Setelah bertahun terpisah, mereka bertemu semula. Pertemuan yang tidak mungkin dapat menyambung semula ikatan yang sudah terputus. Namun, kerana satu insiden di luar jangkauan fikiran, jalan takdir mereka bagaikan seiring. Seiring menuju ke arah matlamat yang satu.
“Terima kasih untuk ihsan awak tu, ya. Sebab terharu dengan simpati awak pada saya, saya akan terima lelaki depan awak ni, jadi suami saya.” -Melina
“Akhirnya, Melina setuju juga. Thanks Khaled. Mudahkan kerja aku. Budi kau ni aku akan kenang selama-lamanya.”
“Dan, satu lagi. Jangan berani hina bakal isteri aku lagi. Kali ni, aku tak buat apa-apa sebab aku happy sangat. Tapi, lepas ni, aku tak akan biarkan mulut kau tu.”-Luthfi
“Sama ada Elin rela atau tidak, Elin tetap akan jadi milik abang. Lepas ni, akan ada orang yang datang ke sini. Dan, abang dengan Elin… akan ditangkap kerana berkhalwat.” -Khaled
“Sebab I rasa taste you bukan untuk orang macam Melina ni. Nanti bila dah bosan, mesti you cari I semula, kan? I tahu selera you macam-mana.” -Serina
Mampukah jalan takdir Luthfi dan Melina membawa mereka ke matlamat bahagia? Atau memang sudah tersurat bahagia mereka bersama orang lain?
penulis merupakan antara penulis kegeramaran saya, sejak membaca karya beliau Biarlan YM Berbicara. saya suka dengan olahan penulis dan susunan ayat yang tidak berbelit tetapi masih kuat untuk menyampaikan sesuatu situasi atau perasaan .
Mungkin Takdir, nipis saja novelnya membuatkan sedikit tidak puas menghadam kisah mereka. Namun, perasaan yang disampaikan begitu berbekas, gembira, marah, geram, kasihan - diadun sempurna dalam naskhah ini.
mengenai Melina, yang tidak suci - berkahwin dengan Khaled atas dasar cinta. Namun, kebahagiaan yang diimpikan tidak berkunjung lantaran Khaled tidak dapat menerima hakikat Melina tidak lagi suci.
Luthfi, bekas kekasih Melina, berkahwin dengan Serina namun kebebasan pergaulan Serina menggugat keharmonian rumah tangga mereka.
Luthfi dan Melina kembali bertaut, selepas masing2 bercerai dan kebenaran mengenai kisah silam mereka mula terungkai.
walaupun nipis, saya kira berpuas hati kerana segalanya bergerak pantas, tidak slah faham yang terlalu lama - jika dipanjangkan mungkin menjadi klise dan tidak perlu sebenarnya. watak2nya bertindak matang dan rasional.
Tak se 'heavy' emotionally jika dibandingkan dengan Mencari hilang namun tetap tinggalkan kesan. Cuma bagi saya novel ni agak tipis..cepat je habis..😀😀 Jalan cerita kenalah ngan tajuknya. Watak2nya semua saling berkait. Ada bab curang which saya tak rasa tertekan sebab dah expected. Cinta Luthfi untuk Melina followed by Sherina buat saya lebih sakit kerana kebodohan Luthfi dan Melina sendiri. (Lebih pada Luthfi. Terlalu bersangka baik ngan sahabat atau dia ni simply ignorant?)
Hairie/Sherina Manusia paling pentingkan diri ever. Kehidupan mereka terlalu social. Even keluarga Sherina are in an open relationship. Bermula sebagai kekasih dan terus2an menjadi kekasih gelap. Ada juga manusia jenis macam ni. Bila tahu sebab musababnya lagi lah disgusted dgn dua orang ni..😑
Melina/Luthfi Bercinta namun terpisah. Angkara fitnah, Melina menghilangkan diri. Bertahun lamanya berjumpa kembali setelah masing2 berkahwin. Lebih giler lagi mereka berjiran.
Luthfi/Sherina Setelah lelah mencari Melina selama dua tahun, Luthfi mula move on dan mula tergoda dgn Sherina. Sherina ni boleh di kategorikan as drop dead gorgeous, seksi dan manja. (Pandangan sayalah melalui yg saya baca). Sama juga perangai. Too social hingga halal haram pun tak kenal. Titik perubahan Luthfi setelah kelahiran Aryan. Dia mula mencari jalan pulang ke arah yg lebih baik.
