Jump to ratings and reviews
Rate this book

Mawar Berduri

Rate this book
Hidup 30 tahun tidak pernah bercinta. Itu yang berlaku kepada Rauf Zuhayr. Tatkala teman-teman sebaya sudah maju dengan berkahwin dan bercinta, dia tetap sendiri. Kerana prinsipnya musim bercinta bukan untuk cuba-cuba.

Hingga dia bertemu dengan Diane Rose Mc Lachlan, lalu jatuh cinta kali pertama. Sayangnya, gadis itu rupanya teman wanita gelap Tan Sri Fatah. Tidak peduli! Rauf cuba juga mendapatkan gadis itu. Sayangnya setelah cintanya berbalas, ibunya menentang perhubungan itu atas alasan Diane itu tidak sekufu dengan keluarga mereka.

Hadir seorang lelaki budiman dalam hidupnya membuatkan Diane tergila-gila. Dan dia hampir nanar saat mengetahui Rauf akan ditunangkan dengan seorang gadis bangsawan. Siapalah dia yang sebatang kara ini?

Ketika Diane hampir rebah oleh onak duri hidupnya, Rauf hadir semula untuk merawat lukanya yang parah. Rauf nekad demi cinta biarpun tahu dia sedang menentang wanita yang memegang syurganya. Adakah pilihannya salah seperti kata-kata ibunya?

“Memalukan! Perempuan baik-baik ditolak demi perempuan yang tak tentu asal usul. Anak luar nikah!”-Puan Sri Nur Ain.

Tiba-tiba muncul Tunku Imranuddin dalam hidup Diane. Seseorang yang sudah lama menghilang datang menuntut kasih sayang daripadanya. Kehadirannya menyentak keegoan Puan Sri Nur Ain dan Amanda yang membenci Diane. Siapakah Tunku Imranuddin?

Diane Rose... wanita yang ditinggalkan sebatang kara di dunia ini. Salah atau betul jalan hidupnya, terletak di pundaknya sendiri. Sepertimana arwah ibunya, tidak mudah untuk dia menggapai bahagia. Ditinggalkan ayah kandung, ibunya pergi menghadap Ilahi dan seterusnya cinta diduga dengan tentangan daripada ibu mentua, Diane sudah biasa menempuhi kesakitan hidupnya seorang diri.

Namun Diane percaya... No Roses Without Thorns, yang mana setiap hidup pasti ada cubaan. Lambat atau cepat, Tuhan pasti akan menemukan dia dengan kebahagiaan yang ingin sangat dimilikinya!

740 pages, Paperback

Published September 1, 2017

1 person is currently reading
52 people want to read

About the author

Adnil Zaff

68 books107 followers
Nama pena Adnil Zaff juga boleh dikenali dengan Fazlyn Ridz. Beliau kini menetap di Kampung Gajah, Perak dan merupakan seorang penulis sepenuh masa.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
25 (42%)
4 stars
29 (49%)
3 stars
5 (8%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 12 of 12 reviews
Profile Image for  Kak Zie.
370 reviews63 followers
July 26, 2018
Cerita ni okay. Ada masanya akupun ikut tergelak sama dengan perangai sengal si Rauf tu. Tapi cerita ni jadi tak okay lepas kemunculan ayah Diane yang berstatuskan seorang sultan. Sultan? Hmmm, meleret-leret jadinya.

Rasanya tak perlu kot kisah yang meleret-leret macam ni. Mungkin boleh dipendekkan lagi. Aku dah seronok dah baca tapi apabila sampai kepada bab yang meleret-leret ni, mula la aku rasa lemah. Tapi sebab dah tinggal suku buku lagi yang nak dihabiskan, maka aku gagahkan jugak baca sampai habis.

Lagi satu, rasa tak seronok sebab Diane panggil Rauf dengan nama je. Dari mula kawen sampai anak dah 7 orang, dia tetap panggil Rauf macam tu. Lepas tu manjang la dok I dan You. Sesekali je dia panggil Rauf tu Yang. Kan manis jika Diane panggil Rauf dengan panggilan yang sepatutnya bagi seorang isteri walaupun dia tu anak orang putih.

Pelik jugak sebab anak dorang asyik kembar je sedangkan dorang takde keturunan kembar. Yang ada keturunan kembarpun susah nak dapatkan anak kembar.
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
June 27, 2019
Anak2 lelaki Puan Sri Ain memang ikut perangai arwah atuk, arwah nenek dan bapa mereka instead of their mother. Tak memilih bulu, rendah diri dan tak mudah judge orang based on masa lampau or present. Walaupun seeing is believing, mereka tak judge until the whole truth is out. At times mmg tergelincir sedikit but they got back on track.

