Jump to ratings and reviews
Rate this book

Lemoi Praaq

Rate this book
Praaq dalam bahasa Semai bermaksud 'perang'.

Seperti mana maksud perkataannya, begitulah cikgu muda ini berperang dengan dirinya sendiri - antara hidup mengejar mimpi atau melupakannya buat seketika demi untuk mencurah bakti kepada anak-anak Orang Asli agar mereka berani bersaing dengan masyarakat di luar sana.

Tanpa mengenal erti jemu, Bungo Lale mempersiapkan armada perangnya yang terdiri daripada anak-anak di pedalaman Lemoi supaya menjadi lebih kuat dan tabah dalam menghadapi hari muka yang penuh pancaroba.

Ini kisah-kisah anak-anak Lemoi yang dicoretkan dengan penuh kasih sayang oleh Cikgu Bungo Lale.

128 pages, Paperback

First published September 16, 2017

1 person is currently reading
26 people want to read

About the author

Bungo Lale

2 books5 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
27 (60%)
4 stars
15 (33%)
3 stars
2 (4%)
2 stars
0 (0%)
1 star
1 (2%)
Displaying 1 - 22 of 22 reviews
Profile Image for Sharulnizam Yusof.
Author 1 book95 followers
November 15, 2017
Membaca Lemoi Praaq, saya disulam perasaan cemburu yang bercampur-baur.

Cemburu, kerana kerjaya Bungo Lale yang sangat memberi menfaat dan menginspirasi.

Cemburu, kerana lokasi kerjanya yang bersifat alami. Ada pokok, ada sungai. Banyak hijau!

Cemburu, kerana manusia-manusia yang dihadapi setiap hari adalah manusia yang masih suci hatinya, masih tidak ada huru-hara kepentingan dunia.

Cemburu, kerana cekalnya cikgu-cikgu di Lemoi mencapai sasaran dalam keadaan yang penuh keterbatasan.

Cemburu, kerana adanya manusia-manusia kecil yang bermacam ragam, yang turut memberi tunjuk ajar tentang kehidupan.

Dan yang paling utama, saya cemburu kerana Bungo Lale sangat menikmati setiap hari kerjanya sebagai seorang guru.

Ya. Seperti dikhabarkan pada bahagian 'blurb', Praaq adalah perang. Bungo Lale berperang antara kemahuan diri dan tanggungjawab. Membaca buku ini, saya tahu siapa yang menang dan tidak ada yang kalah.

Tahniah cikgu.

Semoga terus istikhomah memberi 'peringatan' kepada kami yang di 'bawah' ini, kadang-kala menjadi terlalu selesa dengan kemewahan dan kesenangan.

Tips membaca buku;
1) Intai dulu gambar-gambarnya di IG bungolale. Cantik, ada cerita.
2) Baca dulu buku pertamanya, Lemoi.
3) Jangan pinjam buku saya. :P
Profile Image for Erni .
288 reviews4 followers
April 21, 2019
Di dalam buku kecil ini ada kisah anak-anak Lemoi yang diceritakan dari kaca mata Cikgu Bungolale. Dah lama follow cikgu ini di Instagram dan Twitter, ternyata beliau seorang yang sangat inspiring, sanggup menjadi cikgu di pedalaman kampung orang asli demi anak-anak Lemoi ini. Seriously, berapa ramai je yang sanggup.

Ada kisah lucu, ada kisah sedih, ada kisah mengharukan. Biasalah, kisah kanak-kanak. Namun, kanak-kanak di sana hidup serba kekurangan. Sesetengah mahu melanjutkan pelajaran dan pergi lebih jauh, tetapi keluarga tidak mampu. Ada yang terpaksa tinggal di asrama sejak umur 7 tahun, demi mahu ke sekolah. Kita tengoklah adik2 kita, anak2 saudara kita yang umur 7 tahun, nak pergi ke kedai pun belum tentu boleh. Ada yang meninggal dunia kerana sukar untuk mendapatkan rawatan, tidak ada wang mahu ke klinik ataupun hospital, kerana rumah mereka jauh di dalam hutan. Ada yang terpaksa berhenti sekolah, kerana menanggung keluarga. Ada yang menjadi harapan, tapi akhirnya, harapan tinggal harapan.

