Kamil yang ego. Kamil yang angkuh. Sentiasa mahu dipandang sempurna oleh orang lain untuk menutup kisah silamnya yang tidak sempurna.
Shafina yang naif, walau tahu Mr. Kamil tidak akan memandang pekerja bawahan sepertinya, tetapi hati tetap mahu memuja lelaki itu. Ahmad Kamil itu sangat sempurna di mata dan hatinya. Dan pada hari Shafina ditugaskan untuk menggantikan tempat pembantu peribadi Kamil yang bercuti sakit, mata Kamil ternampak sesuatu pada Shafina. Sesuatu yang dia mahukan.
“Will you marry me Shafina? Marry me because of who I am, not because of my family and not because of my status.” - Kamil
Mimpi Shafina seakan menjadi nyata apabila Kamil melamarnya untuk menjadi Mrs. Kamil. Walau hati tertanya kenapa Kamil memilihnya, tetap juga Shafina berkata YA!
Tapi, rupanya bahagia itu bukan pada apa yang diimpikan. Kamil yang terlalu ego untuk mengaku cinta walau sudah bertahun mereka bergelar suami isteri buatkan Shafina rasa dirinya bukanlah wanita yang si suami mahukan. Lebih buatkan Shafina yakin, bila dia sendiri terbaca wasiat arwah Tok Daddy Kamil. Betullah, Kamil ada agenda tersendiri ketika melamarnya.
“Mungkin…kita patut berpisah.” – Shafina
Mendengar kata perpisahan, Kamil yang selama ini terlena mula tengadah. Bukannya dia tidak cinta. Tapi, sejarah lampau mengajarnya untuk keraskan hati. Cinta tidak semestinya melafazkan. Tega benar si isteri mengukur cintanya semudah itu!
“If you leave me Shafina, there won't be another Mrs.Kamil. You're the one and only Mrs. Kamil.” – Ahmad Kamil
Tapi cukupkah hanya dengan kata-kata itu saja? Selagi kata cinta tidak meniti di bibir Kamil, Shafina masih tidak dapat meyakinkan hatinya. Adakah Kamil akan memenuhi permintaan Shafina untuk berpisah? Dan apakah rahsia wasiat yang tertulis menyebabkan Shafina yakin Kamil memilihnya bukan kerana cinta?
MRS KAMIL..hmm how far does that title represent this whole novel? Saya tak akan selami tentang kisah cinta Ahmad Kamil bersama Shafina..pembaca harus baca untuk mengetahui bagaimana ia terjadi, isi hati mereka & kehidupan rumahtangga mereka.
Shall I call it DEMI MARISA instead of MRS KAMIL? There's a reason behind it. Tapi let's start with something else first before HER.
SHAFINA (Kamil's pov and author's words) Dia satu keperluan untuknya. Dia satu kehendak baginya. Dia satu sandaran untuknya. Namun dia tidak pernah tahu akan semua itu. Bukannya satu pilihan buat Kamil tetapi menjadikan diri sendiri pilihan.
DATO' HASNAH Salahsiah keturunan dan harta menjadi tunggak utama dalam penilaian dia mencari jodoh buat anak tunggalnya. Salah diakah mempertahankan legasi keluarga yg telah lama di bina?
MARISA ~ The only ONE yg actually piqued my interest and tickled my nerves. ~ Dia adalah faktor pemicu, walau tak begitu di focuskan namun peranannya yg di olahkan oleh penulis amat penting dari mula penglibatannya..dalam kehidupan sendiri mahupun Kamil dan Shafina, hubungan yang semakin retak menanti belah. Tidak lupa juga Tengku Azlan. ~ Dia lah wanita yang secara tidak langsung membentuk peribadi, pemikiran dan tindakan Kamil hari ini. Namun begitu, masih di hormati oleh Kamil kerana gelaran yg disandangkan padanya.
A women full of Determination. A women full of Greed. A women with a Vengeance. More important a women who was MOST loved, look upon and hated at the same time. The epitome of evil who showed no qualms or remorsed about plotting and executing murder. Whom, never even batted her eyelashes or displayed even an ounce of regrets for all of her abortions. Sekali, dua kali, tiga kali..hmm..banyak kali..Dia sudah biasa dan mampu menahan sakit itu. Celah gigi je. 😅😅
Or Shall I called it Demi Tengku Azlan or Adnan? Not really.
