Jump to ratings and reviews
Rate this book

Dua [Two Soul Will Unite]

Rate this book
Noura yakin, apa yang dialaminya hanyalah sebuah mimpi. Manakan tidak, di Malaysia mana ada musim sejuk, ladang gandum, kincir angin atau lelaki bermata biru, berambut perang bernama Vesa itu.

Tapi, kalau itu semua mimpi, macam mana pula saat dia bangun tidur di katil bilik asramanya, jaket pemberian Vesa ada di tubuhnya? Stoking dan sandal yang disarungkan Vesa ada di kakinya? Kalau itu semua mimpi, kenapa ketika dia pulangkan semua pemberian Vesa itu, barang-barang itu tiada lagi dalam simpanannya?

Antara mimpi dan realiti, Noura sendiri tidak pasti. Namun apa yang pasti, segala yang berlaku antara dia dan Vesa, bakal merungkai sebuah kisah yang akan mengubah hidup kedua-duanya.

325 pages, Paperback

First published October 1, 2017

6 people are currently reading
106 people want to read

About the author

Ema Deesyiaqis

5 books14 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
72 (43%)
4 stars
79 (47%)
3 stars
10 (6%)
2 stars
3 (1%)
1 star
1 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 53 reviews
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
January 29, 2018
(DUA)
by Ema Deesyiaqis

Noura, pelajar astronomi, mengalami pengembaraan roh (lebih kurang la kot) sehingga membawanya ke bumi Finland, bertemu Vessa Samuel. Mula, disangkakan hanyalah mimpi namun makin lama makin kerap pertemuan mereka.

Kali ini, more sains fiksyen diselitkan, perkaitan 2 dimensi ala2 interstellar tu. Semua nya kerana cincin two soul yang dipakai mereka dan atas kehendak tuhan semestinya. saya baca buku ni masa tengah layan drama nefkix, #DARK yang pasal kehilangan budak dalam gua yang kembali ke masa lampau -cam time traveller sikit,so macam related pulak dengan buku ni.

saya suka garapan penulis, setiap bab dimulakan dengan terjemahan al-Quran dan diselitkan banyak fakta2 sains yang berkaitan. Malah, keindahan ladang gandum dan cuaca serta budaya di Finland juga diceritakn serba sedikit, tetapi berdasarkan fakta yang betul dan tepat. terus terasa nak bercuti di Finland!

dan, rasanya ni buku prolog paling tersusun plotnya, tak banyak sangat flashback or twist.. kira misteri pertemuan Noura dan Vessa je la yang perlu dirungkaikan.

part keluarga Noura yang cari ustaz nak tengok2 kan Noura sebab ingat berdamping dengan jin tu macam geram pun ada... nak2 Warda kawan Noura yang tak percaya tu. Part tu tak de pun tak pe kot!

Konflik dengan Jarvi tu macam tak berapa kuat, n rushing pun ada.. tapi ok la sebab tu jadi titk pertemuan Vessa dengan Noura.

*rating : 4.7 *
Profile Image for zairaidah.
407 reviews40 followers
January 20, 2019
Aku suka naskhah ini. Gaya bercerita aku rasa biasa-biasa je. Tapi disebabkan storyline tu yang lain daripada lain. Kalau kisah cinta yang biasa-biasa tu memang aku takkan baca dah.

Mula-mula ingat macam time travel tapi sebenarnya bukan. Lebih kepada macam mengembara ke alam mimpi. Dan mimpi tu sebenarnya realiti. Body ada kat Malaysia then bila tidur tiba-tiba mimpi ada dekat Finland. Semua ni ada kaitan dengan cincin Two Soul.

Rahsia kewujudan cincin ini diceritakan dengan baik tapi kalau ada gambar mesti lagi bagus kan kan. Hehehe... Penulis juga ada selitkan ilmu astronomi memandangkan watak utama amat meminati alam di langit dan juga kaitannya dengan cincin Two Soul. Aku lebih tertarik dengan misteri cincin tu daripada kisah cinta watak utama. Apa2 pun enjoy reading!!! ❤️ ❤️ ❤️
Profile Image for ~:The N:~.
851 reviews56 followers
July 26, 2024
Arghhh, aku tertekan!

