Sebagai tukang pasang talian internet di lautan, Faisal selalu berjauhan dengan isterinya Anis. Satu hari, dia ditugaskan untuk menghantar parcel ke pelantar Stella Fortuna. Itu bukan tugas biasa, dan parcel itu harus dijaga seperti nyawanya.
Malangnya, pelantar itu diserang Laguna Pirates, kumpulan lanun yang berbahaya dan ganas. Tujuan mereka: merampas parcel itu atas arahan Descartes.
Laguna Pirates kemudian mahukan parcel itu, membuatkan Faisal dan Syaza, seorang lagi mangsa culik, tersepit di antara pertelagahan kuasa Laguna-Descartes.
Bukan sembarangan barang yang terisi di dalam parcel itu. Salah tangan yang menerima, pasti hancur dunia!
Buku ini akan menjadi menarik andai penulis ada ruang untuk menjelaskan dengan lebih lanjut menagapa Faisal menjadi sasara. Dan, banyak yang hanya berpandukan kepada 'kebetulan', walaupun sudah diterangkan mengenai perancangan sindiket Descartes tersebut, namun perancangan tersebut nampak rapuh dan tak cukup details.
Diakui, permulaan cerita agak perlahan dengan pengenalan semua watak, perhubungan yang details antara Faisal-Syaza, Anis-Fad dan Faisal-Anis, yang seeloknya andai diisi dengan konflik dan pengenalan watak yang lain menjadi lebih menarik.
Namun harus dipuji percubaan penulis membawa satu latar tempat yang berbeza, di atas laut biru bersama para lanun dan kembali ke darat.
Tapi, itulah.. banyak yang tergantung tanpa jawapan, seolah-olah buku ini 'memburu' Faisal seorang.
Cerita dia sempoi.. Memang tak jangka lah taget sebenar penjahat tu.. Bila baca dari awal, memang cerita ini penuh teka teki.. Kena baca perkataan demi perkataan.. Kejahatan memang gelap.. Apa sahaja boleh dibuat demi mencapai matlamat tanpa peduli apa pun yang terjadi.. Cuma cerita ini macam tergantung sikit.. Terutama sekali pasal Rider itu.. Tak ada pengenalan.. Tahu-tahu je muncul, tahu-tahu je hilang..
Parcel kisah sepasang suami isteri, Faisal dan Anis yg selalu berjauhan kerana kerja Faisal yg memerlukan dia bertugas di tengah lautan. suatu hari, Faisal diamanah untuk menghantar satu bungkusan oleh boss-nya, yg menjadi persoalan siapa penerima Parcel tersebut.
kewujudan Parcel itu juga menghuru-harakan hidup Faisal bila tanpa sedarvdia telah masuk dalam dunia gelap dan menjadi target sindiket tertentu dan hubungan Faisal dan Anis juga turut menerima tempias.
baca babak awal buku ni agak stress juga dan mungkin aku yg slow sangat nak ikut rentak penulis di permulaan cerita yg penuh dengan teka-teki dan plot yg tetiba bertukar tanpa sempat nak hadam apa yg sebenarnya terjadi. bila lepas fasa ni baru bacaan aku jadi laju sikit sebab curious sangat dengan banyak benda yg terjadi dan juga watak-watak lain yg muncul.
secara keseluruhannya memang sangat menarik walaupun ada lagi persoalan yg masih buat aku tertanya-tanya dan ada perasaan tak puas hati di situ.
Sebuah cerita yang mendebarkan dengan bahagian bahagian erotik yang ditulis secara tahan tahan. Wataknya kadang ditulis erotis tapi macam agak malu malu gitu. Penamatnya kurang menarik tapi ceritanya lumayan.
Secara keseluruhannya, cerita ni agak menarik. Pada mulanya aku teka yang Syaza ada kena mengena dengan Laguna Pirates atau Descartes. Tapi nampaknya tekaan aku silap. Cerita ni digarap dengan baik dan jalan ceritanya kemas. Yang penting, tidak klise.
Walau bagaimanapun, agak terbantut penceritaannya apabila dua watak yang pada aku agak penting tidak dirungkaikan walaupun pada pengakhiran novel. Watak Rider dan $WS merupakan watak yang disebut-sebut daripada awalan bab, walau bagaimanapun watak ini tetap kekal misteri. Siapakah Descrates yang sebenar-benarnya masih lagi kekal misteri walaupun Descrates digambarkan sebuah kuasa besar yang wujud dan tidak boleh disentuh.
