Jump to ratings and reviews
Rate this book

100 Hari Mengenal Cinta

Rate this book
Airina Hanissa menjadi tunangan Harris tanpa sebarang rasa cinta. Setelah Harris ketahuan hanya mempergunakan Airina untuk memburu cinta wanita lain, Airina nekad untuk putuskan pertunangan sekaligus membatalkan majlis perkahwinan mereka. Hazizul Amin, adik sebapa Harris, muncul memberi idea.

“Kita kahwin. Untuk 100 hari. Kalau lepas 100 hari kita masih tak boleh terima satu sama lain, aku janji aku lepaskan kau.” – Hazizul Amin

“Tapi kenapa 100 hari?” – Airina Hanissa

“Aku nak kenal cinta dengan kau dalam masa 100 hari tu.” – Hazizul Amin

Airina akhirnya bersetuju dengan idea Hazizul demi keluarganya. Bermulalah perjalanan mereka dalam mengenali apa itu cinta. Hari demi hari berlalu dan Airina mula mengenali siapa Hazizul Amin sebenarnya. Ternyata lelaki itu menyimpan kisah sedihnya sendiri. Hati Airina mula terbuka untuk Hazizul dan dia harus akui, dia sudah mengenali cinta. Tetapi bagaimana pula dengan Hazizul?

Dugaan melanda perkahwinan Airina dan Hazizul apabila Syida menggoda Hazizul. Perasaan cinta ditolak ke tepi, hanya prasangka buruk dan rasa dikhianati menguasai diri. Airina menuntut cerai meski 100 hari belum lagi berakhir.

“Ceraikan saya!” – Airina Hanissa

“Abang takkan lepaskan sayang. Orang yang dah tolong abang overcome trauma abang. Orang yang dah lama ada dalam hati abang sejak dulu lagi. Tak pernah ada perempuan lain selain sayang!” - Hazizul Amin

Daripada dulu lagi? Airina termangu sendiri. Apa maksud Hazizul? Sebuah lagi rahsia yang disimpan Hazizul diluahkannya. Percayakah Airina pada kata-kata Hazizul? Mampukah mereka pertahankan pernikahan mereka ataupun mereka akan berpisah selepas 100 hari yang dijanjikan itu tamat? Hanya Airina dan Hazizul sahaja yang boleh menentukan pilihan mereka.

579 pages, Paperback

First published September 1, 2017

16 people are currently reading
264 people want to read

About the author

Syu Ariani

19 books224 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
125 (50%)
4 stars
78 (31%)
3 stars
32 (13%)
2 stars
8 (3%)
1 star
3 (1%)
Displaying 1 - 30 of 53 reviews
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
April 15, 2020
Cinta kerana nafsu.
Cinta kerana ingin memiliki.
Cinta itu jugalah datang dan pergi.
Mereka mengkhianati.
Mereka mempergunakan seseorang demi mencapai matlamat sendiri.
Mereka juga menutup aib agar ia di tuding kepada yang lain.
Bila cinta berpaksikan nafsu semata tanpa restu dari keluarga mana mungkin ia bertahan.
Bila cinta tiada kesetiaan & mula bosan, apalagi yg boleh dipertaruhkan?
Mereka juga berpisah kerana ketamakkan nafsu lantas diceraikan talak 3.
Bukan tidak pernah cinta mati.
Murahnya nilai cinta.
Agaknya itulah cinta gila.

Cinta yang tulus.
Cinta yang Ikhlas.
Cinta yang sekian lama dinantikan.
Cinta 100 hari untuk mengenal hati budi.
Cinta yang menenangkan dan menemaninya di malam hari.
Cinta yang masih bersisa sangsi tentang penerimaan antara satu sama lain.
Cinta yang belum mampu diungkapkan tapi debar dan gusar menanti kesudahan 100 hari.
Mampukah ia bertahan pabila yg menkhianati membalas dendam kerana kehancuran rumahtangga sendiri?
Mampukah ia bertahan pabila 'si pemusnah' cuba memfitnah?

Benar2 tidak sedar diri itu anak. Maafkan dia atas dasar apa? Kerana dia kecewa dan mula meroyan? Salah siapa jika bukan diri sendiri. Inilah narcissist.
Seorang lagi terlalu baik. Kejahatan di balas dengan kelembutan. 😡😠

Kasih sayang yg di dambakan sejak dilahirkan.
Kasih sayang yg mengakibatkan dia trauma.
Kasih sayang yang membuat dia dipinggirkan.
Kasih sayang yg tidak pernah di beri itu juga membuat dia pergi.
Kasih sayang yang tidak pernah di kecapi itu juga yang buat dia menjadi seorang yang berjaya.
Kasih sayang itu juga akhirnya dapat di rasai walau sehari sahaja.
Kemaafan dan acceptance yang akhirnya memberi total closure dalam kehidupan dia.

Takdelah emosional sangat tapi mampu menjentik rasa hati. Kesian kerana jiwanya sungguh rapuh. Ya!! Nampak kuat di luar tapi sebenarnya seperti anak kecil yg sentiasa menantikan pengiktirafan dari orang tuanya.

Cerpen Dekatkan Jarak Kita
Tashriq dan Sofiya
Tak sangka cerita yg pendek ni pun mampu melakarkan cinta yang membuai perasaan. Cinta terhalang. Tapi benarkah?

