Walau tempoh perkenalan mereka sangat singkat, ia sudah mampu membibitkan rasa luar biasa di hati Nur Amal Humaira terhadap Haicarl. Dan apabila tiba-tiba si jejaka bermata hazel itu melamar, Maira terus saja setuju. Menjadi isteri kepada Haicarl, makin hari dirasakan si suami penuh misteri. Tiada yang kurang pada layanan Haicarl tapi, kenapa Maira rasakan ada yang lompong dalam hubungan mereka? “You’re my sunshine, my rainbow, my starlight to my grey sky, Maira. Tak ada sesiapa pun yang pernah mendapat tempat istimewa di hati I kecuali you.” - Haicarl Ayat Haicarl memang mampu mencairkan hati yang beku tapi kenapa Haicarl sering mengelak menunaikan ‘tanggungjawab’ sebagai suami? Rahsia yang tersimpan mewujudkan syak wasangka. Ditambah pula dengan kemunculan Irham yang menutut janji lama pada Maira. “You’ve promised to marry me.” - Irham Arrgghh!! Kenapa Irham datang menuntut janji saat aku terikat dan diikat rapi dengan lafaz akad seorang suami? Mampukah Maira terus bertahan menjadi isteri kepada YM Tengku Ariff Haicarl yang penuh rahsia dan misteri? “Am I a bad husband?” Eh? Kenapa tiba-tiba dia tanya soalan begini? “Perkenalan kita terlalu cepat. I bukan tak sayangkan you cuma I…” Apa akan jadi pada hubungan mereka apabila rahsia yang disimpan mula didedahkan?
Rasanya inilah naskah yang paling mencabar setakat ini. Mencabar jiwa, emosi dan prinsip sebagai seorang pembaca...... nasib baiklah pembacaan dihabiskan pada hari ke-2 Ramadhan. Memandangkan kesabaran ketika ini berada di tahap maksima.... berjaya juga ku habiskan hingga ke m/s terakhir.
Masih ingat dengan kisah ini zaman TV Pendidikan masa sekolah rendah dahulu?
Hikayat Kancil & Monyet : Yang Baik Jadikan Teladan
“Aku nak itu, aku nak itu!” pinta monyet dalam nada mendesak, sambil jarinya menuding ke arah pokok cili yang nampak menarik itu.
“Eh, tak boleh monyet. kita tak boleh makan buah tu.” larang sang kancil sambil dibantu kura-kura di sebelahnya.
“Aku tak peduli, aku tak peduli, aku nak juga.” Monyet yang tamak dan degil itu masih berkeras mahu mengambil cili itu untuk dimakannya.
“Jangan monyet, jangan!” belum pun sempat kancil menghabiskan ayatnya, monyet telah mengambil cili itu lalu memakannya beberapa batang sekali gus. Apa lagi, terasa berapi dan merah muka monyet akibat kepedasan yang melampau.
“Ha, rasakan engkau monyet. Beginilah jadinya mereka yang tidak menerima nasihat orang.” Ujar kura-kura yang geram melihat kedegilan monyet.
Kenapa tiba-tiba wujud si monyet, kancil dan kura2 pulak? Aku dah diberi amaran oleh para sahabat.... pasti dilanda wabak 'M'...... waktu menghadam naskah ini. Tapi melihatkan warnanya yang berkilauan, keghairahan x dapat diempang.
**********
Dan naskah inilah yang paling sukar untuk dibintangkan. Inilah yang aku panggil mencabar prinsip sebagai seorang pembaca. Pembaca punya hak untuk menilai dan membintangkan naskah2 yang dibaca. Agak melampau, tapi We're the reader, we're allowed to be MELAMPAU. Dan atas beberapa alasan, tiada bintang untuk KLI. Not even 1* kerana berdasarkan pandangan peribadi aku sendiri, KLI tidak layak untuk dibintangkan.... (terpaksa juga dibintangkan, juga kerana beberapa alasan... )
Ohhhh.... pesanan jujur, sila JANGAN BACA naskah2 ini jika anda ingin menggapai KLI.
Mulanya aku pikir x perlulah menyenaraikan novel2 di atas sebagai rujukan, tetapi memandangkan sudah ramai pembaca dapat mengesan kesamaan di antara mereka2 itu, baiklah ku uploadkan saja. Tengok... betapa berusahanya aku untuk memberi pencerahan kepada semua... :)
Kata para sahabat lagi... ada lebih daripada 5 novel dalam KLI ini, tapi aku hanya dapat men-spot-kan 4 @ 5 inilah (macam main teka benda tersembunyi la pulak). Mungkin yang lebih banyak membaca, akan perasan beberapa in-1 lagi di dalamnya.