Apa pun, tahniah untuk penulis. Aku sangat menyanjungi penulis-penulis yang mampu menggarap cerita luar daripada kotak pemikiran manusia biasa (seperti aku). Tahniah kerana menjadi luar biasa!
apa apa buku pun yang main character dia terer bab IT, mesti aku suka. hahaha. macam bae sangat. lol. my first book for 2019. and also my first fixi book after entahlah berapa lama/tahun tak baca fixi. kekeke. menarik. tapi ending dia aku macam pening sikit. mungkin sebab aku baca time malam kut. mood dah nak tidur pastu baca buku. heh. tapi, dalam keseronokan membaca, ada jugak terjumpa typo yang plot ceritanya serius, tapi aku tergelak. hahaha. sekian
Macam a piece puzzle juga. Menarik dan penuh teka teki. Ingatkan membosankan. Tapi penuh kejutan. Aku suka olahan penulisan daripada penulis. Tapi aku lebih harap ada penjelasan yang lebih details pada setiap penceritaan. Macam ada sesuatu yang tertinggal. Macam ada sesuatu yang tak puas hati lah. Bab- bab terakhir buku ini memang page turners lah.
Tapi agak kecewa kenapa penulis tak bagitahu kenapa Faizal jadi sasaran?
Tak sangka begitu kisahnya. Awal cerita, saya tak selera nak teruskan. Entah mengapa, kurang berkenan dengan watak Anis. Sampai sudah, saya prefer Syaza. Mujur saya teruskan juga bacaan, walaupun telah terhenti beberapa hari demi nak baca buku lain.
Twists yang menarik bagi saya. Personal opinion, unsur ganas dan lucah serba sedikit di quarter terakhir buku Parcel, disokong oleh plot yang terancang baik, menebarkan nasihat dan pengajaran baik, memberi peluang kepada pembaca menjadi insan yang lebih baik, menaikkan darjat manusia berakal yang fitrahnya tidak gemar melakukan perbuatan yang Allah larang. Ia jauh lebih berintegriti berbanding banyak buku cerita soft porrrrnnn yang ditulis oleh makcik dan perempuan penyangak sok hebat yang pretend innocent. Siap nama watak berbunyi suci, gambar cover wanita bertudung, sebenarnya menimang kegatalan tidak disandarkan pada plot cerita yang berkaliber.
Ada satu buku yang saya muka baca beberapa hari lepas. Ianya pemberian orang tapi saya tak ingat siapa. Mungkin antara buku yang saya dapat percuma atau buku yang diselit sebagai hadiah memenangi peraduan membaca. Yang pasti saya tak beli. Baru beberapa mukasurat awal, saya dah rasa tak lalu nak teruskan. Sungguh rasa loya. Walaupun watak utama tu suami isteri. Gedik gersang gila.
Saya letak lima bintang supaya lebih ramai dapat baca dan tawarkan pandangan atau ulasan.
Hampir-hampir saya berhenti baca novel ini gara-gara pace yang agak perlahan dan penerangan yang agak meleweh pada awal-awal cerita. Tapi bila dah masuk pertengahan yang semakin rancak, saya boleh habiskan dalam masa kurang 12 jam. The idea is there. Cuma mungkin pengolahan gaya penceritaan tu boleh dipertingkatkan. Overall, still a good read though
Aku mula baca buku ni dalam keadaan aku tengah reading slump, jadi ada kemungkinan review aku tak cukup coherent. I apologize in advance.
Jom mulakan!
Kisah dalam novel ni bermula apabila Faisal (watak utama) dapat job untuk memasang rangkaian internet di satu pelantar minyak di tengah laut. Selain tu, dia diarahkan oleh bosnya untuk membawa satu parcel ke pelantar minyak tersebut untuk diberi kepada seseorang. Tanpa dia sedari, Faisal telah menjadi salah satu buah catur dalam permainan lanun dan organisasi gelap.