I fall in love with kedua2 watak ini. Tidak berpura. Jelas jika tak suka katakan tak suka. Walaupun berpura2 cinta tapi sebenarnya memang cinta. Ada sesuatu yg menghalang.

Dah namanya cerpenkan..rasa macam tak puas pulak. Tapi takut juga bila cerita jadi sebuah novel, rasa teruja mati.
Profile Image for airareadz.
101 reviews15 followers
August 6, 2022
4.5/5 ⭐

okay semua diam!! buku ni best sangat 😭 aku seriously tak expect buku ni best since it is Kak Syu's first baby.

obviously buku ni a bit cliché, tapi best sangaaaaat.

Hazizul ni sweet talker yang berjaya ya. Airina tergoda, aku lagi lagi tergoda. tiap kali dia buka mulut, tiap kali tu la tab pink muncul ish! he was cold towards Airina at first, tapi bila dah kahwin tu, mulut tu macam makan benda manis je. tak berhenti sweet dia. He is suchhh a strong man. after what he went through, he deserve Airina. nak sangat peluk dia, bisik kat Hazizul that he's good enough, he's amazing and im proud of him. the only thing i dont like about him is that his name started with H. (sowwy saya ada masalah dengan lelaki nama H sksksk)

Airina. idk how she forgive everyone who does her dirty. girl, you are amazing. i like you. dia sangatlah kuat, sangatlah hati kental. kalau aku jadi dia, lama dah aku tampar si dia tu, both of them.

Harris. balasan dia tak setimpal dengan apa dia buat. kalau dia mati rentung pun lagi bagus. i hate him, all of him. apa dia buat dengan Airina, dengan si dia.

this book buat aku terharu, tersengih dengan sikap Hazizul, geram, marah, rasa nak bunuh Harris, yang penting menangis. everytime perkataan meninggal dunia, i would burst into tears. mostly because i just lost someone recently. my heart still fragile tapi buku ni memang a bit sedih.

walaupun buku lama, yang baru direstock oleh karyaseni, memang enjoyable. actually this is my first romance novel dari Kak Syu. i was a bit disappointed dengan Ursula, tapi this one besttt. so, kalau rasa nak baca cliche romance novel, i really recommend this.
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
November 19, 2018
Aduduh..sweetnye. habisla digigit semut.hahah

Ni novel first Syu ariani. Dah setahun novel ni keluar baru aku baca. Kesnya lepas aku baca novel Aku Ada, serius aku terpikat dengan gaya penulisan Syu Ariani. Walaupon masih baru dalam dunia penulisan, tapi cerita2 mantap.

Serius aku suka dengan ke'sweetan' dalam novel ni. Bagaimana Airina & Hazizul boleh berkahwin.. Apa terjadi lepas dorang kahwin.. Memang betul2 memikat hati aku la. Bahasa yang Syu guna ni mudah untuk aku hadam. Semuanya lancar.

Rugi betul tak baca daripada awal..nasibla novel ini masih ade dekat popular. Lepasni novel syu memang novel wajib beli. So far dah ade 3 buah novel. Ketiga2nya best. Genre yang berbeza.

Novel2 syu ariani memang highly recommended😍
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,035 reviews377 followers
August 6, 2018
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM13. Pada sesiapa yang berminat, boleh PM.

I like this story better when Hazizul has his beku personality and when he was facing his childhood trauma. Bila dia dah naik romantik dengan Airina, N rasa apa yang membuat cerita ni menarik, seems to have gone away which really makes me sad. but it's not to say yang cerita ni dah bertukar boring because Syida is still a bitch and Harris pula...well, dia memang and sentiasa talam dua muka.
Profile Image for Siqahiqa.
594 reviews107 followers
October 22, 2019
100 Hari Mengenal Cinta. Baca tajuk je dah dapat agak kan ceritanya mengenai cinta. Novel ini mengisahkan proses mengenali cinta antara Airina dan Hazizul. Kahwin atas dasar terpaksa demi menyelamatkan maruah keluarga (ada kisah lain di sebalik pengorbanan ini), dan berjanji untuk cuba mengenali cinta dalam masa 100 hari.

Dengarnya cliche. Tidak dinafikan. Tapi aku suka dengan jalan ceritanya. Walaupun aku dapat agak tentang sikap sebenar Syida (adik Airina) dan Harris (abang Hazizul) tapi plot cerita menarik. Tidak meleret.

Sejujurnya, aku admire dengan sikap Airina di awal cerita. Seseorang yang tenang dan sentiasa berfikir dahulu sebelum bertindak. Cuma selepas cinta dan sayang mula menguasai diri, Airina bagaikan lupa akan sikap positif yang ada dalam dirinya. Masa baca bab ni, aku tergelak sendiri. Haha. Perempuan.. sentiasa ada je benda nak difikirkan. Kalau bab sangka buruk, memang hebat. Bagaikan sel-sel otak sedang berhubung. Siap buat kronologi 😂

Aku suka dengan hubungan Hazizul dan Airina. Cinta boleh dipupuk selepas kahwin asalkan masing-masing membuka hati. Suka dengan gelagat Hazizul yang sangat suka mengusik Airina, Hazizul yang ada kisah duka sendiri namun tidak terikut-ikut dengan kesedihan yang dialaminya. Perubahan positif Hazizul juga menunjukkan bahawa pentingnya peranan seorang isteri dalam kebaikan hidup seorang suami. Kepercayaan dalam hubungan suami isteri juga sangat penting. Mata melihat benda yang tidak sepatutnya dan tidak harus mudah percaya. Namun untuk memujuk hati agar bersangka baik adalah sangat sukar. Masa ni jugaklah perempuan biasanya akan buat kronologi sendiri 🤭😂

