Jump to ratings and reviews
Rate this book

Hiatus

Rate this book
Hidup ini perjalanan yang akhirnya bukan pada mati.

Buku ini baris-baris tulisan pada kamu,
Tapi setiap baris-baris ini ibarat garis-garis luka torehan pada lengan dan peha aku.

Buku ini sekadar buku pada kamu.
Tapi buku ini dipenuhi rahsia aku.

Buku ini mungkin sekadar cerita menagih simpati pada hematmu.
Tapi buku ini luahan jiwa gersang yang memerlukan cinta, pada aku.

Yang kamu pegang ini lebih daripada sebuah buku.
Ini sebahagian daripada jiwa aku.
Ini luka aku.
Ini kecewa aku.
Ini ubat penenang aku.
Ini cinta aku.
Ini air mata aku.
Dan ini, realiti aku.

Ini mungkin, fiksyen kamu.
Tapi bukan, pada aku.

310 pages, Paperback

First published October 1, 2017

24 people are currently reading
345 people want to read

About the author

Budak Tomato

4 books127 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
197 (46%)
4 stars
139 (32%)
3 stars
54 (12%)
2 stars
19 (4%)
1 star
16 (3%)
Displaying 1 - 30 of 77 reviews
Profile Image for Sooraya Evans.
939 reviews65 followers
May 17, 2018
Berketinggian 177cm. Suara serak basah. Wajah kacukan berkulit cerah. Genius top student. Anak orang kaya. Tinggal dalam rumah berdinding kaca ala Twilight gitu. Excellent basketball player and top notch skater. Hafiz al-Quran. Boleh jadi Imam. But at the same time, he’s an all around bad boy who drinks and sleeps with multiple partners. Lets not stop there and add more complexities by making him bullimic and throw in a couple more unexplained psychological issues. I’ve never seen a ridiculously sophisticated character such as Amir Talhah. Bear in mind, this is not a compliment.

Cerita biasa-biasa sahaja. Jodoh paksa. Konflik keluarga jenis korporat. Etc. Etc. Cuma watak-watak utama digambar sebagai ikon-ikon penting dalam gerakan usrah berlanskap Timur Tengah. Elemen islamik yang pada saya tersangatlah kosmetik. Barangkali cubaan penulis menarik kelompok pembaca yang berkecenderungan sebegini (Nampak gayanya berjaya). Boleh jadi juga diselit agar selari dengan imej ‘islamik’ pihak penerbit.

Sungguhpun langsung tak menyumbang apa-apa terhadap cerita, penulis kerap menggambarkan busana watak utama dengan penuh terperinci sampai tahap warna boxer pun dihurai. Sedangkan peruntukan perkataan tersebut boleh disalur ke arah mengisi kepelbagaian ‘plot holes’ sepanjang buku. Tambah-tambah lagi suku terakhir buku yang serabut tahap nauzubillah.

I have a strong feeling that this novel was written in one sitting. But at least, the English dialogue wasn’t horrible enough to make all the rich characters portrayed appear stupid. Even if there’s to be an intended sequel, I think the setup here was poorly executed with the vague, choppy and confusing ending. So, did he kill Nia ‘the slut’ or what? Is Talhah also HIV positive? What’s up with the molestation sudden reveal? How did Qiden die? Is Talhah’s strained relationship with Dad only caused by the former’s obsession with writing? We’ll never know.

Ugh! Sakit jiwa sebagai pembaca yang dibiarkan tergantung.

Satu lagi aspek mengecewakan ialah price tag RM28 bagi sebuah manuskrip pendek yang ketara jelas boleh dicetak menjadi buku lebih nipis. Ya Tuhan, luar biasa banyak halaman kosong. Margin serta line spacing tahap membazir. Jikalau dibuang ‘Another day’ yang berulang-ulang mengakhiri setiap bab, entah berapa banyak pokok atas muka bumi ini yang bisa diselamatkan. Shame on you, Iman Publication. This is SO not cool!

Atas dasar ingin tahu apakah yang membuatkan Hiatus menjadi buah mulut orang ramai, buku ini saya capai. Antara kesilapan terbesar dalam hidup setakat tahun 2018.
Profile Image for NUR HIDAYAH ABDUL HAMID (aya_booskboutique).
89 reviews6 followers
December 2, 2017
HIATUS by Budak Tomato.

First novel Mato. Baca sebab curious nak tahu kenapa ramai sangat adik-adik minat dengan tulisan dia. 😉

Novel ni cerita pasal perjalanan hidup. Perjalanan hidup seorang Amir Talhah. Perjalanan dia mencari diri, bergelut antara keinginan diri dan keluarga, juga pergelutan dalam diri yang maha dahsyat.