Perjalan cinta Rauf, anak manja Puan Sri Ain, bukan mudah. Banyak tentangan terutama sekali dari ibunya dan kakaknya Amanda. Basically, ibunya sudah ada menantu pilihan yg setaraf dengan mereka. Sementelah lagi image yg dibawa oleh Dianne Rose sebelum ini mengusutkan lagi keadaan. Rauf hampir putus asa dan meneruskan pertunangnnya dengan menantu pilihan ibu. Tapi he realised his mistake dan cuba membetulkan keadaan.

Ratna dan Tengku apa namanya, hehehe tak ingat.. is another species. Hidung tak mancung, pipi tersorong2. Ratna lagi lah. Mana dia letak sifat malu tu pun tak tahu. Cakap bab relationship berteraskan landasan Islam macam gah..walhal dia sangat melebih2 dlm meluahkan rasa. Pandangan pun tak jaga. 😏

Lets not talk about Rauf dan Dianne sangat dan species2 lain. Sepanjang pembacaan saya lebih terkesan dengan sikap Puan Sri Ain. Bukan dari novel ini sahaja saya kurang berkenan dengan sikap dia, dari novel Raid saya dah begitu. Saya ingatkan dia memilih kerana sikap yg ada pada diri wanita itu namun ia meleset lebih pada kedudukan yg dipegang oleh menantu pilihannya. Dia extremely judgemental dan tak mudah memaafkan. Dia juga menghina orang tanpa memikirkan perasaan Diane. Bukan dia tiada kebaikkan tapi ia di malapkan oleh sifat sombong begitu.

Bagai kacang lupakan kulit mungkin. Lupa bahawasanya dahulu kehidupan dia juga bukanlah setaraf dengan org yg kaya raya dan bernama. Suaminya hanya datang dari keluarga yg kaya tapi tiada title seperti adik beradik suaminya yg lain. Mereka berusaha hingga dapat capai ke tahap itu. Nak kata menghormati suami dia pun, saya tak nampak begitu sangat. Lebih banyak menentang daripada akur dengan nasihat. Tak suka angkat kaki jalan.

Yang buat saya terus menyampah bila dah tahu dia khilaf menuduh tentang status sebenar Diane, dia masih mengeraskan hati dari meminta maaf. Malu and pride got in her way. Itu yg berbulan2 dia masih terus memulaukan Diane. Bukan kerana status lagi kerana dia tahu kedudukan Diane lebih tinggi dari keluarga dia dan menantu pilihan.

Because of her, banyak kali saya berhenti membaca. Setahun kemudian cuba picked it up only to cast it aside again. Baru beberapa hari lalu sempat saya kuatkan hati membaca. Bukan tak memahami isi hati seorang ibu but berpada2lah. Mcm hypocrite pula saya rasa diri ni.

That aside, saya pun takut jika saya jadi mentua atau ibu begini. So in a way, saya sematkan dlm minda dan ambil ikhtibar dari kisah ini agar hidup jangan terlalu menongkat ke langit hingga lupa rumput yang melata di muka bumi.
Profile Image for Sera.
92 reviews14 followers
December 5, 2017
Adnil Zaff mmg tak pernah menghampakan. Kisah kali ni tentang Rauf (adik Raid Mr Crush & cucu to Arif Buhler). Kali pertama bertemu ngan Diane Rose, hati dah terpikat. Suke part mula2 si Rauf ni malu2 nak pikat Diane. Lepas tu, selamba aje dia bagi ayat2 memikat yg direct. Diane anak kacukan yg tak sah taraf. Nama bapanye tak tertera di surat beranak nye. Ni yg membuat dia rasa kekurangan and mayb kerana tak pernah merasa kasih sayang seorang ayah, she has an affair wif her older boss, Tan Sri Fattah who is married (daddy issues mayb). Kagum ngan watak isteri Tan Sri Fattah si douchebag ni.

Hubungan Rauf & Diane ditentang hebat oleh mak si Rauf ni. Tak serik2 Puan Sri Ain ni eh.. kerana dia dah ade calon isteri utk Rauf & also due to Diane’s status (pompuan simpanan & anak tak sah taraf). Tapi betul ke Diane ni illegitimate child... Kena baca baru tau lah...