Pada pandangan aku, buku ni ada dua konflik utama. Konflik dalaman Faisal berkenaan hubungannya dengan isterinya Anis dan juga kewujudan Syaza dan Fad di antara rumah tangga mereka. Konflik kedua adalah konflik luaran antara Faisal dan geng lanun Laguna dan Descatres. Tapi, aku rasa macam kedua-dua konflik ni ada sedikit detached. Watak Faisal sepatutnya lebih di-explore. Watak Syaza juga ada banyak lagi ruang untuk diteroka. Senang cerita, aku tak rasa cukup tertarik dengan dua watak ni sedangkan mereka antara watak utama. But I digress.
Dari segi penulisan, penulis banyak guna teknik flashbacks dalam penceritaan. Cuma bagi aku, ada certain parts dalam flashbacks tu yang agak choppy dan confusing. Buat aku confused mana satu flashbacks, mana satu real time. If that’s what the author is going for to keep the readers guessing, then good job!
Watak protagonis, Ran dan Sergey sangat menarik dan sekali lagi aku kecewa sebab aku nak tau lebih tentang mereka, tentang abilities yang mereka ada. Background story. Memang penulis dalam selubungi Descatres dengan penuh misteri tapi terlampau banyak misteri pun buatkan pembaca confused.
Apa yang bagus nya buku ni adalah bahasa. Ayat-ayat disusun dengan baik. Tapi seperti yang telah ditulis di kulit buku, bahasa yang digunakan memang adalah untuk pembaca matang. Not surprising considering the whole premise of the story is about pirates and dark organizations kan.
Selain tu, aku suka banter antara watak yang bagi aku flow dengan smooth. Tak ada rasa awkward dan jarring so again, kudos from me.
All in all, aku rasa buku ni seronok je nak baca sebab plot menarik dan premis yang engaging. Cuma aku harapkan lebih lagi dari segi watak.
Cerita yang sangat menarik dan thrill. Penulis berjaya menarik perhatian pembaca untuk meneruskan pembacaan dari satu muka surat ke muka surat seterusnya. Aku suka juga cara penulis yang membuatkan pembaca berteka-teki yang pada awalnya aku juga beranggapan Fad dan Syaza ni adalah orang dalam atau dalang dalam Descartes tapi rupanya aku silap.
Aku suka cara Descartes rancang satu2 secara teliti yang buat semua nampak macam kebetulan dan takdir. Nampak smooth. Yang tak smoothnya Parcel ni time part peleraian. Nampak macam penulis tergesa-gesa nak habiskan cerita ni secepat mungkin tanpa ada perincian yang jelas dan nyata yang membuatkan ending cerita ni agak tergantung.
Mungkin penulis boleh bagitahu kenapa nak recruit Faisal dan bagaimana Descartes nampak potensi Faisal ni as recruiter. Tu satu. Second, aku stress dengan life saver Faisal (rider dengan $ws) Okay dari awal misi dorang selamatkan Faisal, tapi tak diperincikan kenapa, dari pihak mana dan sebagainya.
Penulis nak buat segalanya kekal misteri tapi perincian yang tak jelas membuatkan pengakhiran Parcel ni samar-samar dan agak tergantung yang memberikan perasaan yang pada pembacaan awalnya seronok tapi pada hujungnya, rasa agak terkilan. Untuk keseluruhan, Parcel adalah bacaan yang baik.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Jalan cerita yang ringkas tetapi tidak berkembang dan selesai dengan baik.
Ceritanya bermula apabila Faisal yang bekerja sebagai pemasang jaringan internet di laut ditugaskan di atas Stella Fortuna. Dia diarahkan untuk membawa sebuah kotak misteri ke pelantar tersebut. Rasa ingin tahu yang membuak membuatkan dia memilih untuk membuka kotak bagi mengetahui isi dalamnya. Konflik berlaku apabila kotak tersebut rupanya dimahukan oleh lanun Laguna atas arahan Decatres.
Aku sebenarnya ternanti-nanti apa yang ingin dibawakan penulis kepada pembaca. Pada awalnya aku merasakan yang ia akan menjadi sebuah cerita yang memuaskan tetapi ia adalah sebaliknya. Banyak bahagian dalam cerita yang lompong dan tidak berkembang dengan baik. Juga perincian watak sangatlah tidak memuaskan. Aku nak tahu siapa Rider, $WS, Ran, Sergey, ketua Decatres. Apa kaitan parcel tu dengan Decatres? Kenapa mesti Faisal? Dorang nak apa daripada Faisal? dan sebagainya.