Melina/Khaled Kerana kisah lalu, Melina sering di hina dan ditempelak suaminya yg tidak boleh menerima kekurangan pada diri Melina. Sekali lagi hubungannya di uji atas kecurangan suaminya.
____________*****____________
Mampukah Luthfi membimbing Sherina? Bagaimana pula dengan rumahtangga Melina dan Khaled? Akan terbongkar kah rahsia yg terpendam tentang kejadian lampau? Siapakah dalangnya dan apakah motif sebenarnya?
Yang pasti, bila kebenaran terbongkar, mesti bengang punya. Extremely immoral and busuk hati..but author compensated it with a good ending for them..
Saya cuma nak tahu..Aryan betul ke anak Luthfi bersama Sherina? Sebab ada part tu confuse sikit. 😅 & part Khaled di tamatkan begitu saja. Wish it could be elaborated slightly more. No matter what I like how the story end. 😉
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM15. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)
Pada N, Hanni Ramsul can do little wrong. Hampir semua novel beliau N baca dan beri rate 5 stars (kecuali her YM series). So really, I'm not surprised yang N turut suka Mungkin Takdir. I'll be shocked if I didn't.
Tapi kerana N suka dengan penulisan beliaulah N sangat harap novel ini lebih panjang.
Bukannya novella ini tidak memuaskan. Teramat puas. But I cannot get enough of it.
N nak luangkan lebih lagi masa bersama Melina walaupun life dia sangat menyedihkan.
N tetap nak luangkan masa bersama Khaled and Serina walaupun N benci kedua-duanya, especially Khaled yang bajet sempurna sangat tapi akhirnya kecundang dan terpalit noda juga.
N juga turut mahu bersama Luthfi sedikit lama lagi walaupun at times N rasa Luthfi ini terlalu lembut hati. Bini dan best-friend yang dah hampir macam setan pun masih nak simpan lagi.
Highly recommended, but only if you are well-prepared to rasa sakit hati yang teramat.
Walaupun ni hanyalah mini novel dengan 251 halaman, ku puas hati sebab olahannya kemas dan tak meleret. .
Hampir 10 tahun lepas, Elin dan Luthfi pernah bercinta. Namun, kerana satu tragedi yang mengaibkan, mereka terpisah. Sekarang, takdir kembali menemukan mereka yang masing-masingnya sudah berumahtangga. Namun, perkahwinan kedua-dua mereka tidak bahagia. Khaled tidak dapat menerima Elin yang pernah terlanjur sebelum mereka bernikah. Luthfi pulak tidak jemu mengajak Serina untuk berubah ke arah kebaikan. Apakah takdir yang tertulis untuk mereka? .
Walaupun nipis, tapi konfliknya agak berat. Dan kesemua watak ni berkait rapat. Dan si Hairie segala bapak kejahatan. .
Ini cerita tentang aib manusia yang perlu ditutup. Tak perlu dijaja segala keburukan orang. Khaled yang kononnya suci dan baik itu rupanya seorang hipokrit. Akhirnya, bila kebenaran terbongkar, dialah yang melepas. Padan muka. .
Ku suka Luthfi yang sangat lembut mengajak Serina ke arah kebaikan. .
tercatat dalam novel ni, puan penulis Hanni Ramsul nyatakan yang tiada banyak konflik dalam mini novelnya ini. bagi akak, konflik yang diwujudkan walaupun sedikit tapi memberi impak pada keseluruhan kisah. menarik, teliti dan kemas setiap olahannya.
melina, terpaksa menyimpan duka sendiri bila khaled suaminya menghukumnya tanpa memberinya peluang. tetap berkahwin dengannya walaupun tak dapat menerima ketelanjuran lampaunya. konon jijik mahu menyentuh isteri yang jadi bekas orang tanpa mahu memberikan kemaafan pada isteri yang sungguh-sungguh bertaubat.
luthfi, punya seorang isteri yang sangat bebas. walaupun sudah punya anak dan sering kali luthfi mengajaknya berubah tapi serina masih tidak mahu mengalah, mahukan kebebasan menguasai kehidupan. dan pertemuan dengan khaled menemukan mereka berempat. kedua-dua pasangan ini berpisah, bercerai.
luthfi mengejar melina semula kerana melinalah cinta hatinya. khaled mengejar melina mahu ikat semula. begitu juga serina yang mengejar luthfi mahukan perkahwinan semula dan membantu perniagaan ayahnya yang bersalah. kejar dan mengejar dan dikejar...
siapa kita manusia yang mahu menjatuhkan hukum pada manusia lain seolah kita sesempurna kejadian?berkawan, ya adakala perlu memilih tapi tidak adil kalau terus menolak. sebuah karya yang hebat yang mampu membuat pembaca menilai kehidupan sekeliling. tiada kebetulan tapi semuanya adalah perancangan rapi dariNYA...
