Jump to ratings and reviews
Rate this book

Asas Kenali Hadis Sahih, Dhaif dan Palsu

Rate this book
Buku ini adalah suatu usaha untuk menyediakan pembaca berbahasa Melayu dengan susunan yang sistematik, menyeluruh serta mesra pembaca mengenai ilmu hadis. Penyampaian buku ini mudah untuk diikuti, dilengkapi dengan infografik dan gambaran yang jelas beserta contoh. Di samping itu, kami juga menggunakan laras bahasa yang mudah bagi membolehkan pembaca menguasai konsep asas ilmu hadis tanpa menjejaskan makna sebenar terma khusus dalam bahasa Arab. Kami berharap agar buku ini dapat membantu pembaca memahami ilmu hadis dengan mudah selari dengan usaha kami untuk “Merakyatkan Ilmu Hadis”.

181 pages, Paperback

First published January 1, 2016

Loading...
Loading...

About the author

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
5 (71%)
4 stars
2 (28%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
Profile Image for Nik Hafizul.
1 review
May 19, 2026
First time baca buku ni time ada kelas dengan Ustaz Ehsan Sabri di Teratak Hadis dan sempat habiskan sekali pada 2022, lepastu terpaksa tinggalkan pengajian hadis untuk sekolah berasrama dan kembali baca buku ini sekali lagi selepas tamt sekolah.
Buku ini sangat mudah difahami untuk mereka yang tiada latar belakang pembelajaran agama langsung, terdapat carta-carta dan simpulan tajuk yang memudahlan ingatan pembaca.
Buku terbahagi kepada 6 bahagian iaitu
1.Sejarah Hadis
-bab membincangkan sejarah secara sanga ringkas, kemudian karangan ii penting dalam bidang hadis sama ada moden atau klassik
-Buku ii Hadis moden semuanya merujuk kepada 2 buku asal, iaitu Muqaddimah Ibn Salah dan Nukhbat al-Fikr Ibn Hajar

2.Istilah Ilmu Hadis
-bab ini sangat penting untuk memahami bab seterusnya dan karya ii hadis in general
-istilah seperti sanad,matan, perawi, mutawatir dan etc sangat penting utk difahami

3.Hadis Sahih dan Hasan
-ada contoh dan struktur yang baik

4.Hadis dhaif dan 5. Palsu
-Bab 4 paling panjang kerana terdapat banyak kategori,susunan baik namun alangkah baiknya kalau disusun mengikut kategori kelemahan hadis dan bermula dari kategori yang umum kemudia lebih khusus

6.kitab-kitab hadis
-penting untuk rujukan pelajar

Menurut saya pelajar boleh terus belajar Nukhbatul Fikr selepas hadam buku ini dan tak perlu kepada buku yang lain seperti al Bayquniyyah atau etc.
Wallahualam
Profile Image for Abdullah Izzat.
56 reviews12 followers
September 5, 2017
Alhamdulillah, walaupun setelah beberapa tahun mempelajari ilmu hadis (saya tak alim pon, belajar je), dan walaupun ada perkataan "asas" pada tajuk buku ini, buku ini sama sekali tidak mengecewakan saya, malah telah memberikan saya banyak ilmu-ilmu baru di dalam ilmu hadis.

Ilmu ini sangatlah luas, dan saya berbangga kerana ilmuan Malaysia telah berjaya mempersembahkan kepada rakyat Malaysia sebuah buku Mustalah Hadis yang sangat mesra pembaca dan amat mudah difahami.

Penulis buku ini menyusun kata-kata di dalam buku ini in a way that benda yang complicated jadi nampak senang dan contoh-contoh yang diberikan sangat membantu dalam memahami apa yang hendak diajar.

Oleh itu, saya sangat yakin bahawa buku ini dapat merealisasikan wawasan penulis buku ini untuk MERAKYATKAN ILMU HADIS dan seterusnya menjadikan umat Islam di Malaysia cakna tentang ilmu hadis.

Buku ini juga direkomendasikan oleh guru saya Dr. Habeeb Rahman untuk ditelaah dan dipelajari.

Nasihat: Jika anda tidak ada asas ilmu hadis, saya sangat2 menggalakan anda untuk mempelajari buku ini dengan berguru. Insyaallah ramai ilmuan2 kita yang membuka kelas untuk mengajar buku ini.

Barakallahufeekum.
Profile Image for Shahidra.
33 reviews4 followers
January 22, 2022
Buku ini sangat memudahkan ulangkaji pantas. Kandungannya menyeluruh, disertakan dengan rajah dan penjelasan yang memudahkan kefahaman. Terbaik!
Displaying 1 - 3 of 3 reviews