Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kanvas #1

Kanvas

Rate this book
If love is a mystery, would you risk yout heart trying to solve it?"
.
.
.
Bagi Ed, melukis adalah jiwanya. Cuma lukisannya bukan lukisan biasa-biasa. Lukisan dia 'hidup' hingga menyebabkan orang sekeliling takut dengannya. Ed tidak ambil kisah dengan pandangan orang lain asalkan hidup dia tenang. Tapi, apabila salah satu lukisannya tiba-tiba jadi nyata, ketenangannya mula berkocak.
.
Bagi Kara, hidupnya bahagia bersama ayah yang penyayang dan teman lelaki idaman ramai. Namun, segalanya musnah kerana sebuah tragedi. Tragedi yang buat dunia Kara dan Ed bertembung.
.
Bersama, mereka mula mencari jawapan kepada setiap misteri dan persoalan. Persoalan yang tiada sesiapa tahu jawapannya dan misteri yang tiada sesiapa pun pasti penyelesainnya.
.
Tiada sesiapa, kecuali kanvas lukisan Ed.
.
.
.
"You, me and a mystery to solve."

Paperback

First published October 1, 2017

6 people are currently reading
142 people want to read

About the author

Ayumi Syafiqah

47 books48 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
98 (52%)
4 stars
68 (36%)
3 stars
18 (9%)
2 stars
1 (<1%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 30 of 52 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,105 reviews204 followers
June 3, 2024
Penuh dengan teka teki 🤔

Bagaimana penulis boleh terfikir plot sebegini

F tak sangka F boleh baca laju cam keretapi.. mujurlah today cuti memang baca buku non-stop
Profile Image for zairaidah.
410 reviews40 followers
August 6, 2018
Teringat drama W ~ Two Worlds di mana lukisannya juga hidup. Kisah yang agak tragis. Tapi aku tak puas hati kenapa Rafat berperangai macam tu. Mesti ada sebab. Takpun dia memang dah ada mental problem yang dia sendiri pon tak sedar. Faham dengan Lisa yang sangat-sangat dahagakan perhatian dan kasih sayang. Faham dengan Kara yang ditipu hidup-hidup oleh orang yang dia sayang. Bertimpa-timpa rasa kasihan aku pada Kara. Ed pulak... Aku syak dia memang ada feeling dengan Kara sejak dari awal.

Storyline memang tersusun cantik. Tak adalah aku nak kena selak balik nak kena ingat scene tertentu. Tapi tulisan yang agak kecil yang kadang-kadang buat aku stop baca untuk seketika.
Profile Image for Nadhiah Aida.
516 reviews27 followers
June 14, 2018
gila tricky punya plot .... tak sangka
ada lagi ke lelaki kejam kat dunia ni? ada kot cuma belum masuk dalam newspaper kot ...

kalau baca ni memang tak sangka gila ... boleh nganga mulut masuk lalat kot ...

twist plot, creepy, psiko, little bit paranormal and mystery ....
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
January 10, 2018
KANVAS
by Ayumi

Kebahagian Kara bersama kekasihnya, Alzam direnggut apabila Kara bangun dan melihat mayat Alzam disebelahnya. Lebih memeningkan, Kara langsung tak ingat aoa yang jadi malam itu dekat air terjun tu. Ed, mamat creepy yang asyim dengan lukisan adalah satu2 nya yang mempercayai Kara.

Mengapa? sebab Ed lukis masa depan - kes yang belum terjadi! tapi Ed da stop melukis sejak kes Kara tu. Demi nak buktikan Kara tak bersalah, Ed terpaksa melukis balik... dan, semakin lama semakin terbongkar kebenaran yang menyakitkan dalam hiduo Kara.

First time baca buku penulis, saya berpuas hati dengan #kanvas. Misteri atas misteri dan kebenaran yang memang tak dijangka. mula2 ingat da habis, rupanya ada lagi yang tertinggal. memang unexpected!

so far, saya rasa buku ni best compare nadi n parut tu... memang teruja sepanjang pembacaan. walaupun banyak kejutan n subplot, tapi terusun kemas je.

untuk peminat misteri, ok la buku ni.. leh try.

*rating : 4.5*
Profile Image for ~:The N:~.
851 reviews55 followers
July 21, 2021
Melihat tajuk dan kulit bukunya, memang saya sangkakan lukisan Ed yang dikatakan 'hidup' itu berupa potret atau lukisan lain di atas kanvas tetapi jangkaan saya ternyata meleset. Ed tidak melukis di atas kanvas menggunakan cat minyak, tetapi dalam buku lukisan yang dibawanya ke mana-mana menggunakan pensil.
Juga pada halaman awal terdapat ilustrasi sebuah menara tinggi seperti dalam lipurlara fantasi tetapi ternyata tiada kaitan langsung dengan cerita.

