"I'm the only PhD in serial murder." - Ted Bundy "You could smell the blood." - Richard Ramirez
Membaca pengakuan daripada pembunuh bersiri terkenal dunia sudah cukup menggerunkan. Tetapi, bagaimana kalau anda yang jadi sasaran?
Bekerja sebagai seorang wartawan jenayah membuatkan Tihani Rose sudah terlalu lali dengan mayat dan pembunuhan. Namun satu panggilan pada malam itu, mengubah segala-galanya.
"Tihani Rose... suara kau memang manis."
Dia diselamatkan oleh seorang lelaki yang langsung tidak dijangka-jangka. Lelaki yang pernah menghentak jantungnya dengan pengakuan...
"I am obsessed with serial killers."
Kemunculan Alexander Aryan bukan sekadar itu. Datangnya membawa memori silam dua belas tahun lalu. Katanya, mahu menjaga dan melindungi. Tetapi, benarkah dia sekadar seorang pelindung?
"Izinkan I ambil mood musim luruh ni, izinkan I guna keberanian yang tiba-tiba muncul ni, untuk luahkan apa yang ada dalam hati I." - Tihani Rose
"Tia, don't do this. You're hurting yourself." - Alexander Aryan
Bila seorang demi seorang remaja perempuan dibunuh, Tihani akhirnya mengetahui kebenarannya. Mereka semua dijadikan bahan latihan sebelum White Killer mendapatkan dia.
"You shall be my masterpiece, Tihani Rose." - White Killer
Tetapi White Killer tersilap besar. Tihani Rose tidak akan semudah itu menyerah. Untuk setiap titis air mata yang mengalir, setiap titis darah yang menitik dan setiap penderitaan yang dia tanggung, Tihani akan melawan semula.
"Kau nakkan nyawa aku? Baik. Bring it on. Malam ini, hanya akan ada salah seorang daripada kita yang selamat." - Tihani Rose
Cabaran akhirnya dilempar. Mereka sudah sama-sama jadi gila. Dan Alex semakin terdesak! Mampukah dia jadi sang penyelamat? Atau dia perlu membebaskan kegilaannya sendiri? Kerana sesungguhnya, dia juga bukan manusia biasa.
Aurora Lost Girl, Eireen Rose, kakak kepada Tihani Rose hilang tanpa jejak sehingga kini dan itu lah yang mendorong kepada siapa Tihani Rose sekarang. Dia masih mencari… masih berharap... Susahnya untuk menerima sebuah kehilangan yang tak pasti. Selama ini dia tidak keseorangan, ada seseorang yang selalu memerhatikannya iaitu Alexander Aryan. Siapa lelaki ini yang tiba-tiba muncul di di dalam hidupnya. Pada Tihani, dia cuma seorang peminat terhadap karya Alex tetapi tidak pada Alex, Tihani seorang yang sangat penting yang telah hadir dalam hidupnya 12 tahun dahulu.
White killer, gelaran yang diberi kerana mangsa-mangsanya dijumpai dalam persalinan putih, dibunuh kerana dicekik dan biji mata mangsa yang dikorek. Dan tanpa sedar Tihani Rose telah dijadikan sasaran utama White Killer. Untuk menyelesaikan kes ini, Alex bertindak sebagai konsultan yang dihantar oleh NYPD untuk sama-sama membantu pihak polis, ASP Edric yang juga merupakan sahabat kepada Tihani Rose. It is totally about a psychopath. Apa beza antara sociopath dan psychopath? Sedikit sebanyak aku tahu psychopath tak berfikiran macam kita yang normal ni. Tiada perasaan. Feel nothing. Mereka mencari sesuatu untuk memuaskan nafsu dengan cara membunuh iaitu kepuasan maksimum. Mengapa Tihani Rose yang dipilihnya? Apa istimewanya perempuan itu di mata White Killer.
Aku suka bagaimana di akhir cerita kesemua teka-teki terjawab dengan baik. Seolah-olah puzzle yang kesemuanya bercantum dengan sempurna. Pengisahan hidup seorang White Killer dari kecil. Most serial killer don’t have a particularly happy childhood. Perdamaian hubungan di antara Tihani Rose dan mummy. Masing-masing terkesan dengan kehilangan Eireen Rose dan menyebabkan hubungan anak beranak tersebut dingin.
1. Pengakhiran hidup Eireen Rose, mangsa pertama White Killer. 2. Lelaki misteri, Alexander Aryan yang muncul secara tiba-tiba kerana ingin melindungi Tihani Rose. 3. Tindakan berani mati Alexander Aryan apabila menghadapi bahaya yang selalu menjadi tanda tanya. 4. Perasaan empathy yang melampau yang ada dalam diri Alex.
