Hidup ini ujian. Dan ujian paling hebat buat Adiya adalah ketika kehilangan suami di hari pertama bergelar isteri. Dia reda. Tapi, munculnya Ziyaad dengan tiba-tiba, buat redanya hanyut.
Bagaimanakah dia boleh lupakan Akif jika Ziyaad sering buatkan dia teringatkan bekas suaminya itu? Ziyaad itu bekas adik iparnya, yang muncul dengan bayangan penuh kebencian. Yang menuduh dia sebagai pembunuh dan kaki kikis. Tapi bila sekali lagi dia dihadapkan dengan ujian, Ziyaad tiba-tiba menghulur tangan.
“Persoalannya, kenapa Encik Ziyaad tiba-tiba nak kahwin dengan I sedangkan selama ini encik sangat bencikan I?” "I tawarkan diri tanpa syarat, Adiya. Dan you kena percaya, peluang yang baik kadangkalanya akan datang dalam bentuk yang tak baik."
Apakah benar perkahwinan mereka adalah peluang yang baik didatangkan dalam bentuk yang tak baik? Atau mungkinkah ini ujian berganda buat Adiya?
“I yang peluk you tapi nama dia yang you sebut.” Berbisa ayat Ziyaad bagai racun masuk ke hati Adiya.
Akan tergantikah cinta di hati Adiya untuk lelaki bergelar suami sedangkan dia melihat Ziyaad itu sebagai ancaman yang menakutkan?
Saya rate 4* bukan kerana thickness of the book but the content itself.
Oh wow lah novel ni buat saya walaupun sering di sajikan cerita begini. Saya suka watak Diya yg strong dan watak Ziyaad yg sombong dan ego tapi teroverdose manja. Its hard to hate Ziyaad even after what he did in the earlier chapters.
Dalam novel ni ada menyatakan taste Ziyaad dengan arwah Akif berbeza. Adakah Ziyaad suka yg seksi? No I dont think so sebab dia boleh menerima Diya seadanya.
Perbezaan kedua beradik adalah satu tentang how they treat pekerjanya selebihnya sangat sama. Ziyaad yg awalnya termakan fitnah Datin Marina, amat membenci Diya namun setiap kali Diya menjawab mmg langsung tiada ruang untuk membidas.
Bila terperangkap, mereka bernikah. Sebelum ni Ziyaad telah bertunang dgn Bella atas desakan ibunya. Antara Ziyaad dan Bella honestly saya tak tahu lah if actually mereka ni bercinta ke tidak tapi dgn Diya, Ziyaad amat berbeza especially setiap butir siasatan bercanggah dgn apa yg disampaikan oleh Datin Marina.
You can find sweet vibes in this story eventhough with all these happening :
..Diya yg meragukan cinta Ziyaad terhadapnya. ..Diya yg masih mengingati arwah Akif. ..Diya yg mendidik hati atas segala kemungkinan. ..Ziyaad yg ego. ..Ziyaad yg manja. ..Ziyaad yg amat melindungi Diya dari kebenciaan Datin Marina dan Bella serta gosip murahan di ofis. (bukan kerana janji pada abangnya sahaja tapi kerana keinginannya). ..Ziyaad yg prihatin and showed his love thru actions not words. ..Ziyaad yg amat menghormati ibunya. Anak terdidik dengan nilai2 murni these two brothers except where Diya is concerned.
Ziyaad sedar dia semakin larut dalam cintanya pada Diya kerana Diya tidak pernah meminta2, merungut dan sentiasa melayan Ziyaad dengan baik walaupun mereka ada selisih faham.
Endingnya, saya kesian ngan Datin Marina. It shd not happen to any women out there. It seems like Dato' lebih senang mengambil jalan mudah dari membentuk peribadi isteri ke arah kebaikan. Dengan going with the flow instead of tegas dan beri amaran sahaja, tidak akan mendidik 'bidadari' di dunia buat dirinya. It doesnt say much about their relationship tapi boleh feel that Dato' telah di abaikan isterinya. hmm..