Dalam blurb menyatakan 'Bagi Ed, melukis adalah jiwanya. Cuma lukisannya bukan lukisan biasa-biasa. Lukisan dia 'hidup' hingga menyebabkan orang sekeliling takut dengannya.' Saya membayangkan apabila lukisan Ed tiba-tiba 'hidup', blog Ed akan dihujani dengan komen-komen yang mengaitkan lukisannya dengan berita yang baru berlaku, tetapi itu tidak berlaku. Saya merasakan orang sekeliling bukannya takut dengan lukisannya yang menjadi realiti, tetapi kerana sikap anehnya di alam nyata.

Penulis menggambarkan sikap dan personaliti Ed dengan baik, tetapi saya tidak dapat merasakan yang sama pada watak Kara. Pada saya jika Kara wujud, saya tidak tahu apa-apa tentang dia kecuali dia banyak menghabiskan masa dengan teman lelakinya Alzam atau mengikut kawan-kawannya. Cuma selepas berlaku tragedi, Kara jadi penyedih (reaksi normal). Malah saya rasa watak Zea lebih terserlah sebagai seorang yang outspoken; jika dikatakan Kara, Zea, dan Lisa adalah tiga sekawan yang popular di kampus, Zealah yang saya lihat sebagai Queen Bee.

Saya terfikir kemungkinan Kara bersama Alzam kerana pemikiran luar sedarnya dipengaruhi oleh peribadi ayahnya, Rafat. Saya juga kasihan dengan apa yang menimpa Maria. Moral: sila dapatkan sekurang-kurangnya seorang kawan baik yang boleh dipercayai yang tahu apa berlaku kepada kita.

Jalan cerita kemas dan ayat-ayatnya tersusun baik. Cuma agak kureng kerana banyak perbualan dalam bahasa Inggeris. Saya tiada masalah pun memahami bahasa itu cuma kerana ini novel bahasa Melayu saya harap penggunaan bahasa Inggeris digunakan seminimum mungkin.

Masih terdapat kesilapan tatabahasa dan ejaan tapi tidaklah sampai mengganggu saya namun saya sangat berharap dapat menemui bacaan keluaran tempatan yang benar-benar bersih daripada kesalahan seumpama ini.

Keseluruhannya, sebuah bacaan yang menarik kerana penulis berjaya mengekalkan momentum saya untuk terus menguliti buku ini sehingga ke noktah terakhir.

Oh, saya juga mendapat tahu novel ini diadaptasi menjadi drama bersiri tetapi saya tidak pasti sama ada drama itu sudah ditayangkan. Tahniah!
Profile Image for Tiara Sapphire.
160 reviews6 followers
May 8, 2019
cerita yg menarik dan penuh misteri. dari awal aku tak boleh nak teka atau maybe tak nampak pembunuhnya siapa. bila semua terbongkar memang kagum juga sebab di sebalik kisah ada lagi kisah, ingatkan dah jumpa pembunuh rupanya ada lagi orang lain yg menjadi punca kepada semua kejadian yg berlaku.
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
December 31, 2021
Apa yang anda akan buat kalau tiba2 lukisan hasil tangan anda tiba2 menjadi kenyataan? Idea lukisan yang mencurah2 tapi tiba menjadi sebuah realiti? Dimanakah kelogikan hal ini?
.

Idraki aka Ed, digelar creepy oleh rakan2 sekelasnya. Sikapnya yang suka menyendiri dan gemarkan serial killer menyebabkan rakan2nya takut untuk mendekatinya. Namun dia dikurniakan satu kelebihan iaitu pandai melukis. Tapi ia juga menyebabkan hidup Ed kucar kacir pabila lukisan yang dilukis olehnya akan menjadi kenyataan
.

Kaisara aka Kara. Daddy's little girl. Tiap apa yang dilakukan perlu mendapatkan keizinan papanya. Ibunya telah lama meninggal. Tika dia masih kecil. Bercinta dengan Alzam menjadikan mereka pasangan paling hot di kolej. Mempunyai kawan karib, Rea dan Lisa
.

Tragedi yang meragut nyawa Alzam ketika perkhemahan mereka di hutan Rinan menjadikan hidup Kara huru hara pabila dia dituduh sebagai suspek utama pembunuhan Alzam. Namun, dia seakan hilang memori ketika hal kejadian. Seakan ada puzzle yang hilang
.

Dengan bantuan Ed, Kara cuba mencari 'puzzle' yang hilang. Sedikit demi sedikit, jawapan yang dicari hampir ditemui. Mampukah kelebihan Ed membantu Kara mencari maklumat tentang kematian Alzam? Siapa pembunuh Alzam? Atas dasar apa Alzam dibunuh?
.

