Ini kisah adiwira yang penuh dengan mehnah dan tribulasi.
Amir Faheem, seorang pemuda yang hidupnya jauh dari syariat Islam, terpaksa menyarung Hyper Exosuit Reinforcement Operator(HERO) setelah tragedi kemalangan meragut nyawa kedua-dua ibu bapanya didedahkan mempunyai kaitan dengan konspirasi organisasi gelap.
Dua tahun telah berlalu, Amir Faheem masih gagal menumbangkan organisasi gelap tersebut. Malaysia pula semakin rosak di bawah pimpinan penguasa-penguasa kleptokrat, menyukarkan lagi misinya.
Menambah keserabutan, masanya telah tiba untuk Amir Faheem menunaikan wasiat bapanya, untuk dia mengahwini Afeefah Husna, seorang perempuan solehah yang sangat kontradik dengan cara hidupnya. Namun dia terpaksa menuruti wasiat tersebut, untuk menyelamatkan harta tinggalan bapanya bagi menjamin operasi HERO.
Pada saat cahaya kemenangan kelihatan teramat malap, muncul satu watak misteri yang sangat menggerunkan, menganggu-gugat kemampuan HERO dalam mempertahankan negara.
Apakah Amir Faheem mampu mengatasi semua konflik tersebut? Mampukah Amir Faheem menuntut bela kematian ibu bapanya? Mampukah Amir Faheem menyelamatkan Malaysia? Paling penting, mampukah Amir Faheem menyelamatkan dirinya?
MUHAMMAD HILAL ASYRAF atau lebih dikenali sebagai Hilal Asyraf, merupakan graduan Yarmouk University(2012), Jordan dalam bidang Usuluddin.
Beliau telah memulakan karier sebagai seorang penulis semenjak April 2009 dengan karya sulung, Novel VT dan Buku Motivasi Langit Ilahi: Tuhan Tidak Lupakan Kita.
Semenjak itu, beliau aktif mengarang karya-karya fiksyen dan non-fiksyen. Kini telah menghasilkan lebih 40 judul karya.
Beliau juga merupakan pengasas kepada web LangitIlahi.Com, dan semenjak penghujung 2016, beliau telah menubuhkan perniagaan penerbitan beliau sendiri - Hilal Asyraf Resources, dan mula menerbitkan sendiri karya-karya beliau.
Secara peribadinya, sebagai orang yang dulu selalu baca komik DC, tonton filem dan rancangan2 tv adiwira seperti Gotham, The Flash dll rasa terlalu biasa (familiar) dengan cerita sampai buatkan aku boleh jangka apa akan berlaku pada situasi-situasi tertentu dalam cerita HERO ni. Nampak banyak persamaan dengan Batman; aura2 Alfred, Gotham & Comissioner Gordon itu ada.
Dan itu tak semestinya sesuatu yg tak bagus, memandangkan lambakan cerita superhero sekarang dalam macam2 bentuk; komik, manga, anime dan filem, agak sukar untuk elak elemen2 yang sama dan rasa klise. Apa pun ceritanya masih juga menarik. Aku suka di mana Tn. Hilal mengetengahkan HERO itu sebagai idea/simbol berbanding individu yang disanjung. Ia perlu dipikul semua orang. Teringatkan pengakhiran filem The Dark Knight Rises (2012) arahan Christopher Nolan.
Antara elemen yang membezakan karya Hilal Asyraf dengan karya2 yang lain, adalah elemen agama dan tarbiyyah yang kuat. Ada masa ia memberi kesan dan mengingatkan aku, namun ada masa terasa mesej itu macam dipaksa (tak semula jadi) Entahlah mungkin aku je kot. Tapi aku faham niat penulis, dan itu bukanlah masalah besar pun.
Pembangunan watak Afam pun agak baik disusun. Dimana ia disulam dengan hubungannya dengan isteri yang aku rasa lancar, natural dan tak dipaksa. Dan boleh nampak perlahan2 hubungan mereka berdua bertambah baik.
Aku rasa benda menarik yang muncul waktu aku baca buku ni adalah; dalam buku ni selalu juga diceritakan Malaysia berjaya mencapai pencapaian X & Y di peringkat antarabangsa atau menjadi peneraju dalam sesebuah ciptaan / bidang. Walaupun buku ni hanya fiksyen, jauh di minda, aku masih bertanyakan soalan "Boleh ke Malaysia capai semua benda ni (dalam realiti)?" ataupun "Jangan harap Malaysia nak capai semua ni"
Tapi soalan yang lebih menarik adakah, "Apa yang membuatkan aku fikir Malaysia tak boleh capai lebih daripada apa yang kita ada sekarang?"
Penulis menggunakan kebolehannya menulis untuk menyebarkan islam. Bagi aku, idea ini menarik tapi kandungan ceritanya pula terlalu dipaksa-paksa. Penjahat-penjahat seperti Syaitan Bertopeng sering kali mengaku bahawa mereka adalah kejahatan. Agak pelik. Bukankah lagi baik sekiranya mereka tak sedar mereka jahat? Mereka rasa mereka berada dalam jalan kebenaran juga?
Aku selalu terlihat komen mengenai karya Hilal Asyraf di media sosial. Aku tahu dia banyak mengeluarkan karya. Tapi hati aku masih tak terdetik untuk membeli nya lagi. Tapi tahun ini, misi memcari diri dan Tuhan, berlegar-legar di kepala ku.
So, di PBKL2019 aku membeli series HERO ini.
Penulisan yang jelas, straight to the point, dan ada bab-bab yang membuatkan mata aku berkaca apabila membaca nya. Hati aku basah teruk.
Kagum.
