Jump to ratings and reviews
Rate this book

BUDIMAN

Rate this book
Novel cetakan terhad. Hanya 1,500 unit.

235 pages, Paperback

Published November 25, 2017

2 people are currently reading
52 people want to read

About the author

Regina Ibrahim

22 books112 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
22 (26%)
4 stars
43 (51%)
3 stars
16 (19%)
2 stars
3 (3%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 30 of 32 reviews
Profile Image for Asmar Shah.
Author 20 books136 followers
December 2, 2017
3.7* untuk Budiman!

Novel pertama RI yang aku baca. Sebelum ini, hanya membaca koleksi cerpen-cerpen beliau saja sama ada di dalam buku ataupun di sosial media. Mungkin selepas ini, akan cuba dibaca pula buku Perjalanan dan Delima yang sudah lama bersantai di dalam rak buku.

Aku sebenarnya berbelah bagi nak bagi berapa bintang untuk naskah ini, sama ada 3* atau 4*. Memandangkan aku orang pertama yang bagi bintang, jadi aku bagi saja 4*. Sebab takut kena kecam. Tak aku gurau je. Mungkin disebabkan ada bahagian-bahagian di dalam buku ini yang aku suka dan banyak perkara yang cuba diutarakan oleh RI yang selama ini mungkin aku tak tahu. Maka naskah ini layak kut dapat 4*. Lagipun, ia agak berbeza dari buku-buku yang selalu aku baca. Jadi, aku kena adil.

Tema LGBT cuba diangkat di dalam naskah ini. Jadi pada makcik-mak cik, akak-akak dan habang-habang yang tak suka tema sebegini, harap jangan melatah ya.

Membaca naskah ini seperti aku sedang duduk di hadapan RI. Kami berdua duduk di dalam sebuah kafe bersama minuman masing-masing. Pendingin hawa yang meniup di atas kepala kami sangat menyamankan. Kemudian, dia mula membuka cerita. "Kamu kenal tak dengan Budiman?"

"Budiman? Siapa tu?" tanyaku padanya dengan nada yang polos.

"Astaga, kamu ini baru keluar dari gua atau kampung mana kau tinggal?" aku tergelak dan dari situ dia mula bercerita. Dia mula memperkenalkan aku dengan watak seorang Budiman yang sangat disukai oleh orang disebabkan dia seorang mahkluk ciptaan Tuhan yang sangat sempurna tapi mempunyai sisi perasaan yang bengkok. RI, mula bercerita kisah-kisah Budiman sewaktu lelaki itu tidak ada nama sehinggalah menjadi seorang yang terkenal. Tapi RI bercerita sangat laju sehingga ada masanya aku tercunggap-cunggap untuk mendengar ceritanya. RI yang sedang duduk di hadapan aku kala itu, sangat teruja menceritakan perihal Budiman. Ada bahagian yang aku cuba tanya kepadanya tapi jawabannya bahawa di dunia ini, ada persoalan yang tidak akan ada jawabannya dan perlukan kita mengagaknya sendiri. Ia terpulang pada kita. Maka, aku membiarkan lagi dia terus bercerita walaupun dalam kadar yang sangat pantas. Mungkin saja RI ingin mengejar masa dan takut tidak dapat mempersembahkan ke semua kisah Budiman yang patut aku tahu sehinggakan ada bahagian yang rasa lompang dan perasaan yang patut aku rasa masa tu, tak mencuit langsung hati aku untuk tersentuh atau apa pun.

Apabila dia berhenti bercerita dan mencicip minuman panasnya, aku bertanyakan lagi padanya, ke mana watak-watak yang lain? Banyak watak yang menghilang dan pergi begitu saja. Katanya, dunia juga kan begitu. Manusia datang dan pergi bila-bila masa dan adakalanya mereka akan datang tanpa diduga. Jadi apa yang kita ingin dan harapkan di dunia ini? Itulah lumrah kehidupan kan? Aku angguk untuk jawaban itu. Manusia memang datang dan pergi dan pertemuan dan perpisahan memang akan terjadi.

Benda yang paling aku suka dengan tutur RI waktu itu, ada beberapa ayat yang betul-betul menarik dan menyentuh. Aku suka. Saat ini juga RI nampak cantik dengan busana Putih dan hitamnya. Maka, selepas ini, aku akan cuba untuk bertemu dengannya lagi dan mendengar celoteh-celotehnya mengenai kisah insan yang lain pula.

