Dek kerana malam jahanam itulah, jalan hidup NUR JANNAH berubah. Akibat desakan kewangan, dia terpaksa menamatkan zaman daranya di tangan lelaki yang hampir memusnahkan maruahnya. Bagi RAIS FIRDAUSI pula, gaya hidup bebasnya di luar negara telah menjeratnya dalam satu pernikahan. Semuanya diturutkan demi Alice, adik tersayang. Apabila ijab kabul telah termeterai, Nur Jannah nekad untuk mencintai suaminya itu selagi hayat dikandung badan. Tapi bukan mudah untuk menukar rentak hidup suami separuh mat salih yang terlebih western. Maka bermulalah cabaran Nur Jannah menarik suami westernnya ke jalan yang diredai.
“Salah ke saya minta pada Allah agar bukakan pintu hati Mr. Rais untuk kebahagiaan rumah tangga kita? Saya tak nak perkahwinan kita ni hanya atas kertas, Mr. Rais. Saya nak perkahwinan kita ini benar-benar seperti yang Mr. Rais lafaz dalam akad…” – Nur Jannah
“Kalau macam tu, doa lagi agar Allah benar-benar tunaikan permintaan you.” – Rais Firdausi
Berpeluh juga Rais Firdausi mengawal diri daripada godaan dan cubaan isteri kampungnya itu. ‘First impression' terhadap isterinya itu ternyata meleset. Saat cinta mula bersemi, dugaan datang melanda. Rais Firdausi terpaksa pasrah. Jodoh mereka ternyata tidak panjang. Dia punya misi untuk mencari pengganti bagi menjaga Nur Jannah dan zuriat yang bakal lahir.
Muncul Raiz Firdaus, teman sekampung isterinya yang mencintai dalam diam. Pada lelaki inilah disandarkan harapan. Moga Firdaus ini diciptakan untuk menemani Nur Jannah sehingga ke akhir hayat.
“Kalaulah umur aku tak panjang, kesian Jannah tak ada orang jaga dan lindungi dia. Kau kahwinlah dengan dia lepas aku mati.” – Rais Firdausi.
“Kau sedar tak apa yang kau minta ni? Jannah tu bukan barang untuk kau berikan pada aku sesuka hati!” – Raiz Firdaus. Tercapaikah hajat Rais Firdausi? Sanggupkah Jannah membelah hatinya untuk lelaki lain? Mampukah Raiz Firdaus menakluki hati Jannah?
Perasaan lepas habis baca tak tahu nak explain mcm mana. Yg pasti, aku langsung tak rasa suka dan tersenyum pun dgn endingnya. Mungkin bagi pembaca lain akan rasa happy, lega dan puas hati bila dah tamatkan sesebuah buku tu. Tapi aku, sebaliknya.
Apa yg boleh aku katakan... Aku rasa hiba dan sayu dgn pengakhiran kisah Firdaus Buat Jannah.
Hint tu memang dah jelas sgt di tajuknya, tp aku tetap cuba nafikan segala tekaan aku tu. Sudahnya, ibarat aku beri harapan palsu kpd diri sendiri. Jadinya, aku kecewa.
Okay, enough. Ckup sampai situ saja aku larut dlm emosi. Sekarang, aku nk ulas isi sedikit sebanyak ketidakpuasan hati aku tentang beberapa perkara.
1- Watak heroin; Jannah. Aku krg suka dgn watak dia ni. Mula2 cerita pun aku dah rasa menyampah. Bg aku dia ni jenis... erm... (nak cakap mcm mane eh?)... erm jenis mcm buat ikut suka hati dia jer, sampai tahap tak hormat privasi org pun ada. Cth : dia pergi rmh abg kwn dia, then dia nampak satu baju tidur perempuan yg sgt sexy dan cantik ada dlm almari baju abg kwn dia. Dgn selamba dia boleh mintak izin kwn dia kata nk pakai bju tu utk dia tidur karang(dia tumpang bermalam kat situ). Kwn dia pun just bg izin jer lah, kan? Dah org dah mintak, takkan nk ckp tak boleh, kan? Yg bermasalah sekarang ni, si Jannah tu. Kalau tu bju tidur kwn dia aku tak hairan sgt laa kalau dia selamba jer nak pinjam pakai, tp bju tu yg abg kwn dia punya kot! Ewah2, tak berkenang betul aku dgn manusia perangai mcm ni. Dah tumpang kat rmh org, dah tu selamba badak aje pakai bju org tanpa keizinan pemilik sebenar.