Membaca karya nya boleh menambahkan pahala dan ilmu. Sekarang aku tak sabar nak baca buku seterus.
Hero seorang wira yang wujud bagi menjaga keamanan Kotaraya Angsana daripada segala jenayah yang berlaku.
Afam seorang pemuda yang tidak mahu mengikut lunas-lunas Islam hanya gara-gara ingin menunjukkan kebencian pada ayahnya sendiri. Kematian kedua orang tuanya mulai menjadi titik tolak perubahan secara perlahan-lahan kepada hidup Afam.
Husna seorang wanita cantik yang dijodohkan dengan Afam. Dikahwini Afam atas dasar keterpaksaan namun diterima Husna dengan hati yang redha.
Hero merupakan satu lagi karya dari Hilal Asyraf yang SH dah baca. Tapi naskah Hero ni mempunyai vibe yang amat berbeza dari Nirnama yang SH baca sebelum ni.
Pada mulanya SH agak sceptical dengan naskah ini. Bukan apa. Permulaan naskah ini mempunyai jalan cerita yang menyerupai cerita Batman. Tinggal takde lampu di atas menara je.
Jadinya pada setengah awal pembacaan SH kerap memberhentikan pembacaan kerana agak bosan dan perasaan skeptical itu.
Tapi apabila di pertengahan suntikan agama dimasukkan secara cantik dan halus dalam naskah ni, ia mula menambat hati SH untuk meneruskan pembacaan tanpa perlu berhenti banyak kali seperti di permulaannya.
Suka dengan perkembangan watak Afam dalam naskah ni. Nampak perubahan dari awal cerita ke penghujungnya. Ada saja dilema baru yang perlu dilalui Afam di sepanjang cerita.
Dilema dan pemberontakan jiwa Afam sering dapat kita lihat di dalam realiti. Setiap orang ada dilema tersendiri. Yang penting adalah bagaimana mengatasi masalah tersebut. SH suka penerapan Islamik dalam menyelesaikan kemelut jiwa Afam. Tak nampak paksaan tapi secara halus dan lembut.
Overall SH masih menikmati pembacaan untuk naskah ini. Harap yang kedua adalah lebih baik.
Novel aksi dan juga Islamik.. Dalam pada berhibur ada diselitkan teguran.. Buat yang terleka dan terlalai, dalam ini ada sentapan buat anda.. Watak Amir Faheem yang berpaling dari Islam semata-mata kerana bencikan ayahnya.. Namun perancangan si ayah untuk mengahwinkan Amir Faheem dengan Husna berjaya melembutkan hati Amir Faheem.. Dalam masa yang sama ada tugas yang perlu dilaksanakan untuk masyarakat..
Siapa yang pernah membaca Saga Hero mungkin akan perasan, buku ini disulam dengan lima perinsip rukun negara : Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang, Kesopanan dan Kesusilaan.
💭H.A mendefinisikan hero sebagai entiti yang selayaknya dipikul oleh semua dan Hero bukanlah individu yang harus dirajakan, dipuja dan difanatikkan. KITA SEMUA ADALAH HERO dalam perjuangan yang kita perjuangkan! 🦸🏻♂️🦸🏻♀️
💭Berkisar tentang Afam, watak utama yang merupakan adiwira yang digelar penduduk sebagai Hero. Keras kepala, ego dan liberal orangnya. Ya. Liberal dan tanpa sedar sebenarnya berjuang untuk ummah dan meneruskan legasi arwah ayahnya, salah seorang dari 10 orang jutawan Islam di Malaysia. Afam diberikan wasiat agar berkahwin dengan seorang wanita solehah bernama Husna jika dia tak mahu harta jatuh ke tangan pusat kebajikan. Sedikit cliche~ tapi bukan seperti cerita melayu jam 7 malam 😁
💭Konflik bermula dengan kemunculan beberapa watak jahat yang cuba mengganggu gugat keamanan negara. Ada plot twist yang membuatkan saya benar-benar 🤯 (spoiler free 😁)
💭Misi Hero adalah untuk menyelamatkan ummah, melawan kemungkaran dan kejahilan, menjaga keamanan, membangunkan Islam dan negara secara keseluruhan. Menurut H.A, edisi kemas kini ini lebih segar. Hero kurang menunjukkan kemewahan, penulisan kurang tazkirah, tetapi lebih pengajaran terselit di dalam pembangunan watak.
💭Apa yang saya suka tentang novel hero ini, ianya padat dengan aksi, watak dan plotnya berkembang dengan sangat baik dan tersusun. Teknik penceritaan yang menarik dan menerujakan. Walaupun bergelar Hero, watak ini tetap tak sempurna dan banyak kelemahan terutama pada pegangan agamanya. Malaysia sebagai sebuah negara Islam dalam buku ini, dicorakkan dengan begitu indah sekali seakan-akan ianya adalah doa yang menbawa pembaca untuk diaminkan. Pengakhirannya buat saya tertanya-tanya tentang novel seterusnya dalam siri ini. Ianya pengakhiran yang gembira dan ditutup dengan baik sekali, tapi tetap membuatkan saya ingin tahu apa konflik seterusnya di buku kedua.