Kesimpulannya, novel ini menarik untuk dibaca. Konflik tak berat sangat, jalan cerita teratur dan tak meleret. Ini adalah novel pertama hasil nukilan @syuariani dan yang terakhir aku baca. Nanti nak baca novel terbaru Syu bertajuk Jagakan Aku 😘😘

Rating: 4/5 🌟

instagram.com/siriusiqa
Profile Image for addreads.
286 reviews27 followers
January 24, 2023
Overall, AD JATUH BERKALI KALI KALI KAT HAZIZUL AMIN😫dia. perfect. hijau. hutan. tropikana twister😭manja?✔️sweet?✔️gentleman?✔️hormat orang tua?✔️loyal?✔️✔️ha kan dah banyak tick sebab memang Ad simp teruk dekat dia. Maafkan saya sebab senang simp tapi dia hijau mana boleh tk simp🙈Kisah sedih Hazizul tu sedih😭tak sangka dia hidup macam tu. Takpe Hazizul saya ada okay😏 Airina? dia sangat kuat ye. Bila dia tau tunang dia buat hal dia sangat kuat kawal emosi & fikiran dia. Sangat matang, Ad suka sangat. Bila combo Hazizul Airina ishh kita yg rasa bercinta dalam tu tau tersengih-sengih. Bukan salah Ad tapi salah kak Syu🤪

Ishh ish can you imagined how Ad feel sepanjang baca? happy, marah, sedih semua ada. Tapi more nak menangis sebab nak Hazizul eh🤪okay as for the storyline sangat suspen & main perasaan Ad😔geram maki memang consistent ye baca ni😂turun naik dia Ad enjoy sangat. Memang kak syu kalau buat ml green green sungguh ye😝Please baca tauu😉As usual Ad punya favourite words is...

"𝐩𝐚𝐢𝐧𝐟𝐮𝐥 𝐭𝐫𝐮𝐭𝐡 𝐢𝐬 𝐦𝐮𝐜𝐡 𝐛𝐞𝐭𝐭𝐞𝐫 𝐭𝐡𝐚𝐧 𝐚 𝐩𝐥𝐞𝐚𝐬𝐚𝐧𝐭 𝐥𝐢𝐞."
Profile Image for Yuni.
257 reviews82 followers
December 10, 2017
1. Cover yang santai. I like it. Try to elakkan untuk memikirkan cara pemakaian shawl wanita dalam cover tu. Cara dia macam itu adalah muka depan tapi kasut seperti belakang. Tapi...ntahlah.

2. Tajuk, simple. Straight to the point. So pembaca tahu durasi cerita adalah sampai hari ke 100. So that's why, setahun kemudian fast forward dalam satu bab je.

3. Overall cerita ni boleh ku hadam.

Oh...so GR tak asingkan bonus cerpen di belakang novel ini. Okay...so Yuni akan gabungkan komen untuk cerpen tersebut.

Review Dekatkan jarak kita:

1. Star yang yuni boleh berikan hanyalah 1. Kenapa?

- Yuni tak boleh terima Alysa sanggup menyamar menjadi Sofiya, saudara kembar kepada Tashriq hanya semata-mata itu adalah 'wasiat' terakhir Sofiya. Niat tidak menghalalkan cara. Dear author, if you have time, try cari definisi WASIAT yang sebenar. Supaya tidak membazirkan masa penulis yang precious tu, wasiat tidak perlu diikuti sekiranya ia bertentangan dengan ajaran Islam. Jangan perbodohkan pembaca dengan sebab yang merepek. Dan Yuni tak faham kenapa pembaca boleh hadam isu 'kecil'seperti ini. Kenapa tiada yang perkatakannya?

Sudah terang lagi bersuluh, kalau suruh menyamar, aurat menjadi longgar. Just because Alysa free hair, so kamu ignore that part? Adab, akhlak...di mana kamu tunjukkan dalam cerpen ini? Disebabkan MENYAMAR, so Alysa boleh rapat dengan Tashriq. That's nonsense.

Yuni percaya setiap karya adalah untuk mendidik pembaca. Dalam cerpen ini, pabila base sudah ke laut, apa yang kamu mahu kongsikan pada pembaca, wahai cik penulis?

- Alysa dan Tashriq memang dah out. What about parents Alysa? Takkan diaorg tak tahu apa Alysa buat sepanjang tempoh penyamaran? Dan mereka boleh setuju? T

Tahniah, cik penulis kerana berjaya membuatkan Yuni belajar erti sabar dari mencarut di dalam review ini. Terima kasih. Sepatutnya satu bintang pun tak layak untuk karya seperti ini.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
December 10, 2018
Kisah cinta yang menarik.. Hubungan bermula selepas ikatan yang sah.. Hubungan kekeluargaan yang akrab di pihak heroin dan hubungan kekeluargaan yang bercelaru dipihak hero memberi warna pada novel ini.. Gangguan dari adik tiri heroin memberi rencah tambahan buat Sha yang membaca..