Sebenarnya aku pernah cuba baca buku ini pada tahun 2022 tapi aku abaikan buat seketika. Penyebab yang buat aku berhenti baca buku ini, aku lupa sebenarnya. Namun apabila aku baca semula, oh patutlah, pada muka surat pertama sahaja sudah nampak perkataan yang salah pada ayat ini: "Sehingga bahunya terhincut-hincut menahan sedu." Perkataan yang betul sebenarnya terhinggut-hinggut sebab maksud terhincut-hincut ialah berjalan tempang.
*haih*

Gigih lagi baca tapi maaf aku tak dapat teruskan sehingga ke noktah terakhir. Aku tak tahu apa fungsi editor rumah penerbitan Prolog Media. Tatabahasa ke Lautan Teduh, grammar ke Laut Maghrib. Sehingga ke muka surat 62 sahaja aku jumpa lebih 30 kesalahan tatabahasa, grammar, penggunaan perkataan yang salah, dan saltik. 30 kesalahan dalam 19% bacaan benar-benar menguji had kesabaranku. Mood membaca aku menjunam dan aku jadi jengkel dengan segala-segalanya tentang buku ini. Dan bila tengah jengkel, benda-benda remeh pun akan buat aku meluat.

Justeru, demi menyelamatkan masa aku yang berharga dan sebab aku nak hidup stress-free, aku DNF buku ini.

Oh, satu lagi, oleh sebab aku tak habis baca buku ini aku tak dapat rungkaikan kenapa penulis guna "Two Soul" dan bukan "Two Souls".

Dan untuk anda yang masa sekolah dahulu tak nak belajar bahasa Melayu betul-betul:

Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
May 22, 2018
kalau nak adaptasi novel ni, sila ada rm2.6 billion. serius, tak mau hasilnya hancur lebur bertaburan ditiup angin. kalau tak ada duit, jangan gatal-gatal nak adaptasi. ini adalah salah satu masterpiece terbitan PROLOG MEDIA. sangat serius. jangan rosakkan hasil karya penulis ini.

Dua, tajuk yang sangat ringkas tapi punya kisah yang sangat kompleks sebenarnya. gabungan dari idea, olahan, fakta sains, terjemahan surah.. semuanya diblend sangat cantik, kemas dan teratur. pembaca juga ditarik masuk sama ke dalam kehidupan noura. noura, seorang gadis biasa yang belajar bidang astronomi, kehidupan biasa, hadapi masalah hidup yang biasa tapi tiba-tiba lalui satu kehidupan yang sangat luar biasa. sangkanya hanya mimpi. tapi ya, mimpi...

bermula bila dia tidur, bangkit, dan tiba-tiba berada di sebuah ladang gandum yang luas. dalam cuaca yang sejuk dan pasti bukan di malaysia, vesa membantunya menghilangkan kesejukan. berbual dan berbicara seketika tapi kemudian dia bangkit setelah teman sebiliknya warda mengejutkannya dari lena. mulanya noura sangkakan mimpi tapi bila berkali-kali dia bertemu vesa dengan cara demikian, dia tahu ada suatu misteri yang perlu dirungkai.

sangat suka bila penulis Emma mengaitkan dengan kejadian alam semesta. bukan mudah nak masukkan fakta tentang planet, kejadian bintang, meteor dan segala benda yang ada di atas sana. sambil membaca kisah, pembaca juga dihidangkan dengan banyak ilmu astronomi. cincin two soul yang ada batu meteor adalah subjek utama bagi cerita ini berjalan dengan cantiknya.

segalanya tidak mustahil. terlalu banyak rahsia alam yang manusia tidak akan mampu mengkajinya. Al-Quran sendiri, makin dalam dikaji makin banyak ilmu yang boleh didapati. perkaitan antara petikan surah dengan jalan cerita juga cantik ditenun. vesa menerima saja kehadiran noura tapi sampai pada satu tahap, dia sendiri keliru bila sebenar hanya dia saja yang mampu melihat noura. noura pula, semakin pelik tingkah laku pada pandangan mata warda. bukan fantasi, tapi realiti yang tak terjangkau dek pandangan mata, tak terfikir dek akal. suatu yang lebih besar dalam kehidupan mereka berdua dan menariknya rupanya kaitan antara mereka sudah sangat lama. True Soul dan Dream Soul perantara untuk semuanya...
Profile Image for a i n c e r a.
125 reviews14 followers
April 9, 2023
Ramadhan Read : Episode Tiga

Sebenarnya, this book takde dalam senarai yang aku dah plan untuk baca bulan ni. I just randomly picked sbb aku macam craved for romance 🤤. My love battery macam dah nak kering haha i need to feel love again. Tapi this book is NOT a romance book. Unfortunately. The main genre dia lebih kepada urban fantasy/magis. Aku rasa romance dia dalam 10-20%. Still, i dont regret my desicion to pick this book up. Apa yang lebih penting adalah aku jumpa another book that perfect to read during this month.