💭Panjang sangat pulak. Nampak tak betapa menariknya buku ni? Korang kena cuba baca. Rasa macam “tonton” movie marvel + batman 😁 Kalau berminat boleh berkunjung ke IG @hilalasyraf
*pssst! Tak lama lagi siri ni dan beberapa lagi siri yang lain akan keluar special edition tau? Didatangkan dalam BOXSET! Cantik sangat!! Dan ada extra items macam button badge, pelekat kereta, 5 penanda novel, 4 keychain watak dan poster kanvas 🤩
Hero merupakan seorang wira yang mempertahankan Kota Raya Angsana. Bandar raya ini dibangunkan atas usaha sepuluh jutawan Muslim yang membentuk sebuah kumpulan rahsia yang dipanggil Ring. Ring ditubuhkan untuk menyebarkan syiar Islam di Malaysia melalui usaha dakwah,kebajikan dan pembangunan fizikal berasaskan Islam. Malahan,bapa Hero atau nama sebenarnya,Amir Faheem,merupakan salah seorang ahli Ring. Malangnya,ibu dan bapanya dibunuh oleh Syaitan Bertopeng. Ironinya,Hero bukanlah seorang Muslim yang mengamalkan gaya hidup Islam walau pun dia sebenarnya mempertahankan Kota Raya Angsana,khususnya, dan Malaysia,amnya,dari ancaman Syaitan Bertopeng yang mempunyai agenda kegelapan mereka yang tersendiri untuk memusnahkan Islam. Hero merupakan seorang perokok tegar dan tidak menunaikan solat! Tambah merumitkan keadaan,dia perlu bernikah dengan seorang wanita yang mempunyai ciri-ciri Muslimah sejati seperti yang terdapat di dalam wasiat arwah bapanya untuk memastikan harta keluarganya terus berada di tangannya. Selain itu,cabaran dari Syaitan Bertopeng semakin hebat dengan kemunculan Akuma yang menghantui Hero. Kemunculan Akuma membuatkan Hero merasa lemah dan berasa tidak berupaya lagi untuk meneruskan tanggungjawabnya. Adakah Hero atau Amir Faheem mampu menghadapi cabaran ini? Dapatkan jawapannya dengan mendapatkan naskhah buku ini di pasaran dengan segera! Ini merupakan kali pertama saya membaca novel yang seumpamanya,iaitu novel tarbiah. Secara peribadi,saya amat menyukai karya yang dihasilkan oleh penulis muda,Hilal Asyraf ini! Isi cerita mengenai seorang wira,yang pada masa yang sama mencari erti kehidupan adalah sebuah idea yang amat menarik sekali. Pembaca seolah-olah sedang membaca dua genre dalam satu buku,iaitu genre aksi dan Islamik. Walau pun wujud unsur peniruan (plagiat) pada pembangunan watak utama iaitu Hero atau Amir Faheem (watak utama umpama dicipta melalui gabungan watak Batman (Bruce Wayne) dan Iron Man (Tony Stark)),namun,saya berpendapat faktor tersebut tidaklah mencacatkan gaya persembahan novel ini secara keseluruhannya. Apa yang penting,mesej yang cuba disampaikan oleh penulis adalah baik dan lebih penting. Saya juga suka apabila penulis memasukkan unsur-unsur realisme terutamanya di dalam beberapa babak pertempuran. Berdasarkan pemerhatian saya,tiada 'Rambo Syndrome' di dalamnya yang kadang-kala agak merimaskan saya ketika membaca. Watak utama juga digambarkan sebagai seorang yang tidak sempurna dan memiliki kelemahan dan kekurangannya yang tersendiri. Dari segi bahasa,bahasa yang digunakan adalah bahasa Melayu standard. Penggunaan bahasa yang sedemikian akan memudahkan sesiapa sahaja yang tahu membaca di dalam bahasa Melayu untuk memahami isi kandungan yang terdapat di dalam novel. Terdapat beberapa istilah Islam di dalam novel ini. Namun,penulis menyediakan sebuah glosari khusus yang menerangkan maksudnya. Secara keseluruhannya,novel ini merupakan novel yang amat bagus dan berbaloi sekali untuk dimiliki dan dibaca. Pada pendapat saya,golongan sasar utama novel ini lebih ditujukan kepada golongan remaja. Namun begitu,kesemua lapisan masyarakat tanpa mengira usia dan latar belakang boleh membacanya juga.
P/S: Saya amat mengharapkan penulis buku ini dapat menghasilkan prekuel kepada novel ini. Terdapat beberapa perkara yang terdapat di dalam novel ini boleh dikembangkan di dalam novel prekuel jika dihasilkan. Novel ini juga bagus dijadikan sebagai buku Komsas (Komponen Sastera) untuk sekolah menengah.
Ketika pertama kali melihat 📚 ini, terdetik di hati "Ada gaya Batman"
Saya di dalam dilema seusai membaca buku ini kerana ada sebahagian dari HERO yg saya sukai & sebahagian lagi yg membuatkan saya sedikit kecewa.
HERO- kisah seorang jutawan, Afam yang "terpaksa" menjadi adiwira Kotaraya Angsana selepas kematian ibubapanya yg mengundang pelbagai misteri & dugaan. Afam diasak konspirasi organisasi dunia gelap; Syaitan Bertopeng & dihantui dendam seorang musuh, Akuma. Bertambah celaru hidup Afam apabila beliau perlu memenuhi syarat pewarisan harta iaitu mengahwini gadis pilihan ayahnya, Husna.
🤖Di sini, saya nyatakan yg baik & yg boleh diperbaiki:-
Sisi yg saya sukai: 😻🙀watak Afam yg antagonistik, bersifat bukan seperti hero yg klasik & suci murni, karakter mirip Bruce Wayne. 😻Jalan cerita yg pantas & adegan aksi bertarung yg mengujakan 😻"chemistry" antara Afam & Husna; disulami dialog berbibit sarkastik & lawak 😻mesej Islamik yg ketara dalam 📕tanpa nada "berceramah" 😻beberapa babak yg menyentuh jiwa dengan mesej yg sampai.