Kisah yang penuh misteri, suspen. Pengkhianatan bermaharajalela. Siapa sahabat. Siapa musuh menjadi persoalan. Tahniah buat penulis walaupon agak lambat
.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 14 books107 followers
May 11, 2018
cerita, bila bermain dengan garis masa ni sebenarnya mencabar. mencabar buat si penulis untuk menyusun plot cerita dan mencabar buat pembaca untuk terus menekuninya. buat akak yang dah tua ni, kalau cerita begini akak tak suka stop baca takut hilang dalam masa.. hehe.. tak pasal-pasal sesat entah kat dunia mana.

tapi, susunan cik penulis cantik Ayumi ni sebanar tak seberat yang diduga. tapi jalan kisahnya makin lama makin menghambat rasa. sangat terkesan emosi keseluruhannya. akak ni taklah pandai bahasa inggeris sangat dan walaupun mula-mula terasa diperkotak katikkan dengan segala lenggok inggerisnya tapi taklah mengganggu. masih boleh difahami. lepas ni kurangkan sikit ya, mintak tolong nih. den sepiking nogori pandailah.. hehe...

kisahnya tentang kara dan ed. si kara yang pada mulanya seorang yang ceria, 'anak ayah', simple, manja, punya kekasih bernama alzam tapi sesuatu hal terjadi buatkan dia dan keadaannya berubah 180°. ed pula, seorang lone ranger, pelik, terasing dan punya kelebihan luar biasa tapi sesuatu hal terjadi buatkan dia terjentik sesuatu rasa. perkhemahan kara dan rakan sekelasnya di hutan rinan berubah menjadi tragedi bila alzam mati dan kara tertuduh sebagai pembunuhnya.

di sini muncul ed sebagai salah seorang tunjang utama dalam naskah yang sangat menarik idea dan olahan ini. ed, punya kelebihan luar biasa bilamana dia mampu melukis sesuatu sebelum kejadian berlaku. pada mulanya dia sendiri tak menyedarinya tapi lama kelamaan dia seriau sendiri. bila dia tahu tentang teman sekelasnya pergi berkhemah tanpa mempelawanya, sekali lagi lukisan ajaib terlorek di luar kawalannya.

ed membantu kara. kara yang dipinggirkan menjadi sahabatnya. membantu kara mencari kejadian sebenar yang berlaku dan rupanya bukan saja kisah di hutan itu terbongkar malah ada kisah sebenar yang lebih besar dari itu! siapa sangka, nafsu yang beraja boleh membuat segalanya huru hara. walaupun didiamkan beberapa lama tapi akhirnya terbongkar jua. segalanya!

manusia, jangan tamak. jangan tunduk pada nafsu. jangan suka menilai luaran tanpa mengkaji kebenaran. banyak isu yang diterapkan dan memberitahu pembaca , inilah kanvas dunia yang sebenarnya!
Profile Image for Jean Fernandez.
39 reviews
December 12, 2018
I guess, I have never been disappointed by any Novels by Prolog Media. This is one to be read.
My favourite has to be Ed ♡. Love the way she describes his drawing, yet his way of looking for inspiration is quite weird.. like seriously, would anyone actually do that? Okay, it's fiction right so anything can happen 🤣
Unexpected twist man. I didn't see that coming at all.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,527 reviews1 follower
December 20, 2017
Pembongkaran kepada suatu kisah yang sangat menyedihkan.. Bagaimana manusia sanggup memanipulasi perasaan manusia lain demi kepentingan diri sendiri.. Penulis berjaya memainkan perasaan dan emosi Sha.. Dari perasaan teruja nak mengetahui apa yang terjadi dan menyelesaikan misteri berakhir dengan kesedihan yang tak terjangka.. Sha speechless bila endingnya jadi begitu sedih.. Sangat sedih.. Buku ini buku thriller tapi berakhir dengan sedih.. Prolog berjaya menerbitkan sebuah lagi buku dengan twisted ending yang tak disangka.. #kanvas #ayumi #prologmedia #aksi #novelmelayu #novelaksi #actionnovel #bookstagram #hobisaya #booklover #bookworm #bookreview #reviewbukuolehsha #bookreviewbysha #bacaandisember2017 #bloggerbuku #blogger #bloggerperak #blogkasihkuamani #membacajambatanilmu
Profile Image for Kamalia Kamalia.
Author 17 books77 followers
February 23, 2018
Plot idea yang menarik tetapi... kejutan demi kejutan sebenarnya secara tak langsung telah diberitahu oleh penulis melalui bab-bab sebelumnya. Ada beberapa babak yang memberitahu dan kurang menunjukkan menyebabkan aku (mungkin orang lain berbeza) dah dapat agak apa yang akan berlaku.

Tahniah dan terima kasih buat penulis untuk jalan cerita yang agak segar ini.

