Jump to ratings and reviews
Rate this book

Risālah Seruan Kepada Jenis Yang Lembut: Perempuan-Perempuan

Rate this book
Risālah Seruan Kepada Jenis yang Lembut: Perempuan-perempuan mengandungi 32 bāb yang ditulis bagi menyatakan periḥāl kehidupan orang-orang perempuan–yang digelar sebagai “jenis yang lembut”–dari sisi Islām. Kitāb ini mengandungi perbaḥathan periḥāl ḥaqq orang-orang perempuan dan laki-laki di dunyā, kedudukan orang-orang perempuan dalam sejarah dan kebudayaan pelbagai agama di dunyā dan pelbagai perkara yang berkaitan orang-orang perempuan seperti belajar, bekerja, berkahwin dan isu berbilang-bilang isteri (poligami) yang melihat dari pelbagai sudut.

Kitāb ini turut mengutarakan pandangan yang dipetik dari pelbagai kajian dan tulisan para sarjana Barat yang membicarakan tentang sejarah, ḥaqq dan peranan perempuan-perempuan dalam tamadun mereka dan membaḥathkan perbezaannya dengan ajaran Islam. Secara tidak langsung, buku ini telah memberikan satu pandangan yang menyeluruh periḥal perempuan-perempuan dari pelbagai agama, sejarah dan kebudayaan dengan memberi penekanan terhadap ḥaqiqat yang telah disuratkan dalam risālah yang telah dinyatakan di dalam al-Qur’an serta berpandukan kepada kehidupan Nabi Muḥammad – ṣallā allāhu ᶜalayhi wa sallām.

329 pages, Paperback

Published October 1, 2017

2 people are currently reading
7 people want to read

About the author

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
4 (40%)
4 stars
4 (40%)
3 stars
2 (20%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
Profile Image for Maisarah Mohd.
Author 1 book42 followers
August 19, 2018
Kitab ini banyak merujuk kepada Majalah Al-Manar, antara majalah progresif di Mesir pada ketika kitab ini ditulis. Dan idea-idea serta perbahasan dalam kitab ini lebih mudah diterima oleh masyrakat moden hari ini.

Pertama, sebelum kitab ini berbicara tentang hal ehwal rumah tangga dalam Islam, ia terlbih dahulu menegaskan kedudukan kaum perempuan di sisi agama. Kitab ini menegaskan kesetaraan gender dalam Islam bersandarkan dalil-dalil Al-Quran dan Hadis. Maka, inilah yang membuatkan pembaca pada hari ini seperti saya, lebih tertarik untuk mengikuti keseluruhan perbahasan kitab ini.

Hak-hak wanita dan isu dalam alam rumah tangga dikupas satu persatu sehinggalah isu poligami. Fatwa dalam kitab ini menegaskan bahawa poligami itu rukhsah sahaja. Malah, penulis mengambil sirah Baginda SAW yang tidak pernah menduakan Siti Khadijah sehingga wafat. Kemudian, disertakan hikmah mengapa Nabi SAW berpoligami.

Kitab ini diakhiri dengan ayat dari penulis yang menyatakan akan ada sambungan kitab ini. Moga-moga pihak penerbit akan usahakan siri kedua dari kitab ini pula sekiranya ada.
Profile Image for Khairul Amirin.
17 reviews1 follower
August 23, 2020
Alhamdulillah selesai ✅ banyak perkara orang2 melayu dahulu kala membawa pengajaran dan pedoman kepada kita yang kita selalu sebutkan, "kata orang2 tua / bak kata orang2 tua". Apa yang terdapat dalan buku ini adalah berkisar apa kebiasaan yang telah orang2 tua nasihat dan selalu ingatkan kepada anak muda. Zaman sekarang yang penuh cabaran tak boleh tidak perlu kepada ilmu dan kefahaman yang betul akan hak, peranan dan tanggungjawab seorang lelaki dan perempuan, barulah tidak bercelaru kehidupan. Ia adalah bersumberkan pesan Nabi, nasihat para ulama. Buku ini asalnya daripada bahasa arab yang kemudian dijawikan dan kemudian dirumikan kembali untuk memudahkan ramai orang membacanya.
Profile Image for Norziati.
Author 9 books84 followers
December 7, 2017
Risālah Seruan kepada Jenis yang Lembut: Perempuan-perempuan mengandungi 32 bāb yang ditulis bagi menyatakan periḥāl kehidupan orang-orang perempuan––yang digelar sebagai “jenis yang lembut”––dari sisi Islām. Kitāb ini mengandungi perbaḥathan periḥāl ḥaqq orang-orang perempuan, ḥikmah kejadian perempuan dan laki-laki di dunyā, kedudukan orang-orang perempuan dalam sejarah dan kebudayaan pelbagai agama di dunyā, dan pelbagai perkara yang berkaitan orang-orang perempuan seperti belajar, bekerja, berkahwin dan isu berbilang-bilang isteri (poligami) yang melihat dari pelbagai sudut.

Kitāb ini turut mengutarakan pandangan yang dipetik dari pelbagai kajian dan tulisan para sarjana Barat yang membicarakan tentang sejarah, ḥaqq dan peranan perempuan-perempuan dalam tamaddun mereka dan membahathkan perbezaannya dengan ajaran Islam. Secara tidak langsung, buku ini telah memberikan satu pandangan yang menyeluruh periḥal perempuan-perempuan dari pelbagai agama, sejarah dan kebudayaan dengan memberi penekanan terhadap ḥaqiqat yang telah disuratkan dalam risālah yang telah dinyatakan di dalam al-Qur’an serta berpandukan kepada kehidupan Nabi Muḥammad – ṣallā allāhu ‘alayhi wa sallām.
Displaying 1 - 3 of 3 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.