Kesamaan paling ketara adalah untuk novel Sweet Sour. Ingat dengan Lia, Joe Jambul dan Zarul? Tukarkan saja dengan Amal, Haicarl dan Irham (ada joke tentang si jejaka ini... Haicarl >>>> Haircurl >>>> Tougecurl >>>> Tangkal, gelaran yang tidak terrrrsengaja dikeluarkan bila dilanda wabak 'M...... ;p
PERSAMAAN? Mari kita lihat bersama-sama.
i) Scene pelanggaran kereta di Titiwangsa....Bab 5 m/s 42. - Agak sama dengan pelanggaran (body to body) Lia n JJ juga di Titiwangsa.
ii) Kes kecurangan Zafran, suami kepada Eizam.... Bab 8 m/s 59 - Sama ngan kes suami si Hanim yang curang ngan Shima. Dengan kesudahan yang sama, si pengacau meninggalkan suami curang tersebut.
iii) Scene pertunangan Amal n Haicarl .... Bab 19 m/s 163 - Ingat ngan dialog Hanim ketika dia melihat baju nikah si Lia. Semuanya juga disediakan oleh pengantin lelaki.
iv) Scene 'jangan pantis keningnya' waktu persiapan majlis persandingan.... Bab 28 m/s 267 - Ingat ngan dialog Joe yang x kasi jurumekap buat apa2 kat muka Lia tambah2 kat kening?
v) Harga cincin vs belanja majlis perkahwinan... Bab 28 m/s 273 - Dan perkara yang sama, yang menuturkan dialog kekaguman pasti BFF si heroinnya (Hanim/Eizam)
vi) Dialog soal-jawab 'selepas malam pertama'... Bab 29 m/s 284 - oleh kawan2 seopis tentunya
vii) Scene muntah sebab gastrik dan tekanan bila heroin diapit oleh 2 hero waktu kenduri... Bab 39 m/s 427 - Lia yang kecundang waktu berbuka puasa bila ditemani oleh Joe n Zarul. Ohhhh.... air segelas pun ada juga
viii) Scene selepas Amal keluar ngan Irham, Haicarl tidur dengan memeluknya dan hampir separuh bahagian menindih badannya... Bab 48 m/s 543 - Ohhh...jangan lupa dialog "Please, dont leave me"... pun ada juga
ix) Scene Amal ditolak Kyra jatuh ke kolam renang... Bab 49 m/s 551 - Ingat ketika Naz jatuh ditolak Ain ketika hari keluarga pejabat mereka (Lazuardi).
x) Gambar kandid Amal bercuti di Langkawi... Bab 60 m/s 687. - Lia... Joe bercuti di Tioman?
xi) Dialog ketika Irham dan Amal akhirnya says goodbye untuk pinky promise mereka? (SS)
xi) Adegan tengah2 malam mengidam makan aiskrim? (PMS)
x) Punca kenapa Haicarl menceraikan Kyra dan kenapa dia tidak menyentuh Amal biar hampir setahun mendirikan rumah tangga. (C)
*******
Back to main point >>>>>>
Jika ada satu @ dua scene sahaja yang sama/serupa.... mungkin itu KEBETULAN yang tidak disengajakan. Akal logikku masih dapat menerima scene2 yang sama dengan Lazuardi, PMS atau Chinta. Hanya sekadar satu dua sahaja.
Tapi....
Bila dah berbelas scene yang sama dengan SS? Itu nak dikelaskan sebagai apa? PLAGIAT? PengTWISTan plot? PerKEMBANGan naskah? KeTIDAKPUASan hati dengan cerita asal hingga terfikir untuk melahirkan naskah sendiri?
Di mana silapnya? Penulis? Peminat? Atau mungkin kelemahan pihak editorial yang tidak pernah ambil tahu tentang novel2 melayu hingga meluluskan naskah yang terang-terangan serupa/sama dengan naskah lain di penerbitan berbeza?
Persamaan ngan Hlovate... paling ketara ayat menjulingkan mata tentunya. Itu trademark Hlovate (hingga ada yang letih ikut menjulingkan mata sendiri). Kenapa tidak menjegilkan mata, membuntangkan mata atau apa2 sahaja perkataan lain berkaitan mata?
Ohhhh..... penggunaan Bahasa Inggeris yang memang Over-the-pagar. Paling menjengkelkan aku, dialog yang digunakan si Tangkal time mengayat Amal dah ala2 quote2 daripada card Hallmark. Ala2 dialog pementasan bangsawan Inggeris masa kami study dulu. Letih kan dengan novel melayu dengan tajuk melayu diterbitkan oleh syarikat melayu yang melebihkan penggunaan bahasa asing daripada bahasa melayu itu sendiri. Rasanya lebih afdhal sekiranya penulis sebegini mencabar diri untuk menulis naskah penuh dalam bahasa inggeris. Lebih berbaloi tentunya.
