Jump to ratings and reviews
Rate this book

Ghostpital

Rate this book
30 kali kau tinjau kanan dan kiri
30 kali kau baca pelindung diri
30 kali kau tipu diri “aku berani”

30 kisah ini akan menyingkap indera yang kau tak pernah jelajahi, dan selami seram yang kau tak pernah kecapi.

324 pages, Paperback

Published January 1, 2017

13 people are currently reading
155 people want to read

About the author

Kamarul Ariffin

15 books22 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
36 (47%)
4 stars
29 (38%)
3 stars
11 (14%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 17 of 17 reviews
Profile Image for Hanisah Hassan.
70 reviews1 follower
July 13, 2022
I am not really a fan of Malay horror book. But this one not as per my expectation. Love every story in it. Satu lagi malay author yang genre horror/mystery yang i suka is 'Dammerung'..so far dia belum published any book but you can read it in forum Cari. Semua cerita dia memang terbaik. I wish he can compiled all his stories in a book. Sangat2 berharap.
Profile Image for Rainy Rose.
300 reviews32 followers
December 13, 2021
Selain daripada kisah-kisah travelog, kisah-kisah seram juga menjadi kegemaran aku untuk bacaan santai, jadi aku beli buku ini. Dah lama sangat aku tunggu nak beli buku ni baru kali ni ada kesempatan beli, dan ia tidak mengecewakan!

Ghostpital ialah gabungan banyak kisah-kisah seram yang terjadi di hospital beserta dengan pengalaman-pengalaman seram yang dialami sendiri oleh staf-staf yang bekerja di hospital. Ada cerita yang bagi aku biasa-biasa sahaja, dan ada yang sangat seram sampai terbayang. Bak kata ayah aku, hospital ni adalah tempat berkumpulnya penyakit serta makhluk yang kita nampak dan yang kita tak nampak. Jadi, benda-benda mistik ni mungkin kejadian normal di hospital. Adik aku sendiri yang merupakan kakitangan sebuah hospital pun ada mempunyai pengalaman seramnya sendiri yang dia balik cerita kat rumah hehe. Bagi aku, hospital adalah salah sebuah tempat yang tidak boleh lari daripada kisah-kisah angker yang berlaku.

Buku ni seronok dibaca di waktu siang. Kalau baca malam takut terbayang-bayanglah pula hehe. Bacaan yang agak santai bagi aku.
Profile Image for Radzi Anua.
8 reviews
December 23, 2017
Without elaborative synopsis accompanying the back cover, I was half-hoping for the book to document the recount of actual spooky events in the author's career (I don't think this is too much to expect, especially from an author who carries his Dr. title all around like this). I am half-disappointed as this wasn't the case. But the book isn't too bad; if anything I am half-impressed at how it managed to command my attention throughout the read. The stories, albeit fictional, are forged around real-world contexts and emotions, conducts and reactions. Except for a few out-there moments, the rest of the book feels sincere enough to belong in our imperfect world. Perhaps some spoilers can help to better manage the readers' expectations?
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Kern.
41 reviews5 followers
June 30, 2021
Banyak perkara yang aku suka tentang buku ini, bermula dari judulnya, kulit muka depan dan segala yang tersurat mahupun tersirat di dalamnya.

Pertama, judulnya gHOStPITAL sangat unik, perkataan ghost bersembunyi di sebalik perkataan hospital seperti mana entiti tersebut yang wujud di bangunan hospital. Wujud, tapi tidak nampak.

Kedua, kulit muka depan dan keseluruhan buku ini mengingatkan aku tentang siri televisyen Kingdom Hospital yang pernah menjadi rancangan kegemaran walaupun aku bukan peminat genre seram.

Ketiga, isi kandungan buku ini disusun mengikut jabatan-jabatan yang terdapat di sesebuah hospital seperti unit psikiatrik, unit patologi dan unit fisioterapi. Bahkan disertakan juga lif perkhidmatan dan tempat parking kerana setiap penjuru hospital pasti menyimpan kisah yang tersendiri.