Kritikan saya: 😼Walaupun #hero boleh dikatakan "berlainan" dari novel-novel Bahasa Melayu di pasaran, namun plot yg ditampilkan agak "cliche" & mempunyai bayang-bayang jalan cerita yg biasa digunakan dlm buku/filem antarabangsa terutamanya yg bertemakan "hero vs villain" seperti Avengers atau Batman. Sedangkan sut yg dipakai oleh Afam juga mengingatkan saya tentang sut konsep Iron Man.
😼Jalan penceritaan & dialog agak kaku buat permulaan, dan menjadi lebih baik selepas 1/3 novel.
😼Ada beberapa kesilapan ejaan/typo - ini patut dielakkan dari berulang dalam cetakan seterusnya.
Apa pun, yg paling menggarap minat saya ialah konflik dalam diri Afam yg menjadi topik sentral 📚 ini: antara kedegilan beliau kononnya menjadi "diri sendiri" & keinginan kembali kepada fitrah seorang Muslim. The struggle is real..
3.5 ⭐️ rating sebenar. Syabas HA atas garapan novel ini & terima kasih di atas pemberian buku ini utk resensi jujur dari saya. Saya rekomen 📖 ini utk mereka yg mahukan kisah penuh aksi dgn berlatarbelakang pembangunan diri & mesej spiritual.
Bismillah, saya baca buku Hero 1st edition masa tingkatan 3, beli di Kinokuniya KLCC. Saya masih simpan resitnya. Masatu lawatan sekolah, saja singgah. Masa tu nak beli buku Sinergi & juga Simfoni Cinta karya Hilal Asyraf juga tapi sebagai student mesti duit tak mencukupi untuk beli kesemuanya. Akhirnya, saya dan dua orang kawan saya berpakat seorang kena beli satu. Semua setuju. Tapi saya tak nak beli buku Hero, sebab dalam ketiga-tiga novel tersebut saya awal-awal lagi judge cover page nampak macam buku perang-perang. Saya assume cerita macam Kluang Man. Tapi saya terpaksa sebab mereka berdua dah cop dulu novel Hilal yang lain :'( Malam tu sebelum tidur, habit saya memang akan membaca dulu baru boleh tidur, saya cuba baca novel Hero tapi saya tak jangka saya baca sampai habis satu novel. Saya tak sedar & tak jangka sebab memang di luar jangkaan saya jalan ceritanya. Esoknya kawan saya pun terkejut sebab saya dah bagi review terbaikkk punya dekat diorang. Saya cerita kerana itulah permulaan saya membaca karya-karya universe Hero yg seterusnya. Jujurnya karya Hero yg 1st dan yg Hero yang terbaru ini, tidak jauh beza cuma En Hilal menambah baik sedikit jalan ceritanya. Saya bangga kerana En Hilal berjaya menambah baik watak isteri Afam supaya dia lebih berkarekter dan berfungsi bukan hanya sebagai isteri Afam sahaja tetapi sebagai penggerak utama kejayaan novel Hero. Lepas saya baca novel ni, saya sentiasa berdoa suatu hari nanti Malaysia akan menjadi sebuah negara Islam yang betul-betul mengamalkan ajaran Islam. Terlalu banyak pengajaran sebagai contoh pentingnya tanggungjawab seorang pemimpin dalam membentuk akhlak pengikutnya. Contoh, peranan perdana menteri dalam memimpin negara dan peranan suami dalam memimpin isteri dan keluarganya. Kedua-dua kepentingan peranan ini diceritakan dengan baik dalam novel ini. Terbaik :)
Kebatilan pasti dapat dikalahkan oleh kebenaran meskipun melalui banyak halangan sebelum menempa kejayaan.
Tertarik dengan garapan penulis. Satu harapan melihat adanya bandaraya Islam dengan visi 10 jutawan Islam di Malaysia seperti ynag dinyatakan.
Juga rasa bimbang dengan adanya ancaman terhadap keselamatan negara melalui dunia kongsi gelap yang ingin menguasai bumi bertuah ini.
Berbaloi baca. Tak lagha. Banyak nasihat dan kata-kata yang buatkan kita muhasabah diri :)
Saya baca reverse. Bermula dari Samurai Melayu, Surihati Encik Pembunuh dan Pemburu. Mujurlah masih faham jalan cerita. Menarik sekali bila mengenali nama watak-wataknya.
Nampak penulis merancang semua karya dengan baik. Ada nama yang dikenali dalam novel terdahulu seperti VT, Relasi dan Avant Garde (sekadar menyebut beberapa novel).
"Setiap daripada kamu adalah pemimpin, dan setiap pemimpin bertanggungjawab atas apa yang dipimpin" . Hero merupakan buku pertama karya Hilal Asyraf yang aku baca.. Tapi, aku tak letak high expection sebelum baca kerana risau tak kena citarasa aku.. Tapi, selepas menamatkan memang jauh sekali jangkaan tersebut.. Aku sukakan naskah ini.. . Kita buat dalam point ya..😆 Senang nak faham hihi..
❤️Kita semua adalah HERO.. Setiap manusia mempunyai tanggungjawab dan peranan mereka
❤️ Jikalau anda sedar kisah ini berprinsipkan rukun negara.. Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang, Kesopanan dan Kesusilaan..(semangat baca ikrar sambil taip, teringatkan perhimpunan sekolah😂)
❤️Setiap manusia semua sentiasa berusaha memperbaiki diri menjadi lebih baik.. Kita adalah hamba dan kadangkalanya kita akan jatuh dan gagal... Seharusnya ingat, Allah turunkan ujian supaya kita mengabdikan diri kepadaNya.. Malahan, setiap ujian itu buat kita untuk bangkit menjadi manusia yang lebih baik daripada semalam..