Walaupun buku ini kecil dan pendek, saya rasa penting bagi kita untuk mengetahui cabaran anak-anak ini. Mungkin kita boleh bantu sedikit sebanyak, ataupun dijadikan pengajaran, atau boleh dijadikan motivasi ataupun inspirasi dalam hidup kita. Apa pun, kasih seorang guru itu lebih kurang sama saja dgn kasih ibu/bapa terhadap anak-anaknya. Hormati dan hargailah guru anda. Mad respect.
Profile Image for Maisarah Mohd.
Author 1 book42 followers
June 27, 2018
Kisah-kisah cikgu Bungo Lale ni sangatlah 'heart-warming'. Berkisah tentang anak-anak muridnya seorang demi seorang. Aku sarankan menteri pendidikan untuk baca buku ini.

Praaq, seperti dalam bahasa semai bermaksud perang. Ya, ibu bapa di pedalaman tanah tinggi Lemoi ini 'berperang' dalam membesarkan anak-anak dan menghantar mereka ke sekolah. Bukan mudah... Payah sekali anak-anak ini ke sekolah. Usia seawal 7 tahun sudah berpisah dengan keluarga dan menetap di asrama.

Aku rasa, masa aku dihantar ke asrama masa tingkatan satu pun beriya aku menangis malam terakhir sebelum pindah ke asrama. Haha... Tabah ya anak-anak Lemoi. Tapi itulah kehidupan mereka... Moga penulis terus bahagia mendidik anak-anak Lemoi...
Profile Image for Muhamad Fahmi.
126 reviews22 followers
May 1, 2018
Setelah membaca bukunya yang pertama, Lemoi, tiada ragu-ragu lagi untuk aku menyambar buku ini di PBAKL18. Seronok dan bahagia membaca cerita-cerita tentang anak-anak yang suci, yang bebas daripada dunia materialistik serta anasir-anasir luar yang negatif. Dikelilingi alam semula jadi yang indah lagi. Walaupun hidup serba kekurangan, anak-anak ini sentiasa merasa cukup dan bergembira dengan apa yang ada.

Tabik hormat kepada pasukan tenaga pengajar Bungo Lale kerana telah menjadi lilin yang membakar diri bagi menerangi kehidupan anak-anak suci ini, bukan sahaja mencakupi ilmu-ilmu pelajaran malah ilmu-ilmu tentang kehidupan buat bekalan mereka di masa hadapan.
Profile Image for Pak Badrul.
Author 3 books6 followers
July 9, 2018
Seperti yang pertama, yang kedua turut dihidangkan penuh jiwa dan rasa. Kali ini, pembaca turut diperkenalkan dengan sebilangan anak-anak Semai yang bersekolah di Lemoi. Masing-masing punya kisahnya... Kisah yang menyentuh hati dan kadangkala meruntun jiwa. Lemoi Praaq... Sebuah kisah anak-anak Lemoi yang dicoretkan dengan penuh kasih dan sayang...
Profile Image for Leenbakar.
9 reviews11 followers
March 1, 2021
Reading this reaffirms my highest regard and respect for Bungo Lale and the rest of the teachers who valiantly and selflessly try to not only educate but nurture and care for the schoolkids. A little heartbreak when reading about them who couldn't (wouldn't) continue their education due to other seemingly more pressing commitments - like helping family out at their farms and looking after younger siblings. 2nd chapter made me sob - the heartbreaking reality of some rakyat still not able to access to hospital and medicines due to sheer poverty and incomplete infrastructure.
Profile Image for Farhain Ismail.
13 reviews
November 1, 2017
Buku kedua dari Cikgu Bungo Lale, iaitu Lemoi Praaq berjaya aku habis baca. Untuk buku kedua ini, cikgu memperkenalkan anak-anak orang asli di pedalaman Lemoi, Cameron Highland. Aku kira, ada lebih kurang 25 orang. Setiap seorang dari mereka ada cerita tersendiri.

Kalau korang nak tahu, anak-anak orang asli di Lemoi hebat-hebat. Salah seorangnya bernama, Awit. Dia telah mendapat 3A 2B dalam UPSR, kemudian 6A dalam PT3. Sekarang ni, di tahun 2017 Awit berada di Tingkatan 5 MRSM Kuala Lipis. Moga-moga Awit cemerlang dalam SPM nanti 😊
Di bahagian akhir dalam buku ini, cikgu ada menceritakan beberapa peristiwa bersama anak-anak di Lemoi. Di SK Lemoi ada disediakan asrama. Kalau nak tahu, anak-anak orang asli ini datang dari tiga kampung iaitu Kampung Lemoi, Kampung Telimau, dan Kampung Chenan Cerah.