Nota: Ulasan ringkas selepas kebah daripada demam teruk. Masih lagi dalam keadaan lemah, tetapi semakin pulih. Aku menaip ni pun dalam keadaan separa sedar. Mamai sikit.
Profile Image for Hidayah Fauzi.
178 reviews3 followers
August 22, 2019
A good book. Really a good book. Paling best dan misteri sekali part mayat siapakah di dalam longkang tersebut. Haha. Memang misteri habis laa setiap bab (hampir. haha) And Ed is just a nice name. Really like it.
Profile Image for Eyd1410.
835 reviews22 followers
November 25, 2021
Pembacaan kali kedua. Tetapi baru rasa nak review. Jln cerita yg menarik. Segalanya mcm puzzle. Byk yg nak kena fikir dan selesaikan. Writter mmg pandai utk plot twist. Ingatkan si A yg bunuh. Rupanya penghujung cerita baru tahu si B yg bunuh atas arahan si C. Mcm2. Penat nak fikir. Lebih2 lagi dgn penggunaan font yg kecil.

Watak utama semestinya Kara dan Ed. Kara ni seumpama daddy's little girl. Sangat disayangi tetapi setiap gerak geri Kara sentiasa dipantau oleh papanya, Rafat. Ibunya dikatakan meninggal semenjak dia masih kecil.

Watak Ed ni sejenis yg creepy. Dia tak banyak cakap. Lebih suka memerhati. Hobi dia suka melukis. Tetapi yg jd masalahnya segala lukisannya itu seakan hidup. Apa yg dilukis, itu jugalah yg akan berlaku sehingga kadang kala dia takut utk melukis. Kerana lukisan itulah yg byk memaparkan tragedi berdarah. Ramai tak suka berkawan dgn dia kerana sikap dia yg seakan misteri itu.

Lisa dan Zea kawab baik Kara. Jika Kara adalah daddy's little girl, Lisa pula ialah daddy's little monster. Mula2 baca cerita ni rasa menyampah dgn sikap Lisa yg cuba bercinta dgn kekasih Kara sendiri. Tetapi bila tahu kisah sebenar, rasanya kisah Lisa lebih byk sedih dr gembira. Hanya kerana mahukan perhatian papanya, dia sering diberikan harapan palsu. Namun salute pada Lisa kerana dia tidak pernah berdendam dgn anak kesayangan papanya yg berlainan ibu.

Konflik Kanvas ini bermula semasa kematian Alzam iaitu kekasih pada Kara semasa mereka camping di hutan Rinan. Bertitik tolak dari situlah Kara menjadi suspect utama pembunuhan tetapi dilepaskan kerana tidak cukup bukti. Di masa itulah semua kwn menjauh. Tetapi yg peliknya Ed mempercayai yg Kara tidak bersalah dan hanya Ed yg sudi utk berkawan dgnnya sedangkan papa Kara sendiri meragui akan Kara.

Dengan bantuan Ed, Kara mula menyiasat apa sebenarnya yg berlaku. Dan akhirnya bukan shj misteri kematian Alzam terbongkar, malah lebih jauh dari itu, sejarah keluarga Kara juga terbongkar sama. Dan sedihnya bila Lisa sendiri menghabiskan sisa hidupnya dgn perasaan kecewa yg di tanggung sedari kecil😭.

Kanvas ini bila nak baca mmg kena concentrate betul2 kerana semua yg berlaku ada connection diantara satu sama lain. Best👍. Saya suka. Nexttt sambungannya pula!!!!
Profile Image for Aqiela.
58 reviews1 follower
October 27, 2018
Fuuhh bestt! Tak sia2 beli semalam. Sedap rasa baca buku panas2 beli dari kedai. Taktau kenapa before ni saya tak pernah ambik kisah kewujudan publisher prolog media ni 😢 Baru berapa minggu lepas rasa tertarik nak baca buku dari PM, then saja la beli satu buku je dulu sebab nak pastikan betul2 best ke tidak. Dan ternyata first buku dari PM yang saya baca which is KANVAS, mmg best!

Suspense betul baca kanvas ni. Tgh2 baca tu ingatkan itulah penghujung cerita and semuanya dah selesai, tapi ternyata belum! Kejutan demi kejutan! 😂 Cuma misteri macam mana lukisan Ed boleh jadi realiti tu takkan diselesaikan la kan? Tapi takpelah, janji happy ending untuk Ed & Kara ❤️
Profile Image for vnouraa.
80 reviews1 follower
April 4, 2018
Sebelum ni, banyak novel yang sudah ditulis oleh Ayumi/AS dan dikeluarkan oleh penerbit yang berbeza. Tapi, bila novel KANVAS ni dikeluarkan oleh Prolog, terus terasa nak beli dan baca. bukan spoiler>>>. Mula-mula, pandang cover tu, saya dah fikir yang cerita dier macam... tapi rupanya lain, berbeza langsung dengan apa yang saya fikirkan dan rasa macam takde kaitan jalan cerita dengan cover pada novel. Maybe sebab tu la kurang 1 ★.