So,
Wajarkah naskah ini dibintangkan? TIDAK
Wajarkah naskah ini dibaca? YA, supaya kamu semua tahu apa yang aku bebelkan di sini. Inilah masa untuk kamu2 menge-test prinsip sebagai seorang pembaca.
Nur Amal Humaira..... satu ketika dahulu dia pernah berjanji untuk setia bersama seseorang.Sejauh mana dia mampu setia menanti dan akhirnya kemunculan Haicarl membuatkan Amal memilih untuk terus melangkah kehadapan.
Tengku Ariff Haicarl lelaki yg dia pilih, memang lelaki sempurna tapi disebalik kesempurnaan yg ada rupanya dia juga menyimpan rahasia tersendiri. Ketika bunga-bunga kasih antara Amal-Carl baru berputik tiba2 si Dia muncul kembali menagih janji mampukah Amal setia pada Carl atau kembali mengejar janji yg tak pasti.
Komen saya...
Cerita ni sangat menarik sampai mampu buat saya berjaga beberapa malam,selagi tak habis selagi itu tak boleh tidur dengan lena. Idea Penulis juga diluar dugaan,saya suka!!
Cuma, masalah saya ialah sepanjang-panjang tempoh saya membaca naskah ini saya asyik terbayang,terimbas,teringat tentang satu lagi novel "kegemaran saya". Perkara itu ada ketikanya menganggu dan saya pun tak pasti apa yang mendorong saya untuk terus membaca,Mungkin Rahsia Haicarl tu kot, dan kalaulah Si Amal ni tak blurrr sangat pasti awal2 pembaca dah tahu apa rahsia dan masalah HaiCarl,kejutan yg tak diduga dihujung-hujung cerita.Untuk yg menagih janji tu maaf lah ya tak kuasa nak kesian kat awak.Sama mcm saya tak pernah kesah utk watak mcm ni dalam "novel kegemaran" saya itu
Sepanjang membaca naskhah ini, saya asyik dilanda dejavu dan 'Eh! inikan....?? :O Abaikan.
Pembacaan bersambung, dalam leka menelaah dan cuba melarutkan diri dalam naskhah ini... 'Eh! inikan....?? :P Abaikan.
Dan demi untuk mengkhatamkan 'drama' ini, banyak betul halangan yang hadir dalam kepala ini. Oh! hampir 'M' dibuatkan. Nasib baik saya baik sikit daripada adik-adik bonnets, jadi tahap 'M' saya masih boleh dikawal. ;)
ok i'm done apa yang MB boleh cakap super duper menarik ok... recommended
kisah amal yg hampir berumur 30 tapi masih tak kahwin2.. adik dia pun dah kawin amal seorg berkejaya mmg untung siapa kahwin dgn dia sbb sume dah lengkap. pelbagai sindiran dia dapat dari makcik2 sdri pulak tu eee makan hati je ku yang membaca ni.
ada sebab kenapa amal masih belum berkahwin.. dia menunggu seseorg dari kecil dorg dah berjanji.. tapi bila si dia berpindah ke bandar terus hilang khabar berita amal masih menanti dan terus menanti... tapi sampai bila...
amal dan carl pjg kisah permulaan dorg ni you all baca ok jgn skip2. tapi part kemuncak masa di venice waaa bestnya suka cara carl... confirm mst ramai gila yang akan jatuh chenta dgn watak carl termasuk la MB hehehe..
bila part lamaran carl kpd amal wowww MB rasa aduhai knp mcm ni rasa betul2 syahdu la macam mana nak cakap ek.. baca sendiri la eh baru tau.. hehe
akhirnya mereka kahwin.. bermula la segala onak duri dalam perkahwinan amal dan carl..
amal bahagia sbb carl ni mmg super duper romantik carring tahap tergolek punya lah TAPII... ermm
carl seorg yg terlalu perahsia.. hidup amal rasa mcm tak sempurna dah kahwin bahagia tapi macam belum kahwin.. jwpn carl hanya blm tiba masanya utk dia cerita kisah pahit itu.. dan carl ada 1 masalah.. nanti you all baca baru tahu macam2 cara dah carl usaha tapi masalah yang 1 itu masih belum terubat
suami isteri PJJ oh amat sukar..
satu satu perkara timbul sampai membuatkan amal rasa apa yg berlaku sbnrnya dia keliru... tak pernah dia dgr carl ucapkan i love you tapi yg selalu carl ucapkan pada dia i need you.. lagi bertambah sedih bila amal terdengar perbualan carl... oowwhhh part ni mmg sedey macam dah putus harapan pun ada..