Cerpen Dekatkan Jarak Kita pun menarik.. Dramanya Sha tak tengok..
Profile Image for Eisya.
189 reviews4 followers
February 18, 2023
Dari mula pembacaan dah tarik minat nak baca.. susah nak letak nasib baik baca hari cuti jadi boleh habiskan baca terus dalam sehari. Tak tenang lagi tak tau ending.. kesian sangat dengan perjalanan hidup hazizul semasa kecil yang tak pernah merasa kasih sayang mak dan ayah.

Apa pun puas hati dengan jalan cerita. Happy ending.
Profile Image for SA.
302 reviews31 followers
February 10, 2023
This is the very first book I read written by Syu Ariani. And to my surprise, I super love it!

The book is about how Airina and Hazizul got married without knowing much about each other, thanks to an unfortunate twist of event.

Just like the title, they both learn to know what love is in 100 days. I also like how both Airina and Hazizul are mature. Their conversation after being married to each other felt so natural.

I like how values such as love, respect, trust and a lot more are highlighted.

But one thing, HAZIZUL IS SUCH A GREEN FLAG 😍 He is very soft-spoken, well-mannered, forgiving, hard-working, loyal and a lot more. Every woman deserves a Hazizul in their life!! ❤️ Those who have not read should consider giving this a try!!
Profile Image for Mimi [heyitsmeme06].
102 reviews10 followers
September 6, 2019
REVIEW 100 HARI MENGENAL CINTA

Tajuk. Rasanya tengok tajuk je, semua orang dah boleh terus agak kisah apa. Simple, straightforward.

Cover. I like it since it's simple yet nice, calm je bila tengok. But I still can't relate sebenarnya tajuk, jalan cerita dgn cover tu. Sebuah perjalanan mencari cinta maybe 😅

Plot, jalan cerita, gaya bahasa. I love it. Gaya bahasa mudah, santai. Jalan cerita teratur, smooth as it goes. Tiap kejadian yg terjadi tersusun elok, takde buat readers tergantung dgn persoalan. Flashback scene tak banyak, ada pun diselitkan dgn sempurna so readers senang faham.

Watak. Aku suka semua watak. Aku suka how penulis ni describe and end the characters. Semua ada baik buruk, ada akibat, ada ending masing-masing.

Last but not least. Moral values sgt banyak diselitkan. Pasal cinta, nafsu, perasaan dengki yg boleh bawak fitnah, kasih mak-ayah-anak and so much more.

I loveee this book so much. Saya bagi 5 bintanggg! Good luck kepada penulis for your upcoming project. Teruskan menulis cerita yg best dan daboom macam ni lagi.
Profile Image for YONG EKIN.
90 reviews8 followers
August 8, 2018
Beli buku ini Sebab nak baca cerpen Dekatkan Jarak Kita.. Tapi cerita 100 hari mengenal cinta pun tak mengecewakan.. Gaya Bahasa yg menarik. Jalan cerita yg jelas. Buku yg bila baca rasa sayang nak berhenti. Cinta Selepas kahwin itu memang indah.. Walaupun hakikatnya si hero dah lama jatuh cinta pada si heroin sebelum berkahwin.. Cinta pandang pertama lah katakan.. Siapa yg tak beli lagi boleh lah beli.. Satu buku Ada dua tajuk cerita.. Berbaloi lah nak beli.
Profile Image for athirah amri (athirah_bookstagram).
243 reviews30 followers
March 10, 2020
"Cinta ini bukan untuk 100 hari, bahkan untuk seratus tahun dan seribu tahun lamanya!"
-
10 Hari mengenal cinta ini, pada aku sebuah cerita yang ringan dan ringkas, tapi dari segi jalan cerita, konflik dan pengajaran masih ada untuk di cerna. Proses pengenalan selepas berkahwin antara Hazizul dan Airina ini memberi perspektif baru kepada pembaca bahawa bercinta (mengenali antara satu sama lain) selepas kahwin itu wujud dan relevan. Ia boleh berlaku sekiranya karakter itu ialah Hazizul dan Airina tetapi kalau karakternya seperti Harris dan Syida, usah la berangan begitu! Ada kenapa aku sebut begini. Kena baca baru tahu.

Kekuatan cerita ini ada pada karakter Hazizul dan Airina dalam mengenal antara sama lain dalam 100 hari. Walaupun pada dasarnya, mereka terpaksa di satukan disebabkan event tertentu, tapi development character kedua-dua ini very smooth. saling melengkapi- memahami, jauh dari dipaksa dan memaksa, supportive, berterus-terang dan tolerate, jaga ruang masing-masing. Perbezaan karakter seorang lelaki dan wanita juga boleh dilihat melalui watak Hazizul dan Harris & Airina dan Syida. Nampak jelas dan ketara.

-

Mesej paling menyerlah dalam cerita ini, sekiranya ada hint yang tak 'sedap' tentang sesuatu. Jangan mengelak untuk berfikir dengan hanya berhusnuzhon, tetapi cuba cari tahu supaya kita jelas dengan apa yang berlaku. Keputusan parents tak selalunya betul walaupun mereka dulu lebih makan garam. Ada satu-satu keadaan, mereka tetap ada terlepas pandang, luckily dalam cerita ini Salbiah, ada pendirian yang tetap terhadap keputusan Airina.