Good job Cik Penulis. Aku biasa tengok drama or movie je kalau story psiko-thriller macam ni, rasa tak confident pulak dengan membaca. Perasaan aku macam ah! leganya dah habis. Tapi macam sedih pulak sebab dah habis.
1. Jangan tertipu dengan tajuk yang cliche dan cover yang simple itu. "Don't judge book by its cover" amat sesuai digunapakai dalam perjalanan Yuni bersama watak2 dalam cerita ini.
2. Masih tentang cover. Macam mana cover "Syurgaku Tak Sempurna" can give such an eerie feeling tapi ceritanya biasa2 sahaja. Manakala cover novel ini simple tetapi ceritanya...baca sendiri lah. Kesimpulan yang boleh Yuni buat, tulis novel mengikut idea sendiri adalah lebih 'bebas' berbanding mengolah drama menjadi bentuk novel yang terikat kepada 'peraturan'.
3. Prolog yang membuatkan Yuni tertanya2. Siapakah yang dibunuh itu? Siapakah pembunuh itu? Kenapa awal2 sudah dimulakan dengan pembunuhan? Dan ayat pembunuh itu...hati kering betul orang ni.
4. TAKDIR! Walaupun pelik untuk Yuni hadam tetapi kalau dah takdir, nak cakap apa kan? Dengan kepadatan manusia di muka bumi ini sebanyak 7 billion, Alexander Aryan dapat juga bertemu face-to-face dengan Tihani Rose dalam fan meeting itu. Adakah itu satu kebetulan untuk Alexander Aryan request semua fan yang datang perlu beri nama? Adakah itu satu kebetulan juga dia TERperasan nama Tihani Rose tetapi tidak pada Rafael Lee? Adakah itu juga satu kebetulan Rafael Lee bertemu semula dengan Tihani Rose secara tidak sengaja di airport?
Kebetulan itu wujud. Kerana kebetulan juga yang buatkan Yuni menonton "Love me if you dare" seminggu sebelum start baca novel ini. Drama tersebut tentang seorang criminal psychologist yang try solve mysterious and violent criminal termasuk serial killer. So ketika membaca tu, Yuni boleh bayangkan situasi nya which is better compare to just read kan.
5. I feel you, Tihani Rose. Kalau dibenarkan, Yuni nak je buat apa yang berlaku pada Momo dan Koko itu kepada Rafael Lee. Seronok kan bunuh manusia atau haiwan yang tidak bersalah itu. Seronok kan melihat ke anak mata mangsa ketika mencekik leher mereka. Seronok kan bila bermain game "hide and seek" dengan polis. Lagi seronok kalau kamu juga merasai apa yang mangsa rasa.
6. Tak puas hati dengan ending Rafael. Yek eleh...gitu je?
7. Kalau dalam "Salju Kyoto", penulis buatkan Yuni study tentang yakuza di jepun. "Aku lelakimu" buatkan Yuni study tentang famous serial killer dunia dan kisah berkaitan penyakit Alexander Aryan. Sebab Yuni tak faham macam mana seseorang itu tiada rasa takut tetapi mempunya empathy yang tinggi. Tapi ianya memang wujud. Dan tentang serial killer, menarik untuk dibaca.
8. Terima kasih, cik penulis. Lately novel2 melayu tak cukup umph nya untuk Yuni baca. Lately Yuni hilang mood untuk membaca. Tetapi "Aku Lelakimu" seakan-akan memangil Yuni untuk kembali semula. Mungkin.
Terima kasih, cik penulis. Kerana memberikan sesuatu kepada pembaca. Bukan sekadar satu cerita yang cliche namun buatkan Yuni terbayang-bayang. Yuni baca novel ini ketika bercuti di lereng bukit, berdekatan hutan, rainy night. Baca tentang thriller sambil ditemani bunyi ungas dan angin main 'ketuk2' tingkap amatlah tidak digalakkan.
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM18. Pada sesiapa yang berminat, boleh PM.
After the awesome that is Salju Kyoto, N ternanti-nanti if Sara Aisha will ever write another masterpiece especially selepas Syurgaku Tak Sempurna yang sangat meh.
Aku Lelakimu adalah sebuah novel romantic-thriller, sebuah genre yang tidak asing pada N, but this was the first time I read one in BM.
I was not disappointed.
Pada N, there is a nice balance between thriller and romance, which I really like. I even like watak villain dalam cerita ni sebab he was plain psycho.
Do I like this more than Salju Kyoto? Probably not. I still believe that Salju Kyoto was her best work to date. But Aku Lelakimu is still worth reading sebab to me personally, it was different than most Malay novels that I have read so far.