muncul irham orang yang ditunggu2 sebelum ini yang lagi pedih irham itu bukan orang lain dgn carl.. cinta masih ada sayang masih ada kecian irham ni dulu dia menghilang disebabkan bonda dia...
panjang lagi kisah dorg ni... jadi dptkan dan baca..
untuk si dia meh nyanyi cikit
Cinta tak harus memiliki Cinta tak harus bersatu Jujur ku tak mahu menyakiti Hatimu yang tulus padaku
saat si dia ucapkan nur amal humaira aku...... dengan ini melepaskan kau bebas dari hidupku
sedih sgt2 sedih (T_T) tak sampai hati begitu pengakhiran dorg kata amal "tak boleh ke kita berkawan.. " kata dia "saya tak boleh nak anggap mai kawan.." cinta hati dia kan
ermm dalam KLI ni banyak penggunaan bahasa asing terutama bahasa inggeris pada MB agak terganggu jugak tapi so far ok boleh terima sebab jalan cerita dia mmg best.
yang MB tak suka banyak sangat la watak sampingan letih baca lepas tu dialog yang tah apa2 antara kawan amal so annoying ok..
the ending hahaha sapa suka selak belakang memang terkena macam MB la dah frust bila baca secara sopan santun baru paham... kalau ending tu letak dekat depan lagi sesuai rasanya..
Buku pertama penulis yang aku baca, dan aku tahu ianya tak adil kalau aku membandingkan karyanya dengan novel lain tetapi, maaf ya. Jujurnya aku kadang-kadang confused aku sebenarnya sedang baca karya penulis ini atau karya orang lain.
Recycle jalan cerita padaku tidak membawa banyak masalah, kerana itu perkara biasa dalam lambakan novel kita. Cuma kalau keseluruhan plot dan jalan cerita itu seperti dicedok dan ditampal ia jadi tak best. Hmm, apa lagi abam JJ adalah my favourite hero dan isi ceritanya masih kekal dalam ingatan walaupun sudah bertahun-tahun aku khatamkan novelnya.
Namun, aku berjaya juga habiskan. Yayyy! Aku bagi kredit untuk bahagian epilog. Mungkin sebab rasa mahu tahu apa ‘masalah’ sebenar Haicarl, dan ia dicerita baik dalam setiap epilognya.
Ps: Aku tak letak rating sebab jujur aku sendiri tak pasti berapa yang harus aku letakkan.
not bad tapi sayang bila baca reminds me of other novels sepanjang pembacaan pasti duk ingat akan novel & penulis lain sbb ada part, dialog dan mcm2 benda ada pernah baca kat novel lain - Susah nak larikan untuk mmberi konsentrasi sepenuhnya sbb asyik ingat novel lain. I tried to focus yg ni novel Xuanxa but tak boleh! so aku bagi 2.5 utk cerita ni harap novel akan datang penulis lebih menampilkan identiti tersendiri sbb setakat ini saya suka penggunaan bahasa yang mudah.
*terbayang novel2 tulisan Hlovate, Rin Ahmad, Nasz*
Kenapa aku rasa setelah diorang kahwin, asyik nak berprasangka je? Sorang buruk sangka, sorang perahsia. Bukankah perkahwinan itu perlukan kejujuran dan berterus terang antara pasangan? Tak ada yang elok dan okey pn. Tak seronok. Serabut tahu baca, ganggu emosi! :(
Lagi menyampah bila penggunaan Bahasa Inggeris tu, ya ampunnn! Ini novel Bahasa Melayu! :( Guna Bahasa Melayu pun tidak mencacatkan perbualan pun sebenarnya walaupun hang tu have a lots of mixssss sekalipun! Grrr.
Ku pinjam e-book ngan PNM. Muchos gracias! Oh ya, by the way, ku baca yang versi lama punya. Dan ku pun tak tahu apa beza versi lama ngan versi baru LE IKP. .
Pssttt... Sebenarnya kan, ku dah lama teringin nak baca buku ni. Tapi, bila baca review kat Goodreads, rasa macam berbelah bagi. Sebab katanya, akan rasa dejavu. So, nampak tak, setelah beberapa tahun, baru sekarang yang ku gigih baca buku ni. .
Dan bila dah baca, tipulah kalau aku cakap yang tak rasa dejavu tu. Tapi, mungkin sebab buku ni pun dah lama, so, ku takde lah rasa cam teruk sangat. .
Xuanza sentiasa buatku rasa stress dan tertipu. Macam baca Bernafas Tanpamu, dia akan membuai perasaanku di awal cerita. Tapi bila sampai part lepas kahwin je, terus hancur berkecai. .