Itu baru satu hal. Yg kedua pulak, Jannah ni senang cakap jenis boleh tahan miang laa. Entah laa. Tak reti aku nk terang mcm mana perangai dia ni. Dia ni memang jenis tak tahu malu kot. Hmm.
And, perangai dia masa mengandung... erm... annoyed sikit. Entahlah, mungkin disbbkan aku memang krg suka watak dia dr awal, jd nampak yg negatif2 aje kat watak dia.
2- Pengolahan. Sebenarnya ni first time aku baca karya Danisyarahmat. So... aku sedikit bermasalah dgn gaya olahannya. Olahan setiap scene kdang2 terlalu ringkas. Tak sempat nk feeling2 sedih, alih2 scene tu dah habis. That's why emosi sedih tu semacam tak sampai sgt even jln cerita sedih gila.
Taklah semua scene aku kata tak sampai emosi tu, ada beberapa scene berjaya jugak buat aku bergenang air mata. Cth, scene Jannah tengok video yg Rais Firdausi rakam utknya dan scene epilog. 2 scene ni sungguhlah aku cakap, aku memang tahan air mata aku dari jatuh. Sampai tahap takleh tahan sgt rasa sedih tu, aku terpaksa tutup terus buku, tarik nafas, hembus, buka buku semula dan baru boleh baca lepas dah stabilkan emosi.
3- Ending(epilog). Maaf, mungkin aku seorg saja pembaca pelik yg tak bahagia dgn ending begitu. Sbbnya... bila aku dah suka(dan syg) dgn satu watak — di mana watak ini wujud di awal cerita, pertghan cerita, dan watak inilah yg menyerikan jln cerita — aku jd tak boleh terima watak ini diberi ending yg sgt sedih. Yes, mungkin penulis nak tekankan di sini yg siapa jodoh yg akn temani hayat kita dan bilanya maut itu bkn kita yg tentukan, tp itu semua kerja Tuhan. Memang takdir yg tak boleh diubah. Sebagai hamba, tak boleh menolak dan mengelak. Kena juga hadap dan terima.
TETAPI,
Aku sbg pembaca tetap merasakan penulis kejam kerana mengarangkan penamat yg tidak berpihak kpd watak yg aku suka itu.
Jadi, 3 perkara tu saja yg aku tak puas hati(terutamanya yg no. 3 tu lah).
Pengajaran byk juga diselitkan dlm citer ni, tinggal kita sbg pembaca jer reti ke tidak menilai. Antaranya, scene kematian kenalan 10 minit dan kematian kwn baik Rais. Boleh ambil pengajaran kat situ yg mati tak kira masa dan umur. Lepas balik dari kelab malam pun boleh mati. Rugilah mati dalam kemaksiatan, kan?
Dan ada beberapa kejadian yg langsung aku tak sangka berlaku. Buatkan hati aku berkata 'giler ah'. Cth, kejadian Jannah beranak atas sofa, dan paling aku tak sangka suami dia sendiri yg sambut ank dia. Lepas jer scene ni, semuanya bertukar jd sedih...
Sungguhnya, ketika aku taip review ni pun aku still tak tahu nak tetapkan berapa bintang utk buku ni. Hati berbolak-balik sama ada 4 bintang atau 5 bintang. Tp bila memikirkan jln ceritanya yg menarik dan sedih melampau, aku putuskan utk beri...
4.5 bintang.
Kalau bkn sbb beberapa scene tak sampai emosi dan endingnya, aku takkan ragu2 utk beri 5 bintang.
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM16. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)
I like the story just fine except for a couple of reasons:
1. N tak berapa nak suka dengan watak Jannah in the beginning.
2. I should have known how the ending will be like based on the title. But tak semestinya that I have to like it!
I do, however, like the pace of the story. Jalan cerita pun menarik dan solid, begitu juga dengan pengolahan. Honestly, if you are not pembaca cerewet macam N, I think you will enjoyed (and probably even loved) it.
