Jump to ratings and reviews
Rate this book

LANGKAH

Rate this book
Ada apa dengan Saleha?
Seksa sangat ke duduk dengan Maksu tu? Tak suka terkongkong dan kena tolong jual sate tiap-tiap malam? Dapat makan percuma, tak perlu bayar sewa bilikpun, Saleha tetap tak gembira.
Marah sangat ke dengan Abang Hafiz yang tak izinkan dia kerja kilang? Atau bengang sebab abang kandung sendiri dah khianati janji?
Saleha ada cita-cita. Jadi apa yang Saleha harapkan daripada jejaka asing bernama Bago itu? Mungkinkah dia Prince Charming? Knight in Shining Armour? Captain America? Walaupun tampak gagah, mampukah Bago beri apa yang Saleha idamkan?
Hati-hati Saleha, bila dah berani melangkah…jangan lupa baca Bismillah.

288 pages, Paperback

First published September 30, 2017

3 people are currently reading
39 people want to read

About the author

Dayang Noor

17 books74 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
18 (30%)
4 stars
22 (36%)
3 stars
18 (30%)
2 stars
2 (3%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 16 of 16 reviews
Profile Image for Asmar Shah.
Author 20 books136 followers
December 20, 2017
2.8* untuk Langkah!

Aku suka sebenarnya genre cerita sebegini - genre realisme.

Semuanya baik. Jalan cerita, naratif penceritaan, cover buku dan semuanyalah.

Cuma seperti ada sesuatu yang tertinggal. Tapi aku sendiri kurang yakin apa yang kurang itu. Mungkin perasaan aku saja kut. Tapi satu yang selalu bermain di dalam fikiran- entah kenapa, aku kurang rasa mainan perasaan setiap watak. Aku tak nampak rasa memberontak yang betul-betul sehinggakan boleh buat aku pun macam nak sekali memberontak dengan Saleha. Malahan Saleha juga tidak tegas pada keputusan yang dia sendiri dah buat serta kesusahan yang Saleha dan kekasihnya alami setelah lari ke Perlis, hanya sipi-sipi saja singgah ke benak.

Tapi buku ini bagus untuk budak-budak baru nak up supaya berfikir dulu kalau nak bertindak. Fikir sejauh yang mungkin.

Jangan risau buku ini masih seronok untuk dihadam. Ceritanya masih sesuai untuk anak-anak. Tapi kalian tak perlulah hiraukan pendapat peribadi ini jikalau anda belum membacanya. Cubalah dulu. Manatau kalian akan suka, kan?

Peace!
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
January 23, 2018
LANGKAH
by Dayang Noor

Perjalanan hidup Saleha penuh ranjau, dibuli mak su nya ibarat kuli berniaga sate dan sedaranya, Rina. Abangnya Hafiz pun seperti tidak mempedulikannya dan sibuk dengan kerja dan kawan2nya. Sehinggalah bertenu Bago, jejaka Myanmar yang berjaya mencuri hatinya. Kejadian ditampar Hafiz membulatkan tekad Saleha untuk lari ke utara. Akan bahagiakan hidup Saleha nanti?

sebuah kisah realiti kehidupan remaja yang belum tahu arah matlamat hidup dan sering memberontak, mengambil tindakan drastik untuk lari. Namun, tak semua yang di angankan menjadi nyata. Samalah seperti nasib Saleha. Sepanjang pembacaan, saya berharap agar Saleha selamat.. jangan lah jadi apa2 bila bersama Bago tu.. dah la banyak sangat orang jahat keliling!

cuma, jalan cerita terlalu langsung, ada bahagian yang saya rasa boleh skip saja. Tiada konflik yang berat pun, mungkin tema masih ada orang baik2 di dunia ni - seperti Pok Li, ataupun sejahat mana manusia, akan berjuang demi cinta - seperti Bago.

banyak jugak adengan yang mendebarkan - ibarat kalau menonton filem ingan saja teriak, lari je la Saleha! buat apa tunggu lagi1 nasib baik semua selamat... lega jugak.

dari segi tema dan moral, banyak dapat di kutip. saya suka dengan kesederhanaan karya ini.
Profile Image for Arif Zulkifli.
Author 27 books184 followers
October 12, 2017
Bukan sebuah buku mindfuck, bukan juga sebuah buku sedih (mungkin sedikit). Tapi Langkah adalah sebuah buku realiti yang aku rasa semua orang patut baca.

