Jump to ratings and reviews
Rate this book

Biografi Agung Fathi Yakan

Rate this book
Fathi Yakan (1933-2009) adalah seorang tokoh gerakan Islam di Lubhan. Beliau telah menghasilkan lebih dari 40 buah buku yang meliputi dakwah dan sifat-sifat pendakwah yang berjaya serta isu-isu semasa umat Islam. Pemikiran dakwah amat baik dikaji dan diambil sebagai satu pengajaran dan pengalaman yang amat berharga kepada generasi kini dan juga organisasi yang berteraskan dakwah.

Buku ini mengkaji beberapa aspek pemikiran Fathi Yakan terutama mengenai ciri-ciri pendakwah dan gerakan Islam serta kupasannya dalam membina keperibadian para pendakwah yang berjaya di samping memaparkan latar belakang Fathi sebagai seorang pendakwah dan ahli politik.

Perjuangan dakwahnya mengalami pasang surut dalam masyarakat Lubnan yang pelbagai ideologi dan kumpulan. Kedudukan masyarakat Islam dan bukan Islam di Lubhan adalah sebanyak, 50:50%. Keadaan ini menyebabkan kerja-kerja dakwah dan gerakan Islam di Lubhan perlu mengambil kira segala aspek agar Islam dan dakwah terus subur. Oleh itu, pendekatan dan pemikirannya dalam menghadapi situasi kepelbagaian ini menarik untuk dikaji dalam konteks dakwah kita di Malaysia.

Beliau sentiasa menyarankan agar aspek kepelbagaian dan realiti masyarakat diambil sebagai faktor utama dalam melaksanakan aktiviti dakwah.

228 pages, Paperback

First published January 1, 2017

14 people want to read

About the author

Mohd Rumaizuddin Ghazali

9 books2 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
3 (50%)
4 stars
2 (33%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
1 (16%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
Profile Image for Nazmi Yaakub.
Author 10 books279 followers
October 6, 2017
Dalam kalangan remaja dan belia yang terlibat dengan dakwah bercorak haraki di institusi pendidikan dekad 1980-an dan 1990-an, siapa yang tidak kenal dengan Fathi Yakan dengan buku seperti Apa Ertinya saya menganut Islam dan Bahtera Penyelamat dalam Kehidupan Pendakwah menjadi bacaan wajib.

Walaupun sudah meninggalkan ruang pengalaman itu, sudah tentu perasaan ingin tahu terhadap tokoh penting seperti Fathi Yakan akan menarik naluri untuk membaca buku ini. Malangnya, buku ini bukan saja tidak menyorot kisah hidup tokoh gerakan Islam di Lubnan itu, bahkan menimbulkan semakin banyak pertanyaan mengenai idea dan konsep yang yang diturunkan oleh pengarang buku ini sebagai buah fikiran Fathi Yakan.

Buku ini sebenarnya lebih banyak memberikan kesimpulan dan ulasan pada karya-karya Fathi Yakan, manakala sejarah hidup hanya dimuatkan dalam bab pertama.

Begitu juga buku ini menimbulkan persoalan mengenai konsep 'salafiyah' yang diterapkan dalam gerakan Islam - kerana sudah lama tidak membaca dan mengikuti idea gerakan Islam - sebaliknya menambahkan kekeliruan, apatah lagi istilah 'salafi', 'salafiyah' dan 'salafussoleh' digunakan secara berleluasa meskipun ia membawa makna berbeza.

Dan apakah konsep salafiyah dalam gerakan Islam hanya bermakna 'tidak menggunakan takwil' seperti yang banyak kali diulang-ulang oleh pengarang atau ia membawa makna gerakan Islam perlu membawa idea-idea yang pernah diperjuangkan oleh gerakan revivalis Muslim seperti Afghani, Abduh dan Rashid Ridha?
Profile Image for Nur.
631 reviews17 followers
December 22, 2024
Biografi Agung Fathi Yakan oleh Mohd Rumaizuddin Ghazali dan Rohidzir Rais merupakan sebuah karya yang mendalam dan menginspirasi, yang mengupas kehidupan serta sumbangan penting tokoh pemikiran Islam, Fathi Yakan. Buku ini menceritakan perjalanan hidup Yakan dari pelbagai sudut, menerangkan pemikirannya mengenai agama, pendidikan, dan sosial. Penulis berhasil menyampaikan pengaruh Yakan dalam membentuk pemikiran generasi muda serta dedikasinya dalam memperjuangkan nilai-nilai Islam. Dengan penulisan yang jelas dan berinformasi, buku ini memberi pembaca pemahaman yang lebih mendalam tentang cabaran yang dihadapi Yakan dan cara beliau menginspirasi orang lain melalui tulisan dan ceramahnya.

Mesej Fathi Yakan:
Dalam karya dan perjuangannya, Fathi Yakan menyampaikan mesej penting bahawa umat Islam harus mempunyai kesedaran tentang tanggungjawab mereka terhadap agama dan masyarakat. Beliau menekankan perlunya pemikiran kritis dan proaktif dalam menyebarkan nilai-nilai Islam, sambil mengajak semua mencari ilmu dan berkolaborasi dalam membangun masa depan yang lebih baik. Mesej beliau juga menegaskan bahawa setiap individu berpotensi untuk memberi impak positif dalam komuniti mereka, dan perubahan bermula dengan diri sendiri.
Displaying 1 - 2 of 2 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.