Dari sudut saya : • Cintanya pada Tengku Azlan sangat saya kagumi. Ikhlas, teguh dan setia namun hingga tahap itu sahaja saya mampu beri penghormatan pada dia. Taksub pada cinta Tengku Azlan hingga tegar berselingkuh ke hari tua. Cinta yang hampir buat dia gila. Cinta yang tidak mampu buat dia membalas cinta suaminya.
"Azlan is my everything..Azlan is everything to me..."
• Cinta dia pada Adnan berunsurkan harta untuk menaikkan nama agar sama taraf dengan Tengku Azlan. • DIKUTIP FROM THE GUTTER. • Cintanya pada Marisa mampu membutakan Adnan dari melihat setiap kekhilafan Marisa yg hampir meniti kehancuran. • Cintanya pada Marisa mampu membuat Adnan alpa akan tanggungjawab seorang ayah buat anak tirinya. • Cintanya pada Marisa juga mampu mengampunkan setiap perbuatan Marisa. • Cintanya pada Marisa mampu buat dia menerima Marisa kembali kepadanya..bukan sekali..tapi berkali2.
Cinta apakah ini?
GERBANG KEHANCURAN • Kedua2 lelaki ini tegar merendahkan ego agar Marisa dibebaskan. Kemalangan dianggap picisan kerana mangsa terselamat. • Namun hanya Kamil yg berdiri teguh. Remain impassive against all odds. Hurting while being hurt time and again. Terpaksa keringkan hati meluahkan rasa tanpa perasaan. Menghulur bantuan dari belakang tanpa pengetahuan mereka. Kerana apa?
Sisipan dari dialogues novel ni. Scene menagih kebebasan diri.
"It's human's rule Mama. What you give, you will always get it back."
"I have one questions for you . You'd better answer it right, cause my apology comes only if you give me the right answer. And please dont lie to me Mama. I can always tell when you lied to me. Siapa yg akan Mama pilih if you could turn back time? Your own family atau..lelaki itu?"
"Balas jasa mengandungkan Kamil? Bila seorang ibu mula memeras ugut anaknya menggunakan tempoh 9 bulan mengandung sebagai ganti, itu bermakna dia sudah hilang hak untuk memegang gelaran 'ibu'."
There's something that he said before this that I really like. But leave to other readers lah. "Tengku tahu dari mana bermula semua kesilapan ini? Dari Tengku sendiri. If only the great Tengku Azlan berani tinggalkan harta dan legasi keluarga untuk cintanya pada Marisa, all these wouldnt happened. Look carefully Tengku. It's your fault."
(Cintaku belum mati..tak tun tuang tak tun tuang.. Tapi aku perlu pergi..tak tun tuang tak tun tuang.. 😂😂😂 Macam ni pun boleh popular lagu ni. Hanya tukar lirik je.)
Amidst all these, Shafina did play a vital role in bridging the gaps or holes in their life. Fixing those broken hearts. Mending those lost souls. Eventhough it may sound as impressing or compelling her desires, longing or ideology upon Kamil's disregarding her safety at times, underneath it all, she understood and finally embraced Kamil's and his family's imperfection and perfection wholeheartedly without doubts.
But mmg ada part tu macam nak jotos jugalah kepala Shafina kerana kedegilannya..adakalanya Kamil sebab macam stoned gitu. For a new author, novel ni mmg one of the best that I have read menjelang akhir tahun yg berunsurkan kekeluargaan. Every role and emotions was beautifully depicted. Again bagi saya, tak rugi mempunyai naskah ini.
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM17. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)
N tak dapat sangat nak masuk dengan cerita ni. I could only read a few pages before N rasa I can do something else yang much more interesting, like layan citer Korea or Arrow.
naskhah ini, bawa pembaca meniti semua warna yang ada dalam dunia ini. yang ceria, yang cantik, yang kusam, yang kelam. satu persatu punya jalinan cantik yang tak putus hingga akhir. dan hingga akhir mampu buat pembaca membaca dan berfikir sama, tentang segala apa yang berkait dalam dunia realiti.
memang biasanya orang akan sebut, seburuk mana pun ibu, hargailah. hargai setiap nafasnya bila membawa kandungan. hargai segala jerihnya yang menanggung segala emosi membesarkan. tapi, bagaimana pula pada anak yang hanya terpaksa dikandung, dan kemudian dipandang sepi?