Apa-apa pun kalian tak nak baca ke? Ini buku LE tau. Jadi pada yang belum dapatkan, pandai-pandailah nak cari. *Gelak*

Peace!
Profile Image for farahxreads.
717 reviews261 followers
July 24, 2018
“Tidak adil kata kita, tapi mereka bisa saja bilang mereka mengerti. Malah lebih berani mengakui bahawa mereka itu empati orangnya,”

Penulisan berani yang menceritakan tentang ‘perjuangan’ golongan yang orientasi seksualnya bukan hitam, bukan juga putih. Mengingatkan saya pada rakan rakan LGBT (baik muslim, baik non-muslim) saya, cabaran yang dihadapi oleh mereka dan kesannya ke atas kehidupan mereka, baik dari segi luaran ataupun dalaman (mental) - sentiasa resah, bercelaru, dan ada juga yang inferior disebabkan konstruksi moral masyarakat yang sudah dibentuk sejak dari kecil.

Penulisan dan jalan ceritanya biasa saja bagi saya tapi sangat suka mesej yang disampaikan dalam buku ini dan watak watak yang pelbagai, macam macam orang kita boleh tengok - buat kita sedar yang dalam dunia ini bukan hanya ada kita saja. Ramai lagi manusia yang berbeza dan kita harus mencuba untuk berkenalan dan belajar untuk lebih memahami. Watak-watak didalam buku ini walaupun berwarna warni tetapi saya agak terganggu dengan dialog dialog di dalamnya, kedengaran tidak natural dan sedikit janggal. Kesilapan percetakan juga membuatkan saya terganggu sedikit sebanyak.

Apa apa pun, saya syorkan buku ini buku ini buat sesiapa yang mahu lebih memahami golongan LGBT, baik yang sudah lama berempati ataupun yang masih lagi suka menghakimi (baca dengan minda terbuka ya). Tahniah, Regina Ibrahim!

Rating sebenar: 2.8/5 bintang untuk Budiman.
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
December 4, 2017
BUDIMAN
by Regina Ibrahim

~mengisahkan perjalanan hidup Ahmad Budiman Nassaruddin, seorang pelakon/model yang tengah hot di Malaysia. Perjalanan hidup beliau sebelum menjadi artis, berjumpa dengan pelbagai jenis manusia, dan konfilk dalaman yang dihadapi masing2. Namun, semua proses itu penting untuk dilalui dalam proses kematangan diri.

Siyesly, buku ni pasal LGBT, lebih tepat lagi gay. dilema Budiman apabila kekasihnya, Rahman ingin berkahwin, atas desakan keluarga, malah teman wanitanya telah mengandung. keadaan bertambah kusut apabila Rahman meninggal dalam datu kemalangan dan meminta Budiman menggantikannya untuk berkahwin. Budiman cuba untuk menyayangi wanita, namun gagal.
Diikuti pula kisah2 flashback ketika zaman di universiti dan sekolah, dengan pelbagai ragam rakan2 dan penerimaan masyarakat.

Pada saya, buku ini lebih kepada dilema penerimaan masyarakat terhadap golongan ini, yang sering melebelkan macam2 tanpa mahu menyelami naluri sebenar mereka. Diketengahkan juga watak Halimatun, seorang wanita tapi boleh masuk berkawan dengan Budiman dan rakan2nya.

Buku ini bukanlah untuk mengiktiraf golongan ini, cuma berkongsi rasa, dilema dan sedikit ruang untuk mereka bernafas. Tak salah kiranya kita sebagai manusia lebih telus dalam membuat penilaian, tanpa menjatuhkan hukuman sewenangnya. Saya kira, nakhah ini lebih baik berbanding sesetengah novel picisan yang mengangkat tema yang sama tapi hanya menumpukan kepada adengan2 intim atau tidak sepatutnya.
Profile Image for Regina Ibrahim.
Author 22 books112 followers
Read
December 1, 2017
TIDAK ADIL MEMBERI BINTANG UNTUK BUKU SENDIRI. Jadi disertakan reviu dari pembaca BETA En. Fahmi Mustaffa