❤️Hubungan antara Afam dan Husna.. Aku suka apabila mereka saling berbicara dan berbalas pendapat.. Sweet tapi diselangi dengan kata-kata hikmah dan nasihat yang membuatkan aku sendiri terjentik..
❤️Plot twist sangat tidak dijangka.... Watak antagonis yang cuba nak jatuhkan kerajaan. Sejujurnya, kisah politik buat aku pening seketika
❤️Sut Hero..Sangat canggih.. Aku pun asyik teringat cerita Batman dalam Marvel..memang pelik eh dah takde watak Marvel lain ke aku nak bayangkan 😅
Sebenarnya, aku tak tahu nak tulis apa kerana bagi aku kisah ini padat dan sarat dengan pengajaran.. Sangat-sangat berbaloi untuk dimiliki...
Saya sedang dalam mood fiksyen. Satu buku non-fiksyen seakan batu besar jadi beban berat untuk dihabiskan. Payah.
Buku Hero ini telah lama memanggil-manggil. Tinggal saya saja yang menyombong malas membacanya. Sehinggalah buku fiksyen di rumah hampitr tiada sudah terbaca semua, saya memilih Hero untuk mengekalkan momentum baca.
Kenapa 3. Kerana gaya penceritaannya biasa saja. Keunikannya pada elemen ukhuwah, tarbiyah dan ketuhanan yang diselitkan. Walaupun entah, saya jadi tawar hati membaca berkenaan itu.
Masih ada elemen misteri, teka-teki. Menjadikan buku ini seronok dibaca.
Tahniah Hilal Asyraf. Mampu menggabungkan tema tarbiyah, jemaah dengan cerita ala-ala superheroes dan action.
Buku pertama baca dari HA. Cerita ni skit2 dah macam cerita Batman yang dok jaga Gotham City. Mak bapak dia pun terbunuh gak, macam Batman gak, cuma ceritanya lebih di olah ke arah islamic. Part yang misi dia tu, sumpah sis tak paham, buat sis pening ja baca, so sis skip2 je part tu. Yang sis paham, dia nak bunuh Akuma je. Hahaha.
The book was good and very fictional. Setting tempat memang di Malaysia cuma nama-nama bandar memang rekaan semata, which is good sebab rasa mcm tengah tengok movie ala-ala marvel (ni seriusss ahahah) Overall this story is about the business environment, korupsi pemerintah dan macam mana si Tuan Amir Faheem aka Afam ni membanteras penjahat. Ada plot twist juga dan of course ada diselit dakwah.
Nak review lagi panjang, saya kena baca lagi 4 buah buku dalam siri Hero ni.
Ini kali pertama aku membaca karya Tuan Hilal Asyraf. Sebelum ini hanya jadi pembaca senyap [baca: silent reader] halaman langitilahi, mengumpul maklumat dan menghadam isi-isi coretan blog dan rakan-rakannya yang boleh dijadikan sebagai santapan rohani.
Namun membaca Hero bagai satu perkara baru. Walaupun penulis masih mengekalkan unsur nasihat, yakni ingin mentarbiah para remaja di luar sana namun pendekatan yang disampaikan lebih santai dan mudah. Tak susah pun sebenarnya nak menarik perhatian anak muda kita ni. Kalau mereka boleh menonton Batman, Superman atau Ultraman, tak akan pula tak nak baca kisah hero Islamik, ya tak? *wink*
Berlandaskan keimanan teras pada ukhuwah antara sahabat, kasih sayang seorang ayah bukan hanya pada anak tetapi pada umat Islam khususnya mengingatkan aku pada role model utama kita – Nabi Muhammad S.A.W. Halus saja cara penulis menitipnya, mengingatkan yang siapa sebenarnya boleh diangkat menjadi hero.
Hero muncul di kota raya Angsana kerana cuba menyelamatkan bandaraya itu daripada kumpulan Syaitan Bertopeng. Angsana digambarkan lebih hebat daripada kota langit [KL], bandaraya yang dibina oleh sekumpulan jutawan Islam berlandaskan Islam sebenar-benarnya baik dari segi pentadbiran, kewangan, sains dan teknologi mahupun peradaban dan pergaulan para penduduknya. Namun pelbagai jenayah pula yang timbul, kesan daripada dakyah kumpulan Syaitan Bertopeng. Ditambah pula dengan mereka; si pemerintah yang makin korupsi. Sakit. Manusia yang sakit bukan hanya zaman mereka, di kala ini pun kita semua sudah semakin sakit [sesetengahnya sudah nazak barangkali?].
Tetapi misi sebenar Hero diwujudkan bukan hanya untuk membanteras jenayah. Dia seharusnya sedar akan sesuatu, tentang dirinya yang makin jauh daripada agama. Berperang dengan jiwa sendiri untuk kembali ke pangkal jalan. Mana yang lebih utama - diri, agama atau penduduk Angsana?