kamil bernasib baik, walaupun marisa meminggirkannya tapi dia dibesarkan oleh atuknya yang kaya harta dan juga mewah kasih sayang. sedikit pun dia tidak dipinggirkan oleh atuk yang amat sayangkannya. cuma dia tidak bernasib baik bila dihadapkan dengan kisah mamanya yang sentiasa negatif. yang terlalu obses dengan cinta. yang terlalu takut terpaksa mengemis harta dunia untuk hidup. yang curang dengan suami dungu.
marisa adalah watak yang sebenar membentuk lakar kelam pada cerita yang menarik ini. shafina pula datang, melorekkan warna-warna cantik yang mampu menenggelamkan segala kekeruhan yang dicetuskan oleh marisa. tak mudah sebenar untuk berdiri di hadapan kamil dengan marisa yang sentiasa mahu berada di antara mereka.
kesukaran itu juga buat shafina atau pun digelar mrs. kamil adakala sampai lelah untuk berjuang. walaupun cintanya hebat terhadap kamil, walaupun kamil membeku seperti ais dan sukar membalas kata cinta tapi setiap tingkah laku menggambarkan shafina adalah yang diagungnya. tiada siapa boleh mengusik wanita kesayangannya walaupun mamanya sendiri.
bila susun atur cerita cantik oleh penulis Laydee Amarfi, kita takkan kisah pun berapa tebal muka surat yang ada, berapa banyak dialog bahasa inggeris yang ada. in fact, sangat sedap duduk baca hingga ke akhirnya kerana mahu tahu apa seterusnya kisah kamil dengan mamanya. apa pula jadi pada keturunan yang dikata hebat oleh dato' hasnah dan juga cinta yang konon hingga abadi yang sangat disanjung oleh tengku azlan terhadap marisa.
kekayaan? adakah itu tujuan utama hidup atas muka bumi ini?
tan sri daris, penyimpan rahsia hingga akhirnya. shafina pula penyimpan cinta kamil selamanya.
kamil? apa ada dalam hatinya untuk semua perkara yang berlaku di depan matanya?
Mrs kamil. Semalam lagi dah jumpa perkataan tamat. Bila start baca dah tak boleh letak. Pulun juga baca sampai habis. Nak review panjang2 ayat bunga2 tak reti. Hahaha. Sadis kan.. 😂😂 Mula sekali nak ucap tahniah buat penulis sbb untuk karya pertama ni. Walau pertama kali saya baca, detik dalam hati, betul ke ni novel pertama dia? Macam tak je. 😁
Mr Kamil, susah nya tebak hatimu. Adakala dingin, adakala tidak. Rupanya ada penyebab. Ada rahsia yang terlindung di balik wajah sejuk beku tu. Kasihan Mrs Kamil yang menanggung perasaan. Dugaan datang silih berganti.Untuk pegang title Mrs Kamil, banyak yang di korbankan. Termasuk nyawa. Namun bahagia akhirnya milik mereka berdua. Apa yang dapat sy simpulkan di sini, CINTA itu buta. Cinta buat manusia alpa sampai terlupa mana satu tanggungjawab dan kemahuan. So pada yang belum dapatkan novel ni, sila beli dan baca cepat2. 😁😁 sekian ringkasan yang tak seberapa ni. Kepada penulis, Fi.. Selamat Datang ke dalam List penulis Fav saya. 😊
Mrs Kamil, hanya dirimu satu satunya tercipta untuk Mr Kamil. 😘😘😘
BEST! Gila ahh beli buku ni pun randomly sebab orang cakap best. AND... memang best pun. Kalau baca sinopsis rasa macam 'alaa ni mesti jalan cerita lebih kurang sama dengan kahwin-paksa-rela tu'. BUT ITS NOT! Jalan cerita lain, konflik agak berat yang membuatkan plotnya menarik.
Saya suka dengan watak Syafina yang tegas dan tak mudah melatah bila berhadapan dengan Puan Sri Marissa, even sikap tertutup Kamil pun Syafina boleh tahan selama 2 tahun. Dari segi positif, saya sedikit kagum dengan kisah cinta Tengku Azlan dan Puan Sri Marissa yang kuat walaupun keluarga Tengku Azlan menghalang cinta mereka. Tetapi sekuat-kuat cinta mereka pun boleh membawa bencana kepada diri masing-masing. Dan saya paling respek dengan Tan Sri Darus, atuk saudara Kamil, yang suka berjenaka, banyak memberi kata-kata nasihat pada Kamil dan Syafina dalam hubungan mereka berdua.