Profile Image for Adrianz.
146 reviews22 followers
March 18, 2018
Kisah realiti hidup remaja yg baru nak kenal dunia. Biasalah darah muda smuanya kalau boleh nk "rasa" nk try.. huhu...
Profile Image for Regina Ibrahim.
Author 22 books112 followers
October 20, 2017
2 bintang
a. untuk cover dan susunan yang baik
b. untuk usaha bercerita.

Penceritaan yang mudah tentang gelojak si gadis Saleha tentang kehidupan yang dilaluinya. Kisah asal Joon Goh yang khabarnya akan difilemkan pada tahun 2018. Dayang Noor menjalin penceritaan dengan baik. Isi dan plot yang biasa, pergerakan Saleha yang lembab sehingga bab 18 masih lagi terperuk di rumah maksu dan mula menanam rasa cinta sehingga nekad Saleha membawa dia dan kekasih ke Perlis. Banyak ruang ruang masih boleh dibaik tambah untuk memantapkan kisah. (penipuan Haji Johari, kerakusan Mazlan, Shamsul, ulah Mak Su dan suasana Blue Diamond) Susunan plot untuk flashback pembunuhan boleh dibaiki lagi, pertemuan kebetulan dengan pembunuh ayah ibu juga sangat ringan. Masih sedap dibaca, meskipun sewaktu di Perlis butiran tentang telefon hanya diceritakan sewaktu Saleha kesal dan mahu pulang. Pujian harus diberikan pada urutan kisah yang jelas dan tidak memeningkan kepala pembaca.
Bagus untuk dibaca oleh anak anak gadis yang masih remaja.
Profile Image for Dieyana Ayuni.
93 reviews16 followers
August 23, 2018
Antara buku Fixi yang paling aku suka. Mungkin sebab ceritanya lebih real, cerita masyarakat. Dah berapa banyak buku Fixi aku baca asyik terlalu fiksyen sahaja sampai pening nak hadam. Ini umpama untuk kerehatan dan berpijak dibumi yang nyata. Ayat penulisannya mudah, cerita simple tapi kesan agak mendalam. Buat aku terfikir banyak perkara, tentang pilihan hidup, takdir dan semangat. Yang penting, Ziana Zain.
Profile Image for Rona Irama.
61 reviews
May 22, 2021
Finally something yang realistik untuk dibaca. Benda yang memang berlaku dalam dunia hari ini. Benda yang berlaku disekeliling kita sama ada kita sedar atau tak. Sesuai lah untuk bacaan para remaja hari ini, jangan terlalu ikutkan perasaan. Takut menyesal di keudian hari.

Macam Saleha tu, rasanya dia bukan sayang sangat pun kat Bago. Cuma dia rasa pada masa tu Bago je yang mampu faham dia. Bila berada dalam keadaan yang menekan, kita ada tendency untuk buat keputusan berdasarkan perasaan ketika itu. Maka jadi lah macam Saleha. Bago tu pun dia tak kenal sangat. Cuma pada masa tu mungkin dia rasa Bago lah penyelamat dia. Bila dah terhantuk, baru lah nak tengadah. Baru dia sedar siapa yang patut dia utamakan.

3.5 bintang. Tolak 0.5 sebab tak cerita kesudahan Bago. Mati ke dia? Atau dia berdendam dengan Saleha pulak sebab tinggalkan dia?
Profile Image for Amalia Masrom.
151 reviews7 followers
February 12, 2018
Saleha balik ke Kuala Lumpur tu satu kepuasan bagi aku. Lepas pengalaman yang dia dapat di Perlis, itulah yang seharusnya dia buat.