Amal Humaira dan Haicarl bertemu tanpa sengaja. Tapi, pertemuan demi pertemuan secara kebetulan menimbulkan rasa cinta. Sehinggalah Haicarl melamar Amal. Walaupun perkenalan mereka singkat, mereka yakin untuk melangkah ke alam perkahwinan. Tapi, alam perkahwinan bukanlah seperti yang mereka bayangkan. Haicarl yang sangat berahsia buatkan Amal rasa ragu-ragu. Lagipun, Haicarl ni masih stuck dalam kenangan silamnya, yang mana Amal pun tak mampu masuk. Amal, being a very understanding wife, memang sentiasa memberikan masa buat Haicarl. (Tapi aku yang jadi tak sabar nak tahu rahsia tersebut). .
Dan kemunculan Irham yang kembali menagih kasih Amal. Haihhh... Sesak jantung jadinya. Dan kadang-kadang ku geram ngan Amal. Dia rasa bersalah, sebab tu dia melayan je si Irham ni. Tapi bagi aku, tu namanya beri harapan. Dan si Haicarl pulak masih berahsia. Adoiii.... .
Bagi aku, watak dalam ni, ramai sangat. Itu yang buatkan cerita ni jadi meleret sikit kot. Dan cerita ni jadi slow sikit, mungkin sebab hanya berdasarkan POV Amal. So, memang duk tertanya-tanya je la. Lagipon, rahsia si Haicarl ni memang boleh buatku terkejut giler. Ya, dia ada sejarah silam yang sangat menyakitkan. Sebab tu, traumanya sangat teruk. And he's so lucky to have Amal as his wife.
sy x penah follow citer ni sblm ni....citer ni di suggest oleh rakan2 utk bc.....x sangka bl dh start bc, mengenali setiap watak yg ada, membtkn sy terus teruja utk meneruskn pembacaan....trs x blh nk stop....pd sy, citer ni mmg best....ada kekuatannya yg tersendiri....walau pun tebal, tp sy mampu abiskn dlm satu hr tanpa ada satu ms pun yg sy skip.....
Setelah lama menanti novel ni akhirnya ada juga versi cetak. Kalau baca dari awal kat blog akan perasan ada perubahan. Tahniah untuk penulis. P/s:dalam novel ni kita boleh tau nia (saat kau hadir dalam hidupku) pilih siapa :(
Awesome.. memang tidak mengecewakan saya..dari mula baca saya rasa susah sangat nak letak.. congrats writer finally dpt saya tahu ending selepas lama menunggu..
dah lama follow cerita dkt blog dan tertunggu-tunggu bila la nak publish...tup2 publish juga akhirnya..alhamdulillah..based on sy yg follow cerita ni dari blog mmg ada perubahan dlm cerita ni..ini salah satu karya yg mmg wajib dimiliki..thumbs up writer..
p/s: still waiting for the next one (Saat Kau Hadir Dalam Hidupku)
Nur Amal Humaira (Amal) & Engku Irham Izdiyad (Irham) membuat janji di zaman kanak2 (pinky promise) to wait for one another & to get married to one another, sebelum mereka terpisah apabila keluarga Irham berpindah ke bandar. Masa berlalu & Amal yang masih setia menunggu, turn to giving up hope apabila tiada khabar berita yg diterima tentang Irham.
Takdir kemudian menemukan Amal dengan the sweet & gorgeous Tengku Ariff Haicarl (Carl). Kebetulan demi kebetulan yg berlaku di antara Amal & Carl akhirnya mengikat perasaan mereka. Dgn restu keluarga, they then got married.
Ternyata mereka bahagia melayari cinta di alam rumahtangga. Bagaimanapun Amal tidak mendapat hak isteri sebenar2nya kerana Carl ada "sakit" yg merantainya. Walaupun seluruh sayang & cintanya tertumpah kepada isterinya, namun ada kisah lampau yng menyekat langkah Carl from moving on. Carl gagal menterjemahkan apa yg dia rasa terhadap isterinya. Dia dibelenggu trauma. Namun demi sayangnya yg menggunung kepada Amal, dia memohon agar Amal bersabar menantinya.
Kesabaran Amal goyah seketika apabila Irham muncul kembali menuntut janji yg lama. The worst thing is, Irham is Carl’s cousin. Rumahtangga mereka hebat terduga apabila Carl difitnah curang. Kebisuan Carl tentang fitnah yg melanda serta tentang wanita2 yg muncul entah dr mana secara tiba2 dalam rumahtangga mereka, menambah lg kekeliruan Amal sehingga dia terlepas bicara meminta perpisahan.