Keempat, aku rasa ada kisah yang direka oleh penulis atau sekurang-kurangnya bukan pengalaman sendiri tetapi pengalaman orang lain yang diceritakan kepada beliau. Namun yang pasti, Dr. Kamarul sangat kreatif dalam menggarap pengalaman menjadi cerita yang meremangkan roma.

Kelima, penulis dengan bijak memberi peringatan kepada pembaca tentang bahaya merokok, sikap keluarga pesakit yang suka membuat onar terhadap petugas kesihatan selain menyampaikan maklumat tentang tugas dan rutin seorang petugas di hospital.

Diingatkan semula ini kisah seram dan aku yang penakut ini memang mengelak untuk baca pada waktu malam walaupun tidak sabar untuk mengetahui kisah yang lain. Namun aku lebih suka mengambil ilmu yang disampaikan penulis di sebalik entiti seram yang diceritakan. Aku agak kagum juga dengan tiub pneumatik yang digunakan untuk menghantar sampel ke makmal melalui kapsul khas.

Buku ini penuh dengan ilmu di sebalik kisah seram yang disampaikan. Kisah yang paling meremangkan aku adalah cerita tentang Melati. Suara memanggil di cermin tingkap dalam apa versi sekalipun tetap seram dan membuat aku tidak berani memandang tingkap yang tidak berlangsir.

🌟🌟🌟🌟🌟
Profile Image for Wan SC.
26 reviews
December 25, 2017
Pertama kali aku tengok kulit buku ini, aku terus tertarik nak dapatkannya. Simple tetapi memukau. Memang betul orang kata, kulit memainkan peranan dalam mempromosikan sesebuah buku. Apatah lagi apabila tajuknya dicampur-adukkan antara perkataan Ghost dan Hospital membuatkan aku semakin teruja nak membaca isi dalam nya.

Terdapat 46 buah cerita seram pendek di dalam buku ini yang rata-ratanya bercerita tentang sisi ngeri dalam kehidupan seorang manusia bergelar doktor. Bagaimana dia bergelumang dengan entity-entiti tidak berjasad yang sememangnya berlegar liar di sekitar kawasan bertembok yang dipanggil ‘Hospital’.

Gaya penulisan tidaklah terlalu berat untuk difahami. Penggunaan kosakata medikal yang cukup banyak tetapi aku yakin pembaca tidak akan tersesat dan akan mudah memahami setiap maksud terma-terma yang digunapakai.

Sekali-sekala penulis juga selitkan humor-humor yang ringan supaya pembaca tidak terus hanyut dengan rasa seram dan meremang.

Antara kisah yang berjaya menarik minat aku adalah:

1. Sistem Tiub Pneumatik
2. Unit Rawatan Kebakaran
3. Wad Psikiatri
4. Jabatan Forensik
5. Parkir Kereta

Kisah yang paling aku suka, Jabatan Forensik, di mana doktor itu perlu melakukan tugasnya di jabatan itu. Sendiri. Bertemankan sebuah kamera dan sekujur tubuh kaku yang tidak bernyawa. Kemudian bilik menjadi gelap. Kamera tiba-tiba terbidik dengan sendirinya lalu menghasilkan cahaya flash. Berselang seli, cerah, kelam, cerah, kelam. Setiap selang-seli itu, tubuh tidah bernyawa entah macam mana dapat dilihat sedang berdiri dan makin mendekat. Damn! Kisah ni betul-betul buat aku meremang.

Kesimpulannya, aku puas hati dengan naskhah ini. 5.0/5.0 aku bagi. Berbaloi dan tak rugi kau dapatkan.
Profile Image for Erin95.
150 reviews5 followers
October 8, 2023
3.5/5 ⭐

Buku ni memuatkan 48 kisah pendek tentang pengalaman seram Dr dan para petugas perubatan di hospital, klinik kesihatan, mengendali mayat untuk dibedah siasat, kena tugasan hakiki seorang Dr yang memerlukan mereka bertugas sampai 33 jam non-stop, rompakan hitam (samun guna ilmu hitam), dll. Ada yang seram, ada diselang-seli dengan ilmu, ada yang biasa² je. Cuma aku still avoid baca malam² jugakla. Mungkin kalau baca buku ni dekat dalam hospital, meremang gakla.