Highly recommended to those who love thriller novels. Unexpected story line from Malay writers. Usually pasal cinta. But this is totally different. It is about psycopath.
1. If based on the title, kita akan anggap novel ni cliche. Pasal cinta,kahwin,ada orang ketiga keempat. But stop there. Nope. Its totally different. Tak ada langsung pasal cinta yang meleret semua. Cinta hanya diselitkan sekadar penambah rasa. Alex and Tihani not showing their love too much. Just a little bit flirting maybe over there over here. But overall based on the main course je.
2. Story line is totally different. Kalau novel cinta, kita terbuai dengan ayat romantis si hero tapi si heroin jual mahal. Or vice versa. Hero terlebih sombong and kurang kemanisan gula dalam diri. Since it is about serial killer who is also a psychopath, Sara Aisha memang tekankan pasal psychopath. Tak ada belok sana belok sini.
3. It is a good a way to acknowledge this issue to people. In Malaysia, psychopaths mungkin masih baru. But in other big countries such as America, psychopaths do exist. This is what happened to White Killer. He looks normal but actually he is not. These psycopaths just need something to trigger their inner feeling. White Killer trigger to kill because of Tihani. They did find the reasons to kill. They are monsters. Relax je bunuh orang. I like the way writer selitkan all the big cases on psycopaths yang berlaku dekat negara lain. Secara tak langsung itu buktikan yang psycopaths ini wujud and sangat berbahaya kalau mereka ini dibiarkan tanpa rawatan yang sewajarnya from the early stage. Macam White Killer. Trauma from past events pun boleh jadi punca.
4. And I can compare Aku Lelakimu with some English thriller novels such as The Death Collectors by Jack Kerley or Alex Cross series by James Patterson. Both writers stressing on serial killers which is also psycopaths. From the beginning till very end, jalan cerita tidak lari langsung dari main point. Psycopaths. So cerita tak meleret semua.
5. Passion made you. Contoh, Tihani. Because of her passion in journalism, she is willing to do anything even it may bring harm to her. Sanggup pergi kawasan jenayah sendirian sebab nak cari info untuk report dia. Respect to all those journalists yang bersusah payah mencari berita semata-mata nak sampaikan kepada masyarakat hingga sanggup bahayakan nyawa sendiri. Hats off to those journalists.
6. I do like the way Sara Aisha selitkan peranan polis dalam case White Killer. Seberani Tihani dia still minta pendapat ASP Edric untuk buat apa-apa. And Edric tak ada dibiarkan terkontang-kanting tanpa petunjuk. I do admire Edric. But part Alex was hired as a consultant for the police department is kind of exaggerating. In America, they use consultant in certain cases. But in Malaysia, I don't think so. Maybe for the next novel(perhaps?), the writer can do some research with police department for the international cases. So benda tu boleh nampak lebih real for Malaysia community. Anyway, writer did mention on Trivia part pasal peranan Alex as consultant is based on American system.
7. Alex penghidap post-traumatic stress disorder (PTSD) berpunca daripada kerosakan pada bahagian otak. This is my first time reading about this. PTSD buatkan Alex hilang perasaan takut dan sebabkan dia ada perasaan empathy yang sangat tinggi. That's why dia mudah rasa empathy to those but not fear to do anything. And the past event happen due to his PTSD make him believes that dia tak sesuai untuk sesiapa and cuba lindung perasaan dia. (Poor Alex 😢) If not treated may cause to mental disorder (based on my reading).
In conclusion to this, Aku Lelakimu is a good thriller novel. Pembaca bukan dihidangkan dengan cerita tetapi juga diberi pengetahuan. Books should be the medium in spreading the information and knowledge to the community. For me who like thriller novel very much, Aku Lelakimu berjaya memberi bermacam rasa seperti marah,suka,terbuai and etc. Aku Lelakimu berjaya buat readers like me terus terbenam dalam ketebalan novel disamping berjaya membuat pembaca turut berfikir what happen next,whose the next target,who is the killer,etc. Good job to the writer. Keep on good work. Mungkin next boleh buat ASP Edric series tentang cases yang dia siasat. Congratulations on writer for a good thriller novel.
Ps: Since Malaysia dilanda dengan demam adaptasi novel into drama series/film, here are two(2) suggestion from me to any producer/director ; 1. Please choose wisely the actors/actresses for all the characters especially Alex,Tihani,White Killer and ASP Edric. Choose the one who is very suitable and capable for the characters. Jangan based on popularity.
