Saya Hajar. Nama penuh, Siti Hajar binti Shamsuddin. Saya seorang janda. Gelaran ‘J’ saya pikul setelah lelaki yang menerima nikah saya, pergi selamanya. Dia pergi ketika usia perkahwinan kami belum cukup satu bulan.
Oh, ada satu rahsia penting. Saya janda anak satu. Sebenarnya, janda dengan seorang anak tiri. Namanya Aliff. Aliff anak tunggal arwah Abang Fadhil, amanah yang mesti saya jaga sebaiknya.
Jadi emak segera ni rupa-rupanya agak payah. Apatah lagi ketika Aliff sedang membesar dengan segala macam ragam. Tetapi ragam yang ditimbulkan oleh bekas adik ipar saya lebih dahsyat. Din namanya. Din itu serupa King Kong jahat yang asyik mengacau hidup saya dan Aliff.
“Saya nak Aliff.” - Din
“Tak boleh. Aliff selesa dengan saya.” - Hajar
“Saya ayah saudara dia.” - Din
“Saya bonda dia.” - Hajar
“Bonda? Pembetulan. Awak cuma bekas emak tiri Aliff. Dan hubungan awak dengan Aliff putus apabila arwah Abang Fadhil meninggal.” - Din
Minta maaflah Din, sebab saya takkan mengalah. Aliff saya jaga. Din sila jaga diri sendiri.
Tetapi, apa jadi kalau Din ajak Hajar praktikkan konsep ganti tikar? Din kata demi Aliff.
“Din, kalau pun awak dah kahwin, saya takkan lepaskan Aliff. Kalau pun awak nak bawa kes ni ke mahkamah, saya pun takkan lepaskan Aliff.” - Hajar
"Semua tu dah tak perlu, Hajar. Saya nak kahwin dengan awak." - Din
Menerima cadangan Din bermaksud Hajar jatuh ke dalam gaung. Kalau menolak pun Hajar jatuh gaung juga. Gaung bukan sebarang gaung. Di dalamnya ada rahsia hitam Hajar dan ada manusia-manusia yang menunggu masa untuk melihat Hajar tersungkur. Kalau sudah begini, pilihan apa lagi yang tertinggal? Apa yang Hajar tahu, dia tak sanggup kehilangan Aliff.
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM15. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)
Can I just say that this may be one of the best books I have read this year?
Tapi this book perlu datang dengan amaran "Bacalah tika anda sedang berlapang hati kerana:
1. Mulut Din yang sangat puaka. Sepatutnya kena sepak terajang watak Din di awal cerita. Sampaikan N rasa macam nak soh Hajar lari far, far away from him. Tapi Din ni pulak asyik melekat jer.
2. Ada watak Najah yang psycho. Seriously woman, you deserved to die in the most horrendous way.
3. Once you start, it's almost impossible to stop. Percayalah, ia sampai tahap N cepat-cepat balik rumah from work sebab nak sambung baca sampai habis. My mistake was starting my reading hari Ahad pagi, when I know I have other plans later. Kalau boleh memang tak mahu berganjak langsung.
Kerinduan ~ Merindu pada siapa atau apa? Kalau ikut cerita mmg best..tapi kalau ikut watak..memang rasa nak belasah orang je.
Aizudin (Din) 1. Lelaki yg dah berumur juga. Sahabat yg boleh di buat tempat bergantung masalah. Pendengar yang baik. 2. Masalah dia hanya bersama Hajar. Cepat sangat dia buat andaian dan menjatuhkan hukum. Except for one incident involving Najah. 3. Cakap tak serupa bikin. Boleh tunaikan janji dia pada Dahlia tapi tak boleh tunaikan janji pada akad yg dipegang. Maksud saya bukan sahaja perjanjian dia dgn Allah tapi juga dgn Aliff dan Hajar. Dia abaikan mereka most of the time dan anggap segala2nya remeh. 4. Din ingin Hajar memahami hubungan persahabatan antara dia dan Dahlia tapi dia tak boleh buat perkara yang sama pada Hajar dan Dani. In fact, Hajar masih jaga batasan 100% even to the extent of not going out with Dani at all cost melainkan ada keperluan which can be counted whereas Din, always at Dahlia's beck and call, at the snap of her fingers, kelam kabut pergi hulur bantuan hingga sanggup batalkan janji bersama keluarga. Alasannya, Dahlia sedang bermasalah. Dahlia hanya kawan.