Ayyan comel betul keletah dia..kelakar bila die cakap dia mimpi ngeri.
“Ayyan mimpi Ayyan tidur bawah katil. Gelap. Papalah. Dia tidur sebelah Ayyan. Ayyan sampi ke tepi…ke tepi….lepas tu macam jatuh. Lepas tu macam gelap. Macam bawah katil. Ayyan minta tolong. Panggil papa…..papa!”
Mungkin Takdir...citer yg ada pengisian! sgt menyentuh rasa!....krn satu kisah hitam elin dinafikan hak sbgai istri..khaled suami yg ego! berasa dia yg baik yg elok tp sudahnya...tunduk jugak pd nafsu! pendek akal..goyah iman! luthfi suami yg mahu berubah mnjd baik n hrp serina akan ikut tp serina keras mnjd buluh dh!..sia2..tk blh buat apa dh! aryan...anak yg trkurng prhatian ibu tp mudah mndpt syg! cepat aje dia rapat nwsra dgn elin... hairie...tk tau nk istilahkan apa dia ni! sanggup pedajalkan luthfi n elin demi misi mndptkn suami utk serina? tp sudahnya baik serina n hairie..kecundang juga dek nafsu sendri! luthfi n elin..takdir mereka utk brsama juga akhirnya....selesaikn slh fhm yg dorang sndri tk sangka! hikmah utk dorang yg dianiaya! dan khaled..krn nafsu juga dia hilang byk perkara! kesal? rugi? tk de makna lg! mainan emosi dlm MT sgt baik skali..olahan dgn bahasanya tk meleret..mudah dihadam..kesan kisah ni tersinggah dihati..rasa puas bacanya!..yg pnting...citer ni sesuai bacaan UMUM! jd..silalah beli gerenti suka punya!!😍
Agak ringan kali ini berbanding dgn karya2nya sblm ini... Mungkin sbb kali ni mini saja. Namun, jika dr HR, senipis atau setebal mana pun kisahnya, ada isu moral yg diketengahkan untuk kita renungi. Biarpun kisahnya hanya cebisan kisah masyarakat, isunya bukan isu enteng dlm kehidupan.
Kali ini beliau berkisahkan ttg :- -pengKHIANATan...khianat seorang teman, khianat pasangan. Angkara khianat, terputusnya sebuah hubungan.
-HIPOKRASI...berlagak sufi, berlagak suci hingga menjatuhkan hukum sendiri. Akhirnya yg negatif itu berbalik ke btg hidung sendiri.
-AIB...terlalu asyik hendak membuka aib org lain, dlm masa yg sama terbuka aib sendiri.
-setiakawan...kawan yg baik membawa kita kepada kebaikan. Harus bijak memilih kawan.
-keMAAFan...lepaskan hati dari belenggu dendam. Tiada manusia tidak pernah berbuat salah.
Ini adalah mini novel dari HR. Jalan cerita best. Konflik pun nice je, tak terlalu berat tetapi tak jugak terlalu ringan. Boleh tamat pembacaan dalam beberapa jam je.
Kehebatan tulisan akak Hanni nie mmg x bleh dinafikan lagi... Dan bisanya diteruskan lgi di dalam novel nipis ini... Kisah Melina dan Luthfi.... Bermula dr psgn kekasih... Berpisah... Berkahwin dgn org lain... Bercerai.. Dan akhirnya berkahwin wpun ada kisah yg belum terlerai... Tp sptmna tjuknya... Mungkin takdir mmg dh tertulis yg jodoh mereka nie pjg.... Ayyan anak Luthfi ternyata menjd penhbg dua hati ini utk bersama akhirnya... Overall i love this story so much... Konflik ringan je wpun watak Khaled tue mmg mengannoyingkan... Psiko... Hahhaha... Tahniah kpd penulis... Hehe..
Saya sangat meminati karya penulis.. Sering tertunggu karya2 penulis, tetapi novel ini agak nipis bagi saya,mungkin watak Melina & Luthfi boleh dikembangkan lagi. Walau nipis cerita tetap padat & menarik 👍
kisah elin dan luth yg pernah bercinta dan kemudian berkahwin dengan orang lain namun kembali bersama semula. simple n sweet. mungkin takdir menjadikannya salah sebuah novel kesukaan i! kiki 😘