2. Please do not change the story line. Biar nampak setiap babak tu and biar penonton turut sama rasa apa yang penulis sampaikan. Kalau marah biar penonton pun marah. Kalau sedih biar penonton turut rasa sedih and so forth. And the eyeballs, buat dia nampak real.
Ni cerita psychothriller. Baca buku ni, lebih kurang tengok movie la. Cuma takde la sound effect yang melampau tu. .
"caring for someone is not only about protecting her, Tihani Rose. It is also about empowering her"- Alexander Aryan. .
Aku suka watak Tihani. Dia seorang crime journalist. So, bukan senang untuk jadi crime journalist, kalau dia tak berani. Lagipun, dia pandai seni mempertahankan diri. Yes, Alex can protect her. But, she can also protect herself. .
Alex pulak is like a monster. He is half monster, half human. Kerana otaknya ada kekurangan, dia memiliki sifat empati yang tinggi dan tiada rasa takut. Dia juga boleh membunuh demi orang yang dia sayang. .
Rafael Lee. Our psychopath. Our serial killer. .
Aku suka sebab daripada awal lagi, kita semua dah tahu, pembunuh tu ialah Rafael. Tapi, yang aku duk berdebar ialah, macam mana nak tangkap Rafael ni. Mamat ni memang sumpah gila. Dan aku suka the whole process and progress untuk tangkap si Rafael ni. .
hahaha...dan part sweet, secoet yang belakang tu pun, dah buat aku bahagia. Less is more. .
I need more this kind of book. Buku yang memberi ilmu tentang psychopath and serial killer and crime. Kalau nak suruh aku baca buku yang penuh dengan fakta, mestilah aku tak rajin.
Membaca novel ini unpama menonton filem aksi thriller yang mendebarkan dan menyebabkan tak senang duduk.. Walaupun novel ini novel thriller tapi penulis berjaya memberikan emosi sedih pada pembaca.. Memang macam roller coaster okay.. Kejap rasa geram dengan pembunuh.. Kejap rasa sakit hati tengok perangai selamba hero.. Kejap rasa macam nak tercabut jantung.. Tetibe meleleh-leleh air mata sebab sedih.. Memang memberi kesan betul novel ini.. Jalan cerita yang sangat menarik.. Hanya kerana sepasang mata, manusia boleh menjadi gila dan tak betul.. "Although the world is full of suffering, it is also full of overcoming of it - Hellen Keller" #akulelakimu #saraaisha #novelmelayu #novelaksi #actionnovel #bookstagram #hobisaya #booklover #bookworm #bookreview #reviewbukuolehsha #bookreviewbysha #bacaandisember2017
Apa yang saya boleh cakap : Cara penulisan yang baik, ayat-ayat yang penuh dengan ilmu sebab kita boleh nampak yang author (Sara Aisha) memang buat research yang banyak ya sebelum nak hasilkan this buku 👍👍
Actually, dah lama dah aku nak cari novel yang ada action/thriller daripada penulis melayu selain daripada RAM. Akhirnya, aku jumpa banyak review yang good pasal this book and aku decide untuk baca. And I did not regret at all, sebab bestttt. Yang menariknya, aku rasa macam aku tengah tengok drama, drama thriller ala-ala cerita korea macam tu. Buku ni bagi aku lagi satu, dia boleh buat kita still fokus nak baca even we already knew the culprit right from the start. Aku ingat aku akan bosan, sebab yalah aku suka plot-twist 😆 tapi buku ni tak bosan sebab sarat dengan info-info baru yang related to crime/psychology. Bias sikit la review aku ni agaknya, sebab aku peminat tegar cerita-cerita macam ni. Owh tapi aku rate 4.75 sebab ada a bit draggy part sikit bagi aku. Yg lain semua ok 👍
So, Sara Aisha terus jadi favourite author aku 🤭 Nanti, nak beli Codename series and Salju Kyoto pulak. 😊 #emptycanvashida
Klu dh namanya Sara Aisha,mestilah jalan ceritanya lain daripada penulis lain😉.
Antara SK dan AL ni,aku lebih suka SK.Tapi itu tak bermakna AL ni tak best.AL ni best je cuma aku yg takleh nk move on dgn SK😂
Genre kli ni tentang psiko-thriller.Rasanya setakat ni tak pernah lagi aku baca buku yg bergenre seperti ini.
Selepas habis baca,aku rasa sedih sikit dgn ending nya.Aku mengharap yg Rafael Lee tu hidup dan penyakit dia tu boleh sembuh😭.
Pada pandangan aku lah,Ibu angkat Rafael ni yg patut dipersalahkan.Sanggup dia buang dan tak mengaku yg Rafael ni anak dia sebab Rafael ni tak 'sempurna',at least bawalah jumpa doktor dan cuba cari jalan penyelesaian.