Ini susahnya bila cover novel kena dengan tajuk novel, saya seperti bayangkan cerita tu sama macam apa yang saya fikir. Saya ingat cerita KANVAS ni lebih kepada lukisan wajah manusia yang dipaparkan dalam galeri lukisan dan lukisan tu seolah-olah bernyawa. Rupanya, tak pun.

Bila baca, ada juga scene macam saya kena jadi Conan kejap, nak tahu siapa dalang yang jadikan insiden mayat dalam longkang tu. Siapa pembunuh sebenar. Ala-ala penyiasatan sikit.

P/s: Suka watak Ed. ヅ
Profile Image for Naurah  Hazwany.
64 reviews1 follower
August 9, 2021
1 - Permulaan cerita dah terasa misterinya, fuh tapi paling tak syoknya start rasa meremang, bukan sebab ewww bloody h*** tapi terasa seramnya. Aw ED, sempoi habis tapi kasihan pula.

2 - Paling kasihan adalah Kara. Tidak seindah yang disangka, fake friend, could say almost everyone that close with her is really fake people.

3 - baru tahu dan faham kenapa Kara rasa macam tu, well lelaki idaman yang seorang ni psiko ke apa? Geram pulak, ehhhh how dare you ok!

4 - take note, penulis tinggalkan klu, sedikit demi sedikit untuk merungkai persoalan dan misteri, yeay dapat teka xD so far

5 - bahagian satu ini adalah part paling sedih. Ternangis jugaklah... Masa kematian tu, kalau kak ayumi baik sikit tak adalah sampai macam tu kan? Hipokrit, evil is really him...ayah Kara... Kejam!

6 - Lepastu terbongkar jua, inikah plot twist, kut tapi penulis bagi klu, so masih dapat teka but yeah... Hmmmm kesudahannya pun sedih...

7 - hey apa ni! Ending dia mintak faham sendiri aje 🤣 ED ni sweet jugak eh? Alololo mujur dpt orang yg macam Kara.

🌟🌟🌟🌟🌟

Maaflah duhai buku, saya baru baca walau dah beli beberapa tahun lepas😅
10 reviews3 followers
December 17, 2019
Idraki, seorang jejaka yang punya keupayaan melukis 'crime scene' dan ya, perkara itu terjadi seusai lakaran Ed siap. Kara pula seorang gadis yang happy go lucky. Punya dua sahabat rapat yang sepertinya takkan mengkhianati ikatan prsahabatan.

Titik pertemuan Ed dan Kara sangat menarik. Kara sedih sementelah orang yang kononnya sayang Kara meninggalkannya hanya kerana sebuah peristiwa. Waktu itu juga, Ed yang tidak pernah berkawan dengan Kara kerana sifatnya yang pendiam datang. Meneman di kala Kara kepiluan. Perkara ni boleh refer kepada kehidupan jugak. Manakan tidak, itu yang berlaku masa dulu, juga sekarang. Tiada yang berubah.

Rentetan itu, ingin saya rumuskan beberapa perkara yang didapati dalam buku:

1) Don't choose those who came back. Choose them who come, and won't leave (found somewhere in Youtube).

2) Selamanya, pembohongan tidak boleh diteruskan. Begitu juga dengan truth, tak boleh terus terkatup. Lama- kelamaan akan ketahuan jua.

3) Hanya di malam hari, kita dapat melihat lampu yang meneman. So do life. Hanya pada dark hours, kita dapat tahu siapa yang sebenarnya sahabat, juga orang kenal buat- buat tak kenal.

4) Terus kuat untuk hadap dugaan. Tolong... Terus kuat.
Profile Image for Pak Badrul.
Author 4 books6 followers
November 19, 2020
Best plak. Katanya novel ni punya adaptasi ke telefilem dah ada. Dah keluar ke belum ek kat TV1?
Profile Image for syahirah.
14 reviews4 followers
October 26, 2021

Kanvas by @ayumi

5/5⭐️

I guess, I have never been disappointed any novels by @prologmedia🤣❤️novel Kanvas ni a good book. Really a good book.

“This is about a boy who love to paint,
And a girl with tears in her eyes,
Besides another boy who is used to pain,
And the untold story of a girl who cries”

Ed seorang yang sangat misteri dan suka melukis. Kadang-kadang dia selalu mencari idea di tempat yang gelap dan sunyi. Pada suatu hari, lukisannya ‘hidup’. Dia mula resah dan takut apabila setiap perkara buruk yang terjadi.

Kata Kara, Ed seorang yang banyak versi.

Version 1: the cold,mysterious guy with a murderous look in his eyes.