Aku macam tak percaya apabila cerita ni tamat begitu sahaja. Walau bagaimanapun, aku sukakan idea yang diluahkan penulis, bagaimana daripada sebuah kotak misteri / parcel boleh melibatkan banyak pihak dan kehilangan banyak nyawa. Ada pun buku debut penulis ini banyak yang perlu dibaiki dengan lebih baik.
Akhirnya, dapat habiskan buku ni pada 4.15 am. Buku ini sudah lama berada di list TBR dan saya tak pernah membaca sinopsisnya. Awalnya, saya anggap jalan ceritanya membawa genre seram misteri tetapi tidak.
Saya highly recommend buku ini kepada yang suka dengan cerita aksi, lanun dan jenayah. Buku ini membuatkan saya ketagih untuk membacanya sehingga ke penamat kerana jalan ceritanya yang tersusun cantik dengan idea penulis yang mind-blowing (bagi saya, lebih hebat dan berkualiti daripada filem aksi Malaysia) serta penulisan penulis yang gramatis.
Satu-satunya buku elemen aksi yang saya puas hati. Penulis benar-benar dapat menerangkan situasi dan ketegangan di setiap babak. Dalam masa yang sama, saya memang mengidam nak membaca buku seperti ini namun sengaja tak ditunaikan dek kerana takut kecewa dengan jalan cerita tetapi tak menyangka saya akan memilih Parcel sebagai bahan bacaan tanpa sengaja.
Konklusinya, ada juga buku yang boleh saya ulas 5🌟 Saya berharap dapat membaca karya seterusnya dari sang penulis.
bila baca review dari pembaca yang lain,ternyata aku tidak keseorangan iaitu buku ini,di permulaanya amatlah lambat dan membosankan.perkenalan watak yang hambar,pembinaan plot yang samar dll.pendek kata,mula2 baca memang bosan.
tapi lepas bermulanya konflik kotak tersebut,naratif penceritaan berubah jadi menarik.makanya,nak baca buku ni kene tabah sikit la.aku pun ambil masa berbulan-bulan nak habiskan buku ni.nak kata bosannya hahaha.
kelebihan buku ini adalah pada nuansa yang berbeza berbanding cerita2 lain.iaitu tema di lautan.feeling dia terasa lain dan unik.kelemahannya,bahasa penulis yang kadang-kadang terasa sukar untuk kita memahaminya.seolah berbelit-belit.mungkin penulis boleh baiki lagi teknik kata dan bahasa yang digunakan.oh ya,dan satu lagi.banyak sangat persoalan yang tidak terjawab dalam novel ini.seolah-olah ada sambungan.
overall,perlukan kesabaran dalam novel ini.once dah dapat pace,terasa intense gila nak habiskan novel ini.
Sejujurnya aku dah pernah baca draf awal Parcel dekat wattpad (of course dengan tajuk yang berbeza). Vibe dekat wattpad more pada romance, memang jauh beza dengan dalam novel.
Disebabkan itu jugak la aku tak teragak-agak nak miliki novel ni. Cumanya ambil masa la sikit nak baca 🤭 Dan aku lagi suka plot yang dikembangkan dalam novel ni 😄
Sometimes aku suka dengan hubungan Faisal & Anis but sometimes aku geram je dengan diorang. Lagi-lagi aku tak suka bila orang ketiga muncul nak kacau rumah tangga diorang. Diorang dah happy kot, saje je kan 😒
Ada satu watak yang aku curious. Rider. Mula-mula tu aku try la bajet maybe dia ni si Rider, dia tu si Rider. Hahaha, akhirnya silap. Misterinya memang sampai kesudah.
Ending tu macam... Erm tak puas hati pulak. Nak kesian dekat Anis pun ada. Nak kesian dekat Faisal pun ada. Entah la labu, kesian dekat dua-dua la kot.