Aku suka watak Hero sebenarnya, atau lebih tepat si Amir Faheem. Anak muda yang dahagakan kasih sayang dan perhatian keluarganya. Dia tidak pernah tahu kenapa ayahnya melebihkan kerja-kerjanya. Dia tak pernah tahu yang betapa ayahnya amat menyayanginya. Dan dia juga tidak pernah tahu hakikat kehidupan, kalau kita sayangkan seseorang pengorbanan itu akan selalu datang menghimpit. Aku juga suka dengan watak Pak Arbi, Mr Umayer dan Gale. Begitu juga dengan Tengku Amiri dan Ikhwan. Senang cerita aku suka semua lah ;D
Hero ada aksi, ada cinta, ada komedi dan intipati yang paling penting adalah tarbiahnya. Aku syorkan pada kamu-kamu yang sukakan Batman. Apa kata cuba yang ini? Bukankah kita pun hero dalam hidup kita? *wink*
Ps: Barangkali pihak editor perlu lebih berhati-hati. Maaf. Ketika menulis review ini saya baru menamatkan Takdir. Kesalahan yang sama, iaitu nama-nama watak yang salah pada tempat dan waktunya. Moga dapat dibetulkan untuk cetakan seterusnya ;))
Cerita menarik walaupun berunsur separa fantasi? Mungkin akan tercapai teknologi sebegitu dalam masa 10, 20 tahun lagi. Saya minat sebenarnya baca karangan Hilal Asyraf. Sumber motivasi yang terang ke arah jalan menuju ketenangan. Still, hati masih belum dapat cair sepenuhnya. Awal buku, sebenarnya agak membosankan, terutama dengan masuknya watak Husna. Mengapa tidak hanya ada Afam, Par Arbi, Mr Umayer saja? Tengku Amiri dan Inspektor Ikhwan pun ngam dalam dunia kebaikan menentang jahiliah. Mengapa perlu ada watak Husna? Ahhh, mungkin kerana fitrah lelaki ingin berpasangan dengan bidadari yang dikirim Allah sebagai jodoh. Makin jauh ke tengah buku, perubahan Afam memeluk nur Allah dan berjalan keluar dari kegelapan jiwanya, meningkatkan tarikan cerita ini. Benar. Seorang diri tanpa sokongan manusia yang punya aura positif hasil dari komitmen tinggi memperjuangkan islah ummah dengan penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah, tidak akan dapat bertahan. Apatah lagi jika seorang itu ada dorongan untuk hidup macam orang biasa disamping seorang Husna.
Pesan sikit, bukan semua tapi masih ada, adik-adik perempuan yang rajin berusrah, aktif dalam program masyarakat, bertekad jitu untuk menyokong usaha membangunkan ummah, rajin-rajinlah bersihkan diri, tak mau sarung jubah atau purdah berbau hapak, bersihkan bilik selalu jangan sampai orang bukan Islam lihat dengan mata tersepet menahan gelak dan hidung kembang kempis menahan bau tidak menyenangkan. Kota mesti insan terbilang.
Banyak kali dalam novel Hero, sama seperti Kompilasi Cerpen Simfoni Cinta dan Misi Hero, Hilal menyelitkan hadis ini, yaang sangat memberi kenyamanan dalam jiwa, as per mentioned in my Review of Buku 8 Kecerdasan Membentuk Muslim Superior.
"Perkara ini disebut Rasulullah SAW. Sungguh menakjubkan urusan orang Mukmin! Semua urusannya mengandungi kebajikan untuknya dan hal ini tidak berlaku kepada seorang pun, kecuali orang Mukmin. Sekiranya mendapat kegembiraan dia bersyukur, maka ini baik untuknya. Sekiranya ditimpa musibah dia bersabar, maka ini pun baik untuknya. - Hadis Imam Muslim."
saya baca versi lama, jadi mungkin review saya agak kurang tepat. walaupun ni buku pertama daripada siri tapi ni buku kedua yang saya baca selepas "pemburu". dan sejujurnya, pemburu lebih berkualiti daripada hero
1. bahasa pada bahagian akhir saya jumpa beberapa kesalahan tanda baca/huruf besar kecil dan susunan perkataan yang janggal/pelik. tapi masih tidak mengganggu pembacaan
2. hero saya perasan hero diinspirasikan daripada batman. akuma lebih kepada joker. saya tak minat batman tapi saya masih enjoy baca karya ni. mungkin orang yang minat batman akan lebih teruja bila baca. tapi saya nampak kelainan yang cuba disampaikan oleh penulis dalam menggambarkan yang kita semua ialah hero.
3. ayat al-quran saya suka penulis-penulis yang mampu menyelitkan ayat al-quran yang boleh relate dengan suasana/scene buku tu. cuma dalam buku pada beberapa bahagian potongan ayat al-quran tu terlalu panjang dan kadang pula macam tak berapa relatable dengan scene
sebagai kesimpulan, saya rasa dalam edisi baru mungkin banyak perkara telah ditambah baik dan dikemas kini. jadi kalau mahu baca amatlah digalakkan untuk membeli edisi yang baru :)
Alhamdulillah, selesai juga akhirnya membaca Hero. Lama juga saya mengambil masa untuk menghabiskan Hero memandangkan kekangan masa yang di hadapi. Sejujurnya saya seronok membaca Hero yang ceritanya lain dari yang lain.
Saya suka dengan cara penyampaian Hilal Asyraf yang agak terperinci dalam novel ini. Hero memberikan kita peluang untuk berimaginasi. Unlimited world! Kita bebas membayangkan bagaimana rupa Hero. Itu memberi satu kepuasan lain berbanding menonton movie atau membaca komik.
Ceritanya mengenai Amir Faheem atau lebih dikenali sebagai Afam yang merupakan seorang anak kepada Dato' Amir Muiz. Kerana kekurangan kasih sayang seorang ayah, Afam menjadi seorang yang suka memberontak. Pelbagai cara digunakan Pak Arbi dan Mr. Umayer demi menyelamatkan Afam yang tidak menunaikan kewajipannya sebagai seorang muslim. Walau bagaimanapun, Pak Arbi dan Mr. Umayer tetap bersabar dengan kerenah Afam.
Latar masa Hero mungkin 20 atau 30 tahun akan datang di mana penulisnya membayangkan Malaysia telah menjadi sebuah negara yang maju dan disegani di seluruh dunia dengan adanya Tower of Imaan, Plaza Taqwa dan aset terpenting seperti Elemen Baru. Sistem-sistem pada waktu ini juga mengikut landasan agama serta syarak.