Buku ni one of a kind sebab jarang-jarang jumpa buku yang berkaitan dengan alam dan semesta. Yang banyak bercerita tentang fenomena, bulan, galaksi at the same time soo enjoyable and interesting to read. Rasa macam tengok dokumentari tapi make it movie-style. Bagi aku, penulis berjaya stick to the point of the story. Nak bagi kita sama-sama explore dunia yang berkaitan dengan alam. Aku siap googling lagi pasal kejadian fenomena yang di-mention dalam buku ni. Boleh dikatakan is a well structured storyline. I can see the connection antara satu sama lain like Noura yang merupakan Ahli Kelab Astronomi; Vesa yang suka mengkaji tentang alam; cara mereka berjumpa jugak - semua itu make sense to the story.

Idk why tapi Noura dengan Vesa reminded me a lot of Nur and Zuhal. description Aku rasa macam they both givin me the same vibe; the same frequency. Aku suka yang cerita ni tak menjadikan romance sebagai fokus utama as i think im gonna be bored by it. Noura dengan Vesa dont show much of their feeling or affection towards each other. Evertime dorang jumpa, conversation dorang takde berkaitan dengan hati dan perasaan. Im sorry to say this, kadang-kadang aku viewing them as partner in crime.

I dont like this book as much as i like Persis. Im a little bit dissapointed with myself cause i want to liked this book like everyone else. The writting in here is a bummer. Aku perasan yang ada beberapa ayat macam tertinggal perkataan. Ada jugak yang kurang lengkap. Im sad because of this matter aku tak boleh nak rate tinggi. It spoiled me. Mungkin bukan salah penulis tapi editor 😓 but it is what it is. Aku cuma mampu berharap akan ada improvement untuk next-next book.

Everyone talking about time travel but nobody mention tentang teleportation. So im going to start this. Pada pendapat aku, the best way to describe or explain apa yang telah dialui oleh Noura/Vesa adalah teleportasi. Mungkin boleh digabungkan dengan lucid dream jugak. Time travel is not the best answer just like what Vesa said. Cincin tu ialah teleport device macam doraemon yang ada pintu kemana saja description



Oh yah, recently aku baru lepas tonton filem Slumberland description
Its also ada kaitan dengan mimpi. I used this movie as reference untuk bentukkan imaginasi aku dengan lebih jelas.
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,334 reviews67 followers
December 9, 2018
[BOOK 138]

Dua by Ema Deesyiaqis.
.

Best!
.

Satu lagi buku bertemakan Time Travel daripada Prolog Media.
.

Mula-mula baca, ku terbayang cerita Thai bertajuk Buang Bunjathon. Antara cerita Thai yang ku suka, walaupun ku tak minat Mario Maurer. Temanya hampir sama. Time travel. Heroin travel ke dunia hero dan punca pengembaraannya ialah katil.
.

Hehe. So, seperti mana ku suka cerita tu, ku lagi suka novel ni.
.

Seronok weh jadi Noura. Bangun tidur je, dah ada kat Finland. Dahlah musim bunga. Boleh tengok ladang gandum. Tengok kincir angin. Dan paling penting, dapat jumpa si jejaka bermata biru dan berambut perang bernama Vesa. Mula-mula ingatkan mimpi, tapi bila Noura terjaga daripada tidur, dia masih memakai jaket dan stoking Vesa.
.

Rupa-rupanya, misteri ni terjadi disebabkan cincin Two Soul. Two soul will unite. Disebabkan tagline tu lah, Noura selalu 'travel' ke Finland. Dan Vesa 'travel' ke Malaysia, specifically kat kampung Noura. Hahaha. Dahlah dorang ni hanya boleh nampak satu sama lain je. Kesian ayah Noura, kena kacau ngan 'hantu' Vesa. So, apakah sebenarnya rahsia yang dimiliki oleh Two Soul?
.