Setiap orang punya masa silam. Dan setiap orang punya 'struggle' nya sendiri. Di hadapan orang lain mungkin kita terlihat yang paling gagah, yang paling baik dan sebagainya, tapi akhirnya kita sendiri tahu keburukan-keburukan diri kita. Dan kita sentiasa 'struggle' untuk berubah ke arah diri yang lebih baik.

Ya ini cerita perubahan. Dalam proses perubahan itu pelbagai orang yang datang singgah dalam hidup kita. Sesetengahnya akan menjadi orang yang menggalakkan perubahan kita, tetapi akan sentiasa ada juga orang yang berusaha menjatuhkan kita.

Another day. Sentiasa ada hari esok untuk hidup yang lebih baik. Ni yang penulis ulang-ulang sepanjang novel ni.

Boleh jadi kisah ini kisah benar dan boleh jadi tidak. Apa yang penting, kita semua jangan jadi penghukum.

Dari awal mato dah kata siapa yang literally cari hikmah dari novel ini mungkin takkan ketemu, tapi ia cerita kehidupan. Dan seringkali banyak kita akan belajar dari kehidupan orang lain. 😇

Saya ambil 4 jam untuk habiskan buku ni. Hehe.

Ok selamat membaca semua!
Profile Image for Iris Ymra.
212 reviews36 followers
February 16, 2019
Reading Haitus at the very beginning triggered the depression in me. I don't know why but suddenly I was lying on bed thinking.

What Talhah is facing is somewhat disturbing me, like knowing what he's feeling and not knowing it at all. It makes me thinking of how worse can someone's life be in the very right way. How bad is another day to be faced by someone like Talhah.

We can always wonder why? Why? And why? And how does everything even turn out to be like that.

But perhaps he was right, this is only half of the tale he wished to tell. And if you skipped part of the pages you might just perhaps get quarter of the whole story.

And I know there's still something left untold.
Profile Image for Aiza Idris (biblio_mom).
622 reviews211 followers
June 16, 2020
Long delayed book review.

its controversional and overrated. glad i borrowed it from the local library. It does not deserved my money. typical perfect malay character whose handsome, very tall, rich, living in a mansion, a honey to the bees, drive imported cars, a smart-ass in school and A HAFEEZ. what else are not as expected?

jap. nak tulis dalam bahasa melayu. tiba-tiba emosi pulak 🤣 nak kecam pun bijak la sikit kan. ok. aku tak lah kecam sepenuhnya. murah hati sangat dah tu bagi dua bintang dan melabur masa untuk habiskan pembacaan.

Rasa macam penulis ni khayalan dia tinggi sangat masa menulis. Yang aku baca ni versi bagai-tak-di-proofread. Bukan versi yang dah dibaik-pulih setelah mendapat kecaman ye?

Aku tak suka seluruh aspek buku ni. Nak cari moral dan nilai pengajaran pun kena godek dulu. Ianya bacaan mudah. Oklah untuk isi masa dan cuba-cuba baca buku penulis ni sebagai pengenalan kepada rentak dan tema penulisannya.

Gaya penulisannya membosankan dan fokus banyak pada dialog, tapi aku rasa tu salah satu kelebihan yang ada pada si penulis.

Secara keseluruhannya, buku sensetif ni rasanya tak sesuai diterbitkan oleh Iman, tapi Fixi. Sebab Iman ke arah keagamaan, motivasi dan nilai moral yang tinggi.
8 reviews1 follower
December 9, 2019
Dear Amir Talhah
aku tau org mcm kau wujud. kau tertekan dgn ayah ko (i think that is the biggest problem). kalau x, kau x kan jadi macam ni. tapi, kau ada pendengar yg setia especially akak kau. Tapi kau x nak luahkan kat dia dan aku teramat geram dgn kau sbb kau x luahkan dekat akak kau atau si chad.

