Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kitab Lama #4

Cincin : Di Mana Waris As-Siddiq?

Rate this book
Dari sambungan kisah 'decoding' akhir zaman dalam novel Dialah Bunga Berembun Bulan, Kitab Lama dan Teori X, kini Suri kembali beraksi merungkai misteri 'CINCIN' Sang Ratu yang sekian lama menjadi rebutan kuasa dunia.

Apakah akan ada lagi gabungan di bumi Melayu ini, selain gabungan Alam kemudian hari? Ia berlalu bagaikan sakti, terlindung ia di balik sakti, disaksikan para sakti.

Ya, di akhir zaman, sejarah pasti berulang. Garis takhta dan keturunan ditentukan oleh nasab bapa. Namun garis kuasa Alam atau 'mother nature', tetap ditentu nasab ibu. Hatta bersatu dua garis itu, dialah yang disaksikan sebagai siddiq lagi Haq.

Maka siapakah?

384 pages, Paperback

First published September 1, 2017

Loading...
Loading...

About the author

Sha Hanim Ramli

7 books38 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
16 (64%)
4 stars
8 (32%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
1 (4%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 14 books109 followers
November 28, 2017
daripada korang kecoh baca karya atau cerita lucah yang diviralkan tu, ada baiknya cari buku sejarah. kalau tak nak teks sejarah, haa.. ni.novel terbaik yang boleh dibaca. bukan sekadar dapat kenal sejarah silam, bahkan mampu buat yang minat sejarah selongkar bahan sejarah lama untuk di baca. cuma satu jerlah pesanan akak, kalau nak baca novel biru cantik ni, seeloknya cari tajuk-tajuk terdahulu karya puan penulis cantik Sha Hanim ni supaya boleh nampak gambaran jelas kisah yang nak di sampaikan. KITAB LAMA, DIALAH BUNGA BEREMBUN BULAN dan TEORI X.

kali ini puan penulis lebih detailkan lagi tugas setiap watak yang ada - tok damang, zulaikha yang sedikit saja kisah tapi sebenar punya besar impak, panglima ragam dan ada juga watak yang lain di samping juga pengenalan tentang dari mana asalnya, dari mana datangnya barang-barang sejarah dan antaranya baju dan cincin. sangat menarik. serius, permulaan kisah memang akak agak terpinga-pinga, kenapa pulak ada masuk kisah Raja Sulaiman,kisah Ratu Balqis. Lepas tu masuk pula kisah Naning dan Dol Said.. rupanya, ada sesuatu yang lebih besar dari itu.. suntikan penulisan yang amat teliti buat pembaca rasa berdebar mahu teruskan pembacaan. Suri, kalau anda yang dah baca novel terdahulu mesti tahu akan kelebihan dia. bila merentas masa, pelbagai jawapan yang muncul dan makin berat tanggungjawab yang digalasnya.. tak sangka juga, anak suri, siti nur putri dan muhammad putera antara penyampai tanggungjawab yang suri galas.

'mempasak citrakara ke janaloka'... dan lagi tarikan novel ini ialah penggunaan ayat dan bahasa yang sangat cantik. betul lah puan penulis nyatakan, 'orang tua dulu bijak-bijak belaka. berkata dalam lapik. menukil dalam kias. melakukan jua dalam gerak Tuhan.' (ms 344-345). sejarah perebutan kuasa di Naning kisah Megat Terawis menguatkan lagi kisah Cincin ini... siapakah waris as-siddiq yang bakal muncul?... kena sambung lagi kisah menarik ini ya puan penulis...

ada terbaca tempohari tentang 'penghinaan' kalau tak salah terhadap puan penulis. tolonglah. jangan terus menghina kalau anda tidak baca kisah ini sebaiknya. ingat senang-senang puan penulis mahu coretkan kisah yang bersimpul-simpul cantik dan berkait antara sejarah ribuan tahun silam dengan kisah yang berlaku sekarang?.. perlu bukan sekadar pembacaan sahaja malah rasanya puan penulis pergi melihat sendiri dan mengkaji bahan sejarah. melalui pemerhatian yang teliti saja mampu melahirkan karya sehebat ini. anda yang tak baca, takkan rasa betapa bergelodak jiwa bila baca sejarah mempertahankan tanah air. tahniah puan penulis untuk karya yang hebat sebegini dan moga akan terus diberi idea yang lebih hebat untuk karya yang akan datang. pedulikan dan persetankan saja suara-suara sumbang itu!
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,582 reviews42 followers
June 11, 2019
Dah baca kitab lama, bulan, teori X dan sekarang cincin - saya nak sebut satu ayat saja. Bacalah buku-buku Sha Hanim kerana ia karya kualiti premium yang pasti melonjakkan semangat cintakan tanah air disamping menyebabkan IQ dan EQ anda mencanak ke langit.

Tak sabar tunggu sambungannya.
Profile Image for akusipeminatbuku.
265 reviews33 followers
January 16, 2019
Sekali lagi saya terpukau dengan karya dari Puan Sha Hanim Ramli. Selepas saya membaca karya beliau dalam novel Kitab Lama, hati sudah terpaut pada jalan cerita dan gaya bahasa yang cantik dan mendamaikan.

CINCIN adalah sambungan perjuangan Suri. Insan istimewa dan terpilih yang mampu berkomunikasi dengan alam ghaib yang lain. Suri ditakdirkan menjadi penghubung antara dunia kayangan dan dunia manusia. Suri perlu menyampaikan amanat yang diamanahkan kepada orang yang tepat supaya perjuangan itu dapat diteruskan.

Sejarah adalah peristiwa yang telah terjadi pada suatu masa dahulu. Sejarah yang berlaku telah membentuk apa yang kita lihat hari ini. Daripada sejarah kita belajar tentang banyak perkara. Dengan memahami sejarah kita mampu membina dunia yang lebih baik untuk diwarisi oleh anak cucu kita.

Sejarah yang terjadi bukan untuk dikenang tetapi untuk diambil pengajaran supaya apa juga kesilapan lalu tidak kita ulangi.
Suri terus mengkaji dan meneliti setiap maklumat yang diberikan kepadanya untuk mencari siapakah waris As-Siddiq.
Profile Image for Pak Badrul.
Author 9 books6 followers
October 15, 2020
Hmmm... Dah habis ke belum siri epik ni? Macam ada sambungan lagi je.
Profile Image for Casper Judati.
69 reviews2 followers
February 6, 2022
Tak dapat saya bayangkan kalau saya lahir pada zaman tanah air kita sedang dijajah. Sejarah nenek moyang kita disiksa cukup memberi kesan insaf. Hidup dalam ketakutan. Hidup makan minum apa yang adanya. Bersyukur kita dilahirkan pada zaman kini. Bebas kemana-mana. Al-fatihah dan doa untuk nenek moyang kita terutamanya pejuang-pejuang tanah air.

Menangis saya bila membaca scene tentang Kesidang ( Dang Anum) walaupun pendek namun memberi impak. Sampaikan saya mengulang cari sejarah tentang beliau di laman media.

Syabas puan penulis kerana menukil sebuah buku yang hebat. Terima kasih kerana menulis cerita yang cukup memberi kesan pada saya.

Salam hormat untuk puan penulis.
Displaying 1 - 6 of 6 reviews