Orang kata Dietitian ni seperti sesumpah. Boleh beradaptasi dalam semua keadaan.
Seorang Dietitian bukan hanya memberi nasihat pemakanan, tetapi punyai 1001 spesifikasi kerja yang tidak tercatat di dalam ‘job prescription’.
Kadangkala jadi chef rancang menu pesakit. Kadang jadi kaunselor beri motivasi. Kadang jadi mak-mak berleter apabila perlu. Kadang jadi ustaz-ustazah beri peringatan yang kita hanya hamba. Dan kadangkala jadi pendengar setia masalah pesakit.
Ada yang panggil kami doktor; walaupun kami bukannya doktor medikal. Kata pesakit, kami ini ‘Doktor Makan’ atau ‘Doktor Susu’.
Apapun gelaran kami, kami ini Dietitian. Kami merawat pesakit melalui diet dan perubahan gaya hidup. (Ini tak boleh makan, itu tak boleh minum, itu kena kurangkan, ini kena tambah, bla bla bla…)
A good book for someone trying to loose some weight hahaha but im hoping for a chapter that will guiding us how to calculate calories to reduce weight healthyly. Kisah dalam buku ni mostly pasal kisah pasal kehidupan sebagai dietician.tapi ade je selit nasihat cmne nk turun berat badan,kontrol pemakanan utk pesakit kencing manis,kegagalan buah pinggang,kanser etc. Tapi ade satu kisah mengenai penulis pertama yg aku tak persetujui sebahagiannye sebagai seorang doktor.chapter mendoakan yg baik baik shj,kalau pesakit yg dah termengandung dlm jangka masa terdekat dgn anak sebelumnya,memang kami akan bebel mostly.termarah tu maybe teremosi skit sebab kami sayang nyawa pesakit kami.esp yg ada sejarah beranak melalui pembedahan cesaerean section.slps beranak dan sebelum discaj kami akan bertanya kepada setiap pesakit apakah kaedah yg dipersetujui utk merancang kehamilan.sebab apa?sebab kalo mengandung dlm masa kurang drpd 2 tahun slps kelahiran sblm itu,risiko utk rahim pecah adalah tinggi.kami faham jikalau telah lama menunggu zuriat etc etc tp nyawa ibu itu lebih penting.pecah rahim ni bukan ibu je boleh meninggal,bayi yg dikandung pon boleh meninggal.maka hendaknye,kami mohon supaya pesakit lebih peka apa yg kami nasihatkan.so bg aku penulis tidak patut menulis bab ini seolah olah tidak apa poor spacing sbb itu adalah high risk pregnancy.take note ye.
1. Ia bukan sekadar buku tentang pemakanan yang baik. Aada juga teguran-teguran halus tentang kehidupan yang baik. Tulisan santai, namun sesekali menusuk.
2. Pakar-pakar pemakanan ini berpesan, cuba elakkan pengambilan supplemen yang kita tak pasti kesahihannya. Bukan kesihatan yang diberi, penyakit lain yang menanti. Dalam dunia yang semua benda boleh bertukar duit, ramai yang akan cuba mengambil kesempatan. Berhati-hatilah.
3. Amalkan bersederhana terutama dalam amalan pemakanan kita. Kurus itu tidak semestinya sihat. pastinya banyak kajian yang membuktikan obes itu mengundang pelbagai penyakit.
4. Ini peringatan untuk kita bersama. Sayangi diri. Hargai nikmat kesihatan, selera makan, nikmat rasa yang Allah kurniakan.
Buku ini berkisar pengalaman ahli pemakanan atau juga dikenali sebagai 'doktor susu@doktor pemakanan'. Kehidupan 'doktor pemakanan' yang amat cakna akan diet seimbang pesakit.
Buku ini memuatkan pengalaman daripada tiga orang Dietitian dalam menguruskan plan pemakanan bagi pesakit-pesakit di hospital tempat mereka bekerja.
Kebanyakan pesakit yang dirawat adalah dikalangan pesakit kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang.
Secara tidak langsung, ketiga-tiga penulis ini ada memberikan tips diet dalam penulisan mereka. Tetapi tidaklah secara menyeluruh.
Namun, dari kisah-kisah yang dikongsikan boleh dijadikan iktibar oleh para pembaca untuk menjaga kesihatan tubuh badan dan mengamalkan pemakanan sihat dan seimbang.
Buku ini bukanlah "handout" atau "buku tips" untuk menurunkan berat badan.
Pun begitu, buku ini sesuai untuk bacaan umum dan santai.
Pada pendapat saya, buku ni more keoada pengalaman dietitian tersebut berhadapan pesakit ( i dont know dipanggil pesakit atau pun ape heheh jgn marah) Ada juga tips2 pengiraan kalori seharian, pasal pengambilan makanan seimbang yang betul.
Saya prefer buku yang kedua tetapi tak bermakna buku ni tak best hehe. Banyak ilmu saya belajar dari buku ni.