Perkara yang paling saya suka sekali ketika membaca Hero ini ialah kerana unsur tarbiah yang di selitkan dalam penulisannya. Buka senang nak buat cerita yang ala-ala superhero ada unsur tarbiah dan dakwah macam ni. Cicak-man pun belum tentu lagi menunaikan solat mencari kekuatan dari Allah untuk menentang Profesor Klon. Hehe. Jangan marah ya peminat Cicak-man. Ini hanya pandangan peribadi saja.
Pada awalnya, Hero membanteras jenayah secara berseorangan. (Ini bukan jenyah biasa-biasa, ini jenayah menentang Syaitan Bertopeng dan puak-puaknya yang menginginkan kehancuran Islam). Puas Inspektor Ikhwan dan Tengku Amiri memujuk Hero supaya memberi kerjasama dengan mereka tetapi kerana sikap kurang percaya Hero terhadap orang-orang yang korup, Hero menolak. Sehinggalah akhirnya, Hero tersedar bahawa kekuatan sebenar tidak datang dari kecanggihan sut Heronya tetapi melalui pertolongan Allah. Ingin saya petik satu hadis nabi di sini,
Daripada Ibn Abbas r.a., Nabi s.a.w. bersabda:"pertolongan Allah bersama jemaah" (HR al-Tarmizi)
Sesungguhnya serigala memakan kambing yang terkeluar dari kumpulannya. Urusan membanteras jenayah ini bukanlah urusan yang mudah kerana urusan Hero ini, urusan menyelamatkan ummah. Akhirnya Hero memberi kerjasama dengan Tengku Amiri dan Inspektor Ikhwan.
Banyak watak dalam cerita ini yang saya rasa mengalami satu proses pembaharuan dalam hidup mereka daripada kegelapan kepada kecerahan. (Eh, betul ka kecerahan? Lawan gelap cerah kan? Ah, apa-apa je la) Contohnya, Pak Arbi, Mr. Umayer, Husna, Akuma dan semestinya Afam sendiri. Kelebihan yang ada diguna pada jalan kebaikan. Ya! Kerana manusia itukan seperti logam.
Perlu diingatkan pada setiap kebaikan itu ada yang mencemburui. Siapa? Sudah tentulah SYAITAN. Jadi sama-samalah kita berusaha mencontohi Hero kita yang sebenarnya iaitu Nabi Muhammad S.A.W dalam menegakkan amar makruf dan nahi munkar. :)
Ini adalah kali kedua aku ulas buku hero. tapi buku kali ini adalah versi tulis semula oleh saudara hilal.
buku kali ini lebih mantap olahan penceritaannya daripada hero yang terdahulu dan yang pastinya menjanjikan lebih debaran. sehingga tak mampu untuk dilepaskan daripada genggaman dan mata ingin terus-terusan berlari membaca setiap aksara yang menari.
aku dah terlupa jalan cerita sebenar hero yang lama, tapi aku dapat merasakan perubahan yang dibawa hilal di dalam buku versi tulis semula ini walaupun tak merubah intipati asal kisahnya. terubat kerinduanku kepada watak di dalam Sinergi, di mana Hilal menampilkan semula watak sahabat yang sangat rapat seperti adik beradik Irfan Hakimi dan Rasyid Zakwan yang menjadi tonggak INSANI.
Amir Faheem bin Amir Muiz atau lebih dikenali sebagai Afam dan merupakan orang yang memengang sut hero selepas kematian ayahnya Amir Muiz. Afam yang pada asalnya sekadar menjalankan amanah bapanya untuk menjaga keamanan kotaraya angsana darpada pelbagai jenayah tanpa mengetahui arah tujuan yang sebenar. Afam masih terumbang-ambing mencari arah diri. Dirinya yang suka bersosial, merokok dan tidak solat kerana bantahan dari rasa tidak puas hati kepada bapanya yang tidak menumpukan perhatian kepadanya. menjadikan dia kurang kasih sayang. wasiat terakhir bapanya supaya mengahwini Afeefah Husna sebelum berusia 25 tahun sekiranya tidak semua harta akan jatuh kepada rumah anak yatim telah merubah hidupanya 100%.
kajian mengenai elemen baru oleh Pak Arbi dan Mr. Umayer telah menyebabkan kemunculan Akuma yang merupakan seteru lama mereka. identiti sebenar mereka terdedah. Sejarah bagaimana elemen baru muncul di Malaysia. Kenapa Akuma aka Tetsuya menuduh Pak Arbi dan Mr Umayer mengkhianati dirinya? dapatkah orgnanisasi syaitan bertopeng dan Ryuken ditumbangkan? Siapakah sebenarnya Eljurano Demase? adakah korupsi pasukan polis berjaya ditumbangkan? kematian satu persatu 10 orang jutawan islam termasuk ayahnya adalah satu perancangan adakah afam berjaya menghalang kematian mereka? segalanyanya terjawab di dalam buku hero versi tulis semula ini.
"Hero bukanlah Hero bersut, terbang di langit lalu turun ke bumi membasmi penjenayah semata-mata. Setiap mukmin itu hakikatnya adalah Hero. Bertanggungjawab terhadap agamanya. Bertanggungjawab membawa manusia di sekelilingnya ke syurga. Bukanlah membasmi penjenayah itu yang menjadikan seseorang itu Hero. Hero adalah mereka yang mengeluarkan manusia daripada gelap kebatilan, kepada cahaya kebenaran." " Dan contoh terbaik adalah Rasulullah SAW. Baginda adalah Hero yang sebenar-benarnya."
benar bagi aku kita semua adalah hero, hero yang berjuang mempertahankan agama Allah. kita juga adalah hero apabila berusaha menjadi ke arah yang lebih baik. berubah menjadi mukmin dan mukminah yang sebenarnya. hanya apabila kita dibentengi dengan kekuatan iman dan sentiasa beramal dengan syariat islam kitalha hero yang sebenar-benarnya kerana berusaha menyampaikan dakwah walaupun kecil.