Fahmi Mustaffa
28 November at 12:50
Tajuk: BUDIMAN
Penulis: Regina Ibrahim

Fiction is the lie we make to tell the truth. Naskah terbaharu Regina Ibrahim membenarkan kenyataan bahawa penulis (yang berani) adalah perekod masa. Ketempangan pemikiran dan kepercayaan mandul kepada ilusi nilai murni telah menghasilkan sebuah vakum yang perlu diisi oleh suara pengarang yang berkompas tentang hala tuju naskah mereka. Regina Ibrahim bertindak tepat dengan tidak sekadar berindah-indah, tetapi merakamkan sesuatu dalam ruang Homoseksual. Keindahan dan kehodohan adalah pelakon, layanlah mereka sama-rata.
BUDIMAN bermain dengan kawasan yang dimahiri Regina. Justeru, ia kelihatan bersih dan tidak palsu. Kepolosan ini kemudiannya membantu pengarang untuk memvisualkan perasaan dengan tepat dan tidak melewah. Dialog cukup bersih dan sesuai dengan ruang yang diciptakan pengarang. Pacing sedikit laju saya kira, tetapi memikirkan barangkali Regina ingin berkompak dengan naskah ini, ia sesuatu yang difahami.

Perlahan-lahan saya kira Regina sudah bijak bersembunyi: dia tidak kelihatan dalam watak-watak, tidak ada Preach dan setiap watak berupaya bangun sendiri dengan kehilangan Regina di dalam setiap helaian buku. Watak Budiman yang jernih setiap kali berurusan dengan manusia dan takdir, serta hubungan dengan watak-watak sampingan ditulis dengan penuh cermat. Komposisi ini membentuk BUDIMAN sebagai sebuah naskah yang tajam tanpa perlu terjerit-jerit.
Not just another gay story, BUDIMAN adalah tulisan Regina paling chic (secara peribadi saya menyukai cerpen kanser payudara di Cukaria) dan ia mengajar sesuatu yang lebih penting dari kepalsuan penerimaan, iaitu tentang - Peace is a choice. Membaca naskah ini adalah membaca diri sendiri, dan seperti cermin, cantik-hodoh kita tidak perlu diterima atau ditolak, cukup hanya dengan menjalani sahaja apa adanya.

Tahniah Regina kerana berlaku jujur. Kepolosan itu menghasilakn sebuah naskah yang didalamnya bersembunyi segala sebab dan punca Insomnia. Ia ringkas, padat dan mempunyai kompas menarik, yang hanya bermula di noktah perkataan terakhir. Selamat mengembara bersama BUDIMAN! 5 Bintang.

Love, Peace and Equality,
Fahmi Mustaffa
Profile Image for Adrianz.
146 reviews22 followers
January 6, 2018
Buku pertama yg aku habiskan tahun 2018. Penghujung kisah Budiman amat menyentuh naluri kewanitaan aku...he is a very good guy that deserves someone better in his life :(
Profile Image for Arif Zulkifli.
Author 27 books184 followers
December 3, 2017
Jangan tertipu dengan luaran bukunya yang hitam-putih, kerana terdapat letupan warna yang hadir bersama watak-watak di dalamnya. In a way, aku boleh nampak diri aku dalam Budiman, entah kenapa.
Profile Image for Zawani.
82 reviews22 followers
October 16, 2018
Aku tak rasa pun isu yang cuba dibangkitkan penulis adalah isu asing dalam masyarakat kita. Barangkali isu LGBT ini dah berlegar lama, sejak zaman tok nenek kita, cuma kita sahaja yang tak pernah nak mengakui kewujudan mereka. Bila membaca naskah ini, aku jadi teringat pada beberapa rakan yang pernah aku kenal. Jujurnya aku tak pernah kesah pun identiti seksual kawan-kawan aku, dan aku sebenarnya lebih suka mereka berterus-terang (supaya aku lebih berjaga-jaga; contohnya tak pulak aku nanti menaruh hati pada lelaki gay, haha). Tapi nak mengakui itupun sebenarnya agak sukar untuk mereka, atas faktor pandangan masyarakat dan sebagainya.

Faktor utama penolakan masyarakat terhadap golongan ini sudah pasti sebab agama. Ini faktor besar sebenarnya, untuk orang Asia, masyarakat yang (kononnya) berpegang pada nilai agama adat dan budaya. Surah Al-A'raf sering jadi hujah peringatan, tentang azab Tuhan terhadap golongan sebegini walaupun setahu aku ada tafsiran lain yang lebih murni (aku tak menolak tafsiran ini dan aku juga tidak menerimanya bulat-bulat). Aku sebenarnya cuba memandang mereka daripada sudut pandangan yang lain. Memandang mereka sebagai manusia, yang berhak dihormati.