Fitrah manusia, hanya sedar akan kehadiran seseorang apabila kehilangannya. Carl menghilang pergi mencari dirinya, mencari semangat untuk membuka rantai yg mengikat hidupnya...sedang Amal menyesali keterlanjuran kata2nya yg meminta akan perpisahan. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata jiwa merana.
Irham pula cuba mengambil ruang yg ada, tanpa lelahnya menunjukkan prihatin & merayu kembali cinta yg lama. Dia menawarkan bahagia kepada Amal kerana hanya wanita itu mendapat tempat di hatinya dulu, kini & selamanya.
Antara soulmate (Irham) & life partner (Carl), siapa sebenarnya yg layak beroleh cinta seorang Nur Amal Humaira? Dapatkah Carl pulih dr kesakitannya? --------------------------------------------------------
Karya ini mengajar kita tentang perlunya komunikasi dlm sesebuah perhubungan & tentang pentingnya kepercayaan sesama pasangan. Kita perlu melepaskan kenangan silam demi melangkah ke hadapan. Setiap kejadian adalah dgn izin & ketentuan Tuhan. Kita perlu reda menerima demi melihat hikmah di sebaliknya kerana Dia adalah sebaik2 perancang.
Walaupun banyak penggunaan bahasa inggeris, gaya bahasanya tersusun amat indah, menusuk ke sanubari sesiapapun yg membacanya.
0.5* semangat juang yg tinggi gigih buat kompilasi cerita dri penulis otai utk di jdkn novel bercetak. sebetulnya dulu penah gak mbuat 'lawatan' blog penulis ini. cerita ini byk menimbulkn kritikan dr pembaca blog yg terhidu persamaan dengan cerita drp penulis lain. tp tidak menyangka maseh jugak nk di cetak utk di pasarkan.
'kak, buku ni best tapi banyak sangatlah bahasa inggeris.' .... itu yang pernah akak dengar bila novel ni baru keluar. memang ramai kata best tapi terlalu banyak penggunaan bahasa inggeris. jom, betul ke sampai kena letak kamus kat tepi?
memulakan pembacaan,nur amal humaira, seorang pharmasist yang dikategorikan dalam golongan lambat berkahwin oleh makcik-makciknya yang mengatakan dia terlalu memilih pasangan hidup. bagi amal, dia tidak memilih tapi mungkin kerana hatinya belum terbuka ataupun sebenar dia menunggu seseorang... seseorang yang telah mengikat janji dengannya sewaktu mereka masih kecil. tapi seseorang itu hilang, menghilang tanpa ada sedikitpun berita yang sampai padanya. perkenalannya bermula dengan tengku ariff haicarl bermula sewaktu adiknya kemalangan kereta dengan adik haicarl dan seterusnya beberapa tempoh waktu kemudian mereka terjumpa di venice. haicarl melamar amal sekembalinya mereka ke malaysia. amal yang sememangnya terkejut dengan tindakan haicarl akhirnya menerima dengan syarat dapat persetujuan dari ibu bapanya.
alam rumahtangga memang manis. tapi dugaan yang datang juga amat 'manis'.. novel ni pun kisah anak orang kaya raya, berharta. watak heronya memang drop dead gorgeous. hensem nak matila ibaratnya.. haha!!.. jadinya, sotong kurita yang berbelit ada di mana-mana. cumanya haicarl ni jenis menyimpan. simpan perasaan, simpan rahsia, simpan masalah. ini membuatkan amal sentiasa tertanya-tanya apakah masalah haicarl yang sebenarnya. walaupun perilaku haicarl yang amat mengambil berat dan kata-kata haicarl yang selalu menunjukkan betapa pentingnya amal kepada haicarl tapi, yang pasti rahsia hati haicarl amal pun takdapat tahu. nak pulak keadaan yang berlaku sekeliling haicarl buat amal tahu ada perkara besar yang disorokkan oleh haicarl dan perkara besar itu yang buatkan hubungan suami isteri, tak bergerak...