Cerita yg sebenarnye sgt klise. Kawin paksa, suami yg mula2 tak suka den akhirnye jatuh cinta, mak mertua jahat & watak antagonis yg meroyan. Ape yg buat crite ni sellable ialah watak hero yg terlebih gula dgn kata2 manis. Also part hero yg ‘mereyam’ lepas dah halal. Ni dua fakta mmg trademark penulis. Kali ni saya bagi xtra satu star bcos i like watak heroine yg tenang aje dan tak cepat melatah walaopon dlm hati dah mcm gunung berapi nak meletop. Rasanye penulis too comfortable in her own zone with all her recent works.
Alahai ZiYaad, you're so sweet. Tersengih² F baca naskah AS. Best jalan cerita dia. Rasa tenang je baca. Sangat² santai.
Kuat semangat DiYa. Tak pernah melawan malah diam je untuk tidak derhaka pada orang² tua. Salute F!
Diyaad seorang suami, seorang pelindung yang sangat manja. Suka sangat pada Yaad. Terbayang² adegan manja bersama Diya.
Kesabaran akhirnya membuahkan kebahagiaan. Kesian juga pada Datin, kadang² rasa tak setuju pada lelaki/suami. Asal rasa terabai je cari lain, patut ajarlah wife tu supaya dengar kata.
Manis lemak berkrim lah cerita ni... Ziyaad sangat manja bila bersama dengan Adiya... Tapi suka sangat bercakap style bagi arahan and pantang dicabar... Adiya yang lebih banyak berdiam diri setiap kali dihina, nak menjawab pon dalam hati je. Lebih banyak beralah dengan sikap Ziyaad yang ntah apa apa tu. Adiya lebih rela terperangkap dalam hidup Ziyaad daripada kena kahwin dengan Hafeef yang dah dianggap macam abang kandung sendiri.
Buku ni ialah versi panjang daripada cerpen Aku Sanggup yang dimuatkan dalam Kompilasi Cerpen Hani Fazuha. Mulanya, aku tak nak beli. Sebab dah ada Kompilasi Cerpen. Tapi, tak tahan godaan pulak. Nasib baik best. .
Adiya, seorang yatim piatu. Baru beberapa jam bergelar isteri kepada Akif, suaminya meninggal. Dia yang sememangnya tidak disukai oleh ibu mertuanya, Datin Marina, dihina dan dihalau keluar daripada rumah pemberian Akif. Dahlah, Akif menamakan Datin Marina sebagai penerima hibah untuk semua hartanya. Maka, hidup Adiya yang sememangnya dimanjakan oleh Akif berubah dalam sekelip mata. .
Kemunculan Ziyaad, adik Akif, menambahkan kekusutan hidup Adiya. Tapi, Adiya bukannya spesis heroin yang lembik. Bila Ziyaad buli dia, dia lawan balik. .
Kerana satu peristiwa, Ziyaad meminta untuk mengahwini Adiya tanpa pengetahuan ibunya.Hubungan rumah tangga mereka bukan seperti yang lain. Adiya merasakan dirinya sebagai perempuan simpanan Ziyaad, sedangkan Ziyaad masih berteka-teki dalam soal hatinya. Apabila hubungan mereka diketahui oleh Datin Marina, apa yang bakal terjadi? .
Novel HF memang tak sah kalau tak manis bergula. Biasanya aku okey-okey je. Tapi, yang ni, memang aku suka. .
Okay, serius, jalan cerita biasa-biasa je. Dan pembaca cerewet macam aku akan rasa terganggu dengan beberapa typo. .
