Sebuah bangku ciptaan Fazrul membuatkan Afiya bahagia. Di setiap jam dua, mereka akan duduk berbual bersama sambil menukilkan madah di bangku kayu itu. Fazrul ingin memberikan sesuatu yang boleh setia menemani Afiya setelah dirinya tiada.
"Suatu hari aku akan berikan kau sesuatu yang boleh kau dakap. Aku nak barang tu jadi memori untuk kau. Walau sepuluh tahun akan datang benda tu dah buruk, selagi kau boleh simpan, kau simpanlah. Andai waktu tu kau dah berkahwin, aku maafkan kau kalau kau lupuskan pemberian aku." - Fazrul
Hasad dengki yang menguasai Dina memuatkan hati Afiya remuk apabila segala perbuatannya diceritakan kepada Puan Sri Ruziah. Timbul salah faham...
Afiya pergi dengan perasaan marah. Namun bangku yang menjadi kenangan masih dikunjungi walau 10 tahun sudah 'berpisah'.
Kehadiran Syakir dalam hidupnya mengusik jiwa. Sikap lelaki itu seakan Fazrul yang pernah meghuni hatinya suatu ketika dahulu. Semenjak berkahwin, Syakir banyak memendam rasa cemburu. Pun begitu, banyak rahsia yang tersembunyi.
Muncul pula Fatesha, bekas kekasih Syakir yang mendambakan semula kasih sayang lelaki itu. Namun hati Syakir hanya pada si dia.
Namun apakah yang bakal terjadi selepas Syakir membaca nota-nota contengan di bangku kusam yang menjadi tempat persinggahan isterinya? Dan akankah Afiya terus dakap memori yang ditinggalkan Fazrul itu?
2.5* Amanah yg di pegang seorang ibu pada bekas sahabat dan fitnah dari Dina, merenggangkan habis hubungan ibu dan anak.
Wajarkah berdendam dan menjadi pemfitnah tegar hanya kerana seorang lelaki yg enggan menerima cintanya? Wajarkah memusnahkan hubungan sesama manusia hanya kerana dengki melihat mereka bahagia?
Hubungan suami isteri juga begitu. Kerana bekas kekasih yg juga merangkap teman dari kecil, di timpa musibah, membuatkan seorang suami berasa tanggungjawab akan hal ehwal Fatesha.
Pendapat saya tetap berbeza dalam hubungan suami isteri dan berdakwah. Wajarkah seorang suami mengabaikan masa bersama isteri hanya untuk membawa seorang rakan wanita akrab ke jalan yg benar sementelah lagi wanita itu di ambang maut? Even that was done without notifying his wife at times kerana ingin mengelakkan salah sangka? Bukankah dalam menjaga hati isteri dgn mendiamkan diri dgn cara ini lebih mengundang salah sangka dan fitnah? Soalan utama di sini, adakah dia seorang sahaja yg boleh membimbing dan memberi petunjuk?
Dan jika isteri kurang pengertian tentang apa yg sang suami cuba dilakukan, dia di amuk resah dan amarah. Dia juga seharusnya meletakkan dirinya dalam kedudukkan Afiya. Sedangkan Afiya memeluk patung pemberian arwah Fazrul je dah mendatangkan cemburu walau dia nyahkah perasaan tersebut. The reason he cant say anything was simple. He was doing something without regards to his wife feelings. Actions and words are two different thing.
Adakah hanya dengan meluangkan setiap masa yg ada bersama Fatesha membuatkan Fatesha lebih insaf? Yes, mmg ada tapi perlukah pergi sejauh itu sehingga isteri rasa diabaikan? Is it only the wife who had to understand her husband motive and emphatise with Fatesha predicaments or shall I say her downfall? Jangan samakan hubungan arwah Fazrul dan Afiya dengan dia dan Fatesha. Syakir dan Fatesha, jgn kerana diri ingin ke syurga jalan ke neraka pula ditempah.
Lupakah atau Syakir kurang fahaman bahawasanya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang mukmin dan seorang suami adalah dua perkara yg berbeza? Kedua2 perlu di utamakan. Tapi caranya berbeza. Apa guna bawa perempuan lain, sementelah lagi wanita itu pernah hadir dalam hidup dia, ke jalan yg benar tetapi isteri di rumah diabaikan? Tak rasa berdosa kah? Ya mmg benar, pahala dan dosanya berbeza..tidak seangkatan. Perlu tahu yg mana harus lebih dititikberatkan kerana dalam dunia ini banyak lagi Ustazah2 yg masih boleh membantu menyelesaikan masalah Fatesha. Membimbing bukan Mengabaikan.
