Jump to ratings and reviews
Rate this book

Notis: Nietzsche Sudah Mati

Rate this book
Penulis boleh mengatakan bahawa masyarakat tidak suka berfikir, lebih sukakan hiburan, bacaan ringan dan murahan isinya. Inilah realiti, lebih-lebih lagi pada zaman siber ini, tetapi ini pun tidak bermakna penulis itu betul. Ini juga bukan bermakna saya mengimpukan setiap orang di Malaysia wajib membaca karya sastera. Saya sedar kehidupan manusia sudah banyak berubah oleh perubahan pelbagai nilai, norma dan sistem yang bergerak dalam kehidupan seharian. Jadi, ini juga salah satu daripada segi fitrah alam. Tidak usahlah kita persoalkan.

Akan tetapi, marilah kita cuba fikirkan situasi lain pula. Di Barat, meskipun ada pelbagai tarikan lain yang lebih hebat dan dahsyat, karya sastera tetap juga dibaca. Yang anehnya, kita yang selalu meniru Barat tidak pula membaca karya sastera. Dan di sini, soalan yang perlu kita jawab, kenapa karya sastera kita tidak bersifat terbuka merakyat atau lebih terbuka.

Pasti ada jawapannya.

204 pages, Paperback

First published August 1, 2017

2 people are currently reading
5 people want to read

About the author

Azman Hussin

17 books20 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
2 (28%)
4 stars
4 (57%)
3 stars
1 (14%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for Maisarah Mohd.
Author 1 book42 followers
September 30, 2017
Macam biasa, Azman Hussin memang dikenali sebagai penulis yang pro-establishment. Cuma, ada la sedikit pendapatnya yang melawan arus seperti isu Palestin-Israel. Menariknya, himpunan artikel dalam buku ini ditulis sekitar tahun 1999-2002. Lebih sepuluh tahun! Tapi dari satu sudut, sebagai pembaca, aku melihat pendiriannya tetap dan tak banyak berubah. Seorang yang konsisten!

Tema buku ini rasanya... lebih menumpukan bidang sastera dan penulisan. Kritikan dan ulasan penulis pun ada yang bernas dan sangat membantu untuk pembaca yang baru berjinak-jinak dengan penulisan kreatif. Cuma, ada la serba sedikit pandangannya yang kurang digemari seperti isu kebebasan berkarya.

Profile Image for Faiz • فائز.
360 reviews3 followers
September 13, 2025
Sejak mengenali nama Azman Hussin melalui sebuah post di Facebook, saya mulai menggali berkenaan beliau. Sosoknya menjadi bualan ramai kerana sifatnya yang berahsia; tidak memunculkan diri dalam khalayak ramai, jauh sekali daripada menghadiri mana-mana majlis terkemuka yang menggumpulkan para sasterawan. Bahkan, selepas Dongeng Pascamerdeka beliau memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia 98/99, beliau bukan semakin muncul ke permukaan, sebaliknya semakin tenggelam dalam persembunyian. Saya difahamkan bahawa ketika beliau meraih hadiah tersebut, umurnya baru sahaja 24 atau 25 tahun. Usia yang begitu muda, namun sudah sebaris dengan SN Arena Wati (pemenang kategori cerpen) dan Kemala (puisi). Seorang sasterawan yang luar biasa!

Sedari awal buku, dalam Dialog Terbuka Buat Faisal, Azman Hussin telah mengutarakan kritikan terhadap sastera. Rangkuman kritikan: sastera yang sifatnya (1) sukar difahami oleh orang awam, (2) menggunakan seni bahasa sekadar untuk menarik perhatian pembaca walhal isinya tiada makna, (3) sekadar merakam peristiwa—sejarah (kata beliau, lebih baik menulis buku sejarah terus), (4) mengangkat karya sastera yang tidak layak pun diangkat, (5) tujuan sasterawan berpersatuan dan kritikan-kritikan lain yang masih juga relevan hingga kini.

Sebenarnya, semua kritikan ini telah saya cermati sewaktu membaca tulisan-tulisan Affandi Hassan; tiada yang baharu. Namun, barangkali kerana penulisan Azman Hussin lebih lunak, bahkan dalam beberapa penulisannya yang awal dalam buku ini, beliau akan menyatakan permohonan maaf atas pendapatnya, selain daripada laras bahasanya lebih mudah untuk digarap—kesemua hal ini menjadikan tulisan beliau masih enak untuk dibaca walau masih jua membincangkan hal yang sama.

Ada juga beberapa perkataan beliau yang mengundang tawa kerana ketajamannya:

Saya tidak tahu bagaimana bentuknya absurdisme atau eksistensialisme setelah ia ditempatankan, disesuaikan budaya dan agama kita! Logik atau tidak, masuk akal atau tidak, boleh atau tidak, saya tidak tahu. Akan tetapi, saya pernah imaginasikan begini: hasil kacukan ini barangkali akan melahirkan anak-anak haram. (h. 36)

Kecuali cerpen, puisi dan drama, mana lagi buah sastera yang boleh dinikmati khalayak umum dalam Dewan Sastera. Tulisan dan artikel lain dalam majalah itu hanya sesuai dibaca (dan juga ditulis sendiri) pengkritik, sasterawan, sarjana, ilmuan, pembelit, burung kakak tua, bangau, tukang urut, dan pengampu dalam dunia sastera sahaja. (h. 80)

Mengundang tawa kesemuanya!

Pandangan beliau berkenaan bakat dalam kepengarangan, sastera yang tidak merakyat dan hal-hal lain seperti bahasa yang unggul—ada yang saya bersetuju dan ada yang tidak. Pandangan beliau di akhir-akhir buku, ada juga yang bercanggah dengan pandangan yang sebelumnya. Namun, satu hal yang saya perlu akui, pandangan beliau bernas dan berani. Tidak sabar saya ingin memiliki Dongeng Pascamerdeka.

Tambahan: Terima kasih kak Najibah atas bukunya! Buku langka.
Profile Image for Abdullah Hussaini.
Author 23 books80 followers
December 19, 2018
Walaupun banyak esei2nya yang aku tak setuju, dan mungkin tidak juga lagi disetujui penulisnya sekarang tetapi saya sukakan bahsa esei ini. Azman Hussin antara penulis yang baik walaupun dalam bab politiknya, aku kureng sikit.
Profile Image for Zalila Isa.
Author 13 books53 followers
September 5, 2018
Mahu belajar tentang esei kritikan yang bagus? Saya sarankan baca buku ini yang menampilkan sejumlah esei pendek tapi fokus kepada subjek, merangkumi pelbagai topik semasa berkaitan dunia buku dan sastera,
Displaying 1 - 4 of 4 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.