Jump to ratings and reviews
Rate this book

Bagaimana Saya Menulis : Proses Penciptaan Cerpen

Rate this book
Buku "Bagaimana Saya Menulis : Proses Penciptaan Cerpen" menelusuri pengalaman 17 penulis karya kreatif dalam menghasilkan karya mereka. Menerusi sebuah cerpen terpilih yang dijadikan paksi perbincangan, setiap penulis menghuraikan tentang proses kreatif mereka terutama dari segi latar, pengalaman peribadi, pelukisan watak dan perwatakan hingga memungkinkan cerpen mereka dihasilkan dan menjadi sebuah karya yang bermakna.

Buku ini memperlihatkan kepada khalayak bahawa penulis dengan karya-karya mereka mempunyai hubungan yang sangat erat, sekali gus boleh menjadi panduan dan rujukan kepada khalayak mendapatkan gambaran jelas tentang bagaimana proses kreatif seseorang penulis berlangsung.


KANDUNGAN
Pengenalan

1. Aminah Mokhtar
Ya Allah Dia Menangis
Proses Kreatif "Ya Allah Dia Menangis"

2. Faisal Tehrani
Perlak Emak
"Perlak Emak": Sebuah Kisah Kreativiti Taman Melayu

3. Jais Sahok
Jiji - Moga-moga Kau Mendengar
Proses Kreatif Penghasilan Cerpen "Jiji - Moga-moga Kau Mendengar"

4. Kamariah Kamaruddin
Tentang Hijab
Bagaimana "Hijab" Terhasil

5. Maskiah Masrom
Nyanyi Sunyi
Proses Kreatif Cerpen "Nyanyi Sunyi"

6. Mawar Safei
Dia dari Penjuru Tahun Lalu
Proses Kreatif "Dia dari Penjuru Tahun Lalu"

7. Mohd Nazmi Yaakub
Selirat Derita Pun Terurai
Proses Kreatif "Selirat Derita Pun Terurai"

8. Muhd Nasruddin Dasuki
Kelekatu Bersayap Ungu
Proses Kreatif "Kelekatu Bersayap Ungu"

9. Nisah Haji Haron
Pusaka Cendana
Ilham dan Cetusan Menulis "Pusaka Cendana"

10. Rahimidin Zahari
Pak Da Megat Wan Setapa Mek Mah Tuk Bagih
Proses Kreatif "Pak Da Megat Wan Setapa Mek Mah Tuk Bagih"

11. S.M. Zakir
Cerita untuk Teman-teman
Menulis Adalah Permainan Silap Mata

12. Saharil Hasrin Sanin
Air Mata Orang Kaya
Penulis Adalah Penipu: Proses Penciptaan Cerpen "Air Mata Orang Kaya"

13. Salina Ibrahim
Imam
"Imam" Suatu Terapi Diri

14. Samsiah Mohd. Nor
Lazuardi
Proses Kreatif "Lazuardi": Kolaborasi Catatan Tiga Pengalaman

15. Siti Jasmina Ibrahim
Kelir
Bagaimana Saya Menulis (Proses) -Cerpen "Kelir"

16. Siti Raihani Mohd. Saaid
Seniman Rajemee
Proses Kreatif "Seniman Rajemee"

17. ZaidAkhtar
Pendedahan
"Pendedahan" antara Intertekstual dengan Isu Semasa (Menyorot Satu Lagi Sisi Hang Tuah)

Biodata Penulis

350 pages, Paperback

First published January 1, 2011

7 people are currently reading
72 people want to read

About the author

Mawar Safei

10 books15 followers
Dilahirkan pada 27 Februari 1971, Singapura. Mendapat pendidikan awal di Singapura dan Johor Bahru. Memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) (1995) dan Sarjana Sastera (1997) dari UKM; Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang kesusasteraan bandingan dari Nanyang Technological University, Singapura (2006). Beberapa tulisan akademik beliau terbit dalam jurnal dan majalah serantau. Beliau merupakan pengulas cerpen Dewan Siswa sejak 2007 hingga kini. Buku terbarunya ialah Bagaimana Saya Menulis (bersama Nisah Haron, DBP, 2011), Novel Intertekstual Melayu (UKM, 2010) dan Kreativiti Minda Melayu-Jawa (UKM, 2009). Beberapa kumpulan cerpen beliau ialah Zel (1998), Montaj II (2002) dan Masitah (2007). Antara pengiktirafan yang diterima ialah Hadiah Sastera Utusan Melayu-Public Bank (1994, 1995, 1996, 1998, 1999, 2008, 2009), Hadiah Sastera Perdana Malaysia (1996/97, 2004/05, 2008/09) dan Hadiah Sastera Darul Takzim (1999, 2003, 2005, 2009). Kini merupakan Profesor Madya dan Ketua Program (2007-2012) di Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Fakulti Sains Sosial, UKM; pengkhususan beliau adalah sastera dan kreativiti.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
13 (33%)
4 stars
18 (46%)
3 stars
7 (17%)
2 stars
1 (2%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 11 of 11 reviews
Profile Image for Nik.
60 reviews5 followers
January 24, 2016
Buku ini memang saya niatkan untuk belajar menulis cerpen sebagai permulaan untuk saya menulis. Saya kira pelaburan saya berbaloi-baloi memandangkan buku ini sangat-sangat membantu. Menelusuri cerpen dan proses kreatif dari 17 pengarang, saya membuat perbandingan sedikit sebanyak tentang gaya penulisan dan proses kreatif mereka.

Mengembara, bergaul dengan masyarakat, pemerhatian, imaginasi, kajian dll sangat-sangat diperlukan dalam proses menghasilkan sebuah cerpen yang bermutu. Kebanyakan pengarang mendapat idea untuk karya mereka daripada pengalaman dan pengamatan.

