Jump to ratings and reviews
Rate this book

Doktor Tanpa Kot Putih

Rate this book
Kot Putih.

Terlalu sinonim dengan kerjaya doktor. Bahkan menjadi simbol, identiti yang sakral dan sebati kuat.

Sebelum menjadi doktor, saya selalu berangan. Uh! Memakai kot putih dengan dilepaskan butang depan, bertali leher, dan berjalan melawan angin sambil tangan menyeluk poket. Kot putih saya berkibaran di belakang, cool, macam hero dalam filem (sesekali tangan menyisirkan rambut yang beralun ditiup angin).

Putih adalah suci, jernih. Sifat-sifat elegan dan tulus. Tentu cocok mewakili kerjaya yang penuh dengan slogan, misi, dan visi seperti doktor ini.

Hakikatnya.

Kehidupan seorang doktor adalah kehidupan seorang manusia. Tidak semata-mata putih. Tetapi rencam warna. Kadang gelap. Kadang terang. Kadang jenaka. Kadang sengsara.

Di sebalik kot putih (yang nampak bergaya itu), seorang doktor hanyalah manusia. Saling tak tumpah seperti pesakit di hadapannya. Dan naskhah ini adalah rakaman manusia itu, cerita berbeza, bukan dari sisi heroik seorang doktor.

Doktor Tanpa Kot Putih.

(Uh, dan betapa panasnya pakai kot putih tu di negara Khatulistiwa ini. Habis kot putih jadi kelabu berdaki).

276 pages, Paperback

Published October 1, 2017

1 person is currently reading
15 people want to read

About the author

Fahd Razy

58 books120 followers
Mantan Minggu Penulis Remaja 2000 dan Pengasas/Ketua Penasihat Grup Karyawan Luar Negara. Pernah menulis dan mengarahkan teater 'Mencari Jalan Pulang' di Dublin pada tahun 2005.

Menulis dalam genre puisi, cerpen, dan artikel yang tersiar dalam pelbagai media cetak dalam dan luar negara serta termuat dalam lebih 30 antologi bersama.

Puisinya 'Al Andalus Menangis' terpilih salah satu teks sastera elektif SPM 2010. Memenangi beberapa anugerah sastera seperti Hadiah Sastera Siswa, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan, dan Hadiah Sastera Perdana Malaysia.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
14 (36%)
4 stars
19 (50%)
3 stars
5 (13%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 7 of 7 reviews
Profile Image for Meor Hashim.
15 reviews1 follower
January 21, 2019
Doktor Tanpa Kot Putih adalah kompilasi tulisan hasil karya seorang doktor. Anekdot yang mencuit hati dan kadangkala ‘relatable’ menjadikan ia satu tulisan yang malar segar. Diselang-selikan dengan info perubatan mengenai penyakit-penyakit lazim yang wajib diketahui. Jarang sekali rakyat marhaen dapat mengetahui apa sebenarnya yang berlaku di sebalik dinding hospital. Buku ini cuba untuk memanusiakan profesion doktor perubatan dan mendidik masyarakat yang doktor juga manusia.
Profile Image for Gerobok  Yan.
61 reviews9 followers
February 18, 2023
Doctor tanpa kot putih | Fahd Razy
Rate ----> 5 ✨
Disclaimer ; ini buku pinjam kat perpustakaan. Tajuk nampak menarik, Ilustrasi muka depan pun menarik, so kita pinjam sesiap 😍

Review ;
Satu perkongsian yang bagi saya adalah sangat sangat menarik. Bukan buku cinta, bukan buku bunuh membunuh. Cerita tentang perjalanan hidup seorang doktor. Susunan ayat yang baik, mudah faham. Permulaan hanya dialog antara doktor dengan pesakit dan dihujung hujung ada terselit cerpen satu dua kisah. Menarik, ayat tersusun cantik. Mudah nak faham.