Dan aku lagi stress sbb cite ni tergantung. memang sengaja kasi pembaca murung bila baca kisah kau.
Profile Image for Nurul Amirah.
109 reviews4 followers
March 20, 2018
Erm,actually aku faham ape yang penulis nak sampaikan tapi cerita cam tergantung sepi sikit.i got it some must be struggling to define ourselves but seriously the story really irritated me to the max.trying to insert the pieces of doctors life here and there but mehhh far from reality.btw,please tell me this story is not complete yet.please enlighten me a bit can ah?
Yes tak mudah bernafas dalam jiwa hamba.
Tapi be rational people.
So si talhah ni ade split personality or what?or schizophrenia?or any mental disorder?
Then what happen next?stress pulak aku. 😪
Profile Image for Arif Zulkifli.
Author 27 books184 followers
December 3, 2017
Bab-babnya yang pendek buatkan pembacaan aku jadi laju. Boleh habis dalam satu ke dua sitting saja. Cuma bila dah dekat akhir-akhir bab aku jadi keliru sikit.
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
December 8, 2020
[eBOOK 89]

Hiatus by Budak Tomato.
.

Okay, sebenarnya buku ni berhubungkait ngan buku Detour yang aku baca sebelum ni. Cuma kali ni, POV Talhah.
.

Dan jujurnya, aku nak cakap yang, nasib baik aku baca Detour dulu. Kalau aku baca Hiatus dulu, mungkin aku dah fed up untuk baca Detour. hahahah...
.

Oleh kerana, aku baca buku ni disebabkan aku nak mengenali Talhah ni, so, somehow, aku boleh je terima identiti dia yang macam budak liar tapi berselindung di sebalik nama Islam. Bak kata kawannya, dosa apa je yang Talhah tak buat, dari sekecil-kecil dosa sehingga kepada minum arak dan berzina. Tapi pada masa yang sama, orang yang tidak mengenalinya secara berdepan, akan menyanjunginya berdasarkan post agama di blognya. Sebab tu la, dia diundang sebagai penceramah bersama Raudhah tu. Dari situ la, hatinya yang mati mulai hidup.
.

Talhah ni budak kaya dan bijak. Memang dah macam tipikal hero drama. Cumanya, tekanan yang dia dapat daripada ayahnya, buatkan dia depressed. Dan peleganya ialah bila dia mengelar paha dan lengannya. Sehinggalah dia jumpa Raudhah, dia memang nak kahwin ngan Raudhah. Senyuman Raudhah je boleh buatkan dia terus hidup. Pada masa yang sama, dia masih tercari-cari Tuhan, padahal dia Hafiz kot. Setiap kali nak jadi imam, orang akan suruh dia yang jadi imam.
.

Aku rasa cerita ni okay je pada awalnya. Tetiba bila dah nak habis, aku jadi confused. Apa masalah yang dihadapi oleh Talhah sebenarnya? Dia ni depression je ke or even worst? Tetiba kisah zaman silamnya mula dikorek semula. Lepas tu, tetiba dia macam terkurung dalam kegelapan. Wehhhh, apa ni? Kenapa aku tak faham ni? Pastu, apa endingnya?
.

Arghhh..sedihnyaaaaa. aku rasa cam nak masuk dalam buku ni, nak suruh Raudhah kahwin ngan Talhah cepat. Bahagiakan Talhah. Aku rasa sedih baca penderitaan Talhah. Depression is real. Dia tak semudah untuk hilang dengan solat dan baca Quran je.
.

p/s: aku baca review kat GR, macam ada another version of Hiatus je, with some kind of happy ending kot.
Profile Image for Natasha.
2 reviews2 followers
October 26, 2017
Bagi aku buku Hiatus oleh Mato kali ini sangat dekat dengan every young adult yang sedang meniti pelbagai persoalan dalam kehidupan sekarang. Frankly, aku tak baca pun buku Mato sebelum ini, ESC dan World tu sebab aku tak terasa buku tu dekat dengan jiwa dan perasaan aku. So, jangan risau la kalau tak pernah baca buku Mato yang sebelum ini, hampa masih boleh follow cerita dalam buku ni.

Aku sendiri penuh dengan rasa memberontak, rasa tak puas hati dengan hidup sendiri, rasa kenapa itu dan kenapa ini. Kena pula dengan tajuk buku ni simple dan dapat terus ke otak aku.; Hiatus (a pause, a break, berhenti dan hilang sekejap).

Aku terus tanpa rasa fikir kedua kali, siap ambil order untuk pelajar-pelajar yang lain dekat Medan terutamanya. Alhamdulillah, selling fast sebab aku sertakan review dan sinopsis dan juga follow up setakat mana aku baca.

All in all, aku memang respek gila sebab buku ni transparan habis. Tak berbahasa basi. Tak ada cover-cover. Acah-acah Islamik da suci bak mailakat. Aku suka. Sebab realitinya kita semua stuggling. Even hang pernah sekolah agama ke dulu, pernah jadi naqib ke, pernah join usrah ke lead daurah ke pernah hafal Juz Amma ke semua juz ke apa ke semua.