Pendapat saya : 1. Dalam kita menghulur bantuan pada lain jantina, kekadang hubungan rumahtangga sendiri jadi bermasalah. And for their case, definitely the old emotion will come back haunting you. And it happened. Sebab apa, terlalu melayan hingga anak bini ditinggalkan terkontang kanting. 2. Mulut Dahlia kata lain tapi perbuatan lain. Drama Queen betullah..apasal tak report polis if you are domestically abused and apply for Personal Protection Order to restrain husband dia. Pernah ke Din terfikir jika masalah yg timbul kemungkinan besar datang dari Dahlia sendiri. Pernah ke Din beri suggestion pasal PPO ni? 3. Perangai Dahlia juga macam aneh. Kata tak nak ganggu rumahtangga Din tapi hampir setiap masa nak meluahkan rasa hati, rasa takut or whatever rasa dengan Din. Mesti nak jumpa. Boleh pula kata hal dia lebih penting dari janji Din dengan keluarga. Din ni buta dan tuli sangat ke atau terlalu baik? 4. Dua2 dah kahwin tapi rukun rumahtangga fail. Kita belajar dari kesilapan tapi Din sangat ego. Kalau dgn Dahlia lembut gigi dari lidah dengan isteri sendiri sinis selalu. 5. Bila terjadi satu incident yg hampir hilang nyawa, saya rasa tak berbaloi jika Din tak kahwin dgn Dahlia walaupun dia takde hati dgn Dahlia. Sebab apa? All these while dia menatang Dahlia bagai minyak yg penuh hingga sanggup mengenepikan ugutan from someone and warning from his wife agar tidak bertemu lagi dgn Dahlia buat sementara waktu. Saya pun boleh jadi tawar hati. Bila dah jadi gini baru terhegeh2 ambil hati. Boleh jalan lah!! 😡😠
I will not blame Najah for all the things that happened. Sebab jika masing2 berakal dan sememangnya mengenali Najah..all these wont be happening. Especially Dahlia. Sekejap je otak dia berfungsi..senang kena basuh dgn Najah. hmm..apa2lah.
Anyway sweet moments was too brief. Toward the end lagi menyampah dengan Dahlia ada sebabnya. Bukan kerana hasutan tapi kerana di mana dan dgn siapa dia tinggal selama ni dan apa yg telah dia lakukan. Betul2 menyusahkan orang. I tak tahu apa yg nampak baik sangat pada diri Dahlia ni? Macam tak independent je. Jika umur dia sama dgn Din kira dah tua juga lah kan..More than 30. Mid 30? 🤔🤔
Bila saya baca this part, saya rasa Din mmg bodoh kerana terus2an melayan Dahlia sdgkan itu adalah pilihan Dahlia sendiri. Dan saya faham perasaan Hajar. Dari abang ke adik. Ni mmg kena baca untuk find out. Sedihnya. Macam tak di hargai walaupun ditulis seperti sebaliknya. Dan epilog di belakang..hehehe sebab itu je ke dapat gelaran? Mmg shallow lah Din ni..cemburu punya pasal..Tapi understandable for people who are quick to judge. Last2 salah buat pilihan..nasib tak terjebak..takde jodoh. 😉
PESANAN Jika sdg bermasalah dan asyik terbawa2..fikiran melayang..PLEASE EH!!!!!!! Jgn pegang pisau or drive. Dan tolong eh jgn suka sergah orang yg tengah pegang senjata..buat dia terkejut atau melatah aniaya je..Driving..kalau kita mati takpe..jgn kita pula menjadi sebab orang mati atau cedera parah ke tidak..Nyawa sangat berharga..what if kita yg vegetable but living and vice versa? Syukurlah masih hidup..habis siapalah nak jaga kita..nak wudhukkan kita..nak bersihkan kita? Tak semua org boleh jaga..Tak semua orang ada kesabaran, ikhlas, amanah atau berwang. 😢
~ Kisah miss J yang kehilangan suami tak sampai sebulan lepas berkahwin, dan tinggal bersama anak tirinya, Alif. Keadaan menjadi kacau dengan kemunculan Din, adik suaminya yang ingin merebut hak penjagaan Alif.
saya kira, olahan PK lebih matang, santai dan tidak meleret kali ini. Mengingatkan serba sedikit novel PK under KN, Cinta Si Ikan Buntal & Kambing Gurun. watak2 lebih matang dan plot yang tak terlalu meleret2 dengan perkara yang tak perlu. konflik pun cepat je setel, so tak pening sangat.