Kampung Lemoi lokasinya cuma sekitar sekolah, manakala Kampung Telimau pula lebih kurang 5 kilometer dari sekolah. Yang jauh ialah Kampung Chenan Cerah yang terletak jauh dalam hutan yang mengambil masa 2 jam untuk sampai dengan hanya berjalan kaki. Ya, kenderaan seperti motor tak boleh lalu kena jalan kaki. Bayangkan nak pulang ke asrama 2 jam berjalan kaki. Nak balik ke kampung pun 2 jam juga. Sebab itu mereka tinggal di asrama (Tahun 1- Tahun 6).

Cikgu ada pesan di muka surat 108,
"Jika kita rasa hidup kita susah, ingatlah ramai lagi orang yang lebih susah daripada kita. Maka bersyukurlah!"

Buat cikgu Hanisah aka Bungo Lale, tahniah untuk penghasilan buku kedua Lemoi ini. Jasa cikgu membangunkan anak bangsa, anak-anak orang asli di pedalaman Lemoi sangat banyak. Moga cikgu terus bersemangat, diberikan kemudahan yang baik dan sampaikan salam saya pembaca buku cikgu kepada anak-anak di SK Lemoi yang hebat.
Profile Image for Rafi Harumin.
5 reviews
December 21, 2017
Tahniah Bungo Lale. Tak kisahlah pembaca mahu komen apa. Sedih, kelakar atau segalanya, ikutlah. Kerana ia memang lengkap dalam naskhah ini. Tinggal lagi bagaimana masyarakat harus mengaitkannya dengan sikap dan pemikiran sendiri.

Teruskan berkarya, ini terbaik!
Profile Image for Syed Fathi.
Author 17 books93 followers
October 8, 2022
Buku ini bagi saya istimewa, bahkan mungkin terlalu istimewa. Orang kata, siapa makan aiskrim dia yang terasa manis. Buku ini adalah catatan seorang guru, saya juga pernah menjadi guru satu ketika dahulu, jadi catatan ini memang sangat terasa manisnya. Menjadi guru pada anak-anak kecil sebenarnya menjadikan kita lebih dari seorang guru, kita juga menjadi ibu dan bapa mereka, dan kadang kala menjadi teman dan sahabat. Bagi saya profesyen guru sangat menyeronokkan dan membahagiakan (walaupun penat!). Kerana dikebanyakan masa kita bersama anak-anak kecil yang suci dan murni hatinya. Amat susah kita mahu mengasingkan perasaan, sekejap sahaja pasti terbit rasa sayang pada anak-anak murid. Berhenti menjadi guru juga adalah pengalaman yang sangat emosional. Berbalik kepada buku ini, kadang saya merasakan ada dikotomi dalam pendidikan kita. Disebelah sana kita sibuk hendak menggabungkan pendidikan dengan AI dan IR4.0. Pendidikan digital dan virtual. Kita mahu mem-Finland-kan pendidikan kita. Manakala disebelah lain adalah anak-anak yang berjalan 2 jam dari kampung di dalam hutan untuk ke sekolah, meredah hutan, bukit, dan sungai. Dengan peralatan dan pakaian sekolah yang sangat dhaif. Jangankan Finland, mahu pastikan mereka hadir 5 hari seminggu pun satu struggle atau "praaq" (perang). Jangankan internet, lampu elektrik pun tiada. Cikgu Bungo Lale, disebalik semua kesusahan ini membawa keluar kisah-kisah bersama anak-anak orang asli dari suku Lemoi ini untuk ditelusuri oleh kita. Membaca kisah mereka membuatkan kita terharu, terinspirasi, tergelak, dan kadang kala sedih. Sedih kerana kita masih lagi terkebelakang dalam pembangunan pendidikan anak-anak luar bandar. Saya yakin, hal ini bukan hanya berlaku pada anak-anak Lemoi, tetapi banyak lagi kawasan-kawasan luar bandar, pos-pos orang asli di semenanjung, Sabah, dan Sarawak, yang masih struggle untuk mendapatkan akses pendidikan dan keperluan hidup yang lain. Itu belum kita perhalusi pendidikan anak-anak tanpa negara yang tidak dipedulikan untung nasib mereka. Moga banyak lagi catatan pengalaman guru di kawasan pedalaman seperti ini dikeluarkan, dikomersialkan, dan diarus perdanakan. Tidaklah kita duduk sedap sahaja dalam kelas-kelas virtual, bersembang tentang sekolah-sekolah elit seperti MRSM dan SBP, tanpa kita sedari sebenarnya masih banyak anak-anak kita yang tercicir pendidikan mereka. Tanggungjawab mendidik mereka bukanlah tanggungjawab guru seperti Cikgu Bungo Lale sahaja, tetapi merupakan tanggungjawab kita semua. Langkah pertama adalah mengetahui kewujudan mereka, jika tahu pun tidak, bagaimana kita mahu harapkan masyarakat akan bertanggung jawab membantu mereka.
Profile Image for Tonnesofbooks.
78 reviews2 followers
October 26, 2021