Ok! Untuk watak Alex,pada mulanya aku pelik dgn perangai dia ni.Aku igtkan dia ni ada split personality sbb perangai dia ni sekejap2 berubah😐 tapi dia ada penyakit yang jarang sekali didengar dan dihidapi oleh orang ramai,kesian Alex.
Rafael - Aku lagi suka Rafael sebenarnya.Kalau Rafael ni bukan psikopat,aku lagi sokong dia dgn Tihani😂aura Rafael ni lagi memukau berbanding Alex.
Tihani Rose - Nama yg cukup indah.Dia seorang yg sangat tabah dan berani walaupun tahu dirinya diburu pembunuh bersiri.Heroin cik Sara selalu berani dan ganas😂.
Last sekali,aku nk ucapkan tahniah dan aku sangat tabik dgn cik penulis ni yang rajin mengkaji pasal penyakit2 ni semua.Semoga karya penulis akan dtg pun berbeza seperti ini.
Buku ni berkisarkan bagaimana untuk atasi trauma-trauma, masalah penyakit genetik yang dihadapi sejak sekian lama dan pembunuh bersiri.
Plot utama, cari siapa pembunuh yang dah bunuh ramai gadis tanpa belas kasihan.
Tihani Rose, his ultimate fantasy.
Bagi aku, pengenalan Tihani & Alexander menjadi titik permulaan untuk mereka kenal dan sama-sama cari 'penawar' dari kesakitan yang sudah lama menghantui diri.
Healing eh kata orang?
New York. Di situlah. Aku sampai terlupa yang aku sedang baca buku pasal crime thriller?
Cerita ni straight forward, tak berliku tak ada kejutan atau plot twist.
Aku cuma terfikir, penyakit genetik tu memang takkan ada rasa tindak balas pada rasa sakit ke?
Ada sebut sekali waktu Alex cedera lompat atas motor.
Tak disebut pasal sakit (fizikal) cuma sifat berani dalam diri Alex.
Mak Alex pun tak sebut pasal sakit bila dia balik rumah dengan kecederaan di badan, Alex cuma tersengih saja.
Eh, kunci yang hilang tu macam mana pula si mamat tu jumpa ye?
I super love this. Great suspense factor, amazing plot with excellent writing style. The way Sara Aisha wrote this piece - I am beyond amazed. Everything was described perfectly, I can literally imagine the scenes in my head with each line I read.
Both main characters have their flaw, and I think that's what makes the story realistic. They both grew up with their childhood guilt and it pained me how someone of such a young age bear the burden. Apart from the interesting information in personality disorders, the author also centered on family values in this piece.
Very minor grammatical errors, and I appreciate the effort taken by all parties to minimize the flaws. There are so many things that I love about this book, I just cannot list all of them. You'll have to read it yourself to find out :)
A heavy book for me... Banyak sangat terms yg kena perah otak untk pahamkan. Minda psycopath. And minda penyiasat and journalist. Too many untuk hadam.
Oh God! Akhirnya tamat jugak baca novel psiko-thriller ni!
Perasaan bila dah habis baca?
Fuh... aku rasa lega. Puas hati. Mampu tersenyum dah. Cehh.
Ok... kalau nk dibandingkan SK dgn AL, SK boleh jugak senyum2 masa baca, boleh sengih, tp bila baca AL aku rasa muka aku serius jer memanjang. Why? Sbb AL bknlah satu kisah yg sweet2, tp betul2 thriller punya!
Ia punya thp thriller dan betapa psikonya watak dlm citer ni buat aku rasa kagum giler dgn Cik Sara Aisha ni. Hebat betul cik penulis mampu hasilkan sebuah novel sebegini. Bkn calang2 org cik penulis ni yer...
Aku sebenarnya tak tahu nk komen apa utk buku AL ni. Because it's too perfect! Dari segi jln cerita, watak2, konflik, gaya olahan penulis... semuanya sempurna bg aku.
Ok. Sejujurnya aku sukakan watak Rafael Lee dlm citer ni. Walaupun dia tu sgt2lah psiko, tp aku kagum dgn lakonan berlagak normalnya itu mampu menutup mata2 org di sekelilingnya. Tgk dr segi cara dia melayan Amber sebelum Amber dpt thu hal sebenar tu, memang melting habislah, kan? Nampak mcm innocent jer, sweet jer, walhal hakikatnya... mampu berhuhu ajelah.