Tapi melalui penulisan RI ini aku jadi risau dan sedih sebenarnya. Sebab hampir keseluruhan kehidupan golongan ini (yang ditonjolkan dalam naskah ini) mengamalkan seks bebas. Ini yang bahaya. Sebenarnya bukan golongan ini sahaja, yang cisgender (orang yang identiti seksualnya adalah berpadanan dengan fizikalnya semasa dilahirkan. senang cerita, golongan yang 'straight') juga ada yang mengamalkannya. Cuma peratusan untuk kena AIDS itu tinggi (ini juga masih dalam kajian banyak pakar, boleh jadi betul boleh jadi tidak). Paling tidak boleh diterima akal, sang lelaki yang gay terpaksa berkahwin dengan perempuan untuk menjaga 'maruah' keluarga tetapi tetap juga memasang kekasih gelap (yang gay juga). Akhirnya bila dapat AIDS, terpindah pula pada isteri. Memaksa seorang lelaki gay untuk mengahwini perempuan adalah perkara yang paling tidak wajar dilakukan, bukan sahaja menyeksa sang lelaki, juga menyeksa sang perempuan sebenarnya. Yang akhirnya sang perempuan ini hanyalah sebagai 'kilang anak'.

Oh iya, ada juga diselitkan isu 'mental disorder' dalam naskah ini. Ini juga satu hal yang berat sebenarnya. Tambah-tambah lagi hidup dalam masyarakat yang suka menghakimi dan sang agamawan yang berlagak menjadi jurucakap Tuhan. Barangkali kita semua ini sakit; masyarakat kita sakit, agamawan kita sakit, intelektualis kita sakit, pemimpin kita juga sakit. Kita tidak tahu apa yang telah orang lain lalui, jadi kita tidak berhak menghakimi dan terimalah diri seadanya.

"Dakapan diri adalah hal yang selaras dalam kematangan kita dalam melihat diri secara menyeluruh dan realistik. Menilai lapisan-lapisan masalah tulen atau palsu manusia dalam menjalani kehidupan".
Profile Image for Maisarah Mohd.
Author 1 book42 followers
December 18, 2017
Membaca karya Mama Regina, memang buat kita terasa bersama dengan watak dalam perjalanan hidup mereka. Aduhai Budiman, memang layaknya namamu juga Budiman...

Pengakhiran yang tidak diduga.

Membaca karya ini buat kita merenung semula, pernahkah kita selami pergelutan dalam diri orang seperti Budiman?

Aduhai budiman... Rahsianyamu Tuhan pelihara sampai akhirnya... Hmm
Profile Image for Ikmal Fitri (iikmalreads).
266 reviews56 followers
January 17, 2018
Secara jujurnya dalam buku ni takde scene-scene yang havoc, scene tembak, scene rogol, scene mindf*. Tapi novel ni ada kelainannya yang sendiri. Mungkin bagi mereka yang nakkan something yang mendalami jiwa golongan gay, buku ni sesuai untuk korang. Ye la, kita selalu menghukum tapi kita jarang nak cuba memahami sesuatu benda tu.


Untuk full review, boleh lawat

https://lelakiseksibacabuku.blogspot....
Profile Image for Mohamad Fais.
18 reviews2 followers
May 4, 2018
Coretan warna-warna hidup manusia. Akhirnya kita tahu, bertolak ansur adalah cara terbaik bagi menjalani hidup yang maha berlapis ini.
Profile Image for Farah Amira.
43 reviews1 follower
July 22, 2018
Membaca karya ini seolah ini cerita tentang Anuar Zain yang dikisahkan disana sini serba sedikit. Perjalanan yang berliku tentang hidup seorang lelaki yang pernah berkeluarga demi menjaga nama baik teman sendiri, membuat langkah pertama menjadi artis hingga ke negara jiran. Menemui beberapa pasangan, ada pelbagai cerita disebalik tiap pertemuan. Budiman tetap menyangi anak kecilnya walaupun di hidup sendiri dizaman kemuncak popularitinya. Pengakhiran yang mengejutkan bagai direntap begitu saja.

Tahniah mama untuk penghasilan buku limited edition ini.
1 review
May 8, 2018
Tajuk (terbitan) : Budiman (Fixi)
Penulis : Mama Regina

Review

Masalah seksualiti yang ada pada hari ini kita tidak ambil mudah dalam kalangan masyarakat terutamanya isu orientasi seksualiti. Namun, apa silapnya masyarakat kita dalam menangani isu ini adalah hanya menuding jari dan berkata kononnya itu salah mereka, mereka yang memilih jalan tersebut dan ada antara mereka yang mengata bahwa mereka ialah ahli neraka yang sebenar. Aku tidak menyokong perbuatan mereka itu namun kita sebagai masyarakat tahu fungsi kita untuk membantu mereka mengatasi masalah mereka. Bukan terus jadi tuhan lalu berkata mereka adalah pendosa dibalik topeng syaitan.