At the end, we are just human beings, we have feelings to deal with.

And most of the time, we are forced to deal with what we feel.

Jarang aku bagi 5 bintang dekat buku. Sebab aku penuh dengan skeptikal, tapi buku ni, aku tak fikir dua kali pun untuk bagi 5 bintang.

Tahniah Mato. Tahniah Iman Publication.
Profile Image for Jamal Ali.
82 reviews5 followers
December 31, 2019
26/7: Baru halaman 62, tapi sudah rasa muak membaca novel sebegini. Novel yang seperti 'mengada-ngada'. Terasa pelik dengan plot pertemuan kali pertama Dr. Raudhah dengan Amir Talhah. Katanya Dr. Raudhah seorang ahli usrah, tapi boleh pula Amir Talhah tidur berbantalkan bahu Dr. Raudhah dalam kapal terbang, dan Dr. Raudhah buat dek pula. Rating awal, 2 bintang.

11/10: Maaflah, saya tak percaya kepada watak yang serba sempurna. Yup, penulis mahu menulis watak yang mengalami depression, tapi pembawaan watak dan cirinya sangat tak sesuai. Awal-awal lagi sudah terasa novel ini bukan novel yang 'seronok dibaca'. Novel watak sempurna mahu bawa mesej memang rasa sangat detach. Elemen seperti ini sudah menukarkan status novel macam ini seperti novel picisan dan cinta popular yang berlambak di luar sana. Yang membezakan adalah cara penulis menyampaikannya sahaja (langgam tulisan). Rating tengah-tengah, 1.41 bintang.

15/10: Maaf, tak suka novel ni. Hmmmm.
4 reviews
April 5, 2019
Atas sbb curiosity, baru teringin pinjam buku ni lepas dapat tau buku ni dah tak dapat dijual atas sbb suicidal factor. Dapat habiskan in one sitting sbb penulisan yg ringan and plot mendebarkan dekat setiap bab. Kudos to the writer. Watak amir talhah seolah satu watak jejaka pilihan ramai tapi diuji dgn bapanya dan mental healthnya.

Unfortunately, ending tergantung. And too bad for me yang expect ada mesej yg baik utk org yg mengalami depression, at least a positive ending will do the job, tapi jgn haraplah.

Minta maaf ckp, tpi bila baca buku gini macam baca buku terbitan fixi, yg serabut, tak ada ending dan tak ada bnyk pengajaran hidup sgt yg boleh diambil. Aku masih takleh brain kenapa imanpublication boleh terbitkan buku ni.

Aku cuma harap amir talhah jumpa jalan pulang, sembuh dengan penyakit mentalnya dan dapat berbaik dgn ayahnya. Moga mato terus kuat (eh tiber).
Profile Image for Kdjxh.
108 reviews4 followers
April 18, 2019
Mato, betul ke?

Buku ni buat hati aku tak senang.
My heart aches for Talhah. Aku takut.
Kalau boleh aku taknak bagi sesiapa pun buat dia stress.
Kalau boleh aku nak Raudhah cepat cepat terima dia.
Kalau boleh aku nak Tuan Ahmad tu stop being so hard on Talhah.

Aku tahu this is reality. Ada orang macam ni. Kita tengok dia okay tapi dia sebenarnya tak. Bukan senang nak berubah tapi kita boleh fake it till you make it.

Haih hati aku tak senang lagi ni. Sedih.
Tak, aku tak rasa pun buku ni mengajar untuk self harming. Kalau kau baca dalam mental yang sihat insyaAllah kau nampak apa yang Mato nak sampaikan.

Aku sedih buku ni kena stop jualannya.
Profile Image for Izz.
420 reviews8 followers
December 1, 2019
3.7 ⭐ jer, roundup 4 ⭐.

Layak untuk dapat 5⭐ bagi the whole plot of this story. Sebab cerita memang menarik. Lain dari yang lain. Watak Amir Talhah sangat pelik. Tapi.......... tolak 1⭐ sebab banyak unexplained story.... apa jadi akhirnya? Talhah di jail ka? What about Raudhah? Apa cita Qiden tu plak? So Chad dengan Tasnim ke? Nia apa cita plak? Urgh! Semua dibiarkan tergantung. Nak pembaca buat ending seniri ka apa ni?? Then, tolak lagi 0.3⭐ sebab gaya penyampaian cerita tu kadang² buat sis pening, apa yang penulis nak sampaikan dalam scene ni? Pastu, rasa macam certain scene tu tak da apa² kesinambungan pun, tak perlu letak pun takpe kot. Ayat "Another day" disetiap akhir bab sangat annoying!