Utk watak Alex... ok! Mula2 aku agak hairan sebenarnya. Hairan yg dia ni manusia jenis apa ya? Mula2 aku fikir dia ni mcm Rafael Lee jugak, tp rupa2nya tak pun. Kalau si Rafael tu terlampau kejam, Alex ni pulak terlebih baik. Lack of empathy versus too much empathy.
Tihani Rose. Aku tabiklah dia ni sbg watak heroin yg sgt hebat. Sgt kuat. Tp itulah kan, watak Nailah dlm SK pun hebat jugak. Kesimpulannya, kedua-dua watak heroin ni memang gempak habis!
Begitu juga dgn watak2 lain, aku sgt suka, especially ASP. Edric. Dia punya naluri tu memang power ah! Hahaha.
Akhir kata, seperti biasa... setiap kali bila dah habis baca buku Cik Sara Aisha ni, mesti akn nanti-nantikan sgt karyanya yg akn dtg! Semoga urusan cik penulis utk menyiapkan karyanya yg baru dipermudahkan Tuhan, amin...
Bismillah. Sebuah karya yg sgt sgt sgt best! Ini kali kedua membaca genre sebegini. Looking forward to read other books from tis author. Well recommendation! Tahniah!
“I would rather be a villain, than a hero.” - Alexander Aryan
I’m not a fans of malay romance novel so, akan jadi cerewet sangat untuk pilih buku² cinta melayu ni. Suddenly, terbaca beberapa ulasan atau resensi pembaca tentang buku Aku Lelakimu. Awalnya, tak percaya atau tak nak terpengaruh dengan ulasan² dorang sebab takut tertipu dan kecewa. Yalah, citarasa orang lain² tapi hati ni tertarik nak baca sinopsis. Disebabkan menarik dan buat saya bereaksi 😮😯😲 saya pun belilah buku ni.
Alhamdulillah, bacaan yang sangat² menarik. Penulis mengarang setiap babak dengan setiap watak yang penuh dengan emosi. Babak sedih, karakter betul² sedih. Babak aksi, karakter betul² beraksi. Jalan cerita yang sememangnya mindblowing dan jauh dari cliche. Tabik pada penulis yang banyak buat research demi mencipta sebuah karya yang masterpiece 🤯 Novel ni memang lain dari yang lain, kelebihannya adalah dari segi idea dan satu lagi, babak romantis yang tak terlalu cringe. Cukup beberapa perenggan dan muka surat, dah berjaya menarik saya untuk meneruskan bacaan. Tak macam novel lain yang tulis babak romantik yang berlebihan sehingga saya turn off nak baca.
Next, saya peminat genre aksi dan thriller so dekat sini, penulis sangat pandai membina ayat dan membuat babak-babak tersebut hidup. Buku ni juga bukan saja menghiburkan, tetapi dapat menjana sedikit ilmu tentang penyakit mental. Dalam buku ni, karakter semua memainkan peranan yang sangat baik. Contohnya, karakter polis, memang betul tunjuk jadi polis. Bukannya, polis atas nama aje, yang kononnya DCP ... tapi kerjanya bercinta je memanjang. So, this is totally what I want! Heroinnya saya suka. Kuat, berani, tegas. Kenalah dengan hero. Sesuai jadi partner in crime.
Kadang baca buku ni terasa vibe k-drama. Penuh dengan info bagus, aksi, thriller dan secubit romantis yang menyempurnakan karya. Sesetengah pembaca harap sangat novel ni diadaptasi but A BIG NO FOR ME. Harap sangat tak ada siapa yang sentuh novel ni! Or else, they will ruin and destroy all my imagination 😭💔
Penutup bebelan saya, bacaan sebanyak 743 muka surat memang sangat berbaloi. Deserve 5🌟 Finally I found my new favourite author. Lepas ni, memang takkan ragu-ragu nak beli karya dari penulis Sara Aisha 💗
Ini novel kedua Sara Aisya yg dibaca selepas salju kyoto.Penulis memang study apa yg ditulis. Bukan kisah cinta semata mata. Takla minat genre thriller tapi slalu tengok siri Law & Order SVU.so excited la menghabiskan novel ni.
Terbayangkan Alex macam dalam watak siri tu.dengan gaya penyiasat gitu.Macho sungguh.hehe Dan Tihani Rose memang seorang yang kuat.Scary kot jadi sasaran psycopath.huhu
Susunan cerita yang teratur dan garapan yang menarik membuatkan xleh stop baca buku ni tanpa skip pun.
Pastinya selepas ini akan hunting novel2 sar Aisya!
Bersyukur sangat KaryaSeni ada buat promosi kombo frontliners. Nampak saja novel ini, terus beli. Punya lama mencari novel ni dekat kedai tak jumpa (padehal nak cari yang murah). Haha.