Tapi, yang ku suka ialah karakter Ziyaad dan Adiya yang tak buat aku annoyed. Adiya yang sentiasa tenang dan tabah. Dari awal, dia mempersiapkan dirinya yang Ziyaad bukan hak milik dia seorang. Jadi, dia lebih tenang. Walaupun ada la episod merajuk sikit, tapi tak lama. Just nice. Ziyaad pulak dalam pada menyayangi Adiya, dia berusaha menjaga hati ibunya. Dahlah ibunya nak kahwinkan dia dengan Bella. Tapi, dia pandai handle.
bagaimanakah hati mahu menahan bila dituduh membunuh suami sendiri? bagaimanakah hati mahu menahan bila dituduh mata duitan? bagaimanakah mahu menahan bila keluarga mentua membenci bagai dia virus yang boleh merosakkan segalanya?
tapi, adiya tetap mengajar hatinya untuk sabar. kehilangan suami yang hanya baru beberapa jam dinikahi memang sangat meragut perasaannya. tapi dia sangat sabar.
muncul ziyaad, adik pada arwah akif yang sangat berbeza perwatakan dan personaliti. begitu menurut kata-kata mamanya.
cuma, makin hari dia cuba menyingkirkan adiya namun makin lama ada sesuatu yang menangkap dia memerangkap untuk terus mahu adiya di depan matanya.
dan kemudian, bila sesuatu berlaku ziyaad terus ambil keputusan untuk menikahi wanita itu.
makin lama, makin ziyaad terperangkap dengan adiya.
apa yang mamanya perkatakan tentang wanita itu satu persatu terbongkar ketidak benarannya.
dan hatinya, makin main peranan.
sungguh.
setiap apa yang berlaku, usah dipertikai. adakala yang menyakitkan memang muncul sebelum dapat menikmati keindahannya.
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM17. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)
Walaupun watak Ziyaad sangat annoying nak mampus sebab ikut sangat telunjuk mommy dearest, he turned out to be quite charming bila dah tersangkut dengan Adiya.
Love the chemistry between Ziyaad dengan Adiya. N memang jatuh kesian dengan Adiya sebab kekejaman ibu mertua dia yang macam tak hengat mati tu.
Best juga. Tak sia hunting novel ni berhari-hari. Huhu. Tak bosan. Penceritaan smooth. Cuma itulah, kalau nama dah kahwin, banyaklah kisah main cakar2 laki bini.
Ok.. buku "panas"... ya panas.. dan x sesuai utk bacaan bg yg belum berkahwin... x adelah panas sgt smp nak lebalkan sbg buku porno... tp sangat x elok kalo anak2 baca.. dan utk yg dah cukup umur utk kahwin.. akan membuatkan anda teringin nak jadi si adiya tu....
Ok... honestly.. ML x berapa kuat nak beli buku ni.. sbb mmg tahu tahap panas tu kurang sesuai utk ML sbb ML dah dlm fasa mewariskan novel2 kpd anak dara ML.. tp sbb nak tahu sgt pasal ziyaad ni... ML beli jugak.. hipokrit x?hahahha
Persoalan yg ML nak.. mcm mana dia boleh kahwin.. tu jer.. dan bila terjawab... ok..ML boleh terima...cuma ML confuse sikit part balik dari KK tu.. seminggu ker baru 2 hari... may be kena ulang baca balik part tu.. hahahah...
Apapun.. enjoy... tp.. mcm ML pesan.. yg belum kahwin x payah lah beli ya.. dengar ckp makcik ni ya anak2...
“Org gila tkkan mengaku dirinya gila. Org bodoh tkkan sedar dirinya bodoh sehingga dia jumpa dengan org yg lebih pandai. Org yg sombong dan menganggap dirinya hebat dengan apa dimiliki, itulah bodoh yg sebenarnya....”
Akif, lekaki yg baru berapa jam menjadi suami kepada Adiya Nur Erina meninggal dunia di dpn matanya sendiri, di atas ribaan Adiya 😔 Digelar pembunuh oleh Datin Marina, ibu mertuanya. Yup, Datin Marina menganggap Adiya ah penyebab kematian Akif. Datin Marina mmg tk suka kan Adiya dari hari pertama Akif perkenalkan mereka. Perbezaan taraf & dibesarkan di rumah anak2 yatim membuat Datin Marina meroyan kata tk tau asal usul & tk setaraf. Pada dia, Adiya tak layak berdiri sebelah anaknya.... So, untuk Datin Marina menganggap Adiya sebagai menantu... mmg tak ler!