Dah lama tak baca novel PK. Last baca novel Temani Aku Selamanya. Lepas tu dah lost dah, sebab lepas tu, PK dah mula aktif self-published. .
Kerinduan ni pun best! .
Cerita ni simple je sebenarnya. Kisah tentang Hajar dan Din yang berebut hak penjagaan Aliff. Hajar ialah ibu tiri kepada Aliff. Selepas kematian suaminya, dialah yang menjaga Aliff. Din pulak ialah bapa saudara kepada Aliff. Din ialah adik kepada arwah suami Hajar. Dari dulu, Din kuat menentang perkahwinan antara Hajar dan abangnya. Kerana baginya, Hajar cuma inginkan harta. .
Dan pergaduhan mereka berlanjutan lagi sekarang. Sampai Din gertak nak bawa naik mahkamah. Sehinggalah orang sekeliling mereka nasihatkan mereka supaya berkahwin je 2 orang ni. Settle segala problem. Tak payah berebut Aliff dah. Aliff pun happy. Mulanya Din ni tak nak. Tetapi entah macam mana, dia setuju dan melamar Hajar. Hahaha. To be exact, dia paksa Hajar sebenarnya. Kalau tak, dia amik Aliff. .
Dan lepas kahwin, ada lagi masalah. Najah si batu api. Dan Dahlia, ex girlfriend Din. Dahlia ni ada masalah ngan laki dia. Tapi Din ni pun baik, so masuk campur sekali. So, isu ni berpanjangan. .
Sebenarnya, dorang ni ada masalah komunikasi. Bagi Din, Dahlia tu hanya kawan. Dan sebagai kawan, dia kenalah tolong. Dan ku boleh nampak yang he's trying to make their marriage works. Tapi tulah, dengan mulut puakanya, memang saja cari pasal ngan Hajar la. Bagi Hajar pulak, dia tak suka Din rapat dengan Dahlia. Okaylah, sebenarnya dia jealous. Tapi, ada sebab lain jugak. .
Ku suka jalan ceritanya. Dan juga watak Aliff yang comel. Tapi lagi best, kalau cerita ni dipanjangkan lagi. Sebab bagi aku, cerita ni takdelah meleret pun. Just nice. Cumanya, ku kurang rasa chemistry antara Hajar dan Din ni. Part sweet dorang kejap sangat. Dan tak rasa pun yang Din ni cintakan Hajar sebenarnya. .
Dan ku suka epilognya. Menceritakan serba sedikit kenapa Din tak suka Hajar. Cis, padahal Din dah pernah kerinduan dengan Hajar dulu. Cumanya, part tu kurang dihuraikan. Ku nak tahu apa sebenarnya yang jadi dengan Hajar yang dulu, dan macam mana perkenalan Hajar dengan arwah suaminya sehinggalah dia berubah baik. Yes, i need more. Tak cukup baca novel ni. Hahaha. Sejenis tamak.
cover memang cantik, secantik isinya. perasaan tenang-tenang saja sepanjang pembacaan, setenang puan penulis Pena Kayu meloretkan kata-kata menjadi ayat dan perenggan sehingga terhasil sebuah novel yang sebenar sarat isinya. segala kemelut dan dugaan disampaikan dalam keindahan.
apa yang indah? buat siapa yang tak pernah baca karya puan penulis anak dua ni, pasti tak tau. kelebihan puan penulis ini, segala emosi yang disampaikan sangat terasa. marah, sakit hati, terkejut, suka, duka.. semuanya pembaca akan dapat rasa tapi dalam keadaan jiwa yang amat tenang. setiap bait ayatnya memujuk jiwa. bila pembaca rasa marah, gubahan ayat-ayatnya mampu buat pembaca rasa tenang. bila rasa sedih, bait ayatnya mampu memujuk. ramai penulis yang mampu membelit emosi pembaca tapi tak ramai yang mampu menenangkan emosi pembaca dalam masa yang sama..
hajar. janda beranak satu. tapi pasti anak tiri saja. anak pada arwah suaminya. din. adik pada arwah suaminya balik dari luar negara dan menanam azam mahu merampas aliff. mak din tak benarkan. pertahankan hajar, bekas menantunya sangat baik dan penuh sifat keibuan. dalam pada penuh berazam mahu mendapatkan semula anak saudaranya, din disarankan berkahwin dengan hajar. datang dahlia buatkan din nekad hati. aliff menjadi alasannya. hajar setuju dalam keterpaksaan. gangguan ada. ada yusuf, ada nurin, ada najah. mampukah mereka bertahan? hati? apa pula jadi dengan hati, mereka?
dugaan dalam kehidupan akan sentiasa ada. sama ada mampu atau tidak menghadapinya. Allah ada, tak perlulah kita manusia bertindak menjatuhkan hukum. tak adil jika yang menuduh itu tidak tahu perihal sebenarnya.. tak adil juga buat diri yang suka menyeksa hati sendiri. kesian hati tu!
