Jump to ratings and reviews
Rate this book

Projek Seram: TEROWONG

Rate this book
LRT – A. DARWISY

~luar nampak manusia, tidak semestinya dia manusia~

Azlan, dalam perjalanan balik menggunakan LRT terkandas di terowong bawah tanah bersama sekumpulan penumpang yang lain. Mereka berusaha untuk keluar dan menyelamatkan diri di stesen paling berhampiran. Tetapi mereka tidak sedar di sepanjang terowong itu adalah tempat laluan lintasan makhluk halus yang turut berasimilasi dengan peredaran zaman. Berjayakah Azlan dan lain-lain mengharungi malam yang penuh kegilaan itu? Apakah mungkin pembinaan stesen sekitar tahun 90-an itu menyimpan sejarahnya tersendiri?

TUMBAL TEROWONGAN TERAWANGAN – SYASYA BELLYNA

~kau ghaib pendamping berganti~

Selari dengan waktu peristiwa kontrak selang 20 tahun sekali, ia telah membuka episod baru tentang Terawangan iaitu sebuah terowong yang tersembunyi di celah Gunung Kelibut. Terowong alam ghaib yang terbuka itu menghantui enam manusia yang telah ditanda pemilikan oleh qarin masing-masing. Campur tangan para pelajar sekolah agama dari Kalimantan yang dihantar oleh seseorang, membuka tabir rahsia perjanjian dua demensi. Mampukah perhubungan antara penguasa, si raja hitam dengan pewaris pesugihan dihentikan?

GHAIB – ZAIFUZAMAN AHMAD

~kebenaran yang kau cari ada di sini~

Detektif Riza diminta untuk menyiasat tentang kehilangan seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah lama dan elit. Bagaimanapun dia enggan untuk mempercayai yang sekolah itu berpuaka biarpun cerita itu tersebar luas. Melalui siasatannya dia berasa keliru kerana dihimpit dengan kehilangan misteri yang tidak meninggalkan jejak. Bertambah lagi apabila Jessica, teman rapat Mimie turut hilang. Bagaimanakah Detektif Riza berjaya menyelongkar rahsia di sebalik kejadian ini?

384 pages, Paperback

First published December 1, 2017

6 people are currently reading
82 people want to read

About the author

A. Darwisy

21 books148 followers
Anuar Darwisy

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
23 (42%)
4 stars
23 (42%)
3 stars
6 (11%)
2 stars
1 (1%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 15 of 15 reviews
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
January 15, 2018
LRT
by A Darwisy

Perjalanan Azlan menggunakan LRT malam itu berubah menjadi mimpi ngeri apabila Putra LRT menuju ke Gombak itu terkandas di terowong bawah tanah (antara stesen Masjid Jamek ke Ampang Park). Lebih pelik lagi, ketika di stesen KLCC, tren mengundur laju ke stesen Kampung Baru. Lebih mencemaskan, bekalan elektrik terputus dan kemunculan identiti yang tidak dijangka menambahkan panik kepada penumpang yang ada.

Sesuatu yang berbeza dihidangkan daripada A Darwisy, sekali lagi. Kali ini berkaitan dengan pemujaan pocong. Walaupun nipis, tetapi tetap padat dan mampu menimbulkan keseraman pembaca (terutama pengguna LRT macam saya). Plot twist yang memang tak dijangka dan menyeramkan.

Garapan seperti biasa, diselang-selikan dengan masa lalu dan kini. Namun, setiap intipati tetap tersusun kemas dan tidak meleret dengan perkara yang tidak perlu.

*rating : 4.5*

GHAIB
by Zaifuzaman Ahmad

kehilangan Mimie di terowong belakang sekolah membuka kembali siatan kes kehilangan yang pernah terjadi di situ sejak sekian lama. Detektif Riza berusaha membongkar misteri yang menghantui sekian lama.

Kali ini, penulis otai ini memnbawakan kisah kes kehilangan di sebuah terowong. Kisah ini lebih kepada penyiasatan dan sedikit thrille, tidak terlalu seram bagi saya. Namun, masih berpuas jati dengan olahan penulis berpengalaman ini.

permulaan agak perlahan, namun tetap mendebarkan dan banyak menimbulkan tanda tanya.

