Jump to ratings and reviews
Rate this book

Mencari Kewajaran Islam di Malaysia:

Rate this book
Buku ini menghimpunkan 71 esei dalam pelbagai bidang tetapi berkaitan dengan tema dan topik “Mencari kewajaran Islam di Malaysia”. Mencarikewajaran! Mengapa? Kerana banyak ketidak-wajaran berlaku dalam hal-hal Islam dan keislaman di Malaysia, sekitar tahun-tahun sebelum 2000, hinggalah sekarang.

Dinsman dikenali sebagai aktivis teater dan puisi. Teaternya Menunggu Kata Dari Tuhan (2009) dipersembahkan di dalam masjid dan surau. Terakhir dia membawa lakonan ke atas pokok melalui Teater Atas Pokok (2016) dan ke sawah padi, ‘Teater di Sawah Padi’ (2017). Namun penulis yang berpendidikan agama (Maahad Mahmud dan Kolej Islam) sebelum mempelajari Sosiologi-Antropologi di Universiti Malaya ini, juga banyak berbicara persoalan umat Islam dan keIslaman di Malaysia. Itulah drama Tamu Dari Medan Perang (2006), dan buku politiknya Kelantan 22 Tahun Bukti Kejayaan (2013).

Mencari kewajaran Islam di Malaysia mempersoalkan banyak perkara, amalan dan nilai yang berlaku dalam masyarakat Islam Malaysia, yang menurut pengarang ini adalah tidak wajar, yakni tidak wajar mengikut fahaman Islamnya. Dan beliau menjelaskan kewajarannya.