Denan itu, saya bagi bintang penuh utk novel Mrs. Kamil ni 😍
Best. Cerita yg padat dgn emosi. Batu tau kenapa Kamil jadi mcm Tu. Berselirat salasilah Kamil. Kamil yg Beku dan dingin bertemu dgn shafina. Shafina mengubah Kamil sikit Demi sikit.
Kehidupan normal manusia punya taksiran yang berbeza.. bg kamil kehidupan.. keras, tanpa perasaan.. semua nyer tegas.. tanpa senyum.. tanpa cinta.. itu semua normal..
Ya. Aku tahu lame giler kot. Buku ni dah famous tahun-tahun lepas lagi kot, tapi tahun ni aku baru baca. Tapi serious talk, buku-buku LA memang ada dalam wishlist aku. Cepat atau lambat je nak beli dan baca. .
Apa yang aku suka pasal buku LA ialah, emosinya sarat tapi sampai ke hati. Nak baca buku ni, memang hati kena kebal la sebab buku ni serius, bukan sekadar lovey-dovey je. Bila baca buku ni, aku memang rasa macam aku ni Shafina. .
Bagi aku la, 3/4 buku ni, aku lebih kesiankan Shafina. Penulis sangat bagus menggambarkan setiap satu scene sampaikan aku boleh letak diri aku kat tempat Shafina. Aku rasa dipergunakan. Aku rasa diabaikan oleh Kamil. Aku sedih bila Shafina yang sangat polos dan happy go lucky tu hilang selepas dia kahwin dengan Kamil. Aku rasa sedih bila kau banyak korbankan hati kau untuk Kamil, tapi Kamil tak pandang pun. .
And another 1/4 of this story, aku jatuh kasihan pada Kamil. Bagi dia, Shafina ialah segala-galanya dalam hidupnya. Tanpa Shafina, dia akan kembali ke dunianya yang sunyi sepi. Aku boleh nampak progression watak Kamil ni. Daripada dia berusaha untuk dapatkan Shafina, bila dia dah dapat, dia layan tak layan je sebab bagi dia, cukuplah Shafina faham yang Kamil sayang dia. Lepas tu, bila Shafina nekad nak cerai, barulah Kamil nampak lebih berusaha untuk pertahankan perkahwinan mereka. .
Kesian kat Kamil sebab dia ada kisah silam yang pahit yang tanpa sedar, dia menganiayai Shafina. .
Okaylah, tak larat nak tulis panjang, untuk yang tak baca lagi novel ni, dan inginkan bacaan yang berat, please give it a try. InsyaAllah, you will definitely love it. .
P/s: buku ni kan ada sambungannya. Tapi tak rasa macam nak baca. Hahah. Takut spoilt kan impression aku
Shafina memang dah mula sayang dan cintakan Kamil sejak dari awal lagi. Jadi mesti… Kamil cintakan dia juga, bukan? Kalau tak, takkanlah dia melamar Shafina untuk jadi isterinya?
Tak tahu lah nak cakap Ahmad Kamil ni macam mana. Kejap dia merah, kejap dia hijau. Kejap dia sayang, kejap dia hati batu. Tak pernah mengeluarkan kata cinta pada Shafina tapi wanita itu yang sering dia ingat. Act of service lah love language Kamil ni 😌
Buku ni ada banyak sangat benda terjadi sampai zu rasa bila lah diaorang ni nak happy, yang Kamil tu dah sayang tu cakap weh CAKAPPP! Banyak conflict antara family, cukup cukup lah tu 😭🫠🏃🏼♀️ bagilah Mr Kamil ni happy ever after dengan Mrs Kamil 🥺
Penat, Shafina dah penat. Terasa dirinya dipergunakan setelah dia tahu apa yang jadi. Senang kata, dia dah tahu apa sebenarnya maksud perkahwinan ini. Patutlah dia…
Kamil terlalu mengejar bahagia yang diimpikan sehinggakan kebahagiaan yang sudah sedia ada di sisi ditolak ke tepi. Kamil sedar yang bahagia dia bermaksud Shafina.