Dari tajuk dan sipnosis alone covered the whole story. Nama2 pun sesuai sangat dgn perjalananan hidup watak2 dlm ni..Syurga paling atas sekali. Jannah Firdaus/i.
Hmm..sebenarnya kisah cinta ni kisah biasa tapi yg buat menjadi luar biasa adalah penghijrahan Rais Firdausi ke arah kebaikan. Bagi saya kisah cinta dalam novel ni hanya kudapan sahaja.
________*****________
Rais can be considered as a promiscuous man, who was a muslim in name only. Tapi perkahwinan dia dgn Jannah sedikit sebanyak merubah hidup dia. Tapi bukan Jannah yg merubahkan diri dia ya. Dia hanya salah seorang pembimbing. Namun baru berhijrah, Rais di uji lagi. Dalam menerima berita gembira ada juga berita buruk yg di terima. Mampukah Rais bertahan sehingga saat itu.
Ada banyak babak2 dalam ni yg akan menyentuh hati kita..Saya tak sangka cerita yg tak berat boleh buat saya menangis. Mungkin ia berat bila kita cuba selami kehidupan Rais.
(Anda akan menyampah dan marah dengan Rais di bab awal. Tak semua isteri mampu setabah ini especially jika di sajikan dgn kecurangan seorang suami. Well he made no promises.)
1. Kenalan perempuan, 10 min perkenalan, yg di ajak untuk berpeleseran mati mengejut sebelum hajat dapat di lunaskan. He just shrugged it off selepas hantar ke hospital kerana kesesakan nafas.
2. Kematian sahabat karib yg meninggal pada hari yg sama setelah meninggalkan pesan yg biasa pada pendengaran tapi agak poetic bagi saya.
3. Pesanan arwah pada ayah mertua buat sahabat karibnya agar membimbing Rais ke jalan yg diredhainya.
4. Penghijrahan seorang Rais pada mlm yg sama. Bersungguh2 menangis mengenang segala dosa. Mandi wajib. Tatacara berwudhuk dan sholat walaupun ingat tetap samar2. Bacaan alfatihah sangkut habis.
Boleh bayangkan ayat yg kita selalu ungkap dan baca boleh jadi sukar bagi yg melupakannya walau huruf itu sangat di kenalpasti dan hati masih mampu membaca tapi mulut berat melafazkan kalimat.
5. Sakit yg terpaksa di tanggung sendiri. Kesedaran akan sakit yg di tanggung arwah ibunya, emosi berdampingan dengan pesakit, kesalahfahaman antara niat bapa dan Mak Uda berkahwin. Rasa saat menunggu kematian, rasa rindu, rasa cinta, rasa kesal yg menggunung..perasaan saat mengazankan anaknya..u definitely in sync at this moment and if u didnt shed any tears I dont know what to say..saat guru sendiri, pak imam dan beberapa org yg memandikan jenazahnya..sebelum kain kafan ditutup..pembacaan talkin..kesemuanya author gambarkan dengan ringkas tapi tetap padat dgn emosi buat pembaca seperti saya.
Saya tak sentuh bab hubungan Rais dan Raiz bersama Jannah. Biarlah pembaca sendiri menilai. Bagi saya Jannah ada kedegilannya..tapi bolehkah kita salahkan dia 100%? Saya rasa tidak, andai sahaja dia tahu pesanan Rais pada Raiz dan setiap pengalaman yg mereka lalui untuk tiba ke tahap itu. Kita akan mengerti walau tidak begitu setuju dengan caranya kerana kita bukan mereka.
All these brought me to recall akan surah Al Rahman. Tentang mensyukuri nikmat yg diberi. "Nikmat Allah yg manakah yg akan anda dustakan?" Kerana kesedihan bukan berpanjangan dan bahagia di dunia bukan selamanya. La Tahzan. Inallah ma 'ana. Basically this is about it.