Buku ni ada banyak ilmu tentang sains astronomi dan juga fizik. Kira okey la. Sebab Noura ni student sains astronomi, jadi dia cuba mencari logik di sebalik misteri ni. Ye la, kalau cerita kat orang, confirm kena gelak je.
.

Baca buku ni, serius, buatku rasa nak pergi Finland. Nak pergi Turku. Nak tengok ladang gandum dan kincir angin. Hahaha... Nak jumpa Vesa.
Profile Image for Siqahiqa.
594 reviews106 followers
October 23, 2017
Full review on my blog:
http://www.siqahiqa.com/2017/10/revie...

Terpikat nak baca novel ni sebab kulit buku yang menarik 😊

Baca novel ni dengan penuh tanda tanya. Macam mana boleh jadi kejadian seperti itu. Mustahil. Berterusan baca sebab berminat nak tahu kisah di sebalik kejadian itu.

Plot cerita menarik dan semestinya lain daripada lain.

Kesimpulan. Novel ni best weii! Bab ending, haih, berbunga-bunga hati ini. Seronok sangat. Haha.

Nak tahu apa? Silalah baca novel ni. Korang tak kan menyesal baca. Serius. Cuma bab meteor, langit, galaksi bagai tu, kalau nak skip pun takpe. Tapi bacalah, penat author bagi info berguna di situ. Baca walaupun tak berapa faham. Haha.

Aku menutup buku ini di akhir pembacaan dengan hati yang puas.

Well done, Ema 👍🏻
Profile Image for Sha Mohamed.
2,521 reviews1 follower
May 7, 2018
Terbaiklah hasil penulis ini.. Tak sia-sia Sha simpan dan peram novel ini.. Memang berbaloi.. Buku terbitan Prolog Media memang tak pernah mengecewakan.. Dua ini special sebab menampilkan kisah dua manusia dari dua negara berbeza, namun bersatu kerana sepasang cincin yang dibuat dari batu meteor.. Membaca kisah Vesa dan Noura memang mampu membuatkan bibir tersenyum-senyum.. Penamatnya pun sangat ohsem..
Profile Image for Annakarenina.
142 reviews15 followers
November 7, 2017
WOWW !!! Syoknya weyy kalau dalam mimpi pun kita boleh jalan-jalan jumpa mamat ensem mat saleh. Jalan cerita sangat-sangat bagi kesan (taktau macam mana nak describe perasaan tu). Rasa macam takleh nak move on utk baca buku lain. So tahniah utk penulis.

**Mana nak cari lagi novel melayu yg mcm ni ye? 😂 aii is kenot move on lah
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
November 8, 2020
Ini novel ke 2 penulis yg aku baca. Novel yg melibatkan sains & kajian alam. Kisah yg melibatkan bidang astronomi. Aku tertarik kerana sedikit sebanyak aku dpt ilmu perihal alam
.

Noura, entah bagaimana dia boleh sampai ke Finland. Pabila dia sedar dia berada di ladang gandum dan terdapat kincir angin. Tapi dia sendiri musykil bagaimana dia boleh sampai ke sana. Adakah ianya sekadar mimpi atau realiti? Apakah yg sedang berlaku sebenarnya? Kenapa tiapkali dia tidur, dia akan berada di Finland. Di sana die bertemu di Vesa Samuel. Pemilik ladang gandum berkenaan. Vesa juga pelik bagaimana Noura boleh sampai ke tempatnya
. Tp dia bertindak mendiamkan diri
.

Satu malam, saat Noura berada di Finland bersama Vesa satu hal telah terbongkar. Hanya Vesa yg mampu melihat Noura tp orang lain tidak. Dlm pemikiran Vesa, Noura adalah roh orang yg telah mati. Sedangkan ia bertentangan. Noura masih hidup dan berada di Malaysia. Apa sebenarnya yg berlaku pd Noura- Vesa? Apakah perkaitan antara mereka?
. Bagaimana dua orang yg berbeza tempat boleh bertemu?

Bagi aku jalan cerita ni sangat menarik. Cumanya aku kalau bab2 sains ni, slow sikit sebab otak aku dh tepu. Kalau nombor tu aku laju. Hahah
.

Apa perkaitan two soul will unite dengan Noura-Vesa? Carila jawapannya dalam Dua. Serius ada kelainan dlm cerita ini dan korang takkan rugi kalau baca
Profile Image for Alia Fatihah.
118 reviews8 followers
August 17, 2022
Not my cup of tea 🥶

Cuma apa yang aku boleh katakan ialah buku ni memang lain daripada yang lain dan ceritanya ditulis dengan sangat kemas.