Lastly, aku enjoy baca 100 hari mengenal cinta. Hopefully aku boleh tambah koleksi dari Syu Ariani lepasn ini. eheh.
Profile Image for Zulaika.
122 reviews10 followers
September 7, 2022
Airina & Hazizul, dua dua aku suka. Comel sangat for each other. Tapi watak yang lain? Nope. Walaupun adik tiri Airina tu dah minta maaf, but for me still tak berkenan. Kalau boleh nak bawa lari Airina dari semua orang. Awal awal baca memang dah syak ada something pasal Harris. Also, kesian kat Hazizul yang always kena macam macam dengan parents dia. Cara Hazizul layan Airina eeeee cair tau bila baca. Best lah Hazizul dapat cinta dia dari crush sendiri HAHAH
33 reviews6 followers
October 20, 2017
3.7☆☆.

Penulis mungkin pendatang baru dlm dunia penulisan sbb nama penanya baru pertama kali saya jumpa tapi percubaan kali pertama ni not bad
Profile Image for hanihisbiscus.
115 reviews1 follower
July 4, 2021
100 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐞𝐧𝐚𝐥 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚💕
"𝑪𝒊𝒏𝒕𝒂 𝒊𝒏𝒊 𝒃𝒖𝒌𝒂𝒏 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 100 𝒉𝒂𝒓𝒊. 𝑩𝒂𝒉𝒌𝒂𝒏 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒔𝒆𝒓𝒂𝒕𝒖𝒔 𝒕𝒂𝒉𝒖𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒓𝒊𝒃𝒖 𝒕𝒂𝒉𝒖𝒏 𝒍𝒂𝒎𝒂𝒏𝒚𝒂!"🌹
5🌟

𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚? 𝐁𝐞𝐧𝐚𝐫𝐤𝐚𝐡 𝐫𝐚𝐬𝐚 𝐢𝐧𝐢 𝐰𝐮𝐣𝐮𝐝 𝐝𝐚𝐧 𝐧𝐨𝐫𝐦𝐚𝐥 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐬𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐢𝐧𝐬𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐠𝐞𝐥𝐚𝐫 𝐦𝐚𝐧𝐮𝐬𝐢𝐚? 𝐁𝐚𝐠𝐚𝐢𝐦𝐚𝐧𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐢𝐭𝐮 𝐡𝐚𝐝𝐢𝐫 𝐝𝐚𝐧 𝐚𝐝𝐚𝐤𝐚𝐡 𝐢𝐭𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐦𝐚𝐤𝐧𝐚 𝐚𝐤𝐮 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐫𝐢𝐧𝐲𝐚 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐫𝐞𝐥𝐮𝐧𝐠 𝐡𝐚𝐭𝐢 𝐢𝐧𝐢?

Rasional dalam pemikiran. Jurufoto persendirian itulah tugasnya. Keakraban sahabat sejati saling bersatu merapatkan ukhwah. Naluri wanita akhirnya terjentik dengan rasa yang luar biasa. Kasih yang disalurkan benar-benar buatnya bahagia. Penawar buat si dia.
𝑨𝒊𝒓𝒊𝒏𝒂 𝑯𝒂𝒏𝒊𝒔𝒔𝒂

Dambaan kasih dan kesabaran anak buat keluarga tidak terkurang sehingga dewasa menerima ganjaran terindah. Kesakitan dirasai sejak dahulu kala. Namun dengan si wanita itu membuatkan dia terpaku. Hanya sekali bertentang mata dan cukup satu alasan menjadi penguat semangat diri. Magisnya sentuhan Airina dalam membantu mengatasi trauma yang dirasai.
𝑯𝒂𝒛𝒊𝒛𝒖𝒍 𝑨𝒎𝒊𝒏

Pertemuan pertama tanpa sengaja namun cukup menghasilkan debaran di dada. Kebenaran mula tersingkap dan tindakan drastik diambil. Perancangan Harris bertunang dengan Airina hanyalah dusta semata-mata. Mangsa keadaan.

Hazizul menyatakan idea dan bernikahlah mereka berdua. Tempoh masa seratus hari menjadi cagaran dalam mengenal rasa cinta. Airina bersetuju dan bermulalah lembaran kisah bahtera buat Hazizul x Airina.

Sikap mementingkan diri dan ego yang menguasai menimbulkan penyesalan pada akhirnya. Cemburu buta dan terburu-buru dalam melakukan keputusan turut padah dirasai. Romantik cinta, kekeluargaan dan persahabatan menjadi isu kali ini.

Pada aku, coretan ini mungkin biasa namun emosi aku berbolak-balik sewaktu membacanya. Usah aku katakan hati aku remuk sehingga mengalirkan air mata. I can't take it anymore apabila setiap kali bahagian Hazizul muncul, aku rasa nak peluk dia. Sewaktu nama Syida dan Harris pula hanya membakar bara api dalam diri. Jujur aku katakan, hampir sahaja semua watak diberi pengakhiran yang sebaiknya.

𝑪𝒖𝒌𝒖𝒑𝒍𝒂𝒉 𝒔𝒆𝒕𝒆𝒍𝒂𝒉 𝒂𝒑𝒂 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒅𝒊𝒍𝒂𝒍𝒖𝒊, 𝒃𝒂𝒉𝒂𝒈𝒊𝒂 𝒑𝒖𝒍𝒂 𝒎𝒆𝒏𝒊𝒕𝒊 𝒃𝒖𝒂𝒕 𝒎𝒆𝒓𝒆𝒌𝒂.
Profile Image for NA.
96 reviews3 followers
February 21, 2024
•Bermula dengan Airina Hanissa yang menyasikan kecurangan tunangnya, Harris bersama adik tirinya, Syida. Bahkan dia dapat tahu Harris mempergunakan dirinya untuk memburu cinta Syida. Lantas, Airina yang kecewa dan nekad untuk memutus tali pertunangan mereka. Namun Hazizul Aiman, adik sebapa Harris muncul memberi satu idea.