Buku yang mengisahkan kehidupan seorang lelaki yang bernama budiman yang menyimpan orientasi seksualitinya dari pengetahuan umum dan berkelakuan seperti seorang manusia normal namun sebaliknya dia adalah seorang gay lurus. Kisah percintaan dia dengan lelaki sejak sekolah rendah sehingga menjadi artis menjadikan plot cerita dalam buku ni menarik. Bagaimana perasaan seorang gay lurus memendam perasaan dan sedikit mengalami tekanan perasaan bila bersendirian?.

Terdapat banyak latar yang berteraskan kedah seperti asal usul watak, loghat bahasa, kampung halaman dan sehingga makanan kedah juga menjadi warna di dalam buku ini. Namun sedikit yang menganggu di pengakhiran apabila mama cuba menutup cerita itu dengan penerbangan MH17. Menarik namun berasa sedikit janggal.

Buku ini banyak pengajaran yang kita boleh ambil dalam kita ini menjalankan fungsi kita sebagai masyarakat. Kita perlu ingat, bahawa mereka juga manusia. Dan mereka berhak untuk hidup di dunia. Mereka ini lebih mudah terkena masalah emosi bila dibiarkan dan keseorangan. Antara punca manusia mati akibat depresi kerana terlalu bersendirian dan masyarakat sekeliling membiarkan dia begitu sahaja. Jika betul kita seorang yang budiman, kita takkan biarkan masyarakat hidup tanpa tujuan. Jika bukan kita? Siapa lagi?.

Rate: 4.5/5
Profile Image for Ezad Marzuki.
20 reviews1 follower
March 6, 2018
Budiman? Kalau boleh ditukar ganti, aku pun nak jadi seperti budiman, hensem, bkerjaya dan ramai peminat. Hero malaya la katakan, tp adakah dalam soal cinta pun, Budi bernasib baik.

Satu cerita yg aq rasa diawangan, sbb dapat terasa realiti dalam perjalan cerita. Ada mengenai keluarga, cinta dan persahabatan. Jalan cerita yang bermula dari zaman universiti, sehingga menjadi hero malaya membuatkan kita ingin menjadi sepertinya. Ini membuktikan, penghayatan dan keadaan yang cuba ditulis oleh penulis, berjaya sampai kepada aku dan mungkin juga pada pembaca lain.

Cuba bagi aku, pengakhiran yang bukan seperti yang diinginkan. Pengakhiran yang seperti tiba2 terpaksa di akhirkan watak, membuatkan rasa hampa. Tapi masih mampu memjadi satu karta yang seronok untuk dibaca.

Pembukaan minda, begitu perlu untuk naskah ini.
Profile Image for Kjsmni.
36 reviews22 followers
January 2, 2018
sampai termimpi mimpi. maknanya buku ni best.
Profile Image for Hikaoru.
951 reviews25 followers
January 6, 2019
Do you ever felt attached to a character?
Obviously you do, you're a reader after all. I was wholly invested with Budi's life. This is basically a memoir of sorts because we get to know him from start till end. Here I thought it was gonna be a coming out book. I thought wrong.

Budi deserves a life partner. Period.
Profile Image for Hafiz Kamaruddin.
97 reviews8 followers
February 18, 2018
sememangnya karya mama xpernah mengecewakan. tahniah buat mama Regina 👏👏👏👏
Profile Image for Riesna Zasly.
152 reviews1 follower
December 9, 2017
seperti karya2 terdahulu, karya ini tetap dalam nada jujurnya tampa sebarang hipokrit.. bermula dgn titipan kehidupan semasa seorang budiman yang sedang mencari diri.. lalu satu demi satu slot nostalgia hidup silamnya dipapar secara kronologi mudah, pantas, berhemah serta tetap padat dgn nilai pemahaman yg sarat ilmu.. karya terbaru ni berhasil menampakkan kematangan penulis dalam menyusun slot demi slot yg berseiring dan pandangan komuniti di sekitar watak utamanya.. ia menjadi di antara yang terbaik oleh regina ibrahim
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,549 reviews41 followers
June 30, 2020
Semalam saya baru selesai membaca buku Kitab Riwayat - Mengenali Rasulullah SAW tulisan Ustaz Johari Yaman. Hari ini pabila mula menyelusuri halaman Budiman, saya ada rasa.... hmmmmm... tak pasti apa yang saya rasa. Speechless juga. Saya sememangnya kerap baca buku tanpa baca sinopsis kulit belakang atau reviews. Prefer to be surprised. Memang saya surprised, unhappily surprised. Watak Budiman, pandangan saya mengenainya, mixed feelings. Yang pasti, tulisan penulis ini menceritakan perjalanan hidup Budiman, dengan teman-temannya, membuka helaian pemahaman baru buat saya. Ohhh gitu rupanya, ohhh gitu. Nak kata kesian, tak sampai. Nak kata bengang, pun tak sampai. Tak tahu nak kata apa.