Boleh dikatakan lama jugak nak menunggu novel ni keluar. Dan hasilnya sungguh tak mengecewakan. Saya suka dengan jalan ceritanya. Suka watak Aliff yang comel (sebab dia gelarkan diri dia "kita"). Geram dengan mulut Din. Rasa nak tonyoh2 je dengan cili tiap kali dia mengata Hajar.
Sukanyaaa baca novel ni.First sebab cover page dia comey giloss.haha..tapi xclear kenapa tajuknya kerinduan?
Then suka jugak kat watak Din sebab seorang yg matured n ada pendirian. Walaupun mulut laser tapi ketegasan dia tu membuatkan dia nampak macho.
Penulisannya tidaklah begitu puitis tapi mampu membuatkan saya xskip bacaan. Mungkin endingnya patut ditambah scene sweet muwit and pengakuan cinta antara Din n Hajar baru boleh kasi 5 bintang!
I cried reading this, like a lot, a lot. The theme is focusing more towards familial relationship, self help / healing, forgiveness, with the on theme prejudice (one's status, as well as past behaviour). Surprisingly, I can say although it was full of drama and chaos, it's such a comfortable and heartwarming story all at the same time. If you're a sucker for romance/ familial / children fic, you would love this.
Also, I really appreciate the subject of the love and struggle of a stepmother / single mother being the highlights and is woven onto the story. It's such a moving theme.
This is my first ever read of Pena Kayu's work. And I'm glad I picked this book up a long time ago. Their writing is quite phenomenal, plotwise, writing style, how they describe the actions of the characters (which makes the characters feels alive), and the backstory.
Moving onto the MCs themselves, Hajar is such a great character overall, the author did such a great job at writing her character and her backstory. Din did annoyed me a lot over his 'mejal' (forcing) behaviour and hypocrisy early on the story, but his character development is so well done, and a big kudos to the author to be able to make me progress my thoughts about him.
The first biggest conflict that happened was so terrifying, yet I'm glad the approach the author went by when writing the scene. The self repent and reflections, and the conversation and apologies scenes afterwards was so genuine and well done. The dialogues and the acts of the characters in the scene was so raw and honest, it's just so wonderful, the most memorable part on the entire for me personally.
I genuinely love the scenes with the family members, they're so heartwarming and very real, whether on the loving relationship, or the conflicts that happened, as well as the past relationships of the dead husband's family. And Aliff is such a lovely clever child, it's nice that he's playing a major role onto the story, and how the author never left his plot out. And yes, his childlikeness is so realistic and I can see my own anak buah in him, although some part of his dialogue seems a bit way too mature for his age.
The side characters whether the companions of the protagonists, or the antagonists themselves are very well written, although there are some plot holes, but their presence is very balanced on the plot. They really do make the story feel alive. Also, Kusyairi is an absolute gigachad, amazing friend, 10/10 would recommend.
Ending is a bit disappointing to me, it's a bit bland and there's barely much moments highlights between the two MCs themselves, honestly speaking I just wanted to see loving moment between the two for the very last time. I was expecting something shown on the epilogue, but to my disappointment, the story ended just like that. Nevertheless, it's still very much lovely to be able to see just a comfy light-hearted moment of the tiny lovable family.
Oh talking about the epilogue, I've been wondering until the very end what makes Din hated Hajar so much and had such strong prejudice when he barely knew her before, and why he was able to change his heart quite quickly towards the marriage despite how much he supposedly hated Hajar. I strongly wished that the epilogue would've been part of the prologue inside, showing how the prejudice and misconceptions of Hajar started. There wasn't much surprised on what has happened before, well maybe the reveal that Din secretly liked Hajar before, but that was quite alright to be shown for better understanding what his real feelings were, since he did hinted that he actually doesn't really meant what he's been doing. — And the epilogue should've maybe shown him getting over the prejudice entirely and how bad it is? Like not even Hajar understand why he acted like that initially. And a bit upset that Din never apologizes for the said prejudice going on.