Ini adalah cerita tentang pengalaman seorang guru yang menjadi pendidik di sebuah perkampungan asli di Pahang. Bercerita tentang telatah anak-anak muridnya, keistimewaan, cerita tentang kekurangan dan kelebihan anak-anak muridnya untuk menuntut ilmu di situ.

Aku belajar bahawa ada satu sisi kehidupan yang belum aku teroka dan masih menjadi impianku untuk meneroka satu kehidupan asing ini. Membaca buku ini, aku seperti dibawa oleh penulis menyelusuri kehidupan yang wujud di dalam negara yang dikatakan maju ini.

Ada anak-anak yang tidak mendapat hak pendidikan yang sewajarnya. Tiada banyak kemudahan untuk mereka belajar dengan baik dan selesa. Tiada kehidupan yang terbela. Walau bagaimanapun aku yakin kehidupan yang mereka miliki itu lebih membahagiakan. Harapan aku semoga ada orang-orang atasan yang membaca buku ini dan mengambil sebarang tindakan perubahan untuk menjadikan pendidikan sememangnya adalah hak mutlak setiap anak-anak di negara ini.

Kekurangan akses pendidikan menunjukan kemunduran suatu negara walaupun negara itu maju teknologinya.
Profile Image for Hadi Muss.
147 reviews20 followers
March 9, 2022
Buku ini istimewa, cerita-cerita cikgu Bungo Lale jarang dapat kita baca dan tahu; tentang anak-anak orang asli pedalaman yang mengharungi pelbagai susah payah (terkadang bertarung nyawa) untuk mendapatkan peluang pendidikan yang jarang orang lain tempuh.

Cikgu mulakan buku dengan cerita anak-anak murid dari suka dan duka bersama mereka dan diakhiri dengan catatan peribadi pengalaman sepanjang mengajar di Lemoi. Sebagai bekas guru sementara, saya boleh sahkan yang menjadi seorang guru adalah panggilan jiwa bak kata Guru Aini dalam buku Andrea Hirata dan cikgu Bungo adalah manifestasi kepada seorang pendidik yang istimewa.

Semua orang patut baca, muhasabah dan mereka yang atas-atas (baca: menteri, pemerintah dan sebagainya) dan kita juga perlu memberi lebih perhatian kepada mereka anak-anak 'underprivileged' yang berada di pedalaman bagi sama-sama mendapat ruang dan peluang yang sama dalam pendidikan, kemudahan dan bantuan.
Profile Image for Fur Abid.
227 reviews8 followers
November 18, 2020
Kalau tanya aku, macamana nak tahu perasaan guru yang dicampak untuk berkhidmat di pedalaman. Sejujurnya, buku ini wajar dibaca.

Selepas selesai pembacaan buku ini, pelbagai rasa yang berkecamuk di dalam hati. Sedih, gembira, terharu dan sebagainya. Betapa besarnya perjuangan seorang guru itu dalam memanusiakan pelajar-pelajar yang di bawah tanggungjawabnya. Besar amanah yang mereka galas dalam mencorakkan pemimpin masa hadapan!

Buku ini mestilah dan sewajarnya untuk Menteri Pendidikan Malaysia jadikan sebagai satu bahan bacaan bagi mereka. Hal ini kerana, untuk dijadikan sebagai pencerahan betapa susahnya guru-guru yang berkhidmat di pedalaman ini dan apa tindakan yang harus diambil oleh Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) dalam menyeratakan hak pendidikan kepada orang Asli sama seperti orang yang hidup di bandar.
Profile Image for Norziati.
Author 9 books84 followers
May 26, 2018
Tanpa buku seperti ini, kita tidak akan tahu apa anak-anak orang asli buat di daerah sana. Hidup mereka, makan pakai mereka, persekolahan mereka, cabaran mereka untuk belajar dan seribu satu perkara lagi.