Version 2: the creepy physco with an imagination of a serial killer.

Version 3: the sweet,caring guy with a charming smile that could melt any girl’s heart.

Kara, seorang gadis yang ceria, manja dan rapat dengan daddy nya. Namun, hidupnya berubah 180 darjah apabila dia tiba-tiba menjadi suspek pembunuhan kekasihnya.

Cerita yang sangat mencabar buat pembaca yang macam aku🤣. Kalau boleh taknak letak buku selagi tak jumpa perkataan tamat🤣. Kisah ini sangat menyedihkan kerana manusia sanggup memanipulasu perasaan manusia lain demi kepentingan sendiri. Penulis berjaya memainkan emosi dan perasaan aku sampai aku menangis di pagi hari😭. Sangat speechless bila endingnya begitu. Jangan risau happy ending ya anak-anak, cuma speechless jela🥰🤣

Permulaan cerita dah terasa misteri dan meremang bulu roma, lagi-lagi dengan perangai Ed yang mulanya agak pelik. Paling kasihan adalah Kara. Hidupnya tak seindah yang disangka, fake friend. Could say almost everyone that close with her is really fake people.

Tapi aku kagum dengan Ed. Ed sanggup membantu Kara apabila Kara dipinggirkan oleh sahabatnya yang lain. Dia membantu Kara untuk merungkai segala misteru disebalik ‘kejadian’ itu. Banyak pengajaran yang boleh diambil dari novel ni.

Ini merupakan buku yang kedua aku baca dari penulis dan aku sangat berpuas hatu. Misteri atas misteri dan kebenaran yang tak dijangka. Ingatkan dah selesai ehh rupanya ada lagi😭memang unexpected. Storyline pun tersudun cantik❤️. AAAAA tak sabar nak tunggu Kanvas 2.0 @prologmedia🥺😭

-btw kan, saya suka Ed😼❤️lagi-lagi bila dia jadi Version 3🤣saya pun teringin nak tengok lukisan Ed🥲mestiiii cantik🦭💓
Profile Image for Gadis.
179 reviews3 followers
January 28, 2021
Sebelum ditayangkan di tv cepat grab nak baca dulu. Nanti kita tengok versi drama pulak. Habis baca aku peluk erat bukunya. Best teruk😍 Suka plot misteri demi misteri, kisah dalam kisahnya. Terima kasih buat aku berfikir dengan plot yang dikembangkan.
🖌
Persis drama W-Two Worlds itu boleh katakan sama tapi tak sama
😄 Bayangkan lukisan yang dilakar 'hidup' menjadi realiti. Benda yang jadi passion kita tetiba jadi satu hal yang ngeri untuk kita buat. Itulah yang jadi pada Ed. Seorang yang miliki kelebihan itu. Pelajar yang disisihkan classmates. Dengan gelaran freak, psiko,creepy, weirdo. Mempunyai blog (Edpertidia) membuat graphic novel.
Bayangkan sekali lagi, kau sedar je tengok ada mayat boyfriend di sisi dan tanpa sebarang memori dituduh suspek utama pembunuhan. Itulah yang terjadi pada Kara.
🖌
Tragedi yang merapatkan Ed dan Kara untuk bongkar misteri pembunuhan. Awalnya ingat penjumpaan mayat dalam longkang salah satu pembunuhan sampingan
untuk disiasat ternyata ada kaitan untuk ending. Eh! macam tu pun boleh. Rasa berdosa nak gelak tapi masa sama aku sedih. Unpredictable.👍 Cuma aku sangka akan terangkan kenapa Ed ada kelebihan seperti itu ternyata tak ada, apa pun aku puas.
🖌
Banyak sebenarnya hint dari awal boleh kesan cuma tak mengerti dan putuskan tak nak tuduh awal. Pada yang baca jangan bagi konklusi cepat sebab bila rasa kes selesai8 ternyata ada lagi twist tak berakhir lagi rupanya. Kesemua watak bagi kesan pada aku, Dom, Alzam, Zea, Lisa, Rafat. Semua buat aku paranoid. Aku je ke kalau baca buku misteri akan jadi macam ni. Semua nak sangka buruk last sendiri rasa ala tak patut aku tuduh bukan-bukan.
🖌
Ada 3 version Ed pada Kara: -
1- the cold, mysterious guy with a murderous look in his eyes
2- the creepy psycho with an imagination of a serial killer
3- the sweet, caring guy with a charming smile that could melt any girls' heart
Untuk memilih mana versi lagi suka semestinya tak boleh. Sebab semua karakter Ed aku suka. Walau aku sendiri agak seram kalau ada jenis tengok orang guna ekor mata tapi dah terlanjur jatuh cinta maka kena terima🤣
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews68 followers
November 23, 2018
[BOOK 121]

Kanvas by Ayumi.
.