I don't mind conflicts, but I think the post-accident / pre-pregnancy arc is a little bit way too repeatitive and tiring to read? A bit part of me wished the author would maybe dive a bit onto the aftereffects of accidents, and the trauma / ptsd that might occur. But reading Hajar's paranoia state (towards Din) and accusations towards man is just frustrating to sit through.
Nevertheless, although there are some flaws and things I wished were done differently, but overall, it's just a really great, heartwarming, and enjoyable read.
3.5* First time saya baca gaya penulisan macam ni. Saya boleh terima. Saya suka sebab simple. Tapi sebab simple lah juga saya rasa buku ini kurang dari segi lontaran emosi. Sebab apa, sebab saya tak dapat menyelami isi hati Din. Hati Din ni sebenarnya macamana? Din memang suka Hajar sejak dari incident libasan bunga dahlia sampailah kehadiran Amirul atau on off on off? Kalau ya, memang make sense dengan tajuk ‘Kerinduan’. Kerinduan Din pada Hajar.
Tapi masalahnya, apa yang saya nampak adalah sebaliknya. Dari bab1 sampailah bab61, tiada hint langsung yang menyatakan Din merindu dan suka pada Hajar sejak dari mula. Din boleh tipu Hajar tapi Din tak boleh tipu pembaca. Din kahwin sebab Aliff. Dan setakat incident kena libas bunga, takkanlah terus hebat jatuh cinta dan merindu?
Pasal Din lagi. Saya malaslah dengan dia ni. Selalu melebihkan Dahlia dari famili sendiri. Alasannya; mereka kawan. Hello, tak ada istilah BFF di antara seorang lelaki dan perempuan ya. Lebih2 lagi apabila masing2 sudah berkahwin dan mempunyai tanggungjawab sendiri. Bekas kekasih apatah lagi. Kalau ya pun ingin membantu, tapi berpada2lah. Masih ramai orang lain yang boleh membantu Dahlia. Keluarga dia ada. Dahlia pun 2x5. Takkan dia tak tahu Yusuf marah dan cemburu apabila dia berjumpa dengan Din? Tapi lagi dia mahu buat 🙄🙄🙄
Najah pun satu. Kalau orang tak suka tu, move on saja lah. Jangan malukan diri sendiri. Jangan buat kerja bodoh. Jangan memaksa. Hah, kan tak pasal2 masuk penjara. Nasib baik tak menyebabkan kehilangan nyawa. Kalaulah semua perempuan yang hanya betepuk sebelah tangan dalam dunia ni bertindak macam Najah, memang hancur terus dunia ni.
The only thing yang saya suka dalam cerita ni ialah Hajar dan Aliff saja.
Oh, ya! Curious, kenapa kebanyakan penulis Malaysia suka pada kereta Audi? 🤔😂😂
Saat hatiku memilihmu Suatu waktu dahulu Ia juga mencarimu Sepanjang waktu ia merindu Dan tatkala kita sekali lagi bertemu Ia mengenalimu Dan ia membuatku terus mengejar dirimu Demi meleraikan Sebuah kerinduan
Cerita seorang Aizudin yang agak King Kong Memenuhi takdir hidupnya dengan Siti Hajar Kisah seorang yang skeptikal Bertemu seorang yang optimis Lakaran cinta mereka sangat indah Kerana kasih yang tidak berbelah untuk seorang Aliff Dan kerana Aliff juga Seorang yang hatinya sekeras batu Lembut untuk seorang Hajar
Cuma yang tak tahan tu Din sebelum kahwin dan selepas kahwin sama sahaja Degil dan berprasangka setiap masa Demi kawan katanya Demi kawan isteri sendiri makan hati Eiii…kita tak suka part ini Cik N dan D Memang menyakitkan hati
Din, jangan lupa Suami itu nakhoda rumahtangga Nak jadi pilot pun kena percaya co-pilotnya Barulah aman bahagia
Skil review saya dah hujung-hujung nyawa tapi saya gagahkan juga untuk Din & Hajar. Satu kisah yang saya suka kerana penulisnya :) Kisah nan simple sahaja Ada suka, ada duka, dan yang selebihnya ada kasih sayang dan cinta Benar..sesungguhnya cinta itu sangat berkuasa Adakalanya ia tidak perlu diucap dalam skala berjuta Cukup kita rasa di dalam jiwa Dan cukup apabila hati itu Rasa bahagia Wahai PK.. Tahniah ya !