In short, cerita ini bukan sahaja mengetengahkan tentang keluarga, sahabat dan suami isteri tapi keperluan dalam bersangka baik. Namun saya rasa seperti kurang mantap dalam isu ini walaupun novel ini ended well. Bagi saya banyak lagi cara lain ingin membantu.
ada kawan beritahu novel ni meleret. ada pula yang kata best sangat. idea yang diterjemahkan memang best. ni kisah amanah. sanggup bergaduh dan dituduh macam-macam kerana memegang amanah. itu adalah satu isi penting yang menguatkan perjalanan kisah novel ini... yang lain?..
afiya, anak dari perpecahan keluarga. ibu bapa bercerai dan meminggirkan dirinya. merahsiakan butir peribadi kerana tidak mahu pihak sekolah tahu siapa sebenar ibu bapanya. walaupun pandai tapi afiya punya masalah kelakuan cuma tidak berapa ketara. tapi bila punya kawan yang busuk hati seperti dina, menyebabkan sifatnya itu agak terserlah. dina yang cemburukan afiya kerana suka pada emir mula mencucuk jarum fitnah. afiya membawa diri dan berkenalan dengan budak nakal dari sekolah sebelah, fazrul. sungguhpun dilabel nakal tapi afiya dapati fazrul punya nilai peribadi yang amat baik. mereka mula rapat dan keakraban itu tidak disenangi...
novel ini memang terperinci dibanyak bahagian. mungkin itulah sebab ada yang kata meleret. kita masuk lagi, ibu afiya yang bercerai kali kedua cuba meraih kasih anaknya yang telah lama dibiar sepi. afiya memberontak. walaupun jauh sudut hati dia memang rindu pada puan sri ruziah tapi kekejaman yang dirasa lebih kuat menghambat jiwa. anak gadis dibiar membesar sendirian tiba-tiba mahu disambar semula..puan sri ruziah mula menggunakan kawan afiya, mula-mula dina yang banyak menabur fitnah dan kemudian fazrul. fazrul yang ketika itu sememangnya sedang tenat dengan lukemia disogok dengan wang yang banyak supaya dapat memujuk afiya ikut kata mamanya. fazrul tidak menerima dan disinilah fazrul meninggalkan amanah buat afiya memaksa puan sri ruziah terpaksa akur kerana itu juga kehendak dirinya. afiya dibawa jauh, tanpa dapat mengucapkan selamat tinggal dan mohon kemaafan dari fazrul kerana tertipu dengan fitnah dina...
dina ni watak yang menguatkan lagi kelancaran penceritaan sebenarnya. habis kisah di zaman sekolah dan kembali afiya ke malaysia atas arahan ibunya dia berkahwin. afiya terima kerana dia merasakan yang syakir mampu bawa dia keluar dari kepompong kongkongan puan sri ruziah. syakir juga punya kisah lampau tapi berusaha untuk memperbaiki diri. hmmmm..... waktu ni memang terasa penceritaan agak perlahan. satu, satu perkara nak kena baca supaya pertembungannya boleh dicerna dengan cantik. afiya-fazrul, syakir-fatesha. antara kewarasan akal fikiran dan kegopohan dalam menikmati syurga dunia. campur lagi kisah tamak kasih sayang oleh puan sri ruziah dan tidak redha menerima apa yang tertulis dalam takdir kehidupannya. dina dan aiman pula pemfitnah yang amat menghuru harakan kehidupan manusia lain yang mahu mengecap bahagia...
dalam rumahtangga sememangnya perlukan kejujuran. kisah yang lepas hanya tinggal kenangan yang hanya boleh dijadikan pedoman dan pengajaran. perlu pandang ke hadapan supaya hidup yang lebih baik boleh di atur. ibu bapa pula, salah dan jahat macam mana pun mereka, kita sebagai anak janganlah sewenang nak menjatuhkan hukum. itu antara mereka dengan Pencipta. tanggungjawab dan kasih sayang sebagai anak janganlah terputus. sahabat pula, susah senang kalau tak dapat nak hadapi bersama pun cukuplah dengan tidak menyakiti hati. hendak menegur pun biarlah tidak memburukkan yang lain..sebuah kisah garapan puan penulis Tina Derika yang sarat dengan emosi. dalam novel cinta tak semua bahagia dan manis belaka. duduk dan hayati novel ini sebaiknya kerana banyak pengajaran tentang erti kehidupan yang diselitkan. kita tak sempurna, tapi usaha untuk menyempurnakan diri itu amat perlu. Moga Allah mengampuni dosa-dosa sekalian kita.....