Semoga perubahan pada kerajaan Malaysia memberi perubahan juga kepada mereka dan anak-anak yang terpinggir di seluruh negara.

Kudos buat cikgu Bungo Lale!
Profile Image for Zzati Alydrus.
124 reviews
December 5, 2023
Buku ini menceritakan kisah-kisah cikgu Bungo Lele di kawasan orang asli, Lemoi. Kesusahan dalam mendidik, kepayahan ibubapa nak pastikan anak² berpendidikan walau susah, ragam pelajar². Sangat mencuit hati dan menyentuh kalbu dengan kesusahan kehidupan, sedangkan kita kat sini? Tahnia and terus semangat cikgu!
Profile Image for Oi Rijal.
25 reviews
October 7, 2017
Seperti biasa, kisah² yang menarik di perkampungan Lemoi dibawakan khas oleh Bungo Lale. Paling menggelikan hati bagi saya adalah bahagian mata Bah Teng bengkak menjadi sepet macam cina sebab kena sengat lebah,bukan jadi cina sebab kena gigit lebah ! Bahak. XD
78 reviews1 follower
May 7, 2018
Sedih sangat baca catatan tak pernah makan udang tu. Rasa aku ni tak cukup bersyukur, asyik nak merungut sahaja. Nak hidup gembira, tenang ni rupanya simple sahaja. Mulai hari ini, belajarlah labih bersyukur, hentikan merungut.
Profile Image for Mohamad Nasrul.
194 reviews5 followers
November 7, 2021
Sempat habis baca buku ni dalam kapal terbang tadi.

Suatu bacaan yang sangat menarik dan membuka mata tentang kaum Lemoi.

Cerita yang sangat bersahaja namun membawa impak yang sangat positif daripada buku ini.

Cerita tentang murid2 beliau serta beberapa anekdot lain.

5/5 ⭐
Profile Image for Azura Chan.
526 reviews7 followers
October 21, 2017
Lepas baca, rindu dengan anak-anak Lemoi. Walaupun tak pernah bersua, kisah mereka meresap ke dalam jiwa. Semoga berjaya adik-adik.
1 review
December 29, 2019
Real life experience of a teacher who chose to be close with her students, watching them grow up.
Profile Image for Azizah.
386 reviews6 followers
April 1, 2018
Salute!

Itu yang pertama terakam di minda.

Yang seterusnya penuh dengan cerita suka duka. Yang paling terkesan kisah Cho. Pelbagai usaha Cikgu Bungo Lale lakukan untuk menatap anak muridnya buat terakhir kali. Tapi aturan Yang DiAtas mengatasi segalanya.

Walau ada turun naik graf penceritaan, semua ada keistimewaan tersendiri.

Yang paling penting, sikap mereka yang tidak meminta-minta ketika tiada apa-apa memang terkesan di hati.

Dan sayangnya Cikgu Bungo Lake pada anak-anak Lemoi diluah dengan frasa "selagi kudrat dikandung badan, maka selagi itu aku rela di sini".

Dan KakChik sudah jatuh hati pada kekuatan mereka dalam menempuh getir hidup dengan cara mereka sendiri. Memberi inspirasi!

GRC: #8/15
Profile Image for NUR HIDAYAH ABDUL HAMID (aya_booskboutique).
89 reviews7 followers
November 20, 2019
Membaca dan mengetahui lebih dekat kisah komuniti orang asli. Respect dan sangat bangga dengan penulis yang memilih untuk berada di sana terus berbakti kepada anak-anak di sana. Pendidikan milik semua.

Penulis berkongsi kisah anak-anak muridnya di dalam buku ini. Ada ketika tergelak-gelak saya membacanya kerana membayangkan keletah mereka. Ada ketika saya menangis membayangkan kesusahan mereka. Membaca buku ini membuatkan saya lebih mensyukuri kesempatan dan peluang yang ada serta menanam hasrat untuk membantu komuniti ini ketika peluang hadir.
Displaying 1 - 22 of 22 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.