Sedih part ada HO mati bawah katil, ada yang mengatakan sebab stress jadual kerja Dr yang menuntun mereka untuk bekerja di hospital sampai 33 jam. Tapi tetap paling fav pengalaman penulis dekat wad psikiatri.
Buku ni ada la vibes seram tu, cuma gaya penceritaan penulis buatkan dia jadi, lawak² seram gitu. Cover dia A, merinding.
Cuma aku sedikit terganggu dengan penggunaan beberapa perkataan yang tertinggal, jadi tak sampai sangat ayat tu, kat certain part.

Ilmu baru:

Jika pesakit disahkan meninggal oleh pasukan paramedik di luar hospital, sama ada kemalangan mahupun mati sakit di rumah, urusan seterusnya terletak bawah bidang kuasa pihak polis.
Dalam kes seperti ini, segala bahan bukti tidak boleh di bawa keluar daripada tempat kejadian tanpa kebenaran pihak polis, termasuk mayat. Setelah polis selesai prosedur mereka, mayat akan dibawa ke hospital menggunakan kenderaan polis jika bedah siasat perlu dilakukan.
Ambulans tidak digunakan untuk membawa mayat ke hospital. Ia hanya akan membawa pesakit hidup, melainkan pesakit mati di dalam ambulans ketika dalam perjalanan ke hospital.

Jangan baca malam, jangan baca kat hospital. ‼️
12 reviews
March 17, 2020
Saya suka membaca buku ini kerana kebanyakan ceritanya - sebagai seorang pegawai di hospital - saya dapat relate dengan cerita ini.

Bahasanya agak simple dan campur aduk dengab bahasa Inggeris - sesuai untuk pembacaan yang santai.

Ada cerita yang menarik dan ada sesetengah cerita bagaikan tidak masuk akal. hahah tapi buku ni seronok untuk dibaca untuk hiburan!


Mungkin, selepas ini boleh ada buku susulan dan dipenuhi cerita sebenar ataupun rumor di hospital (kerana cerita2 di hospital sangat pelbagai dan menyeronokkan!) apa lagi jikalau dapat sebut hospital mana haha supaya kami dapat berbincang sesama rakan kerja di hospital berkenaan tentang kesahihan cerita itu.

Keep it up ! ;)
Profile Image for intan zalila.
8 reviews
July 14, 2020
Kisah-kisah dalam buku ni ada yang menyeramkan ada yang kurang menyeramkan. Ada kisah yang buat kau meremang ada kisah yang agak klise tp overall memang terbaik. Bukan kisah seram sahaja yang ada tetapi banyak ilmu-ilmu perubatan yang boleh kita pelajari. Sekali dah start baca memang susah nak lepaskan.

Nak paling ngam baca lah waktu malam jam 12 ke atas baru feel seram tu datang 😋

Profile Image for Ezan Ezany.
57 reviews
September 18, 2021
48 buah cerpen hantu yang menarik! Penulisan yang santai dan tidak berat. Seram tapi masih boleh tersenyum baca sebab gaya penulisan mencuit hati. Cerita kali ini seram tapi pada saya Ghospital 2 lebih seram dan lagi seronok dibaca. Still, this book is enjoyable & worth to buy utk sesiapa yg minat genre horror 👻
15 reviews
September 17, 2021
Love the book cover. Jalan cerita mudah dihayati. Feeling seram memang datang especially when reading late at night. N ada few stories in there that really buat meremang bulu roma & had to take a break before continuing.
Profile Image for Yana.
28 reviews2 followers
March 19, 2020
Buku ni kebanyakan pendek-pendek je setiap bab tu, tapi seram dia boleh tahan meremang jugak bulu roma.. 😂
75 reviews
November 4, 2022
Ikutkan 3x dah baca. Mula mula baca di fb doc. Banyak kisah seram yang dikongsi bersama dengan geng puaka bersekutu. Nak cari buku kedua pula
2 reviews
February 19, 2023
Hardly got scared over reading a book but this one had me ..regret reading it (in a good way 🤣)
Profile Image for Zuzu Zain.
151 reviews
June 25, 2024
Seram gila ! Tak berani nak baca waktu malam. Puas hati membeli dan membacanya.
Displaying 1 - 17 of 17 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.