbayang fahim ni fattah amin. nuryn ni fazura. cerita yg ringan dan Santai. sekejap ja hbs. pengsjaran DLM cerita ni, kita hrslah mengawal Marah dan baran. nuryn yg cool dpt kawal baran fahim. ada si kecil fikri yg kuat smangat.
Profile Image for Gerobok  Yan.
61 reviews9 followers
October 2, 2022
Luluh | Ezza Mysara

Rate ----> ⭐⭐⭐⭐

Watak ;

Fahim Aiman - garang dan panas baran. Suka marah marah dan mulut takda insurans. Sangat sayangkan ibunya. Bila dia kata A, A la jawabnya. Ego. Suka kat nuryn taknak mengaku. Tapi akhirnya kalah jugak dengan Nuryn.

Nuryn Nafeesa - seorang yang tenang, penuh sabar, tak cepat melatah, ada fobia. Nuryn yang sederhana, tapi sangat istimewa di mata semua. Suka tulis diari pasal Fahim.

Review ;

Berjaya habiskan novel ni dalam masa 2 hari, boleh la kan selang seli dengan buat keje rumah layan anak. Actually sebelum baca novel ni, ku dah tengok movie dulu. So sebab minat movie tu, terus rasa nak beli novel. Ya ya macam biasalah, mestilah novel lagi best kan. Berkali ganda bestnya.

“You rasa, marah yang selalu you bawa tu marah terkeji atau marah terpuji?”

Suka sangat dengan watak Nuryn. Lembut dan sopan. Dia suka bagi nasihat Fahim yang hati macam batu tu. Kalau Fahim marah dia, dia tenang je siap boleh ketawa lagi. Nuryn ni umpama macam idaman para jejaka la. Green flag sangat. Penyayang kat budak budak. Cara dia treat fikry dengan ibu Fahim tu pun kan, alahai baik sangat.

Yes, Nuryn suka kat Fahim tapi Fahim ni ego. Dia tidak pernah nak mengaku. Tapi bila tiba dia perlukan bantuan, Nuryn lah orangnya yang dicari dan Nuryn lah orangnya yang hulurkan tangan.

Sampailah satu masa, diorg kahwin. Tiada cinta di hati Fahim tapi bila Nuryn rapat dengan orang lain, dia jadi cemburu. Ego la katakan taknak mengaku. Lepas je dia tahu perasaan dia, dia jadi lelaki paling sweet la pulak 🦋🦋 Konflik dalam ni tak berat sangat. Plot twist dia pun, okey tak sangka jugak la sebab dari awal syak orang lain yang jahat. Novel ni banyak sweet lepas diorg kahwin 🦋🦋

Lesson yang boleh dapat dalam novel ni adalah, pentingnya kita bersikap rasional, sabar dan tennag dalam membuat sesuatu perkara atau keputusan. Sebab kalau kita ikutkan kata hati, boleh memudaratkan diri sendiri. Kena ambil kira pendapat orang lain juga dalam buat sesuatu tindakan. Jangan ikut kepala kita, ikut baran kita je. Tu yang penting.

Sekian review untuk novel ni. Thanks sebab sudi baca 🦋
Profile Image for Nor Afizah.
12 reviews1 follower
April 17, 2019
Assalamualaikum,hai selamat pagi semua 🤗🤗🤗

Pagi ni ,sementara nak sampai office saya nak review novel wanita terakhir,sudi sudilah baca ye 😂😂

💑 💖 W- Walaupun saya bukan peminat kipas susah mati fattah amin,(baca: biasa biasa saja dgn dia ni) tapi ntah kenapa karekter fahim dalam ni saya bayangkan dia hahaha jadinya tersuka tanpa sengaja la pulak hehehe.Wanita terakhir ni ,kalau baca sinopsis belakang kulit buku secara umumnya watak zahim adalah seorang yg dingin ,panas baran dan jenis ikut kepala dia la senang cakap.heroinnya pula ,diserikan dgn watak y baik hati,periang,agak kepochi ( suka menyibuk dgn niat nak menolong) ,cantik dll.

T- Tamat pembacaan saya malam tadi,mmg novel ni best sangat,macam biasa karya novelis Ezza Mysara tak pernah mengecewakan,part kelakar kelakar betul,part sedih mmg mata sure berpeluh laaa hahaha.sweet dan still ada pengajaran ,seperti biasa penulis bijak dlm menasihati pembaca dlm novel ni lebih kepada bagaimana kontrol emosi marah,kebaikan bila mampu mengawalnya.tema kasih sayang,pengorbanan,dan tolong menolong antara satu sama lain serta pergantungan yg sebenarnya pada yang Maha Esa menjadikan naskah ini sangat berbaloi untuk dimiliki.Oh ya ,plot twist ya.mmg menarik, terbaik dan tahniah buat cik penulis.