"Kita kahwin. Untuk 100 hari. Kalau lepas 100 hari kita masih tak boleh terima satu sama lain, aku janji aku lepaskan kau." - Hazizul Aiman

"Tapi kenapa 100 hari?" - Airina Hanissa

"Aku nak kenal cinta dengan kau dalam masa 100 hari tu." - Hazizul Aiman

Dan bermulahlah kisah mereka mengenali cinta.

•Pertama sekali, saya suka isu yang Kak Syu cuba ketengahkan dalam novel ni iaitu penderaan kanak-kanak serta tentang mental health. Lurve dengan cara penyampaian Kak Syu. Sedikit sebanyak saya dapat belajar dan memahami mereka yang ada masalah trauma dan mental.

•Bukan itu sahaja, saya juga suka dengan perwatakan hero dan heroin dalam novel ni. Diaorg tersangatlah comel 💘😍 Asyik tersenyum dan blushing je bila baca🥰💖Memang agak kena dengan mood saya yang baru habis baca novel pain. Tetapi, ada juga perangai mereka yg saya rasa agak annoying.

•Konflik dia pulak tak adalah heavy sangat tapi dalam masa yang sama, dia tak light. Sebab ada part yang buat saya mengalir air mata🥺😭🤕

•Penutup kata, saya sangat enjoy baca novel ni walaupun saya rasa ending dia agak tergesa-gesa. Berkenaan dengan typo, ada cuma minimal. Dia tak menganggu sangat pembacaan saya. Sangat rekomen kepada readers yang suka konflik not too heavy😆 and hero & heroin yang tersangatlah hijau seperti sawah padi💚😍🤭

•Personal Rating: 3.75✨
Profile Image for Izz.
420 reviews8 followers
March 5, 2021
Buku yang paling lama kena tunggu giliran untuk pinjam dekat library. Nasib baik berbaloi tunggu sebab cerita dia best. 1 hari je baca cerita ni, sekali baca rasa macam nak habiskan terus. Suka dengan watak Hazizul dan Airina, menarik. Cuma tak faham mula-mula tu, kalau tak nak family malu batalkan perkahwinan Harris dengan Airina, kenapa tak suruh je Harris tu kahwin dengan Syida? Tapi kenapa mesti Hazizul yang kahwin dengan Airina. Baca sampai habis baru tau sebabnya.
Profile Image for Iqa.
144 reviews4 followers
September 22, 2023
Best gila! Suka sbb Zul x Airina actually civil in trying to pupuk the marriage! Like, tak ada konflik2 yg berat kepala mcm 1 of them tu ada hide something kononnya utk tak lukakan hati the other, tp end up jd salah faham. Tak ada!

Diorang memang direct cakap and rational.

Kalau nak reread balik, I’ll probs skip the adik gila part just to maintain this as a light read. I actually dah satisfied sgt pun to see their relationship developing maturely.

This one was a satisfying read!
Profile Image for naaideya.
19 reviews
July 6, 2022
Best! Tak tahu nak describe but cerita ni for me smooth je. If you're looking a book yg tak pecah otak bila nak baca, this is for you.

Hazizul Amin is the standard ✨✨🤍
Bye i still tak boleh move on 😩🥲
Profile Image for Ri Readers.
30 reviews19 followers
January 22, 2021
Novel first Syu Ariani yg baru aku baca. Cerita tntng kekeluarga dan cinta.

Airina Hanissa- Well-known, if you read the sinopsis, you'll find out what happen to her. Tapi, kena baca juga isi nya untuk tahu lebih detail apa yg trjadi sbnrnya. Okey taknak bagi spoiler but, dia akn end up dngn Hazizul. Hero cerita ni.

Hazizul Amin. Dibnci boleh ayah kandung nya sndiri kerana--ya of course ada something mengapa dia dibnci. Dan org yg benar2 caring dngn nya tak ramai. Kira mcm, Airina nilah pelengkap kesunyian dia selama ni. Mngkin mmng btul yg dia ada bestfriend dan ada seorng wanita tua yg peduli akn dirinya, tetapi Airina ni ibarat kebahagiaan dia.


Apa kaitan 100 hari tu? Ya tntng cinta mereka. Tetapi apa yg mnyebabkan trjdi prjanjian 100 hari tu, aku tak boleh ceritalah. For me, perjalann spnjang merkea bergelar suami isteri tu comel. Ibarat bru mahu mengenal erti perisa cinta. Itu yg trjdi dngn Hazizul dan Airina.

Konflik nya, ianya tntng kekeluargaan mereka. Berkait antara family mereka juga. Yg ada kaitan dngn mereka.

Nice. Cute.

Keep writing author. I wait another more from this author.

K lah. Sekian.