Amir Talhah, watak hero yang "sakit". Penulis describe Talhah ni as almost perfect guy..... hansem, kacukan, tinggi, anak orang kaya, study medic (doctor to be okay), pandai (dean list, never missed!), hafal Al Quran (wow factor!)...tapi....... Talhah mencari² agama, party, disco, arak, perempuan, zina (tukar² partner lagi), bulimic person (sian betul, hilang nikmat makan tau), dengar ceramah pasal Kristian, pakai rantai salib dan yang paling kesian, suka cederakan diri sendiri, dan pernah attempt suicide. Kesian lar kat engkau Talhah, Allah bagi kau macam² but yet you still searching. Watak Talhah ni sangat complicated. Nak bagi review pun rasa complicated sangat. Entah lar. Tapi memang tak puas hati dengan ending tergantung ni, baik tak payah buat cerita ni!
Profile Image for Cik Nadiah.
74 reviews1 follower
December 28, 2017
Buku Hiatus ni mcm dadah. Serius! Aku tak tipu. Aku asalnya nak buat kerja lain. Tapi bila terpandangkan buku Hiatus yg aku baru beli beberapa hari lepas, terus tergendala semua kerja yg aku nak buat. And aku terus hanyut dalam helaian demi helaian buku ni. Aku harap Mato buat sambungan dia lagi. Terima kasih utk karya ini.
2 reviews
March 10, 2018
Menyelak ke muka surat seterusnya terasa debaran di dada aku. Biarpun ini bukanlah realiti aku, tapi aku yakin akan kewujudan 'Amir Talhah' dalam kehidupan ini. Adanya ia akan tetapi tiadalah yang mengetahui. Berat dan sesak nafas aku untuk aku meneruskan pembacaan. Sangat perit kebenaran ini untuk aku telan jika benarlah 'Amir Talhah' ini wujud di sekeliling aku tanpa aku dapat berbuat apa-apa.

Cerita yang santai dan bahasa yang ringkas. Sangat berbaloi untuk dibaca. Dan tahniah kepada penulis. Moga-moga ada sambungannya.
338 reviews15 followers
May 10, 2018
Talhah bergelap dalam terang. Talhah pelajar cemerlang dan hafiz tetapi hilang arah dalam sinar hidayah. Talhah yang cuba berpaut pada bakal isteri untuk mencari jati diri. Kisah Talhah dan isu psikologi menghiasi buku Hiatus. Genre ini bukan kegemaran saya. Percubaan pertama membaca genre misteri psikologi.
Profile Image for Nadiah Razali.
136 reviews56 followers
October 4, 2020
Another day...

Depresi, jiwa kacau, mental tak stabil

Yang terpendam tak terluah

Yang dikejar tak tercapai

Bila kau letakkan pengharapan pada makhluk, kau akan kecewa

Bacaan berat, membaca buku ni membuatkan hati ku terasa berat. Talhah, seorang watak yang mempunyai semua, tapi dia berperang dengan jiwa.

Ntahlah, another day 🥴
Profile Image for Kdjxh.
108 reviews4 followers
January 19, 2020
I'm glad there's ending for Talhah ini this edition. A better one.
2 reviews
April 10, 2019
Buku ni buat aku sedar betapa rapuhnya manusia.

Setinggi mana pun ilmu kau, kalau kau tak menghayati atau cuba untuk memahami Islam yang sebenar, maka bagi aku, menjadi punca kenapa kau terus dirundung masalah dan tidak tenang. Because I believe, Islam has the solution to all the problems you face

Yes, everyone has those little devils lingering in their hearts, everyone has the phases where they lose hope, everyone has their own difficulties and obstacles in life, but what differentiate them is how they solve and overcome it
Profile Image for Erin95.
150 reviews5 followers
November 4, 2022
I read this for the 2nd time, at a different age. And I understand it even deeper.

Amir Talhah/Ta'ah seorang lelaki yang orang luar lihat normal, seorang pelajar perubatan, sering dijemput untuk bagi motivasi pada pelajar² yang lain, memiliki keluarga yang bahagia, oh ya sebelum aku lupa Talhah juga seorang Hafiz (penghafal Al-Quran), ya zahirnya semuanya ok-ok sahaja dalam hidup Talhah. Kalau orang tak kenal, orang akan cakap Talhah ni perfect lah senang cerita.