Peristiwa yang terjadi dalam hidup, mencetuskan inspirasi untuk menulis samada untuk merealisasikan impian, mengekspresikan realiti yang pahit, mengkritik ketidakadilan dan kezaliman atau boleh jadi untuk apa jua tujuan. Saya kira, untuk menjadi penulis yang hebat pengalaman dan pengamatan amat penting. Kalau hidup berkurung saja dalam bilik, banyak realiti sebenar akan terlepas pandang. Soal bahasa mungkin hebat, tetapi soal nilai sesebuah karya?

Terima kasih.
Profile Image for Jiwa Rasa.
407 reviews58 followers
January 25, 2011
Pengalaman membaca yang menyeronokkan. 17 cerpen dan perkongsian pengalaman kreatif oleh penulisnya. Buku ini mesti dimiliki. Boleh dijadikan sebagai pengenalamn kepada karya-karya penulis terkenal tanahair.
Profile Image for Al Ghazali Sulaiman.
7 reviews
January 11, 2011
Dalam banyak hal, seseorang penulis itu sangat berahsia terutama sekali dengan perkara berkaitan proses kreatif. Perkara ini akan berkecuali sekiranya menyertai bengkel yang dikendalikan oleh penulis berkenaan mahupun memintanya berbicara secara peribadi.

Buku ini umpama 'membuka pekung di dada penulis'. Erkk..sesuai ke saya kata macam tu?
Profile Image for Nor.
Author 9 books106 followers
September 23, 2012
Buku ini menambah yakin saya bahawa penulis bukan menulis secara 'main-main'. Penulis boleh menjadi pendakwah kepada kebaikan, pencegah kepada kemungkaran. Mereka buat 'homework' untuk menulis.
Menulis bukan kerja mudah.
Para penulis yang menyumbangkan perkongsian cerpen dan bagaimana mereka menghasilkannya, sememangnya mereka yang punya wawasan dalam menulis. Bukan sekadar hobi.
This entire review has been hidden because of spoilers.
337 reviews15 followers
September 9, 2018
Bagaimana Saya Menulis menyentuh proses penciptaan cerpen oleh 17 penulis antaranya Nisah Haron, Faisal Tehrani, Samsiah Mohd Nor dan Salina Ibrahim. Mereka berkongsi cerpen yang terplih dan juga berkongsi proses yang dilalui dari menggarap idea, memilih dan menyusun elemen, watak, latar dan pengalaman sehingga menjadi sebuah karya yang kreatif dan bermakna. Apa yang saya dapat pelajari ialah mengenai hubungan erat antara penulis dan karyanya dan juga kesungguhan untuk menyempurnakan sesuatu karya sehingga diterbitkan. Para penulis dalam buku ini mennggunakan Bahasa Melayu Tinggi yang sedap untuk dibaca dan diulang baca. Buku terbitan DBP pada tahun 2017 ini amat bagus sebagai rujukan penulis baharu. "Proses menulis tidak kira apa genre pun, adalah keseronokan menulis dan mahu melengkapkannya dengan sejujur mungkin dan seadil mungkin buat cerita yang dicipta. Sesungguhnya menjadi penulis atau pengarang adalah insan yang memiliki kelebihan dalam dunia ilham yang paling unik, indah dan istimewa anugerah Allah swt jua. -Siti jasmina Ibrahim"
Profile Image for neeza  zainal.
164 reviews7 followers
November 18, 2017
Saya beli buku ini secara dalam talian, maka saya tidak tahu bagaimana bentuk isi kandungan buku ini. Saya bayangkan buku ini menunjukkan cara terperinci bagaimana menghasilkan sebuah cerpen secara langkah demi langkah. Sangkaan saya meleset. Ternyata buku ini lebih daripada apa yang saya sangkakan. Ia merupakan kompilasi cerpen-cerpen daripada penulis-penulis yang berbeza dan kemudian penulis-penulis tersebut menceritakan bagaimana mereka mendapat ilham untuk mengarang, teknik-teknik penulisan yang digunakan oleh mereka serta harapan/mengapa mereka menulis cerita tersebut. Terdapat banyak pelajaran apabila kita mengetahui kisah belakang tabir di sebalik penghasilan sebuah cerpen.

Kepada penulis-penulis yang terbabit, terima kasih kerana berkongsi ilmu.
Profile Image for Haryati Abd. Halim.
239 reviews15 followers
April 7, 2011
Secara peribadi, dunia penulis penuh warna-warni. Sungguh! saya sangat kagum dengan mereka. Segala-galanya serba memberi ilham. Pengalaman, ilmu bantu dan imaginasi- terhasil apa sahaja genre yang mereka tukangi. Segalanya serba menjadi dan kita sebagai pembaca menikmatinya dengan penuh keinsafan sambil berfikir dan merenung santapan jiwa dan minda.

Profile Image for Nur Asilah.
94 reviews
June 10, 2013
Buku yang menghimpunkan penulis-penulis mapan yang turut berkongsi proses kreatif mereka dalam menghasilkan sesuatu cerpen. Sesuatu cerpen pasti ada cerita tersendiri disebalik apa yang dikisahkan penulis sama ada perkongsian pengalaman, ilmu mahupun imaginasi yang digarap dalam suatu sudut dimensi kreatif.
Profile Image for Nissa'.
Author 3 books42 followers
August 22, 2011
idea buku tentang proses kreatif yang sangat menarik. ada cerpen dan ada proses kreatif.
tunggu BSM 2 pula :)
Profile Image for Roslan  Abd Latib.
47 reviews1 follower
April 9, 2023
Cerpen berjudul air mata orang kaya agak menarik .Ditulis oleh Saharil Hasrin Sanin
Displaying 1 - 11 of 11 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.