Banyak ilmu astronomi dan jalan ceritanya jugak fast paced cuma aku kurang minat genre macam ni.

Overall
⭐️⭐️⭐️
Profile Image for vnouraa.
80 reviews1 follower
April 4, 2018
Saya harap saya betul la ye, Ema Deesyiaqis (gabungan nama penulis dengan 2 anak perempuan; Syia & Qis) = Emma Rusdi.

Bestnyerrr... Sweetnyerrr... Seronoknya dapat berjalan dalam mimpi gi luar negara. Tak payah sibuk-sibuk nak naik flight, bawa luggage semua tu. Cuma, saya terbayangkan kalau semua ni dilayarkan, teringin nak tengok macam mana Noura mula-mula dia bermimpi (tak pakai stokin) dan ke Finland, dipakaikan stokin oleh Vesa. Oh ya, terima kasih sebab ada plot twist macam tu. Tapi, cuma tak berapa berkenan dengan nama moden pada watak; ibu ayah Noura & kak ipar Noura. Moden sangat. Yang lain, semua puas hati. ✓✓✓ Tak rugi beli dan baca.

P/s: Puan penulis, kalau ada idea baru, boleh la terbit another novel dengan Prolog ye. ヅ
Profile Image for Eizalicious Noir .
28 reviews
December 20, 2025
☄️ ٢ (Dua) ✍️ Ema Deesyiaqis

Novel ini berpusat pada sebuah cincin platinum berbatu meteor yang menyimpan kuasa magis — mampu menghubungkan mimpi, realiti dan dua dunia yang berbeza.

Melalui cincin inilah Noura terperangkap dalam satu perjalanan misteri dan bertemu Vesa, membuka satu hubungan yang mustahil tetapi penuh makna. Cerita bergerak dengan lapisan misteri yang kuat, sedikit demi sedikit mendedahkan sejarah cincin dan kesannya terhadap setiap pemilik.

☄️ ٢ (Dua) bukan sekadar kisah cinta lintas alam, tetapi sebuah novel misteri fantasi yang menuntut kesabaran pembaca untuk mencantumkan serpihan rahsia satu persatu.

Nota untuk pembaca :
👉 Penamat kisah ini bersambung dalam novel Duniabaru, yang merupakan salah satu kisah dalam Missing Pages.

#٢Dua #EmaDeesyiaqis #PrologMedia #UrbanFantasy #EizaliciousNoir
Profile Image for Nadhiah Aida.
511 reviews27 followers
June 7, 2018
jap spoiler ...
ku ingatkan apa lah
rupanya cincin ...
tapikan nak tahu Jarvi ni apa kes ... anti sangat
walaupun ada ler sikit tapi tak deep ...

kemudian ermmm ada error bab ejaan
tak ingat tapi tak banyak ler

kira ok lah ni lain dari yang lain
dengan abam Finnish ... ermm ok lah

ada cerita pasal bintang ... and setiap chapter ada terjemahan ayat al-quran
benda ni takkan jadi tanpa izin-Nya kan
so ... ok lah ...

ok NEXT ... buku apa pula
Profile Image for Izz.
420 reviews8 followers
November 10, 2019
Love it! Sekarang baru faham pasal "two souls". Pergi baca dulu buku missing pages, then baru baca buku ni, so blur² masa tu.

Cerita mengenai Noura yang ada salah 1 cincin magik ni. Lagi 1 ada kat Vesa yang duduk kat Finland. Pastu, bermula lar perjumpaan 2 orang ni bila Noura pakai cincin tu masa tidur. Then, sesi kenal mengenal, sesi rungkai-merungkai, sesi cari mencari asbab terjadinya "mimpi" Noura ni. Yang bestnya pasal Vesa ni, dia senang je terima Noura yang macam chipsmore ni, sekejap ada, sekejap takde walaupun Noura awal² tu takda jawapan cemana dia bleh ada kat situ. Intresting story lar.
Profile Image for AL Sihite.
194 reviews6 followers
July 8, 2020
Jauh menyimpang dari sangkaan saya.
Tapi seperti biasa, buku Prolog belum ada yang mengecewakan.
Sentiasa unik. Dan buku yang satu ni banyak ilmu di dalamnya.