Saya suke both watak Rauf & Diane ni. Tak cepat mengalah walao hubungan dorang banyak dugaan from all aspects.
As usual, crite AZ slalu ketengah kan family ties and this story pon sama jugak. Banyak kata2 nasihat tentang kemaafan, muhasabah diri & percaya pada Qada & Qadar.
Overall, crite tak berat tapi banyak terselit adengan yg menyentuh emosi eg, kasih sayang anak kepada ibu bapa, ketaatan seorang isteri pada suami & cara seorang suami yg menegur isteri dgn kelembutan. Sgt2 tak menyesal menbeli buku ni. I wish there’s a story on Tan Sri Rafael and Puan Sri Ain ni.. And also one on Mikael.. mayb nex one will be on Edin. Seperti kata2 another reviewer, i also muz start to list down family tree Arif Buhler ni..
Profile Image for Jaja  A.
148 reviews27 followers
November 28, 2020
Jangan menilai org tanpa kenal hati budi. jgn hakimi org drp keturunan semata. bgus watak rauf yg pandai mencapai impian sdr dlm masa yg sama cuba jd anak yg taat. tidak pelik amanda dan puan sri ain tu memandang serong pada diane. tp agak lama ambik masa utk diane berbaik dgn pn sri.. lg manis jika diane awal berjumpa dan berbaik dgn pn sri walau tak dinafikan pn sri salah menilai.. 3.5*
Profile Image for Al.
82 reviews1 follower
May 28, 2021
Rauf ni memang permata. Cara dia bercakap, bertindak memang buat aku jatuh hati. Harap ada ramai rauf kat luar sana. Dia tahu tak ada guna dia naik suara atau tangan bila berselisih faham dengan Diane. Dia guna cara lembut. Tegur secara berhikmah. Bukan senang nak tegur orang ni. Diane ni memang kuat, mak mertua tak suka tapi dia bertahan, bila rauf cakap dia ikut. Itulah yang sepatutnya. Bila ketua kepala jenis yang betul, isteri pun aku senang ikut tapi kalau isteri jenis bega nak mampus memang tak boleh nak buat apa la. Oh no berderet anak uols😂
Profile Image for Mslvoe.
2,124 reviews211 followers
October 12, 2025
Awal² tu bestlah jugak baca cara Rauf tackle si Diane. Cabaran untuk miliki Diane lantaran mak Rauf tak suka. Dia prejudice dengan kisah silam Diane lantaran kakak Rauf pernah jumpa Diane dengan boyfriend dia Tan Sri Fattah.

Kisah ni jadi draggy bila Diane bertemu ayah kandungnya. Ok la fine imagination penulis. Layan jela till the end.

Tapi kan kisah ni meleret² sampai F rasa dah² la tu. Diane ni preggy agaknya dia dok suruh doctor rahsiakan dia dapat anak single or twins. Memanjang surprise.
Profile Image for Izz.
420 reviews9 followers
February 28, 2021
Lelah betul dengan perangai Puan Sri Nur Ain ni. Nampak pangkat je. Last sekali baru dia tau siapa Diane tu. Haaa..ambik kau. Rauf juga yang untung sebab terima Diane seadanya. Baik lar Rauf ni. Sweet dan sangat lar sengal kadang² tu. Rauf ni dari famili Buhler. Rasanya famili ni sama dengan famili dalam cerita fasad. Tapi pening lar nak connect kan hubungan diaorang sebab dah lupa cerita fasad tu. 🤭
Profile Image for Ynah Smdg.
108 reviews16 followers
April 10, 2019
3.5
Konflik sikit tp penceritaanya sangat detail. Rauf yg tersepit antara cintany dgn Diane dan menurut kata mamanya. Bukanlah perbezaan darjat tp krn menghakimi seseorang tanpa melihat hati org tu mcmana. Sy suka attitude Diane how to handle and facing ketika dia bercinta dgn Fattah (suami org). Diane tenang sj. Rauf yg determined and menunjukkan effort membuatkan dia spt.. He is a man 😊.
Profile Image for adahaz .
79 reviews2 followers
August 12, 2021
Markah penuh!

Antara hero heroin yang paling saya suka! Arghhhh! Memang tak risau langsung dengan diorang sebab dua-dua matang dan tak buat perangai bodoh.

Thumbs up!
Displaying 1 - 12 of 12 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.