Walaupun selalu diserang oleh Datin Marina, tuduhan demi tuduhan dilemparkan kepada Adiya. Konon Adiya goda Akif, pisau cukur, ka ki kikis, racun fikiran Akif supaya hgn debgan ckp ibunya, sibuk suruh Akif percepatkan tarikh nikah jadi sebabg Adiya nk bolot semua harta... dia tetap diam, menghormati org tua itu, ibu kepada arwah suaminya. Walaupun semua tuhuhan itu tk berasas... Walaupun bukan Adiya yg hasut Akif cepatkan tarikh nikah mereka, dia tetap akan diam. Selagi dia mampu, dia tk akan bersikap kurang ajar.
Diya digelar pembawa Sial. Kononnya, Baru berapa jam nikah, dan kalau Akif tk sibuk nak hantar Diya, dia tak akan terlibat dlm kemalangan. Siapa yg rapat dengannya akan bertemu ajal. Menjadi yatim piatu kerana ibu & ayahny kemalangan sewaktu mahu menjemputnya dari rumah nenek... Tinggal bersama nenek tk sampai setahun, neneknya pula meninggal akibat terjatuh dlm toilet... kini Akif pula meninggal ketika pulang dari menghantarnya balik ke rumah. It might be coincidence but.....
Betullah, ramai yg salah sangka & cemburu padany... kereta BMW X5 hadiah dari Akif sempena birthday dia 3bulan lepas... mula2 jadi PA lepas tu suri hati dia... belum ape2 da dpt kereta & rumah besar. Tapi org tk tau yg dia bersungguh menolak & semua org tk tau Akif pandai memujuk & memaksa... kini, Rumah & kereta akan diambil balik oleh Puan Marina.
Ziyaad Irham adik Akif yg baru pulang ke Malaysia. Seorang yg jenis pantang dicabar, pantang bila ada yg melawan.... Ziyaad jgk seperti mamanya, bencikan Adiya & Ziyaad jgk menganggap Diya pembunuh. Adiya bukan lagi PA... kini ditukarkan ke bahagian pentadbiran sementara ada jawatan yg sesuai untuknya. Semua keje2 kerani dia buat, kerani relax aje goyang kaki 🤔 Kononnya, Ziyaad tk mahu PA perempuan & jika Dato Murad, papanya nak dia menggantikan abgnya, Diya tak perlu ada depan matanya.... Ziyaad tak mahu kenal & kerja dengan Pembunuh!
Ziyaad bakal bertunang dengan Anabella, pilihan mamanya. Ziyaa tk suka didesak untuk menamatkan zaman bujangnya. He knows yg Bella bukan “wife material”.... Ziyaad impikan isteri yg patuh... yg boleh ikut arahannya... not like Bella yg kaki shopping, kaki bergaya... he knows yg Bella sanggup tinggalkan kerjayanya untuk focus pada rumah tangga... Bella yg jenis jaga badan... mustahil dia nak mengandung kan....!
Adiya rapat dengan Hafeef, anak seorang Ustazah yg menyumbang tenaga di Al-Raudah & sudah bertunang dengan Kak Murni yg jgk bakal jadi seorang ustazah. Hafeef, org yg sentiasa ada saat Diya susah & senang... yg sudah Diya anggap mcm abg sendiri. Tiba2 Diya dpt berita dari Umi Aisyah yg Abg Hafeef da mintak putus tunang.... Hafeef bertunang dengan Murni pun kerana Uminya.
“Hati abang tk pernah berubah... Sejak dulu mmg hati abg pada yg satu tu aje....”
“Maksud abg, org yg abg cinta sejak dulu tu bukan kak Murni...?”
“Kalau bukan, kenapa dulu setuju...?”
“Masa tu abg fikir abg boleh lupakan org tu & ikut kehendak umi. Tapi sekarang bila abg fikir balik, abg tk boleh. Abg nk hidup dengan org yg abg cinta...”