Kisah kembara masa/dimensi yang berlaku pada Noura semasa dia tidur.
Mula mula macam pelik tapi lepastu baru tau apa punca dia terbang jauh semasa tidur.
Best. Jalan cerita lain dari yang lain.
Satu perkara yang paling saya suka, petikan ayat quran disetiap awal bab.
Sepertimana yang kita semua tau, sains dan quran sangat berkait.
Profile Image for Azwa Azli.
17 reviews3 followers
January 2, 2018
Memula baca rs cm biasa je..smpai kt tgh part Vesa plak mimpi rs mcm ok semakin menarik. Sampai kt ujung ak da senyum tersipu2 sorang2🤗🤭😆 demmmm..mna nk carik cincin two souls ni??? Novel prolog mmg xpernah menghampakan! Tahniah👍🏻👍🏻👍🏻
Profile Image for Em.
285 reviews12 followers
June 30, 2021
”Dialah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak (menciptakan) langit, lalu dijadikan-Nya tujuh langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala urusan”- Al-Quran, surah Al-Baqarah, ayat 29

tldr: I’ve read a lot of books to know that this is a good book.

Dua (Two) is a science fiction/magical realism Malay novel that involved Noura, a young university student who one day after attending her classes, fell asleep and find herself shoeless, standing right in the middle of a wheat field with windmills, farmhouses and pine trees in view, just like what she saw on TV. There, she meets a guy named Vesa who helps Noura by giving her socks, sandals and a jacket and thought the girl must be out of her mind to wear thin clothing while being in the winter weather. Everything in the dream seems real not until Noura wakes up in her hostel’s room, still wearing Vesa’s jacket and she starts questioning her sanity.

There are a lot of things I like about the novel,
1. The Quran verses at the beginning of every chapter. Buku tentang kebesaran Allah without being too traditional or textbook-like in the writing. It’s still a modern storytelling, science fiction even but I like how the author relates things happening in the book with the Islamic teaching and history.

2. The book is spilling facts about celestial events and astronomy. I can tell the author has put a lot of research into her writing and I really appreciate how the ‘facts’ are being told in various ways to keep the story moving; eg; through a lecturer-student conversations, friend to friend, club members, news and diary. So, so versatile!

3. Realistic, matured conversations- something you would converse and most likely do in real life too. Also the storyline, every single time I want to question about “how’s that, why not this?” the author already included the answers I’m looking for; for example; it’s bothering me why the author put ‘Two Soul Will Unite’ instead of Two Souls, and yes, readers will learn about it too later in the book.

4. Dua is engaging and has a page-turner quality. It can be cliche to some with its storyline but I’m glad it manages to further pique my curiosity, especially when it comes to Vesa.

This is my first book from Ema Deesyiaqis and fortunate for me, Dua is not her only one! I cannot wait to read others.
Profile Image for akusipeminatbuku.
264 reviews33 followers
May 12, 2018
Novel ni aku dah habis baca bulan March hari tu, tapi boleh pula lupa nak update kat Goodreads. Ni la tempat nak track performance. Hehehe.

As usual, novel terbitan prolog media tidak pernah mengecewakan. Satu lagi perkara yang buat aku kagum, novel terbitan mereka memang banyak mengaitkan dengan masa (time travel) tapi tak ada satu cerita pun yang sama. Means, setiap penulis menghasilkan cerita menggunakan teori yang berbeza.

Macam novel Dua, masih berkisar tentang kisah seorang pelajar (Noura) yang dia tidak tahu macam mana, apa yang dia mimpikan seakan jadi nyata. Bagaimana waktu tidur dia boleh sampai ke negara yang jauh. Ini bukan kes berjalan dalam tidur ya. Ini memang kes misteri. Bila aku baca, aku pun duk pikir sekali penulis ni cuba guna teori apa untuk menjelaskan apa yang terjadi. Erm...memang tertanya-tanya jugalah.

Jadi kisah itu digarap menjadi menarik sekali. Aku bukan orang yang banyak pengetahuan dalam ilmu astronomi, jadi dalam cerita ini banyak yang penulis kongsikan. Secara tak langsung, dia membuatkan ilmu astronomi itu begitu menarik sekali.