284 pages, Paperback

First published January 1, 2017

1 person is currently reading
2 people want to read

About the author

Dinsman

17 books2 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
1 (16%)
4 stars
3 (50%)
3 stars
2 (33%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for Regina Ibrahim.
Author 22 books112 followers
November 13, 2017
MENCARI KEWAJARAN ISLAM DI MALAYSIA
Penulis: Disman
Terbitan: SIRDC
Edaran: Gerakbudaya
Shamsudin Osman pengiat seni teater mempersembahkan esei esei pilihan yang terkumpul sejak tahun 2008 – 2015. Merupakan penulis kolum Wacana Budaya di akhbar harian Harakah dan esei esei terkini yang pernah diterbitkan oleh TMI dan 15 esei sewaktu Tok Guru Nik Aziz menerajui pucuk pimpinan PAS di Kelantan.Himpunan 71 esei yang tampil sesuai zaman dalam kekalutan kita beragama dan ketika agama sedang diperkudakan untuk hal hal pemerintahan.
10 topik menarik yang sudah tentu harus dibaca oleh pemimpin dan rakyat yang peka. Sebagai pemerhati sistem politik dan rakyat Malaysia, topik topik yang diulas jadi dekat dengan hati serta pemikiran. Penulisan jelas tanpa berbengkang bengkok berdoktrin. Dari hal hal politik membawa kepada sifat para ulama dan penyakit “kita saja yang betul”. Secara terbuka Dinsman mengaku bagaimana tampuk pemerintahan PAS yang berubah setelah kematian tok guru Nik Aziz, menarik apabila dibuka soalan “Kalau Nik Aziz Jadi Ketua Meneri Pulau Pinang” disentuh secara sinis, lucu tapi serius, menyentuh sifat kita terhadap pemimpin, kejadian dalam negara dan beragama demi kesejahteraan hidup.
Berberapa nama dan personaliti yang dilibatkan dalam esei menjadikan naskah ini seronok dibaca seperti Mat Sabu, Azmin Ali, Prof Shahrir Md Zain, Karpal Singh, Lim Hong Siang, ramai lagi termasuk JAIS dan pelbagai kisah kisah yang mungkin kita terlupa seperti Nur yang murtad, wacana tentang bank komsersil yang mencengkam, pembetulan akidah, sambutan maulidur rasul, kalimah Allah dan kesuciannya. Pokoknya kita bagaikan duduk dan mendengar penceritaan dari pakcik yang kita rasakan intelek, pandai memikat dan bijak menyusun kata tanpa menggunakan bahasa kasar dan makian yang sering terjadi apabila ada ledakan hal politik dan agama.
Tidak ada tanda tanda penjualan nilai berat di dalam naskah ini jika dibaca dengan matang. Naskah yang tersusun membolehkan kita membaca satu persatu topik dengan rasa lega terbuka dan tersenyum sekali sekala. Secara peribadi saya kira ini naskah yang harus dimiliki oleh mereka yang berminat untuk melihat/diingatkan/menjelajah kemelut Politik (yang sudah tentu menuntut kewajaran Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia).
Setelah membaca himpunan esei esei satu kata persetujuan saya kira pasti akan melintas di hati rakyat Malaysia bahawa kita dalam banyak waktu seolah olah teraba raba mencari kewajaran Islam. Dari hal hal remeh di lingkungan hidup sehinggalah perilaku pemerintahan sedia ada, sudah tentu sedar atau tidak kita tertanya tanya akan kewajaran Islam di Malaysia. Kita manusia yang sifatnya berlapis lapis akan terus mencari cari, bertemu solusi pula…, Wallahualam!
Profile Image for Benz.
Author 20 books103 followers
November 6, 2018
Buku ini tidaklah sangat terlalu intelektual atau terlalu berat. Ia mudah dihadam dan difikirkan meskipun esei-esei di dalam buku ini agak banyak - saya sampai sekarang pun belum menghabiskan keseluruhan isi buku ini, masih membacanya lagi. Tetapi secara mudahnya, esei-esei yang dikompilasikan di dalam buku ini memuatkan penulisan Pak Dinsman era masih menulis di Harakah dan selepas dipecatnya tulisan-tulisan beliau lantas tersiar di portal-portal lain. Pak Dinsman tegar mengagumi Tok Guru Nik Aziz, yang pengaguman ini tidak beliau nampak pada perbicaraan Haji Mohamad Sabu (Mat Sabu) ketika bersyarah di Jerman. Para pemimpin PAS yang tersohor juga seperti Haji Hadi, Harun Taib, juga Azizan Razak nampaknya tidak berminat atau mahu mengikuti model Islam yang ditunjukkan oleh Kelantan lewat pemerintahan Nik Aziz. Esei-esei ini dikumpulkan dari beragam tahun dan tarikh, tetapi disusun mengikut tema. Kita boleh menyusuri perkembangan pemikiran Pak Dinsman dari tahun ke tahun. Bagi beliau, setakat ini belum nampak lagi tokoh yang mampu disetarakan dengan Nik Aziz hatta Dr. Maza sekalipun. Agenda seni-budaya juga tidak terlepas dari perbicaraan Pak Dinsman, selain penggiat teater, penyajak, juga Presiden Paksi. Jika kita tinjau lanjut, tokoh-tokoh yang menjadi kekaguman Pak Dinsman adalah seperti Dr. Mahathir, Anwar Ibrahim dan Nik Aziz. Bagi beliau, walau katanya Nik Aziz mempunyai kelemahan, tetapi tidak dinukilkan sebarang apa pun kelemahan Nik Aziz. Kita boleh melihat di sini betapa kuat bercokolnya pengaruh Nik Aziz kepada Dinsman menyebabkan beliau walaupun bukan ahli PAS, menjadi pentaksub atau pencinta Nik Aziz yang disegani.

Buku ini tidak seperti buku-buku Dinsman yang lain, lebih keagamaan. Juga dimuatkan perkenalan beliau bersama kumpulan intelektual rakyat iaitu Gatera yang dipimpin oleh Dr Shahari Md. Zain dan Dr. Alinor, kedua-duanya berlatar belakangkan akademik-matematik, dan boleh bersatu-sahabat dengan kumpulan seniman pimpinan Dinsman, Barajiwa dll. Suatu kombinasi yang agak menarik!
Displaying 1 - 4 of 4 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.