*rating : 4.2*

TUMBAL TEROWONG TERAWANGAN
by Syasya Bellyna

Terawangan, sebuah terowong di Gunung Kelibut merupakan terowong alam ghaib yang menuntut korban setiap 20 tahun. namun, siapakah dalang sebenarnya yang mematerai perjanjiam dengan Raja Hitam, penguasa kawasan itu?

kali ini berkaitan amalan syirik yang dilakukan oleh penduduk sebuah kampung demi kemewahan. Ramai yang kenjadi korban terowong tu. tapi ade sedikit kekeliruan masa, sekejal kate da 100 tahun, pastu da 20 tahun.. macam tak konsisten. tapi still ok, banyak pasal jin kafir n qarin dikongsi penulis dalam ni.

*rating : 4.3*

overall, projek seram kali ni ok sikit compare wad n kolej sebab nampak la cerita mengikut tema. sebelum ni macam jadi latar tempat je, cite die lebih kurang yg biasa kite dengar je.

*overall rating : 4.5*
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
480 reviews42 followers
September 22, 2025
LRT

Azlan beserta beberapa orang penumpang LRT terkandas di terowong bawah tanah. Mereka mengalami malam yang sangat panjang dengan segala gangguan yang berlaku.

SH rasa kalau SH berada di tempat Azlan pun mesti SH pening. Sudahlah tersangkut dengan segala macam gangguan, ada masa apa yang dia nampak pun belum tentu betul.

Sebenarnya cerita tentang gangguan pocong di terowong bawah tanah ni memang SH pernah dengar. Tetapi olahan daripada penulis membuatkan SH tidak berasa bosan dan ingin menyelak setiap helaian untuk mengetahui apa yang terjadi.

Pace penceritaan yang pantas dan lengkap membuatkan SH teringat kembali cerita ini apabila menaiki LRT selang beberapa hari menamatkan pembacaan. Guna pula laluan yang sama. Lagilah mudah untuk menggambarkan apa yang telah penulis masukkan dalam penceritaannya.

Pengakhirannya sedikit tersasar daripada apa yang SH jangka. Plotnya mengena namun wataknya bukanlah yang SH sangka.

Ghaib

Kehilangan seorang pelajar di dalam sebuah terowong memeningkan kepala pihak polis. Kes seolah-olah tiada sebarang kemajuan. Tiada petunjuk yang boleh digunakan bagi menyelesaikan kes tersebut. Ditambah pula dengan buah mulut orang ramai yang mengatakan terowong tersebut berhantu.

Zaman remaja sememangnya antara masa yang paling banyak kita melakukan kesilapan. Dan kadang-kala tanpa sedar kesilapan yang disangka kecil itu membawa bahana kepada diri kita sendiri. Begitulah juga dengan Mimie dan rakan-rakannya.

Permainan Spirit of the Coin sememangnya tidak pernah jauh daripada kisah kehidupan di asrama. Ada sahaja yang mahu mencubanya dengan pelbagai tujuan. Ada yang untuk sekadar berseronok, ada pula yang kononnya uji nyali, ada pula yang hanya ikut kawan dan ada juga yang lebih bersifat mencabar dan tidak percaya.

Tumbal Terowong Terawangan

Natasha dan beberapa rakannya sedang dalam perjalanan berbasikal merentasi Gunung Kelibut. Namun hujan yang deras memaksa mereka berteduh dahulu. Dan mereka bertemu dengan Ain yang kelihatan sangat aneh. Ain meminta untuk menumpangi mereka ke kampungnya yang dikatakan sejalan dengan tempat tujuan mereka.

Ada dua situasi/lokasi berbeza dalam naskah ini. Namun SH rasa lompatan dari satu situasi ke situasi yang lain tidak lancar. Pening membacanya. Kejap ke sana kejap ke sini tanpa indikasi yang jelas.