Penulis memang buat kita ternanti-nanti apa twist yang bakal berlaku pada Noura dan Vesa. Bagaimana mereka akhirnya akan bertemu di alam nyata. Nak tahu, baca sendiri. Hehehehe
Aku tak nak bagi spoiler kat korang yang belum baca.

Good job Ema. Semoga kreativiti anda terus berkembang.
Profile Image for Tiara Sapphire.
160 reviews6 followers
June 2, 2018
cover cantik, cite best.
habis baca baru paham betapa 'wow'nya Dua, sangat berbaloi beli buku ni.
Profile Image for Akmal Zahrudin.
218 reviews27 followers
May 13, 2024
My thoughts?

1. Tbh ini kali pertama aku baca buku ni. Masa cover lama dulu aku tak pernah baca dan menyesal pulak rasanya sebab buku ni best gilaaaaaa kuasa 10! Tak tahu nak kata genre apa. Sci fi? Paranormal? Mystery? Romance pun ada.

2. Dalam buku ni kau dapat belajar banyak pasal astronomi. Bintang, bulan, planet, meteor, teori dimensi, wormhole ape je takde 😆 macam baca encyclopedia pun ada.

3. FL dan ML I heart you. Comel gila kot dua ketul ni. Vesa Samuel memang sehijau padang rumput lah. Dia layan je Noura yang tetiba muncul kat tempat dia. No questions asked. Sangat baik dan gentleman ye.

4. Kelakar gila Noura yang terpaksa tidur pakai lengkap siap bertudung berkasut. Sebab asal tido je dia sampai kat tempat Vesa. Kau bayangkan macam mana dia boleh travel dari Malaysia sampai ke Finland waktu tido? 🤣

5. Paling kelakar yang aku gelak sampai lari rahang masa scene Vesa pulak yang sampai kat tempat Noura tu. Dia tegur bapak Noura pastu orang tua tu ingatkan hantu. Sebab suara je ada orangnya tak nampak 🤣

6. Lagi gila bila abang Noura si Iskandar ingat yang ada benda nak berdamping dengan Noura sebab asyik dok bercakap sorang2. Siap bawak pergi jumpa ustaz 🤣

7. Overall buku ni memang best. I have nothing to complain. Yang paling penting buku ni fast paced, tak draggy, dan boleh habis sekali hadap.
Profile Image for Izzati Aisyah.
263 reviews40 followers
September 13, 2018
Finally, habis juga baca Dua. Untuk anda yang meminati tentang ilmu astronomi, kajian tentang alam (gerhana bulan/matahari, planet and sewaktu dengannya) mesti suka. For sure, penulis memang banyak buat research. Banyak ilmu yg diperolehi dlm Dua. I really love character hero, Vesa & heroin, Noura. Pertemuannya bermula dalam mimpi dan sangatlah misteri. Permulaan cerita menarik, pertengahan slow sikit dan bila segalanya terbongkar sikit demi sedikit & berpunca daripada cincin Two Soul tu, dah jadi best dan excited nak habiskan sampai ending. Unik betul jalan cerita yg penulis buat. Congrats penulis. Saya suka setiap permulaan bab tu mesti dimulakan dengan terjemahan ayat Al-Quran. Dan penyudah mengenai Two Soul ada dlm Missing Pages. Korang kena baca jugak cerita 'DuniaBaru' tu tau.
Profile Image for Hidayah Fauzi.
177 reviews3 followers
June 8, 2021
Baca awal2 bab bosan sangat. Sebab tak minat sangat galaksi, bintang, fizik, astronomi. Tapi sentiasa kagum dengan orang yang belajar dan minat ilmu ni semua. Tak minat sebab rasa susah nak faham dan ingat semua tu. haha.

Tapi jadi makin menarik bilamana berlaku peristiwa pelik antara Vesa dan Noura. Dan pembaca akan rasa sedikit tertipu dengan Vesa ya. Haha. Ke aku sorang jer.. hmmmm

Dan suka novel ni sebab ada babak kekeluargaan yang mana sangat mencuit hati aku. Dan belajar sesuatu dari novel ni. Belajar yang agama Islam yang kita anuti dari warisan nenek moyang melayu sangat perlu disyukuri. Dan ternyata tiada nikmat yang lebih besar melainkan nikmat iman dan islam. :) Terima kasih
Profile Image for Ungu Karmila.
73 reviews3 followers
June 12, 2022
October fight & tragedy (7)