Siyaad tergerak hati nak siasat latar belakang Diya dan jawapan yg dia dpt semuanya bertentangan dengan apa yg mama ceritakan. Entah kenapa Ziyaad berat hati nak halau Diya dari rumah tu... Adiya yg polos, yg buatkan dia sarapan, membuat hati Ziyaad yg keras menjadi lembut... tk sampai hati nak menghalau... esp bila Ziyaad dpt email dari arwah Akif yg masuk ke spam emelnya. Dia pun pelik nape emel tu tk masuk ke inboxnya. Emel yg bertarikh 1week sebelum Akif meninggal. Something happen dlm pejabat yg berubah presepsi Ziyaad terhadap Diya. Ia akui kata2 abgnya Akif dlm emel tersebut. Dia cuba menafikan semuanya sebelum dengar dari mamanya yg Diya kaki kikis, Diya yg menyebabkan abgnya meninggal & mcm2 lagi yg buruk... Dan hari ni hatinya kuat mengatakan yg Adiya bukan seperti ape yg mama ceritakan. Yup, Ziyaad pasti Kini Ziyaad da bertunang dengan Bella, pilihan mamanya. Ziyaad harap dlm tempuh 2thn bertunang, dia boleh bentuk hatinya untuk menerima Bella but now, kahwin tu berada di agenda terakhir dlm hidupnya.
Hujan lebat & banjir kilat di Seremban membawa musibah paling besar buat Ziyaad & Adiya. Adiya tk bersalah... Salah itu harus letak di bahu Ziyaad kerana memanggil Diya ke biliknya. Di saat kecoh ketika itu Hafeef bersuara inginkan Diya menjadi isterinya tapi Umi Aisyah tk terima... Dia tk mahu oeremouan murahan menjadi menantunya... Rupanya dlm dia Hafeef mmg sayangkan Diya, Diya jgk sayang Hafeef... tapi sayang sebagai Abg. Tatkala itu Ziyaad pula bersuara... memohon restu nikahi Adiya 😱
Untuk tamatkan sengketa antara abg Hafeef & Umi... Diya menerima lamaran Ziyaad. Dengan menerima lamaran Ziyaad, Diya harap supaya abg Hafeef tak menaruh harapan lagi untuk memperisterikannya. Hafeef mmg Diya anggap sebagai abgnya, Mana mungkin Diya tukar rasa sayang itu.
Ziyaad tidak dpt menjawab persoalan Diya tentang kenapa Ziyaad tiba2 nk kahwin dengannya sedangkan selama ini Ziyaad sgt bencikan Diya... Ziyaad tk rasa he perlu jwb... he tk perlu ceritakan yg ntah kenapa tiba2 hatinya jatuh kesian pada Diya... Dia tak tahu kenapa hatinya sgt tersentuh melihat Diya menangis... Dia tk tau kenapa hatinya jadi sejuk apabila Diya tanpa rasa geli menadah muntahnya... Dia tk tahu kenapa hatinya jadi sgt tenteram melihat wajah Diya yg tenang...
Ziyaad tiba2 berubah watak... Daripada lelaki garang umpama singa betin, jadi seperti kucing parsi yg sgt jinak.
“Mama you akan bunuh I Encik Ziyaad...”
“Apa guna I sebagai suami kalau tk dpt lindungi you Diya..”
“I tak janji yg I boleh hentikan semua kebencian mama pada you... Tapi I janji I tak akan menyusahkan you lagi lepas ini...”
“Beza I dengan perempuan simpanan hanyalah ijab dan kabul kan Ziyaad...”
Sejak mereka sah menjadi suami isteri, tak pernah sekali pum Ziyaad menganggap Diya seperti perempuan simpanannya. Mungkin layanan teruk, tapi tk ler sampai jadi kan Diya perempuan simpanan. Ziyaad sudah dpt rasakan yg dia tk boleh kalau tdur tk bertemankan Diya...
Hafeef hubungi Ziyaad.... Hafeef minta Ziyaad lepaskan Diya sebab Hafeef NAK Diya!
“Setelah ape I dengar dari mulut Hafeef, I tertanya sendiri, layak ke I jadi suami you...”
“You da lafaz nikah, layak atau tidak, Tuhan yg tentukan...”