Annara.
Profile Image for Mommy Farah.
362 reviews14 followers
December 16, 2017
Beli sebab nak tau ending kisah dekatkan jarak kita. Tapi kecewa rupanya lain cerpen dengan drama kat tv. Redha! Hahaha. And drama tv lagi best kit dari cerpen.
Habis baca cerpen terus baca novel 100 hari mengenal cinta. Tahniah penulis. Two thumbs up!!Secara jujurnya saya sukakan 100 hari mengenal cinta. Tapi tengah2 baca ada masalah printing plak pada buku. Hampir 40 ms hilang. Spoil mood nak baca. Huhu.
Profile Image for Puteri Nurcahaya.
160 reviews12 followers
January 17, 2018
love the book, the plot. sayang nk habiskan.good job writer 😘😘😘
Profile Image for lyaa.
45 reviews2 followers
May 20, 2023
this book! another ♾/5 starss.

sayang gila buku ni 😭❤ journey dalam buku ni is 📉📈📉📈📉 you better prepare your mental and think again if you want to read this book. this book is only for manusia yang kesabaran dia tinggi level langit.

first, hazizul amin. man was so greenn. hidup hazizul ni lengkap segala la orang kata. cuma ada satu je pieces yang tak lengkapkan hidup dia. dia tak dapat belaian kasih sayang dari ibu bapa dia. cuma bila hazizul ni bersecond thoughts ( trauma ) nak bagitau airina sesuatu , saya macam bengang sikit la. sikit je 🤏🏻. lebihnya, saya sayang hazizul amin. his history 🥺😭🫂❤

airina hannisa. saya suka airina ni. cumanya bila part dia asyik menuduh hazizul tu, memang rasa nak lempang je muka dia 🙄 nak je jahit mulut dia masa ni. tau trauma, tapi kesian la kat hazizul tu. kau takleh nampak ke keikhlasan dia tu ? hishh. tapi overall scene ii lain, airina is lurvee.

walaupun perangai adik ngan tunang macam 🤡💀 tapi dia still tak bukak mulut. sebab nak jaga aib dua ketul tak reti bersyukur tu. tapi lain pulak dia dapat sebagai balasan 😀

sukaaaaa gila hazizul bila dia layan airina. lembutt aje. walaupun airina naik tanduk dengan dia pun, still dia lembut. whyy, why on earth i didn't find this kind of men yet 😭😔 AND HIS LOVE LANGUAGE IS PHYSICAL TOUCH YALL. suka gilers setiap kali bila dia taktau nak explain perasaan dia, he would just peluk airina. menunjukkan dia betul ii selesa dengan airina 😭❤🥺. man was so sure about his heart 😩❤ my heart for this two is 🥺🤍 idk, i just love them so much masyaAllah 😭✋🏻♾❤ dua ketul ni kalau dah sweet, tak hormat dah orang single!

harris and syida. sumpah nak ketukk pale dua ekor ni! mende la yang mu tak suka sangat tengok orang bahagia haa!! harris tu ha. memang aku nak pukul dia pakai kayu besbol 😀😭 bakpe mu perangai buaya jadian gitu bang oi! syida pulak, tak habis ii nak menyalahkan airina. menyirap betul aku scene dua ketul ni. tapi syida insaf last ii. nasib baik la. harris pun dah deserve what he deserves. jadinye alhamdulillah untuk itu HAHAHAHAH.

norli and zainal. ni pun definition tak reti tengok orang bahagia. tapi emo la jugak masa last ii zainal dah mintak maaf tu. pastu terus pergi 😭😭 i is takleh kalau parents mintak maaf ngan anak. i got too emotional 😭❤

buku ni , banyaknye mengisahkan tentang bagaimana ego manusia boleh merasuk hati dan mula menabur fitnah. itulah apa yang saya boleh ringkaskan pasal buku ni.

and buku ni, banyak jugak la plot twist over plot twist. walaupun plot twist dia cliche. tapi still, plot twist dia buat saya tarik rambut la jugak AHAHAHA. smooth aje buku ni dia punya storyline tu. naik turun pun smooth ajee.

semua characters dalam ni, ada peranan masing ii. buku ni sangat lengkap. segalanya dalam buku ni lengkap. MY FAVV. will go read syu ariani's another book!

DJK cerpen tu pun best! plot twist dia gempak!
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
May 29, 2019
[BOOK 70]

100 Hari Mengenal Cinta by Syu Ariani.
.

Best!
.

Ni buku pertama daripada penulis. Dan juga buku pertama SA yang kubaca.
.

Airina dan Hazizul. I love their chemistry. They really perfect for each other.
.

Airina dicurangi oleh tunangnya, Harris. So, Hazizul offer dirinya untuk menggantikan Harris supaya perkahwinan mereka tetap berlangsung seperti yang dirancang. Plan ni sebenarnya untuk menjaga nama baik 2 keluarga, tanpa mendedahkan aib Harris dan Syida, kekasih Harris merangkap adik Airina. So, 100 hari ialah untuk kedua-duanya mengenal cinta selepas mereka berkahwin, yang akan menentukan sama ada perkahwinan mereka akan diteruskan atau pun tidak.
.

Hahah..masa mula-mula baca lagi, ku dah terbayang Airina ialah Syu.
.

