Nadrah gembira dapat bercuti ke Thailand. Namun segalanya bertukar tragedi sekelip mata... pelajar 13 tahun itu terpisah daripada kakak dan abang iparnya. Itulah permulaan yang membawanya ke ‘neraka dunia’!
Gadis malang itu diculik dan dikerah menjadi peminta sedekah. Dirinya tidak kenal sesiapa, tempat tinggal pun beralaskan kotak semata-mata. Tiada ibu tercinta, jauh sudah dengan ayah untuk mengadu-domba. Meratap nasib sengsara, hanya berserah kepada yang Maha Esa.
Buku yang ringkas dan padat.. Memberikan pengajaran pada yang membaca.. Kisah seorang adik yang dijual di Thailand demi mendapatkan duit untuk membayar Ahlong.. Adik yang tak bersalah menjadi cacat, pengemis dan bahan eksperimen dadah.. Diinspirasikan dari kisah benar..
Sedih baca buku ni kerana ia adalah inspirasi daripada kisah benar. Bermakna, memang wujud insan-insan kasihan seperti diceritakan itu. sangat sedih apabila membayangkannya. semoga ia menjadi pengajaran kepada kita semua supaya berhati-hati sentiasa.