Wehhhh. Best giler! Novel Ayumi Syafiqah tak pernah tak best. Dan novel Prolog Media pun tak pernah tak best.
.

Hahaha. Aku dah addicted dengan buku PM. Baru je semalam ku baca Nadi. Sepatutnya harini, ku baca novel lain sebelum baca Kanvas. (Ku memang plan nak habiskan novel lain dulu sebelum baca buku PM. Kan orang kata, save the best for the last. 😅) Ku dah baca sikit buku lain tu, terus tutup buku dan amik Kanvas. Sebab dah takleh fokus. Hati duk teringat Kanvas.
.

Ku gigih habiskan Kanvas sebab dah tak sabar nak tahu ending. Berhenti baca hanya untuk solat Zohor. And I skipped my lunch just to finish reading it. Dan memang berbaloi. Lepas habis, literally, aku buat standing ovation. Hahaha. Oh ya, sebelum ku baca, biasanya adik aku dulu yang akan rasmikan. Dan dia pun cakap best giler.
.

'This is about a boy who loves to paint,
And a girl with tears in her eyes,
Besides another boy who is used to pain,
And the untold story of a girl who cries.' ~Ayumi
.

Ed seorang yang misteri. Suka melukis. Dan lukisannya 'hidup' bila setiap perkara buruk yang jadi, semuanya sudah dilukis oleh Ed terlebih dahulu.
Kara, daddy's little girl. Hidupnya berubah bila dia tiba-tiba menjadi suspek pembunuhan kekasihnya.
.

Maka, Ed dan Kara berusaha menyelesaikan misteri tersebut.
.

Kata Kara, Ed seorang yang banyak versi.
.

Version 1: the cold, mysterious guy with a murderous look in his eyes.
.

Version 2: the creepy psycho with an imagination of a serial killer.
.

Version 3: the sweet, caring guy with a charming smile that could melt any girls' hearts.
.

Di saat semua orang menjauh daripada Kara, Ed masih setia di sisi.
.

Kesimpulannya, ada plot twist. Jahatnya Rafat. Dan kesiannya Lisa.
.

HIGHLY RECOMMENDED!
.
Profile Image for Sizarifalina.
268 reviews
November 10, 2021
🌟Ed adalah the Malaysian version of Junji Ito, the famous Horror Manga illustrator. Lukisan Ed dimuat naik ke blognya. Yang membezakan antara Junji Ito dan Ed ialah, artwork Ed menjadi realiti. Apabila dia mula rapat dengan rakan sekelasnya di Universiti, Kara - hidup mereka berdua menjadi complicated.
Penulis ada memberi klu yang perkara buruk akan terjadi . Plot twist awalnya agak cliche. Second plot twist pun boleh dijangka. Third plot twist - tak dapat dijangka. When one is desperate, one would do anything.

🌟Buku ini sesuai untuk mereka yang inginkan novel yang santai. Simple plot with a bit of a twist here and there.

Terdapat banyak quotes by the author yang menarik :-
❤️”The class will be there whenever I decide to show up”
❤️”Unlike everyone else, you believe” - “Well, I’m not everyone else

🌟Tak sabar nak baca sequel. Otw tu. Dah beli kat Shopee 🤭

🌟P/S : Baca buku dulu sebelum tonton drama sebab kalau tonton drama, banyak spoiler. Boleh tonton via apps RTMKLIK 🙈
Pilihan Adam Lee sebagai Ed memang sangat sesuai. 🌟
Profile Image for Erimawati Ali.
30 reviews2 followers
April 12, 2019
Kanvas ni memang superb best.

Olahan ceritanya ada sentuhan gaya filem hollywood. Sama tak serupa macam drama korea W-two world yang bertunjangkan lukisan yang 'hidup'. Dia macam beri kita klu tapi hakikat yang sebenarnya tak seperti yang kita sangkakan. Siapa baik siapa jahat, siapa betul siapa salah, siapa yang hipokrit...memang susah kita nak baca hanya melalui paparan wajah dan tingkahlaku. Semua watak dalam cerita ini punya karaktor yang mantap dan memberi kesan dan pengajaran secara tidak langsung.

Lukisan Ed dan tragedi yang menimpa Kara menjadikan mereka lebih mengenali antara satu sama lain. Berbeza sikap, tapi itulah yang menjadikan hubungan mereka santai dan sweet. Kalau kisah ini ada sambungan, mesti lagi best. Cabaran mesti lagi hebat tapi gabungan Ed dan Kara dalam selesaikan segala persoalan dan masalah mesti lagi gempak. Masa tu, mungkin ada junior Ed dan Kara. Haa, berangan pulak.

Apapun, tahniah kepada penulis.