wahh.... memang rasanya penggunaan bahasa inggeris banyak dalam novel ini. tapi mungkin kerana penulis Chérie Xuanza lebih selesa menggunakan bahasa inggeris untuk mengolah ayat yang boleh sampai rasanya ke dalam lubuk hati. ayat-ayat yang diolah memang puitis dan sedap dibaca. don't get me wrong.. chewwaahhh... penulis ni ada cara masing-masing dan keselesaan sendiri dalam menyampaikan penceritaan. lagipun kan haicarl ni anak omputeh, bior lerr.. hehe... sambung balik. haicarl sebenarnya ada masalah dan amal bertahan demi rasa cintanya terhadap haicarl. walaupun irham tiba-tiba muncul dan seperti menuntut janji mereka, tapi amal tetap bertahan dan juga walaupun tindakan haicarl adakala merobek menyiat hatinya. sekuat mana pertahanan berkubu dalam hati amal?.. itu persoalan. dan masihkah amal bertahan bila dia tahu irham tetap setia menunggu, kyra tetap setia mengganggu?.. dalam rumahtangga, komunikasi memang memainkan peranan yang amat penting. tak boleh harapkan pasangan memahami diri masing-masing tanpa memberitahu apa kehendak apa yang disukai apa yang tidak. masalah dan dugaan akan sentiasa ada. jujur kunci utama untuk segala-galanya. bila berhadapan dengan masalah, jangan terlalu pendam sehingga menjadi racun yang boleh merosakkan jiwa pasangan. sebuah karya cinta yang boleh dibanggakan. teliti garapan dan olahannya. tahniah buat penulis...
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM18. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)
Macam tak percaya ni novel pertama penulis sebab cara pengolahan dan pembentukkan watak sama hebat dengan penulis-penulis yang telah lama berkarya! Rasanya novel ni boleh N masuk dalam kategori “Bila dah start, susah nak stop.” Sanggup bersengkang mata nak habiskan cepat-cepat. Mujur juga N memilih untuk baca novel ni time tengah cuti raya
N suka dengan chesmitry semua watak dalam novel ni. Pada mulanya, N macam lebih suka dengan Amal dengan Ir, just because N tertarik dengan friendship mereka di awal cerita. Bila masuk watak Haicarl, deep down N rasa dia macam penyibuk jer.
Tapi tidak boleh dinafikan, watak Haicarl sempurna disebalik masalah yang dia alami. Terlupa sekejap dengan watak Irham.
I’m happy with the ending. A bit sad for one of the characters though.
Lama dulu dah bace cerita ni dalam blog penulis. Memang berbaloi penantian dengan hasilnya yang superb.Tahniah!
Jodoh itu rahsia Allah, siapa sangka Nur Amal Humaira yang sederhana akan berjodohan dengan jejaka kacukan dan kacak seperti Tengku Ariff Haikal.
Ku suka cara Haikal yang matang dan melamar Amal, bila dah suka nak tunggu apa lagi kan..
Paling tak ku sangka bila Haikal rupa-rupanya pernah berkahwin..frust mak. nasib baik la duda berhias..:P
Satu je ku tak dapat terima dalam novel ni....Part Irham tu rasa sakit hati je nak baca. tak paham kaa orang dah kahwin , yang pi duk merayu mengacau lagi kenapa?? rasa nak debik Irham. Nasib la akhirnya Irham back off juga.
Akhir kata, penulis dah berjaya mengacau bilaukan perasaanku.. Ku tunggu nexttt novel ya.
Novel yang di nanti-nanti . karya pertama penulis yang dibukukan. sepanjang baca novel ini emosi tidak menentu sekejap sedih,sekejap happy dan sekejap lagi marah. Antara novel paling tebal pernah di baca tapi tak pernah bosan. Makin di baca makin tertanya-tanya. Terutamanya rahsia Haicarl. watak paling benci dalam novel ini tentu la Irham.Hahaha.Bila baca part Irham nak je kata pada si Irham yang niat tak menghalalkan cara. Emo sangat baca part Irham.
And novel ini sangat stress. ada certain time bukan sahaja watak sampingan, watak utama pun rasa nak sekeh-sekeh.Tapi novel ni best.
Ya Allah tak tahu nak comment apa. Tapi apa yg pasti novel ni BEST GILA TAHAP MELTING.
First saya beli buku ni sebab pembakaran terbuka dari akak2 kat FB tu. 2nd, saya beli buku ni sebab saya tgok cover dia cantik. Third, bila dah beli barulah nak baca sinopsis. (Okay nampak tak kesengalan disitu? Suka membeli tanpa baca sinopsis dan bergantung pada cover novel). Ahaks!
So far, bila baca buku ni mmg banyak BI. (It's okay sebab saya memang suka more BI in novel) . Cerita yg tak mengarut dan tidak meleret. Sebuah cerita yang mampu membuatkan saya merasai kasih sayang hero yang bernama Haicarl. Mampu buatkan saya merasa liku hidup Amal Humaira. Lenggok bahasa yang santai dan tidak terlalu berat. Plot cerita tak usah dikata! Best gila! Haha! Mesej? Hmm, saya rasa mesej yg Xuanza cuba sampaikan tu, mmg padat. Semoga Allah memberkati & melindungi apa yg dia tulis :D Writing a good story with a good message, itu yg saya suka. (susah kan nak tambat hati pembaca?) Anda bagaimana? Ahahaa!