Buku limited print Budiman Regina Ibrahim | Shopee Malaysia



Rasanya apa yang dinukilkan, bersandarkan realiti. Saya rasa sedih yang amat, pabila Budiman dan Fairuz terutamanya, yang merupakan couple songsang di luar pandangan mata umum, juga digambarkan sebagai mereka - mereka yang tergolong tinggi IQ, cerdik, petah berkata-kata. Fairuz pula yang merupakan anak kepada pendakwah terkenal, punyai pengetahuan mantap, Ustaz yang namanya agak tersohor. Mereka terus bernafsu melayani nafsu, walaupun setelah berkahwin dan punya anak. Wanita dilihat sebagai cover, dan kilang anak. Sedihnya.



Kalau kita yang tak boleh terima golongan begini terus menerus menidakkan, jadi macam denial. Namun untuk kita galakkan pun tak patut. Perlakuan melakukan seks songsang, lebih-lebih lagi sejak mereka masih di bangku sekolah, amat meresahkan, sesuatu di luar fitrah insan. Tindak balas masyarakat menyokong dan memberi galakan supaya golongan ini, khususnya yang beragama Islam, ada platform untuk melempiaskan nafsu atau beri kemudahan agar mereka dapat terus melayani pujukan serakah itu, bagi saya juga tidak patut. Saya yang pandai-pandai melabelkan tuntutan kemahuan "itu" sebagai nafsu serakah, mungkin juga dilihat sebahagian manusia sebagai tak patut. Iya saya pernah didedahkan pada tajuk perbincangan 'gender and sexuality variations', tapi setakat dengar saja. Saya tak terdorong untuk ikuti perbincangannya. Kita dan pandangan kita lah ya.



Mungkin dengan bertambah-banyaknya 'port' untuk kaum LGBT ni, jadi pemangkin bertambahnya golongan ini. Nanti jadi semacam sesuatu norm. Norma songsang 😢 Dorongan untuk pemuda Muslim yang merasakan beliau harus diberi pilihan, sama ada untuk jadi straight atau untuk jadi non-straight, (dengan macam-macam jenis sexual inclination), rasa saya perlu dipenjarakan. Tak boleh kita condone tapi nak confine, entah lah. Mungkin gejala ini boleh dikawal dari menukar pabila pelaku hubungan songsang di lihat sebagai penjenayah dan didakwa? Ke, kot nanti isu ini dijadikan kes pencabulan hak asasi manusia? Macam mana yer? Saya pastinya bukan dari kalangan ilmuan yang pantas memberi nasihat. Hanya bisa memberi pendapat.


Pengakhiran untuk Budiman... Allah tiba-tiba ...

Profile Image for Najiha Jaffar.
29 reviews2 followers
March 13, 2019
Buku yang sesuai dibaca untuk yang ingin tahu tentang LBGT khususnya gay dalam bentuk cerita yang santai. Buku ini bukanlah untuk menyokong golongan ini, cumanya, kita faham serba sedikit apa yang mereka mahu. Jalan ceritanya baik, cuma agak tidak realistik bila hampir semua orang yang Budiman jumpa adalah golongan seperti ini (terutama yang masuk bilik 213). Dan pengakhiran ceritanya, agak tidak dijangka.

Apapun, tahniah mama Regina, buku-buku kamu selalu membuatkan saya tak lepas tangan membaca.
Profile Image for Azril Noor.
313 reviews5 followers
February 20, 2022
Membaca karya Mama Regina seakan menonton filem autobiografi Budiman. Aku berasa senang dengan perjalanan turun naik plotnya. Ada saja hitam putih setiap manusia yang semestinya terselindung dari ketahuan. Perlu dakap diri, belajar tentang penerimaan. Ada kritikan dan juga kata waspada. Perhubungan bebas perlu sentiasa berjaga.
Profile Image for Aurélien Tantey.
41 reviews2 followers
September 27, 2018
Buku Mama Regina yg ini berkisahkan tentang perjalanan hidup seorang jejaka kacak, manly, badan sasa, dan mendapati bahawa dirinya mencintai kaum sejenis sejak zaman remaja lagi... tak tahu kenapa watak si Budiman ini saya berimaginasi dengan memakai seorang model Indonesia, Rangga Dika... sesuai dgn physical look seperti yg diilustrasi oleh Mama Regina kot...