Berbalik pada novel ini, saya kira tidak perlu dihurai terlalu banyak memandangkan kebanyakan pembaca sudah pun memberi review yang terbaik buat novel ini. Sejujurnya bagi saya novel ini ditulis dengan cukup rencahnya. Seperti biasa Sara Aisha berjaya membawa pembaca untuk sama-sama merasai kepayahan hero dan heroin demi mencari sebuah kebenaran.
Kesimpulannya, novel Aku Lelakimu merupakan karya 'teragung' penulis. Berharap sangat ada penerbit tempatan mengambil naskhah seperti ini untuk dijadikan sebuah filem/drama kerana isinya cukup padat.
Dan.... Saya juga gemar mencadangkan agar novel tempatan disediakan ruangan 'RUJUKAN' yang menjadi sumber penulisan penulis. Ambil contoh karya penulisan Sara Aisha dan Ramlee Awang Murshid. Bukan apa, dengan rujukan seperti ini, paling tidak akan dapat membantu pembaca untuk mengetahui lebih lanjut memandangkan ada penulis sekadar meletakkan yang asas. Jadi, pembaca tidak mendapat informasi tambahan lebih-lebih lagi jika info tersebut sangat berguna. Apa-apa pun karya Aku Lelakimu, terbaik! Tahniah Sara Aisha!
This book... what can I say? After salju kyoto, I had been eagerly waiting for her new book.
The only bad thing about this book is the title! Please don't let the corny title deceives you!
I managed to read this book within a short period of time because the story got me hooked!
And what can I say of Alexander Aryan? He fits my dream guy checklist perfectly: 1) He is an author 2) He is clever 3) He is rich 4) And he is realllyyyyyyy sweet!!!!
Tihani Rose? Her name is so pretty! I wish I could have kids and give her name to one of my kids! Hahahahah
And of course, the romance in the story? Even though this book is supposed to be a thriller, my heart still feels like it has butterflies....
"Your pain is my pain" - Alexander Aryan. Pertemuan Alexander dan Tihani telah membuka kisah disebalik siapa lelaki itu kepada Tihani Rose di masa lalu. Novel ini berkisarkan tentang misteri dan psikothriller. Ada kisah lama yang perlu dirungkaikan. Light romance but for me it is more than enough sebab karakter Alexander mempunyai aura yang tersendiri.
I have been a fan of SA since the story of Karn & Dian, cerita-cerita SA memang menarik.
Thriller have always been my favourite story and I love to reading but there are not so many of this genre in Malay books thus. being able to read it in my own mother tongue is an honour.
For Aku Lelakimu, SA have outdone herself, the story is just all in place and it makes you the reader adrenalin goes faster each time you turn the pages.
It took me 5 days to finish reading from prologue to the final page. I have told the author I cannot fast read all her novel.
Reading the latest SA novel will make you feel as if you are watching a movie and my feeling is I really wanted to shout at Alex , Tia, Doc Laili , ASP Edric, I wanted to shout liek this: "its that Rafael, he is the killer he is the monster and the psycho killing everyone.!!!" Don''t you get it.... but I guess by doing so the story will end fast...
I really feel Tia frustration, anger, loss of hope when the psycho kill her cats Momo & Koko (I pity her so much, I know the author really have a difficult time writing the scene) and for Alex when he was there watching Tia at Arrora Mall especially when his mother tell him he looks creepy. (Alex must be down to be told by someone close to you that your are creepy)
I know you have done your research well SA, VERY GOOD SA 10/10* for AKU LELAKIMU
p/s it is me or do other readers realize that the prologue is talking about Eireen Tis’s sister uhu RL you are a very BAD BAD BAD MAN!!!!
First time baca karya dari kak Sara Aisha, I'm in love with this book. Serious best. Watak Alex, dia sangatlah charming dan yang penting, protective. Kerja as penulis novel psychopath/thriller like that. At first, kemunculan dia pelik, and mendatangkan syak-wasangka. Tapi, bila tahu kisah dia, okey, dia ni adalah untuk saya. Hahaha.
Tihani pula, dia kerja as wartawan jenayah tak silap. Ingat" lupa. So dia ni kene serang one day dgn white killer. Start sini, Alex and Tihani makin rapat even this not first time dorang jumpa. And yeah, white killer suka Tihani. How to say ya that kind of suka tu mcm mana? Kene bacalah.. baru faham. Takut spoil lebih pulak.. naya je.
About storyline, lancar je bila baca. Dari pertemuan Tihani and Alex, dorang kerjasama untuk tangkap white killer. And, yang tak tahan, Alex ni pandai buat orang melting tau! Isy, hilang kejap fokus kat plot cerita. Hahaha. Dalam novel ni jugak, banyak information pasal psychopath.