Overall, tak menyesal beli dan jadikan Xuanza in my fav author list. Keep it up sis.
Finally THE END Serius cakap best gila Xtau la nk kata lagu mana Tapi mmg best sgt2 Samp rasa tolong la jangan habis Hati ni jgn ckp kejap love in the air uuu luv fly2 gitu Kejap jatuh kecewa bergolek2 Kejap nangis beriya2 Pendek kata sume ada Taniah kpd writer Chérie Xuanza dan October Love krn menerbit dan menghasilkan karya yang ka ba boom n ka chaww gitu Jangan skip2 jgn tgk belakang Kena baca btl2 br u all akan jumpa Kemanisan kemasinan kepahitan dlm Kisah KERANA LAMARAN ITU hehehe... Hati ni mula2 milik haicarl tp disebabkn ramai benor la yang berebutkan si dia Mona Haslina Jumay Jue Meiku Hana Bi Linda Z. Ali ratu Wan Burn Zufa Zufa Jadi ku amk la irham tu kecian dia kecian sgt Mmg sedih part dia melepaskan tu ... Cinta tak kesampai soulmate aje... recommended 200% yo
betullah seperti kata reviewer yang lain. Bila baca rasa macam..eh! sama macam buku tu.. bila baca lagi...eh! sama lagi...so, tulislah dengan cara yang tersendiri...aku suka giler dengan novel sweet sour tau!
First time nmpk novel ni ms singgah kt page October....so xde rse ape pon...then bc 1 komen di fb psl buku ni n nmpk bnyk sgt org rekomen buku ini kna msuk dlm list buku yg MESTI dibaca ...so ape lg, trus cr n baca.. Hasilnya ternyata mmg benar bagai dikata...
Bacaan santai di PNM e-Reader. Borrow from Perpustakaan Negara Malaysia Digital Library
Dialog/nukilan yang menarik...
The day we met, Frozen I held my breath Right from the start I knew that I’d found a home for my heart...
May, 2012: Meet my special-wacky sunshine. The first time I see her, I know she’s different. Something about her is inexplicably new. I keep staring at her and whenever I did that, I feel as if the world stops spinning. It stops and all that exist for me is her and my eyes staring at her. There’s nothing else. No noise, no other people, no thought or worries, no yesterday, no tomorrow. The world just stops and there is only her. Just her, and my eyes staring at her. And that is when realization hits me, everything starts to make sense!
I remember when she walks to her friends. She looks so beautiful in her hijab and floral cotton baju kurung. She may not be the most beautiful girl that I’ve seen before, but yet she could make me feel something for her. Something I’ve never felt before...
Gosh! The way she gets on with her friends, a sudden daze of impression cross my mind. She’s nonchalant with a sunshine smile. Her smiles brings golden glow to the beholder’s face and a warm feeling all over the body. When I put my palm on my chest, I feel my heart beating really fast. As I look up and stare at her, my heart keeps beating like a hammer, hard to be soft, tough to be tender.
Remarkably, she acts like she doesn’t care what people will think of her and it’s a darn good thing. No more imposter!I’m so freaking sick of women who pretend to be so damn good when they’re not!
In spite of everything, the most unforgettable moment goes to her loud belch. Lol! Damn funny when her eyes accidentally meet mine. A lovely shades of rosy red stained her cheeks all of a sudden. Seriously, it looks beautiful and really suits her! And surprisingly she turned her face away from me in a nervous manner, desperately avoiding my gaze. Um... She’s amusing, attractive and nonchalant as the way she is. Her presence is enough to make a dull day of mine seems bright as the sun!
P/s: Will be looking forward to meet you, Miss Sunshine.
overall cerita ni best.. kisah amal yg x kawin wpon dah lewat 20an. rupanya dia tunggu seseorg. which is dah half way baru tau siapa...
kisah amal n carl ni start dari msia.. membawa ke venice.. oreo rase kisah kisah mereka panjang sangat coz dah akhir² baru taw rahsia carl...ok oreo bkn org yg sabar.. heheh
so sebab x sabar nak tau gak nape si carl ni perahsia gigih hadap sampai 3 pagi.. kiranya dah nak ending baru terbongkar rahsia carl...
Tak habis baca - which sucked, pasal aku rasa gaya penulis bercerita bole masyuk walaupun cerita ditulis ikut POV heroin - pasal aku takleh terima lelaki normal/hetero bahasakan diri dengan nama manja bila bersembang dengan orang 'luar'! Dengan mak-bapak, adik-beradik, keluarga rapat, (mungkin) bolelaa... isk...