Baca buku ni serius rasa macam baca diari, sebab it's real, nampak kejujuran penulis dalam menulis. Sampai aku tak reti nak review, sebab takut melukakan hati sesiapa kalau aku ada tersilap cakap. Macam penulis ada tulis di excerpt "Ini mungkin, fiksyen kamu. Tapi bukan, pada aku."

Belakang dari semua zahir yang orang luar lihat pasal diri Talhah, tersimpan satu kisah seorang lelaki yang merokok, minum arak, seks bebas, bertukar-tukar wanita, pergi ke kelab malam, and lelaki tu jugak suka melukakan diri dia sendiri dengan pisau akibat dari tekanan yang tak terzahir dengan mata kasar. Orang nampak dia ok, orang tak tahu banyak sakit/trauma/derita yang dia simpan. Orang tak tau macam mana sakitnya bila "suara-suara" tu datang menganggu, dan memaksa dia untuk melukakan dirinya sendiri. Kenapa stress lukakan diri? Aku tak ada jawapan, sebab orang takkan faham selagi dia tak rasa derita tu sendiri, tapi Talhah ada tulis di muka surat 251:

"Sumpah, for that instance, rasa puas. Rasa macam, akhirnya dah overcome, bila physical pain lebih sakit daripada emotional pain."

Talhah ada kawan² yang setia dengan dia, tapi hakikatnya hati dia sunyi. Sampai lah dia bertemu Raudhatul Hifza atau Dr Raudhah. Jatuh cinta buat dia rasa dunia dia kembali indah, kembali bercahaya. Tapi things takkan jadi indah je semua, takkan jadi smooth macam yang kita nak, sebab ni dunia, tempat kita diuji untuk menentukan bagaimana akhir kita nanti.

Aku pilih buku yang tepat untuk dibaca, sebab ia bersesuaian dengan emosi aku sekarang yang penat. Ada beberapa dialog dalam buku ni yang buat aku rasa macam fuh! Wow! Manusia suka judge kan, sedangkan pengakhiran kita, kita tak tau macam mana.

Antaranya scene Talhah dalam masjid lepas solat Subuh, datang seorang lelaki dekat Talhah dengan ayat si alim yang merasa sudah terlalu baik sampai rasa dia layak untuk hina dan hukum orang lain:

"Waktu kau berzina, rosakkan perempuan lain, buat macam-macam dosa, ada kau ingat Tuhan? Baru ingat masjid?"

Dan Talhah jawab: "Jawab pada Tuhan kau dekat akhirat nanti, kau punca manusia murtad."

Lepas tu scene dalam lokap
"Istighfar, Allah tu Maha Mendengar. Kadang-kadang, asbab kita dianiaya adalah kerana kita menganiaya. Tapi ada pula masa, kerana itu akan buat kita lebih dekat dengan Allah."

Berita yang Dr Safiyyah terima at the end of this book, buat aku pun terkejut sama. Haih. Benda ni orang takkan faham selagi dia tak rasa dan lalui, kita boleh kesiankan mereka, tapi hakikat dia, sakit tu mereka je faham rasa dia. Jangan judge, bila tengok orang lain buat dosa, tapi doakan dia, boleh jadi pengakhiran dia lebih baik dari kita. Kerana hakikatnya kita semua pendosa
Profile Image for Gadis.
179 reviews3 followers
January 10, 2023
🍅Hiatus, buat aku tongkat kepala yang memberat dengan pertanyaan dan diskusi dengan diri. Apalah yang mahu aku gali sebenarnya?Suka ayat 'untuk yang mencari literal dalam jurnal peribadi aku, kau akan gagal mencari moral'. Betul, apalah mahu disibukkan dengan cerita benar ditambah fiksyen hingga berteka-teki mana benar dan palsu, baik fokus cari moralnya untuk diaplikasikan.

🍅Amir Talhah bin Ahmad,atau benar ada nama lain dari diri itu?Tipikal hero Melayu. Hensem,kaya,bijak dan punyai ilmu agama yang cukup. Bonusnya, seorang huffaz dan penceramah.Namun ada sisi liar dan rahsia gelapnya menjadikan buku ini seakan diari hidup yang perlu dirahsiakan.🤫 Namun,cinta yang menumbuh pada Raudhatul Hifza bolak-balikkannya cari makna hidup dan mahu hidup 'kembali'. Momen manis mereka tak bergula sangat, ajar kita pagari diri dari berlebihan, sederhana tapi berjaya buat aku kembang setaman🙈🌹

🍅Talhah, narator menyuarakan isi terdalam yang merahsiakan makna di blurb buku. Bukan sekadar untuk faham malah rasa apa itu sakit Depresi! Bagaimana dia penghafal al-Quran ragui agama?Bagaimana dia bertopeng dibuka tutup? Apa berlegar dibenaknya?Bagaimana dia kawal rasa nak hidup tapi nak mati? Nak mati tapi takut. Bagaimana dia nangis di ruang berkunci?Apa situasi dia memberontak sendiri atau pada orang?Persoalan yang dia tertanya, apa yang aku nak dalam dalam dunia ini?