Sebelum apa2, just note Im not really that religious..am still learning and definitely appreciate that this book came my way walhal awalnya rasa separuh hati je nak membeli especially after my slight dissappointment with Mr Hot Guy and the rest of her books. But she is Danisya Rahmat author yg saya follow..habit saya suka ke tidak beli je sebab once I started collecting that author's novel, I wont stop. Takde niat pun nak baca. But main grab je dekat unread shelves with eyes closed. Once started tak boleh stop saya jadinya. Bacalah..Tak rugi membeli naskah ini. Saya rasa inilah karya yg paling terbaik dari Danisya Rahmat.
"Jannah..." "Hmmm..." "Sayang abang?" "Sayang dan cinta sangat-sangat." "Kalau jodoh kita tak panjang, Jannah cari lain tak?" .
Buku ni buat aku nangis. Buat aku kecewa dengan endingnya. Buat aku kecewa dengan 20 bab terakhirnya. .
Randomly, aku pilih buku ni untuk dibaca. Masa aku beli buku ni pada 2019, macam biasa, aku scroll rating dan review je kat GR. So, tak tahu in detail pun tentang buku ni. Dan sekarang, bila dah habis baca buku ni, baru aku baca review kat GR. Dan ternyata, aku tidak keseorangan. Ramai juga yang terluka seperti aku. hahaha .
Rais Firdausi (Rais) ni Muslim yang dah terpesong. Minum arak, zina tu memang dah biasa untuknya. Sehinggalah dia dipaksa untuk berkahwin dengan Jannah atas sebab tertentu. .
Jannah pula, anak kampung, yang perlukan duit untuk membiayai pelajarannya dan juga adiknya. Maka, kerana itu, dia terima lamaran Rais. Tapi Jannah ni dah bertekad untuk bercinta dengan Rais selepas nikah. .
Lepas kahwin, Jannah ni jenuhlah nak memikat hati Rais. Pada masa yang sama, nak menarik semula Rais kepada Islam. Dan asbab kematian kawannya, dia mula bertaubat, dengan bantuan Jannah. .
Mereka bahagia. Mereka bakal menimang cahaya mata. .
Namun takdir Tuhan lebih berkuasa. Sebesar mana pengharapan mereka untuk membawa cinta mereka sehingga ke syurga, besar lagi janji Allah kepada umatNya. .
Masa ni jugaklah Raiz Firdaus (Firdaus) nak interframe. .
Overall, cerita ni memang best. Emosi tu sampai. Memang sedih. Tapi bila dah masuk 20 bab terakhir, aku mulai rimas. Salahkah hidup sebagai janda/balu? Kenapa semua orang nak kena paksa Jannah untuk kahwin? Dan aku memang tak suka la watak Firdaus ni. .
Sesungguhnya sangat tak puas pengakhiran hidup mereka. Kalaulah boleh, aku nak minta penulis tulis semula buku ni. Kasi ending seperti yang aku nak. hahaa..(nangis dalam ketawa 😭) Tapi tu la, dunia ni bukan hanya ada kita. .
Tak tahu la kenapa, walaupun watak Rais tu teruk pada awalnya, tapi bila dia berubah, aku boleh suka. Kalau aku pun boleh sedih camni, apatah lagi Jannah kan? .
p/s: Masa baca buku ni, bila dah separuh cerita, dah boleh agak kenapa tajuk dan prolog nya sebegitu. Tapi aku in denial. Masih berharap yang sebaliknya. ah benci!
Saya menangis apabila membaca novel ini. Penghayatan pada novel ini sangatlah berkesan sesungguhnya... Maafkan saya, tetapi jujur saya akui novel ini bukanlah tersenarai diantara novel kegemaran saya tetapi, hanya novel ini satu satunya yang telah membuat air mata saya mengalir deras tiada henti. Terima kasih di atas usaha penulis untuk menghasilkan sebuah karya yang begitu mengasyikkan.
Rasa xleh move on dengan novel ni.best sangat walaupun rasa alaaa kenapa takdir Rais macam tuu...memang banjir air mata bila tiba part tuuuu..taknak citer details sebab nanti spoiler. Olahan penulis membuatkan kita terasa berada ditempat Jannah tu dan terbawa-bawa emosi sedih Jannah.Terasa nak hug laki kita ketat2 n luahkan rasa sayang sebelum terlambat. Cuma kalau dipanjangkan lagi kisah Jannah n Raiz pun ok