Jarang-jarang ada novel tentang gay yang jujur sebegini, dan juga mampu menjelaskan gay scene di negara ini (terutamanya lelaki Melayu Islam)... benda2 ini memang berlaku cuma benda ini seakan-akan menjadi tabu yang tidak boleh dibicarakan secara terang-terangan... antara contoh yg utama termasuk golongan2 ini akan berkahwin untuk cover seksualiti dirinya yang benar supaya tidak dikecam masyarakat dan diusir keluarga dsb...

Budi mempunyai perjalan hidup bercinta yang berliku-liku. Dalam cerita ini, Budi jatuh hati kepada beberapa orang lelaki.... yg pertama teman sekerja dan teman serumahnya bernama Rahman yang biseksual yg kemudiannya membuat seseorang perempuan itu mengandung... dan jurus itu mati dalam kemalangan... Budi terpaksa mengahwini Faizah untuk menjaga aibnya.. supaya anak itu tak menjadi anak luar nikah...

Sejurus itu Budi teringat balik masa di UM, hubungan dengan senior teman sebiliknya yg merupakan bakal ustaz yg kemudiannya hilang tanpa kesan selepas tamat pengajian... dan kawan2 lain yg menceriakan hidup di uni... dan balik ke zaman kini Budi jatuh cinta dengan seorang pelakon Filipina yg rupanya telah berteman lelaki... dan akhirnya pada seorang pengarah Indonesia berumur 50-an tahun yg kemudiannya didapati telah berkahwin.

Seperti biasa, saya harap bahawa Budi akan dapat seorang lelaki yg betul2 mencintainya pada pengakhirannya selepas semua yg berlaku(terutamanya kan di pergi ke Belanda dan saya ingatkan dia akan dpt kenal dgn seorang lelaki Mat Salleh dsb...) tapi malangnya pengkahiran itu sedih sekali... he died in a place crash... MAN HE DOESN'T DESERVE THIS. I cried so hard :( Tapi kan itu semua ketentuan hidup...

Perasaan seorang lelaki kepada seorang lelaki lain... adakah itu salah? Adakah itu ujian Tuhan? Tiada siapa yang tahu... Bagi saya, ada nilai-nilai baik dalam watak Budi ini yg meninggalkan kesan yg medalam dalam diri saya, iaitu caranya membawa diri, humble, tidak melakukan hubungan secara rambang, setia kepada pasangan (doesn't like two-timing)... inilah nilai2 yg betul daripada nak dok menbuat kerja Tuhan untuk menghukum orang lain.
Profile Image for Samantha.
231 reviews6 followers
September 28, 2018
plot-wise, nothing much was happening as this book is very character-driven. basically stories about different guys budiman has met in his life. although i have to question how realistic it is that almost every guy he meets is on the queer spectrum? nevertheless, the author did a great job including a diverse cast of queer characters.

i'd recommend it to anyone who wants to expand their knowledge on the lgbtq+ community (esp in malaysia) & sogie.
Profile Image for Mohamad Nasrul.
194 reviews5 followers
July 10, 2023
(Pinjam dari Perpustakaan Awam Pulau Pinang, Seberang Jaya)

Seawal kulit novel, jelas terpampang label 'untuk pembaca matang'. Maka banyak hal-hal yang luar dari kebiasaan dikisahkan di dalam novel ini.

Novel ini mengisahkan tentang Budiman - seorang artis lelaki yang sedang meningkat naik yang bergelut dengan seksualiti dirinya sebagai seorang gay, dalam masa yang sama, beliau ingin terlihat sebagai seorang yang 'lurus' pada pandangan masyarakat. Nyata, sebagai seorang gay yang 'lurus', hal ini tidaklah begitu rumit.

Perkenalannya dengan teman-teman seuniversiti serta teman-teman yang lain dalam menyelusuri sebuah kehidupan, pembaca dihidangkan dengan banyak kisah-kisah dalam komuniti LGBT yang tidak terjangkau pada pandangan masyarakat. Ada banyak babak-babak yang boleh membuatkan pembaca sangat tidak senang duduk.