4.3 (Dah baca beberapa bulan yg lalu tapi baru rajin nak add dalam GR)
Saya suka dengan genre AL. Saya sokong SA sangat berani bawa genre yg berbeza memeriahkan penulisan Malaysia. Good job writer👍
Saya suka bagaimana SA terangkan perasaan Rafael Lee, secara tak langsung reader tahu apa dalam kepala otak si jemah yg anggap membunuh tu satu kerja yg seronok. Kumpul bebola mata orang satu hobi. He's sick!
Saya gemar dengan genre sebegini, banyak filem² yg saya dah tonton maka saya dapat tangkap dan teka jalan ceritanya tapi STILL, saya tabik dengan penulis.
Apa yang spoil kan mood saya? Perangai heroin😂 saya tak suka Tihani Rose. Sikap dia acah² kuat dan terlalu emotional sampai lambatkan kerja penyiasatan🙄 Gosh! Kenapa mesti ada typical heroin yg macam ni? Nasib baik Alex ada dapat pujuk hati saya hahaha😆
Ya. Tak perlu cakap banyak lah. Semua karya S.A tak pernah menghampakan. This is one of the best i've read so far. I love the thrill, suspense, chemistry between the leads, forgiveness, and family relationship.
Aku Lelakimu ni nak compare dengan Salju Kyoto memang takde tandingan lah. Mungkin on the same level but different kategori. Dalam Aku Lelakimu tak banyak romance diketengahkan. Lebih kepada penyelesaian kepada kes 12 tahun yang dialami oleh Tihani Rose, Alexander Aryan, dan jugak White Killer. Crime investigation-centred sesuai untuk describe buku ni. Tahniah untuk Cik S.A for this amazing book.
Aku baca Aku Lelakimu sama timing dengan aku layan drama Mouse. Sangat related, in terms untuk kita baca orang-orang with psychopath traits. Give me creeps and excitement at the same time. Sejujurnya, aku sangat minat dengan psychopath punya cerita. You don't even know who's the villain that lives among you. Mereka pandai dwell in dengan masyrakat. Kalau baca Aku Lelakimu and pernah layan drama Mouse you can relate and obviously nampak macam mana.
Bercakap tentang plot buku ni, aku tak reti nak komen lebih sebab aku enjoy dia dari pengenalan, misteri, pendedahan konflik, dan ending. Kalau biasa baca buku Cik S.A ni semua tahu kot yang cerita dia semua berlandaskan true story, at the end of the book mesti ada section khas untuk Trivia. Banyak benda boleh belajar dari buku-buku dia.
Macam antaranya: 1. Perbezaan psychopath dan jugak sociopath 2. Perbezaan perasaan 'risau' dan jugak 'takut' 3. Penyakit yang dialami Alexander Aryan 4. Macam mana criminal mind works 5. Struktur polis/detektif
Dan banyak lagi. For those yang suka genre crime investigation, thriller, detective, polis, dan psychopath, mungkin boleh insert element psychology dekat sini walaupun sikit, aku galakkan baca. To be honest, pada bab awal aku confused nak kenalpasti dialog ni siapa yang cakap sebab tak tahu. Lama-lama terus hooked. Especially bila Alex dengan ASP Edric berbincang untuk figure out White Killer. Semua line dan deduction dari both of them sangat superb and super well done. Aku focus gila kalau dua orang ni muncul. Hahaha rasa macam duo yang hebat. Walaupun keduanya asyik sindir-menyindir je kalau jumpa. Tapi even perli-perli pun diorang punya hunch terus bullseye!
Aku harap boleh ada spin-off ke untuk ASP Edric. Special lah watak dia ni. Aku suka 😂
Oh and aku suka gila dengan karakter Alex. Aku rasa, even though dia macam tu dan dia pun describe diri dia sebegitu. Karakter dia dibina sangat vulnerable and sad tau. Tak tahulah berapa banyak kali aku started to tear up reading his life story. Kesian. The only safe place dia boleh pergi and seek such emotions adalah through Tihani. And i'm so happy for that. His umi and Benjamin sangat relief dengan ni. Walaupun tuan empunya badan sendiri tak sedar tu.
Ending dia.... aku tak berapa minat sangat. Aku rasa orang-orang macam White Killer ni perlukan punishment yang lebih dahsyat tapi itulah hakikatnya. Although macam so-so, the ending was okay and nicely put. Apa-apa pun tahniah Cik S.A.
Setel karya ke-2 dari Cik S.A. Nanti kita try korek The Shadow Series pulak heheh.