Banyak kerenah yang terpaksa doktor hadap ya dalam melaksanakan tugas sehari hari. Kisah taknak makan ubat, kisah pesakit loyar buruk, kisah pesakit banyak songeh. Kisah tulisan cakar ayam. Macam macam kisah ada. Kisah suka kisah duka. Kisah apa seorang doktor perlu hadap sepanjang hari. Penulis jugak ada selitkan kisah sedih bilamana pesakit yang patuh pada temujanji, pada arahan doktor tapi takda duit nak datang hospital sebab terpaksa bayar prebet sapu. Hmm sedih part ni 😌

Paling best, banyak info berkenaan penyakit dalam buku ni. Bila baca, sedikit sebanyak buka mata kita tentang sesuatu penyakit. Tentang bahayanya kalau tak jaga kesihatan. Tentang bahayanya kalau tak dengar kata doktor. Tentang kepentingan mematuhi temujanji doktor.

Bila baca buku ni, sedikit sebanyak kita dapat selami hati doktor dan jururawat bila masyarakat menuding jari, kata mereka tak buat kerja. Tapi bila tengok pelan perawatan pesakit, penuh dengan pelbagai pelan dan ujian yang dilakukan. Itu yang dikatakan tak buat kerja? 😌

Pendek kata, baca la buku ni baru tahu apa yang saya kata best tu. Tak baca tak tahu.

Pstt ; tolong buat banyak lagi buku yang macam ni tak kisah la dari segi pekerjaan apa pon. Saya suka nak baca dan nak tahu.
Profile Image for Fifie Ierina.
6 reviews1 follower
July 6, 2019
Third medical non-fiction I read in sequence after Skrub Biru and Cakar Ayam Seorang Doktor 3.0. I have come to realize how much of a fan I am of this doctor's writing. He's been writing and publishing literary pieces since high school I think, so it's only correct that his style of writing is very distinctive, and also interesting! I love his sense of humor, he's really funny. 😂😂😂 But with your reading of any medical non-fiction, you should have many moments of mixed feelings, as I did. He actually included two short stories in this, which I skipped and read last. This is where he makes the biggest impact on me, since I hardly ever read fiction but I absolutely love them. I'm still not sure about reading literary works, but wow whatever non-fiction he'll publish next I'll surely buy. 5 stars! 🌟🌟🌟🌟🌟
Profile Image for Nur Fathinah.
130 reviews6 followers
May 8, 2019
Sarat dengan rasa . Ada masa akan gelak bila baca ragam pesakit . Sedih bila baca puisi . Semestinya banyak ilmu baru berkaitan medik diperoleh daripada buku ini.

Bahagian yang paling saya suka apabila banyak ilmu medik dicurahkan dalam bahasa yang mudah . Sebagai medical student, kadang rasa bosan baca medical books . Bila baca buku sebegini, secara tidak langsung lebih mudah untuk faham dan tahu bila untuk diaplikasi .

Ini buku pilihan untuk menggantikan daripada scroll phone dalam 'masa rehat' selepas penat membaca lecture notes .

Membaca hasil penulisan Dr Fahd menjawab persoalan saya adakah Dr pandai menulis. Sememangnya hasil penulisan beliau perlu dibaca .
Profile Image for Syida Mrs Nick.
130 reviews5 followers
September 16, 2018
Bila mula selak buku ni terasa wow sangat.

Selepas 5minit membaca tiba2 rasa bosan. Lepas tu mata disegarkan dengan dialog serta puisi serta fakta. Ada jugak tips untuk kurus sebab selama ini doktor malas melayan pertanyaan mengenai berat badan.

Cerpen pun best sangat. Tak puas. Memang buku terbaik untuk dibaca.
19 reviews
December 22, 2018
This book contains more than 20 short stories. I like the how the stories were written in such a way that it gives pengetahuan am yang sangat berguna to the general public. For instance, kisah 'melawat pesakit di wad' adalah sangat-sangat bagus. It gives me a useful knowledge on the can and cant's when visiting patients in the ward. Disamping itu, tips untuk kurus juga ada, which is awesome!!
Profile Image for Rozaini Haji.
Author 2 books6 followers
February 3, 2018
Buku yang santai bacaannya tetapi ilmu yang sangat berfaedah untuk bacaan umum. Banyak myth yang dipatahkan di dalam buku ini.
Displaying 1 - 7 of 7 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.