❀*̥˚── ❀*̥˚
Nasib baiklah character development Kamil ni at the end sweet dia manis sangat! Eh manis dengan sweet tu kan sama 😳 Bukan Shafina je malu, zu pun blushing bila baca Kamil macam ni tau! Ish 😌 dah lah dia tu setia weh 🥺 pandai masak ❤️
Seperti biasa, novel yg berada lama dlm rak. Ambil letak ambil letak sampai terlupa ada novel ni. Bagi saya novel ini agak berat dan antara novel yg sgt slow utk saya habiskan.
Namun bila habis ke garisan penamat, perghhh tak dinafikan, cerita ini mmg best. Cerita yg byk rahsia yg disimpan oleh Kamil.
Polos Shafina mengundang Kamil utk mengambil kesempatan. Namun tanpa disedari olehnya, rasa yg telah lama tersimpan buat Shafina adalah cinta. Dinafikan rasanya itu utk menghalang hati dan hidupnya disakiti sekali lg.
Tp bg saya tidak adil utk Kamil merahsiakan semua perkara dr Shafina sehingga saya rasa kesian dgn hidup Shafina yg seakan terhegeh2 menanti cinta dr Kamil dan kerap diabaikan kerana Kamil lebih memilih kerja dari isteri yg setia menanti.
Part yg plg saya suka bila Shafina kemalangan dan koma. Mmg saya wish sgt supaya koma Shafina tu biar lama sebab nk bg Kamil rasa bagaimana selama perkahwinan mereka, Shafina lebih byk sabar dan tabah dgn sikap beku Kamil.
Apapun tahniah Laydee Amarfi utk Mrs Kamil yg bg saya sebuah cerita yg punya kelainan dan keistimewaan sendiri👍
Penat weiii nak habiskan novel ni. Banyak masalah banyak konflik. Dengan perangai degil keras kepala batu Kamil lagi. Last sekali saya jugak yang sedih bila akhirnya Marisa meminta maaf daripada Kamil. Betapa Kamil dahagakan kasih sayang ibunya. Tetap terus menunggu ibunya kembali padanya. Sejahat mana pun ibunya tetap jauh di sudut hati seorang Kamil masih mengharap kasih ibunya.
Ini semua berpunca dari duit dan cinta itu buta. Seperti butanya Adnan dan Azlan pada Marisa. Seperti Marisa yang tamakkan kemewahan. Hanyut dan merugikan hidup. Masalah orang dewasa tapi yang menanggungya si anak, Kamil. Perit dan sedih dengan kehidupan yang dilalui Kamil. Datangnya Shafina membawa warna dalam hidup Kamil. Bila orang yang kita sayang hampir dengan kematian, masa tu baru lah Kamil tersedar. Baru nak menyesal. Masa tu la nk say sorry and love you bagai.
Oh ye. Saya teringat pada Akasyah. Saya sebenarnya baca Emelda dulu, then baru tergerak hati nk baca Mrs Kamil. Akasyah tu gabungan Kamil dan Shafina. Suka sangat.
Berselirat jugak salasilah keturunan Tan Sri Borhan, dalam masa yang sama tersangkut dengan keturunan Dato Hasnah. Malas nak faham. 😁
Well, kalau dari penulis memang saya rasa tak cukup. Saya nak lagi.
baca dkt free read wattpad tersangkut pulak dengan cerita kak fi. lakaran bahasa kak fi rasa sangat cantik.. loving cara kak fi described untuk setiap plot.. rupanya dah ada published book. wink wink wajib cari semua lepas ni.. sy ingat sy dah x de rasa nak baca novel sebab lagi prefer e-novel sekarang ni.. rupanya jiwa remaja sy masa ade lagi muahahah
sepenuh bintang untuk kesetiaan kamil terhadap isteri dia. walaupun muka beku tapi caring nak mati. expresi, emotion, n complicatednye lelaki dengan perempuan buat rasa macam nak sebat jugak lah laki bini ni kekadang..
suku bintang utk kamil yg gile kerja dan kedegilan shafina.. tapi I feel bad for all of the good guys/girls who are stuck fixing all those broken hearts. plzz jangan cuti dari Wattpad lelama... nanti rindu terutama dekat nain's Key ^_^
Kalau dah nama penulisnya Laydee Amarfi memang tutup buku dgn hati yg kembang. Semua karyanya tak pernah lagi mengecewakan sy, really my cup of tea 🍵
Setakat 4 buah novel LA yg sy dah baca, semua heronya jenis beku, dingin, tak romantik. Tapi sekali dia tunjuk sayang, cair cair cairrrr..😍
Kisah Kamil dan Shafina, kisah cinta mereka bukan cinta romantik dan sweet bergula, tapi hati terasa kembang je baca.