SH tidak pasti latar tempat ini di mana. Hanya jajahan sempadan Borneo sahaja disebutkan. Namun penggunaan beberapa perkataan membuatkan SH terasa seolah-olah latar tempatnya berada di Jawa/Indonesia. Namun nama watak pula tidak selari. Sekiranya kejadian berlaku di Sabah/Sarawak, SH rasa ada pemilihan kata yang lebih sesuai yang juga membawa makna yang serupa.

.................................................

Dua jalan cerita dalam naskah agak perlahan pace penceritaannya. Kurang terasa rembesan adrenalin yang selalunya boleh diperolehi dalam bacaan fiksyen bergenre seram. Hanya kisah LRT yang cukup menarik perhatian SH.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,527 reviews1 follower
December 13, 2017
Projek Seram yang sangat ohsem.. Saya suka bila penerbit gabungkan penulis dan beri tema untuk ditulis.. Dalam satu buku ada tiga cerita..
Gabungan kali ini sangat menarik pada saya..
Untuk pertama kalinya saya suka garapan penulis A. Darwisy dengan gaya moden dan urban.. Sehingga berjaya buat saya berhenti baca dan sambung semula di siang hari.. Keseraman nya datang daripada bagaimana terperincinya penulis bercerita mengenai mahkluk itu.. Dari seram perasaan saya berjaya dialihkan kepada sedih.. Endingnya sangat mengejutkan saya kerana saya membayangkan yang lain, sebaliknya pula yang berlaku...
Cerita kedua memang kegemaran saya sebab thriller dan seram.. Penyiasatan mengenai kehilangan yang sangat misteri.. Bagaimana daripada kehilangan itu pelbagai perkara berjaya dibongkar.. Penulis berjaya membuatkan saya tak senang duduk untuk mengetahui kesudahannya..
Cerita terakhir pada saya adalah hidangan penutup untuk hari ini... Penulis sangat bijak mengolah sebuah cerita seram dengan adunan bahasa yang sangat menarik.. Persoalan dan misteri berjaya digabung sehingga kebenaran terbongkar..
Untuk ketiga-tiga cerita saya bagi thumbs up.. Walaupun pendek, saya tetap puas hati..
#projekseramterowong #bukuprima #anuardarwisy #zaifuzamanahmad #syasyabellyna #karangkrafmall ##novelmelayu #novelseram #horrornovel #bookstagram #hobisaya #bookworm #bookreview #booklover #reviewbukuolehsha #bookreviewbysha #bacaandisember2017 #bloggerbuku #blogger #bloggerperak #blogkasihkuamani #membacajambatanilmu
Profile Image for Mommy Farah.
363 reviews14 followers
July 23, 2018
Buku kedua yg berjaya dibaca utk 2018. Ketiga tiga cerita yg ohsem dari penulis yg super ohsem. Lepas ni kalau naik LRT n lalu terowong harap tak fobia!
Profile Image for Erimawati Ali.
30 reviews2 followers
March 19, 2020
Secara keseluruhan Projek Seram Terowong ini tidak menghampakan.

LRT - A. Darwisy 5/5

Menampilkan kelainan dalam penulisannya kali ini, karya Nua tidak menghampakan dengan gerakan cerita yang pantas, seram dan mendebarkan atas landasan 'Urban Legend' yang bagi saya menarik dan bertenaga. Sentuhan emosinya secukup rasa bersama pengakhiran kisah yang menjentik sayu.

Kenyataan tidak seperti yang difikirkan memang sentuhan yang sangat digemari Nua dan saya selalu ingatkan diri supaya tidak mudah percaya dengan apa yang tersurat kerana yang tersirat itulah kebenaran yang sering disembunyikan untuk sesuatu yang dinamakan keterujaan. Tahniah Nua!

Ghaib - Zaifuzaman Ahmad 4.5/5

Pada saya, Ghaib ini sebuah cerita yang menarik tetapi penceritaan seperti ini saya macam pernah baca tapi lupa pula tajuk ceritanya. Apapun, unsur seramnya memang menjadi.

