Pertemuan Elena dan Tuah bukanlah sesuatu yang dirancang. Pada situasi dan waktu yang salah, mereka berkenalan.
“Kenapa awak masuk campur urusan rumah tangga orang?” – Tuah “Excuse me? Habis tu, awak pula... Kenapa masuk campur urusan hidup saya?” – Elena
Elena yang berani. Elena yang sombong. Tapi Tuah tetap suka? Kata-kata Tuah dianggap bahan gurauan. Mana mungkin hari pertama berkenalan sudah diajak kahwin. Agaknya kepala Tuah dah biul!
“Apa nama awak?” – Tuah “Saya Elena Amir. Just call me El.” – Elena “El, kalau saya ajak awak kahwin... Awak nak tak?” – Tuah “Gila!” – Elena
Namun, Elena pula yang sasau disaat Tuah menghilangkan diri setelah lamarannya ditolak. Elena panasaran! Elena nanar! Dan… Dia lemas dalam lautan rindu!
Tersentak Elena apabila tiba-tiba muncul pula lelaki persis Tuah disaat dia sedang kerinduan, namun yang di hadapannya bukan lagi lelaki berambut rebonding seperti model dalam iklan syampu dan berfesyen seperti budak-budak hipster. Tetapi...
"Maigaaddd! Dia blah macam itu aje? Dia ni dah kenapa? Buat-buat tak kenal aku pula!" - Elena
Elena keliru! Benarkah itu Tuah atau sekadar angan-angan orang angau? Belum reda kekeliruan tentang Tuah, tiba-tiba muncul pula Nina si cantik manis, Cef Mike yang menjengkelkan, Datin Maria yang menggerunkan dan juga Nisrina yang membuatkan hidup Elena bertambah haru-biru.
SIapa mereka? Apa kaitan mereka dengan Tuah? Adakah lelaki persis CEO itu sememangnya Tuah yakni lelaki yang muncul dan hilang sesuka hatinya dalam hidup Elena? Ada rahsia yang harus digali. Ada rasa yang perlu dileraikan. Apa yang Elena tahu urusan itu perlu diselesaikan secepat mungkin!
"Sesungguhnya, urusan cinta kita tak akan pernah berakhir…" – Tuah
Cerita cint Elana dan Tuah yang sweet sangat sangat.. Disebabkan tersalah sangka, perasaan yang mula berputik terpaksa dipendam.. Namun kalau dah jodoh, pasti tak kemana.. Cerita cinta antara Elena dan Tuah yang diselang selikan konflik dari sahabat, kerja dan hubungan adik beradik.. Novel yang ringan dan merelakskan..
kisahnya tak complicated sangat cuma Elena yg suka merumitkan keadaan. kalau dah suka orang tu pergilah stalk ke siasat ke sebab dia ada banyak peluang nak kenal lebih dengan Tuah tapi Elena lagi suka buat andaian sendiri pastu nak sentap sendiri.
kalau dah suka tu jangan jual mahal sangat nanti tak pasal gila bayang.
Buku [02/2020] . Kata orang, "Don't judge a book by it's cover." . Dan ya. Buku ini saya pilih kerana kavernya yang simple dan menarik. Dan semestinya, teknik marketing yang diaplikasi di blurb menjadi penyumbang kepada pembelian buku ini. . Satu lagi buku yang dibeli lama dulu. Setahun yang lalu dan baru mula dibaca hari ini. . Banyak bahagian yang saya skip sepanjang pembacaan. Penulisan cerita ini dibuat menggunakan POV 3, tapi lebih memusat dan berpusar sekitar watak Elena. . Penumpuan penuh hanya tentang Elena dan pembaziran perkataan pada bahagian yang tidak perlu dan aturan plot yang tidak kemas agak melelahkan untuk dibaca. . Sejujurnya, saya hanya mampu membaca hingga ke muka surat 285. . Saya kira, penulis ini penulis baharu. Tapi rupa-rupanya saya salah. Somehow, I guess it just not my cup of tea. .
. i had a very fun time reading this sebab apa? sebab tak pening kepala HAHA cuma watak Elena tu yg suka complicated kan keadaan. Suka buat assumption sendiri tanpa siasat perkara sebenar 😌 As for me, Tuah sweet sangatt tapii perangai dia yang asyik menghilang tu rasa nak tarikk je rambut dia tau 😤
tbh, It’s a very simple story tapi nampak tebal buku sebab fl jenis yang taknak berterus terang tanya soalan yang dah terbang dalam fikiran dia tu 🙄 Overall, best je berkisahkan cinta Elena dan Tuah dan tambahan konflik dari orang sekeliling mereka. issa recommended untuk pembaca yang nak rilekk rilekk punya bacaan 🤓