Dhaniah May Kamarul, seorang gadis yang sederhana, telah memasuki sebuah akademi untuk mengubah sikap-sikap negatifnya selama ini. Di akademi ini dia telah mengalami berbagai peristiwa.
Dhaniah mula mengenali erti cinta. Dia jatuh cinta pada ketua pasukannya sendiri iaitu Zarul. Cintanya terbalas tapi dia masih punya masalah. Seorang gadis lain juga menyintai Zarul. Di akademi ini juga Dhaniah belajar segala perkara yang tidak pernah dilakukannya sebelum ini. Dia diajar melakukan segala-galanya sendiri. Dia dikehendaki berdikari. Dan dia cuba melakukannya. Dhaniah punya semangat yang kuat hingga dia dilantik sebagai penolong pasukannya, pasukan Wolf.
Dhaniah berkawan dengan tiga orang gadis yang tinggal sebilik dengannya. Mereka berempat mempunyai sifat dan sikap yang berbeza. Tapi mereka berjaya menyesuaikan diri. Di sinilah mereka semua mengenali erti hidup. Mereka menjadi manusia yang matang. Walaupun Dhaniah menghadapi banyak dugaan dan cabaran, tapi dia tetap tabah. Inilah yang telah membawa kejayaan padanya. Dan kejayaan kepada semua rakan-rakannya.
Jatuh cinta dgn novel ni. Tak prnah jemu wlpun ulang baca byk kali mase sek rendah dulu. Skrang msh mencari kalau ada sesiapa yang ingin jual sy sanggup beli. Rindu nak baca balik. Novel yang mengimbau zaman kanak/remaja. Terbaikkk!!