Ceritanya simple tapi menarik.
Profile Image for fyzz_records.
167 reviews16 followers
January 17, 2020
teringat dulu masa budak2 lagi, bila kena marah dgn mak abah ke ,mulala asyik fikir nak lari dari rumah je tapi takut dgn dunia luar 😁😂 .


kesian sebenarnya kat Saleha tu tapi kalau aku kt tempat dia ,aku pun lari 😁
112 reviews3 followers
May 20, 2019
Oh Tuhanku, begitu lama masa yang aku ambil untuk habiskan buku ni. Leganya bila dah selesai baca 😄

Aku rasa tidak membawa buku ni bersama waktu aku outstation memang satu tindakan yang bodoh. Nak melingkup dah mood aku membaca. Ahaha 😂

Buku ni dari segi mukasuratnya, aku boleh bahagi ke 6 bahagian. Bahagian yang pertama sesungguhnya satu penyeksaan untuk aku habiskan baca.

Buku ni ada banyak ciri-ciri sebuah naskah yang aku tak berkenan. Secara peribadinya, buku ni memang tak memenuhi citarasa aku. Ikutkan hati aku selepas separuh pembacaan, aku nak bagi 3 bintang saja. Tapi tak adillah macam tu, semata-mata sebab ia tak menepati citarasa aku? Tak adil...

Apa yang aku tak senangi tentang buku ni? Baik sangat. Erm, dia punya kejahatan tu macam acah-acah jahat 😝 Tapi yang paling krik-krik ya ampun bagi aku adalah penggunaan kata ganti nama antara adik-beradik di 1/6 buku ni. Aku rasa janggal sangat. Nak meletup kepala aku menghadap kejanggalan luar jangkaan ni. Aku ambil masa untuk terima.

Yang aku suka, banyak juga. Ceritanya baik. Menarik. Secara keseluruhannya, ceritanya anti-cliche(antara sebab aku tak berapa berkenan) Anti-cliche mungkin segar di pandangan sesetengah orang tapi bagi naskah ni, agak sukar utk aku terima. Aku suka perwatakan Hafiz dan Bago. Plotnya lancar. Kebanyakan babak, aku rasa memang realis. Dan kisahnya memang relatable.

Aku paling suka endingnya meskipun backstory dia memang buat kepala aku sakit 😆 Aku rasa ending dia buat kepala dan mata aku yang sakit ni pulih dalam sekelip mata. Haha. Jadi aku bagi 4 bintanglah. Tak boleh bagi 5 bintang sebab takde watak polis 😝

Profile Image for Syuhada Zulkaple.
4 reviews
February 21, 2021
Buku yang memang mengisahkan realiti sekarang iaitu anak melayu yang tangkap leleh dengan pekerja asing dekat Malaysia ni. Jarang baca buku fixi yang macam ni. Penceritaan yang menarik menunjukkan jiwa memberontak seorang anak muda disebabkan kehidupannya yang asyik kena ikut telunjuk orang. Kisah ini jugak menunjukkan penyesalan bilamana seseorang dah takde dalam hidup kita contohnya penyesalan Mak Su dan juga Hafiz bila Saleha larikan diri. Tapi, ada certain part yang menjadi persoalan contohnya kenapa Bago buat macam tu, betul ke Haji Johari menipu etc. Ending boleh dikatakan memuaskan sebab Saleha sedar diri untuk balik ke tempat asal.
Profile Image for naa.dee.o.
135 reviews4 followers
July 5, 2019
"Perkara yg dah lepas bukan utk ditangiskan tapi dijadikan panduan" ya saleha dan perempuan perempuan di luar sana.


Buat lah keputusan yg bijak wlaupun cinta itu membutakan. Membutakan mata, hati dan akal fikiran. Memang rasa seronok hidup tiada paksaan, tiada kongkongan.

Silap langkah, padah menanti😊
Profile Image for Min.
6 reviews1 follower
September 30, 2019
Seronok membaca perjalanan hidup Saleha. Buku ini membawa saya meneroka kehidupan seorang gadis yang berani menjalani kehidupan.
Profile Image for Melsriana.
114 reviews1 follower
January 16, 2021
Besttt. Suka sangat buku macam ni. Jarang baca buku fixi yang ada jalan cerita real life macam ni. Good job 👍🏼
Displaying 1 - 16 of 16 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.