Saya baca HERO versi tulis semula oleh Tuan Hilal. Menarik dan banyak pengajaran yang boleh kita dapat dalam novel ini. Bukan bacaan kosong, tapi penuh dengan nasihat dan teguran.
Sesiapa yang menyukai cerita superhero (Batman/Ironman) pasti menyukai novel ini... Hero sebuah novel aksi dalam masa yang sama mentarbiah pembaca2nya.
Kota Angsana merupakan sebuah kota yang dibangunkan oleh sepuluh jutawan Muslim Malaysia yang mengutamakan Islam dari segala aspek. Penemuan Elemen Baru yang lebih kuat dari nuklear membuatkan Kota Angsana semakin gah di mata dunia dan menambah rasa iri di mata musuh2 Islam. Hero merupakan seorang wira yang membanteras jenayah di kota Angsana. Tapi hakikatnya, Hero seorang yang jauh dari Islam...tidak pernah bersolat dan merupakan seorang perokok yang tegar. Segalanya bermula apabila ayahnya Dato' Amir Muiz terlalu sibuk dengan pembangunan ummah...menyebabkan Hero/Afam merasa kurangnya kasih sayang. Apabila Dato' Amir Muiz dan isterinya mati dibunuh oleh syaitan bertopeng dan kematian mereka tidak mendapat pembelaan yang sepatutnya, Hero/Afam mula menyarung kostum Hero bagi membanteras jenayah dan syaitan bertopeng. Tapi, kemunculan Akuma menambah tekanan kepada Hero. Tambahan pula, tugas Hero sentiasa dihalangi oleh anggota polis yang korupsi. Tambah memeningkan kepala Afam lagi, apabila Dato' Amir Muiz mewasiatkannya mengahwini Husna, gadis muslimah sejati. Jika tidak, segala hartanya akan didermakan. Afam menerima perkahwinan tersebut dalam keterpaksaan, tambahan pula dia perlu merahsiakan tentang Hero.
Keadaan jenayah Kota Angsana semakin meruncing apabila syaitan bertopeng melancarkan beberapa rancangan untuk mendapatkan elemen baru yang sudah diminimakan dan Akuma semakin galak mencari dua rakannya yang telah mengkianatinya dan Akuma percaya dua orang rakannya itu adalah orang2 dibelakang Hero. Keadaan Hero pula semakin tertekan kerana dia tidak mampu melindungi kota Angsana seorang diri dalam masa yang sama, dia tidak mempercayai orang lain kerana terlalu ramai anggota polis yang korupsi.
Serius! Nisa Suka sangat novel ini. Nisa terfikir tentu menarik jika novel ini diangkat sebagai filem..asyik novel cinta sahaja didramakan/difilemkan.
Insan itu lemah, dan takkan mampu berdiri sendirian, meskipun dia mampu, tetapi sampai bila? menjadi persoalan.
begitulah yang disampaikan oleh penulis, yang insan itu tak akan kuat tanpa keyakinan pada Allah. Hal ini kerana Allah juga lah sumber kekuatan seorang insan, mereka yang tidak percaya akan Allah merupakan sumber kekuatan akan menjauhkan diri dari Allah maka terjadilah penyakit hati.
Pandai memilih persahabatan juga adalah kunci kekuatan sekeping hati, hati yang dekat dengan hati-hati yang teguh kepada tauhid Allah sekali gus akan memberi tempias kepada hati-hati orang yang disamping mereka.
Hero, adalah manusia yang hidup disebalik topeng seorang penyelamat dunia. Seperti yang kita tahu Hero juga adalah seorang manusia, yang mempunyai masalah sendiri yang punya tanggungjawab sendiri.
Saya rasa, firman Allah yang bermaksud:
"Ataukah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu seperti kamu." 2:214.
.. adalah ayat yang sesuai sekali menggambarkan novel Hero ini. Setiap manusia pasti akan menghadapi kegagalan dalam hidup, kerna Allah tahu, hanya dengan cara itu hati manusia akan lebih dekat dengan Nya. InsyaAllah.. Wallahualam.
sebuah novel islamik/tarbiah yg sarat dengan isi/pengajaran bg semua.sesuai bagi jiwa2 yg mencari erti kehidupan dan mahu keluar dari kegelapan! -kenapa perlunya tuhan? -manusia itu lemah? -kahwin itu indah? -tanggungjawab seorang muslim yg nak jadi mukmin -masa depan Islam -Janji ALLAH adalah benar
Memang terbaik!
"keamanan adalah satu anugerah!untuk kita terus berjuang demi generasi masa hadapan...." AFAM
terdapat unsur romantik,aksi,jenaka n lain2..sesuai utk semua peringkat umur!Jom contohi hero kita Rasulullah SAW.ameen
Terus terang saya katakan, jika saya membca buku ini tanpa mengetahui siapakah gerangan penulisnya, mustahil saya meneka saudara Hilal Asyraf penulisnya.Buku ini sememangnya lain daripada buku2 beliau.Tetapi, percayalah, yang lain itulah istimewa!
psss watak yang paling saya kagumi dalam novel ni ialah watak Tengku Amiri..!
What a book ! can't stop reading this book. Full of energy, positives vibes and good advice. Sambil bercerita, penulis menyelitkan juga ayat-ayat maksud al-quran dan hadis. Syabas.