Tapi kalau jadi Shafina, tahap kesabaran kena tinggi jugak. Bukan senang nak selami dan faham hati seorang suami macam Kamil. Dah la bercakap apa dia rasa perlu je. Isteri tengah risau, bila tanya soalan dia jawab pendek2 ikut hati dia nak je. Dan sifat king control dia tu memang kuat. Mujur la lama2 Shafina boleh terima seadanya.
Konflik mereka tak ada orang ketiga, semuanya berkisarkan konflik hati dan keluarga. Tapi terasa cukup rencah dan rasa, cukup ups and downs. Terima kasih Laydee Amarfi utk sebuah karya yg buat sy tersenyum puas.
Tajuk dia tidak menarik saya untuk membaca tapi setelah membaca, saya sangat2 tertarik dgn buku ini. I suka buku ini kerana kelainannya dari segi penceritaan dan plot dari yang biasa.
Tiada isu rival perempuan yang berebutkan hero secara terlampau ...walaupun ada Qaisara yg cuba merebut Kamil tapi itu bukan main focus nya.
Mrs Kamil lebih memfokuskan isu kekeluargaan dan kompleksnya keturunan Mr. Kamil. And how Puan Sri Marisa, ibu Kamil berubah hanya setelah cinta agungnya Tengku Azlan bertindak untuk menjauhkan diri dan memutuskan hubungan mereka. Tan Sri Adnan, Tengku Azlan & Puan Sri Marisa are forever connected because of love...twisted or otherwise.
For a new writer, she has managed to sustain my interest. I strongly recommend this book and its worth buying.
Kamil yang sorang yang sangat ego dan keras dari segi luaran tapi bila dalam hati sorang yang penyayang tapi tak nak tunjukkan.. Mengahwini Shafina yang dia sayang sgt.. Sangat protective.. bila melibatkan Shafina.. Pn. Sri Marisa nie mmg tak tau dek untung.. tak sedar diri pun iye jugak.. tak ingat dulu dia pun dari kalangan org susah.. tapi bila bab Shafina boleh plak dia tak suka Kamil kawin ngan Shafina.. Pernah laa jugak Shafina nie feedup dlm perkahwinan sebb tak tahan ngan Pn Sri asik dok kondem dia aje.. sampai sanggup membunuh.. ish.. apa laa punya mak.. Korang baca laa yer.. hehehe..
Love this book! Mainly because both main characters are strong. Tak mudah goyah (cause I’m tired of reading suami/isteri yg lebih percaya kata-kata org lain)
Bahasa Inggeris banyak di dalam novel ini. But I don’t mind cause sentence structures tak berterabuh.
Suka dgn sikap Kamil yang tegas tapi amat caring towards her wife. Tak senang nak dapat seorang suami yg akan mempertahankan isteri daripada perbuatan ibu sendiri.
Lama juga aku ulit novel ni. Dalam seminggu lebih rasanya. Biasala tebal ya ampun. Tambah lagi konflik yg tak sudah2.
Bagi aku shafina watak dia pelengkap dlm hidup Kamil. Walaupun perkahwinan diorang diuji pada mulanya dan sedikit goyah. Tapi bila terjadi peristiwa hitam tu buatkan Kamil yg sikapnya dingin terus bertukar sedikit demi sedikit. Baru kau tahu kau tak boleh hidup tanpa isteri kau tu kamil. Bila shafina ada kau tak hargai dia. Bila dah jadi sesuatu baru la nak terhegeh-hegeh kan. Haha. Tapi aku respek la dkt kamil memang dia tak bagi can la dkt mak dia yg jahat tu.
Mak si kamil ni pon satu la. Apa yg dia cinta sangat dkt tengku azlan tu ek. Takkan sbb dia selamatkan sekali je terus jadi cinta mati. Puan sri marissan ni buta ke ada Adnan yg dok tunggu bertahun-tahun tu. Sampai ke sudah ya. Cinta matil betul ya. Ish ish ish
Tapi overall cerita ni best la. Aku puas hati.
Hmm dah habis baca semua novel Laydee Armarfee ni. Memang tak mengecewakan. Bila ya nak ada novel baru? Hehe