22/10/2017
Done

4.5*

Dua
Ema deesyiaqis
Prolog media
326 ms

Kisah Dua yg diolah dgn begitu padat,santai & penuh info,lagi2 psl sains angkasa. Sebuah kisah merentas masa yg diolah beserta fakta. Tak tau la mcmna nk review crta ni. Mngagum kan sy. Bagaimana sepasang cincin yg diperbuat dpd cebisan meteor,yg juga mnjdi buruan krn nilai nya yg tggi..mnemukn 2 insan di dlm mimpi.pelik kan? Tp x mustahil bl Dia mahukan ia terjadi.kun fayakun. Bl dua insan ni bertemu,cincin itu punya keajaiban jugak.hehe..tp x bole dltk disimpan bersama.
Fuhh..rs nk wish mimpi mcm ni plak.
Tahniah buat penulis..sy puas mbaca nya wlpn nipis.
Btw,mohon korng teracun..terbaik woo!!

Watak antagonis
Jarvi

"Kau tak nak merayu pada aku?"
10 reviews3 followers
December 17, 2019
Saya suka sangat buku ini. Plotnya begitu menarik lagi- lagi apabila si heroin minat galaksi yang maha indah. Pada mulanya, memang semua halaman yang dibaca saya anggap tidak logik. Tapi bila penulis sentuh isu wormhole, terus kecut perut. Wujud ke benda ni di realiti? Apa- apapun, saya boleh simpulkan bahawa buku ni membuat kita berfikir tentang kejadian seterusnya. Ada beberapa persoalan dapat saya jawab dengan betul tapi kebanyakkannya memang hampehlah. Plot twist yang tak disangka- sangka sudah semestinya.

Secara keseluruhan, saya recommend buku ni kepada sesiapa saja tidak kira usia. Kau orang akan mind-blowing dengan cara pemikiran penulis. Sekian.
Author 6 books27 followers
August 26, 2019
Aku rasa macam dah tamatkan kursus dalam bidang astronomi lepas habis baca cerita ni😂

Apa yg boleh aku katakan cerita ni sangat best! Aku suka Noura, Vesa, Dream Soul + True Soul = Two Soul, Finland, kincir angin, Iskandar dan semualah. Haha. Walaupun cerita ni dapat di agak kisahnya dari mula (imaginasi aku memang tinggi😎) except kisah antara Jade dan Arianna, bagi aku tetap wow dan best! Aku cuma kurang puas hati sebab penulis tak cerita macam mana respons Warda lepas orang nama Vesa tiba-tiba muncul kat rumah Noura. Yalah, selama ini dia tak percaya cerita Noura.

Ok,, dah boleh sambung baca missing pages. Skip baca Duniabaru sebab tak habis baca Dua.
Profile Image for Liya71.
111 reviews13 followers
May 13, 2018
Travelling melalui mimpi, tiba-tiba berada di ladang dan cuaca yang sejuk. Mimpi yang best tuh!. Penulis berjaya membawa aku ke dunia berbeza.

Kisah seorang pelajar astronomi yang berjumpa dengan Vesa yang berada di bahagian sana dunia. Ketika dia tidur, dia terjaga berada di dalam ladang Vesa. Bertemu dengan Vesa dia ketakutan, tetapi Vesa seorang yang berbudi. Dia cuba selesakan Noura. Mujur juga ada Warda, kawan sebilik Noura. Tetapi yang hairannya, selipar yang diberikan Vesa, dibawa dari mimpi Noura.

Sweetnya kisah ni ..... tentang cincin misteri yang satu berada pada Vesa dan satu lagi pada Noura.

Ada juga selingan dari terjemahan alquran tentang bintang2 dan bumi.
Profile Image for Mrs. Norfy.
169 reviews12 followers
June 22, 2020
Amazing!!!!! Pasal galaksi dan dimensi. I'm speechless... Worth it to buy!!!
Profile Image for Nadia.
53 reviews
June 13, 2020
Omaigoddddddd. Seriously suka sangat. Bab cintan cintun dia lite lite je. Cumanya storyline buat rasa mcm nak baca nak baca lagi.

Ingat cerita ni mcm mimpi & time travel in the same time. Rupanya tak! Lepas tu dengan ada konflik lagi. Walaupun konflik dia ringan ringan je dan pendek. Sesuai la kan. Kalau x bila nya nak habiskan novel ni. 😜
Displaying 1 - 30 of 53 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.