P/S : Baca prolog dulu, then selak belakang baca epilog The story will be made clear to you.
cover buku dia comel sgt, kisah hajar gn din yg trpaksa kawin sbb berebutkan si ariff(aku kalau jumpa anak comel petah dn bijak mcm si ariff nipun aku snggup gk nk berebut hihi) mula2 baca confused gk gn si din apasal dia x suka sgt gn hajar, dh last2x ohhh baru tau.. lawak gk si din ni. overall best smpi ke ujung ceter mcm x puas jer baca kebahagiaan hajar gn din, puan penulis mohon buat sambungan entry khas kesah pasangan sweet ni plzz..hihu tapikan nape eik tajuk dia kerinduan?
Kisah hidup hajar banyak likunya. Baru sebulan berkahwin, hajar sudah bergelar janda. Walaupun alif bukan anak kandung, sayang hajar pada alif tak berbelah bagi. Hidupnya aman2 sahaja dgn alif sehinggalah Din muncul.
Din mahu jaga Alif. Alasannya dia yang lebih berhak. Hajar tak layak. Hajar si kaki kikis dan hajar akan bawa alif lari. Itu kata si mulut puaka Din walaupun dah berbuih mulut ibunya nasihatkan.
Hajar takut hilang Alif bila Din ugut mahu bawa kes ke mahkamah. Din hanya bagi Hajar pilihan yang secara terang2 tak berpihak pada Hajar. Kahwin.
Kehidupan selepas kahwin tak seindah yang dibayangkan Hajar. Muncul Dahlia yang menagih simpati dan si Najah batu api membuatkan rumah tangga Hajar dan Din makin suam-suam kuku.
Masalah yang paling obvious antara Hajar & Din adalah miscommunication. Masing2 ikut kepala sendiri. Mujurlah mereka matang untuk selesaikan masalah secara baik.
Overall, karya ini termasuk dlm kategori yang ringan & santai untuk dibaca. Tak ada konflik berat yang menyerabutkan kepala.
Biasa dengar perempuan berganti tikar, kli ni story in lelaki pula..
Beli buku ni sbb review dr GR..best Benci.. Dgn mulut puaka Din, Rasa kalau ada depan muka, selamat dh makan kasut🤣🤣🤣 Benci dgn Najah.. Tak puas hati la dia xde apa2..hishhh Sayang dgn hajar Begitu sayang nya pada anak yg bukan darah daging Betapa mengangkat tinggi janji yg pernah dilafazkan kpd en suami.. P/s klu dah kahwin tu, buat cara kahwin..xperlu kisah hal rumahtangga orang😜
permulaan cerita yg sangat ok. suka dengan din, suka dengan hajar, suka interaksi diorang. bila diorang berkahwin pun still ok. cuma bila nak ke hujung cerita i rasa macam ada yg tak kena. tak tahu la apa tapi rasa tak kena tu ada. perasaan i je kot. overall, still ok.
suka bila alif bahasakan diri "kita", rasa comel sangat!
Masa tengah baca buku nie, I was wondering, title ‘Kerinduan’ tue, apa maksudnya? Rindu pada siapa? Dah habis baca, baru faham…😏
Rating: 🌟🌟🌟.8
Seorang janda yang tinggal bersama dengan anak tirinya dalam keadaan aman dan bahagia. Namun, bahagia itu hanya sekejap sahaja, kerana munculnya bapa saudara anak tirinya yang bertegas mahu merampas kembali anak saudaranya. Bermulalah episod siapa lebih layak yang menjaga budak kecil tersebut.
ML - Aizuddin / Din Antara watak ML paling annoying. Seriously, kita sangat annoyed dengan character ML nie. Jenis tak bertolak ansur. Semua nak ikut kepala dia. Suka bersangka buruk, especially when it comes to FL. Fuhh, penat sungguh kita dengan character ML nie…😵 Dia buat, boleh. FL buat, tak boleh. Ehhh, ada kita baling dengan lesung batu kang…😠
I guess this is his declaration of love towards FL…🤭
FL - Siti Hajar / Hajar Baik. Kahwin dengan abang ML yang merupakan seorang duda dan mempunyai seorang anak. Tapi, sayangnya, perkahwinan itu bertahan tak sampai sebulan pun kerana suaminya meninggal dunia. So, tinggallah FL bersama dengan anak tirinya yang bernama Aliff.