Tumbal Terowong Terawangan 5/5

Satu yang saya suka tentang penulisan Syasya Bellyna ialah bahasa yang digunakan. Indah dan kemas. Enam orang peserta berbasikal yang mengikuti program melalui Terawangan iaitu sebuah terowong yang tersembunyi di celah Gunung Kelibut tidak menyedari bahawa mereka telah ditanda penilikan oleh qarin masing-masing dek kerana perjanjian dua dimensi selari dengan peristiwa kontrak 20 tahun sekali.

Siapa terkena, siapa mengena, siapa berjaya, siapa terpedaya...semuanya terjawab setelah pertempuran antara hak dan batil berlangsung demi keinginan yang berlawanan.


Terowong, antara projek seram yang mendebarkan dan terbaik secara keseluruhan bagi saya. Tahniah kepada semua penulis!



Profile Image for Nur.
5 reviews2 followers
December 11, 2017
LRT 5/5

A.Darwisy mengambil pendekatan berbeza dalam karya beliau yang terbaru ini.Mengetengahkan konsep"road movie" ternyata percubaanya ini berjaya.Memang respek dan tabik dengan beliau.Memilih sosok pocong sebagai subjek dalam cerita ni,betul2 membuatkan bulu roma ku meremang.

Ghaib 5/5

Saya penggemar kisah seram sekolah dan karya ini menepati selera saya.Penulisnya pula seorang yg otai dalam genre seram.Tapi karya ini mengingatkan saya dengan drama Beringin yang pernah ditayangkan kat astro citra.Bezanya pohon beringin itu yang berhantu,yang ini terowong yang berhantu.

Tumbal Terowong Terawangan 5/5

Bila terlihat sahaja nama penulis ini digabungkan pula dengan dua penulis yang lain.Dah terasa aura hebat Projek Seram Terowong.Gaya penulisan Syasya Bellyna tak perlu disangkal lagi.Memang terbaik antara yang terbaik.Plot twist dia kemain lagi,memula ingatkan orang ni yang jahat.Rupanya org lain pula.
52 reviews4 followers
March 4, 2018
Challenged myself to read this! ahaha

LRT 5🌟
wow! tak sangka penulis boleh berimaginasi sebegini. sebelum ni i suka naik koc lrt yg tak banyak orang dan rela tunggu the next train kalau train tu ramai sebab tak suka bersesak tapi lepas ni i akan redah masuk je terutama bila malam!

Ghaib 4🌟
cerita ini lebih kepada penyiasatan yg mengingatkan i pada drama korea tunnel. tak sama tapi masih berpaksi pada latar terowong. seram tu ada tapi kurang menyengat. hehe

Tumbal Terowong Terawangan 5🌟
fuhh elemen seram dia. seram bila baca kisah yg melibatkan pemujaan dan dunia ghaib.

Tahniah buat semua penulis!
75 reviews
September 11, 2021
Tajuk 1.best. mengimbau kenangan permulaan LRT diwujudkan. Memang banyak cerita mistik.tapi tak pernah jumpa la sepanjang naik

Tajuk 2.. tengok adaptasi di tv dulu baru baca. Sedikit kelainan pada pengakhirannya

Tajuk 3.. tak seram sangat. Cuma lebih kepada ketamakan penduduk menjurus kepada syirik. Tapi takde pulak digambarkan kemewahan hidup penduduk di situ.
Profile Image for Hidayah Azmi.
34 reviews
November 11, 2025
Manusia belum tentu dia manusia, Ghaib dan Tumbal

Tiga kisah seram tentang sebuah terowong dan masing-masing membawa kisah tersendiri dan keseraman untuk ketiga-tiga juga berbeza tetapi sayangnya Ghaib dan Tumbal agak berbeza dengan LRT. Bagi saya kedua-dua kisah ini terlalu meleret dan melewah sedangkan LRT penuh dengan keseraman dan plot twist.
1 review
March 15, 2019
Karya A.Darwisy is the best out of the 3 stories. Thrilling, filled with suspense and has an unexpected twist at the end.

Great job to the other authors as well. Overall, a book worth reading.