Adiya rasa cemburu & marah tiap kali Anabella dg ke pejabat untuk bertemu dengan Ziyaad. Anabella yg patut rasa marah & cemburu sebab Diya yg rampas Ziyaad dari Anabella.... kenapa dengan Diya ni?
Kunjungan Datin Marina & Dato Murad ke rumah itu untuk bagi kejutan pada Ziyaad... tapi mereka yg terima kejutan bila nampak Diya di rumah itu. Saat itu semua terbongkar yg Diya Isteri Ziyaad. Meraung la Datin Marina...but not Dato Murah sebab he mmg da tau hal nikah mereka sejak ditangkap khalwat lagi... dan dia yg membero restu supaya Ziyaad nikahi Adiya.
Ziyaad nekad nk putuskan pertunangannya... Anabella meraung tkmu putus, rela jadi isteri kedua.... Pertunangan tk dibatalkan... kononnya majlis lama lagi kan.. biarkan keadaan reda dulu n they will see how.
Datin Marina tk setuju bila Ziyaad nak umumkan status dia dan Diya. Cukuplah Akif malukannya dulu... kalau Ziyaad masih anggap Datin Marina sebagai mamanya, sembunyikan semuanya! Pandai makan... Pandai Simpan... dah puas nanti... Buanglah! Dan... jgn sekali kali Ziyaad lepaskan benih dlm rahim perempuan itu... Datin Marina tak mahu Adiya lahirkan anak2 Ziyaad!!
“Mama nak Yaad kahwin jgk dengan Bella. Yaad nak ceraikan atau tk perempuan tu, mama tk kisah. Bella pun kata tk kisah. Tapi yg Yaad hanya boleh umumkan pada semua org yg Bella itu isteri Yaad... bukan perempuan itu...”
Oklah mcm biasa nak jadi "jahat" 😅 Stop review kat sini! 🤣 Biar TERgantung ok 😆 Korang kena baca cos Once korang start baca.... tak boleh nak stop!! Yg pasti, korang mesti dptkan Novel ni. Ohsem sgt2!!
Agak2 korang ape Ziyaad akan lakukan? Dengar ckp Mama dia... Berkahwin dengan Bella jgk? Ziyaad akan ceraikan Adiya? Abg Hafeef? Masih mengharapkan Diya lagi ke? Mama Ziyaad, mmg tak boleh terima Diya sebagai menantu?
Bnyk sgt persoalankan... 😂😂 Semuanya terjawab dlm #AkuSanggup Hani Fazuha 🌹 A Must...Must Have Novel!! ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Cerita biasa sj. Jln cerita biasa. Ntah kenapa dibuat limited edition. Mehai pulak tu😅. Boleh luaskan sket skop tu kot selain dri kisah mereka berdua sahaja. Susun atur ayat mmg cantik dan menarik.
Adiya, Akif dan Ziyaad. Takdir menyatukan dan takdir memisahkan. Adiya dan Akif perkahwinan bertahan hanya beberapa jam. Tuhan memisahkan mereka apabila Akif terlibat dalam kemalangan.
Ziyaad adik kepada Akif, membeci kakak iparnya,Adiya kerana menganggap Adiya punca abangnya mati.
Orang kata, jangan benci sangat. Nanti jatuh suka. Itulah yang jadi pada ziyaad. Satu peristiwa telah menyatukan mereka berdua. Apa yang berlaku selepas mereka berkahwin? Kena lah baca. 😁😁😁.
Wow...hanyut dalam cinta yang semanis gula baca buku ni..Adiya yang cuba kekal bertenang setelah kehilangan suami yang baru dikahwini..sehari menjadi isteri.
Ziyaad yang diracun mama sendiri akhir nyer termakan madu dari adiya di hotel di KK.. wow smile
buku ni byk gula so penuh dgn semut... hahahah semut itam semut merah semua semut ada sy perasan byk penulis guna nama hero nama ziyad selalu sweet gula tumpah and kelakar bacalah u wont regret
Love the plot the storyline. Can call it slow burn and he fell first but she fell harder. Konflik dlm novel ni is the mom. Suka arranged kehidupan anak2.