Personally, I think this book meleret. Mula2, ML & FL bergaduh sebab berebut Aliff. Selepas ML & FL kahwin, mereka bergaduh sebab ML masih berhubung dengan ex-girlfriend nya. At the same time ada orang lain cuba mengganggu kebahagian mereka berdua. Fuhhh…😮💨
Why I think is meleret? Sebab banyak persoalan dalam buku nie tak dijawab. Siapa FL sebelum berkahwin dengan abang ML? Bagaimana dan apa kaitan FL dengan orang jahat dalam buku nie? Seperti yang dicanangkan oleh orang jahat dalam buku nie, FL pernah menghancurkan perkahwinan kakak orang jahat tersebut? Like how? Backstory FL nie macam kurang sangat…😓
Kita nak juga tahu bagaimana perkenalan abang ML dan FL. Bagaimana dierorang berdua decided untuk berkahwin sebab Aliff.
Sama juga dengan backstory orang jahat dalam buku nie. Faham kenapa dia nak sangat hancurkan kebahagian ML & FL, tapi apa yang dia pernah buat sebelum nie? Apa kejahatan yang dia dah buat? Itu yang buat kita tertanya2. Even konflik between ex-girlfriend ML and her husband pun macam kurang jelas. Banyak lagi parts / scenes yang kurang jelas bagi kita. Buku tebal, tapi banyak persoalan tak terjawab pun. So, bagi kita, buku nie meleret…😩
And for me, ML yang nie tak cukup WOW. Selalu ML author nie, memang boleh rasa, betapa kelakiannya. You can feel the ‘jantan’ ness of the ML from this author. But, not this ML. Rasa macam ML nie biasa2 jer...🙂↕️
Untuk bahagian penulisan, kita memang suka sebab nie favourite author kita. Cuma, untuk plot, kita rasa agak lemah. Banyak yang boleh dibuang, dan banyak juga boleh ditambahbaik. The tension between the main characters macam tak cukup kuat. Banyak FL yang beralah. ML ikut kepala dia…😣
Apa2 pun, kita akan tetap sokong author sebab karya2 baru beliau memang mantap. So, untuk author, jangan give up dalam menghasilkan karya2 yang best…👍🏻
Best layan cerita ni. Mengisahkan Hajar seorang balu yang kematian suami selepas sebulan berkahwin dengan arwah Abg Fadhil memikul amanah dan tanggungjawab membesarkan Alif, anak arwah suaminya dengan arwah isterinya dulu. Alif dijaga dengan penuh kasih sayang yg tak berbelah bagi seperti anaknya sendiri. Keadaan mereka bahagia sehingga adik arwah abg Fadhil iaitu Din yg baru habis melanjutkan master di overseas balik dan menuntut hak penjagaan Alif. Jika diikut hukum & undang2, memang Din yang lebih layak sebab Din adalah bapa saudara Alif dan mempunyai ikatan darah. Tetapi Hajar tidak mengalah, lebih2 lagi Alif sendiri tak boleh berpisah dengannya, apatah lagi mak mertua Hajar menyokong penuh Hajar menjaga Alif. Macam2 cara yang DIn lakukan supaya Hajar beralah, dah lah mulut Din memang jenis cakap lepas je, memang bisa, tetapi Hajar memang takkan mengalah. Jika Din nak upah lawyer, Hajar pun sanggup bayar lawyer jugak.
Setelah difikir semasak-nya, Din melamar Hajar menjadi isterinya, kata Din, Demi kebahagiaan Alif, win2 situation. Mereka berkahwin, demi Alif.
Keadaan menjadi kacau bilau bila bekas kekasih Din, Dahlia selalu berjumpa Din untuk mengadu masalah rumahtangga, Najah yang psiko yang meracun fikiran Din, Hajar, Dahlia & Yusof. Din yang matang dan dapat mengendalikan satu2 masalah yang dihadapi mereka, cuma yg geramnya Din terlalu melayan kerenah Dahlia. Walaupun dia cuma menganggap Dahlia kawan baik selepas berkahwin dgn Hajar., ttp Hajar terasa seperti diabaikan. Kelam kabut jugak Din bila ada satu musibah yg melibatkan Alif melanda, Hajar merajuk, marah2, dan meminta perpisahan dgn dia...