💖🌹 saya rate 4.9 /5 bintang untuk novel Wanita Terakhir ni.
Profile Image for azila syarudin.
59 reviews1 follower
May 15, 2017
memula tu memang agak terganggu dengan muka si patah ni.
bukan kat depan je,
bahagian dlam untuk setiap bab pun ada muka dia. !_!
bagai mematahkan semangat aku untuk membaca. *kes bukan peminat fattah*
jadi nak start baca tu ambik masa giler. <_>

tapi EM adalah one of my favorite writer.
jadi adalah tak mungkin aku membiarkan novel ini bersawang di rak sahaja.
dan seperti biasa, bila dah mula baca jeee.. terus payah nak letak.
aku rasa ini kelebihan yang EM ada.
watak Nuryn dan Fahim yang kontra digarap dengan baik.

dan bintang cukup untuk menceritakan bahawasanya aku berpuas hati dengan cerita ni.
atau aku sangat bias dengan penulis ya sebab aku peminat dia? =p

p/s: jumpa cik writer depan2 dia lagi comel ler dari dlm gmbar.
Profile Image for Liya71.
111 reviews16 followers
June 2, 2018
Kisah Fahim Aiman yang panas baran dan Nuryn Nafeesa(yang lembut tapi tegas dalam diam). Bertembung keduanya akibat tugasan.
Selama ini Fahim anggap dia tidak punya ayah, dan tumpuan Puan Zahra, ibunya sepenuhnya hanya padanya, tapi kehadiran Fikri anak angkat Puan Zahra yang diambil menyebabkan dia merasa tersisih, Padahal budak kecil baru menginjak umur 5 tahun. Puan Zahra pula jatuh sakit, dan tiada sesiapa pula yang boleh menjaga kanak-kanak itu, sementara Fahim berulang alik ke hospital. Nuryn menjadi mangsa menolong menjagakan Fikri, maka mereka bernikah.
Rahsia terbongkar tentang identiti Fikri dan Fahim berdendam dengan ayahnya yang disangkakan tiada.

Kisah kekeluargaan yang penuh emosi dan motivasi.
Profile Image for ilhaM.
46 reviews
May 12, 2017
When I first starting reading buku ensem ni,it didn't really keep my attention.(ampun hehee) story line was interesting but, it was just okay. Once the story got going it was a lot better..hmmm i had such a memorable moments when reading this book. Some things in the story struck a chord in me. scene asam pedas tu buat aku rindu asam pedas ibu,dan aku lapar gila sekarang heihh...

The twist at the end was probably why I think the book is a success.I can't wait to read more by this author sebab i hard fans dia kah kah kah :P keep up the good work hakak.. nah hati <3
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,363 reviews69 followers
February 9, 2020
[BOOK 3]

Wanita Terindah by Ezza Mysara.
.

Kalau dah namanya buku Ezza Mysara, memang tak sah kalau tak keluar ayat dan kata-kata hikmahnya.
.

Fahim dan Nurin ialah gandingan yang serasi. Fahim ni garang yang amat. Semua orang punyalah takut ngan Fahim ni, tapi Nurin je yang berani lawan cakap Fahim. Nurin je yang berani menegur salah Fahim.
.

So, bagi aku, setiap kata-kata yang keluar dari mulut Nurin ni memang sentiasa positif je. Macam mana la nak jadi setenang Nurin ni?
26 reviews4 followers
May 26, 2017
oemge..mungkin sebab cover, sampaikan dialog Fahim pun tergiang2 suara Fatah Amin ketika membacanya ahakss...

nice story.
Profile Image for Crystal R.
10 reviews
September 28, 2022
Asalnya beli buku ni sebab Fattah Amin....Uhuksss...Al-maklumlah saya peminat tegar Fattah Amin🤭❤Eheksss❤Overall novel ni mmg best ...Konflik dia ringan je 🍃 Senang nak hadam but time pasal Dato' Irman and Ibu dia punya conflict tu agak cam susah nak hadam sikit. But okey lahh... Suka citer ni ...Utk pembacaan santai ...4 jam je dh habis baca🙈
2 reviews3 followers
April 30, 2017
READ !

Tak reti nak review but full of pengajaran.
& Manisnyaaaa menawan !

Fahim yang cold.
Nuryn yang nice.
Displaying 1 - 26 of 26 reviews