Profile Image for Ubi.
315 reviews
September 18, 2021
Paling suka penulisan A. Darwisy. Dia kata based on true story. Sekarang aku tertanya-tanya, apa cerita sebenarnya ye.
Profile Image for Starlit Stories by S.
82 reviews1 follower
December 30, 2025
Aku mulakan review ni dengan sepotong doa buat Tuan Abd Rohni Othman, previous owner buku yang dah kembali ke rahmatullah.

Allahummaghfirlahu warhamhu wa’afihi wa’fuanhu. Aminnn

Terowong menampilkan 3 cerita daripada 2 penulis yang aku suka, A. Darwisy dan Zaifuzaman Ahmad. Ada 1 karya Syasya Bellyna yang baru aku explore. Secara keseluruhan, 5 bintang untuk Terowong. Sebab seram, dengan coverpage dia ada penampakan dalam terowong.

1. LRT
Kisah ni basically urban legend pasal stesen Putra sekitar 90-an to 2000-an. Lepas baca cerita ni, aku kerap pandang ke luar kalau naik train sambil seram membayangkan yang tidak tidak. Azlan dan para penumpang LRT yang lain terperangkap apabila tren berubah haluan. Mereka terpaksa mengharungi pelbagai insiden menyeramkan di sebuah stesen misteri. Plot yang tak terjangka dan aku dah start rasa fishy, siapa manusia, siapa hantu 🥴 Aku suka cerita ni sebab ada share tips and tricks berdepan dengan... Dengan apa? Jeng jeng jeng....

Few words could be author's signature:
tandan dahi, menatal, tergemap, tersungkum

2. Ghaib
Kisah sekumpulan pelajar sekolah main spirit of the coin. Seram aku bila jawapan kepada persoalan yang ditanya tu betul 🥴 Dahla main dalam terowong 🥴 Terowong berhantu yang dah wujud sejak zaman British. Dan disebabkan tu jugak aku rasa guard sekolah macam tak ambil port sangat dengan bunyi-bunyian dari situ. Sebab duk ingat hantu. Tapi boleh jadi manusia ke apa ke kan ;( Ada banyak sangat kes pelajar popular sekolah yang hilang ghaib di terowong tersebut. Bermula tahun 1984, 1989, 1991, 1999 dan terbaru, kehilangan dua orang pelajar yang main spirit of the coin. Detektif Riza bertungkus lumus merungkai kes tersebut. Aku dapat la teka sorang watak yang fishy ni tapi pengakhirannya memang aku tak jangka dan tak berapa gemar juga.

3. Tumbal Terowong Terawangan
Kali ni kisah terowong ghaib yang sukar untuk dikesan dengan mata kasar. Semuanya berlaku kerana pesugihan yang diamalkan oleh penduduk kampung berhampiran. 1 kumpulan berbasikal diketuai oleh Natasha akan menjelajah Gunung Kelibut tanpa menyedari nasib yang bakal menimpa dalam terowong tersebut. Ada salah 1 peserta tu namanya Ain, aku memang rasa fishy tau sbb tak pasti dia manusia ke hantu 🥴 Pelbagai babak seram dialami oleh para peserta tapi Natasha tu mmg keras nak teruskan juga pengembaraan mereka.

Aku suka sangat plot twist yang tak terjangka dan cerita ni juga memaparkan jenis-jenis pesugihan, qarin, kerajaan jin. New knowledge unlocked!
Profile Image for Aqram Amri.
16 reviews
September 24, 2024
Saya bagi 3.5 bintang.
Cerita paling saya suka sudah semestinya penulis A.darwisy kerana ceritanya berbeza dr 2 buah cerita lg.ayatnya yg tidak skema dan mudah difahami.juga seolah olah kita ade dlm cerita tersebut

juga paling saya suke jalan cerita karya A.darwisy ni banyak bergerak dlm tempat yg sama utk keluar dr tempat itu mcm dlm kisah2 cerita yg terperangkap dlm mall berhantu contohnya.cerita kedua dan last tu kurang berminat skitt bg saya

apa apa pun,tahniah kepada ketiga tiga penulis
Displaying 1 - 15 of 15 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.