Walaupun ni ialah buku pertama penulis, ku suka olahannya yang matang. Dan emosi untuk setiap watak pun sampai ke hati. Sampaikan setiap kali watak Hazizul yang fragile, yang dalam kesakitan dan ketakutan, yang takut kehilangan Airina, aku pun boleh rasa perasaannya. Aku suka watak Rin ni sebab dia matang. Dia boleh faham Hazizul, dia ada magic hand yang boleh sembuhkan kesakitan Hazizul dan dia ada kuasa penenang untuk Hazizul.
.

Dan ku suka kombinasi kedua-dua watak ni because they are just perfect for each other. Bila ada masalah, dorang akan communicate. Bila ada salah faham, ada masanya Rin merajuk, Hazizul sabar je memujuk. Dan bila sayang dan rindu, dorang akan luahkan. I just love them so much!
.

Cerpen: Dekatkan Jarak Kita.
.

Aku sebenarnya agak kurang ngan cerpen ni. Mungkin sebab ianya pendek, so aku tak sempat nak feeling, tup tup dah habis.
.

Lagipun, honestly, faktor terbesar yang buatkan ku rasa 'kurang' ngan cerpen ni ialah aku duk terbayang pelakonnya, Ayda Jebat dan Syafiq Kyle, yang aku tak minat sangat ni. Haha
.

Dan aku yakin jika diberikan lebih peluang, SA mampu mengolah cerpen ini dengan lebih baik. Just as good as 100 HMC.
Profile Image for fs.bacabuku.
25 reviews
August 6, 2022
"You are mine. Abang tak nak lepaskan sayang. Hati abang cuma untuk sayang aje. Bukan sekadar untuk seratus hari ni tapi insya-Allah, untuk sampai bila-bila..."

Jarang la tak blushing,meng-butterfly bila baca buku kakSyu ni sebab hero-hero semua manis dan gentleman belaka❤️

Mengisahkan tentang Airina Hanissa yang bertunang dengan Harris lalu putus tunang sebab dah kantoi yang Harris ni sebenarnya ada udang di sebalik batu je selama ni. Gunakan Airina semata-mata nak buat adik tiri Airina,Syida jealous. Sangat buaya haruan betul si Harris ni.

Pada akhirnya, yang jadi penyelamat kisah tragis Airina ni ialah Hazizul iaitu adik tiri Harris. Hazizul cadangkan kepada Airina untuk kahwin selama 100 hari dengan tujuan bagi peluang untuk dorang berdua kenal cinta dalam tempoh tu. Yang jadi persoalannya disini, boleh ke Hazizul tu jatuh cinta sedangkan dia sendiri mengaku dia tak pernah kenal erti cinta?

Airina pun, boleh ke jatuh cinta dan sayang dekat Hazizul walaupun kenal Hazizul dalam tempoh masa yang singkat dan buat keputusan drastik untuk kahwin dengan Hazizul?

Bacalah untuk tahu jawapannya...hehehe...

Bila baca kisah silam Hazizul sedih sangat...Tak sangka seseorang yang disangka kuat dan ceria diluar menyimpan luka yang dalam sampai menjadi punca dia trauma sepanjang hidup.
Bila sampai scene dia berbaik semula dengan keluarga dia sangat sebak :(

Kisah yang penuh pengajaran dalam erti menghargai hubungan antara keluarga.
Hargai sebelum terlewat kerana kita tidak tahu bila bakal menjadi kali terakhir kita bersama mereka.

Konflik cerita yang tidak berat dan kurang bermain emosi.

Suka lah dengan Hazizul Airina ni❤️🥰
Profile Image for Thes.
193 reviews3 followers
September 19, 2022
Tunangnya orang lain, suaminya orang lain. Semuanya terjadi kerana satu pengkhianatan yang amat memeritkan. Datangnya daripada insan-insan yang dekat dengannya. Itulah permulaan kisah mahligai cinta Airina dan Hazizul.

Walaupun perkahwinan mereka bertujuan untuk menutup aib keluarga dan terbina bukan atas dasar cinta, Hazizul langsung tak kekok untuk melayan Airina sebagai isterinya. Bukan setakat mulut je manis, kelakuannya pun manis sangat! Ish, naik lagi la standard untuk calon suami. Aku suka dengan matlamat perkahwinan mereka yang Hazizul tetapkan beberapa hari sebelum mereka bernikah. Untuk mengenal cinta dalam tempoh seratus hari. Dan sekiranya tiada keserasian antara mereka, maka perpisahan akan terjadi.

Airina. Kematangan dia dan sikap rasional dia memang perlu dipuji. Aku suka watak dia yang sentiasa pilih untuk berbincang lebih dulu sebelum buat keputusan. Walaupun dia hampir tersasul mengikut perasaan, masih ada secebis kepercayaannya buat Hazizul. Gabungan Airina dan Hazizul, sangat harmoni, cute gila!

Novel ni bukan setakat mengisahkan mereka untuk mengenal erti cinta antara satu sama lain, tapi juga mengisahkan tentang cinta keluarga. Keluarga Airina dan keluarga Hazizul. Sangat kontra walaupun secara dasarnya kedua-duanya ada keluarga tiri. Sanggup ya keluarga Hazizul tu buat dia macam tu sekali. Sedih gila!

Pace ceritanya, bagi aku sedang elok. Tak terlalu laju dan tak terlalu perlahan. Tak ada bahagian yang meleret. Babak yang happy aku senyum, babak sedih aku menangis, babak comel antara hero heroin, aku pun ikut blushing. Cukup rencah cukup rasa.
Displaying 1 - 30 of 53 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.