🍅Talhah meresapi aku dengan gaya penulisan hidup, ringkas yang tertuju tiada belok². Berat pada rasa dalaman, aura hitam temani sepanjang baca. Pedih torehan pisau tak setanding pedih tali menjerut suara di kepala.Sakit yang aku turut mengira 'another day' bersama Talhah untuk survive. Air mata aku berintik,tiap kali Talhah nangis dan saat² dia bersama kakaknya. Sayu pertanyaan, "Kak Yah sayang Ta'ah tak? Meleleh😭 Fahamlah support system itu perlu!

🍅Macam mana ni?😅Buku buat aku gila mahukan buku penyambung.Apa sisi pandang Raudhatul pada Talhah? Dia orang bersama tak? Maklumat Talhah dihujung buat aku sasau. Apa cerita Talhah vs Chad? Cerita ini soal depresi saja atau bercabang yang tersembunyi?
Profile Image for bunga.
26 reviews2 followers
September 6, 2020
Okay again novel by Mato. Okay dia famous, mcm Teme. Anonymous.
Ringkasnya, buku ni mengisahkan tentang kehidupan Amir Talhah, seorang student medic yg hidup macam tak nak hidup. Ada segalanya, kekayaan, pandai segala segi, muka hensem, tpi rasa kosong. Rasa nak mati. Depress. Rasa macam apa guna hidup?
Ni Hiatus edisi kemaskini, dulu aku tau buku edisi before kemaskini ada jadi some issue. Issue berat gak la. Related dgn mental health. Some of the contents can triggered reader yg ada mental health. Sebab dulu aku mcm samar2 lagi tntng mental health ni so aku xfaham, aku cam rasa benda ni pun kecoh? Tapi Alhamdulillah dah ada ilmu & kesedaran dlm diri aku. ♥

Bila baca buku ni, aku tahu semua cerita dia, story line, dri buku esc, healer lgi & including this, semua berkenaan diri writer. Aku prasangka je la watak utama tu dia. Haha. Andaikata betul, aku salute dia. Betul2 tabah, kuat & kalau aku sendiri tak mampu di tempat dia. To handle the illness yang people nowadays paling kurang awareness psalnya. Seriosly rasa nak hug & cakap stay strong. Tu je aku mampu as a reader.

Kalau korang dah baca buku dia, korang akn nmpak persamaan dri segala story line dia. Dri buku healer, esc and hiatus ni, dia nak luah something yg dia tak boleh luah in real life. Bak kata mato, penulis itu cuma ada tulisannya, dan tulisan itulah kekuatannya. Namun pembaca itu tulang belakangnya.

And kepada insan yg aku anggap aku lah org paling layak nasihati dia tentang mental illness yg dia hadapi. Kini aku faham. Aku lah paling tak layak 😔 aku sebenarnya tak faham pun apa yg kau lalui kawan. Tapi apa yg penting & aku pasti, aku betul2 sayang kau, kawan. terima kasih sebab kaulah org yg ajar aku tentang ini. Ilmu yg aku takkan lupakan.
Profile Image for Muhammad Aiman.
1 review
September 19, 2019
1. Penyusunan buku ini sangat menarik, aku tak bosan pon baca fiksyen nie, aku suka karya yang baut aku nak teka what will happen (aku spend around 2-3 jam untuk habiskan buku nie) Penceritaan dalam buku ini sesuai untuk remaja. Bila kau baca buku nie kau rasa macam kau berbual dengan Talhah. (main character)
2. Buku nie mengisahkan Talhah bergelut dengan kemahuan diri sendiri atau keluarga yang perlu di turuti. Talhah yang mempunyai masa silam yang sangat dahsyat. Fiksyen nie sangat dekat dengan anak muda, pelajar kolej or universiti.
3. Aku baca buku nie dalam keadaan air mata jatuh tanpa sedar, sebab ada part yang sangat sama dengan kisah hidup aku. Macam mana Talhah handle depress dia, dan dia menjadi umat islam yang mencari erti kebahagiaan. How he meet Raudhatul Hifza, Talha selama nie kaki perempuan (tukar2 pasangan) terus jatuh cinta dengan cinta pandang pertama.
4. Ada part kelakar then tiba-tiba sedih datang balik, haha. Aku suka buku macam nie dan aku tak dapat expect apa yang akan terjadi. Sometime kau akan berhenti kejap untuk baca sebab kau akan terfikir apa yang kau baca tu sama dengan kehidupan kau.
I really enjoyed the book so much, I feel that aku mungkin takkan akan berubah if aku tak baca kisah Talhah nie. Aku nak suggest kan buku nie kat orang yang sedang mencari kebahagiaan dunia & akhirat.
So kalau markah full dia 10, aku bagi fullmark. Sebab buku nie berjaya buat aku berubah.
Sekian, reviu dari saya.
Profile Image for Amy.
16 reviews1 follower
July 14, 2025
Hiatus by budak tomato

