Lentera Ilahi merupakan tafsir al-Nur yang memuatkan Fiqh al-Quran, yang membawa para pembaca untuk lebih mudah memahami surah ini serta mampu mentadabbur dan beramal dengan isi kandungannya.
Perumpamaan cahaya dalam dalam surah ini amat signifikan dengan kandungannya. Surah ini mengetengahkan tiga dimensi penting yang menjadi panduan kepada individu dan masyarakat Muslim, iaitu hubungan manusia dengan Allah, hubungan manusia sesama manusia dan hubungan manusia dengan alam. Ketiga-tiga dimensi ini mampu untuk melahirkan individu dan masyarakat yang baik berlandaskan Lentera Ilahi.
Surah An-Nur membicarakan tatacara kehidupan keluarga dan masyarakat. Antaranya adab meminta izin masuk ke rumah yang diziarahi. Sunat memberi salam 3 kali dan meminta izin masuk. Lebih afdhal menunggu di kiri atau kanan pagar rumah bukannya depan pagar supaya tidak mengganggu privasi tuan rumah. Adab dalam rumah juga diberi perhatian dengan perlunya meminta izin untuk memasuki bilik ibu bapa ketika 3 waktu; sebelum subuh, zohor dan selepas isya'. Seterusnya kewajiban berhijab bagi wanita muslimah dan juga menjaga pandangan mata bagi lelaki dan wanita.
Latar buku yang cantik dan laras bahasa yang mudah membuatkan buku ini menarik untuk dibaca.
Salah satu cara untuk memahami dan mentaddabur isi kandungan Kalamullah adalah dengan membaca tafsir.
Lentera Ilahi adalah tafsir surah al-Nur yang disusun oleh penulis untuk mudah difahami.
Ia memberi panduan kepada kita untuk hidup dalam keluarga dan masyarakat. Ia menyentuh soal adab, akhlak, hukuman zina dan orang yang menuduh orang zina.
Di dalam persoalan Aqidah pula, ia menyentuh definisi dan perbezaan di antara orang Muslim, munafiq dan orang Kafir.