Profile Image for Ungu Karmila.
73 reviews3 followers
June 12, 2022
October fight & tragedy (5)

Kanvas
Ayumi
Prolog media
326 ms

21/10/2017
Done

4 *

Sebuah cerita yg sgt mengujakan..
Kisah Ed seorg pelajar yg dianggap pelik oleh rakan sekolej nya,slps dia menemui mayat di sebuah longkang besar,tp keeskn hari nya "mayat" itu hilang..
Jiwa nya sgt mencintai lukisan..tnpa dia sedari lukisan nya seolah2 hidup.his special ability,boleh melukis future.
Semua kejadian yg berlaku terlintas di fikiran shgga dia bole melukis segala kronologi kejadian tu.
Kisah "mayat" itu terungkai setelah bekerjasama dgn kara n dom.
Tp..spt nya ada rahsia yg x terungkap..mummy kara..knp dgn dia sbnr nya..
Mgkin penulis bole tlg sy rungkaikan??hihi..

Sebuah karya yg x puas dibaca.hehehe..

Watak antagonis..

RAFAT

"No,you're not! And you will never be!"
Profile Image for Zully Azizan.
330 reviews8 followers
October 16, 2018
Ada orang suka tunjuk dekat orang lain yang dia tengah gembira. Hakikatnya??

Ada orang suka sorokkan kekurangan diri dia agar orang lain nampak dia hebat. Hakikatnya?

Ada orang yang buat apa yang dia rasa nak buat. Tak kisah apa orang lain nak nilai dia.

Kau yang mana?

Banyak watak dalam buku neh yang akan buat kau terkesan. Seorang ayah yang nampak caring. Tapi sebenarnya? Sahabat yang ko panggil sahabat sejati. Tapi sebenarnya? Orang yang kau rasa creepy. Tapi sebenarnya?

Susah nak bagi review tanpa bagi spoiler. Apa pun. Tahniah @ayumisyafiqah. 🌟🌟🌟🌟 untuk KANVAS.

Just nak tambah, Ayumi akak rasa akak lagi suka kalau fokus pada Ed dan kelebihan Ed. Hurmmm. Cane ntah nak terangkan. HAHHAHAHAHAHA. Thanks!
Profile Image for Izz.
420 reviews9 followers
August 9, 2019
Ya...sekarang tengah gila baca buku dari Prolog. Haha. Cerita luar biasa. Bukan sama je macam plot kahwin paksa tu. Mostly buku prolog ni ada thriller skit. Itu yang menarik.

Kanvas ni cerita pasal hidup Kara. Ed pulak, creepy guy yang suka melukis dan secara tidak sedar akan lukis future before it happens. Hebat! Semuanya bermula dengan kematian bf si Kara ni, Alzam. Nak tau apa jadi, kena lar baca. Very interesting story! Tapi kalau harapkan hero yang manis macam kilang gula tu, itu mungkin wujud 1% je dalam cerita ni. Haha.
Profile Image for HoneyGee.
147 reviews7 followers
February 1, 2021
Dah lama nmpk buku ni, tapi baru tergerak hati nak beli dan baca..

Rasa macam genrenya agak susah nak ditentukan sebab banyak betul konflik dan pendedahan yang bawa kepada bermacam jenis kisah dan genre.. Kaitan untuk setiap rahsia disebalik setiap isu itu sangat wow, dan tak sangka penulis boleh ada idea mcm tu.. Mula-mula rasa macam mesti dia ni yang jahat, lepas baca beberapa muka surat, rasa macam orang ni pula dalangnya.. entahlah belalang.. bila baca mmg selak dan tak letak, sampailah habis baru tahu siapa yang jahat dan siapa mangsa.
Love it so much!
Profile Image for Lailatun Nadhirah.
Author 10 books27 followers
September 13, 2018
Agak psiko bagi aku dan sejujurnya, adakala lakaran yang dilukis pernah berlaku tanpa diduga..elemen-elemen suspens dalam kronologi cerita ini buatkan aku langsung tiada klu untuk tunding jari siapakah dalangnya..apa-apapun, novel ini buatkan aku mendapat satu kritikan daripada penulis; kawan yang tersisih sebenarnya lebih memahami diri kita berbanding kawan yang dianggap sahabat..tahniah, penulis!
Profile Image for Ema.
1,122 reviews
October 11, 2020
Aku selalu nampak buku ayumi tapi baru kali ni baca sebab tertarik dengan cover n sinopsis.
Memang tak mengecewakan.
Terbaca cita2 penulis nak melahirkan 20 buah novel sebelum umur 30 tahun.
Bagus idea tu tapi harap2nya dia mengekalkan atau melebihkan momentum keterujaan pembaca.

Ps: kesian aku tengok kara. Dapat lelaki yang tak guna. Mula2 daddy lepas tu alzqm. Tapi at the end, ed muncul.❤
Displaying 1 - 30 of 52 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.