Nak tanya jugak penulis 👉👈 Rider tu ada muncul dekat mana-mana ke? Atau mungkin ada kisah dia sendiri? 🥺
"Manusia terkenal sebagai makhluk degil ciptaan Tuhan. Mana sahaja dia tercampak, sudah pasti dia akan membumi dan terus berikhtiar untuk hidup. Makhluk yang diciptakan dari tanah ini sememangnya degil. Kedegilan seperti ini yang membolehkan mereka terus hidup." - Parcel, Simon Malik
Not bad juga buku ni. Walaupun ada part yang aku tak faham. Contohnya, siapa $WS tu sebenarnya? Kenapa dia tolong Faisal? USB tu pun aku tak tahu kat mana. So aku assumed ada kat $WS dah. Cerita ni macam tergantung actually. Ketua Descartes pun aku tak tahu siapa😂
Tapi aku suka juga la part macam mana Faisal survived untuk teruskan hidup dia. Gara2 barang yang ada dalam parcel tu terus hidup dia jadi huru-hara. Dia ni macam kena perangkap untuk bawa parcel ni. Orang yang perangkap dia ni dah plan awal2 semua rancangan.
Jalan cerita yang menarik . Ada bahagian yang tak masuk akal (mind control thingy - like come on . Asking dolphins for help?) Dengan boleh tukar tukar wajah . Dah macam AOT . Tak faham dengan scene last. Ran suka Faisal ke ? Kenapa macam kecewa sangat ? tapi takpela sebab mungkin penulis memang nak suruh kita tertanya-tanya dari awal sampai habis kan. Cerita tak habis lagi, tiba-tiba watak baru muncul entah dari mana tiada penjelasan. Rasa frust la jugak.
Habis baca dalam masa separuh hari sahaja. Rasa ingin tahu membuak- buak dengan plot twist tak sudah. Terbaik !
Can we have this as a movie? I am so impressed by the terms used during the battle 😍 Jalan cerita umm just fine but kalau boleh nak tahu juga kisah silam Ran dan apa istimewanya Faisal selain kemahiran IT sampaikan Descartes decided to recruit him. Really hope that this book akan ada sambungan 🙏🏻 great work, Simon Malik! ✨
"..teguhkan hati kamu menghadapi dugaan yang mendatang. Memang benar yang datang itu sudah tertulis pada takdir kita. Tapi itu bukan alasan utk mengalah. Kerana kita manusia yg degil. Sanggup memikul beban tanggungjawab yg gunung pun boleh runtuh. Teguhkan hati & bersabar."
Jalan cerita best, cuma tiada penerangan details mengenai watak penjahat dan juga geng Rider tu. Permulaan mula dengan tanda-tanya, pengakhiran pun aku masih tertanya-tanya. Patut dapat 4 star, cuma slack dekat part tu je la.
Seperti tonton cerita aksi tapi dalam novel. Actually, saya respect dekat Faisal sebab masih setia dgn isteri dia. Hanya sebab satu parcel saja hidup Faisal jadi kucar kacir. Apa-apa pun, it's worth to read this novel 👍👍
Macam sedang menonton filem bila baca buku ni. Plot yang menarik. Aku kagum dengan eset² yang dimiliki oleh Descartes. Aku cuma harap dapat tengok lebih aksi dari Rider. M'ADSL. Terbitan
Best!!Bagi aq utk author msia kire gempak ahh!!!Tapi klau dia detailkan lagi crite ni konfem lagi best...sbb bnyak penulisan yg kurang jelas...btw mantapp!!!!
Kisah yg membuatkan Aku sentiasa nak turning pages la katakan. Tapi pengakhiran dia membuatkan Aku Tak puas hati,nak tahu apa yg sebenarnya decaretes tu nakkan🤣. Overall ok la plot dia,not bad
Permulaan yang agak perlahan dan mengelirukan tetapi semua persoalan terjawab di bahagian akhir cerita ini. Pertempuran terakhir agak menarik dan sudah semestinya hero yang menang.
Jalan cerita yang laju dan kemas. Walaupun ada beberapa perkara yang rasa macam tak berapa clear. Terutamanya isu yang something install dalam kepala tu. Part penculikan dan sampai pembebasan tu kemas. Tapi disebabkan banyak watak penjahat aku lost gak kadang kadang. Kena buat macam flowchart baru faham who works for who, and if people ask me, I will be err not sure lol. Cumanya, part french poem yang tergantung. I wonder, adakah sebenarnya penulis save it for sequel?