Gaya bahasa yang sangat santai serta gabungan dialek Kedah serta bahasa Indonesia yang dijalin dengan bersahaja berjaya membangkitkan semangat urban ketika membacanya - seperti yang diwar-warkan pada awal-awal halaman. Beberapa istilah dalam komuniti LGBT turut diketengahkan oleh penulis sebagai ilmu baru kepada pembaca. Imbas kembali yang dibangkitkan oleh penulis membawa pembaca kepada latar cerita watak utama dengan lebih mendalam.

Penulis banyak memaparkan persoalan demi persoalan yang merangsang minda terutamanya tentang penerimaan masyarakat terhadap komuniti ini, kesihatan mental yang dihidap oleh watak sampingan, serta asam garam dalam kerjaya artis. Beberapa plot twist yang disajikan dalam novel ini juga ada yang tidak terjangkau dek akal, ada yang boleh diteka. Namun, plot twist ini tetap menambahkan elemen surprise dalam novel ini.

Pengakhiran yang mengejutkan jugak membuatkan pembaca termenung sejenak seusai membaca novel ini. Sebagai Muslim, jelas ianya diharamkan dalam agama Islam. Namun, novel ini sedikit sebanyak membuka mata pembaca untuk mengetahui serba sedikit sudut pandang insan yang terjebak dengan LGBT ini.
Profile Image for Zulzafry Zulkifly.
333 reviews
September 16, 2021
Buku ni menceritakan kehidupan Budiman, seorang pelakon dan bekas mahasiswa UM. Saya suka (walaupun sebenarnya kadang agak geli dan tidak selesa) dengan cerita yang santai dan berinput begini. Saya juga nampak yang siri ni, Professor dan Budiman tentang penerimaan LGBTQ (bukan pengesahan atau kebenaran) tapi penerimaan dan cara layanan terhadap mereka. Dan ya, saya setuju banyak tentang apa yang saya baca daripada buku ni. Ada juga beberapa pengetahuan atau term untuk benda benda yang macam perempuan pakaian laki, laki gay yang tak nampak gay dan ya, saya agak jadi 'terpelajar' dengan semua tu. Tapi endingnya rasa terlalu memaksa. Tak tau cam ne nak terang. Dan saya bukan jenis orang yang tak suka ending ending yang kadang menyakitkan hati ni. Cuma buku ni... entah lah endingnya macam terlalu memaksa bagi saya. Daripada nak bagi 4 bintang, jadi 3. hadehh...
5 reviews
June 19, 2021
Saya prejudis untuk membaca novel-novel fixi. Saya membeli novel ini karena ia dipromosikan sebagai satu pakej dengan novel Faisal Tehrani, PROFESOR. Dan novel ini serta Profesor menjadi novel pertama fixi yang saya beli, juga novel pertama Regina yang saya baca.
Jika profesor seolah berceramah tentang human right, Budiman justeru utuh sebagai cerita bagaimana seharusnya human right berlaku, memandang manusia tanpa prejudis tertentu.
Regina berhasil memikat saya untuk membaca novelnya yang lain, bahkan isteri saya sangat antusias dan selepas menghatamkannya segera meminta pertemanan dengan penulis di Facebook dan berbual.
Profile Image for Izzul.
21 reviews
April 11, 2019
Novel ni berbeza dengan novel2 lain yg pernah aku baca. Walaupun kisahnya boleh dapat kecaman orang, tapi byk benda yang boleh dipelajari dari novel ni. Dengan itu terciptalah 4 bintang buat novel ini.
Profile Image for naa.dee.o.
135 reviews4 followers
June 11, 2019
........ Pendapat yg takberapa nak pendapat ni macam dosa,aib kita simpan kemas kemas. Jangan terlalu bangga menayang perihal dosa pahala kita. "Ada hal kita diam,ada hal kita war-warkan, tak gitu?"
Profile Image for Rona Irama.
61 reviews
March 19, 2020
Tak tahu nak reviu macam mana. I see Budi in me. I see myself in Budi.

And the ending made me cry 😓
3 reviews
July 8, 2020
Setiap jalan hidup ada warna cabaran, yang membezakan kita adalah pilihan warna terang atau tenang. Suka watak Budiman yang sentiasa memerhati dan mengambil kaedah selamat.
Profile Image for Ismaliza.
37 reviews
November 22, 2020
penceritaan yang menarik berkenaan ciri-ciri dan jenis-jenis gay yang tidak diketahui. Paling menarik ialah pengakhiran Budiman Nassarudin yang tidak dijangkakan.
Displaying 1 - 30 of 32 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.