“Help me, pleaseee…” Rayuan itu bagaikan sihir yang menggesa Hail Rayyan terbang merentas benua demi benua untuk pulang ke pangkuan Sufi Alisha. “Pleaseee…” Ungkapan itu bagaikan sumpah azimat yang membenamkan segala kerinduan selama 8 tahun bergelar suami isteri. Baik Hail Rayyan mahu pun Sufi Alisha, antara mereka tidak pernah wujud sengketa, dendam atau kahwin paksa. Pun begitu, puing-puing cinta bukan juga alasan yang mengikat dan mengekalkan. Hanya kerana Dewi Amiera, hati seorang anak terluka dan jiwa seorang isteri terseksa. Lantas, Hail Rayyan mencari kebebasan dan meninggalkan Sufi Alisha menggalas amanah. Anehnya, selepas 8 tahun melarikan diri, Sufi ternyata memerlukan seorang lelaki. Dan lelaki itu tidak lain melainkan suaminya sendiri. Lalu, tercampaklah ego dan rintihan mula berlagu. “Pleaseee…” Ucapan itu bagaikan lagu yang menyembuhkan. Kerana setelah Hail Rayyan kembali, Sufi Alisha terus menagih dan merayu tanpa henti. Sehingga hati seorang suami yang parutnya kental itu boleh terlentur dan melebur. Kan orang kata, seorang wanita itu bisa menggoncang dunia. Ini kan pula hati seorang suami. Ikuti misi Sufi Alisha menuntut haknya sebagai seorang isteri. Tidak betah menjadi isteri yang tertewas dan ditinggalkan lagi. Dia rela mati, daripada kembali mengulangi sejarah 8 tahun sekali lagi.
Cerita pasal konflik pengambilan syarikat…keturunan semua..bg aq xde la 18+ pon…so ok je jalan cerita..mcm mane la blh stay husband and wife for 8 yrs and how setianye isteri kepada suami yg tak pernah kenal..risau jugak kakk die nak rebut husband die..tp nasib la cinta tak terluah tu kuat..
Salah jika ada yang anggap ini cerita orang dewasa. Mengarut jika ada yang kata novel ini tidak sesuai untuk dibaca oleh semua golongan pembaca. Semestinya cerita ini bukanlah untuk kanak-kanak. Mengisahkan sepasang suami isteri yang berpisah selama lapan tahun demi impian dan cita-cita serta kepentingan masing-masing. Naskhah ini juga berkisar tentang perebutan syarikat Dewi Amiera selepas rekaan diciplak menjadi isu permulaaan pertelingkahan adik-beradik, Adila Ariekin dan Sufi Alisha. Bertemu selepas lapan tahun, Sufi dan Hail terasa kekok akan perhubungan mereka. Bagaimanapun, setiap insiden dan setiap masalah merapatkan lagi hubungan Sufi dan Hail yang memang ada cinta di hati mereka. Plot berkembang bila dendam Nadia Ain, bekas kekasih Hail Rayyan turut melibatkan Charles Adam, adik Nadia yang juga kawan Sufi Alisha. Selepas Adam langgar lari Sufi dan Hail, penulis fast forward terus nyatakan Sufi dan Hail dah ada 12 orang anak. Ini tak logik dah macam zaman 40an pula yang rata-rata keluarga ramai anak. Lagi satu, 11 anak Sufi dan Hail semua hilang dari radar cuma Amiera, anak yang sulung saja wujud. Epilog buat saya kecewa. Tiba-tiba bab Adila berada di tanah perkuburan. Saya tak puas hati dan hampa sangat-sangat. Selepas kemalangan Sufi dan Hail, banyak yang tergantung sepi.