Pengalaman pertama baca buku mato. Buku with short chapters, bab bab paling pendek saya pernah baca. Ada satu bab tu satu page je and started half dari page tu not the whole page. It's fine. Cara penulisan tersendiri.
Kalau penulis nak buat saya sebagai pembaca ni keliru, i think dia berjaya lah. I am.

Confused

Lost

Amir Talhah, pelajar perubatan. Keliru, mencari-cari sesuatu yang dia sendiri tak tau apa. And yes i am with him. Tercari-cari apa yang ada dalam buku ni. Berjumpa dengan seorang doctor perempuan, penulis terkenal, penceramah agama, Dr Raudhatul Hifza, berjaya membuatkan Talhah jatuh hati. Kisah mereka tergantung. Mungkin ada jawapan dekat buku Detour agaknya.

Penulisan yang kadang kadang rasa macam tengah bercakap dengan Amir Talhah, in a good way but also in a cringe way. Especially bila diselitkan gurau senda yang agak cringe la bagi saya. Bila tengah baca part yang serious, lepas tu muncul ayat seperti "aku mmg selalu puji diri sendiri". Perasan nya aku.

Watak dan perwatakan yang agak lemah bagi saya. Tak cukup kuat untuk saya betul betul faham personaliti watak masing masing.

Ini apa yang saya rasa bila baca buku ni. Saya tak pasti ini buku rekaan atau mmg kisah Mato ke macam mana. Itu sahaja.
Profile Image for Elurine.
85 reviews2 followers
July 3, 2024
Saya yang dulu di zaman sekolah mungkin akan suka cerita ni tapi utk zaman yg dah habis belajar ni saya kurang gemar dengan cerita yg macam ni dan saya sendiri tak tahu kenapa saya baca buku ni 🤣. Setiap bab yg sangat singkat jalan ceritanya ibarat penulis tergesa gesa atau diari penulis? Mungkin cerita akan jadi lebih cantik kalau setiap bab itu dipanjangkan atau dikembangkan jalan ceritanya.

Tapi saya tak salahkan penulis sbb di awal lagi penulis dah katakan yg ini cerita dia dan mungkin penulis menulis utk kepuasan diri sendiri. Apa yg saya nampak dlm keseluruhan cerita ini, penulis ingin menyampaikan kesedaran masalah mental yg terjadi di kalangan kita walaupun penyampaiannya tak begitu mendalam tapi itu yg saya sebagai pembaca nampak.

Walaupun penulisan yg agak no point sbb byk watak lain yg menyelit seolah olah tidak membantu watak utama (lalang), tetapi saya tetap mengharapkan buku baru dari penulis yg mungkin penulisannya lebih murni dan penyampaian yg jelas.
2 reviews
May 1, 2022
I finished this book real quick. 'HIATUS'. Tajuk dia menarik. Content mendebarkan. Cuma penulisan ni agak melampau dan perlu ditapis. Sometimes we cannot brain why religious people, yang aktif dalam dunia dakwah dan tarbiyah, pergi bagi talk, ceramah dan motivasi, tapi dia sendiri kecundang dengan apa yang dia dakwahkan. Betullah Allah menguji apa yg kita bicarakan. Actually Amir Talhah ni dah bahagia dah. Cuma dia sendiri yang mencipta sengsara. Dia ada kawan² yg soleh, faham setiap ayat Quran siap hafal lagi, hidup dalam komuniti biah solehah etc. So sad when he chose to live in that way. Anyway good job author 👍🏻

Penambahbaikan :
1. Ending jangan bagi tergantung
2. Selitkan pengajaran dan hikmah
3. Jangan normalise kemungkaran atas alasan spread awareness
Displaying 1 - 30 of 77 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.